Anda di halaman 1dari 5

TEKS PIDATO ALAM RIA

2022

SOFIYA ZAINAB BINTI MOHD NOR


AZAMMUDIN

PASTI MUTMAINNAH
KG PERMATANG BERANGAN
SG PETANI
KEDAH
“Dengarkan lah..Disepanjang Malam Aku Berdoa….”
Berdoa untuk siapa??
Mari dengarkan pidato ini..

Cendawan putih tumbuh merata,


Lalu dikutip oleh Sang Kera,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya Sofiya Zainab membuka bicara.

‫ َويَسِّرْ لِي َأ ْم ِري َواحْ لُلْ ُع ْق َدةً ِم ْن لِ َسانِي يَ ْفقَهُوا قَوْ لِي‬$‫ص ْد ِري‬
َ ‫َربِّ ا ْش َرحْ لِي‬

''Robbis rohlii shodrii, wa yassirlii amrii, wahlul uqdatam mil lisaani


yafqohu qoulii''.

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, guru - guru yang dihormati dan
rakan - rakan sekalian. Terlebih dahulu saya, mengucapkan ribuan
terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan pidato pada
hari ini. Tajuk pidato saya ialah, “Kasih Sayang Ibu Bapa”.

Hadirin sekalian,

Anak merupakan anugerah dan kurniaan Allah kepada ibu bapa,


sebagai penyambung kasih sayang. Oleh itu, ibu bapalah yang akan
mencorakkan kehidupan anak - anak, sama ada menjadi cemerlang
atau sebaliknya.

Hadis seperti sabda nabi yang bermaksud :

“Setiap anak adam itu dilahirkan dalam keadaan putih berseri”.


Oleh yang demikian, kita sebagai anak perlulah menghormati kedua
ibu bapa kita. Jangan sesekali kita, meninggikan suara dan bercakap
kasar kepada mereka.
Sebagai anak, kita perlulah mencari keberkatan ibu bapa di dunia dan
akhirat.

Firman Allah :

َّ ‫اَللهُ َّم ا ْغفِرْ لِ ْى ُذنُوْ بِ ْى َولِ َوالِ َد‬


َ ‫ى‬$ْ ِ‫ َك َما َربَّيَان‬$‫ى َوارْ َح ْمهُ َما‬
‫ص ِغ ْيرًا‬

Ya Allah ampunkanlah segala dosa, kedua ibu bapa yang menjaga..


kami dari kecil hingga dewasa.. kami dari kecil hingga dewasa.

Hadirin Sekalian,

Ibu bapa bersusah payah mendidik kita ilmu dunia dan agama, supaya
kita dapat mengenal Allah dan mengenal erti kehidupan yang sebenar.
Bak kata pepatah, “Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya….” Dengan
didikan ibu bapa yang sempurna, kita akan menjadi insan yang hebat
dan berjaya dimasa hadapan.

Hadirin sekalian,

Ada banyak cara untuk kita membalas jasa dan kasih sayang ibu bapa
kita. Contohnya… kita mendoakan mereka supaya sihat, diberkati dan
dimurahkan rezeki.

Jadi, marilah kita belajar bersungguh - sungguh supaya menjadi


manusia yang berguna sekaligus membalas jasa ibu bapa kelak.
InsyaAllah.

Hadirin Sekalian,
Marilah bersama - sama kita menadah tangan memanjatkan doa
kepada ibu bapa kita….
Bismillahi Rahmani Rahim..

Wahai Tuhanku limpah Hidayah-Mu


Untuk ayah dan ibuku

Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka seperti mana


Mereka menyayangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Dan mengasihiku waktu kecilku


Tak terbalas budi jasanya

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan

Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Akhir kata, saya sudahi pidato saya dengan serangkap pantun :

Mari belajar di Tadika Pasti,


Belajar menulis dan membaca,
Ibu bapa mesti dihormati,
Supaya hidup beroleh bahagia.

Sekian,
Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, Assalamualaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai