Anda di halaman 1dari 40

ISI KANDUNGAN

PELAJARAN TAJUK M/S


PEL 4 SURAH AL BAQARAH AYAT 188 (LARANGAN RASUAH 3
PEL 5 SURAH ALI IMRAN AYAT 137-139 (MEMAHAMI SUNNATULLAH) 3
PEL 6 SURAH AL AN’AM AYAT 70 (LARANGAN MEMPERSENDAKAN AGAMA) 4
PEL 7 SURAH FUSILAT AYAT 33 (DAKWAH PEMACU KEMAJUAN) 5
PEL 8 HINDARI DOSA BESAR (HADIS) 6
PEL 9 KEMULIAAN BERDIKARI (HADIS) 8
PEL 10 ALLAH MAHA PEMBALAS (AL MUNTAQIM) DAN MAHA PERKASA (AL JABBAR) 9
PEL 11 PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN 9
PEL 12 HINDARI AJARAN SESAT 10
PEL 13 HAJI DAN UMRAH 12
PEL 14 SEMBELIHAN 16
PEL 15 KORBAN DAN AKIKAH 17
PEL 16 MUAMALAT ISLAM 19
PEL 17 SOLAT SUNAT DHUHA DAN SOLAT SUNAT GERHANA 22
ERA PEMERINTAHAN KERAJAAN ISLAM 24
PEL 18 KERAJAAN KHULAFAK AL RASYIDIN 25
PEL 19 KERAJAAN BANI UMAYYAH 27
PEL 20 KERAJAAN BANI ABASIYAH 30
PEL 21 KEUNGGULAN TOKOH EMPAT MAZHAB 33
PEL 22 BERSIKAP BENAR MENJAUHKAN KEMUNAFIKAN 35
PEL 23 KHAUF DAN RAJAK 35
PEL 24 ADAB TERHADAP ORANG SAKIT DAN KURANG UPAYA 36
PEL 25 WASATIAH MENJAMIN KECEMERLANGAN UMAT 37
PANDUAN DAN CONTOH JAWAPAN SOALAN RESPON TERBUKA (JAWAPAN
39
UNIVERSAL)
PANDUAN RINGKAS MENJAWAB SOALAN KBAT 40
BAHAGIAN KEFAHAMAN AYAT

PELAJARAN 4
SURAH AL BAQARAH AYAT 188 (LARANGAN RASUAH)

LARANGAN DALAM AYAT


• Rasuah
• Judi
• Riba
• Mencuri
• Merompak
• Menipu
• Salahgunakuasa
MAKSUD RASUAH
• Pemberian bertujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan
BENTUK KESALAHAN RASUAH
• Meminta atau menerima rasuah
• Menawar atau memberi rasuah
• Menyalahgunakan kedudukan/jawatan
• Tuntutan palsu
CONTOH MEMALSUKAN KEBENARAN
• Memberi rasuah supaya menyimpan rahsia kebenaran
CONTOH MEMBENARKAN KEPALSUAN
• Memberi rasuah untuk memalsukan tender
KESAN RASUAH
• Pemberi dan penerima dilaknat Allah
• Individu hilang harga diri
• Melumpuhkan ekonomi negara
• Meningkatkan kes jenayah
PENGAJARAN AYAT
• Kita hendaklah mencari rezeki yang halal
• Kita hendaklah menjauhkan diri daripada rasuah
• Kita hendaklah mengelakkan diri daripada melakukan sumpah palsu

PELAJARAN 5
SURAH ALI IMRAN AYAT 137-139 (MEMAHAMI SUNNATULLAH)

KONSEP SUNNATULLAH
• Sistem dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT terhadap semua makhluk dan tiada yang dapat
mengubah perkara tersebut
SUNNATULLAH MELIPUTI PERKARA BERIKUT
• Bersifat kekal dengan izin Allah
• Merangkumi semua makhluk
• Berasaskan konsep sebab, musabab dan akibat
KEPENTINGAN MENGKAJI SEJARAH UMAT TERDAHULU
• Mengenalpasti sebab kejayaan
CONTOH SEBAB KEJAYAAN AKIBAT
Kaum Nabi Yusuf Menyimpan bekalan semasa Selamat menghadapi kemarau
musim menuai panjang
Talut dan tenteranya Mempunyai ilmu dan tubuh yan Dapat menewaskan tentera Jalut
kuat yang ramai
• Mengetahui sebab kemusnahan
CONTOH SEBAB KEMUSNAHAN AKIBAT
Kaum Thamud (Umat Nabi Soleh) Angkuh dan menuduh Nabi Soleh Binasa dengan petir dan gempa
pendusta bumi
Kaum Lut (umat Nabi Lut) Ingkar perintah Allah dan amalkan Diterbalikkan bumi hingga binasa
homoseks
• Dijadikan iktibar dalam kehidupan
• Berpegang kepada akidah yang benar dan berakhlak mulia
KESAN MEMAHAMI SUNNATULLAH
• Meyakini setiap yang berlaku dalah ketetapan Allah
• Merancang strategi dengan teliti untuk berjaya
• Menerima ketetapan Allah dengan positif
• Mengkaji kejadian alam untuk kemajuan
• Membentuk jati diri untuk menghadapi cabaran
PENGAJARAN AYAT
• Kita hendaklah yakin Allah mengatur kehidupan manusia bersesuaian dengan peraturan
• Kita hendaklah menjadi pengembara untuk mengetahui sunnatullah
• Kita hendaklah mengkaji sejarah untuk pedoman hidup
• Kita hendaklah yakin Al Quran merupakan petunjuk kebenaran
• Kita hendaklah menjauhi sikap putus asa
• Kita hendaklah menjaga keimanan kepada Allah

PELAJARAN 6
SURAH AL AN’AM AYAT 70 (LARANGAN MEMPERSENDAKAN AGAMA)
BENTUK PERBUATAN MEMPERSENDAKAN AGAMA
• Berasa bangga mempersendakan agama
• Menghina Sunnah Rasulullah
• Menghina golongan ulamak
• Mentafsir al Quran mengikut hawa nafsu
"Jangan cintakan orang yang
• Menyanjung perbuatan maksiat
• Menghalalkan yang haram
tidak cintakan Allah. Kalau dia
• Mengharamkan yang halal
CARA MENJAGA KESUCIAN ISLAM
boleh meninggalkan Allah,
• Memperkasa program keilmuan
• Penguatkuasaan undang-undang
apalagi meninggalkan kamu."
• Mencontohi keperibadian Rasulullah
• Mengamalkan amar makruf nahi mungkar
( Imam As-Syafie )
• Meningkatkan kualiti ibadat fardhu dan sunat
• Meninggalkan perbuatan mencemarkan islam
KESAN MEMPERSENDAKAN AGAMA
• Boleh membatalkan iman
• Tidak dipandang oleh Allah di akhirat
• Tidak mendapat kejayaan dunia dan akhirat
PENGAJARAN AYAT
• Kita hendaklah menjauhkan diri daripada golongan mempersendakan agama
• Kita hendaklah menyedari perbuatan mempermainkan agama adalah tipu daya dunia
• Kita hendaklan memberi peringatan kepada golongan mempersendakan agama supaya kembali kepada
sunnah
• Kita hendaklah meyakini tiada perlindungan daripada Allah kepada orang yang mempermainkan agama
• Kita hendaklah sentiasa mempertahankan kesucian Islam

PELAJARAN 7
SURAH FUSILAT AYAT 33 (DAKWAH PEMACU KEMAJUAN)
MAKSUD DAKWAH
• Menyeru supaya melakukan perintah Allah dan meninggalkan laranganNYA
TUNTUTAN AYAT
• Berdakwah
• Beramal soleh
• Menjadikan Islam sebagai cara hidup
BERDAKWAH
• Mengajak dan menyeru manusia supaya takut kepada Allah dengan pendekatan terbaik
• Cara berdakwah
o Dengan hikmah(bijaksana)
o Nasihat yang baik
o Berbahas secara baik
BERAMAL SOLEH
• Perbuatan baik yang dilakukan mengikut panduan al Quran dan sunnah
• Contoh amalan soleh
o Ibadat khusus : solat
o Ibadat umum : berakhlak mulia
MENJADIKAN ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
• Melaksanakan ajaran Islam dalam semua bidang kehidupan
PENGAJARAN AYAT
• Kita hendaklah berdakwah kerana dakwah sunnah Rasulullah
• Kita hendaklah beramal soleh supaya menjadi contoh
• Kita hendaklah menjadikan Islam sebagai cara hidup yang sempurna

" Dunia ini ibarat bayangan. Kalau kau berusaha


menangkapnya, ia akan lari. Tapi kalau kau membelakanginya,
ia tak punya pilihan selain mengikutimu."
(Ibnu Qayyim Al Jauziyyah)
KEFAHAMAN HADIS
PELAJARAN 8: HINDARI DOSA BESAR
TUJUH DOSA BESAR YANG TERKANDUNG DALAM HADIS
• Syirik kepada Allah
• Sihir
• Membunuh
• Makan riba
• Makan harta anak yatim
• Lari dari medan perang
• Menuduh perempuan beriman berzina (qazaf)
SYIRIK KEPADA ALLAH
SYIRIK JALI
Maksud syirik jali
• Menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatan
Contoh Syirik Jali
• Menyembah berhala
• Meyakini nabi Isa anak tuhan
• Meyakini alam dikuasai oleh kuasa selain Allah
Kesan Syirik Jali
• Merosakkan akidah
SYIRIK KHAFI "Seseorang menganggap sekatan
Maksud syirik khafi
• Melakukan sesuatu amalan bukan bertujuan kerana Allah sebagai batu penghalang,
Contoh syirik khafi
• Riyak (melakukan solat kerana mengharap pujian) Sedangkan orang lain
• Ujub (berasa hebat dengan amalan sendiri)
• Takbur (sombong dengan kelebihan duniawi) menganggapnya sebagai batu
Kesan Syiirk Khafi
• Merosakan pahala amalan loncatan."
SIHIR
Maksud sihir
• Perbuatan yang memudaratkan orang lain dengan bantuan jin
Contoh sihir
• Santau
• Pukau
• Minyak pengasih
• Pelaris
Kesan sihir
• Kesakitan tubuh badan
• Mencetuskan pergaduhan
• Rumahtangga porak poranda
• Menyebabkan kematian
Amalan yang boleh menghindarkan sihir
• Membaca al Fatihah
• Membaca ayat al Kursi
• Membaca surah al Ikhlas
• Membaca al Mu’awizatain (Surah Al Falaq dan An Nas)
MEMBUNUH
Maksud membunuh
• Menghilangkan nyawa seseorang
Contoh membunuh
“Jangan takut GAGAL
• Menembak dengan senjata api kerana yang tidak pernah gagal
• Menikam dengan pisau
• Meletakkan racun dalam makanan hanyalah orang-orang yang
Kesan membunuh
• Menyusahkan keluarga mangsa tidak pernah melangkah.” –
• Masyarakat porak poranda
MAKAN RIBA
HAMKA
Maksud riba
• Pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang piutang
Contoh riba
• Hutang yang menetapkan faedah bayaran dengan peratusan tertentu
Kesan riba
• Berlaku penindasan
• Melumpuhkan ekonomi
MAKAN HARTA ANAK YATIM
Maksud makan harta anak yatim
• Menggunakan harta anak yatim dengan cara menyalahi syarak
Contohmakan harta anak yatim
• Membelanjakan untuk kegunaan peribadi pemegang amanah
• Menyalahgunakan harta anak yatim
Kesan makan harta anak yatim
• Berlaku penindasan
• Menjejaskan silaturrahim
LARI DARI MEDAN PERANG
Maksud dari medan perang
• Meninggalkan medan peperangan menghadapi musuh
Contoh lari dari medan perang
• Melarikan diri daripada pasukan ketika berperang dengan musuh
• Enggan mempertahankan negara apabila diarahkan
Kesan lari dari medan perang
• Keselamatan negara dan rakyat terancam
• Negara terdedah kepada penjajahan
MENUDUH PEREMPUAN BERIMAN BERZINA (QAZAF)
Maksud qazaf
• Menuduh wanita Islam yang baik melakukan zina tanpa membawa saksi
Contoh qazaf
• Percakapan yang jelas seperti “kamu telah berzina”
Kesan qazaf
• Menjatuhkan maruah
• Mencetuskan perbalahan
Hukuman qazaf
• Hukuman kepada orang yang menuduh zina ialah 80 kali sebatan
PENGAJARAN HADIS
• Kita hendaklah sentiasa memelihara diri daripada perbuatan syirik kerana boleh merosakkan akidah
• Kita hendaklah menjauhkan perbuatan membunuh kerana ia melanggar hak asasi
• Kita hendaklah bersikap amanah supaya dapat memelihara hak orang lain
• Kita hendaklah mempertahankan negara supaya Islam ditegakkan
• Kita hendaklah menjauhi perbuatan menuduh zina untuk memelihara maruah

PELAJARAN 9
KEMULIAAN BERDIKARI
PEKERJAAN PARA NABI DAN RASUL
• Nabi Adam : petani
• Nabi Idris : Tukang jahit
• Nabi Musa : Penternak kambing
• Nabi Daud : Tukang besi
• Nabi Zakaria : Tukang kayu
• Nabi Muhammad : Pengembala kambing / peniaga
MAKSUD BERDIKARI
• Berusaha sendiri dan tidak bergantung kepada bantuan orang lain
KONSEP BERDIKARI
• Menggunakan potensi diri seperti kekatan fizikal atau kecerdasan akal untuk perkara berfaedah
• Membebaskan diri daripada bergantung kepada orang lain
• Meyakini kemampuan diri untuk melaksanakan tugasan
• Berazam untuk meningkatkan kualiti diri
• Berusaha untuk menyara kehidupan
KELEBIHAN BERDIKARI
• Agama: menjadikan Islam dipandang tinggi
• Ekonomi : sumber pandapatan yang halal
• Pendidikan : melahirkan modal insan melalui penerokaan ilmu dan kemahiran
• Kemasyarakatan : memperkasakan daya saing masyarakat untuk meningkatkan taraf hidup
PENGAJARAN HADIS
• Kita hendaklah memandang mulia pekerjaan yang halal
• Kita hendaklah menghindari perbuatan meminta-minta
• Kita hendaklah mencari ilmu dan kemahiran
• Kita hendaklah membantu orang yang memerlukan mengikut kemampuan

“Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang


berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai
peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali
semula ke pada Ilahi
BAHAGIAN AKIDAH
PELAJARAN 10
ALLAH MAHA PEMBALAS (AL MUNTAQIM) DAN MAHA PERKASA (AL JABBAR)
MAKSUD AL MUNTAQIM
• Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah maha pembalas dengan menimpakan azab kepada orang
yang melampaui batas
KEFAHAMAN MENGENAI NAMA ALLAH AL MUNTAQIM
• Allah memberikan pembalasan neraka terhadap orang yan menolak peringatan al Quran
• Allah menimpakan azab dalam peristiwa Ad Dukhan terhadap kaum Quraisy kerana menolak dakwah
Rasulullah
• Allah memberikan pembalasan terhadap golongan yang menentang agamaNYA setelah diutuskan rasul
kepada mereka
MAKSUD AL JABBAR
• Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah yang maha berkuasa secara mutlak untuk melakukan segala
kehendakNYA
KEFAHAMAN MENGENAI NAMA ALLAH AL JABBAR
• Allah memiliki dan menguasai seluruh alam dan mahklukNYA
• Perbuatan Allah tidak boleh dipersoalkan kerana ianya mengandungi hikmah tersembunyi
• Manusia wajib merendah diri kerana makhluk yang sombong akan dicampakkan ke neraka

PELAJARAN 11
PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
HUKUM MEMELIHARA IMAN
• Wajib
CARA IMAN TERBATAL
• Melalui iktikad
• Melalui perkataan
• Melalui perbuatan
MAKSUD IMAN TERBATAL MELALUI IKTIKAD
• Tidak percaya kepada perkara berkaitan Uluhiyat (ketuhanan), Nubuwwat (kenabian) Ghaibiyyat (perkara
ghaib) dan Syariat
CONTOH IKTIKAD MEMBATALKAN IMAN DARIPADA ASPEK ULUHIYAT
• Mengingkari kewujudan Allah sebagai pencipta
• Mengingkari sifat kesempurnaan Allah
• Menyifatkan Allah dengan sifat yang tidak layak bagiNYA
• Meyakini kewujudan kuasa lain selain Allah
CONTOH IKTIKAD MEMBATALKAN IMAN DARIPADA ASPEK AN NUBUWAT
• Mengingkari kerasulan dan kenabian salah seorang atau semua nabi dan rasul
• Mengingkari kerasulan Nabi Muhammad sebagai rasul terakhir
CONTOH IKTIKAD MEMBATALKAN IMAN DARIPADA ASPEK AL GHAIBIYYAT
• Mengimngkari hari kiamat atau peristiwa berkaitan dengannya
• Mengingkari kewujudan alam barzakh
• Mengingakri kewujudan malaikat dan jin
CONTOH IKTIKAD MEMBATALKAN IMAN DARIPADA ASPEK AS SYARI’AT
• Mengingkari salah satu rukun Islam atau kesemuanya
• Mengingkari hukum yang ditetapkan dalam al Quran
• Beriktikad undang-undang syariat daripada al Quran dan sunnah adalah lapuk
MAKSUD IMAN TERBATAL MELALUI PERKATAAN
• Percakapan yang mengandungi
o pengakuan kufur
o penafian akidah Islam
o mempersendakan hukum Islam
CONTOH PENGAKUAN KUFUR
• “Saya tidak lagi bergama Islam”
• “Al Quran sudah tidak sesuai diamalkan”
CONTOH PENAFIAN AKIDAH ISLAM
• “saya tidak percaya adanya malaikat”
• “Rasul pun berbuat dosa”
CONTOH MEMPERSENDAKAN HUKUM ISLAM
• “zaman sekarang tidak perlu menutup aurat”
• “bilal itu menyalak seperti anjing”
MAKSUD BATAL IMAN MELALUI PERBUATAN
• Melakukan sesuatu perbuatan atau amalan yang jelas menunjukkan kekufuran
CONTOH PERBUATAN MEMBATALKAN IMAN
• Sujud kepada berhala atau makhluk dengan sengaja
• Meletakkan dan memberi penghormatan kepada peralatan agama lain
• Melakukan upacara ibadat agama lain
• Meletakkan Mashaf al Quran atau hadis di tempat yang hina dengan tujuan merendahkannya
SYARAT TERBATAL IMAN
• Mengetahui perkara yang dilakukan membawa kepada kufur
• Melakukannya dengan sengaja tanpa paksaaan
• Mengingkari perkara asas dalam Islam
• Melakukan perkara yang jelas membawa kepada kufur
KESAN MELAKUKAN PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
• Rosak segala amalan soleh
• Tidak diampunkan dosanya sekiranya tidak bertaubat
• Diharamkan memasuki syurga
• Hilang hak terhadap harta pusaka keluarga muslim
CARA MENJAUHI PERKARA MEMBATALKAN IMAN
• Mendalami ilmu agama Islam
• Bersahabat dengan orang soleh
• Melakukan amalan soleh
• Memastikan amalan berdasarkan al Quran dan sunnah
• Berdoa memohon petunjuk Allah
• Sentiasa beristighfar memohon keampunan

PELAJARAN 12
HINDARI AJARAN SESAT
MAKSUD AJARAN SESAT
• Ajaran yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan bercanggah dengan al Quran dan sunnah
CIRI AJARAN SESAT DARIPADA ASPEK AL QURAN DAN HADIS
• Mentafsir al Quran dengan logik akal semata-mata
• Meyakini ada al Quran lain yang tersembunyi
• Hanya berpegang dengan Al Quran dan menolak hadis
CIRI AJARAN SESAT DARIPADA ASPEK AKIDAH
• Mengaku sebagai nabi atau rasul
• Mendakwa sebagai Imam Mahdi
• Mendakwa gurunya dapat menebus dosa
• Memuja makhluk untuk mendapat sesuatu
• Mempercayai semua agama adalah benar
• Menolak alam ghaib seperi malaikat dan jin
CIRI AJARAN SESAT DARIPADA ASPEK IBADAT
• Menolak kewajipan ibadat fardhu
• Beribadat dengan hanya berzikir sahaja
• Menunaikan haji selain di Mekah
• Menghalalkan perzinaan atas nama nikah
CIRI AJARAN SESAT DARIPADA ASPEK AKHLAK
• Mengejek sahabat-sahabat nabi
• Taasub dengan ajaran gurunya sehingga menganggap kumpulannya sahaja yang benar
• Memperkecilkan amalan yang mengikut sunnah rasulullah
KESAN MELAKUKAN AJARAN SESAT
• ASPEK AGAMA
o Melemahkan iman
o Merosakan akidah
o Menjatuhkan imej Islam
• ASPEK EKONOMI
o Melahirkan individu pemalas
o Membelanjakan wang pada perkara tidak berfaedah
• ASPEK POLITIK
o Menggugat kestabilan politik
o Mewujudkan suasana politik yang tidak harmoni
o Taksub kepada pemimpin kumpulan
• ASPEK KEMASYARAKATAN
o Membentuk masyarakat agresif dan kasar
o Memutuskan silaturrahim
CARA MENJAUHI AJARAN SESAT
• Mempelajari Ilmu akidah yang sebentar
• Menjauhkan pergaulan dengan dicurigai ilmu dan amalannya
• Memastikan amalan adalah mengikut panduan al Quran dan sunnah
• Mencari maklumat daripada sumber yang sahih
• Berdoa memohon petunjuk Allah
• Bertaubat kepada Allah
MAKSUD ISTILAH
• LIBERALISME AGAMA
Aliran pemikiran yang menyeru kepada kebebasan dan keterbukaan mentafsir agama
• PLURALISME AGAMA
Aliran yang menganggap semua agama sama dan membawa kebaikan

