Anda di halaman 1dari 19

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JAYA

Muka Surat |1
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JAYA

Kata Kata Aluan


Naib Yang Di Pertua PIBG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah syukur kita kehadrat Allah S.W.T dengan segala nikmat yang diberi dapat saya
mengambil kesempatan ini menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan jutaan terima kasih
kepada ibubapa dan guru guru yang dapat hadir di dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa
dan Guru Sekolah Kebangsaan Desa Jaya kali ke 19 pada hari ini.

Adalah menjadi harapan saya agar hubungan baik sedia terjalin antara ibu bapa dan warga
pendidik di Sekolah ini bertambah akrab. Mesyuarat Agung ini satu peluang terbaik untuk
mengakrabkan hubungan dan kesempatan untuk para ibu bapa mengetahui perkembangan dan
keperluan sekolah.

Saya percaya kejayaan sekolah dan kecemerlangan pelajar sekolah ini, adalah usaha gigih pelajar
ibu bapa dan guru guru secara bersama dan istiqamah , kejayaan tidak dapat digapai jika tiada
kerjasama dari semua pihak.

Justeru itu saya menyeru ibubapa agar sentiasa memberi sokongan moral dan material kepada
pihak sekolah dalam usaha melahirkan pelajar yang berketerampilan , berwibawa dah bersahsiah
terpuji serta cemerlang dalam kurikulum dan ko kurikulum. Permuafakatan sikap saling membantu
dan berkerjasama antara ibu bapa dan warga pendidik merupakan salah satu kunci kepada
kejayaan tersebut.

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik Sekolah Kebangsaan Desa Jaya yang telah
melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab mendidik serta membimbing anak-anak kami.

Akhir kalam saya mendoakan semuanya sentiasa dilindungi Allah dan mendapat rahmat darinya.

Sekian

Sekian, terima kasih,

Mohd Nasharuddin Bin Mat Nasir


Yang Di Pertua
PIBG SK Desa Jaya

Muka Surat |2
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JAYA

Kata-Kata Aluan
Penasihat PIBG

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu diucapkan terima kasih kepada saudara-saudari ahli Persatuan Ibu bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Desa Jaya kerana sudi melapangkan masa hadir pada Mesyuarat Agung
Tahunan kali ini. Sesungguhnya inilah masa yang paling sesuai dan tepat untuk kita sama-sama
hadir bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli PIBG.

Platform ini harus digunakan sebaik mungkin untuk menilai prestasi Ahli Jawatkuasa (AJK) PIBG
dan juga kita sebagai ahli PIBG, sama ada pencapaian kita berada pada tahap yang lemah, baik
atau cemerlang. Ia juga menjadi forum untuk menyalurkan pandangan dan idea, di samping
melaksanakan tanggungjawab menentukan arah tuju persatuan untuk setahun akan datang.

Seringkali apabila disebut PIBG ibu bapa lebih cenderung bertanggapan bahawa barisan
jawatankuasa itulah PIBG. Namun dalam konteks sebenar, perjalanan persatuan ini adalah
didokong sepenuhnya oleh semua ahli PIBG. AJK yang diamanahkan melalui pemilihan dalam
mesyuarat Agung Tahunan sekadar pelaksana dan penghubung antara persatuan dan pihak
pengurusan sekolah.

Kecemerlangan dan kegagalan PIBG bukan terletak sepenuhnya kepada AJK nya sahaja tetapi ia
bersandarkan sumbangan daripada ahli-ahli. Kepakaran, kebolehan dan kelebihan yang ada pada
ahli-ahli PIBG itulah aset sebenar persatuan ini. Itulah modal insan yang harus digarap bagi
memajukan PIBG.

Ahli-ahli politik boleh menyumbang dari segi kuasa politik dan melerai kekangan birokrasi, ahli
korporat dapat menyumbang dari segi kewangan, kalangan profesional dari segi kepakarannya,
ahli pemikir dari segi ideanya manakala kita semua yang mungkin menganggap tiada kepakaran
atau kelebihan adalah sebenarnya penyumbang kepada tenaga dan keringat untuk kecemerlangan
PIBG. Semua daripada kita mempunyai peranan masing-masing.

Oleh itu janganlah dibiarkan PIBG bergerak berlandasan saf kepimpinan yang ada sahaja, atau
hanyut tanpa komitmen ahli. Sebaliknya marilah kita bersatu hati, bersama-sama berperanan
sebagai pengerak dalam memacu persatuan ini menjadi lebih dinamik.

Selamat bersidang.

Mohd Itan Saady b. Yeop Yahaya


Guru Besar

Muka Surat |3
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JAYA

SK Desa Jaya

ATURCARA MAJLIS
TARIKH : 09.04.2021 | SABTU

8.30 pagi Ibu Bapa Mendaftarkan Diri Melalui Link Yang Diberi

08.45 pagi Mesyuarat Agung Bermula


12.00 thari Mesyuarat dijangka tamat.

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

1. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18


2. Membentang, Menerima dan Mengesahkan Laporan Tahunan PIBG Sesi 2021/2022
3. Membentang, Menerima dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG 2021/2022
4. Membahaskan Usul
5. Hal-hal Lain
6. Pembubaran & Perlantikan AJK Baru
7. Ucapan Penangguhan
8. Bersurai

Muka Surat |4
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JAYA

AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022


SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JAYA

Yang Dipertua : EN. Mohd Nasharuddin bin Mat Nasir


Naib Yang Dipertua : En. Ahmad Saari bin Abd Samat
Setiausaha : En Muhd Danial Bin Mohamad Tahir
Bendahari : Pn Suryanie bt. Hamzah

AJK Ibu Bapa

1. En. Mohd Niazhan bin Omar Ali


2. Pn. Aida binti Ahmad
3. En. Roslan bin Mamat
4. Pn. Noraini binti Umar
5. Pn. Siti Hasmah binti Latiff
6. En. Mohd Zaki bin Abdul Latiff
7. En. Mohd Asmawi bin Zainorddin
AJK Guru
1. Pn. Aznee Fadzilla bt. Nik Awang
2. Pn. Nooriza bt. Hashim
3. En. Ruslan bin Yaakob
4. Pn. Nor Azlinda bt. Mohd Salleh
5. Pn. Noraini bt. Mat Yusof
6. En. Mohd Tarmizi bin Sahir

Pemeriksa Kira Kira


1. En Amran bin Omar
2. En Amran bin Shafie

Guru Penolong Kanan


1. Pn. Haida bt. Aman
2. Pn. Che Norizan bt. Daud
3. En. Abdul Halim b. Sharif

Muka Surat |5
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JAYA

LANTIKAN DAN PENUBUHAN BIRO PIBG DAN KSIB 2021/2022

1. Penasihat : En. Itan Saady bin Yeop Yahaya (Guru Besar)


2. Pengerusi : En. Nasharuddin Bin Mohd Nasir (YDP)
3. Naib Pengerusi : En. Ahmad Shaari Bin Abd Samad (NYDP)
2. Setiausaha : En. M. Danial B. M. Tahir
3. Bendahari : Pn. Suryanie bt. Hamzah
4. Biro Keceriaan : Pn Noraini bt. Omar
: Pn. Hasmah bt. Latiff
5. Biro Akademik : En. Mohd Zaki bin Abdul Latiff
: Pn. Aida bt. Ahmad
6. Biro Perhubungan : En. Ahmad Shaari Bin Abd Samat
7. Biro Ekonomi : En Mohd Asmawi bin Zainordin
8. Biro Sukan & Rekreasi : En Roslan Bin Mamat

Juruaudit Dalam : En Asharudy bin Muhamad Sidik


Juruaudit Luar : En Zafuan bin Aliman

Muka Surat |6
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JAYA

JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGONG PIBG SK DESA JAYA KALI KE 19 / 2022

JK PENYAMBUT TETAMU  JK PERASMIAN


1. En Itan Saady b. Yeop Yahaya Guru Besar  1. Pn Nor Diana bt. Hj. Ahmad
2. En Mohd Nasharuddin b. Mat Nasir YDP 2. Pn Norzawati bt. Ismail
3. En Ahmad Shaari b. Abd Samat NYDP 3. Pn Noriha Afiza bt. Alias
4. En Abdul Mua’is b. Lokman GPK 1 4. Pn Noraini bt. Omar (EXCO)
5. Pn. Pn Hjh Zati Rahayu Binti Zakaria GPK HEM

JK PENDAFTARAN  JK TEKNIKAL & SIARAYA


1. Pn Noraini bt. Mat Ali  1. En Norharma b. Mohd Kasim
2. Pn Sham Azuraini bt..Sapigon 2. En Ruslan Bin Ya’acob
3. Cik Nor Shahida bt. Abdullah 3. En Roslan b. Mamat (EXCO)
4. Pn Normaziah bt. Makhtar
JK PERSIAPAN DEWAN  JK HIASAN PENTAS & BACKDROP
1. En Asharudy bin Mohd Sidek  1. Pn Norsyuhada bt. Rahmat
2. Hj Zahari b. Sa’at 2. Pn Noor Hafizah Binti Md Yusof
3. Semua Pekerja Sekolah 3. Pn Norazilawati bt. Harun
JK HIASAN MEJA MESYUARAT  JK PENCATAT MINIT
1. Pn Yusnita bt. Md Yunus  1. Nor Azira bt. Nus
2. Cik Rosliza bt. Razak 2. Pn Hindun bt. Iddress
CENDERAHATI PERASMI / AJK  JK SIJIL
1. Pn Ernie Diana bt. Yahya  1. Pn Nur Assilatul Ilhani Binti Mazlan
2. Pn Harlina bt. Shahdan 2. Pn Malinda bt. Umat
LAPORAN KEWANGAN  BACAAN DOA
Pn Suryanie bt. Hamzah  En. Muhd Danial b. Mohamad Tahir
JURUKAMERA DAN LAPORAN  JURUACARA
Hj Amirul Noorman bin Hj Mohd Sahidol  En Mohamad Hafizuddin b. Uchud
JK BUKU PROGRAM  JK JAMUAN VIP
1. En Amril Zalha bin Ramli Mohd Yunos  1. Pn Azlinda bt. Md Salleh
2. Pn Khuzaimah bt. Hassan 2. Pn Aznee Fadzilla bt. Nik Awang
3. En Mohd Zaki b. Abdul Latiff (EXCO) 3. En Mohd Asmawi b. Zainordin

JK SAMBUTAN / LUCKY DRAW  JK PERSEMBAHAN


1. Pn Salasiah bt. Kusni  1. Pn Hasrina bt. Mohd Nor
2. Pn Siti Rahayu bt. Yusoff 2. Pn Noor Hafizah bt. Md Yusoh
3. Pn Che Zarina bt. Ismail 3. Pn Nooriza bt. Hashim
4. Pn Aemie bt. Idrees Syah
JK JAMUAN IBU BAPA  JK TUGAS KHAS
1. Pn Herdaazni bt. Aziz  En. Mohd Tarmidzi bin Sahir
2. Pn Norhayati bt. Abdul Khadir
3. Pn Noraini bt. Mat Yusuf

Muka Surat |7
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JAYA

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK DESA JAYA 2021/2022


SABTU 24/4/2021 - GOOGLE MEET
BACAAN DOA
PEMBENTANGAN/ LAPORAN SEKOLAH OLEH GURU BESAR
Guru Besar mengucapkan terima kasih kerana masih lagi dpat mengadakan Mesyuarat Agung
PIBG walaupun dalam kaedah hybrid kerana masih lagi dalam suasana pandemic Covid 19. Guru Besar
menyatakan bilangan guru SKDJ seramai 40 orang, warga AKP 6 orang dan semuanya adalah 46 orang.
Enrolment murid berjumlah 580 orang murid yang terdiri daripada 282 murid lelaki dan 298 orang murid
perempuan. 3 kelas bagi setiap tahun aliran perdana , dan 2 kelas bagi PRA sekolah.
Hasil daripada Dialog Prestasi ada 27 orang mengalami masalah membaca . Oleh yang demikian
guru besar memohon agar ibubapa bersama mengembleng usaha memastikan anak-anak menguasai
kemahiran membaca.
Manakala, murid Tahun 3, yang masih belum menguasai kemahiran membaca menulis akan
dihantar ke proram khas untuk mngenalpasti masalah murid bermula bulan 7 dan ke atas. Sebagai
analoginya subjek matematik sahaja memerlukan 22 kemahiran untuk dikuasai.
Bagi program celik membaca Iqra/ Al-Quran yang dikenali sebagai Riadul Quran dimana terdapat 38 orang
murid yang terlibat . Ini untuk memastikan murid yang terlibat melepasi Iqra 3.
Manakala bagi Unit HEM, murid RMT seramai 29 orang, penerima bantuan kerajaan negeri pula seramai

64 orang serta 29 orang menerima bantuan susu sekolah.

AGENDA 1 : UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.0 Ucapan aluan oleh YDP PIBG ( En. Mohd Nasharuddin bin Mat Nasir ) .
1.1 Jutaan terima kasih kerana mesuarat masih boleh dilaksanakan walaupun secara Google
Meet (dalam talian).
1.2 Mesyuarat ini diharapkan mampu menjadi platform untuk meluahkan apa yang ingin
diutarakan.

AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PIBG 2020/2021


2.1 CADANGAN : En. Mohd Zaki bin Abd Latif
SOKONGAN : Pn. Hasrina binti Mohd Nor
Tindakan : makluman

AGENDA 3 : PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN PIBG 2020/2021

Muka Surat |8
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JAYA

3.1 Cadangan : En. Marzuki bin M. Yusof


Sokongan : En. Muhammad Zaki bin Abd Latif
Tindakan : makluman

AGENDA 4 : PEMBENTANGAN DAN PERBAHASAN USUL


4.1 USUL 1 : Usul AJK Induk PIBG

Bayaran sumbangan PIBG telah dipersetujui sebanyak RM100 tahun ini daripada RM 120
-Mesyuarat menyokong sebulat suara agar usul ini diterima.
Tindakan : semua AJK,makluman

4.2 USUL 2 : Usul AJK Induk PIBG


Menerima permohonan menjadi ahli PIBG oleh 11 penjaga PRA Sekolah sesi persekolahan 2021
-Mesyuarat menyokong sebulat suara agar permohonan ini diterima.
Tindakan : SU PIBG
4.3 USUL 3 : Usul dari Puan Rosmawati binti Shafie – Mempelbagaikan menu di kantin
-GPK HEM telah menjawab bahawa dirinya pernah ditanya oleh pengusaha kantin berhubung pelbagai
menu namun bila dilihat ramai murid lebih memilih untuk makan nasi berlauk untuk pilihan di waktu rehat.
Tindakan : GPK HEM, makluman
4.4 USUL 4 : Usul dari En. Mohd Zhahim bin Abdullah – Komunikasi antara guru dan ibubapa perlu
ditingkatkan.

-Telah diwujudkan group whatsaap Kelas untuk menyalurkan maklumat namun terpaksa ditetapkan hanya
Admin sahaja dibenarkan untuk menyampaikan maklumat berikutan terdapat ibubapa yang mengambil
peluang untuk mempromosi jualan mereka di group whatssap.
Oleh yang demikian, ibu bapa boleh whatsapp personal bertanya kepada guru kelas dan boleh ditetapkan
atau ia juga boleh menjadi seperti perbincangan maya.
Tindakan : GPK 1, Guru kelas
4.5 USUL 5 : Usul dari En. Alio Putera bin Omar

-Usul ini jawapan seperti usul nombor 3. Sekiranya ada ketidakfahaman atau kekeliruan mahu pun
pertanyaan, boleh berhubung terus kepada guru kelas secara personal.
Tindakan : GPK 1,Guru kelas
4.6 USUL 6 : Usul dari En. Mohd Fairuz bin Zainal Abidin

-GPK HEM memaklumkan bahawa bukan tidak mahu menyediakan tempat menyimpan buku di sekolah, ia
menjadi kesukaran kerana dalam suasan pandemic Covid 19, jarak perlu dikekalkan 1
meter dan segala perabot perlu dikeluarkan supaya memberi keselesaan kepada murid.
Bila buku disimpan di sekolah, dikhuatiri ada murid tidak dapat menyiapkan kerja sekolah dan takut
kehilangan buku teks. Ini merupakan kebimbangan pihak sekolah kerana buku teks telah digazetkan
sebagai harta kerajaan. Ia juga bakal menimbulkan kesukaran bagi pihak sekolah mencari buku teks di lain
keperluan pada masa mendatang.
Isu kebersihan tandas sekolah; perkara ini didalam pemerhatian penyelia kebersihan.

