Anda di halaman 1dari 12

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI DAERAH NABAWAN BIL 2/2017

Tarikh : 3 Julai 2017 (Isnin)


Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Nabawan
Masa : 8.00 petang 12.00 tengahari
Pengerusi : Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Nabawan

HADIR

BIL NAMA BIL NAMA


1 Encik Saibeh Abdul Sani 2 Encik Arifin Antikoh
Pegawai Pendidikan Daerah Nabawan Pegawai Sipartner

3 Encik Osman Aganduk 4 Encik Mike Eping


Pengetua SMK Sepulot Pengetua SMK Nabawan 2

5 Puan Laineh A.Mohd Asri 6 Encik Bungkias Angkapok


Penolong Kanan 1 SMK Nabawan Guru Besar SK. Tetagas

7 Puan Linah Tangulon@ Minah 8 Encik Aping Mantis


Guru Besar SK. Pekan Nabawan Guru Besar SK. Saliku

9 Encik Boniface Sadoh 10 Encik Duan Logida


Guru Besar SK. Sepulot Guru Besar SK.Kg Enam

11 Encik Jiwon Lagin 12 Puan Jamilah Apas


Guru Besar SK.Pementerian Guru Besar SK. Kg.Bahagia

13 Puan Jubitah Ambikin 14 Encik Rusilin Taran


Guru Besar SK. Pandiwan Guru Besar SK. Tampusison

15 Encik Kemmy Simon 16 Encik Joseph Antaing Elloh


Guru Besar SK.Sibangali Guru Besar Sk.Pekan Pensiangan K9

17 Encik Yani Angau 18 Encik Yangin Lumbis


Guru Besar SK.Simatuoh Guru Besar SK. Labang

19 Encik Anis Pangias 20 Encik Antan Anginsor


Guru Besar SK. Logongon Guru Besar SK. Tinanduk

21 Encik Baluah Anginsor 22 Encik Andreas Mohamed


Guru Besar SK. Sasandukon Guru Besar SK.Pengaraan

23 Encik Sauli Hj.Ramli 24 Encik Ampaku Mantis


Guru Besar SK. Penontomon Guru Besar SK. Ulu Mosopoh

25 Encik Roger Sumail Tangkong 26 Encik Udin Lemin


Guru Besar SK. Salarom Guru Besar SK.Kuala Salong

1
BIL NAMA BIL NAMA
27 Encik Bukah Buliang 28 Encik Mohd Idham Bin Mat Nong
Guru Besar SK.Salinatan Guru Besar SK. Lotong

29 Encik Keanny Lawrance 30 Encik Ambikin Saliwong


Guru Besar SK.Saliliran Penolong Kanan 1, SK. Kebu Baru
31 Encik Malik Mustapha 32 Encik Ismail Kailoh
Penlong Kanan 1, SK. Babalitan Penolong Kanan Hem, SK.Layon

33 Encik Mohd Elias Usau 34 Encik James Baringin


Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah Ketua Unit Jaminan Kualiti

35 Encik Ernest Hansel Malambut 36 Encik Palang Bin Antuna


Ketua Unit Pengurusan Maklumat dan Ketua Unit Pengurusan Sekolah Menengah
ICT
37 Encik Admin Agindang 38 Encik Mislan Mistah
Ketua Unit Penilaian dan Peperiksaan Ketua Unit Pendidikan Islam

39 Encik Ampalus R. Sanaron 40 Puan Levita Anak Masir


Pegawai KGSK dan Aduan Ketua Unit Pendidikan Khas dan Swasta

41 Cik Masnah Hussein 42 Encik Haddy Ansom


Pegawai Kaunseling Organisasi Daerah Pegawai Unit Pengurusan Sekolah

43 Encik Jimmy Santaim 44 Encik Barati Amaron


Pegawai Teknologi PKG Pengawai Unit Penilaian dan Peperiksaan

45 Encik Marcus Anus


Penyelia UPK (Hem)

Tidak Hadir Dengan Makluman

46 Encik Jukilim Julai


Timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah Nabawan

Urus Setia
47 Puan Lucy Jimmy 48 Puan Nancy Aklis
Ketua Unit Pentadbiran Penyelaras Prasekolah

AGENDA

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mislan Mistah, Ketua Unit
Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah Nabawan.
Tindakan : Makluman
1.2 Ucapan tahniah kepada semua ahli mesyuarat atas komitmen yang diberi terutama

2
dalam kehadiran Mesyuarat Pengurusan Tertinggi bilangan 2 bagi tahun 2017.
Semoga segala persoalan PGB dapat dijawab sepanjang mesyuarat.
Tindakan : Makluman

1.3 Pengerusi juga mengucapkan Selamat Hari Raya kepada yang meraihkan semoga
tahun ini terus diberkati.
Tindakan : Makluman

1.4 Ucapan tahniah kepada SK.Pandiwan dan SK.Tinanduk yang telah berjaya
mendapat anugerah New Deals. Lima sekolah telah dicalonkan pada tahun lalu
tetapi hanya dua sekolah yang berjaya. Walau bagaimanapun diharapkan pad a
tahun ini semua sekolah dapat mempe rbaiki keputusan terutama dala m
pengauditan kewangan.
Tindakan : Makluman

1.5 Pengerusi juga memaklumkan bahawa SK.Saliku juga telah dicalonkan untuk
anugerah sekolah kluster pada tahun ini. Semoga pencalonan ini dapat memberi
motivasi kepada semua pentadbir untuk melakukan yang terbaik bagi sekolah dan
juga daerah Nabawan, seterusnya lebih banyak lagi sekolah yang akan dicalonkan
untuk anugerah New Deals dan sekolah kulster pada tahun ini.
Tindakan : Makluman

1.6 Kedudukan guru besar dan penolong kanan baharu setakat ini:
i. Guru Besar SK. Kebu Baru : Puan Alyinah Kunum
ii. Guru Besar SK. Sibangali : Encik Kemmy Simon
iii. Penolong Kanan Hem SK.Pekan Nabawan : Puan Zainun Sumpoh
Tindakan : Makluman

1.7 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada mantan guru besar SK.Kebu
Baru Encik Ansom@Mohd Hanafi Putiang yang telah bersara pada mei 2017 atas
sokongan beliau kepada pelaksanaan program PPD. Begitu juga kepada semua
pengetua dan guru besar atas sokongan yang diberi dalam memastikan semua
program yang dikelola berjaya dilaksanakan.
Tindakan : Makluman

1.8 Pengerusi juga berharap kepada semua guru besar agar memastikan pecutan akhir
dapat dilaksanakan di sekolah bagi memastikan kejayaan menjadi milik kita
bersama memandangkan peperiksaan UPSR semakin dekat

Tindakan : Makluman

1.9 Ucapan terima kasih juga kepada semua pengetua dan guru besar atas komitmen
dalam menghantar laporan secara talian. Daerah Nabawan telah selesai
menghantar laporan sebelum tarikh tutup. Tahniah juga kepada jurulatih utama
Encik Mike Eping (Pengetua SMK Nabawan II), Encik Duan Logida (Guru Besar
SK.Kg Enam) dan Encik Bonnyface Anak Sadoh (Guru Besar SK. Sepulot) kerana

3
dapat menyebarluaskan taklimat PBPPP kepada semua sekolah.
Tindakan : Makluman
1.10 Perkongsian daripada pengerusi:-
a. dua buah sekolah (SK.Salarom dan SK.Kuala Salong) telah dipilih oleh
sukarelawan IPTA dalam negara dan luar negara untuk memberi bimbingan ICT
kepada murid sekolah. Tarikh kunjungan belum dipastikan lagi (julai) walau
bagaimanapun ini sebagai makluman pihak sekolah.
Tindakan : Makluman
b. Keberadaan guru di sekolah tidak memberangsangkan.
Tindakan : Makluman
c. Mesyuarat anggota kumpulan pelaksana (AKP) bagi kakitangan bukan mengajar
akan dilaksanakan dua kali setahun.
Tindakan : Makluman
d. Terdapat guru-guru tidak melibatkan diri semasa perhimpunan sekolah diadakan.
Ini adalah hasil daripada makluman ibubapa. Semasa perhimpunan diadakan
guru-guru berada di kantin sekolah. Pihak pentadbir perlu menegaskan perkara ini
kepada semua guru.
Tindakan : Pentadbir sekolah

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI BIL 1/2017


DAERAH NABAWAN
2.1 Minit Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Daerah Nabawan Bilangan 1 Tahun 2017
pada 21 mac 2017 telah diterima untuk disahkan atas cadangan oleh semua ahli
mesyuarat tanpa pindaan.
Tindakan : Makluman

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT DAN MAKLUM BALAS MINIT


MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI BIL 1/2017
3.1 Para 4.6.7 (maklum balas bil 1/2017) Peratus Kehadiran pelajar.
1. Makluman dalam prosedur pengeluaran surat amaran ketidakhadiran:-
a. Ketidakhadiran secara berturut-turut:
i. Murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut, surat amaran pertama akan
diberikan.
ii. Surat amaran kedua: Tidak hadir 7 hari berturut-turut.
iii. Surat amaran ketiga: Tidak hadir 14 hari berturut-turut.
iv.Tidak hadir 14 hari berturut-turut: Buang sekolah. Pihak sekolah perlu
memastikan surat amaran yang diberi atau dihantar mesti diterima oleh ibubapa
murid.
b. Ketidakhadiran secara berkala.
i. Surat amaran pertama: Tidak hadir selama 10 hari (berkala).
ii. Surat amaran kedua: Tidak hadir selama 10 hari (berkala).
iii. Surat amaran ketiga: Tidak hadir selama 20 hari secara berkala.
4
iv.Selepas surat amaran ketiga diberi dan murid tidak hadir selama 20 hari
(berkala) tindakan buang sekolah boleh diambil. Semua dokumentasi pe rlu
dilengkapkan oleh pihak sekolah.
3.2 Pengerusi berharap agar semua guru besar dapat melaksanakan tindakan
pemberian surat amaran kepada murid yang tidak hadir ke sekolah.
Tindakan: Semua guru besar

4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ LAPORAN AKTIVITI / MAKLUMAN

4.1 Pembentangan Status pengisian SKT dalam HRMIS (AKP) dan email 1govuc
oleh Encik Ernest H. Malambut Ketua Unit Maklumat dan ICT.
4.1.1Dapatan pegawai meja HRMIS PPD Nabawan, pengisian SKT oleh Anggota
Kumpulan Pelaksana (AKP) dalam HRMIS, disalin balik dari SKT tahun lalu
bersama dengan markah pencapaian.
Tindakan : Makluman
4.1.2 Pegawai Penilai Pertama(PPP) tidak membaca SKT pegawai yang dinilai tetapi
terus membuat pengesahan. Selain itu, PPP juga lambat membuat pengesahan.
Tindakan : Makluman
4.1.3 Kegagalan pengsian skt oleh AKP, kecemerlangan PPD tidak akan mencapai
100%.
Tindakan : Makluman
4.1.4 Senarai AKP yang bermasalah dan gagal mengisi SKT ialah:
a. Encik Paulus Mantin : Pembantu Am Gred N1,SK.Babalitan.
b. Encik Azman Bin Rahmat : Pembantu tadbir (p/o), SK.Logongon.
Tindakan : Makluman
4.1.5 Rumusan:
i. Surat amaran perlu diberikan kepada staf yang bermasalah kehadiran oleh pihak
pentadbir sekolah.
ii.Pihak pentadbir perlu memastikan surat tersebut perlu disampaikan kepada
penama atau ahli keluarga tersebut.
iii.Pihak perlu sediakan bukti penghantaran surat dan penerimaan surat.
iv.Dokumentasi perlu ada dan laporan perlu dihantar kepada pihak Pejabat
Pendidikan Daerah.
Tindakan : Pentadbir sekolah
4.1.6Salah satu perkara yang dilihat dalam pemantauan Jelajah Apasingkot ialah
kehadiran. Sekiranya terdapat staf atau guru-guru yang tidak hadir bertugas tanpa
sebab munasabah, bayaran balik gaji dan pemotongan EKMLTK akan dilakukan.
Surat tunjuk sebab akan diberikan oleh pihak PPD.
Tindakan : Makluman
4.1.7Isu yang didapati oleh pegawai meja emel rasmi kerajaan 1 govuc :
i. Sekolah tidak pernah membuka emel (Sk. Saliliran dan SK. Layon).

