Anda di halaman 1dari 2

TENTERA BERBASIKAL JEPUN

Jepun telah memiliki 50,000 tentera berbasikal semasa


pencerobohan ke atas China 1937. Pada tahun 1941,
awal PerangDunia II mereka iaitu tentera darat ke-25
di bawah pemerintahan Left. Jeneral Tomoyuki
Yamashita telah bergerak ke selatan Tanah Melayu
(Malaysia), sebahagian besar tentera Jepun bergantung
kepada basikal selain kereta kebal ringan. Basikal
menjadi pilihan Jepun kerana pengangkutan ini jenis
senyap dan fleksibel, kehadiran tentera basikal juga
dapat mengejutkan dan mengelirukan musuh. Bagi
Jepun, Basikal dapat mengurangkan kos perang kerana
tidak memerlukan trak, atau kapal-kapal untuk
mengangkut mereka yang menggunakan petroleum.
Walaupun pada mulanya Jepun ada menerima nasihat
supaya tidak memulakan kempen di Tanah Melayu
dengan berbasikal kerana bekalan basikal masih tidak
mencukupi. Namun, mereka tahu dari risikan bahawa
basikal ada banyak di Tanah Melayu dan ini memberi
mereka peluang untuk bergerak secara sistematik serta
merampas basikal daripada orang awam dan peruncit
sebaik sahaja mereka mendarat. Penggunaan basikal
oleh tentera Jepun dapat bergerak dengan lebih cepat
daripadaTentera Bersekutu, dan sering berjaya
memintas semasa pengunduran mereka. Kelajuan
kayuhan mereka apabila melalui jalan-jalan ladang, laluan
kecil lain yang dapat mengelakkan mereka daripada
ditangkap olehTentera British di jalan-jalan utama dan
lintasan sungai, kelebihannya mereka dapat menyerang
secara mengejut dari arah belakang. Antara kelebihan
lain juga, Tentera British hanya dapat membawa 18
kilogram peralatan perang selepas semua jambatan di
bom oleh mereka, manakala tentera basikal Jepun boleh
membawa 36 kilogram peralatan perang.

Anda mungkin juga menyukai