Anda di halaman 1dari 156

‫ﻴﺐ‬

ٌ ‫ﻐ‬
َ ‫ﻟ‬ْ‫ا‬ ‫ﻮح‬‫ﺘ‬
ُ ُ ‫ـ‬
ُ ‫ﻓ‬
FUTUHUL GHAIB
Judul Terjemahan:
PEMBUKAAN KEPADA YANG GHAIB
Penyusun:
SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI
Pengalihan Tulisan Jawi Ke Roman:
MKA Kreatif Enterprise
ISBN: 983-170-946-2

Hakcipta Terpelihara © PERNIAGAAN JAHABERSA


© Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, illustrasi, isi
kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Penerbit.

Penterjemah
Abdul Majid Haji Khatib
Ipoh Perak Malaysia

Disempurnakan
Adebenmahmod ibnu Mahmod
Pekanbaru Riau Indonesia

Cetakan Pertama: 2006

Diterbitkon oleh:
PERNIAGAAN JAHABERSA
15, Jalan Dataran 3/3, Taman Kempas
81200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim Malaysia

Dicetak oleh:
BIN HALABI PRESS
Pattani, Thailand
PENDAHULUAN

Futuhul Ghaib
Syeikh Abdul Qadir Jailani

Buku ini adalah terjemahan dari kitab Futuhul Ghaib karangan Syeikh Abdul
Qadir Jailani. Futuhul Ghaib bermakna “pembukaan kepada yang ghaib”.
Moga-moga pembaca dapat membuka pintu hatinya dengan membaca buku
karangan Syeikh Abdul Qadir ini.

Syeikh Abdul Qadir ialah seorang sufi dan wali Allah yang besar. Tentu
sekali karangan beliau ini berunsur mistik atau kebaktian. Orang-orang sufi
lebih mementingkan soal-soal rohani, jiwa, hati, kebatinan dan yang ghaib
dan semua ini adalah perkara ghaib iaitu tidak ternampak dengan mata kasar
dan tidak dapat diraba dengan tangan. Tetapi yang ghaib itu tetap ada. Untuk
mengetahuinya perlulah menyuci hati hingga bersinar dengan cahaya
keTuhanan Yang Maha Tinggi. Ini dapat dilakukan dengan bimbingan guru
yang mursyid dan berlatih dengan bersungguh-sungguh.

Oleh kerana karangan ini berunsur mistik dan dikarang oleh seorang sufi
yang agung, maka pembaca hendaklah memandang dari kaca mata orang-
orang sufi. Orang-orang sufi adalah orang-orang yang cenderung kepada
kebatinan dan kerohanian. Istilah yang mereka gunakan pun adalah
membawa pengertian yang berbeza dari biasa. Misalnya perkataan“mati”.
“Mati” dalam pandangan orang-orang sufi bukan bererti “bercerai nyawa
dengan badan”.

Menurut pandangan mereka mati yang bermaksud “bercerai nyawa dengan


badan” itu pada hakikatnya bukanlah mati. Kerana ruh atau jiwa keluar dari
sangkarnya iaitu badan dan masuk ke alam yang lain, ibarat burung yang
keluar dari sangkarnya. Badan itu tinggal dan lama kelamaan reput dan
busuk, tetapi ruh itu tetap hidup. Oleh itu, ini bukan mati.

Dalam buku ini ada dikatakan “matikan diri kamu”. Di sini bukanlah bererti
kita bunuh diri kita dengan menggantung diri atau menyembelih leher atau
menembak kepala kita. “Matikan diri” atau “bunuhkan diri” di sini adalah
menurut pandangan orang-orang sufi. Yang dimaksudkan ialah membunuh,

2  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
mematikan atau membuang nafsu amarah atau hawa nafsu kebinatangan dan
keiblisan yang ada pada kita itu.

Buangkan nafsu ini kerana ia menghijabkan hati dengan Allah. “Diri” di sini
maksudnya ego atau nafsu amarah yang dipergodakan oleh syaitan.

Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu ada “diri”nya ialah ia ada


sifat-sifat takbur, sombong, hasad dengki, tamak haloba, suka
mementingkan diri sendiri (self-oriented atau selfcentered), ujub, riya',
kasihnya kepada yang lain dari Allah atau melebihi dari kasihnya kepada
Allah, takutnya kepada yang lain dari Allah melebihi dari takutnya kepada
Allah, dan sebagainya yang ada diterangkan dalam buku ini.

“Diri” inilah yang mesti “dibunuh” agar sebagai gantinya timbullah Allah.
Berdiri Allah dalam hati dan perasaan seorang itu. Setelah “diri” itu mati,
maka teguhlah berdirinya Allah dalam hati sanubarinya, dan barulah ia
menyedari dan merasai kehampiran dengan Allah Yang Maha Mulia dan
Agung. Tiada lain yang dinampakkannya kecuali Allah sahaja. Terdirilah
Allah padanya dan dinafinya yang lain. Inilah apa yang mereka katakan
“menafikan yang lain ini dan mengitsbatkan Allah” bersesuaian dengan
tauhid ‫ﻻَ ِاﻟَﮫَ ا َ َﻻ ﷲ‬

Ilmu Tasawuf adalah ilmu rasa atau ilmu zuq. Siapa yang merasainya akan
mengetahuinya. Untuk merasai itu perlulah memasuki dan mengembara
dalam jalan kerohanian itu dengan bimbingan guru yang betul-betul
mengerti. Jalan-jalan ini digelar Thariqah Sufiah atau jalan orang-orang sufi.

Akhir perjalanan ialah "bersatu dengan Allah" sehingga timbullah rasa


bahawa yang pasti ada itu adalah Allah jua. Mengertilah ia maksud tauhid
yang hakiki. Orang yang sampai ke taraf ini sahaja yang merasai maksud
"bersatu dengan Allah" itu. Bukan hanya khayalan atau fikiran sahaja tetapi
sudah dirasai dan dibenarkan oleh mata hati. Orang yang sampai ke hujung
perjalanannya akan merasai fana’ dirinya dengan seterusnya baqa’ (kekal)
dengan Allah yang meliputi segala-galanya.

Sedarlah bahawa dirinya itu kosong dan yang sebenarnya diri adalah Allah
jua. Sebab itulah ada mereka yang berkata "barangsiapa yang kenal dirinya,
kenAllah Tuhannya".
Barang siapa yang ada mengalami dan menempuh mana-mana Thariqah
Sufiah akan memahami maksud dan syarahan-syarahan dalam buku ini.
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 3
 
Tetapi buku ini bukanlah terlalu kesufian (kemistikkan). Ia dapat difaham
dengan berfikir dan merenungi secara mendalam.

Semoga buku ini memberi guna kepada pencinta-pencinta tasawuf Islam


khususnya dan orang-orangberagama Islam umumnya.

Lagi sekali ditegaskan bahawa buku ini adalah karangan dan menurut
pandangan seorang jaguh sufi dan wali Allah yang terkenal dalam dunia
Islam. Janganlah dipandang dari segi kaca mata orangorang yang berjiwa
kebendaan dan keduniaan semata-mata. Pandanglah dari segi kerohanian dan
kebatinan dan istilah yang mereka gunakan adalah istilah menurut
pandangan mereka.

Sekian, Wassalam. Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta’ala melimpahi


taufiq dan hidayah kepada kita sekalian yang beriman. Amin!

Salam ukhuwah dari penterjemah.


Abdul Majid Haji Khatib,
Ipoh, Perak, Malaysia.

4  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
SEJARAH HIDUP SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI

Ibu bapa beliau


Sayid Abu Muhammad Abdul Qadir lahir di Naif dalam daerah Jailan di
negeri Farsi. Beliau lahir dalam bulan Ramadhan 470 Hijriah bersamaan
dengan 1077 Masihi lebih kurang. Nama bapanya ialah Abu Soleh, seorang
yang taat kepada Allah dan keturunan Imam Hasan iaitu anak yang tertua
bagi Saiyidina Ali, saudara sepupu Nabi besar Muhammad Shallallahu
'alaihi wasallam, dan bagi Fatimah anak perempuan Nabi. Ibu beliau ialah
seorang anak perempuan kepada orang yang taat kepada Allah, Abdullah
Shumaiya keturunan Imam Hussin, anak kepada Ali dan Fatimah. Oleh yang
demikian, Sayid Abdul Qadir Jailani ialah keturunan Hasan dan juga Hussin.

Permulaan hayatnya
Dari semenjak kecil lagi beliau adalah seorang yang pendiam dan bersopan
santun. Beliau suka bermenung sambil berfikir dan sangat cenderung kepada
mistik (pengalaman kerohanian). Setelah umur beliau meningkat 18 tahun,
beliau makin dahagakan ilmu dan ingin bersama-sama dengan orangorang
soleh. Ini membara beliau ingin pergi ke Baghdad, yang pada masa itu
menjadi pusat pengajian dari berbagai-bagai jenis.

Beliau telah diberi gelaran ‘Ghutsul A’zham, (wali Allah yang paling
agung). Menurut istilah orangorang sufi ghuts itu di bawah peringkat Nabi-
Nabi dalam pangkat kerohanian dan dalam menyampaikan rahmat Allah dan
kurniaNya kepada manusia. Ada Juga orang zaman sekarang ini yang
mengatakan beliau itu adalah dalam peringkat “shodiqun” sebagaimana yang
diperkatakan oleh Al- Qur’an bagi orang-orang seperti itu.

Adalah dikatakan bahawa semasa beliau hendak pergi ke Baghdad, ibunya


telah memasukkan 80 keping wang emas dalam bajunya dan dijahit di
bawah ketiaknya. Sebelum berangkat pergi ibunya yang warak itu telah
menasihati beliau supaya jangan berbohong walau dalam keadaan apa
sekalipun. Beliau berjanji tidak akan berbohong. Beliau pun pergilah
menurut satu qafilah yang hendak pergi ke Baghdad. Di tengah jalan iaitu di
tempat bernama Hamdan qafilah itu telah diserang oleh sekumpulan
penyamun. Penyamun itu tidak mengendahkan Abdul Qadir kerana rupanya
yang seperti orang miskin sahaja. Tetapi datang seorang penyamun bertanya
kepada beliau sama ada beliau ada wang. Abdul Qadir teringat pesanan
ibunya supaya jangan berbohong. Lantas beliau berkata: “Ya! aku ada 80
keping wang emas yang dijahit dalam bajuku oleh Ibuku.” Penyamun itupun
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 5
 
terkejut melihat Abdul Qadir bercakap dengan terus terang. Mereka terkejut
melihat ada orang yang berterus terang dan tidak mahu berbohong. Mereka
bawa Abdul Qadir berjumpa dengan ketua mereka dan beliau disoal begitu
juga. Abdul Qadir menjawab seperti tadi jua. Ketua penyamun itu
memerintahkan baju beliau dibuka. Apabila baju itu dibuka, maka benarlah
ada 80 keping wang emas dalam baju itu. Sangatlah hairan ketua penyamun
itu. Iapun bertanya kenapa beliau sangat bercakap benar. Abdul Qadir pun
menceritakan perkara beliau dengan ibunya itu dan pesanan ibunya itu
supaya jangan bercakap bohong. Kata beliau lagi sekiranya dalam
permulaan jalan menuntut ilmu agama itu beliau bercakap bohong, maka ada
kemungkinan ilmu agama yang sebenarnya dicarinya itu tidak akan didapati
dengan memuaskan hati.

Apabila mendengar yang demikian itu, ketua penyamun itupun bercucuran


air matanya menangis lalu rebah terduduk dan ia terus bertaubat dari segala
dosanya yang terdahulu. Adalah dilaporkan bahawa ketua penyamun itulah
murid beliau yang pertama. Pendapat kita kejadian ini menunjukkan shodiq
(benar) yang sedang dalam pembentukkan. Jika tidaklah kerana sifatnya
yang benar itu, maka tentu sekali beliau tidak akan bercakap benar dalam
keadaan merbahaya yang sedemikian itu.

Penuntut di Baghdad
Beliau mengalami kesusahan dan kepayahan masa belajar di Baghdad itu
tetapi oleh kerana kecenderungan dan kemahuannya belajar, maka dapatlah
beliau menguasai segala pelajaran beliau. Beliau menjadi pelajar yang paling
baik di masa itu. Beliau telah membuktikan bahawa beliau adalah mufti
yang paling besar di zamannya. Tetapi hatinya yang cenderung kepada
kerohanian itu makin memberontak hendak keluar. Beliau selalu
bermujahadah untuk menguasai nafsu amarah yang ada pada beliau itu.
Beliau selalu berpuasa dan tidak mahu meminta makanan dari sesiapa pun
walaupun tidak makan beberapa hari lamanya. Beliau mencari orang-orang
sufi di Baghdad dan bergaul dengan mereka. Dalam mencari-cari itu
bertemulah beliau dengan seorang sufi bernama Hamad, seorang penjual
syarabah (minuman) tetapi adalah seorang wali Allah yang besar di
zamannnya.

Beransuransurlah wali ini membimbing Abdul Qadir dalam Thariqah Sufiah.


Hamad ialah seorang yang garang dan kasar dan layanan beliau terhadap
Abdul Qadir ini sangatlah teruk. Tetapi Abdul Qadir memandang semua itu
sebagai cara membetulkan kerosakkan-kerosakkan yang ada pada dirinya.
6  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
Latihan kerohanian
Setelah habis pengajiannya, beliau pun terus berlatih menurut latihan orang-
orang dalam Thariqah Sufiah. Beliau menghindarkan dirinya dari segala
keperluan dan keseronokkan hidup kecuali yang paling perlu untuk
kehidupan. Beliau gunakan masa dan tenaganya untuk bersembahyang dan
membaca Al-Qur'an. Beliau sembahyang Subuh kadang-kadang dengan
wuduk sembahyang 'Isyak.

Kadangkadang beliau tamat membaca seluruh Al-Qur'an itu dalam masa


satu malam sahaja. Dalam tempoh latihan ini beliau menghindarkan dirinya
dari manusia dan tidak mahu bertemu dan bercakap dengan sesiapa pun. Jika
ia bersiar-siar keluar, ia pergi ke padang pasir seorang diri.

Akhirnya beliau meninggalkan Baghdad dan tinggal di Shustar satu tempat


yang jauhnya 12 hari perjalanan dari Baghdad. Selama 11 tahun itu, maka
latihan kerohanian beliau pun tamatlah.

Beliaupun menerima apa yang dikatakan “nur”. Nafsu kebinatangan atau


nafsu amarahnya pun kosong dari jiwanya dan beliau naik ke peringkat yang
lebih tinggi dalam segi kerohanian. Beliaupun hampir dengan Allah.

Digoda oleh syaitan


Satu kejadian kerohanian berlaku apabila mencapai peranan yang baru ini
yang diceritakan berupa satu cerita. Cerita-cerita seperti ini pernah juga
berlaku kepada orang-orang besar dalam agama dan terkenal dalam sejarah.
laitu adalah satu cerita godaan, nampaknya semua cerita-cerita seperti ini
menyatakan kejadian dalam kehidupan dengan menggunakan bahasa
perumpamaan atau ibarat.

Misalnya kita baca godaan terhadap Nabi Isa, iaitu bagaimana beliau dibawa
ke atas bukit oleh iblis dan dari sana ditunjukkan kepada beliau kerajaan-
kerajaan dunia dan menyuruh Nabi Isa menyembah dia (iblis) jika beliau
hendak menjadi raja bagi segala kerajaan-kerajaan itu. Kita tentu tahu apa
jawapan Nabi lsa kepada Iblis. Seperti yang kita tahu, itu adalah satu
kejadian perjuangan batin semasa detik-detik kehidupan yang rumit.

Kejadian ini juga berlaku kepada Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi
wasallam apabila baginda terus berdakwah tentang agama Islam, dan
menentang kemusyrikan dan berhala kaumnya, pantang beliau iaitu
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 7
 
pemimpin-pemimpin Quraisy yang cuba menggoda beliau dengan
kecantikkan, kekayaan dan kekuasaan. Tiap-tiap Muslim tentu sedar apa
jawapan Nabi. Kata beliau: "Aku tidak mahu kekayaan harta benda atau
kekuasaan, saya diutuskan oleh Allah untuk menjadi pemberitahu kepada
manusia. Aku sampaikan risalatNya kepada kamu sekalian. Sekiranya kamu
terima, maka terselamatlah kamu di dunia dan di akhirat kelak, sekiranya
kamu ingkar, maka Allah akan membuat keputusan antara kamu dan aku."
Ini bukanlah pandangan batin tetapi adalah satu faktor konkrit dari dunia
yang wujud ini.

Ini juga berlaku kepada Syeikh Abul Qadir Jailani. Ada dua riwayat tentang
ini.
Pertama, satu hari iblis datang menemui beliau yang menyatakan dirinya
ialah malaikat Jibril dan berkata ia ada membawa Buraq (kenderaan yang
ditunggang oleh Nabi tatkala Mi’raj) untuk membawa beliau pergi ke hadrat
Allah.

Mendengarkan itu, Syeikh Abdul Qadir pun tahu bahawa yang ada di
hadapan beliau itu ialah iblis atau syaitan kerana Jibril dan Buraq datang ke
dunia hanya kepada Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam
sahaja. Iblis itu gagal menggoda beliau, lalu mencuba yang lain pula, kata
iblis: “Baiklah Abdul Qadir, kamu telah menyelamatkan dirimu dengan
adanya ilmumu itu.” “Nyahlah kamu dari sini” kata Syeikh Abdul Qadir
kepada iblis itu:
“Jangan menggodaku lagi, bukanlah ilmuku yang menyelamatkan aku tetapi
sebenarnya aku terselamat dari perangkapmu dengan rahmat dan
pertolongan Allah jua.”

Kedua, satu masa Syeikh Abdul Qadir berada dalam hutan belantara tanpa
makanan dan minuman beberapa lama. Tiba-tiba datang awan, lalu turun
hujan. Dapatlah Syeikh itu Menghilangkan dahaganya. Dengan tidak
semena-mena datang satu lembaga yang bersinar tidak jauh dari situ dan
lembaga itu berkata: "Aku ini Tuhan kamu, sekarang aku halalkan segala
yang haram untuk kamu.
"Mendengar itu Syeikh itu pun membaca:

‫ﺎن اﻟﱠﺮِﺟْﻴ ِﻢ‬ ِ ِ ُ‫أَﻋﻮذ‬


ِ َ‫ﻪﻠﻟ ِﻣﻦ اﻟﺸﱠﻴﻄ‬
ْ َ ُ
"Aku berlindung dengan Allah dari ganguan syaitan yang direjam."

8  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
Setelah membaca itu, lembaga itupun bertukar jadi awan lalu berkata:
"Dengan ilmumu dan rahmat Allah kamu telah terselamat dari tipu helahku."
Kemudian syaitan itu bertanya kepada Syeikh Abdul Qadir bagaimana dia
boleh mengenal syaitan itu dengan segera. Jawab Syeikh itu bahawa apabila
syaitan itu mengatakan yang ia menghalalkan segala yang haram, maka
dengan serta merta ia tahu bahawa itu bukan datang dari Allah Subhanahu
wa Ta'ala tidak menghalalkan segala yang haram.
Cerita ini ada bersamaan dengan apa yang berlaku kepada (Peter). Tetapi
apa yang berlaku kepada Peter, pengikut Nabi Isa yang agung, ini ialah
beliau terpengaruh kepada syaitan itu, lalu menghalalkan yang haram dan
terus membuang pengajaran Allah dan RasulNya. Sebaliknya Syeikh Abul
Qadir Jailani tidak terpengaruh oleh syaitan walau sedikitpun.

Saya berpendapat kedua-dua cerita itu mungkin benar yang menunjukkan


dua kejadian yang berbeza dalam bahsa ibarat atau perumpamaan. Satu
kejadian berkenaan perjuangan beliau (Syeikh Abdul Qadir) dengan
kesombongan ilmunya. Yang satu lagi berkenaan perjuangan dengan
kesusahan ekonomi yang mungkin menghalang seseorang dalam
pengembaraan kerohanian menuju Allah. Keinginan untuk berkuasa dan
keinginan untuk kesenangan adalah kelemahan kelemahan terakhir yang
akan meninggalkan hati dan fikiran pengembara pengembara kerohanian ini.
Hanya setelah seseorang itu dapat mengatasi kedua kedua musuh kerohanian
ini sahaja, maka barulah ia dapat layak menjadi pemimpin insan yang sejati.

Guru kepada orang ramai


Syeikh Abdul Qadir telah lulus ujian-ujian kerohanian itu, selepas itu jika
beliau bercakap atau menasihati seseorang, maka beliau berbuat demikian
bukan dari bidang kebijaksanaan akal sahaja lagi tetapi adalah dari bidang
kerohanian, bidang kesedaran dan perwujudan diri. Pada masa itu keadaan
umat Islam dalam mematuhi agama mereka telah merosot sekali, umat Islam
tidak mempedulikan agama mereka lagi. Memandangkan hal inilah timbul
satu pandangan pada beliau.

Pada satu hari Jumaat dalam tahun 511 Hijriah, Syeikh Abdul Qadir
memandang dalam batinnya bahawa ia seolah-olah sedang berjalan di satu
lorong di Baghdad. Sedang berjalan itu beliau nampak seorang yang kurus
dan sakit berada di tepi jalan dan orang itu mengucapkan salam kepada
beliau.

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 9


 
Beliau jawab salam orang itu. Orang yang kurus dan sakit itu tidak pun
meminta beliau tolongkan ia hendak berdiri. Lalu Syeikh itupun
menolongnya berdiri.

Setelah ia tegak, orang itu dengan tidak semena-mena menjadi bertambah


besar dan gagah rupanya. Syeikh itupun berasa takut dengan keadaan itu
tetapi orang itupun mententeramkannya sambil berkata: "Aku ini ialah
agama nenek moyangmu. Aku telah jadi sakit dan tidak berdaya, tetapi Allah
telah menguatkan aku kembali melalui pertolonganmu." Ini berlaku pada
petang beliau menemui orang ramai di masjid. Setelah lama kemudian orang
ramai pun memberi beliau gelaran Mahyuddin (bererti penghidup agama).
Sungguhpun beliau telah mengeluarkan dirinya dari pengasingannya tetapi
tidaklah beliau bersyarah di hadapan khalayak ramai lagi. Selama 11 tahun
lagi beliau tinggal di penjuru bandar itu dan terus melakukan ibadatnya dan
berlatih untuk mendapatkan nur kebatinan dalam hatinya.

Kira-kira dalam tahun 521 Hijriah barulah beliau mengajar orang ramai. Dia
diberi satu madrasah untuk mengajar. Ilmu batinnya telah cukup untuk
melengkapi dirinya. Pada mulanya sedikit sahaja murid beliau. Lama-
kelamaan masyhurlah beliau sebagai seorang yang bijak, alim, wara’, soleh,
mempunyai ilmu yang dalam dan tinggi dan kuat berpegang kepada syariat.
Ramailah orang yang datang mengunjungi beliau untuk memetik ilmu-ilmu
yang berharga dan bernilai tinggi daripadanya.

Lama-kelamaan madrasah itupun tidak mencukupi untuk menampung orang


ramai itu. Dalam tahun 528 Hijriah rumah-rumah yang berjiran itupun
diambil untuk menampung murid-murid beliau. Inipun tidak cukup. Pada
tiap-tiap pagi Rabu beliau bersyarah di atas pentas untuk bersyarah kepada
orang ramai.

Inipun telah jadi sempit. Maka diadakan pula tempat di luar bandar itu dan
di situ dibina satu bangunan untuk beliau dan ini digelar Musafir Khanah.

Biasanya beliau memberi syarahan tiga kali seminggu. Di Idghah pada pagi
Jumaat. Di madrasah pada malam Selasa, dan di Musafir Khanah (rumah
tamu) pada pagi Rabu. Berbagai-bagai manusia datang belajar kepada beliau
tentang berbagai-bagai ilmu. Kaum sufi dan kaum fuqaha, orang kaya dan
miskin datang menuntut. Bahkan orang-orang bukan Islam pun ada yang
mendengar pengajarannya dan banyak yang masuk Islam di tangan beliau.
Orang yang membuat dosa bertaubat setelah mendengar syarahan beliau,
10  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
demikianlah betapa kuatnya kekuatan kerohanian di sebalik syarah-syarahan
beliau itu. Dengan kebesaran jiwanya itu beliau ditakuti dan dihormati oleh
orang-orang besar di masa itu. Orang yang berjiwa besar demikian ini
bukanlah dengan kehendak mereka sendiri berbuat demikian, tetapi adalah
kehendak Allah jua. Mereka menyerahkan diri mereka seluruhnya kepada
Allah. Mereka tidak menuju sesuatu melainkan dengan gerak dari Allah jua.
Syarahan mereka itu bukan lakuan mereka sendiri tetapi adalah lakuan Allah
jua dan mereka tidak perlu bersedia terlebih dahulu.

Persediaan untuk bersyarah itu disediakan oleh Allah sendiri dan ilham
untuk bersyarah itu datang langsung dari Allah Subhanahu wa Ta'ala apabila
mereka bercakap, mereka bercakap dengan kehendak Allah. Itulah sebabnya
syarahan mereka itu penuh dengan kekuatan dan kekeramatan.

Keluarga dan rumahtangga beliau


Sebelum tahun 521 Hijriah iaitu umur beliau 51 tahun tidaklah beliau
menunjukkan dirinya kepada orang ramai dan tidak pernah berfikir hendak
kahwin kerana sangkanya kahwin itu akan menghalang seseorang dalam
perjalanan menuju Allah. Setelah beliau berumur 51 tahun, hasil dari
bercampur dengan orang ramai dan juga kerana hendak menurut sunnah
Nabi Muhammad Shallahu 'alaihi wasallam beliau pun berkahwin dan
mempunyai 4 orang isteri. Semua isteri beliau ini menjadi isteri yang baik
dan taat kepada beliau. Beliau mempunyai 49 orang anak. Lelaki seramai 27
orang dan yang lain itu perempuan.

Empat orang anak beliau menjadi terkenal kerana pelajaran dan ilmunya.
1. Syeikh Abdul Wahab, anak yang sulung, menguasai ilmu yang luas
dan dalam. Beliau diberi kuasa menjaga madrasah bapanya dalam
tahun 543 Hijriah. Setelah bapanya meninggal dunia, beliau pula
memberi syarahan dan memberi fatwa tentang syariat Islam. Beliau
memegang jawatan dalam negeri dan seorang yang sangat popular.
2. Syeikh Isa, guru hadith dan fuqaha agung. Beliau juga mengarang
puisi. Beliau juga seorang pensyarah yang baik dan juga menulis
kitab-kitab kesufian (sufism). Beliau tinggal dan meninggal dunia di
Mesir.
3. Syeikh Abdul Razak, seorang 'ulama dan hafaz hadith. Seperti
bapanya beliau juga termasyhur dengan lurus dan benarnya. Beliau
juga seperti bapanya tentang kesufiannya dan popular di Baghdad.
4. Syeikh Musa, 'ulama yang ulung. Pindah ke Damsyik di mana ia
meninggal dunia.
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 11
 
Melalui Syeikh Isa iaitu nombor (2) di atas, 78 syarahan bapanya dalam
buku ini sampai kepada kita.
Abdul Wahab iaitu nombor (1) di atas, adalah sumber dua syarahan yang
terakhir. Beliau ada hadir tatkala bapanya terbaring sebelum kembali ke
rahmatullah. Nombor (4) Syeikh Musa ada dinyatakan di akhir buku ini
dalam syarahan ke 79 dan ke 80.

Dalam dua syarahan terakhir itu ada disebutkan 2 orang anak Syeikh
tersebut yang ada hadir tatkala bapanya hendak meninggal dunia iaitu Abdul
Razak (3) dan Abdul Aziz.

Pekerjaan biasa
Seperti yang kita ketahui wali Allah ini memberi syarahan kepada orang
ramai 3 kali seminggu.
Disamping itu, tiap-tiap hari, pagi dan petang beliau mengajar tafsir, hadith
dan hukum-hukum agama dan perkara-perkara yang bersangkutan. Selepas
sembahyang Zuhur, beliau menyampaikan fatwa tentang soal-soal hokum
yang dikemukan kepada beliau dari seluruh dunia. Tiap-tiap petang sebelum
Maghrib beliau membahagi-bahagikan roti kepada orang-orang miskin.
Selepas sembahyang 'Asar, beliau duduk menanti waktu makan buka puasa
kerana kebiasaannya berpuasa siang hari sepanjang tahun.Sebelum makan
beliau memanggil orang-orang berjiran siapa yang hendak makan bersama
dengan beliau.

Selepas sembahyang 'Isya beliau pun pergi ke kamarnya dan menggunakan


sebahagian besarnya pada malam itu dengan ibadat kepada Allah seperti
yang dikehendaki oleh Al-Qur'an. Oleh itu, sebagaimana pengikut Nabi
yang sebenarnya beliau berkhidmat kepada kemanusiaan sepanjang hari dan
kepada Allah sebahagian besar dari malam hari.

Kembali ke rahmatullah
Beliau meninggal dunia dalam tahun 561 Hijriah (1166 Masihi) tatkala
berumur 91 tahun. Hari itu ialah 11 haribulan Rabi’ul Akhir tarikh ini
dikenangi oleh peminat-peminatnya sehingga hari ini dan dikenali sebagai
Jayarurin Syarif di India dan Pakistan.

Pusaka beliau
Setelah wafat wali Allah ini, maka anak-anaknya dan murid-muridnya
menubuhkan satu organisasi yang tujuannya menanam ruh keIslaman yang
12  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
tulin dan membetulkan pengajaran Islam di kalangan manusia. Ini dinamai
Thariqah Qadariah yang terkenal dengan teguhnya memegang syariat Islam
hingga hari ini. Ini telah memberi jasa yang besar dalam Islam dan ilmu
kebatinan dalam Islam.

Antara pengajaran dan nasihat beliau yang masyhur itu, ada tiga di seluruh
dunia. Yang paling agung dari yang tiga itu adalah Futuhul Ghaib.

Yang kedua masyhur ialah Futuhul Rabbani, sekumpulan 68 buah syarahan


dalam tahun 6-545 Hijriah.

Yang ketiga ialah Qasidah atau puisi yang menceritakan peranan dam
pangkat auliya' Allah dalam bahasa kesufian. Ini digelar “Qasidah Al-
Ghutsiah”.

Seperti juga di lain-lain thariqah agama,Thariqah Qadariah pada masa


sekarang nampaknya lebih cenderung kepada Qasidah Al-Ghutsiah daripada
yang lain-lain itu kerana yang lain-lain itu adalah mengandungi nasihat dan
pengajaran untuk membaiki diri dan menyampaikan perutusan dari 'alam
ghaib sahaja.

Pengaruh Syeikh Abdul Qadir ini sangat besar dalam sejarah Islam dan
peribadinya bersinar terang seperti intan yang bergemerlapan pada ruh Islam
hari ini dan begitu juga sebelumnya.

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 13


 
LAPAN PULUH SYARAHAN-SYARAHAN
SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAlLANI

BAB 1: SYARAHAN PERTAMA

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Tiga perkara yang wajib bagi seseorang mukmin dalam semua keadaan ini
ialah:-
(1) Melakukan segala perintah Allah.
(2) Menjauhkan diri dari segala yang haram.
(3) Redha dengan hukum-hukum atau ketentuan Allah.

Seseorang mukmin hendaklah jangan tidak ada tiga perkara ini. Oleh itu, si
mukmin hendaklah memikirkan perkara ini, bercakap kepada dirinya tentang
perkara ini dan anggotanya melakukan perkara-perkara ini.

BAB 2: SYARAHAN KEDUA

Ikutilah dengan ikhlas jalan yang telah ditempuh oleh Nabi besar
Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam dan janganlah mengubah jalan itu.

Patuhlah kepada Allah dan RasulNya, dan jangan sekalikali menderhaka.


Bertauhidlah kepada Allah dan jangan mensekutuinya. Allah itu Maha Suci
dan tidak sekali-kali mempunyai sifat-sifat yang cela dan kekurangan.

Janganlah syak wasangka tentang kebenaran Allah. Bersabarlah dan


perpegang teguh kepadanya. Bermohonlah kepadanya dan tunggu dengan
sabar. Bersatu padulah dalam mentaati Allah dan jangan berpecah belah.

Cintalah antara satu dengan lain dan janganlah berdengki-dengkian. Jauh


diri daripada segala noda dan dosa.

Perendahkanlah dirimu dengan tata kepada Allah. Janganlah jauhkan diri


dari Allah dan janganlah lupa kepadanya. Janganlah lengah-lengah lagi
untuk bertaubat kepadaNya. Dan kembali kepadaNya.
14  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
Janganlah jemu dengan memohon ampun kepada Allah siang dan malam,
mudah-mudahan kamu dirahmatiNya dan dilindungiNya dari mara bahaya
dan azab neraka dan kamu akan diberi kehidupan yang berbahagia dalam
syurga dan bersatu dengan Tuhan dan kamu akan diberi nikmat-nikmat dari
Allah. Kamu akan menikmati kebahagiaan dan kesentosaan yang abadi di
syurga beserta dengan Nabi-Nabi, orang-orang shodiq, orang-orang syahid
dan orang-orang soleh. Berkekalanlah kamu di syurga itu untuk selama-
lamanya.

BAB 3: SYARAHAN KETIGA

Apabila seorang hamba Allah itu diuji oleh Allah, maka mula-mulanya dia
akan cuba melepaskandirinya dari ujian atau cubaan yang menyusahkannya
itu. Jika ia tidak berjaya, ia akan meminta pertolongan dari orang lain seperti
raja-raja atau orang-orang yang berkuasa, orang-orang dunia, orang-orang
hartawan, dan jika ia sakit ia akan pergi meminta pertolongan doktor atau
bomoh. Jika ini pun tidak berjaya, maka kembalilah ia menghadapkan
wajahnya kepada Allah Subhanahu wa Ta' ala dan memohon sambil merayu
kepadanya. Selagi ia boleh menolong dirinya, dia tidak akan meminta
pertolongan orang lain. Selagi pertolongan orang lain didapatinya, dia tidak
akan meminta pertolongan Allah.

Jika dia tidak dapat pertolongan Allah, maka berterusanlah ia merayu,


sembahyang, berdo'a dan menyerahkan dirinya dengan penuh harapan dan
cemas terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala, Allah tidak akan menerima
rayuannya sehingga dia memutuskan dirinya dengan keduniaan. Setelah
putuslah dia dengan hal-hal keduniaan, maka ketentuaan dan kerja Allah
akan terzahir melalui orang itu dan lepaslah ia dari hal-hal keduniaan.
Tinggallah padanya ruh sahaja.

Pada peringkat ini tidaklah nampak olehnya melainkan kerja atau perbuatan
Allah dan tertanamlah dalam hatinya kepercayaan yang sebenar-benarnya
tentang tauhid (keEsaan Allah). Pada hakikatnya tidak ada pelaku atau
penggerak atau yang mendiamkan kecuali Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak
ada baik dan tidak ada jahat, tiada ada rugi dan tiada ada untung, dan tidak
ada faedah dan tiada ada anugerah dan tidak ada sekatan, tidak terbuka dan
tidak tertutup, mati dan hidup, mulia dan hina, kaya dan papa, bahkan
segala-galanya adalah dalam tangan Allah.

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 15


 
Hamba Allah itupun seperti bayi dipangkuan ibunya atau seperti orang mati
yang sedang mendiamkan atau seperti bola di kaki pemain bola, melambung,
bergolek ke atas ke tepi dan ke tengah, sentiasa berubah tempat dan
kedudukan. Dia tidak ada pada dirinya upaya dan daya. Maka lenyaplah ia
keluar dari dirinya dan masuk ke dalam lakuan Allah semata-mata.

Si hamba Allah yang begini tidak nampak yang lain kecuali Allah dan
perbuatan-perbuatannya. Tidak ada didengar dan diketahuinya kecuali Allah.
Jika ia melihat sesuatu, maka dilihatnya perbuatan atau kerja Allah. Jika ia
mendengar atau mengetahui sesuatu, maka didengarnya perkataan-perkataan
Allah dan jika ia mengetahui sesuatu, maka diketahuinya melalui
pengetahuan Allah. Ia akan dianugerahi dengan anugerah Allah.

Beruntunglah dia, kerana hampirnya dengan Allah. Beliau akan diperhias


dan dipermuliakan. Redhalah ia dengan Allah. Bertambah hampirlah dia
dengan Tuhannya. Bertambahlah cintanya kepada Allah. Bertambahlah
seronoknya dalam mengenang Allah. Terdirilah ia “di dalam Allah”. Allah
akan memimpinnya dan menghiasinya dengan pakaian cahaya ilmu Allah
dan terbukalah kepadanya hijab yang melindunginya dari rahsia-rahsia Allah
Yang Maha Agung. Beliau mendengar dan mengingat hanya dari Allah
Yang Maha Tinggi . Sentiasalah dia bersyukur dan sembahyang di hadrat
Allah Subhanahu wa Ta'ala.

BAB 4: SYARAHAN KEEMPAT

Apabila kamu “mati” terhadap makhluk, maka dikatakan kepada kamu


"moga-moga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kamu", dan Allah akan
mematikan kamu dari nafsu-nafsu badaniah. Apabila kamu. telah “mati”
terhadap nafsu badaniah, maka akan dikatakan kepada kamu, "moga-moga
Allah melimpahkan rahmatNya kepada kamu" , maka Allah akan mematikan
kamu terhadap kehendakkehendak dan nafsu. Apabila kamu telah “mati”
terhadap kehendak dan nafsu, maka akan dikatakan kepada kamu, "moga-
moga Allah melimpahi rahmatNya kepada kamu", dan Allah akan
menghidupkan kamu kepada satu “hidup” yang baru.

Selepas itu kamu akan diberi “hidup” yang tidak ada mati lagi. Kamu akan
dikayakan dengan tidak ada papa lagi. Kamu akan diberi kurniaan yang
tidak akan rosak dan habis. Kamu akan diberi kebahagiaan yang tidak ada
lagi kesusahan dan kesedihan. Kamu akan diberkati dan tidak akan
16  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
dimurkai. Kamu akan diberi ilmu dan tidak lagi jahil. Kamu akan diberi
kesentosaan dan tidak lagi ketakutan. Kamu akan maju dan tidak lagi
mundur. Nasib kamu akan baik dan tidak lagi buruk. Kamu akan
dipermuliakan dan tidak lagi diperhinakan. Kamu akan dihampiri oleh Allah
dan tidak jauh lagi.

Martabat kamu akan bertambah tinggi dan tidak rendah-rendah lagi. Kamu
akan dibersihkan dan tidak lagi merasai kotor. Pendek kata jadilah kamu
seorang yang tinggi dan mempunyai peribadi yang tersendiri. Bolehlah
dikatakan kamu telah menjadi 'Superman' atau manusia luar biasa.

Jadilah kamu warisan Rasul-Rasul, Nabi-Nabi, dan orang-orang shodiq.


Kamu akan jadi titik akhir bagi segala kewalian dan wali-wali yang masih
hidup akan datang mengunjungi kamu: Melalui kamu segala kesulitan dapat
diselesaikan dan melalui sembahyang kamu dapat memewahkan
tanamtanaman, menurunkan hujan, menghindarkan mala petaka yang
hendak menimpa umat manusia dari segala pangkat dan kedudukan.

Bolehlah dikatakan kamu menjadi sebagai pegawai polis untuk kota


dan rakyat. Orang akan datang mengunjungi kamu dari tempat yang dekat
dan jauh dengan membawa hadiahhadiah dan buah tangan dan memberi
khidmat mereka kepada kamu. Semua ini dengan izin Allah Yang Maha
Perkasa dan Kuasa Jua. Lidah manusia tidak sunyi lagi menghormati dan
memuji kamu. Tidak ada dua orang yang beriman yang bertelingkah
mengenai kamu. Wahai! mereka yang baik-baik yang tinggal di tempat-
tempat ramai dan mereka yang mengembara, inilah kurniaan Allah dan
Allah mempunyai kuasa yang tidak ada batasan.

BAB 5: SYARAHAN KELlMA

Apabila kamu melihat dunia dalam tangan orang-orang ahli dunia dengan
hiasan dan kekosongannya, penipuan dan perangkapnya, dan dengan
racunnya yang membunuh yang di luarnya lembut dan di dalamnya
mencederakan dan cepat pula merosak dan membunuh sesiapa yang
memegangnya dan menipu mereka dan menyebabkan mereka lalai dalam
dosa dan maksiat. Apabila kamu lihat semua ini, maka hendaklah kamu
bertindak selaku seorang yang melihat seorang lain membuang air besar
yang membuka anggotanya yang sulit dan mengeluarkan bau yang busuk.

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 17


 
Dalam keadaan itu kamu hendaklah menghindarkan pandangan terhadap
ketelanjangannya itu dan menutup hidungmu supaya tidak terbau yang
busuk. Begitulah kamu bertindak terhadap dunia. Apabila kamu melihatnya
hindarkan pandangan dari pakaiannya dan tutup hidung kamu dari membau
keseronokkannya yang tidak kekal, mudahmudahan kamu terselamat darinya
dan cubaan-cubaannya. Apa yang telah ditetapkan Allah untuk kamu tentu
kamu akan merasainya. Allah telah berfirman kepada Nabi Muhammad
Shallallahu 'alaihi wasallam:
ä−ø—Í‘uρ 4 ÏμŠÏù ôΜåκs]ÏGøuΖÏ9 $u‹÷Ρ‘‰9$# Íο4θuŠptø:$# nοt÷δy— öΝåκ÷]ÏiΒ %[`≡uρø—&r ÿ⎯ÏμÎ/ $uΖ÷è−GtΒ $tΒ 4’n<Î) y7ø‹t⊥ø‹tã ¨β£‰ßϑs? Ÿωuρ

∩⊇⊂⊇∪ 4’s+ö/r&uρ ×öyz y7În/u‘


"Dan janganlah kamu tunjukkan kedua matamu kepada apa yang telah kami
berikan kepada golongangolongan dari mereka, sebagai bunga kehidupan
dunia untuk kami cubai mereka dengannya. Dan kurnia Tuhan kamu adalah
lebih baik dan lebih kekal." (Surah Thoha: Ayat 131)

BAB 6: SYARAHAN KEENAM

Jauhkanlah diri dari orang ramai dengan perintah Allah, dan dari nafsu kamu
dengan perintahnya, dan dari kehendakmu dengan lakuannya, agar kamu
layak menjadi bekas untuk mengisi ilmu Allah. Tanda kamu telah
menjauhkan diri dan orang ramai ialah kamu telah seluruhnya memutuskan
segala perhubungan dengan orang ramai dan membebaskan fikiran-fikiran
kamu dari segala apa yang bersangkutan dengan mereka.

Tanda kamu telah putus dari nafsu-nafsu kamu ialah kamu telah membuang
segala usaha dan daya untuk dunia dan perhubungan dengan cara-cara dunia
untuk mendapatkan apa-apa faedah dan menghindarkan bahaya dan kamu
janganlah bergerak untuk kepentingan kamu sendiri.

Janganlah kamu bergantung kepada diri sendiri tentang perkara yang


bersangkutan dengan diri kamu, janganlah kamu melindungi dari kamu dan
menolong diri kamu sendiri. Serahlah segala-segalanya kepada Allah kerana
dialah yang menjaga dan memelihara segala-segalanya semenjak dari azali
lagi sehingga abadi selama-lamanya. Dialah yang menjaga kamu dalam

18  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
perut ibumu sebelum kamu lahir dan dialah yang memelihara kamu semasa
kamu masih bayi.

Tanda kamu telah hilang dari kehendak kamu dengan lakuan atau perbuatan
Allah ialah kamu tidak lagi melayan apa-apa hajat dan kamu tidak ada apa-
apa matlamat atau tujuan, kamu tidak lagi ada keperluan atau maksud kerana
kamu tidak ada tujuan atau keperluan lain selain Allah semata-mata.

Lakuan Allah pun terzahir pada kamu dan pada masa pergerakkan kehendak
dan lakuan Allah itu, kamu hanya persiap pada badan, tenang dalam hati,
luas fikiran, mukamu berseri-seri dan jiwa kamu bertambah subur. Maka
kamu akan terlepas dari kepeduan kebendaan kerana kamu telah berhubung
dengan Al-Khalik (pencipta). Tangan kuasa akan menggerakkan kamu.

Lidah abadi akan memanggil kamu Tuhan sekalian alam akan mengajar
kamu dan akan memberi pakaian dengan cahaya dari dirinya dan dengan
pakaian kerohanian dan akan meletakkan kamu dalam peringkat orang-orang
alim yang dahulu-dahulu.

Selepas pengalaman ini akan bertambah hancurlah “hati” kamu sehingga


hapuslah hawa nafsu dan kehendak kamu umpama tempayan yang pecah
yang tidak mengandungi air walau setitik pun.

Kosonglah kamu dari semua lakuan-lakuan kemanusiaan dan diri kamu tidak
menerima yang lain kecuali kehendak Allah. Pada peringkat ini kamu akan
dikurniai keramat-keramat dan perkara-perkara yang diluar biasa. Perkara-
perkara itu pada zahirnya datang dari kamu tetapi sebenarnya adalah lakuan
dan kehendak Allah jua.

Maka masuklah kamu dalam golongan orang-orang yang telah pecah hatinya
dan telah hilang nafsunafsu kebinatangannya. Selepas itu akan diberi sifat-
sifat keTuhanan Yang Maha Tinggi. Berkenaan hal inilah Nabi besar
Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: "Aku gemar tiga
perkara dari dunia ini, bau-bauan harum, perempuan dan sembahyang yang
mataku sejuk di dalamnya.

Semua ini diberi kepadanya setelah kehendak-kehendak dan nafsu-nafsu


yang tersebut dahulu itu lepas dari dirinya. Allah berfirman: "Aku bersama
dengan mereka yang pecah hatinya kerana Aku." Allah Subhanahu wa Ta'ala
tidak bersama kamu sekiranya semua nafsu dan kehendak kamu itu tidak
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 19
 
dihancurkan. Apabila semua hancur dan tidak ada lagi yang tinggal pada
kamu, maka kamu pun sesuailah untuk 'diisi' dengan Allah dan Allah akan
menjadikan kamu orang baru yang dilengkapi dengan tenaga dan kehendak
yang baru pula. Jika ada lagi diri kamu walau sedlkitpun, maka Allah akan
menghancurkan itu pula sehingga kamu kosong semula dan selama-lamanya
kamu tetap hancur hati. Allah akan menjadikan kehendak-kehendak baru
dalam diri kamu dan jika dalam pada itu masih juga ada ego (diri) kamu,
maka Allah akan menghancurkan terus. Demikianlah terjadi sehingga kamu
menemui Tuhanmu di akhir hayat nanti. Inilah maksud firman Tuhan: "Aku
bersama mereka yang hancur hatinya kerana Aku." Kamu akan dapati diri
kamu “kosong” dan sebenarnya ada ialah Allah.

Allah berfirman dalam hadith qudsi: “hambaKu yang taat sentiasa meminta
kehampiran dengan Aku melalu sembahyang-sembahyang sunat sehingga
Aku jadikan dia rakanKu dan apabila Aku jadikan dia rakanKu, Aku
menjadi telinganya yang dengannya dia mendengar, matanya yang
dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memegang, dan
kakinya yang dengannya dia berjalan, iaitu dia mendengar melalui Aku,
memegang melalui Aku dan mengetahui melalui Aku.” Sebenarnya ini
adalah keadaan “fana” (hapusnya diri). Apabila kamu telah fana' terhadap
diri dan makhluk, dan oleh kerana makhluk itu baik atau jahat, dan oleh
kerana diri kamu itu baik atau jahat, maka tidaklah ada dalam pandangan
sebarang kebaikan yang datang dari diri kamu atau makhluk itu dan tidaklah
kamu takut kedatangan kejahatan dari makhluk. Semua itu terletak pada
tangan Allah semata-mata. Daripada itu datangnya buruk dan baik. Dia yang
menentukan segala-galanya semenjak dari awal-awal lagi.

Oleh yang demikian, Dia akan beri kamu keselamatan dari segala kejahatan
makhluk-makhlukNya dan akan membenamkan kamu dalam lautan
kebaikannya. Maka jadilah kamu titik tumpuan segala yang baik dan sumber
keberkatan, kebahagiaan kesentosaan, nur (cahaya), keselamatan dan
keamanan. Oleh itu “fana” adalah tujuan dan matlamat dan hujung dan dasar
perjalanan wali Allah. Semua wali-wali Allah yang terdahulu dalam
peringkat kemajuan mereka telah memohong dengan sungguh-sungguh
untuk menukar kehendak atau kemahuan mereka kepada kehendak atau
kemahuan Allah. Semua mereka menukar kemahuan atau kehendak mereka
ke dalam kemahuan atau kehendak Allah pendeknya mereka memfana'kan
diri mereka dan mewujudkan Allah. Sebab itulah mereka digelar “Abdal”
(perkataan yang diambil dari perkataan yang bermakna “pertukaran”). Pada

20  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
pendapat mereka adalah satu dosa mensekutukan kehendak mereka dengan
kehendak Allah.

Sekiranya mereka lupa, dikuasi oleh emosi dan ketakutan, maka Allah Yang
Maha Kuasa akan menolong mereka dan menyedarkan mereka, dan dengan
itu mereka kembali sedar dari lupa dan memohon perlindungan Allah. Tidak
ada manusia yang benar-benar bebas dari pengaruh kehendak ego (diri)
sendiri kecuali malaikat. Malaikat itu dipelihara Allah dalam kesucian
kehendak mereka dan Nabi-Nabi dipelihara dari nafsu badaniah. Jin dan
manusia telah diberi tanggungjawab supaya berakhlak baik. Tetapi tidak
terpelihara dari dipengaruhi oleh dosa dan maksiat. Wali-wali dipelihara dari
nafsu-nafsu badaniah dan abdal dari kekotoran kehendak atau niat.

Meskipun begitu mereka tidaklah bebas mutlak kerana mungkin mereka ada
kelemahan untuk melakukan dosa tetapi Allah dengan kasih sayangNya akan
menolong dan menyedarkan mereka.

BAB 7: SYARAHAN KETUJUH

Keluarlah dari diri kamu sendiri dan serahkan segala-galanya kepada Allah.
Penuhkan hatimu dengan Allah. Patuhlah pada perintahnya dan larikan diri
dari laranganNya agar nafsu badaniah kamu tidak memasuki hati kamu
setelah ianya keluar. Untuk membuang nafsu-nafsu badaniah dari hatimu
kamu hendaklah berjuang melawannya dan jangan menyerah kepadanya
dalam semua keadaan dan masa.

Oleh itu janganlah berkehendakkan kepada sesuatu yang bukan kehendak


Allah. Kehendak kamu yang bukan kehendak Allah adalah kehendak nafsu
badaniah. Kehendak ini jika diturut akan merosakkan diri kamu dan
menjauhkan kamu dari Allah. Patuhlah kepada perintah Allah dan
jauhkanlah laranganNya dan bertawakAllah kepada Dia sahaja dan sekali-
kali jangan mensekutuiNya. Dia yang menjadikan nafsu dan kehendak
kamu. Oleh yang demikian, janganlah berkehendakkan atau berhajatkan atau
bercita-cita untuk mendapatkan sesuatu supaya kamu tidak tercebur ke
lembah syirik.

Allah berfirman :
"barangsiapa bercadang hendak bertemu dengan Tuhannya, dia hendaklah
beramal saleh dan janganlah sekutukan Allah dengan apa jua."
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 21
 
Syirik itu bukan sahaja semata•mata menyembah berhala. Syirik itu juga
termasuk menurut hawa nafsu dan mensekutukan apa sahaja yang di dunia
dan yang di akhirat dengan Allah. Kerana apa sahaja yang lain Allah,
bukanlah Tuhan. Oleh itu, jika kamu tumpukan hati kepada yang lain dari
Allah, maka kamu telah syirik. Oleh itu, jangan sekutukan Allah itu secara
kasar dan secara halus. Berjaga-jagalah, jangan berdiam diri, berhati-hatilah
dan waspada selalu, semoga kamu beroleh selamat. Segala pangkat dan
kebaikan yang kamu perolehi janganlah kamu katakan datang dari kamu
sendiri atau kepunyaan kamu sebenarnya. Jika kamu diberi sesuatu hal atau
keadaan atau kenaikkan kepada sesuatu taraf kedudukan, janganlah
dihebohkan kepada sesiapa. Kerana dalam pertukaran suasana dan hari ke
hari itu, Allah menzahirkan keagungannya dalam aspek-aspek yang sentiasa
baru, dan Allah menyelangi antara hambaNya dengan hati-hati mereka.

Boleh jadi apa yang kamu katakan milik kamu itu akan dilepaskan dari
kamu. Dan apa yang kamu anggap kekal itu boleh jadi bertukar keadaan,
maka kamu akan merasai malu pada mereka yang kamu cakapkan itu. Lebih
baik kamu berdiam diri dan simpan dalam pengetahuan kamu sahaja dan
tidak menyampaikan kepada sesiapa. Jika kamu memiliki sesuatu,
ketahuilah bahawa itu adalah kurnia Allah dan bersyukurlah kepadanya dan
bermohonlah kepadanya supaya ditambahi dengan nikmat-nikmatNya. Jika
sesuatu itu lepas dari kamu, maka ianya akan menambahkan ilmumu,
kesedaranmu dan waspadamu. Allah berfirman: “Apa sahaja perutusan
(kitab-kitab terdahulu) yang Kami batalkan atau Kami jadikan ianya
dilupakan, maka Kami bawa yang terlebih baik atau yang seumpamanya.

Adakah kamu tahu bahawa Allah berkuasa terhadap segala sesuatu?”

Oleh itu, janganlah disangka Tuhan Allah itu tidak berkuasa dalam sesuatu
perkara dan janganlah disangka ada kekurangan dalam ketentuanNya dan
peraturanNya, serta janganlah syak wasangka tentang janji-janjinya.
Contohilah Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam ayat-ayat
yang diwahyukan kepada baginda itu dipraktikkan, dibaca di dalam masjid,
ditulis di dalam buku, bahkan diambil dan ditukar dengan yang lain dan
perhatian Nabi diarahkan kepada perkara-perkara wahyuwahyu yang baru
diterimanya yang mengganti ayat-ayat yang lama itu. Ini terjadi dalam
perkara hukum-hukum yang zahir.

22  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
Berkenaan dengan perkara-perkara kebatinan, ilmu dan keadaan kerohanian
yang didapati antara baginda dengan Tuhan, baginda biasa berkata bahawa
hatinya biasa diselubungi dan baginda memohon perlindungan Allah 70 kali
sehari. Juga diceritakan bahawa 100 kali sehari Nabi biasa dibawa dari satu
keadaan atau hal kepada satu keadaan atau hal yang lain dan dengan itu
baginda dibawa ke peringkat-peringkat yang hampir dan lebih hampir lagi
ke hadrat ilahi. Baginda mengembara ke alam Yang Maha Tinggi dan nur
menyelubungi baginda, dari satu peringkal ke satu peringkat yang lebih
tinggi. Tiap-tiap satu peringkat yang dinaiki, maka peringkat yang di bawah
itu nampaknya gelap jika dibandingkan dengan peringkat yang atas itu.

Makin tinggi makin bersinarlah nur Allah melimpahi hati sanubari baginda.
Baginda biasa menerima arahan supaya memohon ampun atau perlindungan
Tuhan kerana sebaik-baik hamba Allah itu ialah mereka yang sentiasa
memohon ampun dan perlindungan Allah dan sentiasa kembali kepadanya.

Ini ialah kerana untuk menyedarkan kita bahawa kita ini ada mempunyai
dosa dan kesalahan yang mana kedua-dua ini ada didapati pada hamba-
hamba Allah dalam semua keadaan hidupnya dan kepunyaannya sebagai
warisan dari Adam 'alahissalam yang menjadi bapa segala manusia dan
hamba pilihan Allah. Apabila lupa kepada perintah Allah itu telah
mengaburkan cahaya kerohanian dan baginda menunjukkan keinginan
hendak kekal di syurga dan disamping Tuhan, dan Tuhan berkehendakkan
menghantar malaikat Jibril kepada baginda. Pada masa itu kehendak diri
(ego) baginda terzahir dan kehendak Adam terdapat bercampur dengan
kehendak Allah.

Oleh itu kehendak baginda itu dihancurkan dan keadaan pertama itu
dihilangkan dan kehampiran kepada Tuhan di masa itu dihilangkan dan
cahaya keimanan yang terang benderang itu bertukar kepada kabur dan
kesucian rohani baginda telah menjadi sedikit kotor. Maka Allah akan
memperingatkan baginda dan menyedarkan kesalahannya dan dosanya dan
diperintahkan supaya mengakui kesalahan dan dosanya dan meminta ampun
kepada Allah.

Adam' alaihissalam berkata: "Ohh Tuhan! Kami telah menzalimi diri kami
sendiri dan jika tidak engkau ampuni kami dan mengasihani kami sudah
tentu kami termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi." Kemudian itu
datanglah kepada beliau cahaya petunjuk, kesedaran bertaubat, pengetahuan
hakikat akibatnya, dan ilmu hikmah yang tersembunyi dalam kejadian ini
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 23
 
pun terbukalah. Maka Allah menghampiri mereka dengan kasih sayangNya
agar mereka bertaubat. Maka kehendak yang timbul dari Adam itupun
ditukarkan dan keadaannya yang dahulu itupun ditukarkan, maka dikurniai
kepadanya peringkat wilayah (kewalian) yang lebih tinggi dan diberi makam
(stesyen) dalam dunia ini dan di akhirat kelak. Jadilah dunia ini tempat
tinggalnya dan keturunannya dan akhirat kelak tempat kembali yang kekal
abadi.

Jadikanlah Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam yang mana


baginda itu seorang Rasul dan kekasih Allah dan hambaNya yang pilihan,
dan bapa segala insan iaitu Adam hamba Allah yang pilihan, sebagai contoh
dan tauladan. Contohilah mereka kedua itu dalam hal mengakui kesalahan
dan dosa sendiri, dan meminta ampun kepadaNya, dan meminta
perlindunganNya dari noda dan dosa dan contohilah mereka dalam hal
merendahkan diri kepada Allah kerana insan ini adalah lemah dalam segala
hal.

BAB 8: SYARAHAN KELAPAN

Apabila kamu dalam keadaan atau hal yang tertentu, janganlah meminta
keadaan yang lebih tinggi atau lebih rendah. Apabila kamu berada dipintu
istana janganlah kamu hendak masuk kecuali kamu disuruh
masuk.Janganlah menganggap cukup dengan kebenaran masuk itu sahaja
kerana boleh jadi itu satu helah atau penipuan dari raja itu. Hendaklah kamu
sabar, sehingga kamu dipaksa masuk ke istana itu atas perintah raja itu
sendiri. Kerana dengan itu kamu tidaklah dipertanggungjawabkan tentang
perbuatan kamu masuk ke istana itu. Jika sekiranya kamu dihukum juga,
maka itu adalah kerana kamu bersalah, tamak, tidak sabar, tidak bersopan
santun dan hendakkan kepuasan dengan keadaan hidup yang kamu sedang
berada itu. Jika kamu telah dipaksa masuk dan kamu masuk, maka
hendaklah kamu masuk dengan sopan santun dan penuh hormat dan
perhatikan apa yang kamu perintahkan tanpa meminta kenaikkan taraf dalam
hidup itu. Allah berfirman kepada RasulNya: “Dan janganlah pandanganmu
dipengaruhi oleh apa yang kami kurniai kepada segolongan manusia dari
kemegahan hidup di dunia ini kerana kami menguji mereka dengan itu,
adalah rezeki yang diberi oleh Tuhanmu itu lebih baik dan lebih kekal."

Allah menasihati NabiNya supaya berhati-hati dengan keadaan yang ada itu
dan redha dengan kurniaan Allah. Dengan lain perkataan, firman ini
24  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
menyatakan, "Apa sahaja yang Ku beri kepadamu dari perkara yang baik-
baik, dan keNabian dan ilmu dan keredhaan dan sabar dan kekuasaan agama
dan berjihad pada jalan Allah, semua ini adalah lebih baik dan lebih
berharga daripada apa yang aku beri kepada orang-orang lain."

Kebaikan itu terletak dalam menjaga keadaan yang sedia ada dan berpuas
hati dengannya dan menjauhkan kehendak-kehendak kepada yang lain
kerana perkara itu sarna ada telah dikhaskan untuk kamu atau kepada orang
lain atau tidak kepada siapapun tetapi telah dijadikan oleh Allah sebagai satu
ujian. Jika sesuatu perkara itu telah diuntukkan bagi kamu, maka kamu tentu
akan mendapatinya sama ada kamu suka atau tidak. Tidaklah wajar kamu
menunjukkan ketidaksopanan atau menunjukkan tamak kerana itu
berlawanan dengan akal dan ilmu yang sempurna. Apalah gunannya kamu
mengharapkan apa yang telah ditentukan untuk orang lain kerana kamu tidak
akan mendapatinya. Sekiranya sesuatu perkara itu tldak diuntukkan kepada
sesiapapun, maka itu adalah satu ujian belaka. Orang yang berakal sempurna
tidak akan bersahaja-sahaja mencari sesuatu ujian. Oleh itu, kebaikan itu
ialah menjaga dan redha dengan keadaan yang ada sekarang. Setelah kamu
dibawa ke tingkat atas dan dari situ ke bumbung istana, kamu akan hati-hati
seperti yang kami nyatakan tentang penghormatan, perangai baik dan tidak
bercakap banyak. Hati-hatilah, kamu hendaklah membuat lebih dari ini
kerana kamu sekarang makin hampir dengan raja itu dan hampir pula kepada
bahaya. Oleh itu, janganlah minta pertukaran dari keadaan yang ada kepada
keadaan yang lain, sama ada lebih tinggi atau lebih rendah, dan jangan pula
kamu minta keadaan itu berkekalan atau bertukaran . Kamu tidak ada pilihan
sendiri dalam perkara ini. Jika kamu meminta, maka itu tanda kamu kurang
sopan dan merendahkan darjat kamu dan merugikan kamu juga. Dengan
yang demikian teruskanlah bertindak sebagaimana yang kami tunjuki,
sehingga kamu dinaikkan ke satu taraf dan kamu akan ditetapkan di taraf itu,
maka ketika itu tahulah kamu bahawa itu adalah kurniaan Allah yang
menunjukkan tanda-tanda kebesaranNya.

Tetaplah kamu di tempat itu dan tidaklah diubah-ubah lagi. Ahwal (keadaan
pertukaran kerohanian) adalah kepunyaan auliya' (wali Allah biasa) dan
maqamah (perhatian kerohanian) adalah kepunyaan abdal (wali Allah yang
lebih tinggi tarafnya).

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 25


 
BAB 9: SYARAHAN KESEMBlLAN

Lakuan atau perbuatan Allah itu dizahirkan kepada auliya' dan abdal dalam
kasyaf (pandangan kerohanian) dan masyahadah (pengalaman kerohanian)
dan ini melebihi jangkauan akal manusia dan mencarik adat dan kebiasaan.
Penzahiran atau manifestasi ini ada dua jenis, satu dinamakan jalal
(kebesaran dan keagungan) dan satu lagi dinamakan jamal (keindahan). Jalal
ini menimbulkan kehebatan dan mempengaruhi hati demikian rupa hingga
tanda-tandanya nampak pada badan kasar.

Adalah diceritakan bahawa Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam


sedang sembahyang. Maka terdengarlah oleh orang bunyi seperti air
mendidih dari hati baginda oleh kerana hebat dan gentarnya hati beliau
menghadap Allah Subhanahu wa Ta'ala, satu pengalaman yang baginda rasai
apabila Allah menunjukkan keAgungan dan kebesaranNya. Kejadian seperti
itu juga ada berlaku kepada Nabi Ibrahim 'alaihissalam dan khalifah Umar
Radhiyallahu 'anhu.

Pengalaman yang dirasai apabila Allah menzahirkan sifat jamalNya ialah


hati si hamba itu akan merasai gernbira, tenang, sentosa, selamat dan kata-
kata yang kasih mesra dan tanda-tanda yang menggembirakan tentang
kurniaan-kurniaan yang besar dan kedudukan yang tinggi dan kehampiran
kepadanya yang kepadanya semua perkara-perkara mereka itu akan kembali.

Inilah kurniaan dan rahmat Allah kepada mereka dalam dunia. Hati mereka
yang cinta kepada Dia itu akan dipuaskan olehNya, semoga mereka merasa
senang. Allah kasih dan sayang kepada mereka. Nabi pernah berkata
kepada Bilal: "Hiburkan hati kami , wahai Bilal." Apa yang baginda
maksudkan ialah supaya Bilal yang (azan) agar Nabi masuk dalam keadaan
sembahyang untuk merasai manifestasi sifat jamal Allah itu. Kerana itulah
Nabi berkata: "Dan kesejukan mataku telah terasa dalam sembahyang."

26  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
BAB 10: SYARAHAN KESEPULUH

Sesungguhnya tidak ada yang lain kecuali Allah dan diri kamu sendiri. Diri
manusia itu bertentangan dengan Tuhan. Segala-galanya tertakluk kepada
Allah dan diri manusia itu adalah kepunyaan Allah.

Pada diri manusia itu timbullah angan-angan dan hawa nafsu. Oleh itu, jika
kamu masuk kepada hak dan menentang diri kamu, maka kamu masuk
dalam pihak Allah dan menentang diri kamu sendiri.

Allah berfirman kepada Nabi Daud 'alaihissalam: "Wahai Daud, kepada


Akulah tempat kamu kembali, oleh itu berpegang teguhlah kepadaKu,
perhambaan sebenarnya ialah melawan diri kamu kerana Aku." Dengan
itulah kehambaan kamu dan hampir kamu kepada Allah menjadi kenyataan
yang sebenarnya. Dengan itulah kamu mencapai kesucian dan kebahagiaan.
Dengan itulah kamu akan dipermuliakan dan segala-galanya akan jadi
hamba kamu dan takut kepada kamu kerana semuanya itu tertakluk kepada
Allah kerana Dialah pencipta dan tempat asal mereka dan mereka
menyatakan kehambaan mereka kepada Allah. Firman Allah: "Segala-
galanya memuji Allah, tetapi kamu tidak tahu pujian mereka." Ini bererti
segala-galanya yang ada dalam alam ini sedar tentang adanya Allah dan
patuh kepadanya.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berkata: "Kemudian Dia berkata kepadanya dan


kepada dunia, marilah kamu kedua dengan rela atau tidak, mereka kedua
berkata, "kami datang dengan rela."

Oleh itu segala kehambaan ialah melawan dirimu sendiri dan hawa nafsumu.
Allah berfirman:
"Janganlah ikut hawa nafsumu
kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah."
Allah juga berfirman,
"Jauhkanlah kehendak hawa nafsumu kerana tidak ada yang melawanKu
dan kerajaanKu melainkan hawa nafsu manusia. "

Ada satu cerita yang masyhur tentang Abu Yazid Busthami. Adalah
dikatakan bahawa beliau telah melihat Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam
mimpinya.

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 27


 
Beliau bertanya kepada Allah: "Bagaimanakan seseorang itu hendak sampai
kepadaMu?" Kata Tuhan: "Buangkan dirimu dan datanglah kepadaKu."
Kemudian itu kata beliau, "Saya pun keluar dari diriku seperti ular keluar
dari sarungnya."

Oleh itu, semua kebaikan itu terletak pada jihad terhadap diri sendiri dan
semua perkara dan keadaan hidup ini.

Sekiranya kamu dalam keadaan soleh, tentanglah dirimu hingga kamu


terhindar dari yang haram dari manusia dan syak wasangka dan dari
pertolongan mereka dan pergantungan kepada mereka atau takut kepada
mereka atau berkehendakkan apa yang mereka dapati dari dunia yang fana'
ini. Jangan harapkan hadiah dari mereka atau sedekah mereka atau
pemberian mereka. Kamu hendaklah bebaskan dirimu dari apa sahaja yang
bersangkutan dengan keduniaan dan sekiranya kamu ada saudara yang
hartawan janganlah kamu harapkan dia mati lekas dengan niat hendakkan
hartanya itu. Kamu hendaklah keluar dari pengaruh makhluk dan anggaplah
mereka seperti pintu pagar yang terbuka dan tertutup atau seperti pokok
yang kadang-kadang berbuah dan kadang-kadang tidak. Segala yang berlaku
dan terjadi adalah dengan kehendak Allah dan Dialah yang membuat dan
merancangkan segala-galanya. Jadikanlah dirimu seorang yang berjiwa
tauhid iaitu mengEsakan Allah Rabbul 'Alamin.

Janganlah pula kamu mengikut fahaman golongan Jabariah atau Qadariah.


Lebih baik kamu katakan bahawa lakuan itu kepunyaan Allah dan manusia
mengusahakan.

Jalankanlah perintah Allah yang bersangkutan dengan manusia dan asingkan


bahagianmu dengan perintahNya dan janganlah melebihi batasan kerana
perintah Allah pasti akan berlaku dan Allah akan menghukumi kamu dan
mereka juga. Janganlah kamu sendiri hendak menjadi hakim. Adanya kamu
bersama manusia adalah kerana takdir Allah dan takdir ini terletak dalam
gelap. Oleh itu, masuklah ke dalam gelap itu dengan lampu yang juga
menjadi hakim dan itulah dia Al-Qur'an dan sunnah RasulNya. Janganlah
melampaui kedua-dua ini. Jika timbul dalam fikiranmu atau kamu menerima
sesuatu ilham, kemukakan dahulu kepada Al-Qur'an dan sunnah RasulNya.

Sekiranya sesuatu fikiran atau ilham itu bersalahan dengan Al-Qur'an dan
hadith, maka janganlah diturut dan dilakukan, kerana itu mungkin datang
dari iblis. Jika Al-Qur'an dan hadith itu mengharuskan seperti makan,
28  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
minum dan sebagainya dan ilham itu serupa dengan yang diharuskan itu,
maka jangan diterima dan ketahuilah bahawa itu adalah ajakkan atau
cadangan untuk memuaskan hawa nafsu dan sifat-sifat kebinatanganmu.
Oleh itu, lawanlah dan jangan turutkan.

Jika apa yang diilhamkan kepada kamu itu tidak ada didapati
penyesuaiannya dari Al-Qur'an atau hadith Nabi sama ada melarang atau
membenarkan dan kamu tidak pula ketahui dengan faham, misalnya kamu
disuruh ke suatu tempat atau disuruh berjumpa seseorang yang soleh, dan
kamu tidak perlu lagi pergi ke tempat itu atau berjumpa dengan orang itu.

Dengan pengetahuan dan nur kamu ketahui demikian, maka bersabarlah dan
jangan tergopoh-gapah dan tanyalah diri sendiri: "Adakah ini ilham dari
Allah dan aku mesti melakukannya?" Fikirkan dahulu dan bersabarlah.
Menjadi biasa sahaja bagi Tuhan mengulang-ulangi ilham seperti itu dan
memerintahkan kamu supaya bersegera melakukan perkara itu ataupun
membuka sesuatu tanda yang dibuka kepada orang-orang ahli Allah, tanda
yang difahami oleh hanya auliya' yang bijaksana dan abdal, dan kamu
jangan tergopoh-gapah dalam perkara ini kerana kamu tidak tahu akibatnya
dan tujuan perkara itu dan kamu tidak tahu di mana tertelak ujian dan jalan
yang boleh merosakkan dan juga untuk menguji kamu.

Oleh itu sabarlah hingga Tuhan sendiri menjadi pelaku dalam perkara itu
bagi kamu. Apabila sesuatu lakuan itu benar-benar dari Allah, maka
selamatlah kamu dari sebarang ujian kerana Allah sendiri yang menjalankan
kamu dan tentu Dia menolong kamu. Jika kamu sendiri yang melakukan,
maka kamu sendirilah yang bertanggungjawab dalam hal lakuan kamu itu.

Jika Allah yang melakukan untuk kamu, maka kamu tidak


bertanggungjawab dalam hal lakuan kamu kerana lakuan itu adalah lakuan
Allah dan tentu sekali Allah sendiri bertanggungjawab atas lakuanNya.

Jika kamu berada dalam peringkat hakikat iaitu kedudukan wilayah


(kewalian), maka lawanlah nafsumu itu dan patuhlah kepada perintah itu
sepenuhnya. Patuh kepada perintah ini ada dua jenis.

Pertama ialah kamu hendaklah mengambil dari dunia ini apa-apa yang perlu
sahaja bagi kamu dan jauhkan diri daripada keseronokkan hawa nafsu dan
hendaklah kamu melakukan ibadat-ibadatmu dan hindarkan dosa yang
terbuka dan tersembunyi. Kedua ialah berkenaan perintah yang batin, dan ini
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 29
 
adalah perintah Allah yang menyuruh atau melarang melakukan sesuatu
perintah batin atau tersembunyi ini adalah bagi perkara-perkara yang boleh
dilakukan iaitu perkara-perkara yang tidak haram dan tidak pula wajib yang
mana si hamba itu diberi kebebasan untuk bertindak. Dalam hal ini si hamba
tadi hendaklah jangan mengambil inisiatif (kemahuan) sendiri tetapi
hendaklah menunggu perintah berkenaan dengan hal itu. Apabila ada
perintah, patuhlah dengan semua gerak dan diamnya adalah semata-mata
kerana Allah. Jika ada hukum dalam syariat tentang sesuatu perkara, maka
tunduklah pada hukum itu. Tetapi jika tidak ada hukum dalam syariat dalam
perkara itu, maka bertindaklah menurut perintah batin atau perintah
tersembunyi itu. Melalui inilah seseorang itu menjadi orang yang benar-
benar telah mencapai hakikat. Sekiranya tidak pun ada perintah batin ini, dan
hanya lakuan Allah, maka ini memerlukan penyerahan.
Jika kamu telah rnencapai hakikat sebenar-benarnya yang juga digelar
keadaan tenggelam (mahwa) atau fana’, maka itu adalah keadaan peringkat
abdal, mereka yang pecah hatinya kerana Allah, satu keadaan yang dipunyai
oleh orang-orang yang betul-betul berjiwa tauhid, satu keadaan yang
dipunyai oleh orang-orang yang dilimpahi dengan cahaya kerohanian, orang
yang berilmu dengan kebijaksanaan yang tinggi, mereka yang jadi ketua
daripada segala ketua, pelindung dan penjaga orang ramai, khalifah Allah
dan waliNya dan orang-orang yang dipercayaiNya. Mematuhi perintah
dalam hal-hal demikian itu ialah melawan nafsumu sendiri dan
mernbebaskan dari bergantung kepada sebarang daya dan updaya dan
kosong daripada segala kehendak dan tujuan berkenaan apa sahaja yang
bersangkutan dengan dunia dan akhirat. Maka jadilah kamu hamba raja itu
dan bukan hamba kerajaan, hamba kepada perintah Allah dan bukan nafsu-
nafsu badaniah semata, danjadilah kamu seperti bayi dalam pelukkan ibunya
atau seperti mayat yang sedang dimandikan oleh orang atau seperti orang
sakit yang tidak sedarkan diri di hadapan doktor, dalam semua hal yang di
luar sempadan suruhan dan tegahan.

30  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
BAB 11: SYARAHAN YANG KESEBELAS

Apabila nafsu hendak berkahwin timbul dalam fikiranmu tetapi kamu miskin
papa dan kamu bersabar dengan harapan menunggu pertolongan Allah yang
menjadikan kamu dan nafsu kamu itu, maka Allah akan menolong kamu
sama ada menghilangkan nafsu itu dari kamu ataupun memberi kamu rezeki
dan mencukupi kamu dengan berbagai-bagai cara dan meringankan beban
kamu dan menyenangkan kamu di akhirat kelak. Allah akan menolong kamu
kerana kesabaran kamu dan keredhaan kamu itu. Allah akan menambahkan
kamu dalam kesucian dan kekuatan. Jika Allah mencukupi kamu dalam hal-
hal rezeki, maka sabarmu itu akan bertukar kepada syukur. Allah Subhanahu
wa Ta'ala menjanjikan kurnia yang bertambah-tambah kepada mereka yang
bersyukur. Firman Allah: "Jika kamu bersyukur, Aku akan tambah lagi
bahagianmu, dan jika kamu tidak bersyukur, maka ketahuilah siksaanKu
amatlahpedih."

Jika sesuatu itu telah ditakdirkan bukan untuk kamu, maka janganlah kamu
merasa kesal dan halaulah perasaan itu dari hatimu meskipun sifat-sifat
kebinatanganmu itu dan berpegang teguhlah kepada perintah-perintah Allah.
Redhalah dengan takdir Tuhan dan dalam keadaan itu berharaplah keredhaan
dan kurniaanNya. Allah berfirman: "Hanya orang-orang sabar itu sahaja
akan diberi ganjaran sepenuhnya tanpa batas."

BAB 12: SYARAHAN KEDUA BELAS

Apabila Allah Yang Maha Gagah lagi Maha Kaya memberi kamu harta
kekayaan, maka janganlah kamu terpengaruh oleh harta itu sehingga kamu
lupa dan tidak taat lagi kepada Allah. Jika kamu lupa dan tidak taat kepada
Dia kerana adanya harta itu, maka kamu akan terdinding dari dunia ini dan
akhirat kelak. Maka mungkin juga harta itu diambilnya kembali dan kamu
menjadi miskin papa, lantaran kamu telah lupa kepada yang memberi. Jika
kamu tetap ingat dan taat kepada Allah dan hatimu tidak sesekali
terpengaruh oleh harta benda itu, maka Allah akan Allah akan memberimu
harta itu dengan percuma dan tidak akan mengurangkannya walau
sedikitpun. Harta benda adalah hamba kamu dan kamu pula adalah hamba
kepada Allah. Oleh itu kamu hendaklah hidup di dunia ini di dalam jagaan
Tuhan yang Maha Penyayang dan di akhirat kamu akan dipermuliakan dan
tempat tinggal kamu adalah di syurga yang kekal abadi bersama dengan
orang-orang yang shodiq, syahid dan soleh.
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 31
 
BAB 13: SYARAHAN KETlGA BELAS

Janganlah kamu bersusah hati untuk mendapatkan keuntungan dan janganlah


kamu cuba hendak menghindarkan mala petaka. Keuntungan itu akan datang
kepada kamu jika telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu sama ada kamu
mencarinya atau tidak. Mara bahaya akan menimpa kamu jika telah
ditetapkan oleh Allah bagi kamu, sama ada kamu benci kepadanya atau
kamu cuba menghindarkannya dengan do'a dan sembahyang atau
menghadapinya dengan sabar kerana hendak mencari keredhaan Allah.

Kamu hendaklah berserah dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah dalam


segala hal agar Dia melakukan kerjaNya melalui kamu jika kebaikan kamu
dapat, syukurlah. Jika bencana menimpa kamu, sabarlah dan kembalilah
kepada Dia dan cubalah rasa keuntungan yang didapati dari apa yang kamu
anggap bencana itu dan terus tenggelam dalam dia melalui perkara itu sejauh
mana yang kamu terdaya dengan cara keadaan rohani yang diberi kepadamu.

Dengan melalui cara ini kamu dinaikkan dari satu peringkat ke satu
peringkat yang lebih tinggi dalam perjalanan menuju Allah supaya kamu
dapat mencapai Dia. Kemudian kamu akan disampaikan kepada satu
kedudukan yang telah dicapai oleh orang-orang shodiq, syahid dan soleh
sebelum kamu. Dengan itu kamu akan mendapat hampir dengan Allah agar
dapat kamu melihat kedudukan orang-orang sebelum kamu menuju raja
Yang Maha Agung itu. Di sisi Tuhan Allah kamu mendapat kesentosaan,
keselamatan dan keuntungan. Biarlah bencana menimpa kamu dan jangan
cuba menghindarnya dengan do' a dan sembahyang kamu dan jangan kamu
merasa tidak senang dengan kedatangan bencana itu, kerana kepanasan
apinya tidak sehebat dan sepanas api neraka.

Telah diceritakan bahawa Nabi Muhammad pernah berkata: "Sesungguhnya


api neraka akan bercakap kepada orang-orang beriman iaitu katanya,
lekaslah kamu pergi, wahai si mukmin, kerana cahayamu memadamkan
apiku. "

Bukankah cahaya si mukmin yang memadam api neraka itu serupa juga
dengan yang didapati pada dia di dunia ini dan yang membezakan orang-
orang yang taat kepada Allah dengan orang-orang yang derhaka kepada
Allah? Biarlah cahaya tersebut memadamkan api bencana dan bahaya dan
biarlah kesabaran kamu dengan Tuhan itu memadamkan haba panas dari api
yang hendak mengatasi kamu.
32  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
Sebenarnya bencana yang datang kepada kamu itu bukanlah hendak
menghancurkan kamu tetapi sebenarnya adalah hendak menguji kamu dan
mengesahkan kesempurnaan iman kamu dan menguatkan dasar kepercayaan
kamu dan memberimu dalam batin tentang khabar-khabar baik dari Tuhan
kamu Allah berfirman:

ö/ä.u‘$t6÷zr& (#uθè=ö7tΡuρ t⎦⎪ÎÉ9≈¢Á9$#uρ óΟä3ΖÏΒ t⎦⎪ωÎγ≈yfßϑø9$# zΟn=÷ètΡ 4©®Lym öΝä3¯Ρuθè=ö7uΖs9uρ


"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami
mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar antara kamu, dan
agar kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu."
(Surah Muhammad: Ayat 31)

Oleh yang demikian apabila telah terbukti benarnya iman kamu dan kamu
boleh menyesuaikan diri dengan kehendak dan lakuan Allah, dengan izin
Allah jua, maka hendaklah kamu tetap bersabardan redha dan patuh
kepadaNya. Janganlah kamu melakukanapa sahaja yang dilarang oleh Allah.

Apabila datang perintahNya, dengar dan perhatikan dan segera


melakukannya dan sentiasa bergerak dan jangan bersikap fasif terhadap
takdir dan lakuanNya, tetapi gunakanlah daya dan upaya kamu untuk
melaksanakan perintah itu.

Sekiranya kamu tidak sanggup melakukan perintah itu, maka janganlah


berlengah-lengah lagi untuk kembali mengadap Tuhan. Pohon ampun dan
merayu dengan penuh tawadu' kepadaNya. Carilah sebab mengapa kamu
tidak dapat melakukan perkara itu. Mungkin juga kamu tidak sanggup
melakukan perintah itu oleh kerana kejahatan syak wasangka dalam fikiran
kamu atau kamu kurang adab sopan dalam mematuhi Dia atau kamu terlalu
megah dan bangga atau kamu bergantung benar kepada daya dan upaya
kamu sendiri atau kamu mensekutukan diri kamu atau makhluk dengan
Allah. Akibat dari itu semua, kamu telah jauh dari Dia dan melupakan kamu
dari mematuhi Dia dan kamu dijauhkanNya dari pertolonganNya dan Dia
murka kepada kamu dan dibiarkanNya kamu leka dan asyik dengan hal-hal
keduniaan semata dan menurut nafsu angkara murka kamu. Adakah kamu
tahu bahawa semua itu menyebabkan kamu lupa kepada Allah dan kamu
jauh dari Dia yang menjadikan dan mengasuh kamu dan memberi kamu
rezeki yang tidak terkira. Oleh itu, berhati-hatilah terhadap apa sahaja yang
boleh menjauhkan kamu dari Allah. Jaga-jagalah terhadap apa sahaja yang
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 33
 
selain Allah, yang hendak memalingkan muka kamu dari Allah. “Apa sahaja
yang selain Allah” bukanlah Allah. Oleh itu janganlah kamu ambil “apa
sahaja yang selain Allah” dan membuangkan Allah kerana Allah mencipta
kamu untuk mengabdi kepadaNya sahaja. Dengan itu, janganlah kamu
zalimi diri kamu sendiri dengan melupakan Allah dan perintahNya kerana
ini akan membawa kamu ke neraka yang bahan apinya dari manusia dan
batu. Waktu itu akan menyesallah kamu dan sesal yang tidak berguna lagi.

Taubat waktu itu tidak berguna lagi meraung dan menangislah kamu tetapi
siapakah yang terdaya menolong. Kamu memohon ampun kepada Allah
tetapi Allah tidak terima lagi ampun kamu waktu itu. Kamu pun berangan-
angan hendak kembali ke dunia untuk membetulkan ibadat kamu kepada
Allah, tetapi apakan daya dunia sudah tidak ada lagi bagi kamu.

Kasihanilah diri kamu itu dan gunakanlah segala daya dan upaya untuk
mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, gunakanlah apa sahaja
yang diberi Allah kepada kamu seperti ilmu, akal, kepercayaan dan cahaya
kerohanian kamu itu untuk mengabdikan diri kepada Allah agar kamu
dilingkungi cahaya yang terang benderang dan tidaklah kamu tergelap lagi,
dan berpegang teguhlah kepada Allah dan hukum-hukumNya dan
mengembaralah kamu menuju Allah menurut aturan-aturan yang telah
ditentukan Allah. Dialah yang mencipta kamu dan memelihara kamu dan
mcnjadikan kamu seorang manusia yang sempurna. Janganlah kamu mencari
selain dari apa yang diperintahNya dan janganlah kamu katakan sesuatu itu
buruk kecuali telah diharamkanNya.

Apabila kamu telah bersesuaian dengan Allah dan perintahNya, maka


seluruh alam akan menghambakan diri mereka kepada kamu dan apabila
kamu hindarkan apa-apa yang diharamkan Allah, maka semua perkara yang
tidak dingini itu akan lari dari kamu di mana sahaja kamu berada. Allah
berfirman:
"Wahai manusia, Akulah Tuhan, tidak ada Tuhan selain Aku. Bila Aku kata
kepada sesuatu “jadilah”, maka jadilah ia. Patuhlah kepadaKu sehingga
jika kamu katakan kepada sesuatu “Jadilah”, maka jadilah ia."

Allah juga berfirman:


"Wahai bumi, barangsiapa menghambakan dirinya kepadaKu, maka
berkhidmatlah kepadanya dan barangsiapa menghambakan dirinya kepada
kamu, maka susahilah dia."

34  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
Demikian firman-firman Tuhan dalam sebahagian daripada kitab-kitabNya.
Oleh yang demikian, jika tiba laranganNya, maka jadikanlah diri kamu
seolah-olah orang yang telah letih lesu dan tidak bermaya atau seperti badan
tidak bersemangat, tidak berkehendak dan bernafsu, bebas dari dunia
kebendaan, lepas daari nafsu-nafsu kebinatangan umpama halaman rumah
yang gelap gelita dan seperti bangunan yang hendak diroboh dan tidak ada
yang bernyawa tinggal di dalamnya.

Kamu hendaklah menjadi seperti seorang yang telah pekak, buta, bisu, sakit
gigi, lumpuh, tidak bernafsu, tidak berakal dan badan kamu seolah-olah mati
dan sedang dibawa ke kubur.

Hendaklah kamu dengar dan lakukan segera perintah-perintah Allah dan


kamu seolah-olah benci dan malas membuat apa-apa yang dilarang dan
kamu beraksi seperti orang mati dan berserah bulat-bulat kepada Allah.
Minumlah syarabah (minuman) ini, ambillah ubat-ubat ini dan makanlah
makanan ini supaya kamu bebas dari nafsu-nafsu kebinatangan dan
kesyaitanan, dan agar kamu sembuh dari penyakit dosa dan maksiat dan
lepas dari ikatan hawa nafsu, mudah-mudahan kamu mencapai kesihatan
jiwa yang sempurna.

BAB 14: SYARAHAN KEEMPAT BELAS

Wahai mereka yang menjadi hamba kepada kepada hawa nafsu mereka!
Janganlah kamu anggapkan diri kamu masuk dalam golongan mereka yang
menjadi ahli Allah. Kamu menghambakan diri kamu kepada hawa nafsu
kamu sedang mereka menghambakan diri mereka kepada Allah Subhanahu
waTa'ala kamu berkehendakkan dunia sedang mereka berkehendakkan
akhirat. Kamu melihat dunia ini sahaja sedang mereka melihat Tuhan yang
menjadikan langit dan bumi. Kesenangan kamu terletak kepada makhluk
tetapi kesenangan mereka terletak pada Allah. Hati kamu terikat kepada
dunia tetapi hati mereka terikat kepada Allah Yang Maha Agung. Kamu
adalah mangsa kepada apa yang kamu lihat tetapi mereka tidak nampak apa
yang kamu lihat tetapi mereka melihat Allah yang menjadikan segala
perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata. Mereka itu mencapai tujuan
hidup dan mendapat kesejahteraan, sedang kamu masih terbenam dalam
nafsu keduniaan kamu.
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 35
 
Mereka itu hilang dari makhluk dan dari nafsu keduniaan dan dari kehendak
mereka sendiri, maka dengan itu mereka dapat sampai ke hadrat llahi yang
memberi mereka kekuatan untuk mencapai hujung wujudnya mereka seperti
taat dan pujian Allah. Inilah kurnia Ilahi yang diberiNya kepada siapa yang
dikehendakiNya. Mereka jadikan taat dan pujian itu kewajiban mereka dan
berpegang terus dengannya dengan pertolongan yang diberi olehNya dan ini
tanpa mengalami kesukaran apa-apa. Maka jadilah taat itu sebagai nyawa
dan makanan mereka.

Dengan itu dunia ini menjadi berkat kepada mereka dan memberi nikmat
kepada mereka seolah-olah dunia ini telah jadi syurga. Kerana apabila
mereka melihat sesuatu, sebelum mereka melihatnya, mereka nampak
sebaliknya perbuatan dan lakuan Allah yang menjadikan segala-galanya itu.

Orangorang ini membekalkan kekuatan di bumi ini dan di langit dan


menyenangkan mereka yang telah mati dan masih hidup, kerana Tuhan
mereka telah menjadikan mereka fasak bumi yang dijadikan ini. Oleh itu,
mereka adalah umpama gunung yang terdiri dengan gah dan agungnya.

Jauhlah dari mengacau mereka dan jangan halangi mereka dalam perjalanan
mereka yang ibu bapa dan anak pinak mereka tidak dapat menyelewengkan
mereka dari tujuan mereka. Orang-orang ini adalah orang-orang yang terbaik
yang dijadikan Allah di muka bumi ini. Keredhaan dan kesejahteraan
dikurniakan Allah kepada mereka selagi ada langit dan bumi.

BAB 15: SYARAHAN KELlMA BELAS

Saya nampak dalam mimpi seolah-olah saya berada dalam satu tempat
seperti sebuah masjid. Dalam bangunan itu ada beberapa orang yang
mengasingkan diri mereka dari orang ramai.

Saya berkata seorang diri: "Jika si anu itu ada di sini, dia dapat
mendisiplinkan orang-orang ini dan memberi mereka panduan-panduan yang
baik, "Dan saya terbayang seorang soleh yang tertentu. Orang-orang itu
datang keliling saya dan seorang dari mereka berkata: "Apakah telah jadi
kepada kamu? Mengapa kamu tidak bercakap?" Saya pun berkata: "Jika tuan
36  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
izinkan saya akan bercakap", kemudian saya berkata: "Apabila kamu telah
mengasingkan diri dari orang ramai kerana yang hak, maka janganlah
meminta-minta lidah kamu. Apabila kamu telah berhenti meminta dengan
lidah, maka janganlah meminta dengan hatimu kerana meminta dalam hati
itu adalah serupa juga dengan meminta lidah.

Ketahuilah bahawa Allah itu tiap-tiap hari dalam keadaan keagungan yang
baru, dan menukar, membeza, meninggi dan merendahkan manusia.
Setengah-setengah manusia, ditinggiNya taraf mereka itu dan yang lain pula
direndahkanNya. Kemudian diingatkan kepada mereka yang bertaraf tinggi
itu bahawa taraf mereka yang tinggi itu boleh direndahkanNya dan kepada
mereka diberi harapan yang Dia akan meme!ihara mereka dan menetapkan
kedudukan mereka itu. Kepada mereka yang bertaraf rendah itu diberi pula
ingat bahawa mereka akan ditinggalkan dalam kehinaan dan melepaskan
harapan dari mereka untuk kenaikkan ke taraf yang tinggi itu," selepas itu
saya pun terjaga dari mimpi.

BAB 16: SYARAHAN KEENAM BELAS

Tidak ada yang dapat menghindarkan kamu dari mendapat keredhaan dan
pertolongan langsung dari Allah kecuali pergantungan kamu pada manusia
dan cara peraturan penghidupan dan pendapatan kamu. Manusia menjadi
penghalang bagi kamu untuk mencapai kehidupan yang diamalkan oleh Nabi
iaitu tentang pendapatan. Selagi kamu mengharapkan hadiah dan keredhaan
manusia dan memintaminta dari mereka, maka kamu telah mensekutukan
Allah dengan yang lain. Maka kamu tidak akan dapat mencapai kehidupan
yang telah diamalkan oleh Nabi iaitu pendapatan secara halal dari dunia ini.

Apabila kamu menjauhkan kehidupan kamu dengan manusia dan


mensekutukan mereka dengan Allah dan bergantung kepada pendapatan
kamu dan berpuas hati dengannya dan lupa kepada kurnia Allah= itu, maka
kamu telah bersikap seperti seorang musyrik dan syirik ini lebih halus lagi
dari yang terdahulu, maka Allah akan menghukum kamu dan menjauhkan
kamu dari keredhaanNya.
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 37
 
Apabila kamu telah keluar dari keadaan ini dan membuangkan syirik jauh-
jauh dan mencampak pergantungan hati kamu dengan pendapatan kamu,
daya dan upaya kamu dan kamu melihat bahawa Allah sebenarnya yang
memberi kehidupan dan menjadikan sebab dan akibat dan memberi kekuatan
untuk mencari pendapatan dan pemberi kekuatan terhadap segala yang baik
dan kehidupan itu dalam tanganNya, kadang-kadapg dibawaNya kepada
kamu melalui manusia dengan cara kamu meminta dari mereka pada masa
ujian dan perjuangan atau melalui permohonan kamu dariNya, ataupun
kadangkadang melalui pemberian manusia atau melalui kurniaNya dengan
sedemikian rupa hingga kamu tidak lihat sebab dan cara perantaraan itu.

Oleh itu kamu menuju kepada Dia dan kembali kehadratNya Yang Maha
Agung dan gagah, bila Dia menyingkapkan tirai yang melindungi kamu dari
keredhaanNya dan membuka pintu rezeki dengan kehendakNya di masa-
masa yang perlu, bersesuaian dengan keperluan kamu pada masa itu,
umpamanya tabib yang menjadi sahabat kepada pesakit, dan inilah sebagai
perlindungan dari Dia Yang Maha Mulia dan Maha Besar, untuk
membersihkan kamu dari cenderung kepada yang lain dari Dia dan dengan
itu Dia meredhai kamu.

Oleh yang demikian, apabila Dia telah mengosongkan hati kamu dari tiap-
tiap tujuan, nafsu, dan matlamat, maka Dia akan memenuhi hati kamu
dengan tujuan dan kehendak Dia semata-mata. Apabila Dia hendak memberi
kamu bahagian kamu dan bukan untuk orang lain, maka kamu pasti dapat
bahagian kamu itu dan Dia akan mengarahkan kamu untuk mendapatnya dan
bahagian kamu itu akan sampai kepada kamu pada masa yang kamu
perlukan. Kemudian Dia akan memberi kamu kekuatan untuk bersyukur
kepadaNya dan akan diberiNya ilmu dari Dia agar kamu bersyukur kepada
Dia. Maka ini akan menambahkan kehendak kamu untuk jauh dari orang
ramai dan mengosongkan hati kamu dari apa sahaja selain Allah.

Apabila ilmu dan kepercayaan kamu telah bertambah kuat dan teguh, dan
hati kamu telah lapang dan bercahaya dan kamu bertambah hampir dengan
Allah dan kamu telah layak menjaga rahsia-rahsiaNya, maka kamu akan
diberi ilmu untuk mengetahui terlebih dahulu bilakah bahagian kamu akan
sampai danini adalah tanda kamu telah diberi kemuliaan dan keredhaanNya.
Inilah kurniaanNya, dan kasih sayangNya dan panduan dan bimbinganNya.
Firman Allah:

38  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
tβθãΖÏ%θム$uΖÏG≈tƒ$t↔Î/ (#θçΡ%Ÿ2uρ ( (#ρçy9|¹ $£ϑs9 $tΡÍöΔr'Î/ šχρ߉öκu‰ Zπ£ϑÍ←r& öΝåκ÷]ÏΒ $oΨù=yèy_uρ
"Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi
petunjuk dengan perintah kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka
meyakini ayat-ayat Kami."
(Surah As - Sajdah: Ayat 24)

Allah juga berfirman:

t⎦⎫ÏΖÅ¡ósßϑø9$# yìyϑs9 ©!$# ¨βÎ)uρ 4 $uΖn=ç7ß™ öΝåκ¨]tƒÏ‰öκs]s9 $uΖŠÏù (#ρ߉yγ≈y_ z⎯ƒÏ%©!$#uρ


"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-
benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan
sungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik"
(Surah Al-Ankabut: Ayat 69)

Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berfirman, "Dan takutlah kamu kepada


Allah dan Dia akan mengajar kamu, kemudian akan diberiNya kamu dengan
kekuatan untuk mengawal alam, dengan kebenaran yang terang, yang tidak
ada kegelapan dalamnya dan dengan tanda-tanda yang nyata yang terang
seperti terangnya matahari dengan perkataan yang manis-manis yang lebih
manis dari segala perkara yang manis dan dengan wahyu yang sebenarnya
tanpa sebarang kegelapan dan bebas dari nafsu-nafsu kebinatangan dan dari
hasutan syaitan yang dilaknatkan."

Allah berfirman dalam sebuah daripada kitab-kitabNya, “Wahai anak Adam,


Akulah Tuhan, tidak ada yang patut disembah selain Aku. Aku katakan
“jadilah”, maka jadilah ia. Patuhlah kepadaKu sehingga Aku jadikankamu
bila berkata kepada sesuatu “jadilah”, maka jadilah ia. Dan Dia telah
lakukan seperti ini kepada ramai dari anbiya' dan auliya'Nya dan orang-
orang yang khas diredhaiNya dari anak Adam.”

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 39


 
BAB 17: SYARAHAN KETUJUH BELAS

Yang dimaksudkan dengan hampir dan bersatu dengan Tuhan itu ialah kamu
mengosongkan hati kamu dari makhluk, hawa nafsu dan segala yang lain
dari Allah sehingga hati kamu dipenuhi oleh Allah dan lakuanNya sahaja.
Kamu tidak bergerak selain dengan kehendak Allah semata. Kamu tidak
bergerak melainkan Allah menggerakkan kamu. Keadaan seperti ini
dinamakan “fana”. “Fana” inilah yang dimaksudkan dengan “bersatu dengan
Tuhan”. Tetapi ingatlah bahawa bersatu dengan Tuhan itu bukanlah seperti
bersatu dengan makhluk ataupun yang lain dari Tuhan.

Tidak ada suatu pun yang seumpama dengan Dia, sesungguhnya Dia Maha
Mendengar dan Maha Melihat.