5
ii.Terdapat juga sekolah jarang membuka emel rasmi tersebut.
4.1.8Penyelaras emel sekolah diharap dapat menyelaras emel rasmi dan membuka
emel tersebut bagi mengaktifkan penggunaan. Bagi pentadbir yang mahu
mendaftar emel rasmi dalam telefon bolehlah berjumpa dengan Encik Ernest H. M.
Tindakan : Makluman

4.2 Pembentangan Perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling (UPSK) dan


Exit Policy oleh Cik Masnah Hussein, Kaunselor Organisasi Daerah. (Bahan
Pembentangan ada dilampirkan dalam google drive)

4.2.1 Perkhidmatan UPSK merangkumi :-


a. Kaunseling Individu.
b. Kaunseling Kelompok.
c. Khidmat Konsultasi dan runding cara.
d. Menyelaras dan menyelia pegawai berprestasi rendah (PSR).
e. Khidmat Psikologi.

4.2.2 UPSK bertujuan membantu mana-mana pegawai atau staf yang memerlukan
khidmat bantu kaunseling.

4.2.3 Selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013
2025, bagi memastikan penyampaian perkhidmatan pendidikan tidak terjejas,
KPM akan mengambil tindakan memperakukan penamatan pegawai berprestasi
rendah menerusi prosedur seperti berikut tertakluk kepada fakta bagi setiap kes.
Perkara ini selaras dengan Peraturan 49, Peraturan-peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (P.U (A) 395/1993).

4.2.4 Exit Policy atau Dasar Pemisah ialah untuk menamatkan perkhidmatan dan
membersarakan pegawai yang berprestasi rendah daripada perkhidmatan awam
bagi yang mencapai :-
Nilaian prestasi tahunan kurang daripada 60% (59.99% dan ke bawah)
KPI di bawah sasaran (below target)

4.2.5 Bagi AKP yang tidak mencapai 181 hari keatas kehadiran bertugas tidak boleh
dinilai dalam nilaian prestasi. Staf tersebut akan dimasukkan dalam tindakan
tatatertib.
Tindakan : Makluman
4.2.6 Rumusan:
i. Pentadbir perlu analisis kehadiran setiap tahun bagi semua AKP dan sta f
sekolah.

6
ii. Setiap tindakan perlu dilaksanakan mengikut prosedur yang betul.
Tindakan :Pentadbir sekolah

4.3 Pembentangan Pelaksanaan sistem eProper oleh Puan Nancy Aklis, Penyelia
Prasekolah PPD Nabawan. (Bahan Pembentangan ada dilampirkan dalam
Google drive)

4.3.1 Sistem ePorper ialah sistem proses perkhidmatan secara talian. Ia menggantikan
proses manual sedia ada bagi membolehkan perakuan Ketua Jabatan tanpa
perlu mengemukakan dokumen kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
(SPP).
Tindakan : Makluman
4.3.2 Kategori pengguna Sistem eProper:
i.Penyedia: Pegawai bertanggungjawab ialah Pembantu Tadbir
(Perkeraniaan/Operasi) atau pegawai lain yang telah diberikan kuasa.
Peranan: Bertanggungjawab memasukkan maklumat yang lengkap perkhidmatan
pegawai ke dalam sistem e-PROPER.
ii.Penyemak : Ketua Pembantu Tadbir/Penolong Kanan atau pehgawai yang
diberikan kuasa.
Peranan: Menyemak data atau maklumat perkhidmatan yang telah dimasukkan
oleh pegawai penyedia.
iii.Peraku : Guru Besar atau Pengetua sekolah atau pegawai yang diberikan kuasa.
Peranan: Bertanggungjawab memperakukan pegawai berdasarkan maklumat
Yang telah disediakan dan disemak bagi memastikan pegawai yang diperakukan
untuk urusan perkhidmatan ke SPP adalah betul dan teratur.
Tindakan : Makluman

