Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN

PROGRAM KARNIVAL
PEMULIHAN KHAS
PERINGKAT DAERAH SEMPORNA
TAHUN 2023

‘ DUNIA PEMULIHANKU ‘
NOVEMBER 2023
SEKOLAH KEBANGSAAN SIMUNUL,
SEMPORNA

1.0 LATAR BELAKANG PROGRAM PEMULIHAN KHAS DI MALAYSIA


Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang
seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani (JERI) selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Penguasaan kemahiran asas
membaca, menulis, mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid
berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, Pendidikan Pemulihan Khas mengutamakan
prinsip "menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke
tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah.

Program Pemulihan Khas telah mula diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
semenjak tahun 1960an . Program ini bertujuan untuk membantu murid-murid di sekolah rendah yang
menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran kemahiran asas membaca, menulis dan mengira ( 3M ).
Pada tahun 1983, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan dalam sistem pendidikan
Malaysia. Kurikulum baru ini memberi fokus kepada 3M dan murid-murid yang tidak menguasainya
dibantu melalui Program Pemulihan Khas. Hasil pencapaian murid pada tahap 1 (Darjah 1 -3) dapat
menentukan sama ada murid mengalami masalah penguasaan 3M atau sebaliknya. Sekiranya ada, pihak
sekolah perlu berusaha menyediakan Program Pemulihan Khas bagi mengatasi masalah yang tersebut.

Seterusnya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006–2010 yang bertujuan


memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan merapatkan jurang pendidikan, juga memberi penekanan
kepada pembasmian masalah 3M. Sehubungan itu beberapa pelan tindakan dirancang untuk memastikan
murid-murid dapat menguasai kemahiran asas 3M pada tahap 1. Selaras dengan hasrat itu, KPM juga
pada waktu yang sama telah menyuntik semangat baru kepada Program Pemulihan Khas dengan menaik
taraf kelas pemulihan bukan sahaja dari aspek prasarana, juga dari segi kualiti pengajaran dan
pembelajaran dengan menyediakan guru pemulihan khas terlatih yang mencukupi termasuk di Sekolah
Kurang Murid (SKM).

2.0 KONSEP PROGRAM KARNIVAL PEMULIHAN KHAS ‘ DUNIA PEMULIHANKU ‘

Program ini adalah merupakan salah satu usaha daripada Majlis Guru Pemulihan Khas Semporna (
MGPKS ) bagi memberikan pendedahan kepada umum tentang latar belakang program pemulihan di
sekolah. Panduan pelaksanaan, instrumen saringan serta pedadogi pembelajaran pemulihan khas
merupakan intipati penting di dalam program ini. Mensasarkan kepada semua lapisan hirarki di sekolah,
program ini merupakan julung-julung kali diadakan dan merupakan yang pertama semenjak penubuhan
MGPKS di daerah ini.
Umum mengetahui bahawa program pemulihan khas telah lama berjalan di sekolah namun, ada
sesetengah pihak yang masih lagi tertanya-tertanya objektif sebenar program ini dijalankan di sekolah.
Tambahan, segelintir pihak termasuklah komuniti masyarakat hanya mengambil enteng sahaja kewujudan
program ini di sekolah bahkan, tidak menyokong sepenuhnya kewujudan program ini di sekolah.
Oleh yang demikian, Program Karnival Pemulihan Khas ‘ Dunia Pemulihanku’ adalah merupakan
satu titik tolak ke arah memberikan pendedahan kepada semua pihak tentang pentingnya program ini di
sekolah. Karnival ini adalah salah satu anjakan paradigma daerah agar semua pihak lebih cakna bagi
membantu murid-murid yang mengikuti program ini.

Akhir sekali, janganlah kita saling menuding jari, melempar batu sembunyi tangan dalam menangani
masalah 3M dalam kalangan murid kita khususnya di daerah ini. Semua pihak tahu bahawa kemenjadian
murid bermula daripada asas terpaling rendah bukannya terhasil daripada peringkat tinggi semata. Harus
kita ingat dan nilai bahawa kepakaran dan kehebatan kita hanyalah sokongan kepada kecemerlangan
murid. Apa yang penting semuanya bermula daripada sikap ingin ambil tahu dan sedar betapa pentingnya
dunia pendidikan sekarang yang semakin maju ke hadapan. Kalau bukan kita yang mencorakkannya di
peringkat awal, siapa lagi yang harus dipertanggungjawabkan. Tepuk dada tanya selera.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

Berikut digariskan beberapa objektif pelaksanaan program karnival ini :

3.1 Memberikan pendedahan kepada umum tentang panduan pelaksanaan


program pemulihan di sekolah
3.2 Menambahkan pengetahuan sedia ada para pentadbir tentang
pentingnya pengurusan program pemulihan di sekolah dengan sistematik.
3.3 Membina jaringan perhubungan dan kerjasama yang erat antara komuniti
sekolah dengan ibu bapa agar lebih cakna dengan kepentingan program pemulihan.
3.4 Sebagai revisi kepada para guru pemulihan dan perdana tentang
pengurusan perjalanan program pemulihan di sekolah.
3.5 Meningkatkan tahap kesediaan murid untuk terus menguasai 3M sekaligus
meneruskan pembelajaran di kelas perdana.
4.0 BUTIRAN PROGRAM
4.1 Tarikh : NOVEMBER 2023
4.2 Masa : 7.30 Pagi – 1.00 Petang
4.3 Tempat : Sekolah Kebangsaan Simunul, Semporna.