Al-Khalik itu tidak serupa dengan apapun yang kamu sangkakan. Hanya
orang yang telah mengalami dan menyedari proses bersatu dengan Tuhan itu
sahaja yang mengerti dan faham apa yang dimaksudkan dengan “bersatu
dengan Tuhan” itu. Orang yang tidak merasa dan mengalaminya tidaklah
boleh berkata dan tidaklah dapat mengerti apa yang dimaksudkan dengan
“bersatu dengan Tuhan”.

Tiap-tiap orang yang merasa pengalaman tersebut mempunyai rasa dan


pengalaman yang tersendiri, masing-masing mempunyai rasa dan
pengalaman yang tersendiri. Pada tiap-tiap Nabi, Rasul dan wali-wali Allah
itu ada rahsia. Masing-masing ada rahsianya.

Seseorang itu tidak dapat mengetahui rahsia yang ada pada seorang yang
lain. Kadang-kadang seorang murid mempunyai rahsia yang tidak diketahui
oleh gurunya. Ada kalanya pula rahsia yang ada pada guru itu tidak dapat
diketahui oleh murid, meskipun murid itu telah hampir sama sedarjat dengan
guru itu. Apabila seseorang murid mencapai keadaan kerohanian yang ada
pada gurunya, maka dia disuruh menceraikan dirinya dari guru itu. Dengan
lain perkataan, dia sekarang telah setaraf dengan guru.
Murid itupun tercerai dari guru itu dan Allah sahaja menjadi penjaganya dan
Allah akan menceraikan dia dari segala makhluk. Bolehlah diibaratkan
bahawa guru itu umpama ibu dan Murid itu umpama bayi yang masih
menyusu. Apabila umur bayi itu cukup dua tahun, maka diapun berhenti
menyusu dari ibunya. Tidak ada pergantungan dengan makhluk setelah
hapus hawa nafsu amarah dan kehendak-kehendak kemanusiaan.

40  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
Guru (atau syeikh) itu hanya perlu selagi murid itu masih ada hawa nafsu
angkara murka dan kehendak-kehendak badaniah yang mana perlu
dihancurkan. Setelah semua itu hilang dari hati murid tadi, maka tidaklah
lagi guru itu diperlukan kerana murid itu sekarang tidak ada lagi
kekurangannya dan dia telah sempurna.

Oleh yang demikian, apabila kamu telah bersatu dengan Tuhan, maka kamu
akan merasai kesentosaan dan keselamatan dari apa sahaja yang lain dari
Dia. Kamu akan lihat bahawa tidak ada yang wujud selain Dia sahaja. Kamu
akan lihat bahawa untung, rugi, harapan dan ketakutan bahkan semuanya
adalah dari dan kerana Dia jua. Dialah yang patut ditakuti dan kepada Dia
sahaja meminta perlindungan dan pertolongan. Maka sentiasalah kamu
melihat lakuanNya dan menanti perintahNya dan sentiasa patuh kepada Dia
sahaja. Terputuslah kamu dari apa sahaja yang bersangkutan dengan dunia
ini ataupun yang bersangkutan dengan akhirat. Janganlah hati kamu terlekat
pada apa sahaja selain Allah.

Anggaplah seluruh yang dijadikan Allah ini sebagai manusia yang telah
ditangkap oleh seorang raja yang agung dan gagah dan raja itu telah
memotong kaki dan tangan orang tadi dan menyalibnya pada sepohon pokok
di tebing sebuah sungai yang besar lagi dalam, dan raja itu bersemayam di
atas takhta yang tinggi dan digauli oleh hulubalang-hulubalang yang gagah
berani dengan alat kelengkapan senjata yang lengkap dan raja itu melontar
orang tadi dengan segala senjata yang ada padanya. Adakah kamu fikir
orang yang melihat keadaan ini memalingkan pandangannya dari raja itu dan
sebaliknya takut, berharap dan meminta kepada orang itu, bukannya kepada
raja yang agung itu? Jika ada orang yang gentar dan takut kepada orang yang
tersalib itu bukan kepada raja, maka orang itu adalah orang yang bodoh gila
dan tidak siuman.

Oleh yang demikian, mintalah perlindungan Allah dari menjadi buta setelah
diberinya kita pandangan, dan dari bercerai setelah disatukan dan dari
berjauhan setelah didekatkan, dan dari sesat setelah diberi petunjuk dan dari
kufur setelah diberi iman. Dunia ini ibarat sungai yang besar yang airnya
sentiasa mengalir. Tiap-tiap hari airnya bertambah. Begitulah nafsu
kebinatangan manusia itu sentiasa tidak puas. Makin tamak dan makin tidak
sedar diri. Manusia hidup di dunia ini sentiasa diuji dan dicuba. Disamping
mendapat bahagia ada juga derita yang mengelinginya.

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 41


 
Orang yang mempunyai akal fikiran yang sempurna dan mahu berfikir serta
mengetahui hakikat, maka dapatlah ia mengetahui bahawa pada hakikatnya
tidak ada hidup yang sebenar melainkan hidup akhirat. Oleh itu, Nabi besar
Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: "Tidak ada hidup
kecuali hidup akhirat." lni memangnya benar bagi seseorang yang beriman.

Nabi Muhammad pernah berkata: "Dunia ini penjara bagi orang mukmin dan
syurga bagi orang kafir." Nabi juga pernah berkata: "Orang yang baik itu
terkekang."

Pada hakikatnya kesentosaan dan kebahagian itu adalah terletak dalam


perhubungan yang langsung dengan Allah yang pengasih dan penyayang,
tawakal yang bulat kepadaNya dan sentiasa redha denganNya. Apabila kamu
telah dapat berbuat demikian, maka bebaslah kamu dari dunia ini dan kamu
akan diberi Allah kesenangan, keselamatan, kesentosaan, kasih sayang dan
keredhaan Ilahi.

BAB 18: SYARAHAN KELAPAN BELAS

Saya menasihatkan kamu supaya kamu jangan merungut atau mengadu


tentang kesusahan yang menimpa kamu kepada sahabat atau musuh kamu
dan janganlah disalahkan Tuhan yang menjadikan kesusahan itu atau ujian
itu. Ada lebih baik jika kamu terangkan tentang kebaikan yang diberi Allah
kepada kamu dan tentang kesyukuran kamu terhadap kebaikan itu. Kamu
berbohong dalam menyatakan kesyukuran kamu tanpa sebarang kurnia
adalah lebih baik dari kamu menyatakan yang benar dan menghebahkan
kesusahan yang kamu alami. Siapakah yang tidak dapat kurnia Allah? Allah
Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

χÎ) 3 !$yδθÝÁøtéB Ÿω «!$# |Mϑ


y ÷èÏΡ (#ρ‘‰ãès? βÎ)uρ 4 çνθßϑçGø9r'y™ $tΒ Èe≅à2 ⎯ÏiΒ Νä39s?#u™uρ

Ö‘$¤Ÿ2 ×Πθè=sàs9 z⎯≈|¡ΣM}$#


"Dan dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang
kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakanya.
Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat
Allah)."
(Surah Ibrahim: Ayat 34)

42  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
Berapa banyakkah kurnia Allah kepada kamu dan kamu masih tidak sedar
juga. Janganlah kamu rasa senang dengan makhluk dan janganlah cinta
kepada makhluk dan janganlah kamu ceritakan kepada siapapun keadaan hal
ehwal kamu. Hendaklah cinta kamu itu kerana Allah semata dan kamu
merasa senang dengan Dia dan kesusahan kamu hendaklah diadukan kepada
Dia juga.

Jangan kamu pandang yang lain dari Allah kerana yang lain dari Allah itu
tidak dapat memberi mudharat dan manfaat, untung dan rugi, kebaikan dan
kejahatan, menghina dan memuliakan, meninggi dan merendahkan,
mengaya dan memiskinkan, menggerak dan mendiamkan. Segala yang lain
dari Allah itu adalah ciptaan Allah jua dan di tangan Allah punca
pergerakkan mereka dengan izin dan kehendakNya jua. Mereka ada selagi
Allah hendakkan mereka ada. Sesuatu itu wujud dalam tempoh masa yang
telah ditentukan Allah. Apa yang te!ah didahulukan tidak dikemudiankan,
dan apa yang telah dikemudiankan tidak didahulukan. Jika Allah hendak
menimpa kamu bahaya, maka tidak ada yang dapat mengelakkan bahaya itu
selain Dia jua, jika Dia hendak memberi kebaikan kepada kamu, maka tidak
ada yang dapat mengelakkan kebaikan itu datang kepada kamu, selain Dia
jua.

Oleh itu jika kamu merungut dan mengadu kerana tidak puas hati dengan
Dia semasa kamu sedang menikmati kesenangan dan keseronokkan, hanya
kerana hendakkan supaya dilebih dan ditambah nikmat keseronokkan dan
kesenangan itu, dan menutup pandangan kamu kepada kesenangan dan
keseronokkan yang ada pada kamu itu dengan menyangka ianya tidak baik,
maka Allah Subhanahu wa Ta'ala akan murka kepada kamu dan Dia akan
menarik balik kesenangan dan keseronokkan itu dari kamu dan Dia akan
menyusahkan kamu lebih hebat lagi dan akan memberatkan kamu dalam
kesusahan itu dan kamu akan dijauhkan daripadaNya.

Dengan itu janganlah kamu merungut walaupun badan kamu dipotong-


potong dengan gunting, peliharalah diri kamu! Takutilah Allah! Berhati-
hatilah!.
Sesungguhnya kebanyakan bencana yang menimpa anak Adam itu ialah
kerana sungutan dan rungutan terhadap Tuhan. Adakah patut seseorang
hamba Allah itu merungut dan tidak puas hati, pada hal Allah itu Maha
Pengasih, Maka Penyayang, Maka Adil, Maha Tahu dan Maha Bijaksana?

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 43


 
Nabi Muhammad pernah bersabda: "Kasih Allah kepada hambaNya adalah
lebih dari kasih ibukepada anaknya." Wahai manusia! Tunjukkanlah sopan
santun yang baik, bersabarlah di masa kesusahan walaupun kamu letih lesu
dengan kesabaran itu. Bersabarlah disamping kamu bertawakal dan berserah
diri kepada Allah. Redhalah dengan Dia. Jika kamu masih dapati diri kamu
masih wujud, maka hapuskanlah wujud kamu itu. Jika kamu telah
tidak ada, di manakah kamu?
Pernahkah kamu dengar firman Tuhan:

( öΝà6©9 ×öyz uθèδuρ $\↔ø‹©


x (#θèδtõ3s? βr& #©|¤tãuρ ( öΝä3©9 ×νöä. uθèδuρ ãΑ$tFÉ)ø9$# ãΝà6ø‹n=tæ |=ÏGä.

šχθßϑn=÷ès? Ÿω óΟçFΡr&uρ ãΝn=÷ètƒ ª!$#uρ 3 öΝä3©9 @Ÿ° uθèδuρ $\↔ø‹©


x (#θ™6Åsè? βr& #©|¤tãuρ
"Diwajibkan atas kamu berperang, pada hal berperang itu ada sesuatu yang
kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik
bagimu, dan baleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat
buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah: Ayat 216)

Pengetahun tentang hakikat sesuatu telah jauh dari kamu dan kamu
terdinding dari hakikat-hakikat itu.
Oleh itu tunjukkan tidak sopan jika kamu suka atau tidak suka akan sesuatu
jika kamu dalam peringkat pertama iaitu peringkat orang-orang yang soleh,
maka patuhlah kepada syariat dalam semua perkara yang berlaku kepada
kamu. Jika kamu dalam peringkat kedua iaitu peringkat wilayah (kewalian),
maka ikutlah segala perintah dan jangan melampaui batas. Pada peringkat
terakhir, hendaklah kamu redha dengan lakuan Allah dan bersesuaian
denganNya dan lenyaplah masuk ke dalam kedudukan dan keadaan abdal
ghuts dan shodiq. Janganlah cuba hendak menentang takdir dan hadapkan
diri kamu dan kehendak kamu terus kepada Allah dan janganlah kamu
merungut dan tidak berpuas hati.

Apabila kamu telah berbuat demikian, dan takdir bagi kamu adalah baik,
maka Allah akan menambah lagi kebaikan untuk kamu dan kehidupan yang
sentosa dan bahagia. Jika takdir bagi kamu tidak baik, maka Allah akan
melindungi kamu dari perkara yang tidak baik itu melaui kepatuhan kamu
kepadaNya dan Allah akan menghindarkan kamu dari kesalahan sehingga
masanya berakhir. Inilah nasihat untuk kamu.

44  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
Ketahuilah bahawa dalam diri manusia itu ada berbagai-bagai kesalahan,
dosa dan noda yang semua itu menjauhkan manusia itu dari Allah melainkan
manusia itu dibersihkan dari segala noda dan dosa itu. Tidak seorangpun
yang dapat menghampiri Dia kecuali orang itu telah bersih dari kekotoran
takbur dan dosa seperti juga misalnya seorang itu tidak dapat duduk dekat
raja jika orang itu berbau busuk dan badannya kotor. Oleh yang demikian,
bala bencana itu adalah pembersih dan penukar kepada yang baik. Nabi
pernah berkata: "Demam sehari itu adalah menyapu bersih dosa setahun."

BAB 19: SYARAHAN KESEMBILAN BELAS

Semasa iman kamu masih lemah, maka sekiranya kamu berjanji, kamu akan
tunaikan janji itu. Jika tidak, iman kamu akan berkurangan atau kepercayaan
kamu hilang. Tetapi jika iman ini telah kuat dan teguh tertanam di hati
sanubari, dan kamu disampaikan firman Tuhan:

$uΖ÷ƒt$s! tΠöθu‹ø9$# y7¨ΡÎ) tΑ$s% …çμyϑ¯=x. $£ϑn=sù ( ©Å¤øuΖÏ9 çμóÁÎ=÷‚tGó™r& ÿ⎯ÏμÎ/ ’ÎΤθçGø$# à7Î=yϑø9$# tΑ$s%uρ

×⎦⎫ÏΒr& î⎦⎫Å3tΒ
"Dan raja berkata, "Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai
orang yang rapat kepadaku. "Maka tatkala raja bercakap-cakap dengan
dia, dia berkata, "Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang
yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami.”
(Surah Yusuf:Ayat 54)

Dan firman ini disampaikan kepada kamu banyak kali, maka kamu pun
menjadi orang-orang pilihan Tuhan, dan hilanglah dari kamu kehendak,
nafsu dan lakuan kamu sendiri dan kamu pun terus hampir dengan Tuhan
yang hampirnya tidak kamu nampak dan teruslah kamu tenggelam di hadrat
Ilahi.

Maka jadilah kamu seperti bekas yang berlubang, tidak ada air yang boleh
tinggal dalam bekas itu.
Kamu menjadi seperti tong kosong yang berlubang. Dengan itu hati kamu
pun penuh dengan Allah sahaja. Tidak ada yang lain dari Allah dalam hati
kamu itu. Kamu pun bersih dari yang lain daripada Allah. Allah akan redha
dengan kamu dan kamu dijanjikan dengan segala rahmat, nikmat dan
keampunanNya dan kamu merasa senang dengan Allah.
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 45
 
Kemudian kamu akan diberi suatu janji dan apabila kamu merasa puas hati
dengannya dan sebarang tanda kehendak ada di dapati pada kamu, maka
kamu akan ditukarkan dari janji ini kepada janji yang lebih tinggi dan kamu
akan diberi perasaan cukup diri sendiri (self-sufficiency) dan pintu alam
akan dibuka untuk kamu dan kamu pun disinari dengan pengetahuan untuk
memahai rahsia-rahsia keTuhanan dan kamu akan merasai bertambahnya
(hal) atau keadaan kerohanian kamu.

Selanjutnya kamu mendapat pangkat kerohanian yang tinggi dan kamu akan
diberi rahsia-rahsia keTuhanan, dadamu lapang, lidahmu petah berkata-kata
dan ilmu tinggi dan kamu cinta kepada Ilahi.

Kamu pun dikasihi oleh semua orang, manusia dan jin dan lain-lain makhluk
di dunia ini dan di akhirat. Apabila kamu menjadi kekasih Allah, maka
makhluk pun kasih kepada kamu kerana makhluk itu tertakluk kepada Allah
dan kasih mereka termasuk dalam kasih Allah seperti juga benci mereka
termasuk dalam benci Allah.

Kamu pun dinaikkan ke pangkat ini di mana kamu tidak ada kehendak
kepada apa-apa yang lain lagi.

Selepas ini kamu akan diberi kehendak untuk sesuatu dan kehendak itu akan
dilepaskan dari kamu dan kamu terhindar darinya. Kamu tidak akan diberi
perkara yang kamu hendak itu dalam dunia ini dan di akhirat kelak akan
diberi gantinya dan akan menambahkan hampir kamu kepada Allah
Subhanahu wa Ta'ala dan sesuatu yang kamu hendak itu akan menyejukkan
mata kamu di syurga kelak.

Jika kamu tidak meminta sesuatu itu ataupun berharap dan berangan-angan
untuk mendapatnya semasa hidup di dunia ini, tempat yang sementara dan
ujian, tetapi kamu hidup di dunia ini semata-mata kerana hendak mencapai
keredhaan Tuhan yang menjadikan bumi dan langit dan alam semesta, maka
kamu akan dikurniai dalam dunia ini apa-apa yang seimbang dengannya atau
yang terkurang dari kurnia Allah. Di akhirat akan diberi kurnia yang lebih
lagi. Sesungguhnya di sisi Allah ada ganjaran yang besar dan berkekalan.
Allah memberi kurnia kepada siapa yang dikehendakiNya menurut
ketentuan dan ketetapanNya.

46  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
BAB 20: SYARAHAN KEDUA PULUH

Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Buangkan apa


sahaja yang menyebabkan kamu syak dan waham dalam fikiran kamu
tentang halal ataupun haramnya sesuatu perkara itu dan pakailah apa yang
tidak menimbulkan syak dan waham pada kamu."

Apabila syak dan waham bercampur-aduk dengan yang tidak syak dan
waham dalam sesuatu perkara, maka pakailah yang tidak ada syak dan
waham itu dan buangkan apa yang menjadi syak dan waham. Dalam perkara
yang menimbulkan syak dan waham dan ini sentiasa mengacau dan menyoal
fikiran kamu tentang halal ataupun haramnya perkara itu, seperti sabda Nabi:
''Dosa menimbulkan kekacauan dalam hati. "

Maka dalam hal ini hendaklah kamu tunggu perintah batin. Jika kamu
diperintahkan melakukannya, maka lakukanlah. Jika kamu dilarang
melakukannya, janganlah dilakukan dan lupakan perkara itu dan kembalilah
kepada Allah.

Jika kamu merasa jemu dan bosan dengan sabar, redha dan bertawakal
dengan suka hati kepada Allah dalam fana', maka ketahuilah bahawa Allah
Yang Maha Agung dan gagah tidak memerlukan supaya Ia diingat, dan Dia
tidak lupa kepada kamu dan lain-lain makhluk. Dia Maha Kaya dan Dia juga
yang memberi makan dan rezeki kepada orang-orang kafir, orang-orang
munafik dan orang-orang yang tidak patuh kepadaNya. Tidak mungkin
Allah itu lupa, wahai orang-orang yang beriman, yang percaya kepada
keEsaanNya, yang patuh kepada perintahNya dan berpegang teguh
kepadaNya siang dan malam.

Sabda baginda Nabi Muhammad lagi: "Buangkan apa yang menimbulkan


syak wasangka dalam fikiran kamu dan ambillah apa yang tidak
menimbulkan syak wasangka." Ini juga bererti bahawa kamu janganlah ingin
dan hendak atau mengambil apa yang ada di tangan orang lain dan jangan
beranganangan supaya orang memberi kamu sesuatu dan jangan takut dan
khuatir kepada mereka.

BertawakAllah kepada Allah dan haraplah pertolongan dari Dia dan


terimalah dari Dia (dan mungkin melalui makhlukNya) dan inilah yang tidak
menimbulkan syak wasangka dalam fikiran kamu.

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 47


 
Jadikanlah satu sahaja tempat meminta, dan satu pemberi dan satu tujuan
iaitu Dia sahaja kerana Dialah Tuhan Yang Maha Kaya dan Maha Agung
yang dalam tanganNya segala raja dan dalam kontrolNya segala hati
manusia dan hati manusia itu adalah ibarat raja bagi badan kerana hati itulah
mengontrol badan. Badan dan harta benda kepunyaan manusia itu adalah
sebenarnya kepunyaan Allah jua. Manusia adalah wakilNya atau pemegang
amanah bagiNya. Apabila manusia memberi kamu sesuatu, maka gerak
tangan mereka itu adalah dengan izin Allah dan dengan perintahNya, dan
sebenarnya adalah gerak Allah jua. Begitu jualah sekiranya sesuatu itu
ditahan dari sampai kepada kamu. Pendeknya Dialah yang memberi dan
Dialah juga yang menahan pemberian.

Allah Yang Maha Tinggi berfirman: "Pintalah kepada Allah kurniaanNya "
Tuhan juga berfirman: "Sesungguhnya apa sahaja yang kamu sembah selain
Allah tidak langsung mengontrol rezeki kamu, oleh itu, mintalah rezeki dari
Allah dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada Dia."
Dia juga berfirman: "Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang
Aku, katakanlah bahawa aku sangat hampir, Aku akan terima permintaan
orang-orang yang meminta apabila mereka meminta kepada Aku."
Allah juga berfirman: "Serulah Aku dan Aku akan jawab seruanmu"
Firman Tuhan lagi: "Sesungguhnya Allah itulah yang memberi rezeki, Tuhan
yang Maha Gagah dan Maha perkasa"
Seterusnya Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada
siapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhingga."

BAB 21: SYARAHAN KEDUAPULUH SATU

Saya nampak syaitan dalam mimpi dan seolah-olah saya berada dalam
kumpulan manusia yang ramai dan saya bercadang hendak membunuh
syaitan itu. Syaitan itu berkata: "Mengapa kamu hendak membunuh aku,
apakah dosa aku? Jika takdir Tuhan endak menggerakkan kejahatan berlaku,
maka aku tidak berkuasa hendak menukarnya dan menjadikan kebaikan,
sebaliknya jika takdir hendak menggerakkan sesuatu kebaikan, maka aku
tidak ada kuasa hendak menukarnya supaya menjadi kejahatan. Apakah
yang ada dalam kuasaku? Maka saya dapati rupa syaitan itu seperti orang
kasi (eunuch), suaranya lembut, rambutnya berjuluran ke dagunya, mukanya
sangat huduh, dia seolah-olah tersenyum kepada saya, penuh dengan
perasaan malu dan takut. Ini terjadi pada malam Ahad, 12 haribulan
Dzulhijjah, 401 Hijrah.
48  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
BAB 22: SYARAHAN KEDUAPULUH DUA

Biasanya Allah Subhanahu wa Ta'ala menguji hamba-hambaNya yang


beriman menurut darjat imanmereka. Sekiranya seseorang itu imannya kuat,
maka ujiannya pun kuat juga. Oleh itu, ujian kepada Rasul lebih hebat dari
ujian kepada Nabi dan ujian Nabi lebih hebat dari ujian kepada abdal, dan
ujian kepada abdal lebih hebat dari ujian kepada wali. Tiap-tiap seseorang
diuji menurut tinggi atau rendah imannya.

Nabi pernah berkata: "Sesungguhnya kami dari golongan Nabi-Nabi adalah


yang paling hebat ujiannya dari orang-orang lain."
Allah akan meneruskan ujian ini kepada mereka menurut tingkat-tingkatan
mereka agar mereka sentiasa berada disamping Tuhan dan tidak pernah lalai.
Allah kasih kepada mereka dan Allah tidak mahu orang yang dikasihiNya
berjauhan dariNya.

Oleh itu ujian itu adalah ibarat peringkat hati mereka dan sebagai penjara
jiwa mereka dan menjauhkan mereka tercenderung kepada apa sahaja yang
bukan tujuan hidup mereka, dan menjauhkan mereka dari merasa senang dan
condong kepada apa sahaja selain Allah Yang Maha Pencipta.

Apabila ini telah menjadi keadaan mereka yang berkekalan, maka hancurlah
hawa nafsu amarah dan kebinatangan mereka dan diri mereka pun hancur.
Maka dapatlah mereka membezakan antara yang hak (benar) dengan yang
batil (palsu). Maka segala tanda, tujuan dan kehendak mereka terhadap
keseronokkan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat hilang lenyap
dari mereka dan mereka merasa tenteram berada di sisi Tuhan dan mereka
redha dengan Allah dan sabar terhadap ujianNya dan mereka selamat dari
kejahatan makhlukNya, dan mereka mendapat kepuasan di sisi Allah
Subhanahu wa Ta'ala.'

Dengan itu, kekuasaan hati itu akan bertambah gagah dan dapat mengontrol
anggota-anggota badan. Ujian dan bencana itu menguatkan hati dan
meneguhkan iman dan sabar, serta melemahkan nafsu-nafsu kebinatangan
dalam diri itu. Kerana apabila kesusahan datang si mukmin menunjukkan
sabar dan redha serta berserah bulat kepada Allah, maka Allah akan redha
dan menolong mereka dan member kekuatan kepada mereka.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: "Jika kamu bersyukur, sungguhnya
Aku akan tambahi lagi kurniaan itu."

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 49


 
Apabila diri manusia itu menggerakkan hati untuk mencari sebarang
matlamat hawa nafsu dan berfoya-foya, dan hati itu menurut sahaja
matlamat itu dan ini tanpa perintah Allah dan izinNya, maka akibatnya ialah
lupa kepada Allah, syirik dan dosa. Maka Allah akan menimpakan bencana,
kesusahan dan derita kepada mereka yang lupa itu. Hati dan fikiran mereka
akan sakit.

Jika hati mereka tidak pedulikan panggilan kepada matlamat tersebut hingga
Allah menginzinkannya melalui ilham (bagi wali) dan wahyu (bagi Nabi dan
Rasul), dan tindakan diambil atas ilham atau wahyu itu sama ada pemberian
kurniaan atau bukan kurniaan, maka Allah akan memberi ganjaran kepada
hati itu dengan rahmat, keampunan, sentosa, keredhaan, cahaya dan ilmu,
kehampiran kepada Allah, merdeka dari apa-apa keperluan dan selamat dari
bahaya bencana. Oleh itu, ketahuilah dan ingatlah dan selamatkan diri kamu
dari ujian dengan bersungguh-sungguh waspada dengan tidak terburu-buru
menurut panggilan fikiran dan kehendak tetapi hendaklah tunggu dengan
sabar keizinan Allah agar kamu selamat di dunia dan di akhirat kelak.

BAB 23: SYARAHAN KEDUAPULUH TIGA

Berpuas hatilah kamu dengan apa yang ada padamu sehingga datang takdir
Allah untuk meninggikan taraf kamu di mana kamu akan diberi keselamatan
dari kesusahan hidup di dunia dan di akhirat dan dari noda serta dosa. Kamu
akan dinaikkan ke peringkat yang lebih tinggi hingga kamu puas dan
bahagia. Apa yang telah diuntukkan kepada kamu pasti kamu dapat dan apa
yang tidak diuntukkan kamu pasti tidak kamu dapat. Oleh itu, sentiasa
bersabar dan redha dengan keadaan yang ada pada kamu, janganlah hendak
memandai-mandai sendiri dan menurut kehendak sendiri melainkan dan
sehingga kamu telah diperintahkan.
Jangan bergerak sendiri dan jangan berdiam sendiri kamu sahaja kerana ini
akan menghinakan kedudukan kamu, dan menzalimi diri kamu sendiri.
Tuhan tidak lupa kepada orang yang zalim. Firman Allah:

tβθç7Å¡õ3tƒ (#θçΡ%x. $yϑÎ/ $KÒ÷è/t t⎦⎫ÏΗÍ>≈©à9$# uÙ÷èt/ ’Ík<uθçΡ y7Ï9≡x‹x.uρ


“Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu
menjadi taman bagiNsebahagian yang lain disebabkan apa yang mereka
usahakan.”
(Surah Al-An'am: Ayat 129)

50  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
Ketahuilah bahawa kamu berada dalam istana raja yang maha berkuasa dan
maha agung, yangNtenteranya tidak terhingga, yang perintahnya tidak boleh
disanggah, yang kerajaannya tidak boleh diganggu-gugat, yang berkekekalan
dan abadi selama-lamanya, yang ilmunya meliputi segala sesuatu bahkan
dapat melihat apa yang terdetik di hati sanubari. Kamu akan menzalimi diri
kamu sendiri sekiranya kamu digerakkan oleh hawa nafsu kebinatangan dan
berbuat sesuka hati sendiri dan berbuat sesuatu yang mensekutukan Allah.
Firman Allah:

õ8Îô³ç„ ⎯tΒuρ 4 â™!$t±o„ ⎯yϑÏ9 šÏ9≡sŒ šχρߊ $tΒ ãÏøótƒuρ ⎯ÏμÎ/ x8uô³ç„ βr& ãÏøótƒ Ÿω ©!$# ¨βÎ)

#´‰‹Ïèt/ Kξ≈n=|Ê ¨≅|Ê ô‰s)sù «!$$Î/


“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu)
dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi
siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu)
dengan Allah, maka sesungguhnya ia tersesat dengan sejauh-jauhnya.”
(Surah An-Nisa: Ayat 116)

Jauhkan diri dari syirik dan jangan dekati syirik. Segala gerak dan diam
kamu siang dan malam sama ada berseorangan atau di tempat ramai
hendaklah bebas dari syirik. Berhati-hatilah dari dosa yang apa juga
bentuknya dalam hati dan pada anggota badan kamu. Jauhkan dosa batin dan
dosa lahir.

Janganlah kamu lari dari Tuhan kerana kamu tidak akan dapat melarikan diri
kamu dari Dia. Janganlah kamu melawanNya kerana kamu juga akan
dibinasa olehNya. Janganlah kamu merungut terhadap perintahNya, kerana
jika kamu berbuat demikian kamu akan dihinakanNya. Janganlah kamu lupa
kepada Dia, kerana jika kamu berbuat demikian, kamu akan dilupaiNya dan
dicampakNya kamu dalam kesusahan. Jangan kamu cuba meminda-minda
rumahNya, kerana jika kamu berbuat demikian, kamu akan dibinasakanNya.

Janganlah kamu bercakap tentang agamaNya menurut hawa nafsu kamu


sematamata, kerana jika kamu berbuat demikian, kamu akan hancur lebur
dan hati kamu digelapkanNya dan iman kamu akan dicabutNya dan ilmu
kebatinan kamu itu akan hilang, maka diberinya kuasa kepada syaitan, nafsu
kebinatangan kamu, keluarga kamu, jiran kamu, sahabat dan rakan kamu,
jin, binatang, dan segala makhlukNya untuk menguasai kamu dan
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 51
 
mempengaruhi kamu. Dengan itu, kamu hidup dalam dunia ini dalam
kegelapan dan azab neraka akan kamu terima di akhirat kelak.

BAB 24: SYARAHAN KEDUAPULUH EMPAT

Janganlah kamu ingkar kepada Allah dan berpegang teguhlah kepadaNya.


Kembalilah kepadaNya dengan penuh khusyuk dan rendah diri.
BertawakAllah kepada Dia dengan sepenuh penyerahan.

Janganlah turutkan hawa nafsu kebinatangan kamu itu. Janganlah mencari


kepentingan semata-mata untuk dunia atau akhirat atau mencari kedudukan
yang lebih tinggi atau lebih mulia. Ketahuilah bahawa kamu itu ... adalah
hambaNya. Hamba dan kepunyaannya itu adalah sebenarnya kepunyaan
tuannya. Si hamba tidak ada apa-apa, Tuannya yang mempunyai segala-
galanya. Hendaklah kamu bersopan-santun dan jangan menyalahkan tuanmu
itu. Segalanya telah ditentukan olehnya. Apa yang didahulukannya tidak
dapat dikemudiankan, dan apa yang dikemudiankan tidak dapat
didahulukan. Dia telah memberi kamu tempat kediaman yang kekal di
akhirat dan menjadikan kamu tuannya dan memberi kamu kurniaan yang
tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak
pernah dirasa oleh hati.
Firman Allah:

tβθè=yϑ÷èƒt (#θçΡ%x. $yϑÎ/ L™!#t“y_ &⎦ã⎫ôãr& Íο§è% ⎯ÏiΒ Μçλm; u’Å∀÷zé& !$¨Β Ó§øtΡ ãΝn=÷ès? Ÿξsù
"Seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu
(bermacam-macam nikmat)yang menyedapkan pandangan mata sebagai
balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan."
(SurahAs-Sajdah: Ayat 17)

Ini bererti ganjaran dari apa yang mereka lakukan di dunia ini dalam
mematuhi hukum-hukum Allah, dalam bersabar dari melakukan dosa dan
maksiat, dan bertawakal bulat kepada Dia sahaja dan redha denganNya.

Bagi mereka yang Allah beri perkara-perkara keduniaan dan menjadikan dia
tuannya dan dilimpah kurnia keduniaan untuknya, maka Allah menjadikan
itu kerana kedudukan iman mereka itu adalah seperti tanah yang tandus dan
berpasir di mana air tidak dapat bertakung dan tumbuh-tumbuhan tidak
mahu hidup. Kemudian dibubuh olehNya berbagai-bagai baja supaya pokok-

52  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
pokok tanaman itu tumbuh dan inilah dunia dan hiasannya agar perkara-
perkara ini mudah-mudahan dapat menumbuhkan iman dan amal soleh bagi
mereka itu. Jika baja-baja ini tidak diberi maka kering dan matilah
tumbuhtumbuhan itu dan negeri pun tidak berwang lagi. Maka Allah Yang
Maha Suci dan Tinggi berkehendakkan negeri itu berwang dan subur dengan
tumbuh-tumbuhan.

Oleh itu, pokok iman dalam seorang kaya itu adalah lemah uratnya dan tidak
subur. Ketahuilah bahawa iman itu lebih berharga dari segala kekayaan
dunia. Semoga Allah sentiasa mengasihi kita dan menunjuki kita ke jalan
yang lurus lagi benar. Seorang yang kaya tetapi imannya sangat lemah akan
jadi munafik atau kafir sekiranya kekayaan harta benda itu dicabut dari
mereka. Sekiranya Allah tidak beri kepada orang kaya itu kesabaran dan
keimanan yang teguh dan cahaya ilmu yang hakiki, maka binasalah dia.
Orang kaya yang penuh iman itu tidak khuatir dan takut jika kekayaan harta
benda dan keduniaan ini hilang darinya asalkan kekayaan imannya jangan
hilang.

BAB 25: SYARAHAN KEDUAPULUH LIMA

Ayuhai orang yang miskin harta benda! Mereka yang dijauhi oleh dunia dan
orang-orangnya yang tidak terkenal, yang lapar dahaga, yang tidak
berpakaian, yang hatinya hancur, yang mengembara dari satu masjid ke satu
masjid dan di tempat-tempat yang sunyi, yang dibenci oleh orang dan
terhindar dari apa dicita-citakan, maka kamu demikian ini janganlah
menyangka yang Allah itu telah menjadikan kamu miskin papa dan
mencabut dunia ini dari kamu dan menjahanamkan kamu dan memusuhi
kamu dan menghinakan kamu pada hal kamu keluarga dan saudara-mara
kamu dilebihi oleh Allah dari kesenangan dan kekayaan dunia ini. Janganlah
kamu sangka Tuhan itu menzalimi kamu, kerana kamu dan keluarga dan
saudara-mara kamu itu adalah orang Islam dan beriman juga dan keturunan
kamu dan dia adalah dari Adam dan Hawa jua.

Allah menjadikan kamu demikian ialah kerana kamu seorang yang suci dan
rahmat Allah melimpahi kamu tidak berhenti-henti yang berupa kesabaran,
tawakal, iman dan redha serta ilmu. Cahaya iman dan tauhid akan melimpahi
hati kamu. Maka tumbuhlah pokok keimanan itu dalam diri kamu dengan
suburnya dan penuh dengan buah-buah yang ranum dan lazat citarasanya.

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 53


 
Pokok itu makin bertambah besar dan tinggi dan rendang daunnya tanpa
diberi baja lagi. Apa yang telah ditentukan untuk kamu pasti akan kamu
terima sama ada kamu suka atau tidak. Oleh itu, janganlah tamak dan
terburu nafsu.

Janganlah sedih kerana kamu tidak dapat apa yang orang lain dapat.

Apa yang tidak ada dalam kepunyaan kamu itu adalah dari dua jenis:
(1) sama ada untuk kamu, atau
(2) kepunyaan orang lain.
Apa yang telah ditetapkan untuk kamu, akan datang kepada kamu dan kamu
akan dibawa untuk mendapatkannya dan kamu pasti akan dapat tidak lama
lagi. Apa yang bukan untuk kamu, maka kamu akan dijauhkan darinya dan
benda itupun dijauhkan dari kamu dan kamu pasti tidak bertemu dengan
benda itu. Oleh itu berpuas hatilah dengan yang ada dalam kepunyaan kamu
dan patuh kepada Allah, janganlah pandang yang lain dari Dia sahaja.
Firman Tuhan: "Dan janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada apa
yang telah kami berikan kepada golongan-golongan dari mereka, sebagai
bunga kehidupan dunia untuk kami cubai mereka dengannya. Dan kurnia
Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal".

Oleh yang demikian, Allah tidak suka kamu berasa tamak dan hendakkan
kepunyaan orang lain tetapi hendaklah kamu puas hati dan rela dengan apa
yang ada dalam kepunyaan kamu dan kamu hendaklah menyerah diri kamu
kepada Allah dengan patuh. Yang lain dari kepunyaan kamu itu adalah satu
ujian yang dengan itu orang lain itu diuji. Apa yang dalam kepunyaan kamu
itu adalah lebih baik dan lebih bersih dari apa yang bukan dalam milik
kamu. Jadikanlah ini jalan hidup dan kelakuan kamu agar kamu selamat dan
diberi kebahagiaan dari dunia hingga akhirat. Firman Allah: "Seorang pun
tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-
macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan
terhadap apa yang telah mereka kerjakan.

Oleh yang demikian, tidak perlu melebihi 5 cara penyembahan dan


mengelakkan segala dosa yang tersebut itu dan tidak ada yang lebih besar,
lebih mulia dan disukai dan diredha Allah dari apa yang telah kami sebutkan
itu. Moga-moga Allah memberi kita sekalian daya upaya untuk melakukan
apa yang diredhaiNya dan disukaiNya, dengan kurnia Allah Jua.

54  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
BAB 26: SYARAHAN KEDUAPULUH ENAM

Hijab atau tabir yang melindungi kamu itu tidak akan terbuka sekiranya
kamu tidak keluar dari makhluk dan membebaskan hati kamu dari makhluk
dalam semua keadaan dan kedudukan hidup. Hijab itu juga tidak akan
terbuka sekiranya hawa nafsu kamu tidak hancur lebur dan begitu juga
tujuan dan kerinduan kamu kepada makhluk dan kepada dunia dan kepada
akhirat. Kamu hendaklah menjadi seperti bekas yang berlubang di mana
tidak ada air yang tinggal di dalamnya. Hati kamu hendaklah kosong dari
yang lain dan dipenuhi oleh Allah semata-mata. Maka kamu akan jadi
penjaga pintu hati kamu dan kamu diberi pedang tauhid dan kekuatan dan
kekuasaan. Apa sahaja selain Allah yang hendak merempuh masuk dalam
hati kamu itu, maka hendaklah kamu penggal lehernya dengan pedang
tauhid agar tidak ada diri kamu, nafsu kamu dan kerinduan kamu kepada
dunia dan akhirat. Hanya Allah sahaja yang bersemayam dalam hati kamu
itu. Maka jadilah kamu hamba Allah sejati dan bukan hamba kepada
manusia atau pendapat mereka atau kepada perintah mereka atau kepada apa
sahaja selain Allah.

Apabila ini telah menjadi berkekalan dalam diri kamu dalam hidup ini, maka
tabir kehormatan akan\ digantung dikeliling hati kamu, parit kemuliaan akan
digali dikelilingnya, kuasa keagungan akan mengelilinginya dan hati kamu
akan digaul oleh tentera hak dan tauhid dan disamping itu
pengawalpengawal yang hak akan ditempatkan dekatnya, maka dengan itu,
syaitan, hawa nafsu kebinatangan, pengaruh manusia yang meruntuhkan,
angan-angan kosong dan apa sahaja yang merosakkan kamu tidak akan
dapat menawan kamu dan menerobos masuk ke dalam hati kamu yang
terkawal rapi itu.
Jika ditakdirkan manusia datang tidak berhenti-henti kepada kamu kerana
hendak mengunjung kamu yang telah diberi kemuliaan oleh Allah agar
mereka juga diberi cahaya, tanda-tanda yang terang, ilmu yang mendalam,
melihat kehormatan dan perkara luar biasa dari kamu dan dengan itu
menguatkan usaha mereka untuk menghampiri Allah dan patuh kepadaNya,
maka semua ini tidak akan menggoncangkan kamu dan mempengaruhi kamu
kepada perasaan megah dan bangga, kehendak dan nafsu yang merosakkan
kamu sendiri, dan dari kesombongan, 'ujub dan riya' dan sebagainya. Namun
kamu tetap dengan Allah dan merendah diri kepadaNya.

Sekiranya kamu diberi Allah seorang isteri yang cantik molek, namun itupun
tidak dapat menggoncangkan iman kamu dan kamu akan terselamat dari
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 55
 
kejahatan, dan diselamatkan dari memikul bebannya atau saudara-maranya.
Isteri itu adalah kurniaan Allah kepada kamu dan Allah akan pelihara isteri
kamu itu dari kerosakkan akhlak, tidak amanah, berbuat kejahatan dan
menyeleweng dari jalan yang lurus. Dia tertakluk kepada kamu. Dia dan
saudara-maranya akan membebaskan kamu dari beban nafkahnya dan
menjauhkan dari kamu sebarang kesusahan kerananya. Sekiranya dia
melahirkan anak untuk kamu, maka anak itu akan jadi anak yang soleh dan
bersih dan menyeronokkan mata kamu firman Allah:

(#θçΡ$Ÿ2 öΝßγ¯ΡÎ) 4 ÿ…çμy_÷ρy— …çμs9 $oΨósn=ô¹r&uρ 4©zóstƒ …çμs9 $uΖö6yδuρuρ …çμs9 $uΖö6yftGó™$$sù

š⎥⎫Ïèϱ≈yz $uΖs9 (#θçΡ%Ÿ2uρ ( $Y6yδu‘uρ $Y6xîu‘ $oΨtΡθããô‰tƒuρ ÏN≡uöy‚ø9$# ’Îû šχθããÌ≈|¡ç„


“Maka Kami memperkenankan do'anya, dan Kami anugerahkan kepadanya
Yahya dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya
mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan)
perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdo'a kepada Kami dengan
harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada
Kami.”
(Surah Al-Anbiya: Ayat: 90)
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

$oΨù=yèô_$#uρ &⎥ã⎫ôãr& nο§è% $oΨÏG≈−ƒÍh‘èŒuρ $uΖÅ_≡uρø—r& ô⎯ÏΒ $oΨs9 ó=yδ $oΨ−/u‘ šχθä9θà)tƒ t⎦⎪Ï%©!$#uρ

$·Β$tΒÎ) š⎥⎫É)−Fßϑù=Ï9
"Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada
kami isteri-isteri kami keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan
jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
(Surah Al-Furqan: Ayat 74)
Juga berfirman:

$|‹ÅÊu‘ Éb>u‘ ã&ù#yèô_$#uρ ( z>θà)÷ètƒ ÉΑ#u™ ô⎯ÏΒ ß^Ìtƒuρ ©Í_èOÌtƒ


"Yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya 'qub, dan
jadikanlah ia, ya Tuhanku, seorang yang diredhai.”
(Surah Mariam: Ayat 6)
Semua permintaan atau do'a dalam ayat-ayat itu akan berlaku dan akan
diterima bagi kamu, sama ada atau tidak kamu tujukan permintaan itu

56  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
kepada Allah kerana do'a-do'a itu adalah untuk orang yang layak sahaja dan
yang layak menerima kurniaanNya dan yang hampir denganNya.

Sekiranya hal-hal keduniaan datang kepada kamu, namun kamu tidak akan
dibahayakan olehNya. Apa yang telah diuntukkan untuk kamu akan dapat
kamu rasai dengan keadaan bersih dengan kehendak dan lakuan Allah, tetapi
hendaklah kamu patuh kepadaNya seperti melakukan sembahyang lima
waktu dan puasa bulan Ramadhan. Kamu diperintahkan supaya
membelanjakan apa yang bukan bahagian kamu dari rezeki kamu itu kepada
sahabat kamu, jiran kamu, orang-orang yang meminta sedekah dan
orangorang yang patut menerima wang zakat menurut keperluan sesuatu
keadaan. Keadaan yang sebenarnya akan dibuka kepada kamu dan dapatlah
kamu membezakan mana yang patut diberi dan mana yang tidak patut diberi.
Segalanya terang dan nyata bagi kamu, tidak ada ragu dan tidak ada samar-
samar lagi.

Oleh yang demikian, hendaklah kamu bersikap sabar, sukarela dalam


bertawakal kepada Allah, perhatikan yang ada sekarang, hapuskan syak
wasangka, diam jangan banyak cakap, berlumbalumbalah menuju keredhaan
Ilahi, tawakallah kepadaNya, tawadhu' dan khusyuk kepadaNya,
bersederhanalah, sehingga takdir telah datang dan kamu dibawa dengan
tangan kamu untuk mara ke hadapan.

Kemudian itu segala yang memberatkan kamu akan diringankan dari kamu
dan selepas itu kamu akan ditenggelamkan ke dalam lautan redha, rahmat
dan kasih sayang Allah dan kamu akan dipakai dengan pakaian nur dan
rahsia keTuhanan Yang Maha Tinggi dan alam yang datang dari Allah.
Kamu akan dibawa hampir kepadaNya dan berkata-kata denganNya, dan
diberi kurniaan dan dibebaskan dari keperluan. Kamu akan diberi
keberanian, kemuliaan dan ketinggian dan firman ini akan ditujukan kepada
kamu: "Dan raja berkata: Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia
sebagai orang yang rapat kepadaku." Maka tatkala raja bercakap-cakap
dengan dia, dia berkata: "Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi
seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami."

Kemudian cubalah agak dan anggarkan dari keadaan Nabi Yusuf apabila
beliau ditujukan dengan perkataan-perkataan ini melalui lidah raja Mesir
yang juga menjadi ketua dan fir'aun di negeri itu.

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 57


 
Pada zahirnya lidah raja itu yang bercakap tetapi sebenarnya adalah Tuhan
yang bercakap. Allah yang berkata-kata melalui lidah ilmu. Kepada Nabi
Yusuf diberi kerajaan lahir iaitu kerajaan Mesir, dan juga kerajaan batin iaitu
kerajaan ilmu, kerohanian dan akal fikiran, dan kehampiran kepada Allah
dan kemuliaan dan ketinggian di sisi Allah.
Firman Allah:

⎯tΒ $uΖÏFuΗ÷qtÎ/ Ü=ŠÅÁçΡ 4 â™!$t±o„ ß]ø‹ym $pκ÷]ÏΒ é&§θt6tGtƒ ÇÚö‘F{$# ’Îû y#ß™θã‹Ï9 $¨Ψ©3tΒ y7Ï9≡x‹x.uρ

t⎦⎫ÏΖÅ¡ósßϑø9$# tô_r& ßì‹ÅÒçΡ Ÿωuρ ( â™!$t±®Σ


"Dan demikianlah Kami memberi kedudukan kepada Yusuf di negeri Mesir,
(dia berkuasa penuh) pergi menuju ke mana sahaja ia kehendaki di bumi
Mesir itu. Kami melimpahkan rahmat Kami kepada siapa yang Kami
kehendaki dan Kami tidak menyia-siakan pahala orang-orang yang berbuat
baik.
(Surah Yusuf: Ayat 56)

Bumi dalam ayat ini bermaksud Mesir. Berkenaan kerajaan kerohanian,


Allah berfirman:

çμ÷Ζtã t∃ÎóÇΖu Ï9 y7Ï9≡x‹Ÿ2 4 ⎯ÏμÎn/u‘ z⎯≈yδöç/ #u™§‘ βr& Iωöθs9 $pκÍ5 §Νyδuρ ( ⎯ÏμÎ/ ôM£ϑyδ ô‰s)s9uρ

š⎥⎫ÅÁn=ø⇐ßϑø9$# $tΡÏŠ$t6Ïã ô⎯ÏΒ …çμ¯ΡÎ) 4 u™!$t±ósxø9$#uρ u™þθ¡9$#


"Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu)
dengan Yusuf, dan Yusuf pun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita
itu andaikata dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya.
Demikianlah, agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan
kekejian. Sesungguhnya Yusuf
itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih."
(Surah Yusuf: Ayat 24)
Berkenaan kerajaan ilmu, Allah berfirman:

$yϑä3Ï9≡sŒ 4 $yϑä3u‹Ï?ù'tƒ βr& Ÿ≅ö6s% ⎯Ï&Î#ƒÍρù'tGÎ/ $yϑä3è?ù'¬6tΡ ωÎ) ÿ⎯ÏμÏΡ$s%y—öè? ×Π$yèsÛ $yϑä3‹Ï?ù'tƒ Ÿω tΑ$s%

tβρãÏ≈x. öΝèδ ÍοtÅzFψ$$Î/ Νèδuρ «!$$Î/ tβθãΖÏΒ÷σムω 7Θöθs% s'©#ÏΒ àMø.ts? ’ÎoΤÎ) 4 þ’În1u‘ ©Í_yϑ¯=tæ $£ϑÏΒ
"Yusuf berkata: Sebelum sampai kepada kamu berdua makanan yang akan
diberikan kepadamu melainkan aku telah dapat menerangkan jenis makanan
58  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
itu sebelum makanan itu sampai kepadamu. Yang demikian itu adalah
sebahagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Sesungguhnya
aku telah meninggalkan agama orang-orang yang tidak beriman kepada
Allah, sedang mereka ingkar kepada hari kemudian."
(Surah Yusuf: Ayat 37)

Apabila kamu telah ditujukan dengan perkataan-perkataan yang demikian,


wahai orang-orang yang beriman, maka kamu telah diberi ilmu yang agung
dan diberkati Allah, dan diberiNya kekuatan, kebaikan, kekuasaan dan
kewalian dan perintah yang melambatkan kerohanian dan bukan kerohanian
dan diberi kuasa menjadikan semuanya dengan izin Allah. Di akhirat kelak
kamu akan diberi tempat yang kekal dan bahagia di syurga. Ditambah pula
dengan melihat wajah Allah dan keredhaanNya dan matlamat yang tidak
terhad dan tidak ada hujungnya.

BAB 27: SYARAHAN KEDUAPULUH TUJUH

Anggaplah baik dan jahat itu sebagai dua biji buah dari dua batang dahan
tetapi dari satu pokok. Satu dahan mengeluarkan buah yang pahit dan satu
lagi mengeluarkan buah yang manis. Oleh itu tinggalkanlah negeri dan
pekan di mana buah-buahan dari pokok ini dihantar, dan jauhkan diri dari
orang-orangnya. Pergilah ke pokok itu sendiri dan menjadi pengawal pokak
itu dan dapatkan pengetahuan tentang kedua-dua dahan dan buah tersebut
serta sekitarnya dan tetaplah kamu berada dekat dahan yang mengeluarkan
buah-buahan yang manis itu. Makanlah buah yang manis itu dan jadikan
sumber kekuatan kamu. Jauhkan diri dari dahan yang mengeluarkan buah
yang pahit kerana buah itu mungkin akan meracuni kamu. Apabila kamu
bersikap seperti demikian, terselamatlah kamu dari semua kejahatan kerana
kejahatan dan bencana itu datangnya dari buah yang pahit itu. Apabila kamu
jauh dari pokok itu dan kamu merayau-rayau di tempat-tempat yang jauh
dan buah-buah ini dibawa kehadapan kamu dan buah-buah itu dicampur gaul
sehingga kamu tidak tahu mana yang manis dan mana yang pahit, dan kamu
terus makan buah-buah itu, maka mungkin kamu terambil buah yang pahit
dan memakannya, lantaran itu kamu akan teracun dan membunuh kamu.

Jika kamu makan pada mulanya buah yang manis dan manisnya itu masuk
meresapi badan kamu dan kamu mendapat faedah darinya dan menjadi

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 59


 
bahagia, maka inipun tidak cukup. Besar kemungkinan kamu akan makan
buah yang pahit dan kamu tidak yakin yang buah itu tidak pahit. Kamu akan
mengalami apa yang telah saya katakan.

Oleh yang demikian, tidaklah baik berjauhan dari pokok itu dan jahil tentang
buah-buahnya. Keselamatan berada jika kamu berada dekat pokok itu dan
berada disamping pokok itu. Kebaikan dan kejahatan itu adalah kedua-
duanya lakuan Allah Yang Maha Berkuasa jua.
Firman Allah:

ÉΟŠÅspgø:$# ’Îû çνθà)ø9r'sù $YΖ≈uŠø⊥ç/ …çμs9 (#θãΖö/$# (#θä9$s%


"Mereka berkata: Dirikanlah suatu bangunan untuk (membakar) Ibrahim,
lalu lemparkanlah dia kedalam api yang menyala-nyala itu.”
(Surah As-Shafaat: Ayat 97)
Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda: “Allah telah
menjadikan manusia yang menyembelih dan juga binatang yang
disembelih.” Lakuan atau perbuatan hamba Allah itu adalah ciptaan Allah,
begitu juga hasil atau akibat lakuan itu.
Allah berfirman:

$yϑÎ/ sπ¨Ψyfø9$# (#θè=äz÷Š$# ãΝä3ø‹n=tæ íΟ≈n=y™ šχθä9θà)tƒ   t⎦⎫Î6Íh‹sÛ èπs3Íׯ≈n=yϑø9$# ãΝßγ9©ùθu tGs? t⎦⎪Ï%©!$#

tβθè=yϑ÷ès? óΟçFΨä.
"(Iaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para
malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): "Salamu'alaikum, masuklah
kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan."
(Surah An-Nahl: Ayat 32)

Pujian-pujian bagi Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah
beri lakuan itu kepada mereka dan berkata kemasukkan mereka ke syurga itu
adalah kerana perbuatan atau lakuan mereka pada hal lakuan atau perbuatan
itu sebenarnya adalah dengan pertolongan, keizinan dan rahmat Allah jua.
Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tiada ada orang
yang masuk syurga kerana perbuatan atau lakuannya sendiri sahaja."
Baginda ditanya: "Bukan juga kamu, wahai Nabi Allah?" Baginda
menjawab: "Ya, walaupun aku sendiri, kecuali Allah melimpahkan
rahmatNya kepada aku." Semasa beliau berkata demikian, diletakkannya
tangannya di atas kepalanya. Ini diceritakan dari satu hadith yang dibawa

60  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
oleh 'Aisyah Radhiyallahu 'anha. Oleh itu juga, kamu dapat melakukan
perintah Allah dan membuat kebaikan, dan kamu berjaya menjauhkan diri
dari yang haram, maka hendaklah kamu kembali dan menyerah kepada
Allah yang telah menjadikan kamu dapat berbuat demikian itu. Dia akan
melindungi kamu dari noda dan dosa dan menambahkan kebaikan bagi
kamu.

Dia akan memelihara kamu dari dinodai oleh dosa, baik hal agama mahupun
hal dunia. Berkenaan hal keduniaan, ada firman Allah:

Ô7øùÎ) !#x‹≈yδ (#θä9$s%uρ #Zöyz öΝÍκŦàΡr'Î/ àM≈oΨÏΒ÷σßϑø9$#uρ tβθãΖÏΒ÷σßϑø9$# £⎯sß çνθãΚçF÷èÏÿxœ øŒÎ) Iωöθ©9

×⎦⎫Î7•Β
"Mengapa di waktu kamui mendengar berita bohong itu orang-orang
mukmin dan mukminah tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri
dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah sesuatu berita bohong yang
nyata.”
(Surah An-Nur: Ayat 12)
Berkenaan hal keagamaan, Allah berfirman:

$VϑŠÎ=tã #·Å2$x© ª!$# tβ%x.uρ 4 öΝçGΨtΒ#u™uρ óΟè?ös3x© βÎ) öΝà6Î/#x‹yèÎ/ ª!$# ã≅yèøtƒ $¨Β

"Mengapa Allah akan menyeksamu, jika kamu bersyukur dan beriman, dan
Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha mengetahui.”
(Surah An-Nisa': Ayat 147)

Apakah yang dapat dilakukan oleh bencana dan malapetaka itu kepada
seorang yang beriman dan bersyukur? Kerana dia lebih hampir kepada
keselamatan daripada mala petaka, bahkan dia dalam keadaan mewah kerana
bersyukur. Allah berfirman:

Ó‰ƒÏ‰t±s9 ’Î1#x‹tã ¨βÎ) ÷ΛänöxŸ2 ⎦È⌡s9uρ ( öΝä3¯Ρy‰ƒÎ—V{ óΟè?öx6x© ⎦È⌡s9 öΝä3š/u‘ šχ©Œr's? øŒÎ)uρ
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika
kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika
kamu mengingkari (nikmatKu). Maka sesungguhnya azabku sangat pedih.”
(Surah Ibrahim: Ayat 7)

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 61


 
Bahkan iman kamu itu dapat memadamkan api neraka di akhirat kelak. Api
yang akan membakar orang-orang yang berdosa. Bagimana pula tidak dapat
iman itu memadam api malapetaka dalam hidup di dunia ini? Memang dapat
kerana ini telah dirasai oleh orang-orang yang kuat imannya dan orangorang
yang telah mencapai darjat wali dengan izin dan pilihan Allah sendiri. Tiap-
tiap orang tidak sunyi daripada mendapat mala petaka dalam hidup di dunia
ini, tetapi semua ini dapat diatasi dengan keimanan yang tulen. Tiap-tiap
orang diuji imannya dengan malapetaka, bencana, susah dan derita tetapi itu
semua hendaklah diatasi dengan iman yang kuat. Orang yang lulus dalam
ujian itu dapatlah membersihkan dirinya dan timbullah semangat tauhid
dalam dirinya, dan hatinya akan dilimpahi dengan ilmu hakikat dan rahsia-
rahsia Allah yang ghaib-ghaib dan orang itupun akan bertambah hampir
dengan Tuhan semesta alamo Hati itu adalah ibarat rumah dan rumah itu
tidak boleh diduduki oleh dua orang. Maka rumah itu hendaklah diduduki
oleh yang satu sahaja iaitu Allah. Allah berfirman:

‘Ï↔¯≈©9$# ãΝä3y_≡uρø—r& Ÿ≅yèy_ $tΒuρ 4 ⎯ÏμÏùöθy_ ’Îû É⎥÷⎫t7ù=s% ⎯ÏiΒ 9≅ã_tÏ9 ª!$# Ÿ≅yèy_ $¨Β

( öΝä3Ïδ≡uθøùr'Î/ Νä3ä9öθs% öΝä3Ï9≡sŒ 4 öΝä.u™!$oΨö/r& öΝä.u™!$uŠÏã÷Šr& Ÿ≅yè_


y $tΒuρ 4 ö/ä3ÏG≈yγ¨Βé& £⎯åκ÷]ÏΒ tβρãÎγ≈sàè?

∩⊆∪ Ÿ≅‹Î6¡¡9$# “ωôγtƒ uθèδuρ ¨,ysø9$# ãΑθà)tƒ ª!$#uρ


''Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam
rongganya,dan Dia tidak menjadikan isteri-isterimu yang kamu zihar itu
sebagai ibumu, dan Dia tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai
anak kandungmu (sendiri). Yang demikian itu hanyalah perkataanmu di
mulutmu sahaja. Dan Allah mengatakan yang sebenarnya dan Dia
menunjukkan jalan (yang benar).
(Surah Al-Ahzab: Ayat 4)
Firman Allah juga:

y7Ï9≡x‹x.uρ ( \'©!ÏŒr& !$yγÎ=÷δr& nο¢•Ïã&r (#þθè=yè_


y uρ $yδρ߉|¡øùr& ºπtƒös% (#θè=yzyŠ #sŒÎ) x8θè=ßϑø9$# ¨βÎ) ôMs9$s%

šχθè=yèøtƒ
“Dia berkata: "Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri,
nescaya mereka membinasakannya, dan menjadikan penduduknya yang
mulia jadi hina, dan demikian pulalah yang akan mereka perbuat. "
(Surah An-Naml: Ayat 34)

62  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
Mereka perhinakan orang-orang yang mulia dan menyusahkan orang-orang
yang senang. Jika hati itu dikawal oleh syaitan dan hawa nafsu, maka hati
yang demikian itu akan mengawal anggota dan badan lalu melakukan
perkara yang tidak senonoh. Jika hati itu telah dibersihkan dari perkara-
perkara tersebut, maka suburlah iman dan hati itupun diduduki oleh tauhid,
iman dan ilmu Allah. Semua ini didapati setelah menempuh berbagai-bagai
cubaan dan godaan.

Nabi Muhammad pernah bersabda: "Kami dari golongan Nabi-Nabi adalah


yang paling hebat diuji dan yang lain-lain itu menurut taraf mereka." Nabi
juga bersabda: "Aku mengetahui Allah lebih dari kamu, dan aku lebih takut
kepadaNya lebih dari kamu. " Orang yang hampir dengan raja itu mestilah
berwaspada dan sentiasa bersopan santun. Apabila seseorang itu dinaikkan
tarafnya di sisi Dia, maka risiko pun makin besar kerana perlulah orang itu
berterima kasih terhadap kurniaanNya, dan mengabdikan diri kepadanya,
penyelewengan yang sedikit dari mematuhi dia bererti menyalahi Dia.
Firman Allah:

4 È⎦÷⎫x÷èÅÊ Ü>#x‹yèø9$# $yγs9 ô#yè≈ŸÒム7πoΨÉit6•Β 7πt±Ås≈xÎ/ £⎯ä3ΖÏΒ ÏNù'tƒ ⎯tΒ Äc©É<¨Ζ9$# u™!$|¡ÏΨ≈tƒ

#ZÅ¡o„ «!$# ’n?tã y7Ï9≡sŒ šχ%x.uρ


“Hai isteri-isteri Nabi, siapa-siapa di antaramu yang mengerjakan
perbuatan keji yang nyata, nescaya akan dilipatgandakan seksaan kepada
mereka dua kali lipat. Dan adalah yang demikian itu mudah bagi Allah.”
(Surah Al Ahzab: Ayat 30)
Allah berfirman demikian kepada mereka tersebut itu kerana kurniaanNya
kepada mereka telah disempurnakan dengan membawa mereka di sisi Nabi.
Bagaimanakah kedudukan seseorang yang hampir dengan Tuhan? Allah
Maha tinggi dan tidak ada sesuatu pun yang seumpamaNya.
Firman Allah:

( $[_≡uρø—r& ÉΟ≈yè÷ΡF{$# z⎯ÏΒuρ $[_≡uρø—r& öΝä3Å¡àΡr& ô⎯ÏiΒ /ä3s9 Ÿ≅yèy_ 4 ÇÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# ãÏÛ$sù

çÅÁt7ø9$# ßìŠÏϑ¡¡9$# uθèδuρ ( Ö™ï†x« ⎯ÏμÎ=÷WÏϑx. }§øŠs9 4 ÏμŠÏù öΝä.äτu‘õ‹tƒ


"(Dia) pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dan jenis kamu
sendiri pasanganpasangan dan dari jenis ternak pasangan-pasangan (pula),
dijadikanNya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 63


 
sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar
lagi Maha Melihat.”
(Surah Asy-Syura: Ayat 11)

BAB 28: SYARAHAN KEDUAPULUH LAPAN

Kamu inginkan kesentosaan, kebahagiaan, keselamatan, kedamaian,


keberkatan dan kemerdekaan tetapi kamu masih lagi dalam proses
menghapuskan nafsu-nafsu kebinatangan kamu, masih berjuang dengan
hawa nafsu kamu, dan masih lagi ingin kembali ke dunia atau ke akhirat, dan
ini masih lagi ada sisa-sisanya dalam diri kamu, maka oleh itu berjuang lagi
hingga kamu berjaya. Jangan terburu-buru.

Berjalanlah lambat-lambat agar selamat. Bersihkan diri kamu dari sisa-sisa


itu. Kamu masih lagi belum masuk ke dalam fana' jika kamu masih ada juga
keinginan-keinginan kamu terhadap dunia atau makhluk-makhluk lain
dengan lain perkataan kamu masih lagi hendakkan apa-apa yang lain dari
Allah.

Apabila kamu telah dapat melepaskan hati kamu dari apa sahaja selain
Allah, maka barulah kamu lepas dari ikatan-ikatan yang menambat kamu
untuk menuju kepada Allah. Apabila kamu telah lepas dari segala itu dan
kamu sedang berada dihadrat Allah, maka kamu akan dimuliakan dan firman
ini dihadapkan Tuhan kepada kamu:

Dan raja berkata: "Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih sebagai
orang yang rapat kepadaku."
Maka tatkala raja bercakap-cakap dengan Dia, Dia berkata: “Sesungguhnya
kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi
dipercayai pada sisi Kami.”

Barulah kamu diberi kebahagiaan dan kesentosaan, kasih sayang dan redha
Ilahi. Kamu akan dihampiri di sisi Dia dan segala rahsia Ilahi tidak lagi
terlindung dari kamu. Kamu akan diberi kebebasan dari keperluan apa
sahaja. Bebaslah kamu dari segala-galanya dan berada di sisi Tuhan.

Tidakkah kamu lihat emas sama ada baik buatannya atau buruk
buatannya,dari berbagai-bagai bentuk dan rupa, bertukar-tukar tangan, pagi
atau petang, dari dan kepada tangan penjual barang, penjual ubat, penjual
64  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
daging, tukang kulit, tukang kayu, penjual minyak, tukang sapu dan orang-
orang lain? Emas itu dipungut dan dikumpulkan dan diletakkan dalam alat
pelebur oleh tukang-tukang emas dan kemudian dilebur dengan
menggunakan api, dan kemudian dikeluarkan dari tempat pelebur itu, dan
ditumbuk, dilembut dan diukir supaya dijadikan alat perhiasan yang indah-
indah. Emas itu dijadikan hiasan dan disimpan di tempat-tempat yang
selamat dan rumah-rumah orang kaya atau dalam almari atau peti dan
sebagainya. Emas itu juga mungkin dijadikan alat hiasan badan perempuan
dan dihargai. Boleh jadi juga orang yang memakainya itu seorang yang
ternama atau raja-raja. Begitulah emas itu dari tempatnya mula diambil telah
sampai ke tempat yang baik-baik seperti istana-istana dan sebagainya.
Oleh itu, kamu juga wahai orang-orang yang beriman, jika kamu bersabar
dan menurut takdir Ilahi dan berserah dengan sukarela kepadaNya dalam
semua keadaan, maka kamu akan dihampiri oleh Allah di sisiNya dalam
dunia fana' ini dan kamu akan dikurniaNya dengan ilmuNya dan lain-lain
ilmu dan rahsia, dan di akhirat kelak akan ditempatkan di dalam syurga yang
aman damar beserta dengan Rasul- Rasul, Nabi-Nabi, orang-orang shodiq,
orang-orang syahid, dan orang-orang soleh dalam kehampiran padaNya, dan
dalam rumahNya dan dekatNya dengan menikmati kasih sayangNya.

Oleh itu, sabarlah, jangan terburu-buru, redhalah dengan takdir Ilahi dan
jangan merungut-rungut. Jika kamu berbuat demikian, maka susahlah kamu
dapat keampunanNya, ilmuNya, kasih sayang dan keredhaanNya.

BAB 29: SYARAHAN KEDUAPULUH SEMBILAN

Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda,


“Kemiskinan itu hampir-hampir membawa kepada kekufuran.”

Orang yang benar-benar hamba Allah percaya kepada Allah dan


menyerahkan semua hal dirinya kepada Allah, percaya dengan kurniaan
rezeki dari Allah dan yakin bahawa apa sahaja yang ditetapkan oleh Allah
kepadanya pasti ia dapat dan apa sahaja yang dihindarkan oleh Allah darinya
pasti tidak ia dapat. Firman Allah:

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 65


 
óΟä3ΖÏiΒ 5Αô‰tã ô“uρsŒ (#ρ߉Íκô−r&uρ 7∃ρã÷èyϑÎ/ £⎯èδθè%Í‘$sù ÷ρr& >∃ρã÷èyϑÎ/ £⎯èδθä3Å¡øΒr'sù £⎯ßγn=y_r& z⎯øón=t/ #sŒÎ*sù

È,−Gtƒ ⎯tΒuρ 4 ÌÅzFψ$# ÏΘöθu‹ø9$#uρ «!$$Î/ Ú∅ÏΒ÷σムtβ%x. ⎯tΒ ⎯ÏμÎ/ àátãθムöΝà6Ï9≡sŒ 4 ¬! nοy‰≈y㤱9$# (#θßϑŠÏ%r&uρ

4 ÿ…çμç7ó¡ym uθßγsù «!$# ’n?tã ö≅©.uθtGtƒ ⎯tΒuρ 4 Ü=Å¡tFøts† Ÿω ß]ø‹ym ô⎯ÏΒ çμø%ã—ötƒuρ ∩⊄∪ %[`tøƒxΧ …ã&©! ≅yèøgs† ©!$#

∩⊂∪ #Y‘ô‰s% &™ó©x« Èe≅ä3Ï9 ª!$# Ÿ≅yèy_ ô‰s% 4 ⎯ÍνÌøΒr& àÎ=≈t/ ©!$# ¨βÎ)

“Apabila mereka telah mendekati akhir 'iddahnya, maka ruju'lah mereka


dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah
dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu
tegapkan kesaksian itu kerana Allah. Demikianlah diberi pengajaran
dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barangsiapa
yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan
keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangkasangkanya.

Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan


mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan
(yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan
bagi tiap-tiap sesuatu.”
(Surah At-Thalaq: Ayat 2-3)

Allah berfirman demikian tatkala hamba itu dalam keadaan senang dan
damai. Kemudian Allah uji dia dengan bencana dan kemiskinan, maka
hamba itu pun merayu dan menyerahkan dirinya kepada Allah, tetapi tidak
dihindarkan oleh Allah bencana dan kemiskinan itu darinya. Maka waktu itu
betullah apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi
wasallam, "Kemiskinan itu hampir-hampir membawa kekufuran."

Bagi mereka yang dilayan Allah dengan lemah lembut, maka Allah akan
hindarkan bencana dan kemiskinan itu dari mereka, dan diberinya
kesentosaan dan keamanan dan kekuatan untuk bersyukur dan memujiNya
dan berterusan dalam keadaan itu sehingga dia bertemu dengan Tuhannya.

Apabila Allah hendak menguji dia, maka Allah datangkan malapetaka dan
memutuskan pertolonganNya. Maka orang itu menunjukkan kufurnya
dengan menyalahkan dan menuduh Allah tidak kasihan dan menolongnya.
Maka dia mati dalam keadaan kufur dan mengingkari tanda-tanda Allah dan

66  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
marah kepada Allah. Kepada orang yang demikianlah Nabi bersabda yang
lebih kurang maksudnya:
"Sesungguhnya orang yang paling hebat hukumannya di hari kebangkitan
ialah orang yang diberi Allah kemiskinan di dunia ini dan hukuman di
akhirat kelak. Kami berlindung dengan Allah dari yang demikian itu."

Miskin yang dimaksudkan dalam sabda baginda itu ialah miskin yang
menyebabkan orang lupa kepada Allah. Maka dari kelupaan inilah yang
baginda minta dilindungkan. Kepada baginda Allah limpahkan kesabaran
dan tawakal dan redha serta fana' dalam lakuan Allah. Baginda adalah orang
pilihanNya, RasulNya, penghulu segala Nabi-Nabi, raja segala wali, yang
dipertuan agung segala hamba-hamba Allah, seorang yang alim, seorang
yang besar di sisi Tuhan yang boleh memberi syafat dan bimbingan kepada
seorang untuk mencapai hadrat Tuhan sekalian alam. Allah memelihara
baginda dengan kasih sayangNya. Siang dan malam, seorang diri atau
dikalangan orang ramai, secara lahir dan secara tersembunyi sehingga
baginda kembali menemui Tuhannya.

BAB 30: SYARAHAN KETIGA PULUH

Mungkin kamu selalu berkata "apa patut aku buat dan apa cara patut aku
gunakan (untuk mencapai matlamatku?" Maka kamu diberitahu, duduklah
ditempat kamu dan jangan melampaui batasan kamu sehingga didatangi
jalan kepada kamu dari Allah yang memerintahkan kamu duduk di mana
kamu berada. Allah berfirman:

šχθßsÎ=øè? öΝä3ª=yès9 ©!$# (#θà)¨?$#uρ (#θäÜÎ/#u‘uρ (#ρãÎ/$|¹uρ (#ρçÉ9ô¹$# (#θãΨtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# $y㕃r'¯≈tƒ
"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah
kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (diperbatasan negerimu) dan
bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung."
(Surah Ali-Imran: Ayat 200)

Allah memerintahkan kamu supaya bersabar, wahai orang-orang yang


beriman, kemudian berlumbalumbalah dalam kesabaran dan berpegang
teguh dengan kesabaran itu dan sentiasa berwaspada dan semua ini dijadikan
sebahagian dari kamu. Selanjutnya kamu diberi amaran jika membuangkan
sabar, seperti dalam firmanNya itu "dan taatlah kepada Allah" dan ini
dimaksudkan jika kamu membuang sabar. Oleh itu, janganlah buangkan

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 67


 
kesabaran. Ketahuilah bahawa kebaikan dan keselamatan itu terletak dalam
kesabaran. Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda,
yang maksudnya lebih kurang "ibarat perhubungan sabar dengan iman itu
adalah seperti kepala dengan badan."

Juga dinyatakan iaitu tiap-tiap sesuatu itu ada ganjarannya menurut ukuran
masing-masing. Tetapi ganjaran bagi sabar tidak ada batasannya.

Oleh itu, apabila kamu taat kepada Allah dan bersabar dan berwaspada
terhadap batasan-batasan yang telah ditentukan Allah, maka Allah akan
memberikamu ganjaran. Firman Allah yang maksudnya:
"Apabila mereka telah mendekati akhir 'iddahnya, maka rujukkilah mereka
dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah
dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu
tegapkan kesaksian itu kerana Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan
itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barangsiapa yang
bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar,
dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangkasangkanya.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan
mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan
(yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan
bagi tiap-tiap sesuatu. "

Tetaplah kamu dalam kesabaran beserta dengan mereka yang menyerahkan


dirinya kepada Allah, sehingga jalan keluar telah datang kepada kamu
kerana Allah telah menjanjikan kecukupan kepada kamu, seperti firmanNya
yang maksudnya lebih kurang, "Tetaplah dalam kesabaran dan bertawakal
kepada Allah beserta dengan mereka yang berbuat baik kepada orang lain,
dan Allah menjimjikan ganjaran kerana ini, seperti firmanNya:

׊θãèè% $pκön=tæ ö/ãφ øŒÎ)


"Ketika mereka duduk disekitarnya."
(Surah Al-Buruj: Ayat 6)
Allah akan kasih kepada kamu kerana kebaikan ini, seperti frrmanNya:

ôN£‰Ïãé& ÞÚö‘F{$#uρ ßN≡uθ≈yϑ¡¡9$# $yγàÊóã


t >π¨Ψy_uρ öΝà6În/§‘ ⎯ÏiΒ ;οtÏøótΒ 4’n<Î) (#þθããÍ‘$y™uρ

t⎦⎫É)−Gßϑù=Ï9

68  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada
syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-
orang yang bertakwa."
(Surah Ali-Imran: Ayat 133)

Oleh itu, kesabaran adalah sumber semua kebaikan dan keselamatan dalam
dunia ini dan di akhirat dan melalui ini si mukmin meningkat naik ke taraf
keadaan yang berserah dengan sukarela kepada Allah dan menyesuaikan
dirinya dengan lakuan Allah dan kemudian itu mencapai keadaan tenggelam
atau fana' dalam lakuan Allah dan ini adalah peringkat atau keadaan yang
badliat atau ghabiat. Oleh itu, bersungguh-sungguhlah mencapai peringkat
ini supaya kamu tidak terhina dalam dunia ini dan di akhirat kelak dan
supaya kamu tidak kehilangan kebaikan dan kenikmatan ini.

BAB 31: SYARAHAN KETIGA PULUH SATU

Apabila kamu dapati dalam hati kamu perasaan benci atau kasih kepada
seseorang, maka periksalah lakuannya berdasarkan Al-Qur'an dan hadith.
Jika benci itu berbetulan dengan Al-Qur’an dan hadith, maka bersukacitalah
kamu kerana bersesuaiannya kamu dengan Allah dan RasulNya. Jika kamu
benci tetapi tidak menurut Al-Qur'an dan hadith, maka ketahuilah bahawa
kamu telah mengikut hawa nafsu kamu. Kamu benci kepada orang itu
kerana pengaruh hawa nafsu kamu, maka kamu tidak berlaku adil kepadanya
dan kamu telah membantah kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu,
kembalilah kepada Allah, bertaubatlah kerana benci kamu itu, dan mintalah
dirinya supaya kasih kepada orang itu dan kepada orang lain yang terdiri
dari orang-orang yang beriman, wali-waliNya, orang-orang pilihanNya dan
orang-orang soleh dari hamba-hambaNya dan hendaklah kamu bersesuaian
dengan Allah dalam mengasihi orang itu.

Kamu hendaklah berlaku seperti kamu berlaku kepada orang-orang yang


kamu kasihi. Pendeknya, kamu hendaklah periksa lakuan orang itu
berdasarkan Al-Qur'an dan Al-Hadith. Sekiranya kamu dapati Al-Qur' an
dan Al-Hadith membenarkan dan menyukai lakuan orang seumpama itu,
maka kamu pun hendaklah membenarkan dan menyukainya. Jika dibenci
oleh Al-Qur' an dan Al- Hadith, maka kamupun bencilah kepadanya. Kamu
hendaklah benci dan kasih menurut atau bersesuaian dengan Al- Qur'an dan
Al-Hadith. Sesuaikanlah perasaan dan lakuan kamu dengan Al-Qur'an dan
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 69
 
Al-Hadith. Jika kamu kasih kepada seseorang tetapi dibenci oleh Al-Qur’an
dan Al-Hadith, maka janganlah kamu kasih kepada orang itu supaya kamu
tidak menurut hawa nafsu kamu. Kamu diperintahkan supaya melawan hawa
nafsu, seperti firmanNya:

ÆìÎ7®Ks? Ÿωuρ Èd,ptø:$$Î/ Ĩ$¨Ζ9$# t⎦÷⎫t/ Λäl÷n$$sù ÇÚö‘F{$# ’Îû Zπx‹Î=yz y7≈oΨù=yèy_ $¯ΡÎ) ߊ…ãρ#y‰≈tƒ

Ò>#x‹tã öΝßγs9 «!$# È≅‹Î6y™ ⎯tã tβθ=ÅÒtƒ t⎦⎪Ï%©!$# ¨βÎ) 4 «!$# È≅‹Î6y™ ⎯tã y7¯=ÅÒãŠsù 3“uθyγø9$#

É>$|¡Ïtø:$# tΠöθtƒ (#θÝ¡nΣ $yϑÎ/ 7‰ƒÏ‰x©


"Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (pengawas) di
muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan
adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan
menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat
dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan
hari perhitungan."
(Surah Shaad: Ayat 26)

BAB 32: SYARAHAN KETlGA PULUH DUA

Mungkin kamu selalu berkata, "barangsiapa sahaja aku kasihi, maka kasihku
padanya tidak kekal. Kami selalu sahaja berpisah sama ada melalui
berjauhan, mati, bermusuhan atau kehilangan harta."

Oleh itu kamu diberitahu sedarkah kamu, wahai orang-orang yang percaya
kepada Allah, kepadamu diberi kurniaan, kamu dipeliharakan dan dijaga
dengan sebaik-baiknya, tidakkah kamu tahu bahawa Allah itu cemburu. Dia
jadikan kamu untuk Dia sahaja. Mengapa pula kamu hendakkan yang lain
dari Dia. Tidakkah kamu dengar firmanNya:

öΝåκ™:Ïtä† 5Θöθs)Î/ ª!$# ’ÎAù'tƒ t∃öθ|¡sù ⎯ÏμÏΖƒÏŠ ⎯tã öΝä3ΨÏΒ £‰s?ötƒ ⎯tΒ (#θãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

Ÿωuρ «!$# È≅‹Î6y™ ’Îû šχρ߉Îγ≈pgä† t⎦⎪ÍÏ≈s3ø9$# ’n?tã >﨓Ïãr& t⎦⎫ÏΖÏΒ÷σßϑø9$# ’n?tã A'©!ÏŒr& ÿ…çμtΡθ™6Ïtä†uρ

íΟŠÎ=tæ ììÅ™≡uρ ª!$#uρ 4 â™!$t±o„ ⎯tΒ ÏμŠÏ?÷σム«!$# ã≅ôÒsù y7Ï9≡sŒ 4 5ΟÍ←Iω sπtΒöθs9 tβθèù$sƒs†

70  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
"Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad
dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan sesuatu kaum yang
Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah
lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-
orang kafir,yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan
orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa
yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi
mengetahui
(Surah Al Maidah: Ayat 54)

Juga Allah berfirman:

∩∈∉∪ Èβρ߉ç7÷èu‹Ï9 ωÎ) }§ΡM}$#uρ £⎯Ågø:$# àMø)n=yz $tΒuρ


“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembahKu.”
(Surah Ad-Zariyat: Ayat 56)

Tidakkah kamu pernah dengar sabda Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihim


wasallam, “Apabila Allah kasih kepada hambaNya, maka diujiNya hamba
itu. Jika hamba itu bersabar, maka hamba itu akan dijagaNya.”
Baginda ditanya, “Wahai Nabi Allah! Apakah yang dijagaNya.”
Baginda menjawab, "Tidak ditinggalkanNya anak dan harta kepada si hamba
itu.”

Ini ialah disebabkan kerana jika si hamba itu ada anak dan harta, maka kasih
si hamba itu akan terbahagi-bahagi dan terpecah-pecah. Kasih yang
sepatutnya bulat kepada Allah itu telah terbahagi kepada kasihnya kepada
anak dan harta. Maka Allah tidak mahu disyarikatkan, Dia cemburu. Allah
menguasai segala-galanya. Kerana itu, dihancurNya dan dibinasakanNya apa
yang menjadi sekutuNya itu agar dapat dikuasaiNya sepenuh-penuhnya hati
hambaNya itu untuk Dia sahaja dan tidak langsung ada yang lain lagi.
Barulah dibuktikan kata-kata Allah: “Dia akan kasih kepada mereka dan
mereka kasih kepada Dia.”

Sehingga hati si hamba itu bebas dan bersih dari sekutu-sekutu Allah seperti
anak, isteri, harta benda, pangkat, kuasa, keramat, keadaan atau peringkat
kerohanian, makan, hal, dunia, syurga, kehampiran kepada Tuhan, bahkan
apa sahaja selain Dia tidak ada lagi dalam hati itu. Tidak ada nafsu dan tidak

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 71


 
ada cita-cita. Kosongkanlah hati itu. Umpama tong yang penuh berlubang
sehingga tidak ada lagi boleh mengandungi sebarang benda atau air. Hati itu
hancur oleh lakuan Allah. Apabila ada sahaja sesuatu tujuan hendak tumbuh
dalam hati itu, maka dihancurkan oleh lakuan Allah kerana Ia cemburu.
Maka si hamba itu akan dipenuhi dengan kemuliaan, kekuatan, keAgungan
dan kesempurnaan Ilahi.

Oleh yang demikian, tidak ada apapun yang dapat menembusi hati seperti
itu. Maka harta benda, anak dan isteri, sahabat dan rakan, mukjizat dan
keramat, kekuasaan dan pengetahuan tentang masa depan tidak akan dapat
mempengaruhi dan merosakkan hati itu. Semua itu tinggal di luar hati dan
tidak dapat masuk ke dalam. Semua ini adalah tanda kemuliaan, kehormatan,
kasih sayang dan rezeki yang diberi Allah kepada hamba-hamba yang benar-
benar mahu menuju kepadaNya. Hamba-hamba seperti ini sentiasa diberi
Allah perlindungan, penjagaan, pertolongan dan keredhaan dari dunia
hingga akhirat.

BAB 33: SYARAHAN KETIGA PULUH TIGA

Ada 4 jenis manusia. Satu jenis ialah mereka yang tidak ada lidah dan tidak
ada hati dan mereka ini ialah orang-orang bertaraf biasa, berotak tumpul dan
berjiwa kerdil, yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada
mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi
dengan kasih sayangNya dan membimbing hati mereka supaya beriman serta
menggerakkan anggotaanggota mereka supaya patuh kepada Allah. Berhati-
hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah
kamu layan mereka dan bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang
yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari
pengaruh mereka.

Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang
dilengkapi dengan ilmu keTuhanan, guru kepada yang baik, pembimbing
kepada agama Allah, pemimpin dan pengajak manusia kepada jalan Allah.
Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya patuh
kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang
memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka
menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah
dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-Nabi dan Rasul-
Rasul.
72  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda kepada
Saiyidina Ali: “Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu
kepadanya, maka itu lebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana
matahari terbit.”

Satu jenis lagi manusia ialah mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.
Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapnya.
Mereka mengajak manusia menuju Allah tetapi mereka sendiri lari dari
Allah. Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi
mereka sendiri bergelumang dalam maksiat itu,mereka menunjukkan kepada
orang lain yang mereka itu soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa
yang besar. Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang
berpakaian. Inilah orang-orang yang dikatakan oleh Nabi, seperti sabda
baginda: "Yang paling ditakuti dan akupun takut dikalangan umatku ialah
orang alim yang jahat.”

Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu, lari
dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu, jika tidak, kamu akan
terpengaruh oleh kata-kata manisnya yang bijak berbicara itu dan api
dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh
kamu.

Jenis yang ketiga ialah golongan orang yang mempunyai hati tetapi tidak ada
lidah, dan dia seorang yang beriman. Allah telah mendindingkan mereka
dari makhluk dan menggantungkan dikeliling mereka dengan tabirNya dan
memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah
menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang
timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap
banyak. Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam 'diam' dan
berkhalwat. Nabi pernah berkata, "Barangsiapa yang diam akan mencapai
keselamatan."

Kata baginda lagi, "Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari
sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam." Oleh itu, mereka
dalam golongan orang jenis ini adalah wali Allah dalam rahsiaNya,
dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati
dengan keredhaanNya dan segala yang baik akan diberi kepada mereka.

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 73


 
Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dan bergaul dengan orang-orang ini dan
beri pertolongan kepadamereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan
dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan
mereka yang menjadi wali Allah dan hamba-hambaNya yang soleh.

Jenis manusia yang keempat ialah mereka yang diajak ke dunia tidak
nampak, diberi pakaian kemuliaan, seperti dalam sabda Nabi, "Barangsiapa
yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajar orang lain, maka
dia akan diajak ke dunia ghaib dan dipermuliakan."

Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu keTuhanan dan tanda-


tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga
dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberiNya kepada
orang lain. Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir
kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke
sisiNya. Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan
ilmu-ilmu yang tinggi. Allah menjadikan mereka itu pelaku dan lakuannya
dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan
maksiat. Jadilah mereka itu 'orang-orang Allah'. Mereka mendapat
bimbingan yang benar. Mereka boleh memberi pertolongan kepada orang-
orang yang menuju jalan Allah. Mereka jadi orang-orang yang benar dan
mengeshahkan kebenaran orang lain. Mereka ibarat timbalan Nabi-Nabi dan
Rasul- Rasul Allah. Mereka sentiasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah
Yang Maha Agung.

Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak
kemanusiaan dan tidak ada maqam (stesyen) di atas ini, kecuali keNabian.
Oleh itu, hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-
orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu,
keselamatan terletak dalam apa yang dlcakapkan oleh mereka dan dalam
berdampingan dengan mereka. Dan kebinasaan serta kerosakkan jika di luar
dari dampingan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan
pertolongan terhadap hak dan keampunan.

Jadi, saya telah bahagi-bahagikan manusia itu kepada empat golongan.


Sekarang terpulanglah kepada kamu untuk memeriksa diri kamu sendiri jika
kamu mempunyal fikiran, dan selamatkanlah diri kamu jika kamu ingin
keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju apa yang
dikasihiNya dan diredhaiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.

74  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
BAB 34: SYARAHAN KETlGA PULUH EMPAT

Alangkah hairannya jika kamu marahkanTuhan yang dan menyalahkanNya


ataumengatakan tidak adil dan melambat-lambatkan pemberian sesuatu atau
membuangkan mara bahaya. Tidakkah kamu tahu bahawa tiap-tiap sesuatu
kejadian atau peristiwa itu ada masanya yang ditentukan dan tiap-tiap mara
bahaya itu telah ditetapkan tempohnya? Tidak boleh ditangguhkan atau
dipercepatkan. Masa bahaya tidak boleh ditukar kepada masa aman dan
masa aman pula tidak boleh bertukar kepada masa huruhara.

Oleh itu, kamu hendaklah bersopan-santun, diam dan jangan banyak cakap,
bersabar, berserah dengan sukarela kepada Dia, bersesuaian kehendakmu
dengan kehendak Dia dan taubatlah kepada Allah kerana kesalahan kamu
itu. Manusia dan makhluk itulah yang tertakluk kepada Allah dan Allah
tidak tertakluk kepada manusia dan makhluk. Terpulanglah kepada manusia
meminta kepada Dia dan Dia yang memberi, tetapi tidak termesti yang Dia
mesti memberi permintaan hamba-hambaNya . Terpulanglah kepada Allah
sama ada hendak mengabulkan atau tidak mengabulkan permintaan hamba-
hambaNya. Dia sahaja Yang Maha Agung dan Maha Kaya dan berdiri
sendiri, tanpa sekutu apa-apa jua. Dia menjadikan sesuatu dan menentukan
kebaikan atau kejahatan. Dia mengetahui awal dan akhirnya makhluk itu dan
tujuan mereka, Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung itu Maha Bijak
dalam tindak-tandukNya dan Maha Tegas dalam aturanNya dan tidak ada
berlawanan dalam lakuan-lakuanNya. Dia tidak menjadikan sesuatu dengan
sia-sia dan tidak juga tanpa tujuan. Buknalah kerja-kerjaNya itu main-main
sahaja.

Tidaklah wajar perbuatan-perbuatanNya itu ada cacat cela kerana Dia Maha
Bijak Dia mahu tahu. Hendaklah kamu bersabar dan tunggu jika kamu rasa
jemu dalam penyesuaian kamu dengan Dia dan dalam menunjukkan
penyerahan kamu kepadaNya dan dalam memfana'kan diri kamu
kepadaNya, sehinggalah sampai takdir Ilahi di mana tempoh masa itu telah
cukup dan masa bertukar telah datang umpama siang berganti malam atau
musim panas berganti musim sejuk.

Jika kamu minta cahaya siang di waktu malam, tentulah kamu tidak akan
diberi. Malam tetap malam, tidak ada cahaya siang waktu itu. Oleh itu,
bersabar dan tunggulah sehingga malam itu berakhir dan siang itu sampai:
Maka dapatlah kamu cahaya siang. Jika waktu siang itu pula kamu

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 75


 
hendakkan gelap malam, maka tidaklah kamu dapat, kerana siang tetap siang
dan kamu meminta bukan pada tempatnya.

Oleh itu, hendaklah kamu sentiasa redha, sabar dan berpegang teguh kepada
Tuhan Yang Maha Tahu itu. Percayalah apa yang ditetapkan Dia untukmu
pasti kamu dapat dan apa yang ditetapkan untuk orang lain pasti tidak kamu
dapat. Demikianlah yang aku percaya, kecuali kamu minta dari Allah dan
harapkan pertolonganNya dengan sembahyang dan do'a yang sungguh-
sungguh, menyembahNya dan patuh kepadaNya dan menjalankan
perintahNya seperti firmanNya:

’ÎAyŠ$t6Ïã ô⎯tã tβρçÉ9õ3tGó¡o„ š⎥⎪Ï%©!$# ¨βÎ) 4 ö/ä3s9 ó=ÉftGó™r& þ’ÎΤθãã÷Š$# ãΝà6š/u‘ tΑ$s%uρ

š⎥⎪ÌÅz#yŠ tΛ©⎝yγy_ tβθè=äzô‰u‹y™


"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo'alah kepadaKu, nescaya akanKu
perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan
diri dari menyembahKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina-
dina."
(Surah AlMukmin: Ayat 60)
FirmanNya lagi:

$£ϑÏiΒ Ò=ŠÅÁtΡ ÉΑ%y`Ìh=Ïj9 4 <Ù÷èt/ 4’n?tã öΝä3ŸÒ÷è/t ⎯ÏμÎ/ ª!$# Ÿ≅Òsù $tΒ (#öθ¨ΨyϑtGs? Ÿωuρ

©!$# ¨βÎ) 3 ÿ⎯Ï&Î#ôÒsù ⎯ÏΒ ©!$# (#θè=t↔ó™uρ 4 t⎦÷⎤|¡tGø.$# $®ÿÊeΕ Ò=ŠÅÁtΡ Ï™!$|¡ÏiΨ=Ï9uρ ( (#θç6|¡oKò2$#

$VϑŠÎ=tã >™ó_x« Èe≅ä3Î/ šχ%Ÿ2


"Dan janganlah kami iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada
sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi
orang lelaki ada bahagian daripada apa mereka usahakan, dan bagi para
wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. Dan mohonlah
kepada Allah sebahagian dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui segala sesuatu."
(Surah An-Nisa': Ayat 32)

Lain-lain lagi ayat-ayat Al-Qur'an dan sabda Nabi. Kamu berdo'a kepadaNya
dan Dia akan terima do'amu dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan
dihujung tempoh itu, dan bila dikehendakiNya dan juga jika ada kebaikan

76  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
kepada kamu dalam hal ini, sama ada untuk dunia atau akhirat atau semua
itu bersesuaian dengan takdirNya dan dihujung tempoh yang ditetapkan itu.

Janganlah salahkan Dia jika permohonanmu lambat diterima dan janganlah


jemu meminta kerana sebenarnya jika kamu tidak untung, maka kamupun
tidak juga rugi. Jika permintaan kamu tidak diterima di dunia ini, maka
Allah akan memberinya di akhirat kelak. Ada satu hadith Nabi yang
menyatakan bahawa di hari kebangkitan kelak, hamba-hamba Allah akan
dapati dalam bukunya tentang perbuatan-perbuatan hamba-hambaNya
bahawa ada perbuatan yang baik yang hamba itu tidak tahu, maka Dia akan
beritahu bahawa ini adalah pertukaran untuk do'anya dalam dunia ini yang
telah tidak ditakdirkan untuk diterima. Dengan demikian, sekurang-
kurangnya si hamba itu hendaklah selalu ingat kepada Allah dan berpegang
teguh kepadaNya dan bertauhid kepadaNya sambil kamu memohon
kepadaNya. Jangan kamu meminta kepada orang lain. Mintalah kepada
Allah. Oleh yang demikian, siang dan malam, sihat atau sakit, waktu perang
atau waktu aman, waktu senang atau susah, kamu adalah berada dalam salah
satu dari dua keadaan ini:
(1) Sama ada tidak bermohon dan tetap berpuasa hati dan rela dan menyerah
kepada lakuan Allah seperti mayat yang sedang dimandikan atau seperti bayi
dipangkuan ibunya atau seperti bola dikaki pemain bola. Orang yang seperti
ini menurut sahaja dengan rela apa yang ditakdirkan Tuhan. Jika kebaikan
datang, ia bersyukur. Firman Allah yang maksudnya, "Dan (ingatlah juga),
tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti
Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari
(nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih."

Jika mala petaka yang datang, maka ia bersabar dan redha dengan
pertolongan daya upaya dari Allah juga, dan keteguhan hati dan rahmat dari
Allah jua, seperti firman Allah:

t⎦⎪ÎÉ9≈¢Á9$# yìtΒ ©!$# ¨βÎ) 4 Íο4θn=¢Á9$#uρ Îö9¢Á9$$Î/ (#θãΨ‹ÏètGó™$# (#θãΖtΒ#u™ z⎯ƒÏ%©!$# $y㕃r'¯≈tƒ
"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan selawat sebagai
penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar"
(Surah Al-Baqarah: Ayat 153)

Lain-lain perkataan, Dia berserta dengan orang-orang yang sabar dengan


kurniaanNya seperti pertolongan dan kekuatan, seperti kataNya, "jika kamu

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 77


 
menolong Allah, Allah akan menolong kamu dan memperteguhkan
pendirian kamu."

Apabila kamu telah menolong Allah dengan menumpaskan hawa nafsu


kamu dan dengan tidak menyalahkan Dia, dan dengan menghindarkan diri
dari tidak rela terhadap lakuanNya kepada kamu, dan kamu menjadi musuh
kepada diri kamu sendiri kerana Allah, bersedia memancungnya dengan
pedang apabila ia tergerak hendak kufur atau syirik, dan kamu penggal
kepalanya dengan kesabaran dan bersesuaian dengan Allah, dan juga kamu
rela dengan lakuanNya dan janji-janjiNya, maka jika kamu berbuat
demikian, Allah akan menjadi penolong kamu. Firman Allah yang
maksudnya lebih kurang, "Dan berilah khabar baik kepada orang-orang yang
sabar, apabila bencana menimpa mereka, mereka berkata, "Sesungguhnya
kami ini kepunyaan Allah dan kepadaNya kami kembali." Inilah mereka
yang mendapat limpahan rahmat dari Allah dan merekalah pengikut-
pengikut dalam jalan yang benar."

(2) Ataupun bermohon kepada Allah dengan sembahyang dan berdo'a


dengan penuh harap, dan mengagungkanNya dan patuh kepadaNya. Ya,
serulah Allah. Itulah dia yang baik dilakukan kerana Allah sendiri menyuruh
kamu bermohon kepadaNya dan berhadap kepadaNya dan menjadikanN'ya
cara untuk kesenangan kamu, dan ibarat satu utusan dan kamu kepada Dia,
dan satu perhubungan dengan Dia, tetapi biarlah dengan syarat iaitu kamu
tidak menyalahkan Allah dan marahkan Dia sekiranya permohonan kamu itu
ditangguhkan ke satu masa hadapan yang telah ditentukan, Oleh yang
demikian, perhatikanlah perbezaan antara kedua keadaan itu dan janganlah
melampaui batasan yang dua itu kerana tidak ada keadaan lain lagi selain
yang dua itu. Oleh itu, berhati-hatilah agar kamu tidak jadi orang yang zalim
dan melampaui batas, Jika kamu zalim dan melampaui batas, Allah akan
membinasakan kamu dan tidak peduli kepada kamu seperti orang-orang
sebelum kamu yang telah dibinasakan dan dihancurkan Tuhan di dunia ini
dan diakhirat kelak akan didera dan dihukum dengan seksaan yang amat
pedih. Pujian-pujian bagi Allah Yang Maha Besar dan Maha Agung. Wahai
Tuhan Yang Maha Mengetahui keadaanku kepada Engkau sahaja aku
menyerahkan diriku.