4.4 Pembentangan Status Pengisian SKPMg2 PPD Nabawan oleh Encik James
Baringin Ketua Unit Jaminan Kualiti. (Bahan Pembentangan ada dilampirkan
dalam Google drive)
4.4.1 Status pengoperasian 1(Jan mac) pada 31 mac 2017 SKPMg2 sekolah Daerah
Nabawan:
i.Sekolah yang belum membuat penarafan ialah SK. Pekan Nabawan bagi
Standarad 1 sehingga standard 3.3. Manakala SK. Pementerian bagi Standard 2
dan Standard 4.
ii.Status sekolah yang sedang membuat penarafan ialah SK.Pementerian bagi
standard 1 dan standard 3.1 sehingga 3.3. Manakala SK. Kebu Baru bagi standard
3.1 dan 3.2.
Tindakan : Makluman

7
4.4.2 Status pengoperasian 2 yang bermula april hingga julai setakat 3 julai 2017:
i. Sekolah yang belum membuat penarafan ialah SK.Pekan Nabawan bagi Standard
3.3 dan sedang melaksanakan penarafan bagi standard 1.
Tindakan : Makluman

4.4.3Tarikh akhir pengoperasian ke dua SKPMg2 dan penambahbaikan skor dan


eviden ialah pada 31 julai 2017. Pihak sekolah sediakan dokumentasi berkaitan
lebih awal.
Tindakan : Makluman
4.4.4 Prosedur pelaksanaan, edaran dan lain-lain dokumen bolehlah dimuat turun di
laman web: www.nkra.moe.gov.my .
Tindakan : Makluman
4.4.5 Sekolah yang belum menyelesaikan penarafan pengoperasian 2 diingatkan
dapat mengambil tindakan sebelum tarikh tutup pengoperasian.
Tindakan : SK.Pekan Nabawan

4.5 Pembentangan Pemantauan Jelajah Apasingkot dan Perkongsian dapatan


audit berkaitan EKMLTK 2016 oleh Puan Lucy Jimmy, Ketua Unit Pentadbiran.
(Bahan Pembentangan ada dilampirkan dalam Google drive)

4.5.1Jelajah Apasingkot (JA) ialah salah satu program yang dilaksanakan oleh pihak
Pejabat Pendidikan Daerah Nabawan setiap tahun. Jelajah Apasingkot atau JA
melibatkan semua unit yang berada di PPD. Tujuan utama JA dilaksanakan adalah
membantu pihak sekolah mengurus atau mentadbir organisasi dengan sistematik
dan teratur. Pengurusan mencakupi si stem pentadbiran, kurikulum dan
kokurikulum melalui pemantauan dan bimbingan yang diberikan.
Tindakan : Makluman
4.5.2 JA fasa kedua telah dilaksanakan pada april 2017 yang melibatkan beberap a
buah sekolah di zon 3 dan zon 5. Berikut jadual pemantauan JA:
i. SK.Labang : 9-10 april 2017
ii. SK.Salarom : 10-11 april 2017
iii. SK.Pekan Pensiangan K9: 17-18 april 2017
iv. SK. Sibangali : 18-20 april 2017
v: SK. Saliliran : 20-22 april 2017

4.5.3 Dapatan pemantauan secara keseluruhan:


a. Pengurusan Pentadbiran:
i. Pengurusan sistem perfailan tidak diurus dengan baik dan tidak menggunaka n
sistem KLP (Kabinet,Laci,Poket).
ii. EKSA belum dilaksanakan sepenuhnya di sekolah.

