Anda di halaman 1dari 7

SK CHUKAI KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT FASA 2, 2019

1.0 PROGRAM

Kem Bestari Solat (PKP 3.0-Covid19) Tahun 2021

2.0 ANJURAN

Panitia Pendidikan Islam

3.0 PENDAHULUAN

Kem Bestari Solat merupakan salah satu modul aktiviti yang terkandung di dalam

programpelaksanaan j-QAF yang telah dilaksanakan bermula tahun 2005. Program j-QAF ini

adalah cetusan idea daripada YAB Dato‟ Seri Abdullah Ahmad Badawi , Perdana Menteri

Malaysia. Dengan adanya program ini, matlamat kerajaan melalui Kementerian Pelajaran

Malaysia akan memastikan murid–murid di tahun satu yang berumur 7 tahun akan dapat

menguasai dan mendalami pengetahuan Agama Islam secara berperingkat – peringkat.

Program perintis ini akan berterusan sehingga murid – murid di tahun satu hingga ke tahun 6.

Meskipun berlakunya pandemik COVID19 yang menular ke seluruh dunia, program Kem Bestari

Solat tetap dilaksanakan mengikut SOP yang telah disediakan sesuai dengan kaedah

pelaksanaannya.

Menyedari hakikat bahawa golongan remaja merupakan aset yang paling


berharga kepada negara pada masa hadapan, maka pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) melalui guru–guru j-QAF telah mengambil langkah drastik bagi
mendidik dan membimbing murid–murid bermula dibangku sekolah rendah lagi. Ini
bertepatan dengan ajaran Islam yang menggalakkan umatnya agar dapat mendidik
anak-anak ketika umur 7 tahun lagi. Bak kata pepatah “ melentur buluh biar dari
rebungnya.” Hal ini diperkuatkan lagi melalui hadis Nabi Shallallahu ‟Alaihi Wa Sallam
yang bermaksud “ anak–anak itu dilahirkan ibarat kain putih, maka ibu bapa yang
akan mencorakannya ”.
1
SK CHUKAI KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT FASA 2, 2019

Kami berharap melalui program ini, murid–murid akan dapat menghayati dan
menjiwai pengajaran yang terkandung dalam Agama Islam melalui solat dan amalan–
amalan lain yang dituntut oleh Islam. Selain daripada itu,mereka akan terdidik supaya
menjadi insan soleh yang taat kepada perintah Allah, Rasul serta ibubapa dan
seterusnya menjadi warganegara yang patuh dan taat kepada undang–undang negara.

4.0 MATLAMAT

Kem Bestari Solat adalah salah satu program j-QAF yang dilaksanakan bertujuan
untuk memberi pendedahan tentang tatacara berwudhuk dan pelaksanaan solat, di
samping memastikan murid-murid boleh berwudhuk dan menunaikan solat dengan
betul dan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan termasuk makmum masbuk dan
makmum muafiq

5.0 RASIONAL

Solat merupakan tuntutan yang yang telah diperintahkan oleh Allah Subhanahu
Wa Ta‟ala ke atas seluruh umat Islam, tanpa mengira bangsa, paras rupa dan warna
kulit. Sebagaimana firmanNya di dalam Al-Quran Al-Karim; “Tunaikanlah solat dan
tunaikanlah zakat serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya.” [Surah Al-Mujadilah:13]
Maka sudah menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam menunaikan solat sehari
semalam lima waktu, kerana ia merupakan perintah Allah yang wajib dilaksanakannya
sebagaimana termaktub dalam Al-Quran Al-Karim.

Oleh itu, program ini bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar tentang
kewajipan menunaikan perintah Allah tersebut yakni solat. Di samping memberikan
pendedahan tentang hukum-hakam dan tatacara pelaksanaannya yang betul supaya
para pelajar dapat melaksanakanya mengikut tatacara solat yang betul sebagaimana
yang telah dicontohkan oleh Rasulullah Shallallahu „Alaihi Wa Sallam.

2
SK CHUKAI KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT FASA 2, 2019

6.0 OBJEKTIF

Antara objektif yang dapat dicapai pada akhir perlaksanaan kem ini ialah :
1. Pelajar dapat memahami segala perbuatan solat dengan betul.
2. Pelajar dapat membaca bacaan rukun solat dengan baik
3. Menarik minat pelajar terhadap amalan solat wajib mahupun sunat
4. Pelajar memahami maksud makmum muafiq dan makmum masbuk

7.0 PELAKSANAAN

KEM BESTARI SOLAT

TAHUN TARIKH

1,2,3,4,5,6 19 – 30 September 2021

6.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk Lampiran A

7.0 KUMPULAN SASARAN


a) Seramai 974 orang murid

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Buku Aktivit KBS : RM7.00 X 974 = RM6818.00

9.0 SUMBER :

3
SK CHUKAI KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT FASA 2, 2019

1) Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT)