78  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
BAB 35: SYARAHAN KETIGA PULUH LIMA

Kamu mestilah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang haram, jlka tidak,
kamu akan binasa. Kamu tidak akan lepas dari ikatan bahaya perkara-
perkara yang haram itu kecuali Allah menolong kamu dengan kasih
sayangNya. Ada satu hadith menerangkan bahawa dasar agama itu ialah
menjauhkan diri dari yang haram dan yang merosakkan agama itu ialah
tamak haloba. Janganlah kamu hampiri perkaraperkara yang haram itu
kerana mungkin kamu akan cuba-cuba juga hendak merasainya. Hampir pun
jangan. Takut kamu akan terpengaruh. Umar bin Al-Khathab Radhiyallahu
'anhu pernah perkata, "Kami biasanya menjauhkan diri dari sembilan
sepersepuluh dari perkara-perkara yang halal kerana kami khuatir terjerumus
ke dalam perkara-perkara yang haram."

Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu 'anhu pernah berkata, "Kami biasanya


menjauhkan diri dari tujuhpuluh pintu kepada perkara-perkara yang
dibolehkan kerana khuatir terjerumus dalam dosa." Beliau-beliau itu sangat
menjauhkan diri dari menghampiri perkara-perkara yang haram, dan dalam
berbuat demikian, mereka bersikap menurut sabda Nabi Muhammad
Shallallahu 'alaihi wasallam yang maksudnya lebih kurang, "Berjaga-
jagalah! Tiap-tiap raja mempunyai taman larangannya sendiri, dan taman
larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkanNya."

Barangsiapa yang berjalan dikeliling taman itu, mungkin akan masuk ke


dalam. Tetapi barangsiapa yang memasukki pintu istana raja itu terus
melalui pintu kedua dan ketiga hingga sampai ke bilik raja itu, adalah lebih
baik dari orang yang berada di luar pintu pertama kerana ia terdedah di luar,
Jika pintu ketiga tertutup, ia tidak merbahaya, kerana ia berada di antara dua
pintu dan dia berada berhampiran dengan raja dan askar-askarnya. Tetapi
bagi orang yang di luar tadi, jika pintu pertama itu tertutup, maka ia terdedah
sahaja di luar tanpa tempat berlindung, dan mungkin ia akan dimakan
binatang buas atau dibunuh musuh.

Begitu juga, jika seseorang itu patuh kepada Allah dan menurut jalan Allah,
maka, pertolongan kuasa dan kurnia diambil darinya dan terpotong dari
pertolongan itu dan dia masih tidak keluar dari hukumhukum, apabila ia
mati, dia masih berada dalam taat dan menyembah Allah dan amalan-amalan
baiknya itu akan jadi saksinya.

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 79


 
Seseorang yang tidak melakukan kewajipan-kewajipannya terhadap Allah,
maka jika Allah tidak menolongnya, hawa nafsu kebinatangan akan
menguasainya, dan dia akan terus melakukan perkaraperkara yang haram
dan keluar dari hukum-hukum (syariat) dan teruslah ia menjadi kawan
syaitan yang dilaknati Allah dan jauhlah dia dari jalan lurus dan benar. Jika
ia mati sebelum bertaubat, maka termasuklah ia dalam golongan orang-
orang yang rugi kecuali Allah mengampuni dan merahmatinya.

Oleh itu, orang-orang yang tidak melakukan kewajipannya adalah dalam


bahaya dan orang-orang yang melakukan kewajipannya adalah dalam
selamat.

BAB 36: SYARAHAN KETIGA PULUH ENAM

Jadikanlah hidup selepas mati itu sebagai wang modal kamu dan hidup di
dunia ini sebagai keuntungannya. Gunalah masa kamu mula-mula untuk
hidup selepas mati. Jika ada masa yang berlebihan, gunakanlah masa itu
untuk kehidupan duniamu. Janganlah gunakan hidup dunia ini sebagai wang
modal dan hidup selepas mati sebagai keuntungan, yang dengannya kamu
gunakan masa berlebih itu untuk hidup selepas mati disamping menunaikan
sembahyang lima waktu, seolah-olah membubuh semua sekali dalam satu
periuk, memasukkan bahagian-bahagiannya dan merosakkan susunannya,
tanpa rukuk dan sujud tanpa berhenti sebentar antara bahagian-bahagian itu,
atau apabila kamu penat dan letih, kamu tidur dengan membiarkan segala-
galanya tidak terjaga, seperti mayat di waktu malam dan siangnya
memenuhkan hawa nafsu kebinatangan dan iblis, dan menjual akhiratmu
untuk duniamu dan kamu menjadi abdi nafsu kebinatanganmu.

Kamu diperintahkan supaya menguasai hawa nafsu kamu dan membawa diri
kamu ke jalan yang lurus lagi benar. Tetapi kamu membiarkan diri kamu
merasai oleh hawa nafsu iblis rugilah kamu di dunia ini dan di akhirat kelak
diazab dengan api neraka. Di hari perhitungan kelak, kamu akan menjadi
orang yang paling miskin dan paling rugi, dan segala apa yang kamu
kumpulkan untuk dunia kamu telah hilang dari kamu dan tidak ada lagi.

Rugilah kamu serugi-ruginya.Sebaliknya, jika kamu menurut jalan akhirat


dan menjadikannya sebagai wang modal, maka kamu beruntung di dunia dan
80  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
di akhirat, dan apa yang ditakdirkan untukmu di dunia ini akan datang
kepada kamu dan kamu beroleh keselamatan dan dihormati. Nabi pernah
bersabda, "Sesungguhnya Allah memberi keselamatan dalam hal kehidupan
dunia jika niat kamu ditujukan ke akhirat, dan keselamatan akhirat tidak
diberi jika niat kamu ditujukan ke kehidupan dunia."

Niat yang ditujukan ke akhirat itu ialah taat kepada Tuhan kerana niat itu
ialah jiwa ibadat. Oleh itu, apabila kamu taat kepada Allah dan
mengharapkan akhirat, maka kamu jadilah seorang yang dipilih Allah dan
masuk dalam golongan orang yang taat dan cita kepada Allah dan kehidupan
akhirat kamu dapati dan itulah syurga dan kehampiran kepada- Allah. Maka
dunia ini akan berkhidmat kepada kamu dan apa yang ditentukan untuk
kamu akan kamu dapat sepenuhnya, kerana segala sesuatu tertakluk kepada
Allah yang menguasai segala-galanya.
Jika kamu leka dan tenggelam dalam hal kehidupan dunia dan tidak peduli
hari akhirat, maka Tuhan akan marah kepada kamu. Kamu akan tidak dapat
akhirat dan dunia akan tidak taat kepada kamu.

Kamu akan mendapat kesusahan dan kepayahan dalam mendapatkan


bahagian-bahagian yang telah ditentukan untukmu, kerana Allah marah
kepada kamu dan segala-gala yang tersebut itu sebenarnya adalah kepunyaan
Allah belaka. Siapa yang derhaka kepada Allah, maka Allah akan hinakan
mereka.

Sabda Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam, "Dunia dan akhirat itu
ibarat dua orang isteri, jika kamu layan seorang sahaja, maka seorang yang
lain itu akan marah kepada kamu."

Allah Subhanahu wa Ta 'ala telah berfirman yang maksudnya lebih kurang,


"Sesungguhnya ada orangorang di kalangan kamu yang berkehendakkan
kehidupan dunia ini, dan ada pula yang berkehendakkan akhirat."

Orang yang berkehendakkan dunia sahaja digelar ahli dunia, dan yang
berkehendakkan akhirat digelar ahli akhirat. Perhatikan diri kamu, dari
golongan manakah kamu berada. Dan dunia ini, dalam golongan manakah
antara yang dua itu kamu hendak menjadi ahli. Apabila kamu berada di alam
akhirat sesudah mati kelak, satu golongan ke syurga dan satu golongan lagi
ke neraka. Kemudian, ada pula satu golongan manusia tetap tinggal di
tempatnya berada sambil perhitungan dan pembicaraan dijalankan, dan satu
hari di sana itu, menurut firman Tuhan, adalah seperti 15000 tahun lamanya.
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 81
 
Ada pula, satu golongan manusia yang duduk di tempat makan sambil
makan makanan yang enak-enak, buah-buahan, manisan yang lebih putih
dari air, seperti kata hadith, "Mereka akan melihat tempat tinggal mereka di
syurga, sehingga Allah telah selesai membicarakan manusia, mereka akan
masuk ke syurga itu, mereka akan pergi menuju tempat tinggal mereka itu
seperti juga orang-orang di dunia ini pergi menuju tempat tinggal mereka. "

Orang-orang yang masuk ke syurga itu ialah mereka yang meninggalkan


dunia mereka dan berusaha untuk mencapai kebahagiaan akhirat dan Allah.
Orang-orang yang malang itu ialah mereka yang tidak langsung hiraukan
akhirat dan mereka menghabiskan masa hidupnya dengan hal-hal keduniaan
sahaja dan berbimbang dengan hal-hal keduniaan sahaja, mereka lupa hari
mereka akan diperhitungkan di hadapan Tuhan Allah dan mereka tidak
peduli Al-Qur'an dan kata-kata Nabi. Perhatikan diri kamu dengan rasa
kasihan dan pilihlah golongan yang lebih baik di antara kedua golongan
tersebut. Jauhkan diri dari berkawan dan bercampur gaul dengan orang-
orang yang jahat mahupun dari jin. Ikutlah Al-Qur'an dan Sunnah Nabi,
perhatikan, fikirkan dan amalkan. Janganlah terpengaruh oleh cakap-cakap
kosong dan oleh tamak haloba. Firman Allah:
Yang maksudnya:

4’yϑ≈tGuŠø9$#uρ 4’n1öà)ø9$# “Ï%Î!uρ ÉΑθß™§=Ï9uρ ¬Tsù 3“tà)ø9$# È≅÷δr& ô⎯ÏΒ ⎯Ï&Î!θß™u‘ 4’n?tã ª!$# u™!$sùr& !$¨Β

ãΝä39s?#u™ !$tΒuρ 4 öΝä3ΖÏΒ Ï™!$uŠÏΨøîF{$# t⎦÷⎫t/ P's!ρߊ tβθä3tƒ Ÿω ö’s1 È≅‹Î6¡¡9$# È⎦ø⌠$#uρ È⎦⎫Å3≈|¡yϑø9$#uρ

∩∠∪ É>$s)Ïèø9$# ߉ƒÏ‰x© ©!$# ¨βÎ) ( ©!$# (#θà)¨?$#uρ 4 (#θßγtFΡ$$sù çμ÷Ψtã öΝä39pκtΞ $tΒuρ çνρä‹ã‚sù ãΑθß™§9$#
"Apa saja harta rampasan (fai') yang diberikan Allah kepada RasulNya
yang berasal dari penduduk kota-kota, maka adalah untuk Allah, untuk
Rasul, kaum kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-
orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan hanya beredar di
antara orangorang kaya saja di antara kamu. Apa yang diberikan Rasul
kepadamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka
tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat
keras hukumanNya."
(Surah A-Hasyr : ayat 7)

82  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
Janganlah kamu membantahi Nabi dan janganlah kamu mengubah-ubah
dengan pandai-pandai sendiri sahaja baik dalam amalan kamu atau dalam
penyembahan kamu. Allah ada berfirman:
Yang maksudnya:

Ÿ≅‹ÅgΥM}$# çμ≈oΨ÷s?#u™uρ zΟtƒötΒ È⎦ø⌠$# †|¤ŠÏèÎ/ $uΖøŠ¤s%uρ $oΨÎ=ß™ãÎ/ ΝÏδÌ≈rO#u™ #’n?tã $uΖøŠ¤s% §ΝèO

$yγ≈uΖö;tGx. $tΒ $yδθããy‰tGö/$# ºπ§‹ÏΡ$t6÷δu‘uρ ZπuΗ÷qu‘uρ Zπsùù&u‘ çνθãèt7¨?$# š⎥⎪Ï%©!$# É>θè=è% ’Îû $oΨù=yèy_uρ

(#θãΨtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $oΨ÷s?$t↔sù ( $yγÏFtƒ$tãÍ‘ ¨,ym $yδöθtãu‘ $yϑsù «!$# Èβ≡uθôÊÍ‘ u™!$tóÏGö/$# ωÎ) óΟÎγøŠn=tæ

∩⊄∠∪ tβθà)Å¡≈sù öΝåκ÷]ÏiΒ ×ÏWx.uρ ( óΟèδtô_r& öΝåκ÷]ÏΒ


"Kemudian Kami iringi di belakang mereka dengan Rasul-Rasul Kami dan
Kami iringi (pula) dengan Isa putera Mariam, dan Kami berikan kepadanya
Injil dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutinya rasa
santun dan kasih sayang. Dan mereka mengada-adakan Rahbaniyah pada
hal Kami tidak mewajibkannya kepada mereka tetapi (mereka sendirilah
yang mengada-adakannya) untuk mencari keredhaan Allah, lalu mereka
tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang semestinya. Maka Kami
berikan kepada orang-orang yang beriman antara mereka pahalanya dan
banyak di antara mereka orang-orang fasik:"
(Surah Al-Hadid: Ayat 27)
Allah telah membersihkan NabiNya dan menjauhkan dari segala yang batil.
Firman Allah:

∩⊆∪ 4©yrθム֩órρu ωÎ) uθèδ ÷βÎ) ∩⊂∪ #“uθoλù;$# Ç⎯tã ß,ÏÜΖtƒ $tΒuρ
“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Qu’ran) menurut kemahuan hawa
nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan
(kepadanya).”
(Surah An-Najm: Ayat 3-4)

Dengan lain perkataan, firman ini bermaksud, "Apa sahaja yang dibawanya
kepada kamu ada dari Aku, dan bukan dari dirinya atau hawa nafsunya, oleh
itu ikuilah dia."

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 83


 
Firman Tuhan lagi:

öθs9 –Šuθs? &™þθß™ ⎯ÏΒ ôMn=Ïϑtã $tΒuρ #\ŸÒøt’Χ 9öyz ô⎯ÏΒ ôMn=Ïϑtã $¨Β <§øtΡ ‘≅à2 ߉Éfs? tΠöθtƒ

∩⊂⊃∪ ÏŠ$t7Ïèø9$$Î/ 8∃ρâ™u‘ ª!$#uρ 3 …çμ|¡øtΡ ª!$# ãΝà2â‘Éj‹y⇔ãƒuρ 3 #Y‰‹Ïèt/ #J‰tΒr& ÿ…çμuΖ÷t/uρ $yγoΨ÷t/ ¨βr&
"Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebajikan dihadapkan (ke
hadapannya), begitu (juga) kejahatan yang telah dikerjakannya, ia ingin
kalau kiranya antara ia dengan hari itu ada masa yang jauh, dan Allah
memperingatkan kamu terhadap diri (seksa)Nya. Dan Allah sangat
penyayang kepada hamba-hambaNya, "
(Surah Al-Imran: Ayat 30)

Oleh itu, jalan kasih itu ialah dengan mematuhi kata-kata dan perbuatan
Nabi. Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda,
"Berusaha itu adalah jalanku, dan tawakal kepada Allah itu adalah hal
(keadaan)ku."
Oleh yang demikian, kamu berada di antara perketika (amalan) dan hal
(keadaan)Nya. Jika iman kamu lemah, kamu hendaklah berusaha dan ini
adalah amalannya, dan jika iman kamu kuat, kamu pakailah keadaan kamu
iaitu tawakal kepada Allah. Allah Subhanahu wa Taa la ada berfirman yang
maksudnya lebih kurang, "Dan kepada Allah kamu patut bertawakal. "Tuhan
Allah berfirman lagi, "Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,
Allah akan mencukupinya."
Firman Allah:

∩⊇∈∇∪ tβρç|³øtéB «!$# ’n<Z} öΝçFù=ÏFè% ÷ρr& öΝšF•Β ⎦È⌡s9uρ


"Dan sungguh jika kamu meninggal atau gugur, tentulah kepada Allah saja
kamu dikumpulkan."
(Surah Ali-Imran: Ayat 158)

Allah memerintahkan kamu supaya bertawakal kepadaNya dan berpegang


teguh dengan itu sebagaimana Nabi pun diperintahkan demikian, sabda
Nabi, "Barangsiapa membuat sesuatu yang bukan dari perintah Kami adalah
tidak diterima ."

Ini meliputi kehidupan, amalan dan perkataan. Kita tidak mempunyai Nabi
kecuali baginda yang boleh kita ikut, dan tidak ada kitab kecuali Al-Qur'an
yang boleh kita patuhi. Oleh itu, janganlah melampaui dari kedua-dua itu

84  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
jika tidak hancurlah kamu dipimpin oleh hawa nafsu kebinatangan dan iblis
yang membawa ke jalan yang sesat.
Firman Allah, "Janganlah ikuti hawa nafsu kamu kerana ia akan membawa
kamu sesat dari jalan Allah."

Keselamatan itu terletak di kitab Allah dan Sunnah Nabi. Kerosakkan akan
berlaku jika menyimpang dari yang dua itu. Dengan Al-Quran dan Sunnah
Nabi itulah si hamba dapat naik ke taraf wilayah, badliat dan ghutsiat.

BAB 37: SYARAHAN KETIGA PULUH TUJUH

Wahai orang-orang beriman! Kenapakah saya lihat ada di antara kamu yang
dengki dan cemburu hati terhadap jiran-jiran kamu kerana mereka dapat
lebih dari kurniaan Allah tentang makanan-minuman, tempat tinggal,
pakaian dan sebagainya? Tidakkah kamu tahu bahawa perasaan dengki itu
akan merobohkan iman kamu dan menjatuhkan diri kamu dari sisi Allah dan
menyebabkan kamu dimurkai Allah? Tidakkah kamu dengar bahawa Nabi
pernah berkata yang Allah berfirman, "Orang yang dengki itu adalah musuh
kepada kasih sayang Kami? Tidakkah kamu pernah dengar hadith Nabi yang
menyatakan, "Sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan, seperti
api memakan kayu api?".

Mengapa kamu dengki kepada orang lain, wahai insan? Dengkikah kamu
kepada apa yang telah diuntukkan Allah kepadanya? Apa yang ada padanya
itu adalah sebenarnya kurniaan Allah jua. Oleh itu, kenapa kamu dengki".
Firman Allah:

4 $u‹÷Ρ‘‰9$# Íο4θuŠysø9$# ’Îû öΝåκtJt±ŠÏè¨Β ΝæηuΖ÷t/ $oΨôϑ|¡s% ß⎯øtwΥ 4 y7În/u‘ |MuΗ÷qu‘ tβθßϑÅ¡ø)tƒ óΟèδr&

y7În/u‘ àMuΗ÷qu‘uρ 3 $wƒÌ÷‚ß™ $VÒ÷èt/ ΝåκÝÕ÷èt/ x‹Ï‚−Gu‹Ïj9 ;M≈y_u‘yŠ <Ù÷èt/ s−öθsù öΝåκ|Õ÷è/t $uΖ÷èùs u‘uρ

∩⊂⊄∪ tβθãèyϑøgs† $£ϑÏiΒ ×öyz


"Apakah mereka yang membahagi-bahagi rahmat Tuhanmu ? Kami telah
menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia,
dan kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain
beberapa darjat, agar sebahagian mereka dapat mempergunakan sebahagian

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 85


 
yang lain, Dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka
kumpulkan."
(Surah Az-Zukhruf: Ayat 32)
Jika kamu dengki kepada orang lain, sesungguhnya kamu adalah seorang
yang zalim. Kamu menzalimi orang yang telah diberi kurnia oleh Allah.
Kurnia itu telah dikhususkan kepadanya dan tidak kepada orang lain. Jika
kamu dengki juga kepada orang yang dikurnia Allah itu, maka itu
menunjukkan kamu zalim, jahil dan jahat. Jika kamu dengki dia kerana
bahagian kamu itu, maka kamu adalah jahil kerana apa yang telah
diuntukkan kepada kamu itu tidak akan lesap ke tangan orang lain dan pasti
kamu dapat.

Allah tidak zalim. Firman Allah yang ertinya lebih kurang, "Ayat yang
datang dari Kami tidak boleh diubah-ubah, dan Kami tidak zalim kepada
hamba-hamba Kami." Allah tidak zalim. Dia tidak akan mengambil dari
kamu apa yang telah diuntukkan kepada kamu dan diberiNya pula kepada
orang lain. Tidak. Apa yang untuk kamu, pasti kamu dapat: Apa yang untuk
orang lain, pasti dia dapat. Oleh itu, janganlah dengki terhadap orang lain.
Adalah lebih baik kamu dengki kepada bumi yang menjadi setor harta benda
dunia seperti emas, perak, dan intan berlian yang mana-mana benda ini
disimpan oleh raja-raja dahulu kala seperti 'Ad, Tsamud dan Maharaja Farsi
dan Rom, lebih baik mendengki ini dari mendengki saudara-saudara kamu.

Ibarat seorang yang melihat seorang raja yang agung mempunyai tentera
yang tidak terkira banyaknya, mengontrol daratan dan lautan yang luas dan
mengutip cukai untuk keperluannya sendiri dan keseronokkannya sendiri
sahaja. Melihat ini, orang itu tidak dengki, tetapi dia dengki melihat seekor
anjing liar yang datang pada malam hari dekat dapur istana raja itu sambil
mencari makan dari sisasisa makanan yang dibuang oleh tukang masak,
yang makanan itu pula sudah busuk dan basi. Orang itu dengki kepada
anjing ini dan memusuhinya dan ingin hendak membunuhnya. Apakah ini
bukan bodoh namanya? Jika orang itu dengki benar kepada anjing yang
lapar itu dan tidak dengki kepada raja yang tamak itu, maka orang itu
sebenarnya orang yang jahil, bodoh dan tidak tahu menimbang rasa.

Ketahuilah, wahai insan! Apakah yang akan dihadapi oleh jiran kamu itu di
hari perhitungan kelak. Sekiranya ia telah diberi Allah nikmat dan kurniaan
yang baik-baik di dunia ini tetapi dia gunakan kurniaan itu bukan menurut
aturan-aturan yang ditentukan Allah, bahkan sebaliknya ia ingkar dan
memusuhi Allah dan tidak patuh kepadaNya, maka ketahuilah, ia di akhirat
86  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
kelak akan disoal dan dibicarakan tentang apakah yang dibuatnya dengan
kurniaan itu. Jika ia gunakan kurniaan dan nikmat itu bukan menurut
keredhaan Ilahi, maka menyesallah dia, bahkan rasanya lebih baik dia tidak
menerima kurniaan itu di dunia dahulu. Apakah disesalkan? Sudah
terlambat.

Nabi pernah bersabda, "Sebenarnya ada segolongan manusia di hari


pembicaraan kelak yang inginkan daging badannya dipotong-potong dengan
gunting apabila melihat ganjaran yang diterima oleh orangorang yang
mendapat azab dan kesusahan."

Mungkin di akhirat kelak jiran kamu itu ingin supaya ia berada di tempat
kedudukan kamu dalam kehidupan dunia ini apabila melihat tempoh masa
yang panjang dalam pembicaraan di hadapan Tuhan itu , dan
memandangkan kesusahan dan kehidupan berdiri selama 50000 tahun di
bawah panas matahari untuk dihitung dan dibicara tentang apa yang
dilakukannya dengan harta dan kekayaan yang diberi Allah kepadanya di
dunia dahulu, pada hal sementara itu kamu dalam perlindungan Allah,
makan, minum, berseronok dan bersuka ria kerana disebabkan kamu sabar
dalam menempuh kesusahan hidup di dunia ini sambil redha dengan
ketentuan Allah dan menyesuaikan diri kamu dengan Allah, dan kamu tidak
dengki kepada orang lain kerana kelebihan yang diberi Allah daripada
kehidupan di dunia ini. Semoga Allah menjadikan saya dan kamu berada
dalam sabar dalam menempuh godaan dan perjuangan hidup di dunia ini dan
bersyukur kepadaNya kerana kurniaanNya yang tidak terhingga kepada kita
sekalian. Mudah-mudahan kita semua bertawakal kepada Allah, Tuhan bagi
sekalian alam.

BAB 38: SYARAHAN KETIGA PULUH LAPAN

Barangsiapa menjalankan tugas-tugasnya dengan Allah secara ikhlas dan


benar, maka ia tidak terpengaruh oleh apa sahaja selain Allah, wahai
manusia! Janganlah menuntut apa yang kamu tidak ada. Bertauhidlah
kepada Allah dan jangan se-kutukan Dia dengan apa sahaja. Jadikanlah diri
kamu matlamat (target) bagi anak panah takdir yang akan mengena diri
kamu bukan untuk membunuh tetapi untuk mencederakan. Barangsiapa yang
hancur kerana Allah akan menerima ganjaran dari Allah.

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 87


 
BAB 39: SYARAHAN KETIGA PULUH SEMBILAN

Mengambil sesuatu berdasarkan hawa nafsu kebinatangan tanpa perintah


dari Allah adalah menyeleweng dari tugas kamu terhadap Allah dan
melawan yang hak (benar). Mengambil sesuatu tanpa digesa oleh hawa
nafsu kebinatangan adalah kebaikan dan bersesuaian dengan hak, dan jika
berlawanan dari itu, maka itulah tidak ikhlas dan sikap munafik.

BAB 40: SYARAHAN KEEMPAT PULUH

Janganlah kamu sangka yang diri kamu telah termasuk dalam golongan
orang-orang kerohanian kecuali kamu telah menjadi musuh diri kamu dan
kamu telah terpisah dari anggota badan kamu dan kaki tangan kamu dan
telah memutuskan perhubungan dengan wujud kamu, dengan gerak dan
diam kamu, dengan pendengaran dan penglihatan kamu, dengan cakap dan
pegangan kamu, dengan usaha dan tindak tanduk kamu, dan apa sahaja yang
kamu anggap datangnya dari diri kamu sendiri. Dan semua yang ada pada
kamu setelah wujud kerohanian itu dihembuskan ke dalam kamu, kerana
semua itu adalah tabir antara kamu dengan Tuhan kamu. Apabila ruh kamu
telah jadi bersih dan suci, maka rahsia dari segala rahsia yang ghaib dari
segala yang ghaib akan terbuka kepada kamu dan kamu akan sedar mana
musuh dan mana sahabat, mana hak dan mana batil. Mana tauhid dan mana
syirik.

Nabi Ibrahim 'alahissalam bersabda:

∩∠∠∪ t⎦⎫Ïϑn=≈yèø9$# ¡>u‘ ωÎ) þ’Ík< Aρ߉tã öΝåκ¨ΞÎ*sù


"Kerana sesungguhnya apa yang kamu sembah itu adalah musuhku, kecuali
Tuhan semesta alam."
(Surah Asy-Syuara: Ayat 77)

Yang baginda maksudkan dengan 'musuh ' itu ialah berhala Oleh itu, kamu
anggap diri kamu dan seluruh kejadian (makhluk) ini sebagai berhala dan
dengan itu jangan kamu patuh dan turut segalanya itu. Hanya dengan itu
sahaja kamu dikurnia rahsia-rahsia dan ilmu keTuhanan dan perkara-perkara

88  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
yang jarang ditemui orang dan kamu akan diberi kekuasaan menjadikan dan
keramat dan ini adalah jenis kuasa yang diberi kepada orang-orang yang
percaya dengan Allah dan yang ghaib.

Kamu akan berada dalam keadaan ini seolah-olah kamu bangkit hidup
sesudah mati di hari akhirat.
Jadi, kamu adalah semata-mata manifestasi kekuasaan Allah. Kamu
mendengar melalui Allah, melihat melalui Allah, bercakap melalui Allah,
memegang melalui Allah, berjalan melalui Allah, mengetahui melalui Allah
dan kerehatan dan kesentosaan melalui Allah. Maka butalah kamu kepada
apa sahaja selain Allah, pekaklah kamu kepada apa sahaja selain Allah. Pada
pandangan kamu tidak ada yang wujud kecuali Allah selagi kamu perhatikan
batas-batas hukum dan menurut undang-undang Tuhan.

Jika ada yang hilang dalam diri kamu dari kehendak-kehendak hukum Allah,
maka ketahuilah kamu sedang diuji dan dipermainkan oleh syaitan. Oleh itu,
kembalilah menurut hukum-hukum Allah dan berpegang teguh denganNya
dan jauhkan diri dari nafsu kebinatangan, kerana tiap-tiap perkara yang tidak
disahkan oleh hukum-hukum atau undang-undang Allah adalah bukan
menurut iman.

BAB 41: SYARAHAN KEEMPAT PULUH SATU

Saya beri satu ibarat atau perumpamaan untuk direnungi: Katalah ada
seorang raja yang telah melantik orang biasa menjadi gabenor untuk
memerintah satu bandar. Orang itu diberi pakaian kerajaan dengan bendera,
panji-panji, gendang kerajaan, dan sepasukan askar yang cukup lengkap.

Masa berlalu, akhirnya disangkanya keadaan itu berkekalan. Maka timbullah


perasaan bangga dan sombongnya. Lupalah dia keadaannya sebelum beliau
dilantik menjadi gabenor dahulu. Oleh kerana bangga dan sombongnya itu,
jawatannya dilucutkan oleh raja. Dibicarakan di hadapan raja dan diminta
menjelaskan mengapa ia melakukan kesalahan itu. Akhirnya didapati ia
bersalah, lalu dibicarakan. Menyesallah dia dalam penjara yang sempit dan
gelap. Kerana lamanya dia dalam penjara itu, maka perasaan bangga dan
sombongnya itupun hilang, hatinya hancur dan api hawa nafsunya padam.

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 89


 
Semua ini diketahui oleh raja. Lama kelamaan raja itu pun jatuh kasihan
kepadanya. Dia dilepaskan dari penjara dan diberi semula jawatan yang
dipegangnya dahulu di bandar yang lain pula sebagai hadiah dari raja itu.
Maka berkekalanlah dia menjadi gabenor dalam keadaan baik hati dan tidak
berperangai seperti dulu lagi. Diapun jadi orang baik dan bersih.

Inilah ibarat seorang mukmin dengan Allah yang membawa si mukmin itu
hampir dan orang pilihanNya. Dibukanya pintu hati si mukmin itu kepada
kasih sayang dan kurniaNya. Maka nampaklah oleh si mukmin itu dengan
mata hatinya apa yang tidak nampak dengan mata kasar, dan didengarnya
dengan telinga hatinya apa yang tidak pernah didengar dengan telinga kasar,
maka dilihatnya perkarapcrkara ghaib dari kerajaan Tuhan Yang Maha Besar
dan meliputi langit dan bumi dan apa sahaja.

Bertambah hampirlah ia dengan Allah. Sembahyang dan doanya diterima


Allah. Dia dilimpahi kasih sayang dan perkataan yang baik-baik dan manis-
manis dari Allah. llmu Allah yang pelik-pelik akan dapat diketahuinya
dengan kurniaan Allah jua. Allah akan sempurnakan kurniaNya kepada si
mukmin itu pada segi batin mahupun lahir seperti kesihatan badan,
minuman, pakaian, makanan dan isteri yang baik dan perkara-perkara yang
halal dan bersesuaian dengan peraturan dan .ketentuan Allah. Jadi, Allah
akan menetapkan keadaan ini untuk hambaNya yang beriman dan hampir
kepadaNya beberapa lama sehingga si hamba itu merasa selamat dan kekal
dalam keadaan itu. Kemudian Allah akan datangkan mala petaka, kesusahan
hidup dan bencana. Maka si hamba itupun merasa sedih, hairan, dan hancur
hati lagi dan putus dari hubungan dengan orang-orang golongannya.

Jika ia melihat keadaan zahirnya, dilihatnya kejahatan yang menimpanya


dan jika dilihatnya hatinya dan batinnya, dilihatnya yang
mendukacitakannya. Jika ia minta kepada Allah untuk membuang kesusahan
yang dihadapinya itu, maka Allah tidak menerimanya, dan jika ia meminta
janji-janji yang baik, maka tidak didapatinya dengan segera, dan jika ia
berjanji sesuatu, ia tidak diberitahu tentang hasilnya, dan jika ia mimpi
sesuatu, ia tidak tahu maksudnya, dan jika ia hendak berhubung dengan
orang-orang golongannya, maka ia tidak dapat berbuat demikian, pendeknya
segala-galanya telah tertutup baginya dan doanya tidak diterima.

Maka dengan itu, dirinya pun hancur dan hawa nafsunya pun hilang dan
hapuslah niat dan cita-citanya. Segala-galanya kosong baginya. Perkara ini

90  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
berkekalan sementara dan mungkin dihebatkan lagi penderitaannya itu
sehingga sampailah masanya bila ia merasa tabiat-tabiat dan sifat-sifat ke
manusiaannya hilang terus dan dia tinggal seolah-olah ruh sahaja lagi. Maka
didengarnyalah suara batinnya memanggilnya:
(Allah berfirman)

Ò>#uŸ°uρ ׊͑$t/ 7≅|¡tFøóãΒ #x‹≈yδ ( y7Î=ô_ÌÎ/ ôÙä.ö‘$#


"Hentamkanlah kakimu, inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk
minum. "
(Surah Shaad: Ayat 42)

Ayat itu difirmankan kepada Nabi Ayub.


Kemudian Allah akan melimpahi lautan rahmat dan kasih sayang kepadanya
dan hatinya merasa aman tenteram dan hatinya disinari dengan cahaya iman
dan ilmu. Pintu keredhaan Allah dibuka kepadanya, kepadanya manusia
akan berkunjung memberi berbagai-bagai hadiah dan orang akan berkhidmat
kepadanya. Manusia akan memuji dan menghormatinya. Kata-katanya
disanjung tinggi. Orang akan merasa bahagia dimajlisnya. Raja-raja dan
orang besar-besar pun tunduk kepadanya. Allah akan menyempurnakan
kurnianya zahir dan batin. Allah pelihara dia secara zahirnya melalui
makhluknya dan pada batinnya melalui kasih sayang dan rahmatNya.
KekAllah dia dalam keadaan itu sehingga ke akhir hayatnya. Kemudian
Allah masukkan dia ke tempat yang tidak terlihat oleh mata dan tidak
terdengar oleh telinga dan tidak terlintas ke dalam hati sesiapa, seperti
firman Allah, "Tidak ada seorangpun tahu apa yang ada dalam setor untuk
mereka daripada perkara yang menyedapkan mata, satu ganjaran untuk apa
yang mereka telah lakukan." Demikian firman Allah.

BAB 42: SYARAHAN KEEMPAT PULUH DUA

Roh manusia ini ada dalam dua keadaan, tidak ada yang ketiga. laitu dalam
keadaan bahagia dan dalam keadaan derita. Apabila ia dalam keadaan derita,
maka timbullah perasaan resah gelisah, merungut, tidak redha, dan
mengkritik serta menyalahkan Allah, tidak sabar, dan tidak tawakal,
timbullah akhlak buruk, mensekutukan Allah dengan yang lain, dan akhirnya
tidak percaya atau kufur.

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 91


 
Apabila ia dalam kesenangan, maka ia menjadi mangsa tamak haloba, hawa
nafsu kebinatangan dan keiblisan. Nafsunya tidak puas-puas. la hendakkan
barang yang ditentukan kepada orang lain. Maka tidak lepas-lepaslah ia
dalam kesusahan dan derita sama ada di dunia atau di akhirat.

Sesungguhnya hukuman yang paling azab ialah mencari atau menuntut apa
yang bukan diuntukkan kepada kita. Apabila ia dalam kesusahan, tidaklah ia
mahu yang lain kecuali meminta kesusahan itu dihilangkan dan tidaklah ia
ingat kepada keseronokkan dan kehendak kepada apa-apa yang
menyukacitakan. Tetapi bila ia diberi kesenangan dan keseronokkan, maka
kembalilah ia tamak, dengki, ingkar dan melakukan perkara-perkara yang
berdosa dan bermaksiat. Lupalah ia kepada penderitaan yang dialami
olehnya dulu.

Maka dengan itu, iapun dikembalikan semula mengalami kesusahan dan


penderitaan yang lebih dahsyat dari dulu lagi kerana ia telah berdosa dan
perlu dihukum. Dengan cara ini ia akan sedar dan menjauhkan dirinya di
masa akan datang dari melakukan dosa dan noda kesenangan dan
kebahagiaan itu tidak dapat menyelamatkannya, tetapi kesusahan dan
penderitaan itu dapat menyelamatkannya.

Sekiranya dia berkelakuan baik tatkala derita dan kesusahan dibuang


darinya, serta patuh, syukur dan redha dengan Allah, maka itu adalah lebih
baik kepadanya di dunia dan di akhirat. Maka Allah akan tambah kurniaan,
nikmat, kebahagiaan dan keselamaran pada dia.

Oleh yang demikian , barangsiapa berkehendakkan keselamatan dalam hidup


di dunia dan di akhirat, maka hendaklah tanamkan perangai sabar, rela
bertawakal kepada Ilahi, jauhkan merungut terhadap manusia dan dapatkan
segala keperluan dari Allah Yang Maha Agung. Patuhlah kepada Allah dan
abdikan diri kepada Dia sahaja. Dia lebih baik dari selain dia.

Selalunya apa yang tidak disampaikanNya kepada kita itu adalah sebenarnya
satu kurniaan atau hadiah. Hukumannya itu adalah satu kebaikan.
Penderitaan yang ditimpakan olehNya itu adalah satu ubat. JanjiNya ibarat
wang tunai, kreditNya ialah keadaan pada masa ini, perkataanNya ialah
lakuan.

Apabila Allah hendak menjadikan sesuatu, maka ia hanya berkata “jadilah”,


maka jadilah ia. Oleh itu, semua perbuatanNya adalah baik dan berdasarkan
92  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
hikmah kebijaksanaan. Allah sahaja Yang Maha Tahu. Manusia tidak
mengetahui ilmu Allah itu sedalam-dalamnya. Dengan itu, ada lebih baik
jika si hamba terus bertawakal, menyerah, kembali kepadaNya , dan
melakukan apa yang disuruh dan meningalkan apa yang ditegahNya.
Janganlah salahkan Allah dan merungut serta mengatakan Dia zalim dan
tidak tahu atau sebagainya. Jangan salahkan lakuanNya.

Ada satu hadith Nabi yang diriwayatkan oleh 'Atha' lbnu Abas yang
didapatinya dari Abdullah Ibnu Abas. Dilaporkan bahawa Ibnu Abas pernah
berkata, "Saya sedang menunggang kuda di belakang Nabi Muhammad
Shallallahu 'alaihi wasallam dan baginda berkata kepada saya, "Anakku,
jagalah kewajipanmu kepada Allah, maka Allah akan menjaga kamu, jagalah
kewajipanmu kepada Allah, maka kamu akan dapati Allah itu berada di
hadapan kamu."

Oleh itu, apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah. Apabila kamu
memohon perlindungan, pohonlah kepada Allah. Jika hamba-hamba Allah
semuanya hendak memberi manfaat kepada kamu tetapi tidak dengan izin
Allah, maka sia-sia sahaja pekerjaan mereka itu. Jika semua hamba-hamba
Allah cuba hendak memudharatkan kamu tetapi tidak dengan izin Allah,
maka kamu tidak akan ditimpa mudharat apa-apa. Oleh itu, jika kamu boleh
melakukan suruhan-suruhan Allah dengan ikhlas, maka lakukanlah. Jika
kamu tidak memperlakukannya, maka lebih baik kamu sabar terhadap apa
yang kamu tidak suka melihat yang di situ ada banyak kebaikannya.

Ketahuilah bahawa pertolongan Allah itu datang melalui sabar, dan


ketahuilah berserta dengan kesusahan itu ada kesenangan. Tiap-tiap orang
yang beriman hendaklah mempraktikkan hadith Nabi ini agar selalu beroleh
keselamatan dalam dunia ini dan di akhirat kelak dan mendapat rahmat dan
kasih sayang Allah.

BAB 43: SYARAHAN KEEMPAT PULUH TIGA

Barangsiapa meminta sesuatu dari manusia, maka ia melakukan itu kerana


jahil tentang Allah, lemah iman, kurang pengetahuan tentang hakikat,
kurang keyakinan dan kesabaran. Barangsiapa meminta sesuatu dari Allah,
maka itu tanda ia penuh dengan ilmu Allah Yang Maha Agung dan Maha
Kaya, dan tanda ia mempunyai iman yang teguh dan keyakinan yang pasti
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 93
 
dan melalui bertambahnya ilmu Allah dalam hatinya setiap waktu, dan tanda
malunya kepada Allah Yang Maha Gagah Perkasa.

BAB 44: SYARAHAN KEEMPAT PULUH EMPAT

Sesungguhnya tiap-tiap permohonan dan doa orang-orang yang mempunyai


ilmu kerohanian terhadap Allah SubhanahuwaTa'ala , tidak diberikan, dan
tiap-tiap janji tidak ditunaikan olehNya kerana Allah tidak mahu orang-
orang ini terlampau tinggi harap (terlampau optimistik), kerana tidak ada hal
(keadaan) kerohanian dan maqam (steyen) kerohanian melainkan
mempunyai takut dan harap berserta denganNya. Kedua-dua ini umpama
dua kapak atau sayap burung. Dua-dua perlu. Satu sahaja tidak jadi. Takut
dan harap ini ada dalam tiap-tiap hal dan maqam.

Oleh yang demikian, orang yang mempunyai ilmu kerohanian atau


kebatinan dapat hampir dengan Allah. Hal dan maqamnya ialah dia tidak
inginkan sesuatu selain Allah. Dia tidak cenderung dan merasa kepada yang
lain selain Allah. Dia tidak merasa gembira kepada yang lain dari Allah.

Jadi, meminta supaya permohonannya diterima atau janjinya dipenuhi,


adalah berlawanan dengan jalannya dan tidak sesuai dengan maqam
(stesyen)nya.

Ada dua sebab dalam perkara ini. Sebab yang pertama ialah dia tidak mahu
dikuasai oleh terlalu mengharap atau khayalan terhadap apa yang telah
ditakdirkan Allah kepadanya, dan dia tidak mahu mendahului Allah dalam
sesuatu tindakan dan lagipun dia tidak tahu takdir Allah itu mungkin ada
yang lebih baik dari yang dipintanya itu. Sebab yang kedua ialah ini boleh
menimbulkan syirik iaitu menyekutukan sesuatu dengan Allah. Kerana tidak
ada manusia yang tidak berdosa kecuali Nabi-Nabi.

Kerana sebab-sebab inilah Allah tidak selalunya memperkenankan


permohonan hambahambaNya, takut kelak si hamba itu meminta menurut
kehendak dirinya sahaja tanpa merujukkan kepada aturan dan perintah
Allah. Ada kemungkinan pula membawa kepada syirik. Ada berbagaibagai
sebab yang boleh menjerumuskan seseorang ke lembah syirik dalam tiap-
tiap maqam, hal dan jalan dalam mengikuti jalan kerohanian ini. Tetapi
apabila sesuatu do'a dan permintaan itu ada menurut kehendak dan ketentuan
94  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
Allah, maka ini akan menambahkan hampir lagi si hamba itu dengan Allah,
seperti juga dengan sembahyang, puasa dan kewajipan-kewajipan yang lain
kerana dalam itu adalah mematuhi perintah-perintah Allah.

BAB 45: SYARAHAN KEEMPAT PULUH LIMA

Ketahuilah bahawa manusia ini ada dua jenis. Satu jenis ialah mereka yang
dikurniai Allah dengan perkara-perkara yang baik di dunia ini, dan yang satu
jenis lagi ialah mereka yang diuji dengan apa yang telah ditakdir oleh Allah
pada mereka, mereka yang mendapat perkara-perkara yang baik itu tidaklah
bebas dari dosa dan kegelapan dalam proses menikmati kurniaan tersebut.

Orang-orang ini merasa seronok dengan kurniaan itu. Tiba-tiba datang takdir
Allah yang menimpa mereka dengan kesulitan dan mala petaka pada diri,
atau keluarga, atau harta benda. Dengan itu mereka pun berasa sedih dan
putus asa. Mereka pun lupa kepada keseronokkan dan kebahagiaan yang
mereka nikmati dahulu. Bila mereka diberi kekayaan, keselamatan dan
kesentosaan, mereka lupa, seolah-olah mereka sangka keadaan itu
berkekalan. Bila mereka ditimpa mala petaka, lupalah mereka kepada
kebaikan yang mereka terima dahulu, seolah-olah kebaikan itu tidak ada
pada mereka. Semua ini adalah tanda jahil dengan tuannya yang sebenar
iaitu Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Jikalah mereka tahu bahawa Tuhan Allah itu berkuasa membuat apa saja
yang dikehendakiNya, sama ada berkuasa menjatuh atau menaikkan,
mengaya dan memiskinkan, menyenang dan menyusahkan, mengelokkan
dan memburukkan, menghina dan memuliakan, menghidup dan mematikan,
bahkan apa sahaja, jika mereka tahu semua ini, tentulah mereka tidak
menyangka yang kebahagiaan dan kekayaan yang mereka nikmati itu akan
berkekalan, dan tentulah mereka tidak bangga dan sombong, ataupun putus
asa dan kecewa jika kekayaan dan kebahagiaan itu dihilangkan dari mereka.

Kelakuan mereka yang salah ini ialah disebabkan mereka jahil tentang dunia
ini. Mereka tidak tahu bahawa dunia ini adalah tempat ujian, tempat
berusaha, tempat bersakit dan tempat bersusah payah.

Dunia ini ibarat dua lapis rasa, di luarnya rasa pahit dan di dalamnya rasa
manis. Makan yang pahit itu dulu, barulah dapat rasa yang manis. Seseorang
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 95
 
itu hendaklah rasa yang pahit itu dulu sebelum dapat merasai yang manis.
Bersabarlah memakan yang pahit itu dulu supaya dapat yang manisnya.

Oleh itu, barangsiapa bersabar dengan ujian-ujian dunia ini, akan berhak
mendapat hasil dan ganjaran yang baik dan bagus. Ibarat orang makan gaji.
Kerja dulu, baru dapat gaji. Lapisan yang pahit itu perlu dihabiskan, barulah
dapat merasa lapis yang manis pula.

Oleh yang demikian, apabila si hamba itu patuh kepada Allah, melakukan
yang disuruhNya dan meninggalkan yang dilarangNya, bertawakal bulat
kepadaNya, menurut takdirNya, dan bila ia telah memakan yang pahit,
menghapuskan hawa nafsu keiblisannya, dan menghancurkan matlamat dan
kehendak ego (diri)nya, maka Allah akan memberinya kehidupan yang baru
dan kehidupan yang baik, kebahagiaan, keselamatan, kemuliaan, dan Allah
akan memeliharanya dan memberi perlindungan kepadanya. Si hamba
itupun jadilah seperti bayi yang disusui oleh ibunya, iaitu bayi itu tidak perlu
lagi mencari makan, ibunya yang memberinya makan. Allah akan beri ia
rezeki tanpa bersusah payah dan berusaha keras di dunia ini dan juga di
akhirat kelak.

Si hamba janganlah menyangka yang ia tidak diuji dan kurniaan yang


diterimanya itu akan berkekalan. Perlulah si hamba bersyukur dan
menyerahkan dirinya kepada Allah semata. Nabi Muhammad Shallallahu
'alaihi wasallam pernah bersabda yang maksudnya lebih kurang,
"Keseronokkan dunia ini adalah perkara yang merosakkan, oleh itu,
pertahankan diri kamu darinya dengan bersyukur."

Syukur terhadap kurniaan kekayaan itu ialah dengan menyedari dan


mengatakan kepada diri sendiri bahawa kurniaan itu ialah kepunyaan Allah
yang dipinjamkanNya dan diamanahkanNya kepada kita.

Kita tidak punya apa-apa melainkan Allah yang mempunyai segala-galanya.


Janganlah dalam perkara hartabenda itu kita melampaui batasan-batasan
yang ditentukan Allah, dan gunakan harta benda itu menurut kehendak
Allah. Berilah zakat dan sedekah. Tolonglah orang-orang yang miskin papa.
Orangorang dalam kesusahan dan beri nafkah kepada tanggungan-
tanggungan kita. Inilah bersyukur terhadap kurniaan kekayaan harta benda
dari Allah itu. Bersyukur terhadap anggota-anggota badan yang diberi Allah
itu ialah dengan menggunakan badan itu untuk mematuhi perintah-perintah

96  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
Allah dan meninggalkan laranganNya dan jangan melakukan dosa dan
maksiat.

Inilah caranya memelihara kurniaan Allah itu supaya jangan terlepas.


Siramkan pokokNya supaya subur, supaya rendang daunnya dan
menghasilkan buah yang manis yang menampakkan manfaatnya pada badan
agar badan itu dapat memathui Allah dan menghampiri Allah dan selalu
ingat kepadanya, agar kita dapat rahmat dan kasih sayang yang di akhirat
kelak dan dapat kekal di syurga bersama-sama Nabi-Nabi, shodiq (orang-
orang yang benar), syahid (orang-orang yang menyaksikan) dan soleh
(orang-orang yang baik). Sesungguhnya inilah kumpulan orang-orang yang
dipermuliakan.

Tetapi jika seseorang itu terpengaruh dan tenggelam dengan kesedapan dan
keseronokkan dunia yang fana' ini sahaja, maka rugilah ia. Di akhirat kelak
ia akan menyesal yang tidak putus-putus, dan neraka tempat tinggalnya.

