Laporan Sukaneka

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN AKTIVITI SUKANEKA SJK(C) SHING CHUNG TAHUN 2019

SJK (C) SHING CHUNG telah mengadakan aktiviti sukaneka pada 23 Oktober 2019 ( Hari Rabu ).
Pihak sekolah telah menganjurkan aktiviti ini bagi murid-murid Tahun 3 dan Tahun 4 iaitu 178 orang murid.
Aktiviti ini diadakan di padang sekolah pada jam 7:30 pagi hingga 9:30 pagi. Tujuan mengadakan aktiviti ini
adalah supaya murid-murid dapat menjalin hubungan yang lebih mesra dengan guru sempena program
sekolah penyayang dan memupuk minat murid-murid sekolah bersukan.

Butir-butir aktiviti sukaneka adalah seperti berikut:

Tarikh : 23.10.2019 ( Hari Rabu )


Masa : 7:30a.m.– 9:30a.m.
Tempat : Padang Sekolah
Peserta : 178 orang murid dari Tahun 3 dan Tahun 4

Terdapat bantuan daripada guru kelas dan guru mata pelajaran dalam aktiviti ini. Mereka mengawal
disiplin murid-murid supaya aktiviti ini dapat berjalan dengan lancar dan berjaya.

Aturcara aktiviti sukaneka:

7:30 a.m. : Melaporkan diri.


7:45 a.m. : Pembahagian kumpulan.
8:00 a.m. : Aktiviti memanaskan badan.
8:10 a.m. : Acara padang ( Aktiviti Sukaneka ).
8:45 a.m. : Acara Larian.
9:15 a.m. : penyampaian Hadiah.
9:30 a.m. : Makan sarapan pagi dan bersurai.

Pada pukul 9:30 pagi, aktiviti sukaneka pun tamat. Murid-murid balik ke kelas dengan gembira.
Secara kesimpulannya, aktiviti sukaneka dijalankan dengan lancar dan berjaya. Murid-murid berasa gembira
dan seronok pada hari itu. Diharapkan aktiviti tersebut dapat dijalankan pada tahun yang akan datang.
Perbelanjaan Aktiviti Sukaneka :

Bil. Perkara Jumlah


1. Makanan ( RM3.50 x 178 RM 623.00
orang )
2. Minuman ( RM1.00 x 178 RM 178.00
orang )
3. Piala Pertandingan RM368.70
( 20 unit )

Jumlah RM 1169.70

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


________________________
_____________________
( PN.LOW CHOOI YEE ) ( PN.NG CHUY PHENG )
PK Ko-Kurikulum PK Pentadbiran
SJKC Shing Chung SJKC Shing Chung
GAMBAR – GAMBAR AKTIVITI SUKANEKA TAHUN 2019

Aktiviti sukaneka murid-murid Tahun 4 dijalankan di gelanggang bola keranjang sekolah.

Aktiviti sukaneka murid-murid Tahun 3 dijalankan di padang sekolah.

Pertandingan murid-murid Tahun 3 dan Tahun 4 dijalankan.


GAMBAR – GAMBAR AKTIVITI SUKANEKA TAHUN 2019

Pemenang-pemenang bagi pertandingan aktiviti sukaneka.

Murid-murid makan dan minum di kantin sekolah selepas aktiviti sukaneka.

Anda mungkin juga menyukai