if Jannah is your dream, hold tight to your deen


BAHAGIAH FEQAH
PELAJARAN 13 : HAJI DAN UMRAH

MAKSUD HAJI
• Bahasa : Tujuan dan maksud
• Istilah : mengunjungi Baitullahil haram di Mekah pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadat
tertentu menurut syarat-syaratnya
MAKSUD UMRAH
• Bahasa : Ziarah
• Istilah : Mengunjungi Baitullahil haram pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadat tertentu menurut
syarat-syaratnya
HUKUM HAJI DAN UMRAH
• Wajib sekali seumur hidup bagi individu mukallaf dan berkemampuan
TAHUN PENSYARIATAN
• Tahun ke-5 hijrah
BULAN-BULAN HAJI
• Syawal
• Zulkaedah
• 1 – 13 zulhijjah
SYARAT WAJIB HAJI DAN UMRAH
• Islam
• Baligh
• Berakal
• Merdekaa
• Berkemampuan :Istito’ah
CIRI-CIRI BERKEMAMPUAN
• Cukup perbelanjaan pergi dan balik
• Cukup keperluan asas tanggungan yang ditinggalkan
• Ada kenderaan pergi dan balik
• Aman perjalanan
• Sihat tubuh badan
CIRI BERKEMAMPUAN KHUSUS BAGI PEREMPUAN
• Mendapat keizinan suami atau wali
• Ditemani oleh mahram atau kumpulan perempuan yang dipercayai
RUKUN HAJI
• NIAT IHRAM
• WUKUF DI ARAFAH
o Berada di Arafah walaupun seketika
o Waktu bermula masuk waktu Zohor 9 Zulhijjah
o Waktu tamat masuk waktu subuh pada 10 Zulhijjah
• TAWAF DI KAABAH
o Mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali
o Tempat permulaan : Garisan Hajarul Aswad
o Berakhir di sudut yang sama
o Tawaf mengikut syarat yang ditentukan
• SAIE
o Berjalan ulang alik sebanyak 7 kali
o Bermula di Bukit Safa
o Berakhir di Bukit Marwa
o Saie mengikut syarat yang ditetapkan
• BERGUNTING/BERCUKUR
o Sekurang-kurangnya 3 helai rambut
o Sunat bercukur bagi lelaki
• TERTIB
o Melakukan perbuatan mengikut urutan
RUKUN UMRAH
• Niat ihram umrah
• Tawaf
• Saie
• Bercukur
• Tertib

PERKARA WAJIB HAJI


• NIAT IHRAM DI MIQAT
o Berniat ihram di miqat ialah ketentuan tempat atau masa untuk berniat ihram haji
o Jenis Miqat
▪ Zamani
Ketentuan masa bagi seseorang untuk berniat ihram haji bermula 1 Syawal hingga 10
Zulhijjah
▪ Makani
Ketentuan tempat untuk berniat ihram
o Lima tempat miqat bagi Jemaah haji di luar kota Mekah
▪ Zatu Irqin : dari arah Iraq
▪ Qarnul Manazil : Dari arah Asia Tenggara
▪ Yalamlam : Dari arah Yaman
▪ Juhfah : Dari arah Mesir dan Tunisia
▪ Zulhulaifah : Dari arah Madinah
• BERMALAM DI MUZDALIFAH
o Berada di Muzdalifah selepas tengah malam 10 Zulhijjah hingga terbit fajar
• MELONTAR JUMRAH AQABAH
o Melontar 7 biji anak batu
o Masa melontar selepas tengah malam 10 Zulhijjah
• BERMALAM (MABIT) DI MINA
o Berada di Mina pada malam-malam hari Tasyrik (11 – 13 Zulhijjah)
• MELONTAR DI TIGA JUMRAH
o 7 biji di setiap jumrah
o Masa melontar selepas azan subuh sehingga terbenam matahari 13 Zulhijjah
o Nama-nama Jumrah
▪ Jumrah Ula (Jumrah Sughra)
▪ Jumrah Wusta
▪ Jumrah Aqabah (Jumrah Kubra)
• MENJAUHI LARANGAN IHRAM
o Berkaitan kecantikan
▪ Menyapu minyak rambut
▪ Mencabut bulu atau rambut
▪ Memotong kuku
o Berkaitan wanigan
▪ Berwangi-wangi sama ada pada pakaian, badan atau menghidunya
o Berkaitan pakaian
▪ Memakai pakaian berjahit bagi lelaki
▪ Menutup kepada bagi lelaki
▪ Menutup muka bagi wanita
▪ Memakan sarung tangan
o Berkaitan alam sekitar
▪ Memburu binatang buruan
▪ Memotong atau merosakan pokok
o Berkaitan hubungan seksual
▪ Berkahwin , mengahwinkan atau menjadi wakil menerima akad nikah
▪ Melakukan perbuatan merangsang shahwat
▪ Persetubuhan suami isteri
PERKARA WAJIB UMRAH
• Berniat Ihram di Miqat
• Menjauhkan larangan ihram
AMALAN SUNAT HAJI DAN UMRAH
• Mandi sunat ihram : dilakukan sebelum memakai ihram
• Solat sunat ihram : Selepas memakai ihram dengan sempurna
• Talbiah : banyakkan bacaan talbiah semasa ihram
• Mengutip anak batu di muzdalifah (untuk haji sahaja)
• Solat sunat selepas tawaf (sunat dilakukan di belakang maqam Ibrahim)
PERSAMAAN HAJI DAN UMRAH
• Perkara wajib
o Larangan ihram
o Mempunyai miqat makani
• Rukun
o Tawaf Ifadhah
o Saie
o Bercukur
PERBEZAAN HAJI DAN UMRAH
Aspek Haji Umrah
Waktu Bulan haji sahaja Bila-bila masa sepanjang tahun
Rukun Ada wukuf Tiada wukuf
Wajib Haji Melontar Jumrah Tiada amalan seperti haji
Bermalam di Muzdalifah
Bermalam di Mina
JENIS HAJI
• Haji Ifrad
Mengerjakan haji dahulu kemudian mengerjakan umrah pada tahun yang sama
• Haji Tamattuk
Mengerjakan umrah dahulu dalam bulan haji , kemudian mengerjakan haji pada tahun yang sama
• Haji Qiran
Berniat mengerjakan haji dan umrah secara serentak

GARIS MASA HAJI TAMATTUK


• 6 Zulhijjah : berniat umrah dan melaksanakan umrah
• 8 Zulhijjah :
o berniat haji di tanah haram
o Meninggalkan larangan ihram haji
• 9 Zulhijjah : Wukuf di Arafah
• 10 Zulhiijjah
o Bermalam di Muzdalifah
o Melontar Jumrah Kubra
o Bergunting atau bercukur (pilihan untuk mendapat tahallul awal)
• 11 Zulhijjah
o Melontar tiga jumrah
o Bermalam di Mina
• 12 Zulhijjah
o Melontar tiga jumrah
o Bermalam di Mina
• 13 Zulhijjah
o Melontar 3 jumrah
o Bermalam di Mina
• 14 Zulhijjah
o Tawaf Ifadhah
o Saie
o Bercukur (jika belum bercukur selepas melontar Jumrah Aqabah)
HIKMAH HAJI DAN UMRAH
• Aspek rohani
o Menghapuskan dosa dan meraih ganjaran pahala
o Menzahirkan ketaatan dalam melaksanakan perintah Allah
• Aspek Sosial
o Salin mengenali umat Islam di seluruh dunia
• Aspek politik
o Menzahirkan kekuatan umat Islam
• Aspek dakwah
o Menyemarakkan perkembangan dakwah ke seluruh alam
• Aspek ekonomi
o Meningkatkan taraf hidup umat Islam
o Mewujudkan sumber pendapatan baharu
TAHALLUL
• Maksud : membebaskan diri daripada larangan yang terdapat dalam ihram
• Tahallul,bagi umrah ialah bergunting selepas menunaikan saie
• Tahallul bagi haji
o Tahallul awal boleh didapati dengan melaksanakan dua daripada tiga perkara berikut
▪ Melontar Jumrah Kubra
▪ Tawaf dan Saie
▪ Bercukur / bergunting
o Tahallul Thani ialah selepas melaksanakan tiga perkara tersebut

PELAJARAM 14 :
SEMBELIHAN

MAKSUD SEMBELIHAN
• Bahasa : Memotong
• Istilah : Menyembelih haiwan yang halal di makan dagingnya dengan cara memutuskan urat Halqum dan
merih
HUKUM SEMBELIHAN
• Wajib untuk dimakan dagingnya
RUKUN SEMBELIHAN
• Penyembelih
• Haiwan sembelihan
• Alat sembelihan
SYARAT SAH SEMBELIHAN
• Penyembelih
o Beragama Islam / Ahli Kitab
▪ Sembelihan kanak-kanak dan orang perempuan adalah halal
o Melakukan sembelihan kerana Allah
▪ Sembelihan untuk dipersembahkan kepada kubur keramat adalah haram
• Binatang sembelihan
o Masih mempunyai hayat mustaqirrah
▪ Hayat mustaqirrah ialah haiwan yang mampu bergerak dengan tenaga seperti meronta-
ronta dengan kuat selepas sembelihan
o Putus urat halqum dan merih dengan sekali sembelihan
• Alat sembelihan
o Alat yang boleh melukakan kecuali kuku, gigi dan tulang
PERKARA SUNAT SEMBELIHAN
• Penyembelih
o Menajamkan pisau
o Menghadap kiblat
o Membaca basmalah
• Haiwan sembelihan
o Membaringkan haiwan di atas rusuk kiri
o Menghadap kiblat
• Alat sembelihan
o Alat yang tajam seperti pisau
PERKARA MAKRUH SEMBELIHAN
• Penyembelih
o Menyembelih di hadapan haiwan lain
o Menyembelih pada waktu malam
o Tidak menghadap kiblat
o Tidak membaca basmalah
• Binatang sembelihan
o Menyiksa binatang
• Alat sembelihan
o Menggunakan pisau yang tumpul
CONTOH MENYIKSA BINATANG TANPA SEBAB
• Memenggal leher
• Mematahkan kaki
• Mengheret kaki haiwan ke tempat sembelihan
• Menajamkan pisau sembelihan di hadapan haiwan
HIKMAT SEMBELIHAN
• Membezakan daging halal dan haram
• Menghindari penyakit akibat kuman dalam darah haiwan yang dikeluarkan
• Mempercepatkan proses kematian
MAKLUMAT TAMBAHAN SEMBELIHAN
• Janin yang mati selepas ibunya disembelih atau mati dalam perut adalah halal di makan
• Penggunaan water stunner dalam sembelihan ayam adalah diharuskan
• Penggunaan electrical stunning dalam penyembelihan lembu adalah harus