Muka Surat |9
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JAYA

Tindakan : GB, GPK HEM

4.7 USUL 7 : Usul dari Pn. Ana Salwa bt. Shafie


-Perkara ini juga didalam pemerhatian penyelia kebersihan.
Tindakan : GB, GPK HEM

4.8 USUL 8 : Usul dari En. Ahmad Hafizie bin Mohammad:

-Pelaporan murid bagi sesi 2020 ada didalam fail murid.


-Cadangan kepada Parent – Teacher Meeting (PTM) oleh yang mencadangkan ; ibu bapa boleh whatsapp
sendiri kepada guru berkenaan untuk bertanya perkembangan pembelajaran anak-anak.Pihak sekolah
akan berbincang cara terbaik untuk menyampaikan maklumat kepada anak-anak
murid.
Tindakan : GPK 1, Guru kelas
4.9 USUL TAMBAHAN
En. Mohd Fakhri : Menaiktaraf pintu masuk pagar belakang sekolah.
-Pihak sekolah telah berbincang kepada pihak berkenaan dan telah mendapat persetujuan ianya
boleh dibuka tetapi memerlukan kos untuk melebarkan pintu belakang. Ia juga akan dibina pos
kawalan.
Tindakan : GB

AGENDA 5 : HAL – HAL LAIN


5.1 Hantar anak semasa waktu hujan

-Guru Besar memaklumkan hanya 5 buah kenderaan dibenarkan untuk naik ke perkarangan sekolah pada
satu-satu masa dan diminta untuk berpusing di kon yang telah disediakan. Ibubapa diminta berhati-hati
ketika memusingkan kenderaan bagi mengelakkan perkara buruk yang tidak diingini berlaku.

5.2 En. Jasni bin Ramli mencadangkan agar dipasangkan kipas di tempat menunggu ( laluan susur
gajah ) agar anak-anak tidak kepanasan.
-Guru Besar memaklumkan tempat berkenaan tidak berapa sesuai dan memerlukan kos untuk pendawaian
elekrik. Namun begitu, pihak sekolah akan berbincang dengan pihak berkenaan kadar kos berkenaan.
Tindakan : GB,YDP
AGENDA 6 : PEMBUBARAN DAN PERLANTIKAN AJK BARU 2021/2022
6.1 Mesyuarat sebulat suara bersetuju mengekalkan semua AJK 2020/2021 .

Cadangan : En. Mohd Niazhan bin Omar Ali


Sokongan : En Jasni bin Ramli
6.2 PERLANTIKAN AJK BARU SESI 2021 / 2022

Muka Surat |10


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JAYA

1. En. Mohd Nasharuddin bin Mat Nasir ( YDP )


2. En. Mohd Saari bin Abd Samat (NYDP )
3. En. Mohd Danial bin Mohamad Tahir ( Setiausaha)
4. Pn. Suryanie bt. Hamzah ( Bendahari)

AJK Ibu Bapa

1. En. Mohd Niazhan bin Omar Ali


2. Pn. Aida binti Ahmad – di gugurkan kerana anak berpindah sekolah
3. En. Roslan bin Mamat – digugurkan kerana anak berpindah sekolah
4. Pn Noraini binti Umar
5. Pn. Siti Hasmah binti Latiff
6. En. Mohd Zaki bin Abdul Latiff
7. En. Mohd Asmawi bin Zainorddin

AJK Guru
1. Pn. Aznee Fadzillah bt. Nik Awang
2. Pn. Nooriza bt. Hashim
3. En. Ruslan bin Yaacob
4. Pn. Nor Azlinda bt. Mohd Salleh
5. Pn. Noraini bt. Mat Yusof
6. En. Mohd Tarmizi bin Sahir

AGENDA 7 : UCAPAN PENANGGUHAN YDP

7.1 YDP PIBG – En. Nasharuddin bin Mohd Nasir

Mengucapkan terima kasih diatas kepercayaan yang diberikan.


