Anda di halaman 1dari 5

[No Ruj: SKBP.

600-3/2/6]

KERTAS KERJA UNTUK KELULUSAN GURU BESAR


SK BUKIT PANAU
_________________________________________________________________________
CADANGAN MENGADAKAN:
PERTANDINGAN MEMBUAT KAD UCAPAN SEMPENA PAMERAN BERTEMA PANITIA
BAHASA INGGERIS BERTAJUK ‘OCCASIONAL GREETINGS’ DENGAN KERJASAMA
PUSAT SUMBER SEKOLAH
_________________________________________________________________________

1.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Pertandingan ini dianjurkan sebagai kesinambungan kepada Program Pameran


Bertema untuk bulan Mei yang dijalankan secara maya melalui FB Page Pusat Sumber
Sekolah. Panitia akan mempamerkan maklumat berkenaan ‘Occasional Greetings’ iaitu
contoh-contoh ucapan yang boleh dibuat semasa peristiwa-peristiwa tertentu seperti Hari
Jadi, Hari Raya Aidilfitri, Hari Guru, Hari Ibu, Hari Bapa dan lain-lain. Contoh-contoh ucapan
yang dipamerkan adalah dalam Bahasa Inggeris dan murid boleh menggunakan contoh-
contoh tersebut sebagai rujukan dalam membuat Kad Ucapan untuk menyertai pertandingan
ini. Pemilihan tema ‘Occasional Greetings’ sebagai tajuk untuk pameran bertema adalah
sangat bertepatan dengan bulan Mei memandangkan tarikh untuk kebanyakan peristiwa
penting jatuh dalam bulan Mei.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

Objektif utama pertandingan ini diadakan adalah untuk menggalakkan murid-murid


untuk mengaplikasikan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian mereka. Kad
Ucapan merupakan elemen yang sangat relevan dengan kehidupan seharian murid-murid.
Kebiasaannya murid lebih biasa menggunakan Bahasa Melayu dalam membuat kad ucapan.
Jadi dengan adanya pertandingan seperti ini, murid berpeluang untuk menggunakan Bahasa
Inggeris dengan tujuan yang jelas. Diharapkan selepas ini, murid mampu untuk membuat
ucapan dalam Bahasa Inggeris secara lisan dan bertulis seterusnya berupaya untuk
menggunakan elemen-elemen ini untuk berkomunikasi ringkas dalam Bahasa Inggeris.

3.0 KUMPULAN SASAR

Pertandingan ini mensasarkan semua murid Tahun 1 hingga 6 SK Bukit Panau


termasuk murid-murid PPKI.
[No Ruj: SKBP.600-3/2/6]

4.0 TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM

Bermula 9 Mei 2021 sehingga 27 Mei 2021.

5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Bahan-bahan pameran akan dimuatnaik di FB Page Pusat Sumber SKBP pada


minggu pertama Mei 2021. Pertandingan akan berlangsung sepanjang bulan Mei di mana
murid-murid yang berminat untuk menyertai dikehendaki untuk membuat kad ucapan tersebut
di rumah bersama-sama ibubapa/ penjaga.

Murid hendaklah mengambil gambar kad yang dibuat dan menghantar gambar
tersebut secara online melalui link yang diberikan selewat-lewatnya 20 Mei 2021. Keputusan
pertandingan akan diumumkan sebelum Cuti Pertengahan Tahun iaitu sebelum 28 Mei 2021.

2 kad ucapan terbaik untuk setiap kelas akan dipilih sebagai pemenang bagi kelas
perdana manakala 3 pemenang dipilih dari setiap kelas PPKI. Berikut adalah kriteria yang
akan diambilkira untuk mmbuat keputusan:
1. Penggunaan Bahasa dan Tatabahasa yang betul
2. Kreativiti
3. Kerja yang kemas dan teliti

Berikut adalah carta alir proses serta tarikh pelaksanaan pertandingan ini:

Bahan Pameran Bertema


“Occasional Greetings”
dimuatnaik di FB Page Pusat Sumber SKBP
(2-6 Mei 2021)

Pertandingan Bermula
(9 Mei 2021)

Tarikh Akhir Penyertaan


(20 Mei 2021)

Pemilihan & Pengumuman Pemenang


(23-27 Mei 2021)
[No Ruj: SKBP.600-3/2/6]

6.0 JAWATANKUASA KERJA

Penasihat: MOHD ZU BIN TALIB (GURU BESAR)


Pengerusi: MOHD EZANI BIN MOHAMED (PK PENTADBIRAN)
Naib Pengerusi: CHE KAMAHRUDIN BIN CHE SOH (PK PENDIDIKAN KHAS)
Penyelaras: NIK PUAN NURAZIZAM BT NIK PA (KP BAHASA INGGERIS)
Setiausaha 1: IZYAN BINTI ISMAIL
Ahli Jawatankuasa: 1. FARAHZAIDA BT HAMZAH
2. HALINA BT ABDUL HAMID
3. NORMARIATI BT MOHD NOOR
4. MASLINDA BT MOHAMMAD
5. AZLINA BT CHE AMAT
6. NOR AFZAN BT MOHD HAJAZI
7. NUR DALILA BT ZAKARIA
8. SITI FATIHAH BT ABDULLAH
9. WAN MOHD HAFIZ BIN WAN ABDULLAH
10. YUZI BT ISMAIL
11. NOOR HASNIZA BT FOUZI
12. FATIMAH BT MAT (PENYELARAS PSS)

6.0 IMPLIKASI KEWANGAN

6.1 Sumber Kewangan


6.1.1 Peruntukan Panitia Bahasa Inggeris
6.1.2 Peruntukan PPKI – Teras Bahasa Inggeris

6.2 Anggaran Perbelanjaan Keseluruhan

Harga
Bil Perkara Kuantiti Jumlah
Seunit
1 Hadiah Pemenang (24 kelas x 2 Pemenang) 48 unit RM 5.00 RM 240.00

2 Hadiah Pemenang PPKI (4 kelas x 3 Pemenang) 12 unit RM 5.00 RM 60.00

JUMLAH BESAR RM 300.00


[No Ruj: SKBP.600-3/2/6]

7.0 PENUTUP

Pertandingan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin agar murid-murid dapat


menggunakan Bahasa Inggeris untuk komunikasi ringkas dan bertujuan. Adalah diharapkan
agar pertandingan ini akan menjadi medium untuk murid-murid meraih pengalaman
menggunakan Bahasa Inggeris serta mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian
sekaligus dapat membantu mereka untuk menguasai Bahasa Inggeris secara implisit.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

Izyan binti Ismail Nik Puan Nurazizam bt Nik Pa


Guru Bahasa Inggeris, Ketua Panitia Bahasa Inggeris,
SK Bukit Panau SK Bukit Panau
[No Ruj: SKBP.600-3/2/6]

_________________________________________________________________________
KERTAS CADANGAN:
PERTANDINGAN MEMBUAT KAD UCAPAN SEMPENA PAMERAN BERTEMA PANITIA
BAHASA INGGERIS BERTAJUK ‘OCCASIONAL GREETINGS’ DENGAN KERJASAMA
PUSAT SUMBER SEKOLAH
_________________________________________________________________________

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan “Pertandingan Membuat Kad Ucapan


sempena Pameran Bertema Bahasa Inggeris Bertajuk ‘Occasional
Greetings’ dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah.”

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan “Pertandingan Membuat Kad


Ucapan sempena Pameran Bertema Bahasa Inggeris Bertajuk
‘Occasional Greetings’ dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah.”

ULASAN:
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

____________________
MOHD ZU BIN TALIB
Guru Besar
SK Bukit Panau

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai