Anda di halaman 1dari 10

________________________________________________________________________________________________________________

SEKTOR PEMBELAJARAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BAGAN DATUK
36100 BAGAN DATUK
PERAK DARUL RIDZUAN

MINIT MESYUARAT
_________________________________________________________________________

MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM


DAERAH BAGAN DATUK
BIL. 2/ 2023 [ SEKOLAH RENDAH ]

TARIKH : 22 OGOS 2023 ( SELASA )


MASA : 9.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT : BILIK GERAKAN SMK KHIR JOHARI

_________________________________________________________________________
HADIR :

1. Puan Kasmiyati binti Katiman (KPPD Bagan Datuk) - Pengerusi


2. En. Mohd Fahmi bin Tajuid (Timbalan PPD Pembelajaran)
3. En. Abu Zarim bin Ariffin – Pen. PPD USTP
4. En. Ahmad Miswan bin Mohd Talib – Pen. PPD Pendidikan Khas
5. En. Azhar bin Hussin – SISC+ TVET
6. En. Hasrul Hasri bin Mat Saad – Pen. PPD USTP
7. Dr. Khairuddin bin Nisa – SISC+ Sains Sosial
8. En. Nor Faizal bin Abd. Mutalib – Pen. PPD USTP
9. Puan Norizan binti Hasim – SISC+ TVET
10. Puan Putri Fazliah binti Md Isa – Pen. PPD Pendidikan Islam
11. En. Saparuddin bin Mohd Yahya – Pen. PPD Pendidikan Islam
12. Puan Siti Aishah binti Abdullah – Pen. PPD Pemulihan Khas
13. Tn. Hj. Muhammad Ruslee bin Embong – Pen. PPD Pemulihan Khas
14. Puan Siti Masleza binti Muhd Alias – SISC+ TVET
15. Puan Siti Rusziyatun binti Ngasari – SISC+ Sains Sosial
16. Puan Hjh. Norli binti Mamat – SISC+ Sains Sosial
17. Puan Lew Mei Goh – Guru Besar SJKC Bagan Pasir Laut
18. Puan Tham Siew Pei – Guru Besar SJKC Chong San
19. Cik Foo Ting Ai – Guru Besar SJKC Hua Hsia
20. Puan Ng Pei Ching – Guru Besar SJKC Hwa Nan
21. Puan Chong Mei Mei – Guru Besar SJKC Keow Min
22. En. Keong Chuen Ewe – Guru Besar SJKC Pooi Aing
23. Puan Lew Mei Mei – SJKC Pooi Seng
24. Puan See Bee Wah – SJKC Simpang Tiga
25. Puan Foo Teng Hoo – Guru Besar SJKC Sin Min
26. Puan Khan Li Wai – Guru Kanan Pentadbiran SJKC Yee Hwa
27. En. Lim Chong Boon – Guru Besar SJKC Yeong Seng
28. En. Gopal a/l Govindaraju – Guru Besar SJKT Barathi
29. Puan Sarasoo a/p Poonusamy – Guru Besar SJKT Ladang Jenderata 1
30. Puan Santhi a/p Subramaniam – Guru Besar SJKT Ladang Jenderata
Bahagian Alpha Bernam
31. En. Harivalagan a/l P.Subramaniam – Guru Besar SJKT Ladang Jenderata
Bahagian 2
32. Puan Senthamary Selvi a/p Madasamy – Guru Besar SJK Ladang
Jenderata Bahagian 3
33. En. Manimekhan a/l Govindaraju – Guru Besar SJK Ladang Kamatchy
34. Puan Suseela a/p Gurusamy – Guru Besar SJKT Ladang Kuala Bernam
35. Puan Pelominah a/p J.S.Sillan – Guru Besar SJKT Ladang New Coconut
36. En. Nagesuarao a/l Appananah – Guru Kanan Pentadbiran SJKT Ladang
Sungai Samak
37. Puan Rajakumari a/p Mariapan – Guru Besar SJKT Ladang Teluk Bharu
38. En. Sankar a/l Rajagopal – Guru Besar SJKT Ladang Teluk Buloh
39. En. Mogan a/l Muniandy – Guru Besar SJKT Ladang Ulu Bernam 2
40. Puan Tamil Selvi a/p Ramasamy – Guru Besar SJKT Tun Sambanthan
41. Puan Jamillah binti Sinnakkannu – Guru Besar SJKT Ladang Flemington
42. Puan Sagunthalai a/p Gurusamy – Guru Besar SJKT Ladang Strathmashie
43. Puan Meena a/p Ayavoo – Guru Besar SJKT/TE Bagan Datoh

1
44. En. Mohd Hasrol Nizam bin Mohamad Hadzir – Guru Besar SK Bagan
Datoh
45. Puan Fazlinah binti Ali – Guru Besar SK Bagan Pasir
46. En. Ramli bin Bajuri – GB SK Hutan Melintang
47. En. Azhar bin Mohamad Hashim – Guru Besar SK Kampung Baharu
48. En. Abdullah bin Mat Johari – Guru Besar SK Khir Johari
49. Puan Rohana binti Ariffin – Guru Besar SK Matang Kunda
50. Puan Noryatimah binti Mat Kasirin – Guru Besar SK Rungkup
51. Puan Tijah binti Shamsuddin – GB SK Selekoh
52. En. Mohd Ariff bin Abd. Hamid – GB SK Seri Baru
53. En. Kamaruddin bin Jaafar – GB SK Simpang Empat
54. En. Mohd Zubaidi bin Mahmud – GB SK Simpang Tiga
55. Puan Nadiah binti Mahmud – GB SK Sungai Balai
56. En. Romiezaily binti Mohd Ali – GB SK Sungai Batang
57. En. Syahril Izwan bin Said – GB SK Sungai Betul
58. Puan Norizan binti Ahmad – GB SK Sungai Buloh
59. En. Mohd Zakri bin A.Malek – GB SK Sungai Dulang Dalam
60. En. Cairil Nidzam bin Abd Hamid – GB SK Sungai Haji Muhammad
61. En. Mohd Rozlisham bin Mohd Saad – GB SK Sungai Keli
62. En. Mohd Iqbal bin Zakaria – GB SK Sungai Nipah
63. En. Muhammad Azwand bin Mokhtar – GB SK Sungai Pergam
64. Puan Rashida binti Ismail – GB SK Sungai Pulau
65. Puan Zurina binti Adnan – GB SK Sungai Samak
66. Puan Fauziah binti Nasir – GB SK Sungai Sumun
67. Puan Rashidah binti Zainal Abidin – GB SK Sungai Tiang Baroh
68. En. Arsat bin Abd Malek – GB SK Sungai Tiang Darat
69. Puan Nor Azaliah binti Dahari -GB SK Tanah Lalang
70. Puan Maizatul Muna binti Samsudin – GB SK Tanjung Bayan
71. En. Ahmad Hishamuddin bin Abd Karib – GB SK Tapak Semenang
72. Puan Zaiton binti Hashim – Guru Besar SK Tebing Rebak
73. En. Shahrullizam bin Saparman – Guru Besar SK Teluk Buloh
74. En. Abdul Hamid bin Abduk Manaf – GB SK Sungai Samak

TURUT HADIR :

1. En. Abdul Razak bin Muhamad Ashari – Timbalan PPD Perancangan


2. En. Sharifuddin bin Ali – Pegawai SIP+
3. Tuan Haji Mohd Nazri bin Mokhtar – Pegawai SIP+
4. En. Mohd Rashtoum bin Mohd Rodzi – Kaunselor Pendidikan Daerah

URUS SETIA :

1. Pn. Suhaila binti Mohamad Kesnan (SISC+ PPD Bagan Datuk)


2. En. Rusli bin Mohd Yusof (SISC+ PPD Bagan Datuk)

2
I. PERUTUSAN PENGERUSI – Puan Kasmiyati binti Katiman, Pegawai
Pendidikan Daerah Bagan Datuk

I. Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas kepada Guru Besar serta


wakil kerana dapat hadir dalam MJKD Bil. 2/2023 pada kali ini dan
juga kerjasama daripada semua segi hingga peringkat yang tertinggi.
Juga ucapan terima kasih kepada Sektor Pembelajaran yang menjadi
peneraju dalam pengendalian mesyuarat pada pagi ini di bawah
kepimpinan Tuan Timbalan PPD Pembelajaran, En. Mohd Fahmi bin
Tajuid.

II. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru besar yang baru dilantik
iaitu Pn. Ng pei Ching guru besar SJKC Hwa Nan dan Puan
Sagunthalai a/p Gurusamy guru besar SJKT Ladang Strathmashie.
Makluman

III. Pengerusi menjelaskan berkaitan surat siaran berkaitan pemakaian


baju korporat KPM dalam kalangan warga guru. Beliau mohon agar
guru-guru merujuk garis panduan yang telah ditetapkan. Begitu juga
dengan surat siaran pemakaian baju batik iaitu penetapan telah dibuat
pemakaian baju batik Malaysia wajib pada hari Khamis setiap minggu.
Makluman

IV. Pengerusi menjelaskan berkaitan keperluan untuk pihak guru besar


mencalonkan nama guru sebagai petugas peperiksaan SPM. Oleh itu,
keputusan telah dipersetujui untuk setiap guru besar mencalonkan
nama guru untuk pertimbangan sebagai petugas peperiksaan
khususnya untuk SPM bagi tahun 2023.
Tindakan : Guru Besar

V. Pengerusi memaklumkan berkaitan data guru terkini di daerah Bagan


Datuk. Beliau menjelaskan isu data dan keperluan tidak akan selesai.
Oleh itu pihak sekolah perlu menggunakan sumber yang ada. Berikut
peratus pengisian guru mengikut jenis sekolah.
SK/SRK : 95.4%
SJKC : 92.6%
SJKT : 96.2%
Makluman

VI. Pengerusi memaklumkan beberapa makluman penting :

i. Sambutan Bulan Kemerdekaan 2023 – pihak sekolah


diminta untuk meraikan dengan pemasangan dan kibaran
Jalur Gemilang dan program dilaksanakan sehingga tarikh
sambutan hari Malaysia.

ii. Hari Terbuka PPD akan diadakan pada 30 September 2023


dengan venue utama di PPD, perkarangan SK Bagan Datuk
dan juga SMK Seri Muara.

3
iii. PSKPP Tahun 2023 akan dilaksanakan secara berfasa iaitu
Fasa 1 pada bulan September dan Fasa 2 pada bulan
Oktober.

iv. Pemakaian T-Shirt untuk warga sekolah masih berkuat


kuasa. Namun begitu, pihak sekolah boleh galakkan murid
untuk memakai uniform sekolah.

v. Pencerahan berkaitan lawatan. Untuk lawatan yang


melibatkan aktiviti air, hanya dibenarkan di Pusat Kokurikum
Pulau Pangkor dan kebenaran mesti dipohon melalui JPN
iaitu 1 bulan sebelum tarikh kejadian.

vi. Begitu juga dengan permohonan cuti tanpa gaji – mohon 1


bulan lebih awal

vii. Isu hutang – pastikan dan peringatkan kepada seluruh warga


sekolah untuk mengelakkan keberhutangan yang kronik.
Begitu juga dengan isu kehadiran guru di sekolah, guru
besar diminta untuk membuat teguran jika ada isu
berkenaan.
Makluman

VII. Pengerusi menerangkan Hala Tuju Kecemerlangan Pendidikan Negeri


Perak seperti mana yang telah digariskan oleh Pengarah Pendidikan
Negeri Perak. Membugarkan semula berkaitan maksud disebalik
akronim We DELIVER dan Prinsip Kerja melalui akronim We
DELIVER.

Mesyuarat telah bersetuju :

Semua guru besar perlu untuk melaksanakan penataran berkaitan


Hala Tuju Kecemerlangan Pendidikan Negeri Perak dan Prinsip Kerja
di peringkat sekolah. Selain itu, paparan info grafik berkaitan hala tuju
dan Prinsip Kerja perlu dipaparkan di kawasan sekolah dengan
menggunakan kos yang minimum.
Tindakan : Guru Besar

II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


I. Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
Daerah Bagan Datuk Bil. 1 Tahun 2023.

Cadangan untuk disahkan oleh En. Mohd Zakri bin A.Malek (Guru
Besar SK Sungai Dulang Dalam) dan disokong untuk disahkan oleh
En. Ramli bin Bajuri (Guru Besar SK Hutan Melintang).

4
III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Bilangan maklum balas : 15


Telah selesai : 15
Belum selesai :0

IV. PEMBENTANGAN CADANGAN / MAKLUMAN / LAPORAN


I. Pembentangan data Pemulihan Khas Kutipan Mac Sesi akademik
2023/2024 – dibentangkan oleh Pengerusi

i. Pengerusi membentangkan data murid dan data pencapaian


Pemulihan Khas kutipan Mac 2023 dan juga perbandingan
dengan data Mac 2022. Rujuk rumusan jadual seperti di bawah :

• Data Negeri Perak (Mac 2023)

Jumlah Enrolmen Murid 2023 163,634 orang


Jumlah murid Pemulihan 2023 13,609 orang

• Data Daerah Bagan Datuk

Jumlah Enrolmen Jumlah Murid Pemulihan


Mac 2022 4974 324 (6.5%)
Mac 2023 4867 427 (8.8%)

• Data Daerah Bagan Datuk (Bahasa Melayu & Matematik)

Jum. Murid Pemulihan Jum. Murid Pemulihan


(Bahasa Melayu) (Matematik)
Mac 2022 287 191
Mac 2023 337 261

Makluman

ii. Pengerusi membentangkan data Pemulihan daerah Bagan


Datuk mengikut Tahap dan juga mata pelajaran

• Data Pemulihan Daerah Bagan Datuk Tahap 1

Enrolmen Jum. Jum. Murid Jum. Murid


Murid Pemuliham Pemulihan
Pemulihan (BM) (Matematik)
Mac 2022 2469 238 217 159
Mac 2023 2430 310 260 203

5
• Data Pemulihan Daerah Bagan Datuk Tahap 2

Enrolmen Jum. Jum. Murid Jum. Murid


Murid Pemuliham Pemulihan
Pemulihan (BM) (Matematik)
Mac 2022 2505 86 70 32
Mac 2023 2437 117 77 58
Makluman

Mesyuarat telah Bersetuju :

iii. Pihak sekolah perlu melaksanakan intervensi khususnya untuk


murid Pemulihan Tahun 6 (23 orang) supaya tidak timbul isu
apabila murid ini ke sekolah menengah.
Tindakan : Guru Besar

iv. Pihak sekolah dikehendaki mengambil inisiatif dengan


mengenal pasti kelemahan murid khususnya dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik
Tindakan : Guru Besar

v. Pengerusi memaklumkan mana-mana sekolah yang tiada isu


murid Pemulihan Tahun 6, bolehlah memberi fokus kepada
murid Tahun 5 dan juga murid pra-sekolah.
Makluman

vi. Pengerusi menjelaskan berkaitan isu guru bukan opsyen di


sekolah berwaran. Data menunjukkan seramai 16 orang guru
opsyen di sekolah berwaran dan 14 orang guru bukan opsyen di
sekolah berwaran.
Makluman

vii. Tindakan untuk melaksanakan intervensi bagi membantu


menangani isu guru bukan opsyen di sekolah-sekolah berwaran.
• Program Brain Gym
• Bengkel Pembelajaran Terbeza
• Showcase Big Book Bahasa Melayu
• Pembugaran garis Panduan Program Pemulihan Khas
• Bengkel Penyediaan Instrumen Saringan Bahasa Melayu
dan Matematik
Tindakan : Pen. PPD Pemulihan Khas

II. Program Literasi dan Numerasi (PLaN) – dibentangkan oleh En. Rusli
bin Mohd Yusof, SISC+ Bahasa

i. Membugarkan semula berkaitan pelaksanaan Program Literasi


dan Numerasi (PLaN) yang perlu dilaksanakan di semua
sekolah rendah mulai sesi persekolahan 2023/24.
Makluman

6
ii. Membentangkan laporan pelaksanaan program dan aktiviti
untuk sekolah fokus PLaN 2023/24 iaitu SK Tebing Rebak, SK
Sungai Dulang Dalam dan SK Sungai Tiang Darat
Makluman

Mesyuarat teah Bersetuju :


iii. Pihak sekolah diberi autonomi untuk melaksanakan intervensi
yang bersesuaian bagi murid yang masih belum melepasi tahap
minimum dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris dan Matematik. Penggunaan Modul MoLIB Bahasa
Melayu dan Matematik serta Scheme Of Work untuk Bahasa
Inggeris amat digalakkan.
Tindakan : Guru Besar

iv. Pihak sekolah perlu untuk melantik seorang Penyelaras PLaN


untuk memudahkan pelaksanaan program dan pelantikan akan
diselaraskan oleh pihak Sektor Pembelajaran melalui pautan
Google Form yang akan disediakan.
Tindakan : Penyelaras PLaN PPD

III. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) – dibentangkan ole Puan Kasmiyati


binti Katiman, KPPD Bagan datuk
i. Membugarkan semula berkaitan PBD dan juga kepentingan
untuk melaksanakan Penjaminan Kualiti sebagai sebahagian
daripada komponen yang penting dalam pelaksanaan PBD.
Makluman

ii. Memaklumkan bahawa pelaksanaan PBD perlu dibuat secara


berterusan dan dilaksanakan secara telus berdasarkan panduan
yang telah ditetapkan.
Makluman