Memohon semuanya berlapang dada untuk sama-sama berkongsi idea supaya anak-anak dapat belajar
dengan baik dan ilmu dapat disampaikan dengan baik meskipun negara Malaysia masih diselubungi
dengan pandemic Covid 19.
YDP PIBG sebagai wakil kepada ibu bapa mengharapkan agar guru bersama ibu bapa dapat berbincang
dan jangan sesuatu perkara terus dimuat naik ke dalam sosial media seperti FaceBook.

Mesyuarat ditangguh pada jam 10.38 pagi.


Pencatat : Pn Nor Diana Bt. Ahmad / Pn Che Zarina Bt. Hassan

Muka Surat |11


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JAYA

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

Muhd Danial Bin Mohamad Tahir Mohd Nasharuddin Bin Mat Nasir
Setiausaha PIBG SK Desa Jaya YDP PIBG SK Desa Jaya

AKTIVITI PIBG 2021 / 2022


1. Mesyuarat AJK PIBG Bil. 1 2021/2022
2. Mesyuarat AJK PIBG Bil. 2 2021/2022
3. Mesyuarat AJK PIBG Bil. 3 2021/2022
4. Sumbangan Buku Bacaan Kepada Murid
5. Persediaan Pembukaan Sekolah 2021/2022
6. Gotong Royong Pasca Covid 2022
7. Aktiviti Keceriaan Sekolah diketuai Tn GB Itan Saady:
- Mengecat tiang susur gajah
- Menaik taraf bilik kelas
- Menceriakan bilik bilik khas
- Menceriakan tandas
- Menaik taraf kantin sekolah ( White Green Café)
- Menceriakan persekitaran sekolah.
- Menceriakan dalaman dan persekitaran surau
- Menaik taraf tapak perhimpunan sekolah.

Catatan : Berikutan suasana covid 19 pada masa ini, aktiviti gotong royong bersama ibu bapa
hanya dapat diadakan sekali sahaja. Namun begitu komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Tn. GB
Itan Saady yang memimpin guru-guru melaksanakan pelbagai aktiviti kecerian telah mengubah
landskap sekolah dengan drastik dan mewujudkan iklim yang lebih kondusif.

USUL DAN CADANGAN UNTUK MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 19 / 2022

1. Usul daripada AJK induk PIBG sesi 2022 / 2023 SK DESA JAYA

Muka Surat |12


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JAYA

Memohon sumbangan PIBG dari setiap keluarga (ahli PIBG) sebanyak RM 100.00 untuk
menampung perjalanan persekolahan dan aktiviti PIBG 2022 bermula dari tarikh mendapat
kelulusan jabatan pendidikan negeri pahang (JPNP) 2022 hingga 31 Mac 2023.

Keterangan:

Sumbangan PIBG : RM 23.00


Penyampaian Hadiah (HAPC) : RM 15.00
Sukan Tahunan : RM 15.00
MSSM Kelompok/ Zon Jempol : RM 2.00
Lembaran Kerja : RM 45.00
JUMLAH : RM 100.00

2. Usul daripada Mohd Rodzi Bin Mahad

Usul 1. Mohon supaya anak anak tahap 1 buku teks tinggal di sekolah Dan sediakan tempat khas
untuk letak buku teks tersebut.

Usul 2. Mohon sediakan menu berkhasiat mengikut spek yang berbeza setiap hari.

3. Usul daripada Yusshazwan Bin Adnan

Usul 1: Mohon wujudkan lokar untuk tinggal buku

4. Usul daripada Nasaruddin bin Nazri

Usul 1: Membuat kutipan daripada ibubapa untuk menyediakan rak/box tempat simpan buku. Hal
ini dapat mengurangkan beban beg sekolah kepada pelajar

5. Usul daripada Mohd Nur Iman Bin Md Tusof

Usul 1: Ibubapa sediakan kotak/tong plastik dikelas utk menyimpan buku teks bagi mengurangkan
beban bag murid

Muka Surat |13


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JAYA

6. Usul daripada Siti Nurwahida Binti Zainudin

Usul 1: Harap cikgu ambek berat pada pelajar yg kurang faham dalam pelajaran...sering bertanya
pd murid..kadang2 pelajar takut nk bertanya.