10.0 PENUTUP

Kem Bestari Solat ini amatlah penting untuk dilaksanakan oleh pihak sekolah,
walaupun negara sedang mengalami pandemik COVID19, kerana ia merupakan salah
satu program j-QAF yang telah diperkenalkan oleh kerajaan demi untuk memartabatkan
agama Islam sebagai agama rasmi negara, di samping memastikan setiap pelajar -
pelajar yang beragama Islam mampu menunai dan melaksanakan solat dengan cara
yang betul dan sempurna. Sehubungan itu, program ini juga adalah untuk
merealisasikan hasrat serta matlamat kerajaan dalam pelaksanaan program j-QAF di
peringkat sekolah rendah. Sekaligus, dapat melahirkan pelajar-pelajar yang beriman
dan bertakwa kepada Allah.

Disediakan oleh,

………………………………
( NOR AKMA BT HAMZAH)
Setiausaha, Panitia Pendidikan Islam,
SK Chukai Kemaman.

LAMPIRAN A
Disahkan oleh,

………………………….
( AZHAR BIN HAMAD)
Guru Besar
SK Chukai, Kemaman.

4
SK CHUKAI KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT FASA 2, 2019

LAMPIRAN A

TENTATIF PROGRAM

TARIKH AKTIVITI TEMPAT

6 SEPT 2021 MENYERAHAN BUKU AKTIVITI LALUAN BERBUMBUNG


KBS PADA MURID TAHAP 1 SECARA DRIVE THRU
9 PG – 11 PAGI

7 SEPT 2021 MENYERAHAN BUKU AKTIVITI LALUAN BERBUMBUNG


KBS PADA MURID TAHAP 2 SECARA DRIVE THRU
9 PG – 11 PAGI

15 SEPT 2021 MENYERAHAN BUKU AKTIVITI LALUAN BERBUMBUNG


KBS PADA MURID TAHAP 1 & 2 SECARA DRIVE THRU
10 PG - 12 TGH
BAGI MURID YANG TERCICIR

19 SEPT – 29 KEM KBS SECARA DALAM KEDIAMAN MASING-


SEPT 2021 TALIAN MASING

30 SEPT 2021 PENGUMPULAN SEMULA BUKU LALUAN BERBUMBUNG


AKTIVITI KBS SECARA DRIVE THRU
10 PG – 12 TGH
TAHAP 1 DAN 2

5
SK CHUKAI KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT FASA 2, 2019

AHLI JAWATANKUASA KEM BESTARI SOLAT 2021

PENASIHAT : TN HJ AZHAR BIN HAMAD

PENGERUSI : PN. WAN AZIAN BT WAN ISMAIL

N. PENGERUSI : PN. ROHANI BINTI JAAFAR

NAIB PENGERUSI II : PN. NORAZIZAN BT ABDUL RAHMAN

NAIB PENGERUSI III : PN ROHAIDA BINTI RANY

PENYELARAS PROGRAM : PN. HJH. NOR AKMA BT HAMZAH

SETIAUSAHA : PN.ANIDA BINTI SULONG


BENDAHARI : PN. JUNAIDAH BINTI ABD GANI

BAHAN : PN. NOR AKMA BINTI HAMZAH

PERSIAPAN TEMPAT : EN. ZURAIMI BIN ABDUL WAHAB


: EN. HILMAN BIN ZUBIR @ MUDA
: EN. ANNUAL BIN HUSIN
: EN. TARMIZI BIN ABDUL MAJID

DOKUMENTASI : PN NAZUHA BINTI ZAINOL


: PN.NOR AKMA BINTI HAMZAH

FASILITATOR : PN. ROHANI BINTI JAAFAR

:EN. HILMAN @ ZUBAIR BIN MUDA


: EN. ZURAIMI BIN ABD.WAHAB
: EN. MOHD TARMIZI BIN ABD MAJID
: EN. ANUAL BIN HUSIN
: EN. NAZRI BIN HUSSEIN
: PN. HJH. NOR AKMA BINTI HAMZAH

6
SK CHUKAI KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT FASA 2, 2019

: PN. JUNAIDAH BINTI ABD GANI


: PN. ZANINAH BINTI NGAH
: PN. NAZUHA BINTI ZAINOL
: PN. ARSALINA
: PN. NURAINI BINTI OTHMAN @ ABDUL LATIF
: PN.SITI MADHIHAH BINTI AMAT
: PN. SUZEMA MALINI BINTI MD ZAMAN
: PN. ANIDA BINTI SULONG
: PN. KAMARISAH BINTI ADAM
: PN. EMY NOR AISHA BINTI MOHAMMAD
: PN. SURAYA BINTI MOHAMAD
: PN. AZURA BINTI JAAFAR
: PN. SYARIFA AKMA BINTI ALIAS
: PN. ESSZAHEEDA MASRY BINTI MAHDI
: PN. NAJIHAH BINTI ABDUL RAHMAN
: PN. AMINAH BINTI ADINAN

Anda mungkin juga menyukai