PELAJARAN 15
KORBAN DAN AKIKAH

UNIT 1 : KORBAN
MAKSUD KORBAN
• Menyembelih haiwan al an’am pada 10 Zulhijjah hingga akhir hari Tasyrik (13 Zulhijjah) bertujuan
mendekatkan diri kepada Allah
HUKUM
• Sunat muaakad
• Wajib jika bernazar
TAHUN PENSYARIATAN
• Tahun ke-2 hijrah bagi mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
BINATANG AL AN’AM YANG DIYSARIATKAN KORBAN
• Unta
• Kambing
• Biiri-biri
• Kerbau
• Lembu
SYARAT SAH KORBAN
• Niat korban Ketika sembelihan
• Dilaksanakan dalam waktunya (selepas solat aidiladha hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah)
• Haiwan cukup umur
o Unta : 5 tahun ke atas
o Lembu dan kerbau : 2 tahun ke atas
o Kambing : 2 tahun ke atas
o Biri-biri : 1 tahun atau sudah bersalin gigi hadapan setelah berumur 6 bulan
• Haiwan bebas daripada penyakit dan kecatatan
PERKARA SUNAT KORBAN
• Orang yang berkorban disunatkan tidak bercukur atau memotong kuku bermula 1 Zulhijjah hingga seleai
sembelihan korban
• Melakukan sembelihan korban sendiri jika mampu
• Melaksanakan segala sunat sembelihan
• Bertakbir dan berselawat
• Doa semasa hendak menyembelih
PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN
• 1/3 disedekahkan kepada fakir miskin
• 1/3 dimakan oleh orang yang berkorban dan anggota keluarganya
• 1/3 dihadiahkan kepada sahabat handai dan jiran tetangga
• Haram orang yang berkorban menjual daging serta semua bahagian haiwan korban
PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN NAZAR
• WAJIB semua daging korban nazar diberikan kepada fakir dan miskin
HIKMAH KORBAN
• Mengagungkan syiar Islam
• Menghayati semangat pengorbanan Nabi Ibrahim
• Mengeratkan persaudaraan antara umat Islam
• Tanda bersyukur atas segala nikmat

UNIT 2 : AKIKAH
MAKSUD AKIKAH
• Binatang al an’am yang disembelih sempena kelahiran bayi
HUKUM AKIKAH
• Sunat muakkad
• Wajib bagi yang bernazar
BINATANG AL AN’AM YANG DIYSARIATKAN AKIKAH
• Unta
• Kambing
• Biiri-biri
• Kerbau
• Lembu
SYARAT SAH AKIKAH
• Niat akikah ketika menyembelih
• Dilaksanakan setelah bayi dilahirkan
• Haiwan cukup umur
o Unta : 5 tahun ke atas
o Lembu dan kerbau : 2 tahun ke atas
o Kambing : 2 tahun ke atas
o Biri-biri : 1 tahun atau sudah bersalin gigi hadapan setelah berumur 6 bulan
• Haiwan tidak cacat dan bebas daripada penyakit
PERKARA SUNAT AKIKAH
• Berdoa Ketika hendak menyembelih
• Menyembelih Ketika matahari sedang naik
• Dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran
• Tidak dipatah-patahkan tulang haiwan kecuali bahagian sendi
• Mencukur rambut selepas penyembelihan
• Memberi nama yang baik
• Bersedekah dengan emas dan perak seberat rambut bayi yang dicukur
TEMPOH PELAKSANAAN AKIKAH
• Sunat : setelah sempurna kelahiran sehingga bayi baligh
• Sunat Muakkad : pada hari ke-7 kelahiran bayi
PEMBAHAGIAN DAGING AKIKAH
• Sunat dimasak manis dan disedekahkan sesudah di masak
• Masakan afdhal disedekahkan kepada fakir miskin
• Masakan sunat dimakan oleh orang yang melakukan akikah
HIKMAH AKIKAH
• Menzahirkan kesyukuran atas kelahiran anak
• Menghebahkan berita kelahiran anak
• Menyuburkan sifat pemurah dan menjauhi sifat bakhil

PELAJARAN 16 : MUAMALAT ISLAM


MAKSUD MUAMALAT ISLAM
• Hukum syarak yang berkaitan dengan urusan kewangan seperti jual beli, sewaan, simpanan dan
sebagainya
HUKUM MUAMALAT ISLAM
• Harus
MATLAMAT PENSYARIATAN MUAMALAT DALAM ISLAM
• Menunjukkan keadilan dalam mengatur kehidupan
• Mengiktiraf pemilikan harta secara sah
• Menjaga kepentingan pihak yang terlibat
• Mendapat keredhaan Allah
KEPENTINGAN MEMAHAMI DAN MENGAMALKAN MUAMALAT ISLAM
• Ianya merupakan tuntutan dalam Islam
• Allah memberi ancaman kepada mereka yang meyalahi muamalat Islam
• Menunjukkan Contoh keprihatinan nabi dalam menjaga muamalat Islam

PERBANDINGAN ANTARA MUAMALAT ISLAM DAN KONVESIONAL


MUAMALAT ISLAM MUAMALAT KONVESIONAL
Bersumberkn dalil al Quran dan Sunnah Bersumberkan teori manusia semata-mata
Mengharamkan riba Mengamalkan riba
Bebas dari unsur judi dan gharar Mengandungi unsir judi dan gharar
Berteraskan keimanan kepada Allah Berteraskan keuntungan dan kekayaan
UNSUR YANG DIHARAMKAN DALAM MUAMALAT ISLAM
• Riba
o pertambahan bayaran dalam pertukaran barang dan hutang
o Contoh : berhutang RM 10,000 tetapi kena bayar RM 11,000.
o Bahagian riba
▪ Riba Ad Duyun : Riba hutang
▪ Riba Al Buyu’ : Riba jual beli
o Jenis Riba menurut ulamak mazhab Syafie
▪ Riba al fadhlu
▪ Riba An Nasi’ah
▪ Riba Al Yad
• Dhoror
o Setiap perkara yang membawa kepada kerosakan
o Contoh : transaksi barang terlarang
• Gharar
o Kesamaran dalam urusan yang tidak dibenarkan syarak
o Contoh : mejual burung di udara
• Judi
o Perbuatan melibatkan pertaruhan sesuatu yang berharga
o Contoh : mempertaruhkan wang dalam sesuatu perlumbaan
PENGERTIAN AKAD DALAM MUAMALAT ISLAM
• Bahasa : ikatan / simpulan
• Istilah : Ijab dan qabul dalam urusan perniagaan atau kewangan
RUKUN AKAD
• Pihak yang berakad
o Penjual
o Pembeli
• Sesuatu yang diakadkan
o Harga
o Barang
• Sighah
o Ijab
o Qabul
SYARAT AKAD
• Pihak yang berakad
o penjual dan pembeli
▪ Baligh
▪ Berakal
▪ Mampu memelihara dan menjaga hartanya
o Melibatkan dua pihak dan bebas membuat pilihan
• Perkara yang diakadkan
o Mestilah wujud Ketika akad
o Barang / perkhidmatan yang halal
o Dapat diserahkan Ketika akad
• Sighah
o Lafaz yang sepadan
o Lafaz ijab qabul tidak diikat dengan syarat
o Lafaz ijab dan qabul dalam satu pertemuan
UNIT 2 : JENIS AKAD DALAM MUALAMALAT ISLAM

JENIS AKAD DALAM MUAMALAT ISLAM


• Pertukaran
o Jual beli
o Sewaan
• Kebajikan
o Hibah
o Qaradh
o Wakaf
o Wadi’ah
• Perkongsian
o Musyarakah
o Mudhorobah
• Agen
o Wakalah
• Jaminan
o Kafalah
o Rahn

PENGERTIAN DAN CONTOH JENIS AKAD DALAM MUAMALAT ISLAM

PERTUKARAN
• JUAL BELI
o Maksud : Suatu akad pertukaran barang dengan barang dengan persetujuan penjual dan pembeli
o Contoh : Membeli makanan di kantin sekolah menggunakan duit
• SEWAAN
o Maksud : Akad bagi menyerahkan sesuatu yang bermanfaat yang boleh diberikan secara sewa
dengan pembayaran tertentu
o Contoh : sewaan rumah
KEBAJIKAN
• HIBAH
o Maksud : memberikan sesuatu secara percuma dengan rela hati ketika pemberi masih hidup
o Contoh : memberi sebuah Rumah kepada anak
• QARD
o Maksud : Memberi hutang wang kepada orang lain tanpa imbuhan . Perlu dikembalikan dengan
jumlah yang sama
o Contoh : memberi pinjaman wang untuk kegunaan peribadi
• WAKAF
o Maksud : Mewakafkan harta yang dapat diambil fizikalnya dan diguanakan manfaatnya
o Contoh Mewakafkan rumah untuk pusat jagaan anak yatim
• WADI’AH
o Maksud : Memberikan sesuatu barang kepada orang lain agar dapat disimpan dan dijaga
o Contoh : Simpanan wang
PERKONGSIAN
• MUSYARAKAH
o Akad yang menetapkan sesuatu harta atau perniagaan dikongsi dua orang atau lebih
o Contoh : Berkongsi menubuhkan syarikat perniagaan
• MUDHOROBAH
o Akad yang dilakukan oleh pemodal dengan menyerahkan modalnya kepada pengusaha untuk
diniagakan dan keuntungan dibahagikan
o Contoh : Pemodal memberi RM10 ribu kepada pengusaha untuk menjual buah-buahan dengan
keuntungan 60% pemodal 40% pengusaha
AGEN
• WAKALAH
o Maksud : mewakilkan pekerjaan tertentu yang boleh dikerjakan kepada orang lain
o Contoh : Arsyad mewakilkan Ahmad untuk menjual rumahnya dan Ahmad akan diberi imbuhan
JAMINAN
• KAFALAH
o Maksud : Jaminan yang diberikan oleh penjamin kepada orang yang dijamin atas sesuatu
transaksi
o Muhammad menjadi penjamin kepada Ahmad membuat pembiayaan sesebuah pinjaman
• RAHN
o Maksud : Menggadaikan sesuatu barang sebagai jaminan terhadap hutang
o Contoh : Sarah menggadaikan gelang emas kepada bank untuk membuat pinjaman dengan bank

PELAJARAN 17
SOLAT SUNAT DHUHA DAN SOLAT SUNAT GERHANA

UNIT 1 :SOLAT SUNAT DHUHA


MAKSUD
• Solat sunat yang dilakukan pada waktu antara naik matahari selepas syuruk sehingga sebelum gelincir
matahari
HUKUM
• Sunat muakkad
KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT SUNAT DHUHA
• Membaca niat solat Dhuha
• Bilangan rakaat : 2, 4, 6, 8
• Cara pelaksanaan : digalakkan cara bersendirian
• Bacaan dalam solat
o Rakaat pertama
▪ Surah Al Fatihah
▪ Surah Al Syams atau surah lain
o Rakaat kedua
▪ Surah al Fatihah
▪ Surah Al Dhuha atau surah lain
o Menyempurnakan rukun-rukun solat yang lain sehingga memberi salam
HIKMAH SOLAT SUNAT DHUHA
• Mendekatkan diri kepada Allah
• Membuktikan ketaatan kepada Allah
• Mendapat rahmat dan rezeki
UNIT 2 : SOLAT SUNAT GERHANA
MAKSUD
• Solat sunat yang dilakukan Ketika berlaku gerhana matahari atau gerhana bulan dengan cara tertentu
HUKUM
• Sunat muakkad
TARIKH PENSYARIATAN
• Gerhana matahari : tahun ke-2 hijrah
• Gerhana bulan : tahun ke-5 hijrah
AMALAN SEMASA GERHANA
• Solat sunat gerhana
• Memperbanyakkan istighfar
• Berdoa
• Bertakbir
• Bersedekah
HIKMAH MENUNAIKAN SOLAT SUNAT GERHANA
• Menginsafi kekuasaan Allah terhadap penciptaan alam semesta
• Memohon keampunan atas segala dosa
• Memberi peringatan agar manusia tidak melakukan kerosakan
• Memandu supaya mentauhidkan Allah dengan meninggalkan amalan khurafat semasa berlaku gerhana
• Mendapat pahala kerana mengikut sunnah Rasulullah
KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT GERHANA
• Membaca niat solat sunat gerhana
• Bilangan rakaat : 2 rakaat
• Waktu pelaksanaan : Ketika berlaku gerhana matahari atau bulan
• Cara pelaksanaan : digalakkan berjemaah
• Bacaan dalam solat rakaat pertama:Surah al Fatihah dan Surah lain
• Rukuk yang pertama dalam rakaat pertama : dipanjangkan bacaan semasa rukuk dengan kadar panjang
surah dalam rakaat pertama
• Qiam: Surah Al Fatihah dan surah lain
• Rukuk kedua dalam rakaat pertama : dipanjangkan bacaan semasa rukuk seperti kadar panjang bacaan
surah kali dua dalam rakaat pertama
• Menyempurnakan rukun-rukun solat yang lain
• Rakaat kedua : baca surah al Fatihah dan surah lain
• Rukuk yang pertama dalam rakaat kedua: dipanjangkan bacaan semasa rukuk dengan kadar panjang
surah dalam rakaat kedua
• Qiam: Surah Al Fatihah dan surah lain
• Rukuk kedua dalam rakaat kedua: dipanjangkan bacaan semasa rukuk seperti kadar panjang bacaan
surah kali dua dalam rakaat kedua
• Meneruskan solat dengan menyempurnakan rukunnya hingga memberi salam

Sesiapa yang tidak pernah mengecapi pahit getir menuntut ilmu walaupun seketika ,
maka ia akan terjerumus ke dalam kehinaan kejahilan seumur hidupmya
Imam Syafie
BAHAGIAN SIRAH DAN TAMADUN ISLAM
ERA PEMERINTAHAN KERAJAAN ISLAM
• Zaman Rasulullah SAW
o 1H – 11H (622M – 632M)
o Pusat pemerintahan : Madinah
o Pimpinan Rasulullah SAW
• Zaman Khulafak Al Rasyidin
o 11H – 40H (632M – 661M)
o Pusat pemerintahan : Madinah
o Khalifah
▪ Khalifah Abu Bakar
▪ Khalifah Umar bin Al Khattab
▪ Khalifah Usman bin Affan
▪ Khalifah Ali bin Abi Talib
• Zaman Kerajaan Umayyah
o 41H – 132H (661M – 750M)
o Pusat pemerintahan di Damsyik
o Khalifah terkenal :
▪ Muawiyah bin Abi Sufian
▪ Abdul Malik bin Marwan
▪ Al Walid bin Abdul Malik
▪ Umar bin Abdul Aziz
• Zaman Kerajaan Abasiyah
o 132H – 656H (750M – 1258M)
o Pusat pemerintahan : Baghdad
o Khalifah terkenal
▪ Abu Al Abbas As Saffah
▪ Abu Jaafar al Mansur
▪ Harun Al Rashid
▪ Abu Jaafar Al Makmun
o Antara tahun 656 H – 698H selepas kejatuhan kerajaan Abasiyah di Baghdad, kerajaan Abasiyah
diteruskan di Mesir
• Zaman Kerajaan Uthmaniah
o 698H – 1341H ( 1299M – 1924M)
o Pusat pemerintahan : Istanbul
o Sultan yang terkenal
▪ Uthman bin Ertughul
▪ Urkhan
▪ Muhammad Al Fatih
▪ SUlaiman Al Qanuni

PELAJARAN 18 : KERAJAAN KHULAFAK AL RASYIDIN
CIRI KEPIMPINAN KHULAFAK AL RASYIDIN
• SAIDINA ABU BAKAR
o Tegas
▪ memerangi kaum murtad dan Nabi Palsu
o Berpandangan jauh
▪ mengarahkan Zaid bin Thabit mengumpulkan tulisan-tulisan al Quran
o Setia dengan arahan Rasulullah SAW
▪ meneruskan tindakan Rasulullah menghantar Usamah bin Zaid sebagai panglima
Angkatan tentera ke Ghassan
o Mengamalkan Syura
▪ mengambil kira pandangan sahabat dalam mengatur strategi peperangan
• SAIDINA UMAR AL KHATTAB
o Tegas
▪ menggantikan kepimpinan Khalid Al Walid dengan Abu Ubaidah sebagai panglima perang
o Adil
▪ memastikan kebajikan rakyat terpelihara dengan meninjau sendiri keadaan rakyat
o Berfikiran terbuka
▪ bersedia ditegur dan menerima pendapat sahabat
o Cekap
▪ Menubuhkan majlis syura dan beberapa jabatan kerajaan
▪ Membahagikan wilayah Islam kepada beberapa kawasan pentadbiran yang diketuai oleh
seorang gabenor
• SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN
o Berpandangan jauh :
▪ menubuhkan jawatankuasa khas membukukan al Quran diketuai oleh Zaid bin Thabit
o Berfikiran terbuka :
▪ Melonggarkan syarat penggunaan harta Baitul Mal
▪ Membenarkan sahabat keluar daripada kota Madinah
o Perihatin
▪ Menyumbangkan harta kekayaan untuk pertahanan negara
▪ Membesarkan masjid Nabawi untuk keselesaan umat Islam
o Inovatif :
▪ Menubuhkan Angkatan tentera sehingga berja meluaskan empayar Islam
• SAIDINA ALI BIN ABI TALIB
o Tegas
▪ memecat beberapa gabenor yang dilantik oleh Saidina Uthman bin Affan
o Berpandangan jauh
▪ menangguhkan hukuman qisas kepada pembunuh Saidina Uthman memandangkan
negara dalam keadaan huru hara
o Berilmu
▪ memiliki ketinggian ilmu dalam pelbagai bidang
o Berani
▪ Menyertai hampir semua peperangan dengan berada di barisan hadapan
▪ Sanggup menerima jawatan khalifah walau dalam keadaan huru hara
PENCAPAIAN PEMERINTAHAN KHULAFAK AL RASYIDIN
• BIDANG AGAMA
o Khalifah Abu Bakar
▪ Berjaya memerangi golongan murtad , nabi palsu dan golongan enggan membayar zakat
o Khalifah Umar
▪ Menyebarkan dakwah Islam sehingga ke Mesir, Parsi dan Rom
• BIDANG POLITIK
o Khalifah Abu Bakar
▪ Pembukaan wilayah baru Islam di wilayah Iraq dan Syam
o Khalifah Umar al Khattab
▪ menubuhkan beberapa jabatan kerajaan
• Majlis Syura
• Jabatan tentera
• Jabatan polis
• Jabatan percukaian
• Jabatan perbendaharaan negara
o Khalifah Uthman bin Affan
▪ mematahkan pemberontakan serta meluaskan kuasa wilayah Islam ke
• Rom
• Mesir
• Afrika utara
• Pulau Cyprus
• BIDANG EKONOMI
o Khalifah Umar bin Al Khattab
▪ Memperkenalkan pelbagai cukai baharu
• Kharaj
• Jizyah
▪ Memajukan sistem saliran dan pengairan
• Pembinaan terusan amir mukminin di Mesir
• Pembinaan empangan Abu Musa di Basrah
▪ Mengemaskinikan institusi Baitul Mal dan meneroka tanah baru pertanian
o Khalifah Ali bin Abi Talib
▪ Meneruskan kutipan jizyah yang dikenakan kepada golongan zimmi
• BIDANG SOSIAL
o Khalifah Umar bin Al Khattab
▪ Mengasaskan takwim Islam sebagai asas pengiraan tahun hijrah
▪ Memperkenalkan undang-undang pentadbiran tanah negara
▪ Membina kemudahan awam seperti taliair dan kemudahan pertanian
• BIDANG KETENTERAAN
o Khalifah Umar bin Al Khattab
▪ Meneruskan pembebasan negeri wilayah Iraq
▪ Membuka Baitul Maqdis , Pelsetin dan Mesir
o Khalifah Uthman bin Affan
▪ Menubuhkan Angkatan tentera laut Islam yang pertama
• BIDANG PENDIDIKAN
o Khalifah Abu Bakar As Siddiq
▪ Mengumpul dan menulis semula naskhah al Quran
o Khalifah Umar al Khattab
▪ Menubuhkan sekolah iaitu al Kuttab yang dikhususkan untuk kanak-kanak
o Khalifah Uthman bin Affan
▪ Menyelaraskan bacaan al Quran dan penulisan al Quran dengan lahjah Quraisy dengan
nama Mashaf Uthmani
IKTIBAR PEMERINTAHAN KHULAFAK AL RASYIDIN
Sebagai umat Islam
▪ Kita hendaklah mencontohi kepimpian khulafak al Rasyidin yang mementingkan kesejahteraan
▪ Kita hendaklah menggiatkan usaha dakwah untuk perkembangan Islam
▪ Kita hendaklah mengukuhkan perpaduan untuk memelihara hak orang lain
▪ Kita hendaklah menyumbangkan kepakaran untuk pembangunan negara
▪ Kita hendaklah mengamalkan akhlak terpuji supaya menjadi teladan
▪ Kita hendaklah menyokong kegiatan ekonomi supaya umat Islam dihormati