8
iii. Kehadiran guru dan akp tidak disemak.
b. Pengurusan Guru dan staf sokongan:
i. Pihak pentadbir tidak memberi surat tunjuk sebab kepada staf yang tidak datang
bertugas.
ii. Pembayaran elaun EKMLTK tidak diberhentikan walau pun staf tidak datan g
bertugas melebihi 28 hari.
c. Pengurusan Aset:
i. Ada sekolah yang tidak melantik guru aset menyebabkan pengurusan aset d i
sekolah tidak dapat diurustadbir dengan baik.
ii. Fail aset tidak dikemaskini dan Kew.Pa atau maklumat aset bercampur dalam satu
fail.
d. Pengurusan Akademik
i. Pengurusan fail panitia perlu dipertingkatkan dan kemaskini.
ii. Kelas PA21 diwujudkan di sekolah dan pertingkatkan keceriaan kelas.
iii. Guru panitia merancang aktiviti atau program sokongan dalam peningkatan
akademik.
e. Pengurusan Kokum,Hem dan Asrama
i. Fail kokum dan sukan perlu diurus dengan baik dengan mewujudkan fail yang
sepatutnya.
ii. Menguatkuasakan pemberian surat amaran kepada murid yang tidak datang ke
ke sekolah.
iii. Pengurusan asrama perlu dipertingkatkan.
Tindakan : Makluman
4.5.6 Perkongsian dapatan audit berkaitan dengan EKMLTK(Elaun Khas Mengikut
Lokasi dan Tahap Kesusahan):
i.Bayaran EKMLTK tidak diberhentikan walaupun pegawai bercuti melebihi 28
hari berturut-turut atau telah bertukar keluar menyebabkan amaun terlebih bayar
dan masih belum dikutip.
ii.EKMLTK lewat dibayar kepada pegawai yang layak melibatkan tempoh 4 hingga
25 bulan.
iii. Penyelenggaraan Buku Rekod Perkhidmatan(BRP) dan fail peribadi tida k
lengkap dan kemaskini.
iv,Te rdap at se ko lah pe da laman yan g t elah men ikma t i kemud ahan da n
pembangunan kawasan menyebabkan beberapa beberapa kriteria kelayakan
pemberian EKMLTK tidak lagi dipenuhi dan perlu dikji semula.
v. Laporan pembayaran EKMLTK setiap suku tahun tidak disediakan da n
dikemukakan kepada JPN.
vi.Pemberian Elaun Balik Kampung perlu diteliti bagi memastikan hanya salah
seorang sahaja yang menuntut dan dibayar elaun ini kerana sebilangan besar
PPP dan AKP dan pasangan bertugas di kawasan pedalaman yang sama.
Tindakan : Makluman

9
4.6 Pengenalan Transformasi Sekolah 2025(TS25) oleh Encik Arifin Antikoh
Pegawai Sipartner. (Bahan Pembentangan ada dilampirkan dalam Google
drive)

4.6.1 TS25 merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia


kearah meningkatkan kemanjadian murid dan sekolah berkualiti.
Tindakan : Makluman
4.6.2 Objektif TS25:
i. Mengaplikasikan konsep dan amalan PdP terbaik.
ii.Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif da n
berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
iii.M e m b a n g u n k a n p e r s e k i t a r a n p e m b e la j a r a n ya n g b e r k e s a n d e n g a n
mengutamakan kemanjadian murid.
Tindakan : Makluman
4.6.3 Matlamat TS25:
i. Memantapkan kepimpinan sekolah.
ii. Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualit i
pembelajaran dan pengajaran.
iii.Mengukuhkan pelibatan ibubapa,komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan
murid.
Tindakan : Makluman

4.7 Laporan Hem oleh Encik Marcus Anus penyelia Hem. (BAhan pembentangan
ada dilampikan dalam google drive)
4.7.1 Enrolmen murid sekolah rendah yang berakhir pada 31 mei 2017 ialah seramai
3,975 orang. Jumlah tiada maklumat kaum seramai 4 orang dan jumlah tiada
maklumat agama seramai 16 orang.
Tindakan : Makluman
4.7.2 Seramai 744 beragama islam dan 3230 beragama bukan islam. Jumlah murid
perempuan seramai 1927 manakala murid lelaki seramai 2048 orang.
Tindakan : Makluman