Mesyuarat telah Bersetuju :

iii. Pihak sekolah diwajibkan untuk melaksanakan Penjaminan


Kualiti PBD mengikut perkara-perkara yang telah digariskan.
Sekolah diminta untuk menggunakan borang senarai semak
Lampiran A, B, dan C yang telah disediakan oleh pihak BPK
sebagai alat untuk membantu pelaksanaan Penjaminan Kualiti
PBD di sekolah.
Tindakan : Guru Besar

IV. Pembentangan Unit Pendidikan Islam – dibentangkan oleh Ustaz


Saparuddin bin Mohamad Yahya, Penolong PPD Pendidikan Islam

i. Membugarkan semula berkaitan Program J-QAF di peringkat


negeri, daerah dan sekolah.
Makluman

7
ii. Memaklumkan berkaitan pelaksanaan Kem iaitu Kem Bestari
Solat dan Kem Cemerlang Jawi dilaksanakan mengikut
ketetapan dan peruntukan yang telah diturunkan kepada pihak
sekolah.
Makluman

iii. Pelaksanaan Kem Mukhayyam Arabiy peringkat Negeri Perak


pada 26-28 September 2023 di PLGDP Sungai Buloh dan juga
DP JQAF Bil. 2/2023 pada 8 November 2023.
Tindakan : Penolong PPD Pendidikan Islam

iv. Membentangkan sasaran murid Khatam Al-Quran JPN Perak


dan juga PPD Bagan Datuk.
Makluman

v. Membentangkan berkaitan Karnival Sukan Guru Pendidikan


Islam (KSGPI) Peringkat Negeri Perak. Daerah Bagan Datuk
akan menjadi tuan rumah.
Makluman

V. Pembentangan Amalan Baik PLaN – Puan Zaiton binti Hashim, Guru Besar
SK Tebing Rebak yang merupakan Sekolah Fokus PLaN 2023/24. Beliau
telah selesai mengikuti siri Coaching On Site bersama pihak IAB.
Makluman

VI. HAL-HAL LAIN

I. Pembentangan berkaitan Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan


Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) dibentangkan oleh Puan Kasmiyati
binti Katiman, KPPD Bagan Datuk

i. Memaklumkan secara umum berkaitan penganjuran PSKPP


iaitu tuan rumah PPD Kinta Selatan, tarikh kejohanan dan acara
sukan yang dipertandingkan.
Makluman

ii. Mengharapkan daerah Bagan Datuk dapat memberikan yang


terbaik dalam kejohanan kali ini dan sentiasa gunakan tagline
’Masuk Mesti Menang’.
Makluman

II. En. Abdullah bin Mat Johari, Guru Besar SK Khir Johari,
memaklumkan untuk guru-guru yang akan cuti bersalin, pihak sekolah
telah membuat permohonan guru ganti melalui permohonan Mystep.
Makluman

III. Pengerusi memaklumkan beberapa peringatan :


i. Panjangkan maklumat dalam MJKD kepada semua warga
sekolah.

8
ii. Mohon semak emel mygov, telegram dan whatsapp untuk
tindakan di pihak sekolah.

iii. Mohon AKP untuk mencetak surat-surat dan masukkan dalam


fail yang disediakan untuk rujukan bersama.

iv. Pengisian data yang diperlukan hendaklah dibuat mengikut


garis masa yang ditetapkan dan jangan tunggu hingga saat
akhir baru dibuat tindakan.
Makluman

VII. RUMUSAN, UCAPAN PENANGGUHAN DAN PENUTUP

I. Harapan Pengerusi agar tidak ada ketirisan maklumat hasil dari


mesyuarat kali ini.

II. Pengerusi menangguhkan mesyuarat dengan sekali lagi mengucapkan


ribuan terima kepada semua PGB dan wakil kerana dapat bersama-
sama menjayakan mesyuarat pada kali ini. Juga terima kasih kepada
barisan Pegawai SIP+, SISC+ dan pegawai di Sektor Pembelajaran
kerana sentiasa memberi komitmen yang tinggi.

III. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.15 tengah hari.

Disediakan oleh :

Urusetia
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Daerah (MJKD)
Bilangan 2 Tahun 2023

Anda mungkin juga menyukai