Anda di halaman 1dari 5

Q & A Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017)

Pendidikan Moral

Q1 Apakah pembaharuan dalam KSSR (Semakan 2017) Pendidikan


Moral Tahun 1 yang akan dilaksanakan pada tahun 2017?

A1 Pembaharuan dalam KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Moral Tahun


1 yang akan dilaksanakan pada tahun 2017 adalah dari segi matlamat
dan objektif, standard pembelajaran, standard prestasi serta
peningkatan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Q2 Apakah matlamat KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Moral?

A2 KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Moral bermatlamat membentuk


insan berakhlak mulia dan berintegriti yang berpegang kepada nilai
universal berasaskan prinsip moral dan menyumbang ke arah
perpaduan dan kesejahteraan negara serta masyarakat global.

Q3 Apakah objektif KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Moral?

A3 KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Moral berobjektif untuk


membolehkan murid memahami, menghayati dan mengaplikasi nilai-
nilai universal berasaskan prinsip moral dan mengembangkan nilai-nilai
tersebut melalui domain penaakulan, emosi dan perlakuan moral dalam
kehidupan seharian. Seterusnya dapat melaksanakan tanggungjawab
moral dan sosial, memperkukuhkan perpaduan dan bertindak dengan
integriti terhadap diri, keluarga, sekolah, jiran, masyarakat dan
masyarakat global.

Q4 Apakah yang dimaksudkan dengan domain penaakulan moral?

A4 Domain penaakulan moral merujuk kepada keupayaan mental untuk


menaakul dalam situasi yang kabur atau berkonflik nilai demi mengenal
pasti perlakuan baik atau benar dan perlakuan jahat atau salah.
Keupayaan mental dapat merungkai dan menyelesaikan masalah atau
isu moral sebaik mungkin secara autonomi, rasional dan objektif
berdasarkan prinsip moral.

Q5 Apakah yang dimaksudkan dengan domain emosi moral?

A5 Domain emosi moral merujuk kepada kesedaran emosi moral


melahirkan kepedulian dan hati nurani yang menyebabkan insan
berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan rasa
bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul. Emosi moral
melahirkan motivasi moral dan niat untuk bertindak berdasarkan empati
dan simpati terhadap diri dan orang lain.
Q6 Apakah yang dimaksudkan dengan domain perlakuan moral?

A6 Perlakuan moral adalah tindakan moral berkaitan antara penaakulan


moral dan emosi moral. Ia dilakukan secara rela hati dengan rasa
bertanggungjawab, akauntabiliti dan berintegriti moral.

Q7 Apakah yang membezakan Standard Kandungan dan Standard


Pembelajaran?

A7 Standard Kandungan merujuk kepada penyataan spesifik tentang


perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu
tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai. Manakala Standard Pembelajaran pula merujuk kepada suatu
penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian
yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.

Q8 Apakah yang dimaksudkan dengan Standard Prestasi?

A8 Standard Prestasi merujuk kepada suatu set kriteria umum yang


menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai
tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid.

Q9 Apakah domain-domain yang terkandung dalam Standard


Pembelajaran?

A9 Domain penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral


merupakan tiga domain yang terkandung secara eksplisit dalam
Standard Pembelajaran.

Q10 Berapakah jumlah nilai-nilai universal yang terkandung dalam


KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Moral?

A10 Jumlah nilai-nilai universal yang terkandung dalam KSSR (Semakan


2017) Pendidikan Moral adalah sebanyak 14 nilai.

Q11 Apakah tema-tema yang terkandung dalam KSSR (Semakan 2017)


Pendidikan Moral?

A11 Tema-tema yang terkandung dalam KSSR (Semakan 2017) Pendidikan


Moral adalah seperti berikut:

Tahun Tema
1 Diri Saya
2 Saya dan Keluarga
3 Saya dan Sekolah
4 Saya dan Jiran
5 Saya dan Masyarakat
6 Saya dan Negara
Q12 Adakah cadangan aktiviti yang dicadangkan dalam DSKP KSSR
(Semakan 2017) Pendidikan Moral wajib dilaksanakan dalam
pengajaran dan pembelajaran?

A12 Cadangan aktiviti yang dicadangkan dalam DSKP KSSR (Semakan


2017) Pendidikan Moral ini bukanlah wajib dijalankan tetapi ianya boleh
dijadikan sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh
mengubahsuai cadangan aktiviti ini mengikut tahap kecerdasan,
kebolehan dan keadaan sekeliling murid. Guru digalakkan untuk
mereka bentuk aktiviti tambahan yang inovatif dan kreatif untuk
mencapai Standard Pembelajaran serta boleh mencabar pemikiran
murid untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

Q13 Apakah tujuan nilai yang dinyatakan di ruangan catatan dalam


DSKP KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Moral?

A13 Nilai yang dinyatakan di ruangan catatan bertujuan untuk memberi


panduan kepada guru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran
supaya nilai ini dapat diterapkan, dihayati dan diamalkan oleh murid
selari dengan kehendak Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang hendak dicapai.

Q14 Bagaimanakah elemen perpaduan dapat diterapkan dalam KSSR


(Semakan 2017) Pendidikan Moral?

A14 Elemen perpaduan dapat diterapkan dalam KSSR (Semakan 2017)


Pendidikan Moral melalui tiga konstruk yang dicadangkan iaitu
menerima, menghormati dan mengurus kepelbagaian melalui Standard
Pembelajaran yang berkaitan dengan perpaduan.

Q15 Bagaimanakah elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


diterjemahkan dalam Standard Pembelajaran?

A15 Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) diterjemahkan dalam


Standard Pembelajaran secara eksplisit yang merangkumi tahap
pemikiran iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta bagi
meningkatkan keupayaan serta merangsang pemikiran murid untuk
memahami, menghayati dan mengaplikasikan domain-domain moral
dalam kehidupan seharian.

Q16 Apakah strategi yang disarankan dalam pengajaran dan


pembelajaran Pendidikan Moral supaya pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan?

A16 Strategi yang disarankan dalam pengajaran dan pembelajaran lebih


berkesan adalah seperti Pembelajaran Aktif, Pembelajaran
Penyelesaian Masalah, Pembelajaran Khidmat Masyarakat dan
Pembelajaran Berasaskan Projek yang lebih berpusatkan murid.
Q17 Nyatakan jenis-jenis Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

A17 Jenis-jenis PBS adalah Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Bilik Darjah,


Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum serta Pentaksiran
Psikometrik.

Q18 Apakah yang dimaksudkan dengan pentaksiran bilik darjah?

A18 Pentaksiran bilik darjah ialah pentaksiran yang dijalankan oleh guru
secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara
formatif dan sumatif.

Q19 Bagaimanakah pentaksiran formatif dan sumatif dilaksanakan?

A19 Pentaksiran secara formatif dilaksanakan seiring dengan proses


pengajaran dan pembelajaran manakala pentaksiran secara sumatif
dilaksanakan pada akhir suatu unit pembelajaran, penggal atau tahun.

Q20 Apakah ciri-ciri Pentaksiran Bilik Darjah?

A20 Pentaksiran Bilik Darjah mempunyai ciri-ciri holistik, inklusif, autentik


setempat, fleksibel, berterusan dan standard.

Q21 Apakah kaedah atau instrumen pentaksiran yang disarankan


dalam KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Moral?

A21 Antara kaedah atau instrumen pentaksiran yang disarankan dalam


KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Moral adalah seperti membuat
demonstrasi atau simulasi, menghasilkan buku skrap dan folio,
pemerhatian, maklum balas lisan, rubrik atau senarai semak, kuiz dan
ujian bertulis, kerja berkumpulan, kerja sukarela, kerja kursus, projek
dan sebagainya.

Q22 Apakah yang dimaksudkan dengan Tahap Penguasaan?

A22 Tahap Penguasaan merujuk kepada suatu set kriteria umum yang
Menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai
tanda bahawa sesuatu Standard Pembelajaran itu telah dikuasai murid.

Q23 Bagaimanakah untuk menentukan Standard Prestasi seseorang


murid?

A23 Penentuan Standard Prestasi seseorang murid dijalankan selepas


suatu kelompok pengajaran selesai diajar. Guru perlu mengenal pasti
tahap penguasaan seseorang murid berdasarkan tafsiran tahap
penguasaan dengan menggunakan pelbagai instrumen pentaksiran
dan pertimbangan profesional. Tindakan susulan perlu dilakukan
sekiranya seseorang murid tidak menguasai tahap penguasaan yang
sepatutnya.
Q24 Bagaimanakah guru merekod tahap penguasaan bagi setiap
murid?

A24 Guru merekod tahap penguasaan bagi setiap murid dengan


menggunakan templat perekodan perisian Microsoft (MS) Excel yang
disediakan secara offline.

Q25 Bagaimanakah untuk mentadbir fail Microsoft Excel bagi setiap


murid?

A25 Fail Microsoft Excel ini hendaklah disimpan dengan baik dan selamat.
Salinan dalam bentuk digital dan bercetak hendaklah dilakukan secara
berkala, mengikut kesesuaian dan keperluan pihak sekolah. Fail ini
perlu diselaraskan oleh pihak sekolah melalui penyimpanan berpusat
untuk kegunaan pemantauan panitia dan pentadbir sekolah.

Q26 Apakah yang perlu dilakukan kepada data perekodan jika


seseorang murid berpindah ke sekolah baharu?

A26 Jika berlaku pertukaran murid, data ini perlu diserahkan kepada
pentadbir sekolah baharu.

Q27 Adakah laporan prestasi murid perlu disimpan? Mengapa?

A27 Laporan prestasi murid perlu disimpan secara teratur dan sistematik
mengikut kesesuaian dan keupayaan pihak sekolah. Ini bagi
membolehkan murid dapat mengenal pasti tahap penguasaan yang
telah dicapai dari semasa ke semasa serta mengenal pasti kelemahan
yang boleh diperbaiki. Pelaporan juga perlu dikemukakan kepada pihak
berkepentingan terutamanya ibu bapa agar dapat memantau
perkembangan pembelajaran dan prestasi tahap penguasaan.

Anda mungkin juga menyukai