Allah menguji manusia. Ujian itu ada berbagai-bagai tujuan. Ada kalanya
untuk tujuan menghukum manusia kerana kesalahan dan dosa yang telah
dilakukan olehnya. Ada kalanya pula untuk meninggikan taraf orang itu
supaya dapat bersama orang-orang yang mempunyai ilmu kerohanian yang
mengalami berbagai-bagai hal dan maqam. Mereka ini telah mengembara di
padang bencana dan kesusahan dengan menunggang kenderaan kasih sayang
Allah dan ditiup dengan angin bayu penglihatannya yang lemah lembut
terhadap pergerakan dan sikap mereka kerana ujian itu bukan hendak
mencampakkan mereka ke neraka tetapi sebaliknya, dengan ujian Allah
menguji mereka untuk memilih mereka dan meneguhkan keimanan mereka
dan membersihkan mereka agar terbeza iman dengan kufur, tauhid dengan
syirik, dan sebagai ganjarannya orang itu diberi ilmu, rahsia dan nur.

Apabila orang-orang ini telah bersih zahir dan batin dan hati mereka telah
suci, maka orang itu akan jadi orang-orang pilihanNya dan kekasihNya dan
mendapat rahmat di dunia dan di akhirat, dan dunia ini melalui hati mereka,
dan di akhirat melalui jasmani mereka. Oleh itu, bala bencana itu adalah
sebenarnya pencuci atau pembersih daki-daki syirik dan memutuskan
perhubungan dengan manusia dan keduniaan dan hawa nafsu kebinatangan
dan keiblisan, dan juga menjadi alat untuk menghancurkan bangga, sombong
dan tamak haloba serta menghapuskan niat yang bukan kerana Allah dama
membuat ibadat umpamanya beribadat kerana hendakkan syurga atau
sebagainya.
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 97
 
Tanda ujian dengan cara hukuman ialah hendakkan sabar apabila datang
ujian-ujian itu dan meratap serta merungut kepada orang lain. Tanda ujian
dengan cara pembersihan dan pembuangan kelemahan ialah adanya
kesabaran yang baik tanpa rungutan dari menunjukkan kesusahan kepada
orang lain dan tanpa keberatan untuk membuat suruhan Allah. Tanda ujian
untuk meninggikan taraf ialah adanya kerelaan dan kesukaan hati dan
kedamaian terhadap lakuan Allah, Tuhan seru sekalian alam, dan diri sendiri
pun hilang dalam ujian itu sehinggalah masanya ujian itu akan tamat.

BAB 46: SYARAHAN KEEMPAT PULUH ENAM

Ada satu hadith Nabi menyatakan bahawa Allah ada berkata iaitu,
"Barangsiapa yang sentiasa mengingat Aku dan tidak ada masa untuk
meminta sesuatu kepadaKu, maka Aku akan beri dia perkara yang lebih baik
daripada yang diberi kepada orang yang meminta."

Ini ialah kerana apabila Allah hendak memilih seseorang yang beriman
untuk tujuannya sendiri, maka orang itu akan dibawaNya melalui berbagai-
bagai keadaan (hal) kerohanian dan mengujianya dengan berbagai-bagai
kesulitan dan kesusahan. Allah jadikan dia miskin setelah kaya. Bahkan
sampai orang itu hampir-hampir mengemis untuk mencari rezeki. Kemudian
ditolongnya dari menjadi pengemis dan orang itu pun hampir-hampir hendak
meminjam dari orang lain untuk mencari nafkah. Kemudian Allah
selamatkan dia dari meminjam dan diberiNya kerja. Maka bekerjalah dia
mencari nafkah hidup seperti yang telah dilakukan oleh Nabi.

Kemudian dijadikanNya kesusahan pada orang itu untuk mencari rezeki


rezeki dan diperintahkan kepada orang itu melalui ilham supaya mengemis.
Perintah demikian ini ialah sebenarnya perintah rahsia yang diketahui dan
disedari oleh orang yang berkenaan itu sahaja. Allah jadikan kerja mengemis
itu sebagai ibadat baginya dan berdosa jika ia tidak melakukannya, agar
dengan itu kebanggaan hilang dan egonya hancur lebur. Ini ialah latihan
kerohanian. Mengemis cara itu ialah suruhan Allah dan bukan secara syirik.
Kemudian Allah lepaskan orang itu dari keadaan tersebut dan
memerintahNya supaya meminjam dan ini tidak boleh dibantah lagi,
sebagaimana ia mengemis dahulu juga.

Setelah itu, tukar pula keadaan orang itu dan memutuskan perhubungannya
dengan manusia dan menjadikan orang itu hanya bergantung kepada Allah
98  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
sahaja untuk nafkah hidupnya. Apa sahaja yang dikehendakinya pinta sahaja
kepada Allah dan Allah akan perkenankan, dan jika ia tidak meminta, Allah
tidak memberi apa-apa kepadanya.

Kemudian itu Allah tukar pula keadaannya iaitu daripada meminta secara
lisan kepada meminta dalam hati sahaja. Oleh itu orang itupun melalui
hatinya kepada Allah. Apa sahaja dipinta akan diberi Allah.

Jika ia meminta dengan lisan, Allah tidak memberinya ataupun jika ia


meminta kepada manusia, maka ia tidak dapat apa-apa dari manusia itu.
Kemudian keadaan ini ditukar lagi. Allah hilangkan dia daripada diri orang
itu sendiri dan dia tidak meminta lagi secara rahsia atau secara terbuka.
Maka diapun diberi Allah ganjaran dengan apa sahaja yang membetulkan
dirinya dan menukar keadaan dirinya daripada perkara-perkara yang
demikian, diminum, dipakai dan apa sahaja keperluan hidup tanpa berusaha
atau terlintas difikirannya. Allah akan menolong.
Firman Allah:

t⎦⎫ÅsÎ=≈¢Á9$# ’¯<uθtGtƒ uθèδuρ ( |=≈tGÅ3ø9$# tΑ¨“tΡ “Ï%©!$# ª!$# }‘Ïd↵Ï9uρ ¨βÎ)


"Sesunggulinya perlindungKu ialah Allah yang telah menurunkan Al-Kitab
(Al-Qur'an) dan diamelindungi orang-orang yang soleh.
"(Surah Al-A'raf: Ayat 196)

Maka perkataan Allah yang diterima oleh Nabi itu betul-betul terzahir, iaitu,
"Yang tidak ada masa untuk meminta apa-apa, maka Aku beri dia lebih
daripada apa yang Aku beri kepada mereka yang meminta," dan inilah
peringkat 'bersatu' dengan Allah dan inilah keadaan atau kedudukan wali-
wali Allah biasa dan abdal. Dan peringkat ini ia diberi kuasa menjadikan,
dan apa sahaja yang dikehendakinya akan dapat olehnya dengan izin Allah
jua.
Firman Allah dalam satu daripada kitabkitabNya, "Wahai anak Adam!
Akulah Tuhan, tidak ada Tuhan kecuali Aku, bila aku katakan kepada
sesuatu "jadilah ", maka jadilah ia. Patuhlah kepadaKu, sehingga jika kamu
katakan kepada sesuatu "jadilah", maka jadilah ia."

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 99


 
BAB 47: SYARAHAN KEEMPAT PULUH TUJUH

Saya bermimpi, dan dalam mimpi itu datang seorang tua bertanya kepada
saya, "Apakah yang membuat si hamba itu hampir kepada Allah?" Saya
menjawab, "Proses ini ada awal dan ada akhirnya.

Awalnya ialah kuat beribadat dan taat. Akhirnya ialah redha dengan Allah,
menyerah diri kepada jalanNya dan bergantung penuh kepadaNya."

BAB 48: SYARAHAN KEEMPAT PULUH LAPAN

Seseorang yang beriman itu hendaklah melakukan tugas yang wajib dahulu.
Apabila itu sempurna, barulah melakukan yang sunat. Setelah inipun
sempurna, maka bolehlah melakukan yang lebih dari itu.

Jika seseorang itu melakukan yang sunat tetapi tidak melakukan yang wajib,
maka ia adalah satu kebodohan. Jika ia melakukan yang sunat dan nafal
(tugas-tugas yang berlebihan) sebelum melakukan yang wajib, maka
ibadatnya itu tidak diterima dan sia-sia sahaja. Ibarat seorang raja yang
menyuruh seorang rakyatnya menjadi hambanya. Tetapi orang itu tidak
pergi berjumpa raja, sebaliknya ia menghambakan dirinya kepada orang
besar atau oang kenamaan raja itu pada hal orang besar atau orang kenamaan
itupun adalah hamba kepada raja itu juga. Ali bin Abu Talib Radhiyallahu
'anhu berkata bahawa Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam ada
bersabda, "Misalan seseorang yang melakukan sembahyang-sembahyang
yang bukan wajib pada hal sembahyang-sembahyang yang wajib banyak
yang telah tidak dibuatnya, adalah umpama seorang perempuan yang hamil
dan sebelum sampai masanya ia beranak, ia telah keguguran, maka oleh itu
perempuan itu tidak lagi hamil dan tidak juga menjadi ibu."

Orang yang melakukan sembahyang-sembahyang yang bukan wajib dan


meninggalkan sembahyangsembahyang yang wajib, maka sembahyangnya
itu tidak diterima. Begitu juga ibarat orang yang sembahyang seperti orang
yang berniaga, ia tidak mendapat untung kecuali ia telah memegang
modalnya dahulu. Orang yang melakukan sembahyang yang bukan wajib,
maka sembahyang itu tidak diterima kecuali ia terlebih dahulu melakukan
sembahyang yang wajib. Orang yang melakukan sembahyang sunat dan
bukan wajib dan meninggalkan sembahyang yang sunat dan wajib itu, maka
100  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
sembahyangnya itupun tidak diterima dan sia-sia sahaja. Oleh itu, antara
perkara yang mesti kita hapuskan ialah membuat yang haram,
menyekutukan Allah, tidak redha dengan hukum dan takdirNya, menurut
sahaja kata-kata orang dan keinginan mereka, tidak melakukan perintah
Allah dan derhaka kepadaNya. Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda, "Tidak boleh mentaati sesiapa jika itu menderhakai
Allah."

BAB 49: SYARAHAN KEEMPAT PULUH SEMBILAN

Barangsiapa memilih tidur dan tidak memilih berjaga malam untuk


sembahyang, maka pilihannya itu adalah pilihan yang tidak baik dan
mematikan hatinya kerana tidur itu adalah seperti mati juga. Tidur tidak
sesuai dengan Allah kerana Dia tidak ada cacat cela. Malaikat pun tidak juga
tidur kerana mereka itu hampir dengan Allah. Tidur juga tidak sesuai dengan
orang-orang akhirat kerana mereka itu orang-orang yang suci dan mulia dan
pada sisi mereka tidur itu merosakkan keadaan kehidupan mereka. Oleh itu,
semua kebaikan itu terletak dalam berjaga dan semua kejahatan itu terletak
dalam tidur dan malas bekerja.

Orang yang makan kerana tamak haloba, makannya banyak, tidurnya banyak
dan minumnya banyak, dan banyak pula kebaikan yang hilang darinya.
Barangsiapa yang makan sedikit daripada yang haram adalah seperti orang
yang makan banyak dari yang halal kerana tamak, sebab benda-benda yang
haram itu melemahkan iman dan menggelapkannya. Apabila iman gelap,
maka tidak ada sembahyang, ibadat dan keikhlasan. Barangsiapa makan
banyak benda-benda yang halal di bawah perintah dan kehendak Allah
adalah seperti orang yang makan sedikit dalam keseronokkan ibadat dan
mendatangkan kekuatan. Jadinya, benda-benda yang halal itu adalah cahaya
yang ditambah kepada cahaya, dan yang haram itu adalah gelap ditambah
kepada gelap. Tentu sahaja tidak baik. Oleh itu, memakan bendabenda yang
halal dengan tamak dan tanpa menurut kehendak dan perintah Allah ialah
seperti memakan benda-benda yang haram dan ini membawa tidur yang
tidak ada kebaikan di dalamnya.

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 101


 
BAB 50: SYARAHAN KELlMA PULUH

Mungkin kamu berada dalam satu daripada dua keadaan ini:


(1) Jauh dari Allah Subhanahu wa Ta'ala.
(2) Hampir dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Sekiranya kamu jauh dari Allah, maka janganlah kamu berdiam diri sahaja
dan tidak mahu mengajar bahagian kamu dari kurniaan Allah dan
kebahagiaan, keselamatan dan kemajuan di sisi Allah dalam dunia ini dan di
akhirat kelak. Ayuh! Bangunlah dan segera menuju Allah. Tinggalkan
keseronokkan dan berfoya-foya itu dan jauhkan yang haram. Bersedialah
dengan sabar menghadapi kesulitan dan kesusahan dan jauhkan diri dari
manusia dan dari keinginan dunia atau akhirat agar kamu berjaya 'bersatu'
dengan Allah dan hampir denganNya, dan kemudian itu, barulah kamu boleh
mendapat apa yang kamu kehendaki. Kamu akan diberi kemuliaan dan
ketinggian pangkat di sisi Allah. Jika kamu telah masuk dalam golongan
yang diberi Allah kehormatan, kasih sayang dan rahmatNya, maka
tunjukkanlah sopan santun dan akhlak yang baik dan jangan kamu merasa
tinggi diri dengan kurniaanNya itu, agar kamu tidak lupa tentang kewajipan
kamu terhadap Allah dan agar kamu tidak condong kembali kepada
kejahilan dan kegelapan kamu yang mula-mula dulu. Firman Allah:
$pκ÷]ÏΒ z⎯ø)xô©r&uρ $pκs]ù=Ïϑøts† βr& š⎥÷⎫t/r'sù ÉΑ$t6Éfø9$#uρ ÇÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈uΚ¡¡9$# ’n?tã sπtΡ$tΒF{$# $oΨôÊttã $¯ΡÎ)

Zωθßγy_ $YΒθè=sß tβ%x. …çμ¯ΡÎ) ( ß⎯≈|¡ΡM}$# $yγn=uΗxquρ


"Sesungguhnya Kami telah mengemukan amanah kepada langit, bumi dan
gunung-gunung,maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan
mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh
manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.
(Surah AJAhzab: Ayat 72)
Firman Tuhan lagi:

∩⊇⊇∪ Zωθàftã ß⎯≈|¡ΡM}$# tβ%x.uρ ( Îösƒø:$$Î/ …çνu™!%tæߊ Îh¤³9$$Î/ ß⎯≈|¡ΡM}$# äíô‰tƒuρ


"Dan manusia mendo'a untuk kejahatan sebagaimana ia mendo'a untuk
kebaikan. Dan manusia adalah bersifat tergesa-gesa."
(Surah Al-Isra': Ayat 11)
Pelihara hati kamu daripada condong kepada apa yang telah kamu
tinggalkan tentang manusia, hawa nafsu, keinginan, usaha, kehilangan sabar,
redha dan bersesuaian dengan Allah semasa ditimpa kemalangan dan

102  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
kesusahan. Sebaliknya kamu hendaklah menyerahkan diri kamu kepada
Allah seperti bola di kaki pemain bola, atau seperti bayi dipangkuan ibunya,
atau seperti mayat di tangan pemandipemandinya.

Butakan hati kamu kepada apa sahaja selain Dia supaya kamu pandang tidak
ada yang lain kecuali Allah, tidak ada yang wujud, tidak ada yang
memudharatkan, tidak ada yang memfaatkan, tidak ada yang menolak
pemberian atau yang memberi, semua itu si Dia itu jua. Anggaplah makhluk
itu, semasa kesusahan dan penderitaan, sebagai tali cemeti dari Allah Yang
Maha Agung, yang dengannya Allah memukul kamu. Semasa kebahagiaan
dan keselamatan, anggaplah makhluk itu sebagai tangan Allah yang
memberi rezeki kepada kamu.

BAB 51: SYARAHAN KELlMA PULUH SATU

Orang-orang yang taat kepada Allah itu menerima ganjarannya dua kali.
Pertama kerana ia meninggalkan dunia ini yang mana menurut kehendak
hawa nafsu sahaja dan ia mengambil dari dunia ini yang mana membolehkan
ia beribadat kepada Allah. Apabila ia telah memusuhi dirinya dan melawan
hawa nafsunya dan ini telah terdiri teguh padanya, maka termasuklah ia
dalam golongan orang-orang yang benar dan wali Allah. Maka masuklah ia
dalam golongan abdal dan 'arifin (orangorang yang tahu tentang hakikat)
selepas itu, barulah dia diperintahkan mengambil dan berhubung dengan
keduniaan kerana ada bahagiannya di dunia ini yang tidak boleh dibuang dan
telah ditetapkan untuknya sahaja. Apabila perintah ini telah dilepaskan, dia
pun mengambil bahagiannya di dunia ini atau menerima penerangan tentang
ilmu Allah. Dia berhubung dengan dunia dan bertindak sebagai kenderaan
takdir yang dilantik olehnya dan lakuannya dalam perkara itu tanpa dia
terlibat di dalamnya dan tanpa keinginan atau maksud dan usaha dari diri
dia, dia diberi ganjaran kerana semua ini bagi kali yang keduanya, kerana
dia melakukan itu semua kerana patuh kepada perintah atau bersesuaian
dengan lakuan Allah dalam perkara itu.

Mungkin ada pertanyaan, bagaimana pula kamu mengatakan orang yang


sampai ke taraf itu diberi ganjaran, sedangkan dia telah mencapai ke tingkat
kerohanian yang tinggi dan termasuk dalam golongan abdal dan arifin dan
telah menjadi orang pilihan Allah, orang yang dikasihiNya, orang yang
diredhaiNya, yang telah lenyap dari manusia dan dirinya sendiri dari
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 103
 
kemahuan dan keinginannya sendiri, segala gerak dan dimanya, segala tutur
katanya dan lakuannya adalah dari Allah semata-mata dan dia merasa
dirinya tidak apa-apa di hadrat kebesaran Ilahi bahkan seluruh jiwa raga dan
kepunyaannya telah diserahkan kepada Allah, bagaimana pula orang seperti
ini diberi ganjaran sedangkan dia tidak meminta apa-apa dan dianggapnya
dirinya tidak ada apa-apa dan abdi atau hamba semata-mata kepada Allah?
Jika kamu berkata demikian, jawabnya "memang kamu berkata benar, tetapi
Allah hendak melimpahi berkat dan kasih sayangNya kepada orang itu dan
dipeliharaNya dengan penuh lemah lembut dan penuh mesra dan redha.

Orang itu telah melepaskan tangannya dari segala hal ehwal dirinya dan
tidak mahu meminta kesedapan di dunia ini kerana kesedapan itu telah
ditentukan baginya di syurga kelak, dan tidak mahu manfaat dari dirinya itu
dan tidak juga mahu mengelakkan mudharat dari dirinya itu. Sehinggakan
dia telah menjadi ibarat bayi dipangkuan yang tidak tahu apa-apa. Dia
dipelihara dengan kasih sayang dan mesra Allah dan diberi rezeki oleh
Allah.

Apabila Allah melucutkan dari si hamba itu semua kecenderungan terhadap


dirinya (diri si hamba) maka Allah akan cenderungkan hati manusia
terhadap si hamba itu dan melimpahkan kasih sayang dalam hati-hati mereka
itu untuk si hamba tersebut sehinggakan semua orang kasih kepadanya dan
suka kepadanya. Allah akan memeliharanya dengan sebaik-baiknya dan
tidak ada satu apapun yang dapat mempengaruhi dan memudharatkannya.
Kerana itulah Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam ada
mengatakan seperti firman Tuhan dalam Al-Qur'an, "Sesungguhnya
kawanku ialah Allah yang menurunkan Al-Qur'an dan Dia menolong orang-
orang yang baik. "

BAB 52: SYARAHAN KELlMA PULUH DUA

Sesungguhnya Allah akan menguji satu golongan daripada orang-orang yang


beriman yang menjadi waliNya dan yang dihampiriNya dan yang diberiNya
ilmu-ilmu kerohanian agar mereka berdo'a dan bermohon kepadaNya dan
Dia suka menerima do'a dan permohonan mereka. Apabila mereka berdo'a
dan bermohon, Allah perkenankan do'a dan permohonan mereka itu supaya
Allah memberi kemurahan dan keagungan bahagian-bahagian mereka, sebab
keagungan dan kemurahan itu telah memohon ke hadrat Allah semasa si
104  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
mukmin itu berdo'a, agar do'anya terima. Kadang-kadang permohonan dan
doa itu diperkenankan tetapi bukan dilaksanakan dengan serta merta, kerana
menurut takdir dan hukuman Allah, dan bukannya kerana tidak diterima
langsung. Oleh itu, si hamba hendaklah bersabar tatkala ditimpa mala petaka
dan selidiklah diri sendiri sama ada telah melakukan dosa dan maksiat, tidak
mematuhi Allah, membuat yang haram, secara terang-terang atau
tersembunyi, atau menyalahkan takdir, kerana ada kalanya ujian itu adalah
hukuman kerana melakukan dosa. Jika mala petaka itu dihindarkan Allah,
maka baguslah. Jika tidak, teruslah bersabar dan meminta serta merayu
dengan penuh khidmat kepada Allah kerana mungkin juga ujian itu
diteruskan terhadapnya agar dia terus berdoa dan merayu kepadaNya.
Janganlah salahkan Allah kerana melambatkan do'a kamu termakbul.

BAB 53: SYARAHAN KELlMA PULUH TIGA

Pintalah kepada Allah supaya kita boleh redha dengan takdirNya. Dan boleh
tenggelam dalam lakuan Allah, kerana di situlah terletaknya kedamaian dan
syurga dalam dunia ini dan juga itu adalah pintu gerbang Allah yang agung
dan cara untuk mencapai kasih Allah untuk hamba-hamba yang beriman.

Barangsiapa yang dikasihi Allah, maka orang itu tidak akan didera atau
dihukum di dunia dan dia akhirat. Dengan keredhaan dan tenggelam dalam
lakuanNya itulah terletaknya perhubungan dengan Allah, bersatu denganNya
dan berpadu denganNya.

Janganlah kamu leka dengan kesedapan dan keseronokkan dunia sahaja.


Janganlah kamu hanya berharap dan ingat kepada apa yang diuntukkan
untukmu atau yang bukan yang diuntukkan untukmu.

Jika kamu berusaha untuk mendapatkan apa yang bukan untukmu, maka itu
adalah tanda kebodohan, kejahilan dan itu juga adalah hukuman berat yang
ditimpakan kepadamu kerana, "Di antara yang paling berat ialah berusaha
mendapatkan apa yang bukan ditakdirkan untuk kamu."

Jika diberipun, itu tidak lain ialah tamak haloba dan menyekutukan
penyembahan, kasih dan hakikat, dalam usaha mencarinya itu kamu leka
dalam hal selain Allah. Barangsiapa yang bersungguh-sungguh mencari
kesedapan dan keseronokkan dunia adalah dia tidak ikhlad dalam cintanya
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 105
 
dan sahabatnya dengan Allah. Oleh itu, barangsiapa mementingkan apa
sahaja selain Allah adalah pembohong dan pendusta.

Begitu juga, barangsiapa menyembah Allah kerana berkehendakkan sesuatu


ganjaran adalah tanda tidak ikhlas. Penyembahan yang ikhlas ialah kerana
Allah semata dan mengakui keTuhanannya itu rububiyahNya (sifat-sifat
Allah yang mengontrol dan memelihara sekalian alam). Orang yang ikhlas
itu menyembah Allah kerana memandangkan keTuhanan, kerana
sememangnya Dia sahaja yang patut disembah. Sudah sepatutnya dia patuh
dan mengabdikan diri kepada Allah yang mengontrol segalagalanya, yang
mengontrol dirinya, gerak dan diamnya, bahkan apa sahaja. Si hamba itu dan
apa sahaja kepunyaannya adalah sebenarnya kepunyaan Allah jua. Bagimana
tidak? Seperti yang saya katakan iaitu semua lakuan penyembahan adalah
kurniaan Allah dan limpahan kasih sayangNya kepada hambahambaNya
kerana Dialah yang memberi kekuatan kepada si hamba itu untuk melakukan
penyembahan itu dan memberi si hamba itu kuasa atasnya.

Syukur kepadaNya itu adalah lebih baik dari meminta ganjaran kerana
membuat lakuan ibadat atau penyembahan itu.

Bagaimana pula kamu hendak leka dan bermati-matian memburu kesedapan


dan keseronokkan dunia sahaja setelah kamu lihat kebanyakan manusia yang
mengejar kesedapan dan keseronokkan dunia itu makin bertambah ingkar
dan angkuh dan lupakan Allah yang memberi mereka kurniaan itu, bahkan
mereka bertambah tamak dan haloba lagi. Mereka pandang apa yang ada
kepada mereka itu masih kecil dan tidak baik, tetapi apa yang ada dalam
kepunyaan orang lain mereka pandang sebagai yang terbaik dan teragung
dan perlu direbut. Dalam proses merebut dan mengejar itu, umur bertambah
tua, badan bertambah lemah, peluh telah kekeringan, harta benda makin
berkurangan, hati bertambah
kelam, dan gelap dan dosa bertimbun. Maka rekod hidupnya di dunia ini
bertambah buruk dan hina.

Lupalah mereka bersyukur kepada Allah yang memberi mereka kurniaan itu.
Mereka derhaka kepada Allah. Maka rugilah mereka di dunia dan di akhirat.
Mereka tidak dapat bahagian orang lain yang mereka kejari itu. Umur
mereka di dunia ini sia-sia sahaja dan di akhirat kelak makin bertambah
siasia lagi. Inilah orang yang paling hina, jahil dan tidak menggunakan akal
dan fikiran mereka.

106  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
Sekiranya mereka bersyukur dan redha dengan apa yang ada pada mereka
dan patuh kepadanya, maka tidaklah mereka bersusah payah mengajar
bahagian mereka di dunia ini dan mereka akan jadi orangorang Allah dan
akan mereka terima dari Allah apa yang mereka pinta dan inginkan. Mudah-
mudahan Allah jadikan kita semua redha dengan takdirNya, dan menjadikan
ini do'a kita dan kita semua masuk dalam majlisNya dan mendapat
kesejahteraan, kekuatan dan kesihatan kerohanian dan Allah meredhai kita
sekalian.

BAB 54: SYARAHAN KELlMA PULUH EMPAT

Barangsiapa hendakkan akhirat, perlulah ia memalingkan dirinya dari dunia,


dan barangsiapa hendakkan Allah, perlulah ia memalingkan dirinya dari
akhirat, Hendaklah dia membuang kehidupan keduniaannya kerana Allah
semata-mata. Selagi ada kehendak kepada kedunia an seperti kesedapan dan
keseronokkan keduniaan, makan minum, berkahwin, rumah, kenderaan,
kekuasaan, pangkat, sanjungan, memperdalam ilmu yang lain dari rukun

Islam yang lima itu dan hadith dan Al-Qur'an, ingin kemiskinan itu hilang
dari diri, ingin kaya, ingin bahagia dan tidak ingin bencana, ingin faedah dan
sebagainya, maka jika semua itu ada bermain-main dalam fikiran dan hati
kamu, maka itu tanda kamu belum lagi menjadi orang Allah, kerana semua
itu adalah untuk kepentingan diri sendiri dan kehendak jasmani dan
kebahagiaan fikiran, semua itu adalah keduniaan juga.

Semua itu perlulah dikikis habis dari hati. Bersihkan fikiran dari
mengingatinya dan tanamlah perasaan suka dalam memfana'kan diri dalam
Allah dan biar tidak ada harta benda sekalipun. Biarlah hati itu bersih dari
segala-galanya selain Allah, agar dapat hidup bersih di dunia ini.

Apabila orang itu telah jadi sempurna dalam perkara ini, maka semua
kedukaan dan kesedihan akan hilang dari hati dan semua resah gelisah akan
hapus dari fikiran. Maka timbullah kesentosaan dan hidup yang baik dan
iapun hampir dengan Allah. Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam
pernah bersabda, "Tidak mempedulikan dunia membawa kebahagiaan hati
dan badan."

Selagi dalam hati itu ada kecenderungan kepada keduniaan, maka lelagi
itulah ada dukacita. Takut dan resah gelisah dalam hati itu. Hati seperti ini
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 107
 
terhijab dari Allah. Semua ini tidak dapat dibuang kecuali kasih kepada
dunia ini dikikis habis dari dalam hati itu.

Setelah itu hendaklah jangan peduli kepada hal kehidupan di akhirat seperti
berkehendakkan syurga, bidadari, pangkat yang tinggi di akhirat, tempat
kediaman yang paling baik, kenderaan syurga, pakaian, minuman, makanan,
hiasan dan keindahan di syurga yang telah diuntukkan Allah bagi
orangorang yang beriman.

Oleh itu, janganlah kita beribadat itu hendakkan ganjaran di syurga kelak.
Janganlah kita bersembahyang dan beribadat kerana kita hendakkan
ganjaran di akhirat atau di dunia. Kita beribadat dan bersembahyang adalah
semata-mata kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala. Hanya dengan itu sahaja
Allah memberi kita ganjaran yang baik dengan sepenuhnya. Maka Allah
akan membawa kita hampir denganNya dengan penuh redha dan kasih
sayang. Allah kurniakan Rasul-rasul, Nabi-Nabi, auliya' dan orang-orang
yang dikasihiNya kebaikan dan ilmu tentang diriNya. Maka si hamba itupun
bertambah maju dari sehari ke sehari. Kemudian itu, diapun dimasukkan ke
alam akhirat dan dapat mengalami "apa yang tidak pernah dipandang mata,
apa yang tidak pernah didengar telinga, dan apa yang tidak pernah terlintas
dalam fikiran" yang semua itu melebihi dan melampaui semua pengetahuan
dan tidak dapat diberi penerangan.

BAB 55: SYARAHAN KELIMA PULUH LIMA

Kesedapan hidup ini dibuang sebanyak tiga kali. Pada mulanya si hamba
Allah itu berada dalam kegelapan kejahilannya dan dalam keadaan yang
tidak tentu hala, melakukan sewenang-wenangnya menurut hawa nafsu
kebinatangan semata dalam semua tindak tanduk hidup, tanpa mahu
mengabdikan diri kepada Allah dan tanpa pegangan agama untuk mengawal
dirinya. Dalam keadaan ini, Allah memandangnya dengan kasih sayang.
Oleh itu, dihantarNya kepadanya seorang penasihat dari orangorang
golongannya juga seorang hamba Allah yang baik, dan penasihat yang lagi
satu ada juga dalam dirinya sendiri. Jadi kedua-dua penasihat ini
mempengaruhi dirinya. Maka nampaklah olehnya kecacatan yang ada pada
dirinya, seperti menunggang hawa nafsu sahaja dan tidak menurut yang hak.
Dengan itu cenderunglah ia kepada undang-undang atau hukum Allah dalam
semua tindak tanduknya.
108  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
Oleh itu, si hamba itu menjadi seorang muslim yang berdiri dalam hukum
Allah, keluar dari keadaannya yang jahil itu dan meninggalkan yang haram
dan yang memberi syak wasangka.

Maka iapun mengambil yang halal sahaja dari segala perkara, seperti makan,
minum, berpakaian, berkahwin dan lain-lain lagi, yang mana semua ini
adalah perlu untuk melindungi asa-asa kesihatan dan kekuatan untuk patuh
kepada Allah, agar ia menerima sepenuhnya apa yang diberi Allah untuknya
dan tidak boleh melampaui itu, dan tidak boleh keluar dari kehidupan dunia
ini sebelum pergi mendapatnya dan menyempurnakannya. lapun berjalanlah
dalam hal-hal yang halal dalam semua keadaan hidup ini sehingga sampa i
ke peringkat kewalian (wilayah) dan masuklah ia dalam golongan orang-
orang yang membenarkan hakikat dan orang-orang pilihan Allah yang
inginkan berdamping dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Kemudian iapun berjalan dalam perintah Allah sahaja dan diapun


mendengar kata-kata Allah dalam dirinya yang berkata, "Buangkan dirimu
sendiri dan mari ke mari, buangkan kesedapan dan keseronokkan dan
makhluk, jika kamu mahu Allah, buangkan dunia dan akhirat dan kosongkan
dari segala-galanya. Gembiralah dengan keEsaan Allah, buangkan syirik dan
bersikap ikhlaslah. Kemudian masuklah dalam majlis keTuhanan dan hampir
kepadaNya dengan bersujud menghinakan diri dan tidak lagi mempedulikan
hal keduniaan dan keakhiratan atau kepada makhluk atau kepada
keseronokkan hidup."

Apabila ia sampai ke peringkat ini dan telah teguh berada diperingkat itu ,
maka diterimanya dari Allah pakaian kemuliaan dan kehormatan dan
dilimpahi dengan nur dan berbagai-bagai kurniaan.

Maka dikatakan kepadanya, "Pakai olehmu rahmat dan nikmatKu dan


jangan bersikap angkuh dan membuangkan kehendak dan kemahuan kerana
menolak pemberianKu itu boleh memberatkanKu dan memperkecilkan
kekuasaanku." Kemudian diapun diberi pakaian yang mulia dan hormat itu
tanpa ia sendiri memainkan peranan dalam perkara tersebut. Sebelum ini
beliau disarung oleh kemahuan hawa sendiri sahaja, maka dikatakan
kepadanya, "Selubungkan dirimu dengan rahmat dan kurniaan Allah."

Jadi bagi dia ada empat peringkat dalam mencapai kebahagiaan dan
bahagiannya. Peringkat pertama ialah kehendak hawa nafsu kebinatangan
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 109
 
semata dan ini adalah diharamkan. Peringkat yang kedua ialah menurut
hukum dan undang-undang Allah dan ini dibolehkan. Peringkat ketiga ialah
perintah batin dan ini adalah peringkat kewalian (wilayah) dan membuang
hawa nafsu kebinatangan. Peringkat keempat ialah peringkat keredhaan dan
kurniaan Ilahi, di sini lenyaplah kehendak dan maksud diri.

Inilah peringkat badliyat. Si hamba itu masuk dalam majlis keTuhanan Yang
Maha Tinggi, ia menyerah bulat kepada Allah dan menurut lakuan Allah
semata. lnilah peringkat di mana ia dapat ilmu dari Allah terus dan
mempunyai sifat-sifat yang baik. Tidak boleh dipanggil benar dan baik jika
belum mencapai peringkat ini.

Ini bersesuaian dengan firman Allah yang maksudnya lebih kurang,


"Sesungguhnya kawanku ialah Allah yang menurunkan Al-Qur'an dan ia
menolong orang-orang yang baik."

Oleh itu, si hamba yang sampai ke peringkat yang keempat ini tidak lagi
menggunakan apa-apa yang memberi manfaat kepada dirinya dan tidak pula
perlu menghindarkan apa-apa yang memberi mudharat kepada dirinya. Ia
seperti bayi dipangkuan ibunya atau seperti mayat di tangan pemandi-
pemandinya.

Dia bergantung kepada qadha' dan qadar semata-mata tanpa memilih apa-
apa dan tanpa berusaha apaapa.

Terpulanglah kepada Allah melakukan apa sahaja untuknya. Dia tidak lagi
ada apa-apa. Kadangkadang Allah memberinya kesusahan dan kadang-
kadang diberiNya kesenangan, kadang-kadang kaya dan kadang-kadang
papa. Dia tidak mahu memilih atau inginkan sesuatu maqam (stesyen) atau
pertukaran stesyen itu, sebaliknya dia redha dan senang hati terhadap apa
sahaja yang dilakukan Allah ke atasnya. Inilah peringkat terakhir dalam
pengembaraan kerohanian yang dicapai oleh para abdal dan auliya'.

110  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
BAB 56: SYARAHAN KELlMA PULUH ENAM

Apabila si hamba itu telah menghalau keluar segala makhluk, dirinya


sendiri, kehendak dan keinginannya, baik pun hal keduniaan dan
keakhiratan, dari dalam hatinya itu, maka tidaklah ia mahu apa-apa lagi
selain Allah. Hatinya kosong dari apa sahaja selain Allah. Maka barulah ia
sampai masuk ke dalam majlis Tuhan Yang Maha Tinggi. Allah kasih
kepadanya dan dia kasih kepada Allah.

Allah jadikan segala makhluk kasih pula kepada si hamba itu. Semata-mata
kasih si hamba di peringkat ini ialah Allah dan inginkan hampir dengan
Allah. Allah akan buka pintu rahmat terhadap hamba itu dan pintu itu tidak
akan tertutup lagi. Maka lenyaplah si hamba itu dalam Allah. Dia berniat
melalui Allah, dia bertindak melalui Allah, dia diam dan bergerak melalui
Allah. Pendeknya dia itu adalah perkakas semata-mata bagi Allah Yang
Maha Besar. Si hamba itupun tidak nampak yang lain lagi kecuali Allah
sahaja. Kemudian seolah-olah Allah membuat sesuatu janji kepada si hamba
itu tetapi janji itu tidak ditunaikanNya dan apa yang diharapkan oleh si
hamba itu dari janji tersebut tidak diperolehnya. Ini ialah kerana pencarian
itu hilang dengan hilangnya kehendak dan kemahuan dan mencari
keseronokkan. Kemudian seluruh diri si hamba itu akan jadi lakuan Allah
semata-mata dan objekNya.Oleh itu di sini tidak ada timbul perkara
'tunainya janji' atau 'tidak tunainya janji' kerana perkara itu hanya terletak
kepada orang yang masih ada kehendak dan kemahuan sendiri. Dalam
peringkat ini, janji Allah bagi orang dalam peringkat ini bolehlah diibaratkan
sebagai seorang yang telah berniat hendak melakukan sesuatu perkara,
kemudian niat itu bertukar kepada yang lain, maka niat yang mula tadi telah
terbatal. Sebagaimana juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi
Muhammad tentang wahyu yang membatalkanwahyu yang terdahulu, seperti
dalam firmanNya:

Èe≅ä. 4’n?tã ©!$# ¨βr& öΝn=÷ès? öΝs9r& 3 !$yγÎ=÷WÏΒ ÷ρr& !$pκ÷]ÏiΒ 9ösƒ¿2 ÏNù'tΡ $yγÅ¡ΨçΡ ÷ρr& >πtƒ#u™ ô⎯ÏΒ ô‡|¡ΨtΡ $tΒ *

íƒÏ‰s% &™ó©x«
"Apa saja ayat yang Kami nasakhkan, atau Kami jadikan (manusia) lupa
kepadanya, Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang
sebanding dengannya . Tiadakah kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah
Maha Kuasa atas segala sesuatu?'
"(Surah Al-Baqarah: Ayat 106)
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 111
 
Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam bersih dari kehendak dan
kemahuannya sendiri kecuali dalam peristiwa-peristiwa yang tertentu yang
Allah firmankan dalam Al-Qur' an, misalnya dalam perkara tawanan perang
semasa perang Badar firmanNya:
$u‹÷Ρ‘‰9$# uÚttã šχρ߉ƒÌè? 4 ÇÚö‘F{$# ’Îû š∅Ï‚÷Wム4©®Lym 3“uó &r ÿ…ã&s! tβθä3tƒ βr& @c©É<oΨÏ9 šχ%x. $tΒ

öΝè?õ‹s{r& !$yϑ‹Ïù öΝä3¡¡yϑs9 t,t7y™ «!$# z⎯ÏiΒ Ò=≈tGÏ. Ÿωöθ©9 ∩∉∠∪ ÒΟŠÅ3m
y ͕tã ª!$#uρ 3 nοtÅzFψ$# ߉ƒÌムª!$#uρ

∩∉∇∪ ×Λ⎧Ïàtã ë>#x‹tã

"Tidak patut, bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat


melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu hendakkan harta benda
duniawiyah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untukmu). Dan
Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana."
(Surah Al-Anfal: Ayat 67-68)

Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya
kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.

Nabi adalah objek (perkakas) Allah. Allah tidak tetapkan dia tinggal dalam
satu keadaan, satu perkara dan satu janji sahaja tetapi Allah tukarkan dan
pindahkan dia ke dalam takdirNya dan membiarkan Nabi memegang tali
takdir itu. Dengan itu Allah akan memindahkan dan menukarkannnya dari
satu keadaan atau tempat dalam takdirNya dan menguasainya dengan
firmanNya, "Tidakkah kamu tahu bahwa Allah berkuasa atas segala-
galanya?."

Dengan lain perkataan, kamu adalah dalam takdir atau qadha dan qadar
Allah semata-mata. Kamu dalam lautan takdir Allah dan ombak takdir itu
melambung-lambungkan kamu ke sana dan ke sini.

Oleh itu, stesyen akhir kewalian ialah stesyen permulaan keNabian, tidak
ada lagi peringkat yang lebih tinggi dari wilayah (kewalian) dan badliyah
kecuali peringkat keNabian (nubuwah).

Ini bermaksud kitab-kitab Allah yang terdahulu, - penterjemah.

112  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
BAB 57: SYARAHAN KELlMA PULUH TUJUH

Semua keadaan pengalaman kerohanian itu adalah keadaan kontrol diri atau
kesabaran kerana wali itu diperintahkan menjaganya. Apa sahaja yang
diperintahkan supaya dijaga adalah memerlukan kesabaran. Menurut takdir
Ilahi itu adalah keadaan yang menyenangkan kerana seseorang itu tidak
diperintahkan menjaga apa-apa kecuali dirinya yang berada dalam takdir itu.

Oleh itu, perlulah seseorang wali itu tidak bertelingkah dan berselisih faham
tentang takdir Ilahi. Dia hendaklah jangan merungut atau bersusah hati
tentang apa sahaja yang ditimpakan Allah kepadanya sama ada baik atau
jahat. Hendaklah redha dengan senang hati terhadap apa yang dilakukan
Allah. Keadaan pengalaman itu terhad, maka diperintahkan menjaga had.
Tetapi lakuan Allah, iaitu takdir atau qadha dan qadar, tidak ada had yang
hendak dijaga.

Alamat yang menunjukkan si hamba itu telah mencapai maqam takdir dan
lakuan Allah dan kesenangan ialah ia diperintahkan supaya meminta
keseronokkan setelah diperintahkan membuangnya dan menjauhkannya,
kerana apabila hatinya telah kosong dari apa sahaja kecuali Allah, maka
iapun diberi kesenangan dan diperintahkan supaya meminta dan
berkehendakkan apa-apa yang telah diuntukkan Allah baginya dan
permintaan itu pula pasti diqabulkan Allah, agar nyatalah bahawa
kedudukannya, keredhaan Allah terhadapnya, dan perkenan Allah terhadap
do'a dan permintaannya, menjadi nyata dan diri terdiri dengan sebenarnya.
Menggunakan mulut meminta sesuatu kenikmatan dan kurniaan Allah itu
menunjukkan kesenangan yang telah diterimanya setelah bersabar beberapa
lama dan setelah keluar dari semua keadaan pengalaman kerohanian dan
maqam (stesyen) pengembaraan kerohaniannya dan setelah menahan diri
dari keluar batasan.

Jika ada soalan atau bahasan yang menyatakan bahawa dengan tidak
bersusah payah lagi menjaga dan menurut hukum-hukum atau syariat itu
akan membawa si hamba tadi ke lembah istsim (tidak percaya adanya Allah)
dan keluar dari Islam atau tidak mematuhi firmanNya:
∩®®∪ Ú⎥⎫É)u‹ø9$# y7u‹Ï?ù'tƒ 4©®Lym y7−/u‘ ô‰ç6ôã$#uρ
"Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal)."
(Al-Hijr: Ayat 99)

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 113


 
Maka jawab saya ialah ini bukan bererti si hamba tidak akan jadi istsim
(orang yang tidak percaya kepada adanya Allah) atau keluar dari Islam atau
tidak mematuhi firmanNya itu, dan ini juga bukan membawa si hamba tadi
ke lembah yang tidak diingini itu kerana Allah itu Maha Pemurah dan tidak
akan membiarkan waliNya terjerumus ke lembah hina itu. Si hamba yang
hampir padaNya itu sangat disayangiNya dan tidak akan diberiNya jatuh
cacat pada sisi syariat dan agamaNya, bahkan si hamba itu tetap dalam
peliharaan dan penjagaan Allah jua. Allah tidak membiarkan dia ditimpa
dosa dan tetap menjaganya dalam batasan hukum dan undang-undang yang
dibuatNya tanpa si hamba itu bersusah payah atau sedar melakukan semua
itu kerana ia terlalu hampir dengan Allah Yang Maha Agung. Firman Allah
yang ertinya lebih kurang, "Demikianlah Kami hindarkan ia dari dosa dan
maksiat, sesungguhnya dia itu adalah seorang daripada hamba-hamba Ku
yang ikhlas."

∩⊆⊄∪ t⎦⎪Íρ$tóø9$# z⎯ÏΒ y7yè7t ¨?$# Ç⎯tΒ ωÎ) í⎯≈sÜù=ß™ öΝÍκön=tã y7s9 }§øŠs9 “ÏŠ$t6Ïã ¨βÎ)
"Sesungguhnya hamba-hambaKu tidak ada kekuasaan bagimu terhadap
mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang
sesat."
(Surah Al-Hijr: Ayat 42)
Lagi firman Allah:

t⎦⎫ÅÁn=ø⇐ßϑø9$# «!$# yŠ$t7Ïã ωÎ)


"Tetapi hamba-hamba Allah yang dibersihkan (dari dosa)."
(As-Shafaat: Ayat 40)
Wahai insan, orang-orang seperti itu ditinggikan Allah darjatnya dan mereka
adalah objek Allah. Mereka hampir dengan Allah dan berada dalam rahmat
kasih sayang pemeliharaan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Bagaimana pula iblis hendak menghampiri mereka? Bagaimana pula
perkara-perkara dosa dan maksiat mencacati mereka? Mengapa kamu lari
dari rahmat Allah dan mengabdikan diri kepada kedudukan (darjat)". Kamu
telah berkata sesuatu yang tidak baik.

Semoga tuduhan atau bahasan yang tidak sopan itu dibinasakan Allah
dengan kekuasaan, rahmat dan kasih sayangNya. Semoga Allah memelihara
kita dalam kesempurnaan dan boleh memelihara diri dari dilanda dosa dan
noda. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberkati kita dan memelihara kita
dengan kasih sayangNya yang tidak terhingga.

114  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
BAB 58: SYARAHAN KELlMA PULUH LAPAN

Butakan mata hatimu dari memandang segala segi. Selagi kamu memandang
segi-segi itu, maka segi kurniaan Allah Subhanahu wa Ta 'ala dan
kehampiran denganNya tidak akan terbuka kepada kamu.
Oleh itu, tutuplah semua segi itu dengan kesedaran tauhid kepada Allah, dan
memfana'kan diri kamu dan ilmu kamu. Maka barulah terbuka kepada mata
hatimu segi Allah Yang Maha Besar. Kamu akan lihat dengan mata hatimu
apabila ianya datang dengan sinaran cahaya hatimu dan keimanan serta
kepercayaanmu yang teguh. Pada masa itu, nampaklah satu nur dari hatimu
dan lantas terzahir keluar.

Ibarat cahaya lampu dimalam gelap gelita memancar keluar melalui tingkap-
tingkap dan celah-celah dinding rumah dan menerangi di luar rumah itu oleh
terangnya cahaya di dalam rumah itu. Maka diri dan anggota kamu akan
merasai kesenangan dengan janji dan kurniaanNya dan tidak termasuk
langsung janji an hadiah yang datang dari selain Dia.

Oleh hal yang demikian, kasihlah dirimu dan jangan zalimi dia, janganlah
campakkan dirimu dalam gelap gelita kejahilan dan kebodohanmu, agar
kamu tidak melihat segi-segi makhluk sahaja dan mengkagumi kuasa dan
kepintaran makhluk sahaja sehingga kamu terpedaya dan bergantung kepada
makhluk. Jika kamu melihat segi-segi makhluk sahaja, maka semua segi itu
akan tertutup bagimu dan segi kurniaan Allah juga tidak akan terbuka
untukmu dan kamu akan terhukum derigan demikian, sebab kamu telah
bersikap syirik.

Apabila kamu sedar tentang keEsaan Allah dan memandang kurniaNya dan
berharap kepadaNya, tidak berharap kepada yang lain, dan membutakan
mata hatimu kepada yang lain kecuali Dia, maka Allah akan menghampiri
kamudan melimpahi rahmatNya kepadamu. Kamu akan diberi rezeki, makan
minum, layanan perubatan, memberi kamu kebahagiaan dan kesentosaan
dan pertolongan, dan dijadikan kamu sebagai pemerintah, dan kamu
dihilangkan dari makhluk, dari dirimu sendiri. Maka selepas itu, kamu tidak
lagi lihat kaya atau miskinmu.

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 115


 
BAB 59: SYARAHAN KELlMA PULUH SEMBILAN

Kamu adalah berada dalam salah satu daripada dua keadaan, iaitu dalam
keadaan penderitaan atau kesentosaan. Jika kamu dalam keadaan
penderitaan, hendaklah kamu sabar walaupun dengan usahamu sendiri, dan
ini adalah peringkat bawah. Dan sabar sebenarnya, dan ini adalah peringkat
yang lebih tinggi. Kemudian kamu hendaklah meminta redha dengan qadha
dan qadar Allah dan akhirnya tenggelam dalam qadha dan qadar itu, dan ini
adalah sesuai bagi abdal dan orang-orang yang mempunyai kebatinan, orang
yang mengetahui Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Jika kamu dalam kesentosaan, maka kamu hendaklah meminta supaya boleh
bersyukur. Syukur ini boleh dengan lidah, dengan hati atau anggota badan.
Bersyukur dengan lidah ialah dengan menyedari diri kita yang kurniaan itu
datang dari Allah dan jangan mensekutukanNya kepada manusia atau diri
kamu atau kepada usaha, kuasa, gerak dan daya kamu atau orang lain,
sebenarnya kurniaan itu sampai kepadamu melalui perantaraan diri kamu
atau orang lain. Diri kamu atau orang lain itu adalah semata-mata alat
perkakas Tuhan jua. Pada hakikatnya, yang memberi, yang menggerakkan,
yang mencipta, pelaku dan sumbernya adalah Allah semata-mata. Pemberi,
pencipta dan pelaku adalah Allah jua Oleh itu, sudah sepatutnya Dia sahaja
yang layak dipuji dan dipuja. Misalnya, seseorang itu bukan memandang
berat kepada hamba yang membawa hadiah itu tetapi memandang berat
kepada tuan hamba itu iaitu pemberi hadith tersebut.
Firman Allah:

∩∠∪ tβθè=Ï≈xî ö/ãφ ÍοtÅzFψ$# Ç⎯tã öΝèδuρ $u‹÷Ρ‘‰9$# Íο4θuŠptø:$# z⎯ÏiΒ #\Îγ≈sß tβθßϑn=ôètƒ
"Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia, sedang
mereka tetang (kehidupan) akhirat adalah lalai. "
(Surah Ar-Rum: Ayat 7)
Firman ini ditujukan kepada mereka yang bersikap salah itu. Mereka
nampak yang zahir sahaja dan tidak nampak di sebalik yang zahir itu. Inilah
orang yang jahil dan tersilap otaknya. Orang yang berakal sempurna itu
melihat hujung segala perkara.