4.7.3 Enlromen murid sekolah menengah yang erakhir pada 31 mei 2017 ialah 2943.
Jumlah murid tiada maklumat kaum seramai 2 orang, pelajar yang tiada maklumat
agama seramai 4 orang.
Tindakan : Makluman
4.7.4 Pelajar beragam islam seramai 493 dan bukan beragama islam seramai 2450
orang. Jumlah pelajar perempuan ialah 1565 orang manakala pelajar lelaki
seramai 1378 orang.
Tindakan : Makluman

10
4.8 Pembentangan SOP Pusat Kegiatan Guru(PKG) oleh Encik Jimmy Santaim,
Pegawai BTP PKG Nabawan. (Bahan Pembentangan ada dilampirkan dalam
Google drive)
4.8.1PKG lebih kepada pengurusan Pusat Sumber Sekolah(PSS) dengan
melaksanakan pemantauan dan bimbingan memandangkan PSS adalah gedung
ilmu bagi murid murid atau pusat rujukan guru-guru.
Tindakan : Makluman
4.8.2 Kertas kerja yang dibuat dan dibentangkan berkaitan PSS diharapkan dapat
membantu meningkatkan pengurusan PSS dengan bantuan PKG.
Tindakan : Makluman
4.8.3Diharap pada tahun 2018 akan ada pertambahan pencalonan bagi PSS
memandangkan terdapat beberapa buah sekolah yang mempunyai PSS yang
kondusif dan berpotensi menyertai pertandingan seperti SK.Tinanduk, SK.Pekan
Nabawan, SK.Bahagia dan SK.Tetagas. Pengurusan PSS diharap dapat
dipertingkatkan dan diperkasakan pada tahun ini.
Tindakan : Makluman
4.8.4 Begitu juga dalam penyertaan NILAM, ianya perlu diperkasakan oleh semua
sekolah di daerah ini memandangkan hanya segelintir sahaja sekolah yang
menyertai program NILAM baru-baru ini.
Tindakan : Semua sekolah

5. HAL-HAL LAIN

5.1Peruntukan Kumpulan Guru Simpanan Kerajaan (KGSK) telah dikurangkan.


Pencalonan KGSK atau guru ganti di sekolah bermula dari calon lepasan SPM.
Sekiranya tiada calon guru ganti SPM, calon boleh dipilih dalam kalangan STPM
atau diploma dan jika tiada bekalan dalam kalangan diploma baru lah memilih calon
lepasan ijazah.
Tindakan : Makluman

5.2 Pemilihan guru ganti perlu mengikut prosedur dengan mengemukakan surat
permohoan ke PPD. Walau bagaimanapun pelantikan bergantung kepada
kewangan yang ada.
Tindakan : Makluman
5.4 Data kemasukan guru sekolah menengah setakat mei:
a. SMK Nabawan : ABM seramai 88 orang, Pengisian sebanyak 81 orang da n
kekurangan 7 orang.
b. SMK Sepulot : ABM seramai 60 orang,pengisian sebanyak 56 kekuranga n
seramai 4 orang.
c. SMK Nabawan II : ABM 51 Pengisian 48 orang dan kekurangan 3 orang.
d. Bilangan guru masuk setakat mei 2017 seramai 2 orang dan telah ditempatkan di

11
SMK Nabawan.
Tindakan : Makluman

6. PENUTUP

6.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang
hadir bagi menjayakan mesyuarat pengurusan tertinggi bilangan 2 bagi tahun 2017.

6.2 Pengerusi berharap semua pentadbir dapat mempertingkatkan pengurusan


pentadbiran bagi memastikan ada peningkatan atau sumingkot.

6.3 Mesyuarat ditangguhkan tepat jam 12.30 petang.

Urusetia Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Bil 2/2017


Tarikh :13 julai 2017

12

Anda mungkin juga menyukai