PELAJARAN 19
KERAJAAN BANI UMAYYAH

SEJARAH PENUBUHAN KERAJAAN UMAYYAH


• Asal penubuhan
o Bersempena nama Umayyah bin Abdul Syams iaitu salah seorang pemimpin keturunan Quraisy
• Pengasas
o Muawiyah bin Abi Sufian
• Tempoh pemerintahan
o Tahun 41 – 132 Hijrah
• Keluasan kerajaan
o Meliputi sebahagian besar benua Afrika, Asia dan Eropah
• Bilangan khalifah
o 14 orang
• Khalifah terkenal
o Muawiyah bin Abi Sufian
o Abdul Malik bin Marwan
o Al Walid bin Abdul Malik
o Umar bin Abdul Aziz
• Khalifah pertama
o Muawiyah bin Abi Sufian
• Khalifah terakhir
o Marwan bin Muhammad
• Pusat pemerintahan
o Damsyik
• Tahap pemerintahan
o Tahap pertama berpusat di Damsyik (41 – 132 H)
o Tahap kedua di Cordova (138 – 422H) menggunakan gelaran Amir dan khalifah
KHALIFAH BANI UMAYYAH YANG TERKENAL
• MUAWIYAH BIN ABI SUFIAN (19 TAHUN 3 BULAN : 41 -60H)
o Menjadikan Damsyik pusat pemerintahan
o Mewujudkan perkhidmatan pos berkuda ( Diwan Al Barid)
o Memperkenalkan cop mohor rasmi Umayyah (Diwan al Khatim)
o Menubuhkan beberapa jabatan
▪ Jabatan setiausaha ( Diwan Al Rasa’il)
▪ Jabatan cukai
▪ Jabatan Urusan Awam
o Memperkasakan armada laut
• ABDUL MALIK BIN MARWAN
o Menetapkan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi urusan pentadbiran
o Mencetak matawang dinar Islam
o Menaik taraf perkhidmatan pos dan pengangkutan awam
o Menubuhkan Diwan Al Jund (pertahanan negara)
o Mengarahkan pembinaan “Qubbatul al Sakhrah” di Baitul Maqdis
• AL WALID BIN ABDUL MALIK
o Pembukaan Wilayah baru Islam (Andalus dan India)
o Memperbaiki dan mencantikan seni bina Masjid Nabawi
o Membina banyak masjid baharu
o Memberi perhatian khas kepada rakyat berkeperluan khas dengan mewujudkan jabatan khas
untuk
▪ Warga emas
▪ Orang buta
o Menggalakkan pembinaan banguna bercirikan senibina Islam
o Memperbaik jalanraya untuk memudahkan perjalanan Jemaah Haji
• UMAR BIN ABDUL AZIZ
o Mengecualikan jizyah kepada kafir zimmi
o Mengeluarkan arahan untuk membukukan hadis
o Membina rumah transit untuk pedagang
o Menaik taraf infrasturktur kemudahan awam
▪ Hospital
▪ Jambatan
▪ Perigi
▪ Jalanraya
▪ Sistem pengangkutan awam
o Mengasaskan diwan Penasihat untuk memberi nasihat kepada khalifah
FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN UMAYYAH
• Agama
o Khalifah Umar bin Abdul Aziz menyemarakkan aktiviti keilmuan keagamaan
o Khalifah al Walid bin Abdul Malik menaiktaraf masjid untuk merancakkan aktiviti keagamaan
• Politik
o Pemilihan Damsyik yang strategik sebagai pusat pemerintahan
o Pelantikan gabenor berwibawa
o Berjaya meluaskan wilayah Islam di
▪ Rom ▪ Afrika Utara
▪ China ▪ Eropan
▪ India
• Ekonomi
o Pengurusan Baitul Mal yang cekap (hasil pendapatan melebihi perbelanjaan)
o Berjaya memanfaatkan hasil pertanian dan perdagangan untuk pembangunan
• Sosial
o Penjagaan kebajikan rakyat melalui bantuan dan kemudahan asas
o Hubungan rapat pemimpin dan rakyat
• Ketenteraan
o Pasukan angkatan tentera yang berdisiplin
o Kemudahan angkatan tentera dan peralatan yang canggih
o Adaptasi strategik peperangan dengan meniru corak gerakan parsi
• Pendidikan
o Menjadikan masjid dan istana sebagai pusat perkembangan ilmu
o Galakan daripada khalifah agar rakyat menguasai ilmu
FAKTOR KEMEROSOTAN
• Politik
o Sistem lantikan khalifah secara monarki menimbulkan perebutan kuasa
o Pemberontakan oleh puak Syiah dan Khawarij
• Sosial
o Sikap taksub antara kabilah arab utara dan selatan yang mencetuskan gerakan sulit
o Sikat diskriminasi sebahagian khalifah terhadap bangsa Parsi dan Barbar dalam pemiliahn
gabenor
• Ahklak
o Khalifah mengamalkan cara hidup mewah dan boros
o Keruntuhan moral dalam kalangan khalifah
IKTIBAR DARIPADA PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH
Sebagai umat Islam
• Kita mestilah memartabatkan ajaran Islam supaya syariat Islam dapat ditegakkan
• Kita hendaklah mencontohi sifat mulia yang ada pada khalifah
• Kita hendaklah menjaga hubungan baik antara pemimpin dan rakyat
• Kita hendaklah menjaga kebajikan sesama rakan agar terjalin kasih sayang
• Kita hendaklah memilki semangat jihad untuk mempertahankan negara
• Kita hendaklah berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan supaya dapat memberi sumbangan kepada
negara
SPEKTRUM ILMU
• Peringkat jihad
o Jihad memperbaiki diri
o Jihad melawan syaitan
o Jihad melawan kafir harbi dan munafik
o Jihad menghapuskan kezaliman
• Maksud “mawali”
o Golongan bukan arab yang memeluk agama Islam dan memiliki keistimewaan yang sama dengan
orang Arab muslim tetapi dikehendaki membayar cukai tambahan

Pendidikan adalah senjata paling mematikan di dunia karena dengan itu anda
dapat mengubah dunia
PELAJARAN 20
KERAJAAN BANI ABASIYAH

SEJARAH PENUBUHAN KERAJAAN ABASIYAH


• Asal penubuhan
o Bersempena nama bapa saudara Rasulullah iaitu Al Abbas bin Abdul Mutalib
• Pengasas
o Abu Al Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali Al Safah
• Tempoh pemerintahan
o 524 tahun
o Bermula tahun 132H – 656 H
• Keluasan kerajaan
o Meliputi sebahagian besar benua Afrika Asia dan Eropah
• Bilangan Khalifah
o 37 orang
• Khalifah terkenal
o Abu Al Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali Al Saffah
o Abu Jaafar Abdullah Muhammad bin Ali Al Mansur
o Harun Al Rashid bin Muhammad Al Mahdi bin Al Mansor Al Abbas
o Abu Jaafar Abdullah Al Makmun bin Harun Al Rashid
• Khalifah terawal
o Abu Al Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali Al Saffah
• Khalifah Terakhir
o Al Muktasim Billah Abdullah bin Mansur Al Muntasir Billah
• Pusat pemerintahan
o Baghdad

KHALIFAH KERAJAAN ABASIYAH YANG TERKENAL


• Abu Al Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali As Saffah
o Khalifah pertama
o Memerintah selama 4 tahun 9 bulan
o 132H – 136H
o Mengasaskan kerajaan Abasiyah
o Mengembalikan keamaman dengan mengalahkan Parsi dan Byzantin
o Menstabilkan keamanan dalam negara dengan mematahkan pemberontakan Syiah dan Khawarij
• Abu Jaafar Abdullah bin Muhammad bin Ali Al Mansur
o Khalifah kedua
o Memerintah selama 22 tahun
o 136 – 155 Hijrah
o Memindahkan pusat pemerintahan ke Baghdad
o Menaiktaraf sistem cukai
o Membina sistem pengairan dan saliran
o Membina Masjid Al Syarqiyyah sebagai pusat aktiviti dakwah
o Membina hospital di Baghdad
o Memperkukuh kekuasaan terhadap wilayah Byzantin
• Khalifah Harun Al Rashid bin Muhammad al Mahdi bin Al Mansur Al Abbas
o Khalifah ke lima
o Memerintah selama 23 tahun
o 170 – 192 Hijrah
o Memperkemas sistem percukaian Islam
o Mewujudkan jawatan Kutua Hakim Negara (qadhi al Qudha)
o Membina Baitul Hikmah (perpustakaan agung )
o Menjadikan Baghdad sebagai pusat perdagangan, keilmuan dan kebudayaan
o Membina kemudahan awam seperti farmasi dan pusat pengajian
o Menubuhkan Majlis Al Munazarah sebagi pusat penyelidikan ilmu agama
• Khalifah Abu Jaafar Abdullah Al Makmun bin Harun Al Rashid
o Khalifah ke tujuh
o Memerintah selama 20 tahun
o 198 – 218 Hijrah
o Mempergiat usaha penterjemahan karya dari hahasa asing ke Bahasa Arab
o Menjadikan Baitul Hikmah sebagai pusat penterjemahan negara
o Membina balai cerap sebagai pusat penyelidikan ilmu
o Menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang

FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN BANI ABASIYAH


• Agama
o Galakan khalifah yang memberi peruntukan khas untuk kegiatan dakwah
o Semangat jihad yang tinggi dalam menguasai ilmu
o Peranan institusi Pendidikan sebagai pusat ilmu dan dakwah
• Politik
o Kebijaksanaan khalifah Abu Jaafar yang menjadikan Baghdad sebagai pusat pentadbiran
o Pemberontakan dapat dihapuskan
o Kestabilan politik
• Ekonomi
o Kedudukan Baghdad ditengah-tengah laluan perdagangan timur barat
o Sektor pertanian, perdagangan dan perindustrian mendominasi pasaran antarabangsa
o Inisiatif khalifah membina empangan, pusat perniagaan dan rumah api sebagai prasarana
perniagaan
o Sumber dan pengurusan Baitul Mal yang sistematik
• Sosial
o Layanan yang adil daripada khalifah dengan menghapuskan penindasan
o Kebebasan mengamalkan agama
o Orang bukan Islam diberi peluang memegang jawatan dalam pentadbiran negara
• Ketenteraan
o Strategi peperangan yang mantap seperti strategi Al Karadis
o Inovasi peralatan peperangan yang canggih
▪ Manjanik
▪ Dabbabah
▪ Barud
o Keprihatinan pemimpin menjaga kebajikan tentera dengan pemberian gaji dan bonus
o Dasar ketenteraan terbuka kepada orang bukan Arab
• Pendidikan
o Aktiviti penterjemahan Bahasa Asing ke Bahasa Arab
o Perkembangan pelbagai bidang ilmu yang melahirkan ramai cendikiawan
▪ Ibnu Sina
▪ Jabir Al Hayyan
▪ Al Idirisi
o Galakan khalifah yang memberi biasiswa kepada pelajar cemerlang
o Kemudahan institusi Pendidikan sebagai pusat perkembangan ilmu
▪ Masjid
▪ Istana Khalifah
▪ Perpustakaan
▪ Pusat pengajian
FAKTOR KEMEROSOTAN
• Politik
o Campurtangan pegawai berbangsa Parsi dan Turki
o Perebutan kuasa antara khalifah
o Perpecahan wilayah yang memberi peluang pembentukan kerajaan kecil
▪ Saljuk
▪ Buwaih
• Sosial
o Kebajikan rakyat terabai akibat kelemahan pentadbiran
o Pemberontakan dalam kalangan puak syiah dan khawarij
• Ekonomi
o Rusuhan dan pemberontakan menyebabkan pedagang tidak dapat datang ke Baghdad
o Sektor pertanian merosot kerana sistem pengairan tidak dapat dibaiki
• Ketenteraan
o Pertahanan ketenteraan yang lemah memudahkan serangan pihak musuh
▪ Georgia
▪ Armenia
o Serangan daripada tentera monggol (Holagu Khan) telah meruntuhkan kerajaan Abasiyah

IKTIBAR DARIPADA PEMERINTAHAN KERAJAAN ABASIYAH


Sebagai Umat Islam
• Kita hendaklah memilih pemimpin yang berwibawa supaya urusan berjalan lancar
• Kita hendaklah mempraktikkan kepimpinan Islam agar menjadi contoh ikutan
• Kita hendaklah memanfaatkan sumber yang ada agar dapat bersaing di peringkat global
• Kita hendaklah memiliki perasaan cintakan negara dengan semangat patriotik
• Kita hendajklah mengeratkan perpaduan agar keharmonian terpelihara
• Kita hendaklah memperbanyakkan penerokaan ilmu agar tamadun Islam terus maju
PELAJARAN 21
KEUNGGULAN TOKOH EMPAT MAZHAB
RIWAYAT HIDUP
PERKARA IMAM ABU HANIFAH IMAM MALIK
Nama An Nukman bin Thabit Malik bin Anas Al madani
Tarikh Lahir 80 Hijrah di Kufah 93 Hijrah di Madinah
Tarikh Wafat 150 Hijrah 179 Hijrah
Kuniah Abu Hanifah Abu Abdullah
Keperibadian • Sangat memuliakan ilmu • Mencintai Rasulullah sehingga tidak
• Kuat beribadat sunat sanggup menunggang kuda di Madinah
• Pemurah dan penyayang kerana jasad Rasulullah yang dimakamkan
• Tidak terpengaruh dengan tawaran di Madinah
pangkat • Menghormati ilmu dengan berpegang
kepada prinsip murid mencari guru
• Memuliakan majlis pengajaran hadis
dengan memakai pakaian bersih dan
wangi-wangian
• Berkorban harta demi ilmu
Guru • Hamad bin Sulaiman • Nafi’ Al madani
tersohor • Ata’ bin Yasar • Muhammad bin Shihab al Zuhrawi
• Amru bin Dinar • Yahya bin Said Al Ansari

PERKARA IMAM SYAFIE IMAM AHMAD BIN HANBAL


Nama Muhammad bin Idris Al Syafie Ahmad bin Muhammad bin Hanbal
Tarikh Lahir 150 Hijrah di Ghazzah 164 Hijrah di Baghdad
Tarikh Wafat 204 Hijrah 241 Hijrah
Kuniah Abu Abdullah Abu Abdullah
Keperibadian • Sanggup tinggal Bersama Arab Badwi • Sentiasa menuntut ilmu walau telah
untuk menguasai kebudayaan mereka bergelar Imam masyhur
• Bermusafir jauh demi menuntut ilmu • Memiliki sifat pemaaf yang tinggi
• Berani menegakkan kebenaran • Banyak membaca dan menghafaz al Quran
• Pemurah kepada fakir miskin walaupun • Kuat beribadat nawafil
hidupnya sederhana • Sanggup dipenjara demi akidah
• Tinggi sifat warak dan kuat beribadat
Guru • Imam Malik bin Anas • Imam Syafie
tersohor • Sufian bin Uyainah • Abu Yusuf al Qadhi
• Muslim Khalid Al Zanji • Hamad bin Khalid
SUMBANGAN TOKOH EMPAT MAZHAB
ASPEK SUMBANGAN IMAM ABU HANIFAH IMAM MALIK

1. Al Faraid
HASIL KARYA 2. Al Fiqh Al Akbar Al Muwattok
3. Al Alim wal Muta’alim

1. Fatwa Para Sahabat


2. Qias 1 Amalan penduduk Madinah
ASAS-ASAS MAZHAB 3. Istihsan 2 Qias
4. Ijmak 3 Masalih Mursalah
5. Uruf

1. Abu Yusuf 4. Imam Syafie


MURID TERKENAL 2. Muhammas al Hasan Al Syaibani 5. Abdullah bin Abdul Hukam
3. Zufar bin al Huzail 6. Abdulrahman bin Kassim

MAZHAB TERSEBAR Seluruh Asia Tengah da Seluruh Eropah Mesir, Andalus , Tunisia, Afrika

ASPEK SUMBANGAN IMAM SYAFIE IMAM AHMAD

1. Al Risalah 4. Al Musnad
HASIL KARYA 2. Al Umm 5. Al Tarikh
3. Al Musnad 6. Al ‘Ilat

1. Ijmak 1 Fatwa sahabat


ASAS-ASAS MAZHAB 2. Qias 2 Qias
3. Istidlal 3 Istishab

1. Ahmad bin Hanbal


2. Abu Yaakob Yusuf bin Yahya Al 4. Imam Hasan bin Musa
MURID TERKENAL Buwaiti 5. Imam Hanbal bin Ishak
3. Abu Ibrahim Ismail bin Yahya Al 6. Al Walid bin Muslim
Muzni

Mesir, Iraq, Parsi, Syiria, Malaysia, China,


MAZHAB TERSEBAR Baghdad, Mesir, Najd
Indonesia, Brunei, Pakistan dan India

IKTIBAR DARIPADA KEUNGGULAN TOKOH EMPAT MAZHAB


Sebagai umat Islam
• Kita hendaklah mencontohi kegigihan Imam Mazhab dalam menuntut ilmu
• Kita hendaklah menghormati perbezaan pandangan supaya masyarakat harmoni
• Kita hendaklah mengemalkan ilmu yang dipelajari
• Kita hendaklah menyebarkan ilmu dan kepakaran agar dapat dimanfaatkan
• Kita hendaklah berwaspada dalam meneliti sumber ilmu agar tidak terpesong
BAHAGIAN AKHLAK
PELAJARAN 22 : BERSIKAP BENAR MENJAUHKAN KEMUNAFIKAN
MAKSUD
• Tidak berdusta dari segi perkataan, perkhabaran dan perbuatan

HUKUM
• Wajib
TUNTUTAN BERSIKAP BENAR
• Benar dalam tutur kata
o Tidak berbohong apabila berkata-kata dalam semua keadaan
o Memelihara diri daripada melafazkan perkataan yang mengelirukan
• Benar dalam niat dan kemahuan
o Ikhlas kerana Allah
o Berniat untuk kebaikan semata-mata
• Benar dalam keazaman dan cita-cita
o Bertekad mencapai apa yang dicitakan
o Tindakan seiring dengan matlamat yang ingin dicapai
• Benar dalam menepati janji
o Berjanji dengan apa yang mampu ditunaikan
o Menunaikan apa yang dijanjikan
o Melaksanakan janji dengan tepat
• Benar dalam tugas
o Melakukan tugas tanpa mengharapkan balasan
o Melakukan tugasan dengan terbaik
CONTOH RASULULLAH BERSIKAP BENAR
• Menyampaikan wahyu dengan bersifat benar tanpa menokok nambah serta tidak mengikut kehendak
baginda. Semuanya adalah berdasarkan wahyu
• Sentiasa bersikap dan berkata benar walaupun dalam keadaan bergurau
HIKMAH BERSIKAP BENAR
• Terpelihara daripada sifat munafik
• Menenangkan hati kerana tidak melakukan dosa
• Saling bekerjasama kerana salin mempercayai
• Menjadi contoh tauladan kepada orang lain