Syukur dengan hati itu ialah percaya dan yakin sesungguh-sungguhnya


bahawa kamu dan apa sahaja kepunyaan kamu seperti kebaikanmu,
keseronokkanmu, zahir dan batinmu, gerak dan diammu, adalah datang dari

116  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
Allah Yang Maha Kaya dan Maha Pemurah. Syukur kamu dengan lisan itu
akan menyatakan apa yang dalam hatimu, seperti firman Allah:

tβρãt↔øgrB Ïμø‹s9Î*sù •‘Ø9$# ãΝä3¡¡tΒ #sŒÎ) ¢ΟèO ( «!$# z⎯Ïϑsù 7πyϑ÷èÏoΡ ⎯ÏiΒ Νä3Î/ $tΒuρ
“Dan apa saja nikmat yang ada padamu, maka dari Allahlah (datangnya).
Dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepadaNyalah
kamu meminta pertolongan."
(Surah An-Nahl: Ayat 53)
FirmanNya lagi:

öΝä3ø‹n=tæ xt7ó™r&uρ ÇÚö‘F{$# ’Îû $tΒuρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# ’Îû $¨Β Νä3s9 t¤‚y™ ©!$# ¨βr& (#÷ρts? óΟs9r&

Ÿωuρ “W‰èδ Ÿωuρ 5Οù=Ïæ ÎötóÎ/ «!$# †Îû ãΑω≈pgä† ⎯tΒ Ä¨$¨Ζ9$# z⎯ÏΒuρ 3 ZπuΖÏÛ$t/uρ ZοtÎγ≈sß …çμyϑyèÏΡ

∩⊄⊃∪ 9ÏΖ•Β 5=≈tGÏ.

"Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk


(kepentingan)mu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan
menyempurnakan untukmu nikmatNya lahir dan batin. Dan di antara
manusia ada yang membantah tentang (keEsaan) Allah tanpa ilmu
pengetahuan atau penunjuk dan tanpa kitab yang memberi penerangan."
(Surah Lukman: Ayat 20)

Lagi firmanNya, "Dan jika kamu hitung kurniaan Allah itu, maka kamu
tidak akan boleh menghitungnya."

Dari semua ayat yang tersebut itu, maka dapatlah diketahui bahawa pada
pandangan si muslim tidak ada yang memberi sesuatu melainkan Allah jua.

Syukur dengan anggota badan itu ialah menggunakan anggota bada itu
semata-mata untuk menjalankan ibadat kepada Allah dan mematuhi
perintahNya. Oleh itu, kamu dilarang melakukan perintah makhluk jika
perintah itu melanggar perintah Allah atau menentang Allah. Makhluk ini
termasuk diri kamu sendiri, kehendak dan kemahuan kamu, keinginan kamu
dan segala yang lain. Taatlah kepada Allah yang kepadaNya semua makhluk
tertakluk. Jadikan Dia pemimpin. Jadikanlah yang lain dari Allah itu sebagai
'yang kedua' atau perkara yang dikemudiankan daripada Allah. Jika kamu
mendahulukan atau lebih mementingkan yang lain dari Allah, maka kamu
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 117
 
telah menyeleweng dari jalan yang benar dan lurus, dan kamu menzalimi
diri kamu sendiri, dan kamu telah menjalankan perintah yang bukan datang
dari Allah untuk hamba-hamba yang beriman, dan jadilah kamu mengikut
jalan yang bukan jalan orang-orang yang Allah beri nikmat.
Firman Allah:

É#ΡF{$$Î/ y#ΡF{$#uρ È⎦÷⎫èy ø9$$Î/ š⎥÷⎫yèø9$#uρ ħø¨Ζ9$$Î/ }§ø¨Ζ9$# ¨βr& !$pκÏù öΝÍκön=tã $oΨö;tFx.uρ

uθßγsù ⎯ÏμÎ/ šX£‰|Ás? ⎯yϑsù 4 ÒÉ$|ÁÏ% yyρãàfø9$#uρ Çd⎯Åb¡9$$Î/ £⎯Åb¡9$#uρ ÈβèŒW{$$Î/ šχèŒW{$#uρ

∩⊆∈∪ tβθßϑÎ=≈©à9$# ãΝèδ y7Íׯ≈s9'ρé'sù ª!$# tΑt“Ρr& !$yϑÎ/ Νà6øts† óΟ©9 ⎯tΒuρ 4 …ã&©! ×οu‘$¤Ÿ2

"Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At Taurat)


bahawasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung
dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka-luka pun
ada qisasnya. Barangsiapa melepaskan (hak qisas) nya, maka melepaskan
hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan
perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah
orang-orang yang zalim."
(Surah Al-Mai'dah: Ayat 45)
Dan firmanNya lagi:

ª!$# tΑt“Ρr& !$yϑÎ/ Νà6øts† óΟ©9 ⎯tΒuρ 4 ÏμŠÏù ª!$# tΑt“Ρr& !$yϑÎ/ È≅ŠÅgΥM}$# ã≅÷δr& ö/ä3ósu‹ø9uρ

šχθà)Å¡≈xø9$# ãΝèδ y7Íׯ≈s9'ρé'sù


"Dan hendaklah orang-orang pengikut Injil, memutuskan perkara menurut
apa yang diturunkan Allah di dalamnya. Barangsiapa tidak memutuskan
perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah
orang-orang yang fasik."
(Surah Al-Ma'dah: Ayat 47)

Bagi mereka yang zalim dan melanggar batasan itu adalah tempat mereka di
neraka yang bahan apinya ialah manusia dan batu. Sekiranya kamu tidak
tahan menanggung demam walaupun sehari di dunia ini atau terkena panad
api yang sedikitpun di dunia ini, maka bagaimana pula kamu sanggup
tinggal dalam api neraka? Oleh itu, larilah, larilah, cepat, cepat, minta
perlindungan kepada Allah, minta perlindungan kepada Allah!

118  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
Berhati-hatilah terhadap perkara yang tersebut di atas tadi kerana kamu tidak
boleh bebas darinya selama hidupmu. Sama ada keadaan dukacita atau
sukacita. Bersabarlah bila ditimpa dukacita, dan bersyukurlah bila ditimpa
sukacita: Janganlah kamu merungut kepada orang lain atau kamu marah
kepada orang lain apabila kamu ditimpa mala petaka, dan janganlah kamu
salahkan Allah dan janganlah syak wasangka terhadap kebijaksanaanNya
dan pilihanNya untuk kamu di dunia dan di akhirat. Janganlah kamu
berharap kepada orang lain untuk melepaskan kamu dari mala petaka itu
kerana ini boleh membawakamu ke lembah syirik.

Segala-galanya adalah milik Allah dan tidak ada orang yang berkongsi
dalam milikan itu. Tidak ada yang memberi mudharat atau manfaat,
menimbulkan bencana atau kedamaian, menjadikan sakit atau sihat
melainkan Allah jua. Allah menjadikan segala-galanya. Oleh itu, janganlah
kamu terpengaruh oleh makhluk kerana mereka itu tidak ada daya dan
upaya. Hendaklah sentiasa sabar, redha dan menyesuaikan diri kamu dengan
Allah dan tenggelamkan diri kamu ke dalam lautan lakuanNya.

Jika kamu tidak diberi segala keberkatan dan kurniaan ini, maka perlulah
kamu bermohon kepadaNya dengan merenahkan diri kamu dan ikhlas. Akui
dosa dan kesalahan kamu dan minta ampun kepadaNya.

Akui keEsaan (tauhid) Allah dan kurniaNya. Nyatakan yang kamu tidak
menyekutukan apa-apa dengan Allah Yang Maha Esa dan redhalah
denganNya sehingga suratan takdir telah berlalu dan malapetaka itu telah
dihindarkan dari kamu. Setelah sampai masanya bencana itu akan habis,
maka timbullah kesenangan dan kesentosaan seperti yang terjadi kepada
Nabi Ayub 'alahissalam atau seperti hilangnya gelap malam dan timbulnya
terang siangnya atau seperti berakhirnya musim dingin dan bermulanya
musim panas. Kerana tiap-tiap sesuatu itu ada hadnya, tempohnya dan
matinya. Tiap-tiap sesuatu itu ada lawannya atau tentangannya. Oleh itu,
sabar itulah kuncinya, awalnya, akhirnya dan jaminan kebajikan. Nabi
Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam ada bersabda, "pertalian sabar
dengan iman itu adalah ibarat kepala dengan badan." Dan sabda baginda
lagi, "Sabar itu seluruh iman."

Kadang-kadang syukur itu datang melalui rasa seronok menikmati kurniaan


Ilahi dan ini sebahagian daripadanya yang diuntukkan kepada kamu. Oleh
itu , syukur kamu ialah menikmati dalam keadaan fana'nya diri kamu dan
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 119
 
hilangnya kehendak dan kemahuan kamu dan keinginan kamu hendak
menjaga dan memelihara batasan-batasan hukum, dan inilah titik atau
stesyen kemaraan atau kemajuan yang paling jauh yang boleh didapati.
Ambillah tauladan dari apa yang saya katakan kepada kamu. Kamu akan
dapat bimbingan Allah Yang Maha Mulia, jika dikehendakiNya.

BAB 60: SYARAHAN KEENAM PULUH

Awal kehidupan kerohanian (pengembaraan kerohanian) ialah keluar dari


kehendak-kehendak hawa nafsu dan masuk ke dalam jalan hukum (syariat)
dan kemudian masuk ke takdir dan selepas itu masuk semula ke dalam
kehendak nafsu tetapi dalam keadaan menjaga hukum, itu menurut hukum.

Oleh yang demikian, kamu kenalah keluar dari kehendak hawa nafsu dalam
hal makanan, minuman, pakaian, perkahwinan, perumahan, kecenderungan
dan kebiasaan, dan masuk ke dalam hukum-hukum (syariat) Allah. Kamu
hendaklah menurut Al-Qur'an dan Al-Hadith.

Firman Allah yang bermaksud,: "Apa saja harta rampasan (fai') yang
diberikan Allah kepada RasulNya yang berasal dari penduduk kota-kota,
maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabatnya, anak-anak yatim,
orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu
jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu. Apa
yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia. Dan apa yang
dilaranganya bagimu, maka tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah."
Sesungguhnya Allah sangat keras hukumanNya. FirmanNya lagi :
"Katakanlah jika kamu kasih kepada Allah, ikutlah Aku, maka Allah akan
kasih kepada kamu."

Maka kamu akan dikosongkan dari kehendak dan keinginan hawa nafsu
kamu, diri kamu dan tidak patuh kamu, zahir dan batin, dan tidak ada yang
tinggal dalam diri kamu lagi melainkan keEsaan Allah dan tidak ada yang
tinggal di luar (zahir) kamu melainkan patuh dan taat kepada Allah dalam
suruhan atau tegahanNya. Ini akan jadi sebati dengan kamu sehingga
menjadi pakaian kamu dan kekal padamu, dan segala tindak tanduk,
perangai, kelakuan kamu bahkan diam dan gerak kamu dalam segala
keadaan dan hal, siang dan malam, dalam perjalanan atau tidak, dalam
120  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
kesusahan atau kesenangan, dalam sihat atau sakit, bahkan dalam semua
ketika dan keadaan adalah dalam patuh dan taat kepada Allah sematamata.

Kemudian kamu akan dibawa kelautan takdir dan dikontrol oleh takdir.
Maka kamu akan kosong dari usaha, daya dan upaya, kekuasaan dan
kekuatan dan kamu akan diberi bahagian-bahagian kamu yang tidak dapat
ditulis dan diceritakan melainkan keringlah tinta pena dan ilmu tentang itu
telah berlalu sebelum itu lagi. Bahagianmu akan diberi kepadamu. Kamu
akan diberi perlindungan dan keselamatan dalam batasan hukum Allah dan
dikekalkan dalam itu. Kamu akan bersesuaian dengan Allah dan kamu akan
sentiasa dalam peraturan dan hukum-hukum Allah dan meringankan rasa
berat kamu menjalankan perintah-perintah Allah itu.
Firman Allah:

∩®⊃∪ t⎦⎫ÏϑÅ¡oKø)ßϑø9$# ’n?tã $uΖø9t“Ρr& !$yϑx.


"Sebagaimana (Kami telah memberi peringatan), Kami telah menurunkan
(azab) kepada orang-orang yang membagai-bagai (kitab Allah). "
(Surah Al-Hijr: Ayat 90)
FirmanNya lagi, "Demikianlah Kami akan hindarkan dosa dan maksiat
daripada dia, sesungguhnya dia itu adalah seorang daripada hamba-
hambaKu yang ikhlas."

Maka perlindungan danjagaan Allah akan menemani kamu sehingga kamu


bertemu dengan Tuhanmu dengan rahmatNya. Itulah bahagian yang
diuntukkan kepada kamu, dan itu ditahan dari sampai kepada kamu semasa
pengembaraan melalui padang pasir kehendak dan keinginan hawa nafsu
kamu, kerana itu akan memberatkan kamu. Jadi, kamu tidak diberati lagi.

Jika tidak, tentulah bebanmu berat dan ini akan meletih dan melesukan kamu
dan menyelewengkan kamu dari maksud dan tujuan kamu, dan ini akan
sampai ke peringkat fana' dan inilah kehampiran dengan Allah dan ilmuNya
dan dilimpahi dengan rahsia-rahsia dan berbagai-bagai ilmu dan sampai
kelautan nur dan kegelapan tidak lagi membahayakan nur (cahaya) itu.

Keadaan kebiasaan manusia itu tetap ada sehingga bercerai nyawa dengan
badan, agar dengan itu dapatlah ia menikmati sepenuhnya bahagian-
bahagian yang telah diuntukkan kepadanya. Jika keadaan kebiasaan manusia
itu telah lenyap darinya, maka jadilah ia dalam golongan para malaikat.

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 121


 
Maka sistem yang ditentukan itupun akan kacau dan kebijaksanaan kamu itu
tetap tinggal agar kamu dapat menikmati sepenuhnya apa yang telah
diuntukkan bagimu dan ditentukan untukmu. Sabda Nabi, "Tiga perkara dari
dunia ini yang aku sukai: Bau-bauan harum, perempuan, dan kesejukan
mataku dalam sembahyang."

Apabila Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam telah lenyap dari


dunia dan apa sahaja isinya, bahagian-bahagiannya dikembalikan
kepadanya, bahagian-bahagian yang ditahan sampai kepadanya semasa
dalam pengembaraan menuju Allah, maka diambilnya sepenuhnya agar
bersesuaian dengan Allah dan redha dengan lakuanNya dan taat kepada
perintahNya, sifat-sifatNya suci dan rahmatNya menyeluruh dan
keberkatanNya bersama-sama dengan auliya' dan anbiya'. Demikian juga
wali itu dalam hal ini. Bahagian dan keseronokkan dikurniai semula
kepadanya setelah ia fana' dan ini dalam batasan hukum-hukum Allah. Ini
adalah kembali dari destinasi (tempat dituju) menuju tempat permulaan
(dalam istilah orang-orang sufi).

BAB 61: SYARAHAN KEENAM PULUH SATU

Tiap-tiap mukmin itu hendaklah memeriksa dan meneliti serta janganlah


terburu-buru tatkala sampai bahagian-bahagiannya, dan dalam menerimanya
sehingga ada perintah hukum menyatakan itu dibolehkan dan ilmu Allah
menghalalkan dan membenarkan yang itu adalah bahagiannya. Nabi
bersabda, "Sesungguhnya si mukmin berwaspada dan si munafik terus
menerkam (apa sahaja yang datang kepadanya)." "Si mukmin itu tidak
terburu-buru." Sabda beliau lagi : "Buangkan apa sahaja yang menimbulkan
ragu dalam hatimu dan terimalah apa yang tidak meragukan."

Jadi, si mukmin itu berhati-hati dan berwaspada dalam semua perkara seperti
makanan, minuman, pakaian, perkahwinan dan apa sahaja yang sampai
kepadanya. Dia tidak akan menerima melulu sahaja kecuali ia yakin perkara
itu halal, dan ini dalam peringkat mukmin biasa. Jika dalam peringkat
wilayah (wali), ia mendengar perintah hatinya dahulu dan kalau dihalalkan,
barulah diterimanya. Jika dalam peringkat abdal dan ghuts, ia
menentukannya dengan ilmu Allah. Jika dalam peringkat fana', iaitu
peringkat akhir, ia menurut lakuan Allah dan ini adalah takdir itu sendiri.

122  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
Kemudian ada lagi satu peringkat keadaan di mana seseorang itu menerima
apa sahaja yang datang kepadanya selagi menurut hukum-hukum syariat
atau perintah hati atau ilmu Allah, tetapi jika tiga perkara tersebut melarang,
maka tidaklah diterimanya perkara-perkara yang terlarang itu Maka ini
berlawanan dengan keadaan peringkat yang terdahulu dimana diperlukan
berwaspada dan berlambatlambat.
Tetapi keadaan peringkat ini diperlukan menerima sahaja.

Ada lagi satu peringkat di atas itu. Dalam peringkat ini, seseorang itu
menerima sahaja dan menggunakannya tanpa menurut hukum syariat
perintah hati atau ilmu Allah. Ini adalah hakikat fana' dan dalam peringkat
ini si mukmin itu ada dalam peliharaan Allah semata-mata, dan ia tidak lagi
disentuhi oleh mala petaka, iblis, noda dan dosa, atau keluar dari hukum-
hukum syariat. Firman Allah, "Demikianlah Kamu hendak menghindarkan
dia dari noda dan dosa, sesungguhnya dia adalah seorang daripada hamba-
hamba Kami yang ikhlas."

Oleh itu, si hamba tadi dipelihara Allah dari melanggar batasan hukum.
Segala hal ehwalnya dipelihara Allah. Allah beri ia kuasa untuk
mendapatkan segala kebaikan. Jadi apa sahaja yang datang kepadanya
adalah bebas dari kesusahan, bencana dan kesusahan dalam dunia dan dalam
akhirat, dan bersesuaian benar dengan keredhaan, tujuan dan lakuan Allah
Subhanahu wa Ta'ala. Tidak ada keadaan peringkat yang atas dari ini dan
inilah matlamat atau tujuan. Ini adalah untuk kepala atau ketua bagi auliya'
yang besar dan mereka ini adalah orang-orang suci dan memiliki rahsia-
rahsia Allah, orang-orang yang sampai ke gerbang keadaan yang dipunyai
oleh anbiya' (kesejahteraan bagi mereka).

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 123


 
BAB 62: SYARAHAN KEENAM PULUH DUA

Alangkah hairannya jika kamu selalu mengatakan si anu itu hampir dengan
Allah dan si anu itu dekat dengan Allah tetapi si anu itu jauh dengan Allah,
si anu itu diberi kurniaan dan si anu itu tidak diberi, si anu itu dikayakan
tetapi si anu itu dipapakan, si anu itu disihatkan tetapi si anu itu disakitkan,
si anu itu dimuliakan tetapi si anu itu dihinakan, si anu itu dipuji tetapi si anu
itu dikeji, dan si anu itu dibenarkan tetapi si anu itu disalahkan!

Tidakkah kamu tahu bahawa Dia itu satu dan yang satu itu kasih kepada
kesatuan dalam perkara cinta dan kasih kepada siapa yang satu sahaja
kasihnya kepada Dia?

Jika kamu dibawa hampir kepadanya melalui selain Dia, maka cinta kamu
kepadaNya akan jadi tercacat dan tidak padu dan satu. Kerana ada kalanya
terlintas dalam fikiran kamu sesuatu yang melaluinya pada pandariganmu,
kamu boleh mencapai kurniaan dan keberkatan. Hasilnya cinta kamu kepada
Allah tercacat. Allah Yang Maha Besar cemburu kepada kamu kerana kamu
mensekutukan cinta kamu kepadaNya dengan yang lain. Dengan itu, Dia
tahan tangan orang lain untuk menolongmu dan lodai: mereka dari
memujimu dan kaki mereka dari melangkah menuju kamu, agar dengan iru
mereka tidak dapat menyelewengkan kamu daripada Dia sendiri. Sabda Nabi
Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam, "Hati itu telah dijadikan
sedemikian keadaan yang mana seseorang itu terpaksa cinta kepada orang
yang memberinya kebaikan dan benci kepada orang yang memudharatkan
dirinya."

Jadi Allah tahan orang membuat kebaikan kepada kamu sehingga kamu
sedari keEsaanNya dan cinta kepadaNya dengan sepenuh hati, tanpa
berbelah bagi, zahir dan batin, dalam gerak dan diam kamu, sehingga kamu
sedari bahawa tidak ada yang baik kecuali yang datang dari Dia dan kamu
sedari bahawa yang baik dan yang jahat itu semuanya dari Allah Subhanahu
wa Taala, dan kamu lenyap terus makhluk dan diri kamu sendiri, dari
kehendak dan keinginan kamu sendiri, bahkan apa sahaja selain Allah Yang
Maha Suci dan Maha Tinggi.

Selepas itu, barulah tangan-tangan mereka itu dibukakan terhadap kamu,


dengan kemurahan dan pemberian mereka, dan lidah mereka memuji kamu.
Maka kamu dipelihara dan dijaga dengan sebaikbaiknya sepanjang masa
dalam dunia ini dan di akhirat kelak.
124  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
Oleh yang demikian, janganlah bersikap kurang sopan, lihatlah orang yang
melihat kamu, jagalah orang yang menjaga kamu, cintalah kepada orang
yang cinta kepada kamu, jawablah orang yang memanggil kamu, peganglah
tangan orang yang memegang kamu dari jatuh tersungkur, yang membawa
kamu keluar dari gelap kejahilan, yang menyelamatkan kamu dari binasa,
yang membersihkan kekotoran-kekotoran kamu, yang mengeluarkan kamu
dari kehinaan, yang melepaskan kamu dari cengkaman hawa nafsu iblis
kamu, yang mengasingkan diri kamu dari rakan-rakan kamu yang jahil yang
menghalang kamu menuju Allah.

Berapa lamakah kamu hendak tetap tinggal dengan hawa nafsu kebinatangan
kamu, dengan makhluk, dengan kehendak dan keinginan kamu, dengan
ingkar kamu, dengan kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. dan apa sahaja
selain Allah?

Mengapakah kamu jauh benar dari pencipta makhluk dan yang mewujudkan
segala-galanya, yang awal dan yang akhir, yang zahir dan yang batin, tempat
bermula dan tempat kembali segala perkara, yang memiliki hati dan
kedamaian jiwa, yang meringankan beban, yang memberi kurniaan dan yang
memberi rahmat dan nikmat?

BAB 63: SYARAHAN KEENAM PULUH TIGA

Saya lihat dalam mimpi iaitu saya seolah-olah berkata: "Wahai kamu yang
mensekutukan Tuhan kamu, dalam fikiran kamu, dengan diri kamu sendiri,
dan dalam lakuan zahir kamu, dengan makhlukNya, dan dalam lakuan kamu,
dengan keinginan kamu!? Mendengarkan ini, orang yang di sisi saya itu
berkata: "Apakah kenyataan ini?" Jawab saya: "Ini ialah sejenis ilmu
kerohanian."

BAB 64: SYARAHAN KEENAM PULUH EMPAT

Sesuatu perkara telah mengacau fikiran saya pada suatu hari. Batin saya
berasa berat dengan beban itu dan saya pohon kesenangan dan kesentosaan
dan jalan keluar. Saya ditanya apa yang saya mahu. Kata saya: "Saya mahu
mati yang tiada ada kehidupan dalamnya dan satu kehidupan yang tidak ada
mati di dalamnya. "
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 125
 
Maka sayapun ditanya apakah jenis mati yang tidak ada kehidupan di
dalamnya dan apakah jenis kehidupan yang tidak ada mati di dalamnya,
jawab saya: "Mati yang tidak ada kehidupan di dalamnya ialah matiku dari
jenisku sendiri supaya saya tidak melihatnya sama ada memberi manfaat
atau memberi mudharat, dan mati dari diriku sendiri dan keinginanku,
tujuanku, dan harapku dalam hal dunia dan akhirat sehingga saya tidak ada
dalam semua ini. Berkenaan kehidupan yang tidak ada mati di dalamnya,
ialah kehidupanku dengan lakuan Tuhanku dalam keadaan saya tidak ada
wujud dalamnya, dan matiku di dalam ialah wujudku dengannya. Oleh
kerana saya telah mengetahui, maka ini telah menjadi tujuanku yang paling
berharga sekali."

BAB 65: SYARAHAN KEENAM PULUH LIMA

Mengapakah kamu marah kepada Allah kerana do'a kamu lambat


diterimaNya? Kata kamu, kamu telah dilarang meminta kepada orang dan
disuruh meminta kepada Dia sahaja , dan sambil kamu bermohon
kepadaNya, Dia tidak perkenankan permohonan kamu.

Inilah jawab saya kepadamu: "Adakah kamu orang bebas atau si hamba?
Jika kamu kata kamu itu orang bebas, maka itu tanda kamu kafir. Jika kamu
kata kamu itu hamba, maka saya hendak bertanya kepadamu, adakah kamu
salahkan Tuhanmu sendiri kerana lambat menunaikan permintaanmu an
syak wasangka tentang kebijaksanaanNya dan rahmatNya padamu seluruh
makhluk dan syak wasangka tentang ilmuNya yang mengetahui semua
perkara? Atau, adakah kamu tidak menyalahkan Allah? Jika kamu tidak
menyalahkanNya dan mengakui kebijaksanaanNya dalam melambatkan
penerimaan do'a kamu itu, maka wajiblah kamu bersyukur kepadaNya
kerana Dia telah membuat aturan yang sebaik-baiknya untukmu dan
memberi faedah kepada kamu dan menjauhkan dari mudharat. Jika kamu
menyalahi Tuhan dalam hal ini, maka kamu adalah seorang kafir sebab
kamu menyalahi Dia dan dengan itu kamu menganggap Allah itu tidak adil
pada hal Dia Maha Adil dan tidak sekali-kali menzalimi hamba-hambaNya.
Mustahil Ia zalim. Maha Suci ia dari sifat-sifat kecelaan. Ketahuilah, Dia itu
Tuhanmu yang memiliki segala-galanya. Dia mengontrol segala-galanya.

Dia melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya. Oleh itu, istilah 'tidak adil'
atau 'zalim' tidak terpakai kepada Allah. Orang yang zalim itu ialah orang
126  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
yang menganggu kepunyaan orang lain tanpa keizinannya. Mungkin kamu
sendiri yang zalim, bukan Allah yang zalim.

Dengan yang demikian itu, janganlah kamu menyalahiNya dalam lakuanNya


yang terzahir melalui kamu, meskipun itu tidak kamu sukai dan tidak sesuai
dengan kehendak kamu dan meskipun pada zahirnya membahayakan kamu.

Maka wajiblah kamu bersyukur, bersabar dan redha dengan Allah dan
janganlah kamu merungut dan menyalahi Dia kerana itu mungkin akan
menyelewengkan kamu dari jalan Allah. Wajiblah kamu mengekalkan
sembahyang dengan ikhlas dan baik sangka terhadap Allah dan percaya
kepada janji-janjiNya, dan mentauhidkanNya dan menjauhkan laranganNya
dan membuat suruhanNya dan bersikap seperti orang mati pada masa Dia
memanifestasikan takdirnya terhadap kamu dan lakuanNya terhadap kamu.
Jika kamu hendak menyalahkan juga dan terpaksa berbuat demikian, maka
salahkan dirimu sendiri yang ada mengandungi iblis dan ingkar kepada
Allah Yang Maha Berkuasa. Lebih baik kamu katakan diri kamu yang zalim
bukan Allah yang zalim. Oleh itu, berhati-hatilah. Janganlah turutkan benar
dirimu sendiri itu dan redha dengan lakuanNya dan perkataanNya dalam
semua keadaan kerana ianya adalah musuh Allah dan musuh kamu. Ia
adalah sahabat musuh Allah dan musuh kamu iaitu syaitan yang dilaknat. Ia
adalah wakil iblis dan spy (pengintip) bagi iblis itu.

Takutlah kamu kepada Allah. Takutlah kamu kepadanya.

Berwaspadalah dan berhati-hatilah. Larilah! Larilah dari musuhmu!


Salahkanlah diri sendiri dan katalah dirimu yang zalim, dan bacalah
kepadanya ayat Allah, "Mengapa Allah mendera dan menghukum kamu jika
kamu bersyukur dan beriman?"

Dan ayat ini, "Ini ialah kerana apa yang kamu lakukan dahulu, dan
sesungguhnya Allah tidak menzalimi hamba-hambaNya."
Dan ayat ini:

tβθãΚÎ=ôàtƒ öΝåκ|¦àΡr& }¨$¨Ζ9$# £⎯Å3≈s9uρ $\↔ø‹©


x }¨$¨Ψ9$# ãΝÎ=ôàtƒ Ÿω ©!$# ¨βÎ)
"Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan
tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri."
(Surah Yunus: Ayat 44)

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 127


 
Bacakan kepada dirimu ayat-ayat ini dan lain-lain ayat yang berkenaan hal
ini, dan juga hadith Nabi.
Perangilah dirimu sendiri kerana Allah. Lawanlah dirimu itu dan bunuh dia
dan hendaklah kamu jadi tentera Allah dan panglima perangnya, kerana diri
itu adalah musuh yang paling besar di antara musuh-musuh Allah.

Allah berfirman, "Ayuhai Daud! Buangkan hawa nafsumu kerana tidak ada
yang melawan Aku dalam kepunyaan Ku melainkan hawa nafsu manusia."

BAB 66: SYARAHAN KEENAM PULUH ENAM

Janganlah berkata, "Aku tidak meminta apa-apa kepada Allah kerana jikalau
perkara yang aku minta itu telah diuntukkan bagiku, maka ia pasti datang
kepadaku sama ada aku meminta atau tidak. Jika perkara itu bukan untukku,
pasti aku tidak mendapatnya walaupun aku meminta kepadaNya."

Jangan! Jangan berkata demikian. Kamu hendaklah meminta dan berdo'a


kepada Allah apa sahaja yang kamu hendak dan perlui dari perkara-perkara
yang baik di dunia ini dan di akhirat kelak tetapi janganlah meminta perkara
yang haram dan membahayakan kamu, kerana Allah menyuruh kita meminta
dan bermohon kepadaNya. FirmanNya, "Serulah Aku, Aku akan
perkenankan permohonanmu."
KataNya lagi, "Mintalah kepada Allah kurniaanNya."

Nabi Muhammad pernah bersabda, "Bermohonlah kepada Allah dengan


kamu yakin sepenuhnya yang permohonan kamu itu akan diterima Allah.
"Kata baginda lagi, "Berdo'alah kepada Allah dengan tapak tangan kamu."
Dan banyak lagi sabda-sabda baginda yang seumpama ini.

Janganlah kamu berkata, "Sesungguhnya aku telah memohon kepada Allah


tetapi Dia tidak perkenankan permohonanku, maka sekarang aku tidak mahu
memohon lagi kepadaNya."

Janganlah berkata demikian itu. Teruskanlah berdoa kepadanya. Jika sesuatu


perkara itu telah diuntukkan bagimu, maka ia akan kamu terima setelah
kamu meminta kepadaNya. Ini akan memperteguh iman dan keyakinanmu
kepada Allah dan sedar akan keEsaanNya. lni juga melatih kamu supaya
sentiasa meminta kepada Allah dan tidak kepada orang lain dalam semua
128  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
ketika dan keadaan, dan memperkuatkan kepercayaan kamu yang
permohonan itu akan dimakbulkan Allah Yang Maha Pemurah.

Jika sesuatu perkara bukan untukmu, maka Allah akan memberi kamu rasa
cukup (self sufficiency) berkenaan hal itu, dan memberimu rasa gembira di
sisi Allah Yang Maha Gagah dan Perkasa, meskipun kamu miskin jika kamu
berada dalam kemiskinan dan kesakitan, Allah akan membuat kamu rasa
gembira dengan keadaan itu. Jika kamu berhutang, Allah akan lembutkan
hati orang yang memberimu hutang itu dan kamu tidak dikerasinya supaya
membayar hutang itu dengan segera, bahkan orang itu memberi kamu
tempoh masa yang lama, atau mengurangkan bayarannya, atau terus
menghapuskan hutang itu. Jika tidak dikurangkan atau dihapuskan hutang
itu di dunia ini, Allah Yang Maha Kaya dan Gagah akan memberi kamu di
akhirat kelak ganjaran yang wajar sebagai ganti apa yang Ia tidak beri
tatkala kamu bermohon di dunia kerana Allah itu Maha Pemurah dan tidak
berkehendak apa-apa.

Oleh yang demikian, Allah tidak akan mensia-siakan permohonan orang


yang berdo'a kepadaNya dalam dunia ini atau di akhirat kelak.
Walaubagaimanapun ia akan dapat, kalau tidak di dunia, di akhirat dapat jua.
Nabi pernah mengatakan bahawa di hari pembicaraan kelak, si mukmin akan
melihat dalam rekod-rekod lakuannya beberapa perbuatan yang baik yang ia
tidak laksanakan dan ia sendiri tidak sedar. Ia akan disoal, "Kenalkah kamu
perbuatanmu itu?" Dia menjawab: "Aku tidak tahu dari mana datangnya ini.
"Maka dikatakan kepadanya; "Sesungguhnya ini adalah balasan-balasan
rayurayuan kamu yang kamu buat di dunia dulu dan ini ialah kerana dalam
kamu berdo'a kepada Allah itu, kamu ingat kepadaNya dan akui
keEsaanNya, dan meletakkan sesuatu pada tempatnya yang wajar, dan
memberi seseorang apa yang patut diberi kepadanya, dan tidak mengatakan
daya dan upaya itu datang dari dirimu sendiri, dan membuang bangga,
dengki dan sombong, dan semua itu adalah perbuatanperbuatan yang baik,
dan semua itu ada ganjarannya di sisi Allah Yang Maha Gagah dan Maha
Agung."

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 129


 
BAB 67: SYARAHAN KEENAM PULUH TUJUH

Apabila kamu telah dapat membunuh dan mematikan dirimu, Allah akan
menghidupkannya dan ia akan melawan semula dan meminta dipuaskan
hawa nafsu dan menikmati perkara-perkara yang haram dan yang
dibolehkan. Oleh itu, kamu perlu berjuang lagi dan mengontrol diri kamu
itu. Maka ganjaran akan ditulis kepada kamu setiap kali perjuangan itu.
Inilah yang disabdakan Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam: "Kita
baru kembali dari jihad kecil (berperang dengan orang-orang kafir) dan
masuk kepada jihad besar."

Jihad besar ini ialah berjuang melawan hawa nafsu diri sendiri yang tidak
habis-habis, berjuang melawan kehendak dan keinginan terhadap melakukan
dosa dan maksiat. Inilah yang dimaksudkan Allah dalam firmanNya: "Dan
sembahlah Tuhanmu sehingga kamu mati."
Allah memerintahkan RasulNya menyembah Dia sahaja dan ini perlulah
melawan ego atau diri sendiri dengan kehendak dan kemahuannya yang
selalunya berlawanan dengan kehendak Allah. Demikianlah perjuangan itu
sentiasa ada sehingga mati.

Jika ada pertanyaan: "Bagaimana pula Nabi boleh kurang pula khidmatnya
kepada Allah sedangkan dia tidak ada keinginan dan hawa nafsu badaniah
semata-mata? Dan Allah berkata: "Dia tidak bercakap dari hawa nafsunya
sendiri tetapi itu adalah wahyu yang diwahyukan."

Jawabnya ialah Allah memperkatakan ini kepada RasulNya untuk


mengiakan atau untuk mempastikan perkara ini supaya menjadi ikutan para
umatnya sepanjang masa. Allah Yang Maha Agung memberi kuasa kepada
RasulNya untuk mengontrol dirinya dan tidak bersusah payah lagi melawan
diri (ego)nya sendiri, dan ini membezakan baginda dari pengikut-
pengikutnya. Apabila si mukmin itu berjuang terus dalam dirinya sehingga
ke akhir hayatnya, maka Allah akan memberinya syurga, seperti
firman Allah:

∩⊆⊇∪ 3“uρù'yϑø9$# }‘Ïδ sπ¨Ψpgø:$# ¨βÎ*sù


"Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya)."
(Surah An-Nazi'at: Ayat 41)

130  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
Apabila Allah telah memasukkan dia ke dalam syurga itu, maka jadilah
syurga itu tempat rehatnya yang kekal abadi, dan tidaklah ia dipindahkan ke
tempat lain atau ke dunia semula. Dari masa ke semasa bertambah banyak
dan bagus kurniaan Allah yang diterimanya, dan ini pula berkekalan dan
tidak habis-habis sebagaimana ia berjuang melawan hawa nafsunya di dunia
ini yang tidak henti-henti itu.

Tetapi orang-orang yang kafir dan munafik dan orang-orang yang membuat
dosa dan maksiat, bila mereka berhenti melawan diri mereka sendiri dan
keinginan terhadap dunia ini dan mereka mengikut iblis dan syaitan, dan
bercampur gaul pula dengan berbagai-bagai kekufuran dan syirik dan
bergelumang dengan noda dan dosa sehingga sampai bercerai nyawa dengan
badan dengan tidak masuk Islam dan bertaubat, maka Allah akan memasuki
mereka ke dalam neraka yang penuh azab seksa seperti firman Tuhan:

ôN£‰Ïãé& ( äοu‘$yfÅsø9$#uρ â¨$¨Ζ9$# $yδߊθè%uρ ©ÉL©9$# u‘$¨Ζ9$# (#θà)¨?$$sù (#θè=yèøs? ⎯s9uρ (#θè=yèøs? öΝ©9 βÎ*sù

t⎦⎪ÌÏ≈s3ù=Ï9
"Maka jika kamu tidak dapat membuat (nya) dan pasti kamu tidak akan
dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya
manusia dan batu yang disediakan bagi orangorang kafir."
(Surah Al-Baqarah: Ayat 24)

Allah jadikan neraka itu tempat kembali mereka itu dan di situ kulit dan
tulang dan daging mereka akan dibakar hangus oleh api neraka, kemudian
mereka diberi semula kulit dan daging yang baru yang akan dibakar lagi.
Firman Allah:

öΝßγ≈uΖø9£‰t/ Νèδߊθè=ã_ ôMpg¾ÖmΩ $yϑ¯=ä. #Y‘$tΡ öΝÍκÎ=óÁçΡ t∃ôθy™ $uΖÏG≈tƒ$t↔Î/ (#ρãxx. t⎦⎪Ï%©!$# ¨βÎ)

$VϑŠÅ3ym #¹“ƒÍ•tã tβ%x. ©!$# χÎ) 3 z>#x‹yèø9$# (#θè%ρä‹u‹Ï9 $yδuöxî #·Šθè=ã_


"Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan
Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus
Kami akan ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka
merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
(Surah An-Nisa': Ayat 56)

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 131


 
Allah Subhanahu wa Taala berbuat demikian kerana mereka telah bersatu
dengan diri mereka sendiri dan keinginan mereka terhadap dunia dalam
perkara membuat dosa. Oleh itu, sentiasalah kulit dan daging mereka itu
hangus terbakar, dan kemudian diganti dengan yang baru, setelah itu,
dibakar lagi dan diganti pula dengan yang baru, demikianlah dengan tidak
putus-putusnya. Sentiasalah mereka berada dalam azab seksa yang pedih.

Sebaliknya penghuni-penghuni syurga itu menikmati kurniaan Allah yang


sentiasa baru dan diganti dengan yang baru lagi dengan tambah-bertambah
dengan tidak putus-putus, dan dengan itu pula mereka bertambah syukur
dengan kurniaan Allah itu. Inilah balasan yang mereka dapat hasil dari
perjuangan yang tidak henti-henti di dunia dulu melawan kehendak dan
keinginan hawa nafsu angkara murka mereka, agar bersesuaian dengan
kehendak Allah.
Inilah apa yang disabdakan oleh Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi
wasallam yang maksudnya: "Dunia ini ialah ladang untuk akhirat."

BAB 68: SYARAHANKEENAM PULUH LAPAN

Apabila Allah memperkenankan permohonan dan do'a si hamba itu,


bukanlah bererti Allah itu berkurangan pula apa-apa yang ada dalam
simpananNya kerana Allah itu Maha Kaya, dan juga tidak semestinya Allah
terpaksa menerima permohonan itu seolah-olah Dia tertakluk kepada
permohonan si hamba itu. Sebenarnya permohonan atau do'a si hamba itu
bersesuaian dengan yang dikehendakiNya dan sesuai pula pada masa dan
ketikanya. Sebenarnya penerimaan do'a itu telah tertulis dalam azali lagi dan
menunggu masanya sahaja untuk dimakbulkan Allah. Inilah apa yang
dikatakan oleh orangorang arif dalam menerangkan kalam Allah, "Setiap
ketika Dia dalam keadaan baru."

Ini bererti Allah menerima permohonan si hamba itu pada masa yang telah
ditentukan olehNya. Allah telah menentukan bila masa yang do'a itu akan
dimakbulkanNya. Allah tidak memberikan seseorang itu dalam dunia ini
hanya dengan do'a yang datang dari diri si hamba itu sahaja dan begitu juga
Allah tidak menolak apa-apa daripada si hamba itu hanya dengan do'a
sahaja, adalah dikatakan bahawa sabda Nabi tentang ini bererti bahawa
ketentuan takdir llahi tidak akan terelak kecuali dengan do'a yang
132  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
ditakdirkan boleh menolak takdir itu. Begitu juga tidak ada orang yang akan
masuk syurga melalui perbuatan baiknya sahaja tetapi adalah dengan rahmat
Allah juga walaupun begitu hambahamba Allah itu akan diberi pangkat di
syurga menurut perbuatannya. Ada dikatakan bahawa A'isyah pernah
bertanya kepada Nabi: "Bolehkah seseorang itu masuk syurga hanya melalui
perbuatan baiknya sahaja?" Nabi menjawab: "Tidak, kecuali dengan rahmat
Allah". Kemudian beliau bertanya, "Walaupun engkau sendiri?" Jawab
baginda: "Ya, walaupun aku, kecuali Allah meliputi aku dengan
rahmatNya." Setelah berkata demikian, baginda meletakkan tangannya di
atas kepalanya.

Baginda berbuat demikian untuk menunjukkan bahawa tidak ada seorangpun


yang ada hak melanggar ketentuan takdir Ilahi, dan Allah itu tidak
semestinya memperkenankan do'a-do'a hamba-hambaNya.
Dia berbuat apa yang Ia hendak. Ia mengampuni siapa yang
dikehendakiNya. Ia menghukum siapa yang dikehendakiNya. Dia
mempunyai kuasa mutlak. Terpulanglah kepadaNya segala-gala ketentuan.
Allah boleh disoal tentang apa yang dilakukan olehNya melainkan si hamba
itu yang disoal. Allah memberi kurnia kepada siapa yang dikehendakiNya
dan tidak memberi kepada siapa yang ia tidak kehendaki. Apa sahaja di
langit dan di bumi dan di antara keduanya adalah dalam kontrolNya dan
kepunyaanNya belaka. Tidak ada tuan bagi segala itu melainkan Allah dan
tidak pencipta melainkan
Allah jua. FirmanNya:

z⎯ÏiΒ Νä3è%ã—ötƒ «!$# çöxî @,Î=≈yz ô⎯ÏΒ ö≅yδ 4 ö/ä3ø‹n=tæ «!$# |Myϑ÷èÏΡ (#ρãä.øŒ$# â¨$¨Ζ9$# $pκš‰r'¯≈tƒ

šχθä3sù÷σè? 4†¯Τr'sù ( uθèδ ωÎ) tμ≈s9Î) Iω 4 ÇÚö‘F{$#uρ Ï™!$yϑ¡¡9$#


"Hai manusia, ingkatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah sesuatu
pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari
langit dan bumi? Tidak ada Tuhan selain Dia, maka mengapakah kamu
berpaling (dari ketauhidan)?"
(Surah Al-Fathir: Ayat 3)
FirmanNya lagi:

ô“y‰tƒ š⎥÷⎫/t #Mô³ç0 yx≈tƒÌh9$# ã≅Å™öム⎯tΒuρ Ìóst7ø9$#uρ Îhy9ø9$# ÏM≈yϑè=àß ’Îû öΝà6ƒÏ‰ôγtƒ ⎯¨Βr&

šχθà2Îô³ç„ $£ϑtã ª!$# ’n?≈yè?s 4 «!$# yì¨Β ×μ≈s9Ï™r& 3 ÿ⎯ÏμÏFuΗ÷qu‘

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 133


 
"Atau siapakah yang memimpin kamu dalam kegelapan di daratan dan
lautan dan siapa (pula)kah yang mendatangkan angin sebagai khabar
gembira sebelum (kedatangan) rahmatNya? Apakah disamping Allah ada
Tuhan (yang lain)? Maha Tinggi Allah terhadap apa yang mereka
persekutukan (denganNya)."
(Surah Al-Naml: Ayat 63)
FirmanNya lagi:

…çμs9 ÞΟn=÷è?s ö≅yδ 4 ⎯ÏμÏ?y‰≈t6ÏèÏ9 ÷É9sÜô¹$#uρ çνô‰ç7ôã$$sù $yϑåκs]÷t/ $tΒuρ ÇÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# >§‘

$wŠÏϑy™
"Tuhan (yang menguasai) langit dan bumi dan apa-apa yang ada di antara
keduanya, maka sembahlah dia dan berteguh hatilah dalam beribadat
kepadaNya. Apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia
(yang patut disembah)?"
(Surah Maryam: Ayat 65)
Firman Allah:

∩⊄∉∪ #ZÅ¡tã t⎦⎪ÍÏ≈s3ø9$# ’n?tã $·Βöθtƒ tβ%Ÿ2uρ 4 Ç⎯≈uΗ÷q§=Ï9 ‘,ysø9$# >‹Í≥tΒöθtƒ à7ù=ßϑø9$#
"Kerajaan yang hak pada hari itu adalah kepunyaan Tuhan yang Maha
Pemurah. Dan adalah (hari itu), satu hari yang penuh kesukaran bagi
orang-orang kafir."
(Surah Al-Furqan: Ayat 26)

BAB 69: SYARAHAN KEENAM PULUH SEMBI LAN

Janganlah minta dari Allah Subhanahu wa Ta'ala yang lain dari keampunan
terhadap dosa-dosa yang lalu, dan perlindungan dari dosa-dosa yang
sekarang dan dosa-dosa yang akan datang, dan kuasa untuk taat kepadaNya,
kuasa untuk dapat melakukan suruhanNya dan meninggalkan tegahanNya,
dan dapat rela dengan senang terhadap kesusahan dan ketentuan takdirnya
dan dapat sabar menghadapi mala petaka, dan dapat bersyukur terhadap
kurniaanNya dan mati dalam iman dan kebaikan, dan dapat bersatu dengan
golongan para anbiya', shodiqin dan syahidin dan orang-orang yang diredhai
kerana inilah sebaik-baik rakan dan kawan.

134  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
Janganlah kamu minta dari Allah perkara-perkara seperti dihindarkan dari
kemiskinan, kesusahan dan didatangi kaya dan kesenangan. Tetapi
hendaklah kamu minta rasa senang dengan apa yang telah diuntukkanNya,
dan minta dariNya perlindungan yang kekal dalam suasana dan keadaan
yang ia tempatkan kamu sehingga kamu dipindahkan ke lain suasana dan
keadaan pula dan keadaan yang berlawanan, kerana kamu tidak tahu dimana
letaknya kebaikan itu, dalam kayakah atau miskinkah, dalam kesusahankah
atau dalam kesenangankah. Allah melindungi pengetahuan tentang sesuatu
itu dari kamu. Dia sahaja yang tahu baik atau buruknya sesuatu perkara itu.

Umar Ibnu Al-Khathab dikatakan ada berkata: "Tidak menjadi masalah


kepadaku dalam apa keadaan aku lihat paginya hari, sama ada ia membawa
apa yang aku tidak suka atau apa yang aku suka, kerana aku tidak tahu
manakah letaknya kebaikan itu ...
Beliau berkata demikian kerana beliau redhadengan apa sahaja urusan Allah
dan berpuas-hati dengan ketentuan dan pilihan Allah untuknya.
Firman Allah: "Berperang itu diwajibkan kepada kamu dan berperang itu
tidak kamu sukai, mungkin kamu benci apa yang baik untukmu dan kamu
suka apa yang tidak baik kepada kamu."

Allah tahu mana yang baik dan mana yang tidak baik dan kamu tidak tahu.