7. Usul daripada Afzanizam Bin Abd Manaf

Usul 1: Kenapakah kelas KAFA tidak diadakan sepanjang minggu utk 5 Kali seminggu?

Usul 2: Kenapa waktu balik sekolah tidak diselaraskan bagi Tahap 1 & 2 supaya mudah bagi ibu
bapa untuk mengambil anak2 sekaligus tidak perlu ulang alik kerana in boleh menjimatkn masa bagi
ibu bapa yg bekerja.

8. Usul daripada Johari bin Yunus

Usul 1: Mohon penyelarasan waktu balik pada jam 1.00 - 115, setiap hari amat menyukarkan bagi
ibu bapa yang bekerja waktu offise ( mengambil anak )

Usul 2: Masalah beg sekolah berat, agar dapat dijalankan pengajaran melalui peranti Digital
( Latop)@ Tab

9 Usul daripada Norlia binti Ahmad Basri

Usul 1: Reschedule semula jadual pada hari Rabu dan Khamis untuk tahap 2 kerana waktu balik
yang lambat menyebabkan murid terkejar-kejar bersiap untuk mandi, solat dan makan memandangkan
murid perlu ke kelas Kafa/Abim di sebelah petang. Sebagaimana murid perlu hadir tepat pada
waktunya di sekolah pagi, begitu lah juga di sekolah petang. Anak saya bersekolah Abim sebelah
petang setiap hari dan perlu hadir pada jam 2.30 petang. Harap dapat dipertimbangkan. Terima kasih.

10. Usul daripada Azliyaton binti Bahador

Usul 1: Harap cikgu pertimbangan jadual waktu balik hari Rabu ....ada ibubapa terkejar2 dalam
pengurusan mengambil waktu balik pukul 2.10 PM dan menghantar anak ke kafa.... sehingga ada
ibubapa terlewat untuk masuk kerja....

Muka Surat |14


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JAYA

11. Usul daripada Mohammad Fariz bin Mustafa

Usul 1: Membenarkan buku teks diringgalkan dalam kelas selepas waktu sekolah

12. Usul daripada Siti Suhaiza Mohamad

Usul 1: Harap pihak sekolah mengkaji semula waktu tamat persekolahan murid-murid pada hari
rabu dan khamis. hal ini kerana waktu pulang pada hari tersebut ialah pada pukul 2.10 pm.Ini
menyebabkan kesuntukan masa bagi murid-murid untuk ke sekolah kafa pada waktu petang kerana
mereka perlu hadir sebelum 2.45pm. Hal ini bertambah rumit kerana anak saya bersekolah kafa jauh
dari rumah,dan menyebabkan saya terkejar-kejar pada hari tersebut.Harap usul ini dapat
dipertimbangkan oleh pihak sekolah.Sekian terima kasih.

BANTUAN 2021

BI NAMA BIL JUMLAH NAMA

Muka Surat |15


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JAYA

L SUMBANGAN PENERIMA DITERIMA PEMBERI


1 BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 151 ORANG 150 KPM
2 YAYASAN PAHANG 29 ORANG 300 YP
3 KWAMP / E - KASIH 33 ORANG 100 KPM
4 BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 92 ORANG 100 YB
DUN JENGKA
5 ZAKAT BANK RAKYAT 13 ORANG - BANK RAKYAT
6 PAKEJ BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH 20 ORANG - KERAJAAN
PAHANG PRIDE STUDENT PAHANG
NOTA : SEMUA PENERIMA TELAH MELALUI TAPISAN YANG DILAKUKAN JK BANTUAN SEKOLAH
BERSAMA PIBG.

Muka Surat |16


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JAYA

PENGHARGAAN

RIibuan terima kasih kepada semua


Yang menjayakan

MESYUARAT AGUNG PIBG


KALI KE-19
Tahun 2022

Semoga Sekolah Kebangsaan Desa Jaya lebih cemerlang, gemilang dan terbilang
pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Muka Surat |17


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JAYA

Muka Surat |18


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JAYA

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JAYA


BANDAR JENGKA, PAHANG DARUL MAKMUR.

Muka Surat |19

Anda mungkin juga menyukai