PELAJARAN 23
KHAUF DAN RAJAK

MAKSUD KHAUF
• Takut kepada kemurkaan dan azab Allah dengan menjauhi segala laranganNYA
MAKSUD RAJAK
• Mengharapkan keredhaan Allah dengan melaksanakan segala perintahNYA
CARA MENDAPATKAN KHAUF
• Bergaul dengan ulamak dan solihin
• Mengambil iktibar daripada kisah kaum terdahulu
• Sentiasa bertaubat
• Sentiasa mengingati mati
CARA MENDAPATKAN RAJAK
• Bermujahadah menentang hawa nafsu
• Melaksanakan amal ibadat dengan bersungguh-sungguh
• Tidak berputus asa merayu kepada Allah
CONTOH KHAUF DAN RAJAK YANG DIAMALKAN OLEH RASULULLAH SAW
• Rasulullah SAW mendirikan solat sunat gerhana matahari dengan khusyuk , baginda menangis dalam
sujud terakhir kerana merasa takut Allah menurunkan azab dan baginda memohon ampun kepada Allah
SWT ketika itu
• Ketika seorang lelaki yang sedang sakit bahawa beliau mengharapkan rahmat Allah dan merasa takut
dengan dosa yang dilakukan lalu Rasulullah memberitahu Allah memberi apa yang diharapkan dan
menyelamatkan dari apa yang ditakuti
KONSEP KHAUF DAN RAJAK YANG SEIMBANG
• Rasa takut yang diiringi tindakan menepati syarak
• Mengharapkan keredhaan Allah dengan melakukan amal soleh dan meninggalkan maksiat
• Ganjaran syurga sebagai motivasi untuk mendekatkan diri kepada Allah
• Perasaan khauf sebagai benteng daripada melakukan maksiat
• Perasaan rajak sebagai pendorong lakukan ibadat
• Khauf dan rajak hendaklah berpaksikan “husnu zon” (sangka baik) kepada Allah
HIKMAH KHAUF DAN RAJAK
• Melahirkan insan yang sentiasa mengingati Allah
• Melahirkan insan yang bersungguh-sungguh dalam pekerjaan
• Mendidik jiwa agar sentiasa menjauhi larangan Allah
• Melahirkan insan yang gembira melakukan kebaikan
• Melahirkan insan yang bertawakal kepada Allah

PELAJARAN 24
ADAB TERHADAP ORANG SAKIT DAN KURANG UPAYA

UNIT 1: ADAB TERHADAP ORANG SAKIT


ADAB TERHADAP ORANG SAKIT
• Dari aspek ibadat
o Mendoakan kesihatan mereka
o Membantu mereka melakukan ibadat
• Dari aspek emosi
o Memberi semangat agar redha dan sabar
o Tidak melakukan sesuatau yang mengganggu kententeraman mereka
• Dari aspek fizikal
o Memastikan tubuh dan tempat pesakit bersih
o Menyediakan keperluan asas pesakit
HIKMAH BERADAB KEPADA ORANG SAKIT
• Menggembirakan hati pesakit
• Mengeratkan silaturrahim sesama anggota masyarakat
• Melahirkan keinsafan atas nikmat kesihatan
UNIT 2 : ADAB TERHADAP ORANG KURANG UPAYA
MAKSUD ORANG KURANG UPAYA
• Seseorang yang tidak mempunyai keupayaan untuk melibatkan diri secara efektif dalam masyarakat
daripada segi mental, fizikal, intelektual dan pancaindera
ADAB TERHADAP ORANG KURANG UPAYA
• Dari aspek ibadat
o Menyediakan kemudahan untuk melakukan ibadat
o Membantu dan menunjuk ajar dalam urusan ibadat
• Dari aspek emosi
o Memberi layanan dengan penuh kasih sayang
o Tidak mengejek mereka
• Dari aspek fizikal
o Memastikan kemudahan asas disediakan dan tidak disalahguna
o Memberi peluang yang sesuai dengan keupayaan mereka
HIKMAH BERADAB TERHADAP ORANG KURANG UPAYA
• Menimbulkan rasa dihargai
• Memupuk kebersamaan dalam semua golongan masyarakat
• Melahirkan rasa syukur atas kesempurnaan fizikal
• Memudahkan mereka melakukan aktiviti harian

PELAJARAN 25: WASATIAH MENJAMIN KECEMERLANGAN UMAT


MAKSUD WASATIAH
• Pendekatan yang sederhana dan seimbang , adil dan cemerlang dalam setiap tindakan
EMPAT PRINSIP WASATIAH
• KESEDERHANAAN
o Maksud
▪ Melakukan sesuatu dengan sempurna , tidak melampaui batas dan mematuhi syarat
o Aspek kesederhanaan
▪ Menunaikan tugas dengan sempurna dan bertanggungjawab
▪ Memenuhi syarat dalam menunaikan tugas
▪ Melaksanakan tugas sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi
• KESEIMBANGAN
o Maksud
▪ Memenuhi keperluan rohani, jasmani dan akal secara sempurna dalam semua keadaan
o Aspek kesederhanaan
▪ Rohani
• Melaksanakan ibadat dengan istiqamah
• Menghayati al Quran dan berzikir bersungguh-sungguh
• Ikhlas beribadat
▪ Jasmani
• Mengambil makanan seimbang untuk menjaga kesihatan
• Berehat setelah bekerja supaya Kembali cergas
• Memenuhi keperluan biologi dan fitrah manusia
▪ Akli
• Menjauhi barang larangan yang merosakan akal
• Menggunakan akal dengan baik untuk meningkatkan ilmu
• Menggunakan akal untuk memajukan diri
• KEADILAN
o Maksud
▪ Meletakkan sesuatu sesuai dengan suasana , masa dan tempat
o Aspek keadilan
▪ Menunaikan hak kepada mereka yang berhak
▪ Mengambil pendekatan seimbang antara dua perkara yang ekstrim
• KECEMERLANGAN
o Maksud
▪ Pendekatan yang terbaik dalam melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran serta
berkeyakinan teguh kepada Allah
o Ciri umat cemerlang
▪ Melakukan kebaikan
▪ Mencegah daripada melakukan kezaliman
▪ Menggunakan keredhaan untuk mencari redha Allah
▪ Melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah
HIKMAH MELAKSANAKAN PRINSIP WASATIAH
• Syiar Islam dpat ditegakkan
• Pembangunan yang menyeluruh dan seimbang dapat diwujudkan
• Ekonomi masyarakat yang stabil dapat dijana
• Tahap pendidikan masyarakat dapat ditingkatkan mengikut keperluan negara
• Masyarakat yang aman dan damai dapat dibangunkan
GOLONGAN YANG TERMASUK DALAM UMMATAN WASATAN
• Umat yang terpilih dan adil
• Umat terbaik dan pertengahan dalam semua perkara (tidak melampau batas dan tidak lalai)
• Tidak berlebih-lebih dalam urusan agama dan spiritual semata-mata
• Tidak mementingkan kepentingan material semata-mata
PANDUAN DAN CONTOH JAWAPAN SOALAN RESPON TERBUKA BERDASARKAN KEHENDAK SOALAN
(JAWAPAN UNIVERSAL)

Sebab, punca, faktor yang mendorong perkara negatif Sebab, punca, faktor positif

• iman yang lemah atau tidak kuat iman • iman mantap


• kurang pendidikan/penghayatan agama • pengetahuan agama yang mendalam
• pengaruh rakan sebaya /keduniaan/ media • pengaruh rakan sebaya yang baik/ alim ulama
• Jahil agama • Sentiasa melaksanakan perintah Allah
• Terpedaya dengan hawa nafsu • Tumpuan kasih sayang ibu bapa yang cukup
• masyarakat tidak prihatin • Masyarakat prihatin
• tidak melaksanakan perintah Allah • sentiasa membaca / menghayati al-Quran
• tidak membaca / menghayati al-Quran • makan makanan baik dan halal
• tidak mendengar nasihat alim ulama • Sentiasa menjauhi dari melakukan maksiat
• makan makanan haram / rasuah / judi • Sentiasa bertaubat dan beristigfar

Sebab Islam larang/menjauhi [NEGATIF] Sebab Islam suruh/perintah [POSITIF]

• Masyarakat benci • Masyarakat suka


• Dimurkai Allah / rasul • Dikasihi Allah / Rasul
• Mendapat dosa • Mendapat pahala
• Tidak dapat pertolongan Allah SWT • Mendapat keredhaan Allah
• Jadi sahabat iblis/syaitan • Terhindar dari hasutan syaitan
• punca pergaduhan • Membentuk perpaduan/ mengelakkan
• Akan gagal pergaduhan
• Akan berjaya

SOALAN KESAN / AKIBAT (jawapan negatif) SOALAN HIKMAH(jawapan POSITIF)

individu individu
• Terpesong akidah • Akidah mantap
• Maruah tercemar • Maruah terpelihara
• Dilaknat Allah • Dikasihi Allah
• Dibenci manusia • Disukai manusia
• Mendapat azab neraka • Mendapat ganjaran syurga

Masyarakat Masyarakat
• Berlaku pergaduhan • Membentuk perpaduan
• Masyarakat huru hara • Masyarakat harmoni
• Berlaku gejala sosial / maksiat • Remaja terpelihara
• Ekonomi mundur • Ekonomi maju

Negara Negara
• Negara mundur • Negara maju
• Negara dilaknati • Negara diberkati
• Senang diceroboh • Kedaulatan terjaga
• Syiar Islam tergugat • Syiar Islam berkembang
SOALAN LANGKAH MENGATASI CARA MENGATASI
TERHADAP DIRI SENDIRI) TERHADAP ORANG LAIN OLEH PIHAK LAIN / PIHAK
• Menghadiri majlis ilmu BERGANTUNG KEPADA BERKUASA
• Memperbanyakkan amal ibadat “PERANAN” YANG DIBERI DALAM ATAU CADANGKAN KEPADA
• Mendalami ilmu agama SOALAN PIHAK BERKENAAN
• Mengubah akhlak • Memberi nasihat • Mengadakan majlis ilmu
• Belajar bersungguh-sungguh • Melaporkan kepada • Memberi hukuman
• Bersahabat dengan orang Soleh • Memberi didikan • Menyediakan kemudahan
• Menguatkuasakan undang-
undang

PANDUAN RINGKAS MENJAWAB SOALAN KBAT


JAWAPAN KBAT PERLU ADA
• Isi
• Huraian
• Huraian lengkap
• kesimpulan
Contoh kata hubung bagi isi dan Contoh Kata hubung bagi huraian Kesimpulan
huraian dan huraian lengkap
Dimulai dengan
• Supaya (S) • Yang menyebabkan • Kesimpulannya ……..
• Untuk (U) • Yang mengakibatkan • Oleh sebab itu ………
• Kerana (K) • Contohnya
• Agar (A) • Kesannya Disambung dengan
• Serta • Masalahnya • Kita hendaklah
• Sekiranya • Kita seharusnya
• Ketika • Kita sepatutnya
• Jika • Umat islam sewajarnya
• Seandainya • Jelaslah bahawa
• Dengan cara
• Walaupun Cara penulisan (sama seperti
• Seandainya jawapan pengajaran ayat )
Kesimpulannya , kita
hendaklah ……………………………..
agar ………………..

PANDUAN MENJAWAB SOALAN PENGAJARAN AYAT / PENGAJARAN HADIS/ IKTIBAR DALAM SIRAH

Soalan Pengajaran ayat , DI AWAL PENULISAN JAWAPAN wajib ada


• Kita hendaklah
• Kita seharusnya
• Umat islam perlu

Ada kata penghubung


• Supaya
• Untuk
• Kerana
• Agar

Kita hendaklah …………. agar/supaya/kerana

Anda mungkin juga menyukai