5.0 SASARAN PROGRAM


Pejabat Pendidikan Daerah Semporna, Semua Guru Besar Daerah Semporna, Guru-Guru Pemulihan,
Ibu Bapa dan Murid-Murid Pemulihan Daerah Semporna.

6.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI : ENCIK IBNU HAJI JAANI ( PPD SEMPORNA )

PENASIHAT 1 : PUAN JAMJURA BT ABU KALA


PENASIHAT 2 : ENCIK IRWAN BIN MADANI
PENASIHAT 3 : PUAN NORAIDAH BT MAHMUD
PENASIHAT 4 : ENCIK AMRI

PENYELARAS : ENCIK SEYDESI BIN HAJI PITING


PENOLONG PENYELARAS : ENCIK NASIF BIN AKUB
SETIAUSAHA : PUAN SITI ZAREHA BT AZAHARI
BENDAHARI : PUAN RUPIYAH BT LAJA

FLOOR MANAGER : ENCIK AWANG BIN NAPAS


PENOLONG FLOOR MANAGER 1 : PUAN MAHASURI BT MUHAMMADAN
PENOLONG FLOOR MANAGER 2 : PUAN AMINAH NURUL NABILA
AJK PROTOKOL/SAMBUT TETAMU: PUAN SARINA BT HAJI ISMAIL
PUAN SUZANA BT DAUSAN

BACAAN DOA : ISMAIL BIN SUNU

PENGACARA MAJLIS : PUAN UMAI KASIDAH BT KUNSIAL

AJKTENTATIF/BUKU PROGRAM : PUAN SITI ZAREHA BT AZAHARI


PUAN NORAIDAH BT NANAWI

AJK HIASAN DEWAN/BANNER : ENCIK GHADAPI BIN JUA


PUAN SITI AISYAH BT MOHD SHAH
PUAN NORAZILAWATY ALIAKHBAR
PUAN SYUHERNA BT NANDU

PERSIAPAN TEMPAT/BOOTH : ENCIK ABDILLAH BIN NURDIN ASIS


ENCIK RUSMAN HJ HUSIN
ENCIK MOHD AZLAN BIN MOHD YAHYA
ENCIK MOHD AZMI BIN JAMDI

AJK DOKUMENTASI/PELAPORAN : ENCIK ISMAIL HAJI HASSAN


ENCIK TYSON SIM KWONG HUA

AJK MAKANAN DAN MINUMAN : PUAN RASMIDAH BT KIMSUI


PUAN MASLIATI BT MASSERE
PUAN ROHANI BT MAHMUD
PUAN MARIAH BT HAJI GIRIM

AJK DISIPLIN/KEBERSIHAN : ENCIK AB RAZAK BIN JUPAKKAL


ENCIK ANCU BIN MARSUKI
PUAN RAFIDAH BT MAHADI

AJK HADIAH/CENDERAHATI : PUAN NORMAZIAH BT IBRAHIM@BARAHIM


PUAN NORIJAN BT ABD JANNAH

AKTIVITI MURID/BOOTH : PUAN RITA BINTI LAMARIS


PUAN SURIYANNI BT ABD GHANI
PUAN MASDA BT MUSA
PUAN SEHA BT SAMAT
PUAN NORMAZIAH BT IBRAHIM@BARAHIM
7.0 BAJET KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH ANGGARAN HARGA


1 BANNER 7’ x 4 ‘ 1 RM 170.00
2 BANTING 2’ x 3’ 6 RM 210.00
3 CENDERAHATI 2 RM 100.00
-PERASMI
-SEKOLAH
4 KANOPI 10’ x 10’ 6 RM 1800.00
5 AKTIVITI MURID/BOOTH 6 BOOTH RM 1500.00
-BAHAN BANTU BELAJAR
-KERTAS A4
-PERALATAN MENULIS
-SIJIL PENGHARGAAN
6 ‘GOODIES’/HAMPER MURID PERKEPALA RM 1500.00
(RM10 x 150 )
7 MAKANAN DAN MINUMAN PERKEPALA RM 2000.00
-VIP (RM10x200)
-MURID
-IBU BAPA
-GURU-GURU
JUMLAH KESELURUHAN : RM 7280.00

Anda mungkin juga menyukai