Anda di halaman 1dari 1

Doa Kursus Kepimpinan Kokurikulum Sekolah

Ya Allah,Ya Tuhan Kami,


Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu Ya Allah kerana telah mengizinkan kami untuk
menghadiri Kursus Kepimpinan Kokurikulum Peringkat Sekolah pada hari ini.

Ya Allah, Ya Qahhar, Ya Jabbar,


Jadikanlah unit kokurikulum sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan
nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran dan
tenaga sebagai sokongan ke arah membantu meningkatkan kelancaran pengurusan Unit
Kokurikulum di Sekolah Menengah Bukit Sentosa 2. .

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin,


Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , kami akan
menjadi ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab , mempunyai keyakinan diri yang tinggi ,
ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini .
Sekaligus menjadi ahli jawatankuasa yang cemerlang, terbilang , disegani dan dihormati,
samada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi seterusnya mampu melahirkan
ahli yang berketrampilan dan berwibawa .

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram,


Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri
kami dengan kesihatan.

Anda mungkin juga menyukai