Teruslah dalam keadaan ini sehingga keinginan hawa nafsu kamu musnah
dan dirimu hancur, hina dan dikuasai dan ditakluki. Maka selepas itu tujuan,
keinginan dan kemahuan kamu dan semua yang wujud akan keluar dari
dalam hatimu dan tidak ada yang tinggal di dalamnya kecuali Allah sahaja.
Maka barulah hatimu akan penuh dengan cinta kepada Allah dan niatmu
untuk mencapainya akan menjadi ikhlas. Selepas itu, tujuan dan kehendak
kamu akan dikembalikan kepada kamu dengan perintahNya untuk
menikmati dunia ini dan akhirat, dan kemudian itu kamu akan pinta segala
ini dari Allah dan mencarinya dalam kepatuhan dengan Allah dan
bersesuaian dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Jika dia beri kurniaan,
kamu syukur, dan jika ditarik olehNya kembali, kamu tidak pula meradang
dan mengugut dan tidak sekali-kali menyalahi Allah. Jiwa dan fikiranmu
akan tenang dan damai, kerana kamu mencarinya bukan timbul dari
keinginan dan hawa nafsu kamu kerana hati kamu telah kosong dari
keinginan dan hawa nafsu kamu itu, dan kamu tidak melayani sebarang
hasrat kepada perkaraperkara ini, tetapi hanya semata-mata mengikuti
perintah Allah melalui rayuan kamu kepadaNya, dan ketenteraman dan
kedamaian bagi kamu hendaknya.
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 135
 
BAB 70: SYARAHAN KETUJUH PULUH

Bagaimanakah kamu berasa sombong dengan perbuatanmu sendiri dan


bangga dengan dirimu sendiri dan mengharapkan ganjaran dari itu sambil
kamu mengatakan bahawa ini semua adalah dari kuasa yang dikurniai Allah
dan melalui pertolonganNya dan izinNya?

Jika kamu dapat mengelakkan dosa dan noda, maka itu adalah dengan
pertolongan Allah dan perlindunganNya jua. Mengapa pula kamu tidak
bersyukur kepada Allah kerana pertolongan dan perlindunganNya itu dan
mengapa pula kamu tidak sedar bahawa kebolehan kamu menghindarkan
dosa itu adalah dengan kurnia dan rahmat Allah jua?
Mengapakah kamu berasa megah dengan sesuatu yang bukan kepunyaan
kamu sendiri?

Apabila kamu tidak boleh membunuh musuhmu tanpa pertolongan orang


yang lebih gagah darimu yang membunuh musuh itu dan kamu hanya
menyempurnakan pembunuhan itu sahaja, dan tanpa pertolongan orang yang
gagah itu kamu pasti kalah, maka mengapa kamu berasa sombong dengan
perbuatanmu itu?

Apabila kamu tidak boleh membelanjakan wangmu sendiri melainkan ada


pula seorang lain yang pemurah, yang benar dan boleh diharap menjaminkan
kamu dengan mengatakan bahawa segala wang yang kamu belanjai akan
digantinya, maka barulah kamu berani membelanjakan wang kamu itu, jika
demikian, mengapa kamu berasa sombong dengan perbuatanmu itu".

Cara yang paling baik baikmu ialah bersyukur dan memuji penolong kamu
itu iaitu Allah Subhanahu wa Ta'ala. Pujilah ia sentiasa dan segala kejayaan
kamu itu adalah dari Dia jua, maka dengan itu katakanlah Dia jua, jangan
katakan kejayaan kamu itu dari kamu sendiri, kecuali perkara dosa dan
maksiat. Perkara dosa dan maksiat itu hendaklah kamu katakan datang dari
dirimu sendiri. Diri itulah yang patut disalahkan kerana di situ terletak
kesalahan dan kejahatan. Allah mencipta perbuatan dan lakuan kamu dan
kamu melakukan sahaja. Itulah sebabnya ada orang-orang yang bijak dalam
ilmu keTuhanan berkata, "Lakuan atau perbuatan itu akan datang dan kamu
tidak dapat lari darinya." Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam ada
bersabda juga tentang hal ini, "Lakukanlah perbuatan baik dan hampirilah
Allah, dan betulkan dirimu, kerana tiap-tiap seorang itu dimudahkan
mendapat untuk apa ia diciptakan."
136  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
BAB 71: SYARAHAN KETUJUH PULUH SATU

Kamu adalah termasuk dalam satu daripada dua perkara mencari atau yang
dicari. Jika kamu murid, maka kamu adalah pencari. Jika kamu guru, kamu
adalah yang dicari.
Jika kamu pencari iaitu murid, maka kamu adalah dibebani dan perlulah
kamu menanggung beban itu berat dan payah menanggungnya. Kamu
terpaksa bekerja keras untuk mendapat matlamat yang kamu tuju itu.

Tidaklah patut kamu lari dari kesusahan yang menimpa diri kamu dalam hal-
hal kehidupan, harta benda, keluarga dan anak pinak kamu. Akhirnya beban
yang kamu tanggung itu akan diringankan dan diambil dari kamu, maka
kesusahan itu akan dibuang dari kamu. Maka kamu akan diberi keselamatan
dan kesentosaan, dan akan dibebaskan dari dosa dan maksiat dan dari
pergantungan kepada makhluk. Kamu akan masuk dalam kumpulan hamba-
hamba Allah yang dikasihiNya dan dipeliharaNya.

Jika kamu dicari iaitu guru, janganlah kamu salahkan Allah jika Allah
menimpa kesusahan padamu dan janganlah kamu syak wasangka tentang
kedudukan dan pangkatmu di sisi Allah, kerana Allah hendak menguji kamu
agar kamu ditinggikan lagi pangkat kamu di sisiNya. Allah hendak
menaikkan pangkat kamu ke taraf mulia dan abdal.

Mahukah kamu direndahkan tarafmu dari taraf mulia dan abdal itu atau
kamu memakai pakaian yang lain dari pakaian mereka itu". Meskipun kamu
rela dengan tarafmu yang rendah itu, tetapi Allah tidak rela.
Allah berfirman:

#sŒÎ) £⎯ßγy_≡uρø—r& z⎯ósÅ3Ζtƒ βr& £⎯èδθè=àÒ÷è?s Ÿξsù £⎯ßγn=y_r& z⎯øó=n t6sù u™!$|¡ÏiΨ9$# ãΛä⎢ø)¯=sÛ #sŒÎ)uρ

ÏΘöθu‹ø9$#uρ «!$$Î/ ß⎯ÏΒ÷σムöΝä3ΖÏΒ tβ%x. ⎯tΒ ⎯ÏμÎ/ àátãθムy7Ï9≡sŒ 3 Å∃ρã÷èpRùQ$$Î/ ΝæηuΖ÷t/ (#öθ|Ê≡ts?

tβθßϑn=÷ès? Ÿω ÷Λä⎢Ρr&uρ ãΝn=÷ètƒ ª!$#uρ 3 ãyγôÛr&uρ ö/ä3s9 4’s1ø—r& ö/ä3Ï9≡sŒ 3 ÌÅzFψ$#


''Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu habis 'iddahnya, maka
janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka berkahwin lagi dengan
bakal suaminya, apabila telah terdapat kerelaan di antara mereka dengan
cara yang ma'ruf. Itulah dinasihatkan kepada orang-orang yang beriman di

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 137


 
antara kamu kepada Allah dan hari kemudian. Itu lebih baik bagimu dan
lebih suci. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "
(Surah Al-Baqarah: Ayat 232)

Allah hendak meninggikan, memuliakan dan membaikkan kamu, mengapa


pula kamu tidak mahu menerimanya?
Mungkin kamu bertanya: "Mengapa pula si hamba yang sempurna itu diuji
pada hal menurut kenyataan tuan, ujian itu ialah untuk pencinta (kepada
Allah) tetapi orang-orang yang dikasihi Allah itu adalah orang-orang yang
dicintaiNya?"

Jawab kami: "Kami telah katakan aturannya dahulu dan kemudian


kemungkinan perkecualian. Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi
wasallam adalah orang yang paling dicintai Allah, tetapi mengapa baginda
pun diuji paling hebat. Baginda pernah berkata: "Aku paling takut kepada
Allah hinggakan tidak ada orang yang lebih takut kepada Allah daripada
aku. Aku mendapat penderitaaan yang paling hebat kerana Allah hinggakan
tidak ada orang yang sama penderitaannya seperti aku.

Pernah selama 30 hari dan malam aku tidak ada makanan walaupun
sebanyak yang boleh disembunyi di bawah ketiak Bilal."

Sabda Nabi lagi, "Sesungguhnya kami dari golongan anbiya' ini sangat teruk
diuji, kemudian orangorang yang di bawah peringkat kami, dan kemudian
orang-orang di bawah peringkat itu, dan begitulah seterusnya."

Lagi sabda baginda, "Akulah orang yang paling baik dalam pengetahuan
Allah dan paling takut kepadaNya daripada kamu sekalian."
Bagaimana pula orang yang dicintai Allah itu diuji dan ditakuti pada hal dia
si hamba yang dicintai dan sempurna? Sebenarnya ujian itu ialah bertujuan
untuk meninggikan taraf mereka di akhirat kelak kerana taraf kehidupan
akhirat itu tidak akan ditinggikan kecuali melalui amal soleh dalam
kehidupan dunia ini.

Dunia ini ialah ladang untuk akhirat. Amal soleh anbiya' dan auliya' setelah
membuat yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang, ialah terdiri dari
sabar, rela dengan suka hati dan menyesuaikan diri dengan ujian itu. Selepas
itu ujian itu akan dihindarkan dari mereka dan mereka akan dapat
mengalami kurniaan, keredhaan dan kasih sayang Allah sehingga mereka
menemui Allah Subhanahu wa Ta'ala.
138  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
BAB 72: SYARAHAN KETUJUH PULUH DUA

Orang-orang yang beragama (Islam) yang pergi ke pasar dengan mematuhi


kehendak agama, melakukan perintah Allah seperti pergi sembahyang
Jumaat atau lain-lain perhimpunan keagamaan atau untuk menyempurnakan
keperluan-keperluan mereka, adalah terdiri dari berbagai-bagai jenis.

Ada setengahnya apabila pergi ke pasar itu dan melihat barang-barang yang
dijual di situ untuk mengisi perut dan memuaskan selera, maka mereka
terpengaruh oleh barang-barang itu dan hati mereka terikat dengannya. Dan
dengan itu mereka termasuk dalam satu ujian. Ini mungkin menjatuhkan
dirinya dan merobohkan agamanya, lalu dipengaruhi oleh hawa nafsu
kebinatangan kecuali Allah memelihara mereka dengan rahmatNya,
perlindunganNya dan memberi mereka itu kesabaran dan kekuatan untuk
menghadapi tarikkan hawa nafsu itu. Hanya dengan pertolongan Allah itu
sahaja dapat mereka terselamat.

Ada pula setengahnya apabila mereka telah menyedari yang mereka itu
hampir tergelincir ke lembah kemurkaan Allah, maka mereka lekas kembali
masuk ke pangkuan agama dan mengontrol diri mereka supaya tidak
terjerumus. Mereka ini ibarat pahlawan yang menegakkan agama dan
ditolong oleh Allah untuk mengontrol diri mereka supaya tidak dijajahi oleh
hawa nafsu yang rendah itu. Allah akan memberi mereka ganjaran di akhirat
kelak.

Nabi pernah bersabda: "70 lakuan yang baik direkodkan bagi si mukmin
apabila dia membuang kehendak hawa nafsu tatkala dia dikuasai oleh hawa
nafsu itu atau apabila dia menguasainya."

Lagi sabda baginda: "Dan setengah daripada mereka itu ada yang mendapat
kenikmatan ini dan menggunakannya dengan kurnia dan kehendak
Allahyang berupa kekayaan harta benda dunia dan bersyukur kepada Allah
Subhanahu wa Ta 'ala kerana mendapat kurniaan itu.

Ada pula setengahnya yang tidak melihat atau sedar kepada kesedapan yang
ada di pasar atau di pekan itu. Mereka buta kepada yang lain kecuali Allah.
Mereka tahu Allah sahaja. Maka mereka buta kepada yang lain dan telinga
mereka pekak kepada yang lain. Mereka sibuk dengan Allah hingga lupa
kepada yang lain. Mereka ini jauh dari dunia dan kesibukkannya. Kalau
kamu bertanya kepada orang yang demikian itu di pasar itu atau di pekan
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 139
 
tentang apa yang mereka lihat, mereka akan menjawab, "Kami tidak lihat
apa-apa pun." Ya, mereka melihat barang-barang di pekan atau di pasar itu
dengan mata zahir mereka sahaja dan tidak melihat dengan mata batin
mereka. Mereka melihat sahaja tetapi tidak melihat dengan keinginan hawa
nafsu yang rendah. Pandangan itu pada rupa lahir sahaja bukan pada
hakikatnya. Pandangan itu pada lahir sahaja bukan pada batin. Pada lahirnya
mereka lihat barangbarang dan benda-benda di pasar atau pekan itu, tetapi
dalam hati mereka apa yang mereka nampak ialah Allah, kadang-kadang
dengan sifat keAgunganNya (Jalal) dan kadang-kadang dengan sifat lemah-
lembut dan keindahanNya.

Ada pula yang lain apabila mereka masuk sahaja ke pasar atau pekan, hati
mereka penuh dengan Allah Yang Maha Agung dan Indah, dengan kasih
sayang kepada penduduk yang ada di situ. Kerana perasaan kasih sayang ini,
pandangan mereka tidak langsung tertumpu kepada barang-barang
kepunyaan penduduk pasar atau pekan itu dan barang-barang di hadapan
mereka. Orang-orang ini semenjak masuk ke pasar atau pekan itu hinggalah
keluar darinya tetap dalam sembahyang atau perhubungan dengan Allah dan
memohon kepada Allah perlindungan dan mendoakan penduduk
penduduknya dengan rasa kasih sayang. Hati mereka memohon agar
penduduk pekan atau pasar itu diberi kebajikan dan dijauhkan kedurjanaan.
Tidaklah putus-putus mereka memuji Allah kerana kurniaanNYa dan
nikmatNya itu. Orang-orang seperti ini digelar pengawal kerohanian bagi
sesuatu pekan atau bandar dan hamba-hamba Allah. Kamu boleh juga
menggelar mereka sebagai orang-orang yang memiliki ilmu ma'rifah dan
abdal dan orang wara' dan yang mengetahui yang nyata dan yang ghaib, dan
orang yang dicintai Allah dan matlamat terakhir dari Allah, dan khalifah
Allah di atas muka bumi, duta Allah, menjalankan yang baik, kenyataan
yang manis, orang yang dapat bimbingan ke jalan yang lurus dan benar, dan
pembimbing kerohanian. Inilah kekasih Allah. Moga-moga Allah melimpahi
rahmat dan nikmatNya kepada orang-orang seumpama ini dan sesiapa sahaja
yang menghadapkan kepada Allah dan mereka yang mencapai puncak
ketinggian kerohanian.

140  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
BAB 73: SYARAHAN KETUJUH PULUH TlGA

Kadang-kadang Allah memberitahu kepada waliNya tentang kesalahan


seseorang lain, sama ada berkenaan perkataan, perbuatan, fikiran atau niat
seseorang itu. Oleh itu Allah masukkan ke hati waliNya itu rasa ingin
mempertahankan keAgungan dan keDaulatan Tuhannya, NabiNya dan
agamaNya. Api kemarahan zahir dan batin mereka makin meluap-luap
dengan perasaan hendak membela Tuhannya, NabiNya dan agamaNya.

Macam mana kesenangan dapat dirasai jika penyakit masih ada zahir dan
batin, dan macam mana tauhid dapat dicapai jika masih ada kecenderungan
untuk mempersekutukan Allah yang boleh membawa kepada kufur dan
menjauhkan seseorang itu dari Allah, dan bukankah ini sikap yang dipunyai
oleh musuh iaitu iblis yang dilaknati Allah, dan sikap yang dipunyai oleh
orang-orang munafik yang bakal akan dicampakkan ke neraka yang paling
bawah dan kekal di dalamnya?

Maka oleh itulah Allah menzahirkan melalui lidah wali-waliNya tentang


kepalsuan mereka itu, tentang kejahatan perbuatan mereka itu dan betapa
bohongnya kata-kata mereka itu yang mengatakan mereka mempunyai
peringkat kerohanian orang-orang yang benar (shodiqin), dan sikap mereka
hendak melawan orang-orang yang fana' dalam takdir Allah, dan
mengatakan yang mereka objek yang terakhir bagi Allah.

Wali-wali ini melakukan itu kerana memelihara keAgungan Allah Yang


Maha besar, ataupun untuk menyalahkan orang-orang yang berbohong itu
sebagai satu nasihat bagi mereka, ataupun untuk menunjukkan kemurkaan
Allah terhadap mereka yang membohongi kebenaran wali-wali Allah itu.

Maka oleh itu, wali itu dituduh memfitnahkan orang yang berkenaan. Maka
ditanya: "Adakah wali itu dibenarkan memfitnahkan seseorang pada hal dia
dilarang berbuat demikian? Bolehkah ia bercakap tentang seseorang yang
hadir atau tidak hadir, sesuatu yang tidak diketahui oleh orang ramai?"

Sebenarnya perlakuan wali-wali yang demikian itu termasuk dalam maksud


firman Allah:

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 141


 
Ĩ$¨Ζ=Ï9 ßìÏ≈oΨtΒuρ ×Î7Ÿ2 ÖΝøOÎ) !$yϑÎγŠÏù ö≅è% ( ÎÅ£÷yϑø9$#uρ Ìôϑy‚ø9$# Ç∅tã y7tΡθè=t↔ó¡o„ *

šÏ9≡x‹x. 3 uθøyèø9$# È≅è% tβθà)ÏΖム#sŒ$tΒ štΡθè=t↔ó¡o„uρ 3 $yϑÎγÏèø¯Ρ ⎯ÏΒ çt9ò2r& !$yϑßγßϑøOÎ)uρ

∩⊄⊇®∪ tβρã©3xtFs? öΝà6¯=yès9 ÏM≈tƒFψ$# ãΝä3s9 ª!$# ß⎦Îi⎫t7ãƒ


"Mereka bertanya kepadamu tentang khamar (minum arak) dan judi.
Katakanlah: "Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat
bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya." Dan
mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah:
"Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya
kepadamu supaya kamu berfikir."
(Surah Al-Baqarah: Ayat 219)
Pada zahirnya kritik terhadap wali-wali itu ialah menunjukkan
ketidakpatuhan seseorang tetapi pada hakikatnya ialah menimbulkan
kemurkaan Allah. Orang yang membantah kebenaran wali-wali itu ialah
orang yang bingung dan sesat. Oleh itu , janganlah dibantah mereka, tetapi
sebaliknya hendaklah diamkan diri dan fikirkan dulu dan cari kebenarannya
dalam syariat. Jangan dibantah kerja Allah dan walinya yang mengeluarkan
kata-kata tajam yang mendedahkan kepalsuan orang-orang yang berbohong.

Jika seseorang itu tidak membantah mereka, mereka itu lebih baik dan
tidaklah timbul kejahatan dalam hati itu dan itu dianggap sebagai taubatnya
dan kembali dari lembah kejahilan dan kesesatan.

Kata-kata wali itu adalah sebagai satu serangan terhadap orang-orang yang
berbohong dan juga itu satu kebaikan atau faedah kepada orang-orang yang
sombong, yang hampir binasa kerana kesombongan dan ingkar kepada
Allah. Sesungguhnya Allah membimbing siapa sahaja yang dikehendakiNya
ke jalan yang lurus dan benar.

142  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
BAB 74: SYARAHAN KETUJUH PULUH EMPAT

Perkara pertama yang patut dilihat oleh orang yang berakal ialah keadaan
dan suasana dirinya sendiri dan kemudian itu barulah melihat segala
makhluk dan ciptaan. Daripada segala itu dapatlah diketahui di mana sumber
segala itu dan siapa yang mencipta semua itu. Kerana makhluk itu tanda Al-
Khalik (yang menjadikan) dan nampaklah kekuasaanNya Yang Maha Gagah
sebagai tanda yang menjadikan itu tentulah bijak. Dari makhluk itu
nampaklah Al-Khalik kerana semua makhluk itu wujudnya dari Dia jua.

Inilah yang dilaporkan dari Ibnu Abas Radhiyallahu 'anhu dalam ulasannya
tentang firman Allah, "Dan Dia jadikan untukmu segala yang di langit dan di
bumi."
Adalah dilaporkan dari yang tersebut itu bahawa ulasan ayat itu adalah
demikian: Dalam tiap-tiap sesuatu ada satu sifat dari sifat-sifat Allah, dan
tiap-tiap nama adalah satu tanda bagi satu daripada nama-namaNya, maka
tentulah kamu itu di antara nama-namaNya dan sifat-sifatNya dan
perbuatan-perbuatanNya, batinNya melalui kuasaNya dan zahirNya melalui
kebijaksanaanNya.

Dia terzahir dalam sifat-sifatNya dan terlindung dalam dirinya. Dirinya


terlindung dalam sifatsifatNya dan sifat-sifatNya terlindung dalam
perbuatan-perbuatanNya. Dia menzahirkan ilmunya melalui iradatNya dan
Dia nyatakan iradatNya dalam gerak-geri. Dia sembunyikan kemahiran dan
kebijaksanaanNya dan menyatakan kemahiran dan kebijaksanaanNya
melalui iradatNya. Maka Dia tersembunyi dalam ghaibNya dan Dia terzahir
dalam kebijaksanaan dan kekuasaanNya. "Tidak ada satu yang serupa
denganNya, dan Dia Maha Melihat dan Maha mendengar."

Sesungguhnya banyak rahsia-rahsia ilmu kerohanian dalam kenyataan ini


yang tidak diketahui-oleh orang-orang yang hatinya tidak ada sinar ilmu
kerohanian itu. Ibnu Abas mendapat ilmu hasil dari do'a Nabi Muhammad
Shallallahu 'alaihi wasallam untuk beliau itu. Nabi mendoakan beliau: "Ya
Allah! Berilah ia pengetahuan agama dan ajarlah ia pengertian (Al-Qur'an)."

Semoga Allah melimpahkan kurniaan seperti itu kepada kita sekalian, dan
dimasukkan kita ke dalam golongan orang yang dirahmati Allah di hari
pembangkitan kelak.

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 143


 
BAB 75: SYARAHAN KETUJUH PULUH LIMA

Saya nasihatkan kamu supaya takut kepada Allah dan patuh kepadaNya.
Turutlah hukum-hukum Allah dan bersihkan hatimu, kontrollah dirimu,
relalah dengan Tuhanmu, tolonglah orang yang miskin dan orang dalam
kesusahan, jagalah kesucian orang-orang kerohanian, berbaik-baik dengan
anggotaanggota masyarakat, nasihatilah orang-orang muda, hindarkan
bermusuh dengan rakan dan kawan, dan jangan suka mengumpulkan harta
benda, hindarkan berkawan dengan orang-orang yang bukan dari golongan
yang menuju jalan kerohanian dan menolong mereka dalam perkara dunia
dan agama.
Hakikat kemiskinan dalam agama ialah kamu tidak memerlukan apa-apa
dari orang lain yang seperti kamu juga, dan hakikat kekayaan itu ialah kamu
berada melampaui garis keperluan makhluk yang seperti kamu juga.

Tasawuf boleh didapati bukan melalui perbincangan dan percakapan, tetapi


adalah melalui lapar dahaga dan menjauhkan diri dari apa yang kamu sukai.
Janganlah kamu menonjoltonjolkan kepandaian kamu di hadapan Darwisy
(orang yang melupakan apa saja selain Allah), tetapi hendaklah kamu
bersikap lemah-lembut kerana jika kamu menonjol-tonjolkan kepandaian
kamu, maka dia tidak akan rasa senang dan dia akan senang jika kamu
bersikap lemah-lembut.

Tasawuf itu berdasarkan lapan sifat (kualiti): (1) Murah hari seperti Nabi
Ibrahim, (2) Menyerah dengan sukarela seperti Nabi Ishak, (3) Sabar seperti
Nabi Yaqub, (4) Sembahyang seperti Nabi Zakaria, (5) Miskin seperti Nabi
Yahya, (6) Memakai pakaian bulu seperti Nabi Musa (7) Mengembara
seperti Nabi Isa, (8) Beragama seperti Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi
wasallam.

144  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
BAB 76: SYARAHAN KETUJUH PULUH ENAM

Saya nasihatkan kamu supaya bercampur dengan orang yang kaya dengan
sikap kemuliaan dan dengan orang yang miskin bersikap sopan santun.

Hendaklah kamu bersikap sopan santun dan ikhlas.

Ikhlas itu membawa kepada pandangan yang kekal kepada Allah. Janganlah
kamu salahkan Allah dalam hal perkara keduniaan. Rendahkan diri
berhadapan denganNya. Janganlah rosakkan hak saudara kamu.

Bergaullah dengan darwisy dengan sopan santun dan berakhlak baik dan
'bunuh' diri kamu sehingga kamu hidup semula dalam alam kerohanian.

Orang-orang yang hampir dengan Allah itulah yang baik kelakuannya. Yang
paling penting ialah kamu lari dari mempersekutukan sesuatu dengan Allah
Yang Maha Esa. Teruskanlah menggesa manusia berpegang kepada
kebenaran dan kesabaran. Cukuplah kamu bergaul dengan darwisy dan
mengkhidmati auliya'.
Darwisy ialah orang yang tidak pedulikan apa sahaja selain Allah.
Menyerang seseorang yang lemah dari kamu adalah menunjukkan kamu
pengecut. Menyerang seseorang yang lebih kuat dari kamu adalah
menunjukkan kamu tidak bermalu. Menyerang seseorang yang sama kuat
dengan kamu adalah menunjukkan kamu tidak berkelakuan baik. Untuk
mengikuti kehidupan darwisy dan sufi itu perlu usaha dan jangan campurkan
dengan perkara yang olok-olok. Semoga Allah memberi kita kekuatan.

Wahai wali Allah! Kamu selalu mengingati Allah dalam semua keadaan
kerana dengan itu kamu mendapat segala kebaikan dan kamu juga terus
melakukan perintah Allah kerana dengan itu kamu terhindar dari perkara
yang merosakkan diri kamu. Adalah juga tugas kamu sentiasa bersedia
menghadapi takdir Allah kerana ketentuan Allah itu pasti akan datang.

Ketahuilah kamu akan disoal tentang gerak dan diam kamu, maka dengan itu
hendaklah sentiasa berada dalam keadaan yang sesuai bagi sesuatu masa dan
janganlah lakukan apa yang tidak memberi faedah kepada kamu. Patuhlah
kepada Allah dan RasulNya dan mereka yang memerintah sebagai ganti
tempat Nabi. Hendaklah selalu memberi kepada mereka dan jangan meminta
sahaja dan do'akan mereka.
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 145
 
Ingatlah saudara-saudara seagama (Islam) dan berniat baik serta berbuat baik
dengan mereka. Janganlah memusuhi atau dengki dalam hati terhadap
sesama muslimin dan muslimat.

Perlulah kamu doa'kan mereka yang menzalimi kamu dan takutlah kepada
Allah. Adalah tugas kamu memakan benda-benda yang halal sahaja.
Bertanyalah kepada orang-orang yang mengetahui ilmu Allah tentang apa
yang kamu tidak tahu. Tanamkanlah rasa sopan santun kepada Allah dan
sentiasalah berdampingan denganNya. Dampingilah yang lain dari Allah itu
hanya setakat keperluan kamu untuk berdamping dengan Allah.

Sedekahkanlah wang ringgit kamu tiap-tiap pagi. Buatkanlah sembahyang


mayat (sembahyang untuk orang mati) pada malam hari untuk orang-orang
Islam yang meninggal dunia pada hari itu. Setelah selesai sembahyang
maghrib, lakukanlah sembahyang istikharah. Bacalah waktu pagi dan petang
7 kali ayat ini:
‫اَﻪﻠﻟُ ﱠم اَ ِﺟ ْﺮَ ِﻣ َﻦ اﻟﻨﱠﺎ ِر‬
"Ya Allah! Lindungi kami dari api neraka"
Sentiasalah baca:
‫ﺎن اﻟﱠﺮِﺟْﻴ ِﻢ‬
ِ َ‫ﻪﻠﻟ اﻟ ﱠﺴ ِﻤﻴ ِﻊ اﻟْﻌﻠِﻴ ِﻢ ِﺣﻦ اﻟْﺸﱠﻴﻄ‬
ْ َ َْ ْ
ِ ِ ُ‫أَﻋﻮذ‬
ُْ
"Aku berlindung dengan Allah yang mendengar dan mengetahui,
dari syaitan yang kena rejam"
Kemudian teruslah membesarkan Allah dan penutupnya dengan surah
Hasyar iaitu: "Dialah Allah, tidak ada Tuhan selain Allah, yang mengetahui
yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang pemurah dan penyayang, tidak ada
Tuhan selain Dia, pemerintah yang qudus (suci) menjaga keamanan,
memberi keselamatan, penjaga segala-galanya, Maha Agung dan Maha
Gagah, yang mempunyai segala keAgungan. Maha Suci Allah dari apa yang
mereka sekutukan.

Dialah Allah, pencipta, pembuat, pembentuk. Kepunyaan Dia nama-nama


yang paling baik, apa sahaja yang di langit dan yang di bumi mengagungkan
Allah, Dialah yang Maha Gagah dan Maha Bijak.

Allah sahajalah yang memberi kekuatan dan yang menolong, kerana tidak
ada kekuatan dan kuasa melainkan dengan Allah Yang Maha Besar dan
Maha Mulia.

146  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
BAB 77: SYARAHAN KETUJUH PULUH TUJUH

Berdampinglah dengan Allah seolah-olah tidak ada yang lain lagi kecuali
Dia. Berdampinglah dengan makhluk seolah-olah diri kamu tidak ada.
Apabila kamu berada di sisi Allah tanpa makhluk, maka dapatlah kamu
Allah dan lenyap dari segala yang lain. Apabila kamu berserta makhluk
tanpa diri kamu sendiri, kamu akan menjadi adil dan menolong orang
menuju jalan yang lurus dan selamat dari kesusahan kehidupan.

Tinggalkanlah apa sahaja di luar pintu bilik khalwat kamu itu dan masuklah
ke dalam seorang diri. Apabila kamu berseorangan di dalam bilik itu, kamu
akan lihat rakanmu dalam batinmu dan akan kamu alami apa yang bukan
makhluk dan diri kamu akan lenyap dan sebagai tempatnya datanglah
perintah Allah dan kehampiran denganNya. Pada peringkat ini kejahilan
kamu itu akan jadi pengetahuanmu dan jauhnya kamu itu adalah hampirnya
kamu, dan diam kamu itu menjadi zikir Allah dan keadaan kamu yang hairan
itu membuktikan persahabatan (Dengan Allah). Wahai saudara! Pada
peringkat ini tidak ada yang wujud kecuali Allah sahaja dan yang
dijadikanNya. Jadi, jika kamu memakai Al-Khalik, maka katakanlah kepada
yang lain: "Sesungguhnya mereka itu musuhku tetapi Tuhan sekalian alam
adalah sahabatku."

Barangsiapa yang telah merasanya, akan mengetahuinya.

Beliau ditanya: "Bagaimanakah orang yang telah dikuasai oleh pahit


hempedu akan merasai manis?".
Jawabnya, beliau berkata: "Dia hendaklah berusaha menjauhkan kehendak
dan keinginan hawa nafsunya. Wahai manusia! Apabila si mukmin membuat
kebaikan, diri kebinatangannya itu bertukar menjadi hatinya (iaitu menurut
perintah hati). Diri itupun mencapai kesedaran hati. Kemudian hatinya
bertukar kepada rahsia. Rahsia itu juga bertukar dan menjadi fana'. Keadaan
fana' itu bertukar lalu menjadi satu wujud yang lain". Kemudian
diperhatikannya kawan-kawan itu dapat pergi melalui tiaptiap
pintu.

Wahai manusia! Fana' itu ialah menafikan semua makhluk dan menukar
keadaan kamu kepada keadaan malaikat, kemudian balik semula kepada
yang mula, dan kemudian Tuhanmu akan memelihara dan menjaga kamu
sebagaimana yang dikehendakiNya.

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 147


 
Jika kamu hendakkan peringkat ini, pakailah Islam dan kemudian menyerah
terus kepada takdir Allah.

Kemudian dapatilah ilmu Allah. Selepas itu, sedarilah sepenuhnya dirimu


tentang Dia dan wujudlah dalam Dia. Apabila kamu berada dalam wujud
sedikian itu, kamu akan sepenuhnya kepunyaan Allah.

Berlaku wara ' adalah kerja satu jam, bersederhana dalam segala hal adalah
kerja dua jam, tetapi ma'rifah Allah ialah kerja yang sentiasa.

BAB 78: SYARAHAN KETUJUH PULUH LAPAN

Hendaklah ada 10 sifat bagi orang-orang yang berada dalam perjuangan


kerohanian dan dalam memeriksa diri sendiri dan yang berusaha mencapai
matlamat kerohanian dan ingin berkekalan dalam keadaan itu. Apabila telah
diizinkan Allah mereka tetap berada dalam keadaan itu dan berdiri teguh di
dalamnya, maka dapatlah mereka kedudukan yang tinggi.

Sifat pertama ialah si hamba itu hendaklah jangan bersumpah dengan nama
Allah, sama ada dalam perkara yang benar atau yang salah, dengan sengaja
atau tersilap. Apabila ia telah biasa dengan demikian, tidaklah lagi ia
bersumpah dengan nama Allah secara sengaja atau tersilap. Maka Allah
akan membuka pintu nur (cahaya)Nya. Akan disedarinya faedah ini dalam
hatinya. Pangkatnya di sisi Allah akan ditinggikan. Kekuatan dan
kesabarannya akan bertambah. Saudara-maranya akan memujinya dan jiran-
jirannya akan memuliakannya. Barangsiapa yang kenal kepadanya akan
menghormatinya dan barangsiapa yang melihatnya akan gentar
memandangnya.

Sifat kedua ialah si hamba itu hendaklah jangan berbohong sama ada benar-
benar ataupun berjenaka sahaja. Apabila ia telah dapat membuang perbuatan
yang tidak diingini itu dan telah menjadi sebati dengan dirinya, maka Allah
akan membuka hatinya dan membersihkan ilmunya sehingga seolah-olah
beliau tidak tahu bohong dan apabila didengarnya orang lain berbohong,
maka ia berasa benci dan malu dalam hatinya. Jika ia berdoa kepada Allah
untuk membuang kelakuan berbohong itu, maka Allah akan
memperkenankan.

148  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
Sifat ketiga ialah si hamba itu jangan mungkir janji apabila telah berjanji
ataupun jangan berjanji langsung. Dengan tidak mungkir janji atau tidak
langsung berjanji itu dia akan dapat sumber kekuatan dalam hal dirinya dan
ini adalah tindakan yang seimbang untuk diikut. Kerana mungkir janji
adalah termasuk dalam golongan berbohong. Jika ia berbuat demikian, maka
pintu kemuliaan akan dibuka kepadanya dan darjat akhlak yang tinggi akan
diberi kepadanya. Orang-orang yang benar akan cinta kepadanya.

Pangkatnya di sisi Allah akan ditinggikan.

Sifat yang keempat ialah si hamba itu jangan menyumpah atau melaknat
makhluk ataupun menyakiti mereka walaupun sedikit. Kerana sifat ini
adalah diantara sifat-sifat yang baik dan kebajikan. Ini adalah satu sifat yang
benar. Jika bertindak menurut dasar ini, seseorang itu akan berakhir dengan
hidup yang baik di bawah lindungan Ilahi dan Allah akan menyediakan
baginya pangkat kerohanian yang tinggi dan dia akan dipelihara dari jatuh ke
lembah kebinasaan dan dipelihara dari kejahatan manusia. Allah akan
mengurniakannya rahmat dan kehampiran denganNya.

Yang kelima ialah si hamba itu jangan mendo'akan supaya orang lain dapat
bahaya walaupun ia dilayan dengan cara yang tidak baik. Janganlah
membalas sama ada dengan lidah atau dengan perbuatan. Bersabarlah dan
serahkan kepada Allah. Janganlah menuntut bela sama ada dengan perbuatan
atau dengan lisan. Orang yang boleh melakukannya ini akan diberi pangkat
yang tinggi di sisi Allah. Orang yang terlatih dengan cara ini dan tetap dalam
sifat ini akan mendapat kemuliaan dalam dunia ini dan di akhirat kelak dan
akan dicintai oleh orang-orang yang benar, yang dekat dan yang jauh.
Permohonannya akan diterima dan ia mendapat kemuliaan di hati orang-
orang yang beriman.

Yang keenam ialah si hamba itu janganlah mengatakan bahawa seseorang


(yang menurut kiblat yang sama, iaitu beragama Islam) itu musyrik, munafik
atau kafir. Jika kamu tidak mengkafirkan, memunafikkan atau
memusyrikkan seseorang, maka itu menunjukkan kamu menurut sunnah
Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam dan menjauhkan diri
kamu dari membuat kacau dalam perkara yang Allah sahaja mengetahui, dan
menjauhkan dari seksaanNya. Dan menghampirkan kamu kepada rahmat
dan redhaNya. Oleh itu, ini adalah pintu yang mulia menuju Allah
Subhanahu wa Ta'ala yang mengurniakan sifat ini kepada hamba-hambaNya

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 149


 
yang beriman sebagai ganjaran kerana kasih sayangNya kepada semua
orang.

Yang ketujuh ialah si hamba itu menghindarkan dirinya dari perkara yang
berdosa, zahir dan batin, dan menjauhkan anggotanya membuat perkara
yang berdosa. Dengan itu, dapatlah hatinya itu kurniaan Allah dan juga
anggotanya dalam dunia ini dan yang disediakan untuknya di akhirat nanti.
Kita berharap semoga Allah memberi kita sifat ini dan membuang dari hati
kita segala hawa nafsu keduniaan semata-mata.

Yang kelapan ialah si hamba itu hendaklah jangan membebani seseorang


sama ada berat atau ringan.
Sebaliknya ia hendaklah membuang beban yang ditanggung oleh seseorang
itu sama ada ia meminta atau tidak. Sebenarnya ini adalah satu kemuliaan
yang diberi Allah kepada si hambaNya, dan ini juga memberi kekuatan
kepada dia untuk menasihati orang-orang lain supaya membuat yang baik
dan melarang membuat yang jahat. Ini adalah satu kemuliaan bagi si hamba
Allah. Pada peringkat ini seluruh makhluk ini dipandang sama sahaja.
Dalam peringkat ini, si hamba itu akan dijadikan oleh Allah hatinya tidak
memerlukan apa-apa dan ia berpegang teguh dan menyerah kepada Allah
sahaja.

Allah tidak akan menaikkan pangkat seseorang itu di sisiNya jika ia masih
terikat erat kehendak hawa nafsu keduniaan semata-mata. Pada pandangan
orang yang mencapai peringkat ini, semua makhluk ini adalah sama sahaja
dan mempunyai hak yang sama. Inilah pintu kemuliaan bagi si mukmin dan
orangorang yang soleh dan inilah pintu yang sangat hampir kepada ikhlas.

Sifat yang kesembilan ialah si hamba itu tidak berharap-harap kepada


manusia dan tidak juga terasa dalam hatinya hendakkan apa yang ada pada
mereka. Oleh itu, ini sebenarnya ialah sifat yang mulia. Ia tidak perlu apa-
apa. Inilah kebaikan yang besar, keyakinan dan pergantungan yang erat pada
Allah.

Inilah satu pintu daripada pintu-pintu tawakal kepada Allah, yang


membolehkan seseorang itu takut kepadaNya, dan ini menunjukkan
kesempurnaan amalan agamanya, dan ini juga tanda perdampingan yang
terus langsung dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

150  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
Sifat yang kesepuluh ialah merendahkan diri iaitu tidak berbangga-bangga
dan membesarkan diri.

Dengan sifat ini maqam atau peringkat seseorang hamba itu akan
dipertinggikan dan dipermuliakan Allah. Dia disempurnakan pada sisi Allah
dan pandangan manusia juga, Dia diberi kuasa mendapatkan kehendaknya
dalam hal urusan dunia dan akhirat. Inilah sifat yang berupa seluruh akar dan
ranting bagi pokok kesempurnaan taat kepada Allah dan ini juga menolong
menaikkan si hamba itu ke peringkat maqam (stesyen) orang-orang yang
soleh yang redha dengan Allah dalam kesusahan dan kesenangan dan inilah
kesempurnaan wara'.

Dalam keadaan merendahkan diri itu, si hamba itu hanya nampak kelebihan
orang lain dan dia berkata: "Barangkali orang itu lebih baik daripada aku
pada pandangan Allah dan lebih tinggi kedudukannya." Jika orang itu orang
kecil, si hamba Allah berkata: "Orang ini tidak bersalah kepada Allah, tetapi
aku bersalah, oleh itu, tentu sahaja dia lebih baik daripada aku." Jika orang
itu orang besar, dia berkata: "Orang ini telah menghambakan dirinya kepada
Allah sebelum aku berbuat demikian." Jika si hamba itu melihat seorang
yang alim, ia berkata: "Orang ini telah diberi apa yang tidak sampai
kepadaku dan ia telah mendapat apa yang aku tidak dapat, dan ia tahu apa
yang aku tidak tahu, dan dia bertindak menurut 'pengetahuan." Jika orang itu
orang yang jahil. Maka si hamba Allah itu akan berkata: "Orang ini ingkar
kepada Allah dalam jahilnya, tetapi aku ingkar pada hal aku berilmu, aku
tidak tahu apakah akhirnya aku dan apa pula akhirnya dia." Jika dilihatnya
orang yang kafir, ia berkata: "Aku tidak tahu, mungkin dia menjadi seorang
muslim dan akhir hayatnya dalam kebaikan, tetapi mungkin aku menjadi
kafir dan berakhir dalam kejahatan."

Inilah pintu kasih sayang dan takut (kepada Allah) dan inilah yang perlu dan
inilah yang perlu kekal pada hamba-hamba Allah.

Oleh yang demikian, apabila si hamba Allah itu telah menjadi seperti yang
tersebut di atas itu, Allah akan memeliharanya dari mara bahawa dan akan
dinaikkan tarafnya sebagai orang yang berdampingan dengan Allah
Subhanahu wa Ta'ala dan menjadi orang pilihanNya. Dia menjadi rakan
Allah dan musuh iblis. Di sinilah pintu rahmat. Di sini kebanggaan dan
kesombongan diri hancur serna. Rasa ketinggian diri dalam hal agama,
keduniaan dan kerohanian hilang musnah. Inilah pati kehambaan atau
penyembahan kepada Allah. Tidak ada lebih baik dari ini.
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 151
 
Dengan tercapainya peringkat ini, lidahnya akan berhenti dari
memperkatakan hal-hal ahli dunia dan apa yang sia-sia. Tidak ada kerjanya
yang sempurna tanpa tangga ini. Sombong, dengki dan melampaui batas
akan hilang dari hatinya dalam semua keadaan. Cakapnya serupa dengan apa
yang dalam hatinya dan tujuannya serupa dengan apa yang ada dalam
hatinya. Pendeknya zahir dan batinnya serupa juga. Manusia ini sama sahaja
dalam pandangannya berkenaan dengan hal nasihat-menasihati.

Dalam nasihatnya itu, ia tidak membuat misalan dari kejahatan seseorang


atau dari tindakan baik dirinya, atau memperkatakan kejahatan orang lain
dan ia tidak suka mendengar kejahatan seseorang itu dibuat misalan, kerana
ini adalah membahayakan hamba-hamba Allah dan menyusahkan mereka
dan membawa kerosakan kepada sifat zuhudnya, kecuali mereka yang
ditolong Allah dengan rahmatNya untuk memelihara lidah dan hatinya
supaya selamat.

BAB 79: SYARAHAN KETUJUH PULUH SEMBILAN

Apabila wali ini (Syeikh Abdul Qadir Jailani) sedang sakit yang membawa
kematian itu, anaknya Syeikh Abdul Wahab berkata kepada beliau: "Berilah
saya satu nasihat untuk peganganku sebelum ayah meninggal dunia." Kata
beliau kepada anaknya: "Takutlah kamu kepada Allah dan jangan kamu
takut kepada siapa-siapapun kecuali Dia jua, dan janganlah berharap kepada
sesiapa kecuali Dia dan pintalah segala keperluanmu kepada Dia. Janganlah
bergantung kepada siapapun kecuali kepada Dia dan tumpahkanlah
kepercayaanmu kepada Dia sahaja. Tauhidlah kepadaNya, semuanya
bersetuju tentang hal ini." Kata beliau lagi: "Apabila hati itu telah betul
dengan Allah, tidak ada yang dirasai tertinggal dan tidak ada yang datang
dari diri manusia itu." Sambung beliau lagi: "Saya ini isi tanpa kulit."
Seterusnya beliau berkata: "Orang lain datang mengunjungiku, dengan itu
berilah ruang untuk mereka duduk dan hormatilah mereka. Di sini ada
manfaat yang besar. Janganlah sesak-sesakkan tempat ini."

Terdengar juga beliau berkata: "Selamat sejahteralah kamu dalam rahmat


dan kasih sayangNya. Semoga Allah melindungi aku dan kamu dan
melimpahkan rahmatNya kepada aku dan kamu. Aku mulakan dengan nama
Allah dengan tidak berhenti-henti."
152  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 
 
Sehari semalam beliau terus berkata: "Bencanalah kamu, aku tidak takut
apapun, walaupun malaikat ataupun malaikat maut. Wahai malaikat maut!
Bukanlah kamu tetapi adalah Dia yang menolongku yang memberi kurniaan
kepadaku."

Kemudian beliau pun bertempik: "Ini terjadi pada petang hari kembalinya ke
rahmatullah. Aku diberitahu oleh anak lelakinya, Abdul Razak dan Musa
yang beliau telah mengangkatkan tangannya dan meluruskannya dan
didengar perkataan: "Selamat dan sejahteralah kamu dalam rahmat dan
kurniaan Allah. Taubatlah dan masuklah dalam barisan. Tidak lama lagi aku
akan datang kepadamu."

Beliau berkata: "Tunggu! Kemudian beliau pun kembali kerahmahtullah.

BAB 80: SYARAHAN KE LAPAN PULUH

Antara diri aku dan kamu dan makhluk, hanya Dia sahaja seperti antara
langit dan bumi. Oleh itu, janganlah sangkakan aku dengan sesuatu daripada
mereka dan janganlah sangkakan sesuatu daripada mereka dengan aku.

Kemudian Abdul Aziz, anaknya bertanya kepada beliau tentang sakitnya dan
keadaannya. Beliau berkata: "Janganlah sesiapa bertanya kepada aku. Saya
sedang dibalik-balikkan dalam ma'rifatullah."

Juga dilaporkan bahawa Abdul Aziz bertanya beliau tentang penyakitnya.


Berkenaan hal ini beliau berkata: "Sesungguhnya tidak ada seorangpun,
sama ada manusia atau jin atau malaikat yang mengetahui penyakit aku.
Ilmu Allah tidak lenyap oleh perintah Allah. Perintah itu bertukar-tukar,
tetapi ilmu tidak bertukar. Perintah itu boleh dibatalkan tetapi ilmu tidak
boleh. Allah menghilangkan dan menerbitkan apa yang dikehendakiNya dan
kepunyaanNya Al-Qur'an."
Firman Allah:

‫ﻮت‬
َ ُ‫َﻻﻳُ ْﺴﺌَ ُﻞ َﻋ ﱠﻤﺎﻳـَ ْﻔ َﻌ ُﻞ َوُﻫ ْﻢ ﻳُ ْﺴﺌَـﻠ‬
"Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuatNya.
Dan merekalah yang akan ditanyai."

Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 153


 
Sifat-sifat itu terus bergerak seperti dikatakan.
Anak beliau, Abdul Jabar bertanya kepadanya: "Bahagian mana badan bapa
yang sakit?" Beliau menjawab: "Semua anggotaku sakit kecuali hatiku yang
tidak sakit dan ia tenteram dengan Allah."

Kemudian sampailah masanya beliau menghembuskan nafasnya yang


terakhir. Tatkala itu beliau berkata: "Aku berlindung dengan Allah dengan
bacaan: Tidak ada yang disembah melainkan Allah, Maha Agung dan Maha
Tinggi la. Yang kekal abadi selama-lamanya, yang tidak takut kepada
binasa, puji-pujian baginya yang menegakkan kekuasaanNya melalui
kekuatanNya dan menguasai hambahambaNya dengan mati. Tidak ada yang
disembah selain Allah dan Muhammad itu Rasulullah."

Saya diberitahu oleh anaknya Musa, yang beliau mengucapkan perkataan


'ta'ziz' dan lidahnya tidak dapat berkata dengan betul. Oleh itu, diulang-
ulangnya berkata sehingga ia mengatakan perkataan 'ta'ziz ' dan terus
membunyikannya sehingga betul. Kemudian beliau berkata: "Allah, Allah,
Allah."

Suaranya pun makin perlahan dan lidahnya lekat kepada lelangitnya.


Kemudian, jiwanya yang lima itupun bercerai dengan badannya. Mudah-
mudahan Allah redha dengannya. Moga-moga Allah mengurniakan kasih
sayangNya kepada kita sekalian dan seluruh muslimin dan muslimat
sekalian, dan akhir hayat kita sekalian di dalam iman. Tanpa kita dihinaNya
dan diletakkanNya dalam ujian.

Mudah-mudahan Allah memasukki kita sekalian dalam golongan orang-


orang yang soleh. Amin! Amin! Amin!

154  Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 


 
Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 155
 

Anda mungkin juga menyukai