Anda di halaman 1dari 37

i

NAMA : ________________________ KELAS : ____________


MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

ORGANISASI

PENAUNG Encik Mohamad Akhir bin Abdul Latif, PPT


Pegawai Pendidikan Daerah Manjung

PENASIHAT I Encik Mohd Marzuki bin Abdul Ghani


Timbalan PPD Pembelajaran

PENASIHAT II Encik Mohd Fadzil bin Ismail


Pegawai SISC+ Bahasa

KETUA PROJEK Puan Ling Siew King


Pengerusi Panitia BM SJKC

KETUA EDITOR Encik Mohd Amirul Syafiq bin Mohd Halim


Setiausaha

KETUA KUMPULAN
Puan Nurrizah binti Wasingon Ketua Panitia BM SJKC Hwa Lian 1
Nur Amalina binti Mohd Salleh Ketua Panitia BM SJKC Hwa Lian 2
Mohd Taufiq bin Mohd Desa Ketua Panitia BM SJKC Eng Ling
Norliza Farhana binti Ahmad Masri@Daud Ketua Panitia BM SJKC Ping Min
Hawa binti Mohd Jaman Ketua Panitia BM SJKC Kur Seng
Noor Haya binti Md Noor Ketua Panitia BM SJKC Chung Cheng
U Moi Ing Ketua Panitia BM SJKC Uk Ing
Ng Yokg Yee Ketua Panitia BM SJKC Chinese National
Sazlinda binti Abdul Karim Ketua Panitia BM SJKC Uk Dih
Nor Azzian binti Bashah Ketua Panitia BM SJKC Chien Hua
Wan Yee Wen Ketua Panitia BM SJKC Pekan Gurney
Mohd Izzatt bin Mohd Tazali Ketua Panitia BM SJKC Simpang Lima
Nor Farizah binti Abdul Muhid Ketua Panitia BM SJKC Kok Ming
Rushiza binti Kader Ketua Panitia BM SJKC Ayer Tawar
Osmaniah binti Omar Ketua Panitia BM SJKC Min Te
Seh Hui Hui Ketua Panitia BM SJKC Kampung Jering
Teh Soak Teng Ketua Panitia BM SJKC Pei Min, Ayer Tawar
Lizam bin Yob @ Ali Ketua Panitia BM SJKC Kampong Merbau
Iszamuddin bin Ibrahim Ketua Panitia BM SJKC Khuen Hean
Tan Shean Long Ketua Panitia BM SJKC Sungai Batu
Md. Amka bin Mohd Pohari Ketua Panitia BM SJKC Pei Min Segari
Mohd Amirul Syafiq bin Mohd Halim Ketua Panitia BM SJKC Tit Bin
Liew Chong Xian Ketua Panitia BM SJKC Pei Ching
Noor Azilina binti Abd Rahman Ketua Panitia BM SJKC Yen Min

i
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

SEKAPUR SIRIH

Encik Mohamad Akhir bin Abdul Latif, PPT


Pegawai Pendidikan Daerah Manjung

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Membuka bicara saya memanjatkan kesyukuran ke


hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya, berkat
kerjasama semua pihak khususnya guru-guru Bahasa
Melayu SJKC diketuai Ketua Panitia Bahasa Melayu
SJKC hasil bimbingan dan sokongan Timbalan PPD
Sektor Pembelajaran, SISC+ Bidang Bahasa, Pengerusi
Panitia Bahasa Melayu SJKC Daerah terhasillah Modul
Celik Bahasa Melayu untuk Tahap 1 dan Modul Cakna
Bahasa Melayu untuk Tahap 2. Sekalung tahniah buat
seluruh warga kerja atas penglibatan cemerlang
menghasilkan modul yang sangat berguna dan
bermanfaat untuk semua guru dan murid yang
menggunakannya.

Kurikulum sesuatu sistem pendidikan begitu menekankan pemerolehan ilmu pengetahuan


yang berupaya untuk menyediakan murid yang boleh hidup dalam sebuah institusi kehidupan
yang bermakna. Mereka perlu dilengkapi dengan pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang boleh dimanfaatkan dalam ruang lingkup kehidupan sebenar mereka. Justeru
dengan terhasilnya modul ini hasil garapan guru-guru yang terlibat secara langsung dengan
persekitaran pembelajaran murid diharap lebih memberi kesan atau impak yang positif dalam
pencapaian dan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid SJKC di daerah Manjung.

Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab terhadap kualiti pendidikan, inovasi


sentiasa difikirkan untuk memastikan kemenjadian terjelma hasil PdP yang menarik dan
berkesan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada urus setia yang terlibat menghasilkan modul
ini dapat membantu para guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta
sebagai rujukan untuk menjalankan pentaksiran kepada murid di sekolah. Menjadi harapan
saya supaya modul ini dimanfaatkan dan amalan baik ini sewajarnya digarap secara
kolaboratif dan proaktif menepati slogan Pejabat Pendidikan Daerah Manjung “Together We
Can Achieve More”.

Sekian, terima kasih.

2022

ii
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada para guru mata pelajaran Bahasa

Melayu di semua sekolah jenis kebangsaan Cina dalam daerah Manjung, Tahun 2021.

ABC1046 SJKC Hwa Lian 1 ABC1059 SJKC Kok Ming

ABC1047 SJKC Hwa Lian 2 ABC1061 SJKC Ayer Tawar

ABC1048 SJKC Eng Ling ABC1062 SJKC Min Te

ABC1049 SJKC Ping Min ABC1063 SJKC Kampung Jering

ABC1051 SJKC Kur Seng ABC1064 SJKC Pei Min, Ayer Tawar

ABC1052 SJKC Chung Cheng ABC1065 SJKC Kampong Merbau

ABC1053 SJKC Uk Ing ABC1066 SJKC Khuen Hean

ABC1054 SJKC Chinese National ABC1067 SJKC Sungai Batu

ABC1055 SJKC Uk Dih ABC1068 SJKC Pei Min, Segari

ABC1056 SJKC Chien Hua ABC1069 SJKC Tit Bin

ABC1057 SJKC Pekan Gurney ABC1070 SJKC Pei Ching

ABC1058 SJKC Simpang Lima ABC1071 SJKC Yen Min

Modul Celik Bahasa Tahun 3 ini merupakan hasil cetusan idea, komitmen dan

kerjasama yang utuh daripada semua pihak. Semoga modul ini memberi manfaat

kepada pemiliknya.

iii
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

ISI KANDUNGAN

Unit 1 Keluarga Tersayang ..……………………….. 1

Unit 2 Hubungan Erat ..……………………….. 2

Unit 3 Keluarga Prihatin ..……………………….. 3

Unit 4 Amalan Pemakanan Sihat ..……………………….. 4

Unit 5 Utamakan Kebersihan ..………………….……. 5

Unit 6 Sihat dan Cergas ………………….……… 6

Unit 7 Fikirkan Keselamatan ……………………….… 7

Unit 8 Pastikan Murid Selamat …………………..…….. 8

Unit 9 Berhemah di Jalan Raya ..……………………….. 9

Unit 10 Rakan Karib …..…………………….. 11

Unit 11 Hidup Bermasyarakat ..……………………….. 12

Unit 12 Kejayaan Milik Kita ..……………………….. 14

Unit 13 Raikan Tetamu ..……………………….. 15

Unit 14 Kesenian Bangsa ..……………………….. 16

Unit 15 Pelihara Warisan …..……………….….… 17

Unit 16 Berbudi kepada Alam ..……………………….. 18

Unit 17 Indah dan Damai …..…………………….. 20

Unit 18 Sejahterakan Bumi ..…………………..…… 22

Unit 19 Faedah Bertani …..………………….…. 23

Unit 20 Haiwan yang Berfaedah ..…………….……….… 24

Unit 21 Sumber Rezeki ……..…..……………… 26

Unit 22 Anak yang Taat ..………………..……… 28

Unit 23 Murid yang Baik ..………………….….… 29

Unit 24 Tanggungjawab Kita ..……………………..… 31

iv
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Unit 1: Keluarga Tersayang

Bahagian A: Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai.

1. Anita amat disayangi oleh ibu bapanya kerana dia pandai meng________ mereka.

A. ada bakat B. ada hati C. ambil hati D. anak tunggal

2. Selain berlakon, Jia Yee juga_____________ melukis.

A. ambil berat B. ada bakat C. buah tangan D. ambil hati

3. Ibu bapa Yati amat meng____________terhadap pelajaran anaknya.

A. ambil hati B. ambil berat C. ada bakat D. anak tunggal

4. Ming Lee menjadi ___________ keluarganya kerana dia budak yang rajin.

A. anak emas B. ambil berat C. ambil hati D. ada bakat

5. Wei Jun merupakan __________ dalam keluarganya.

A. ada hati B. anak tunggal C. ada bakat D. ambil berat

Bahagian B: Isi tempat kosong dengan kata nama am yang sesuai.

kereta guru kebun kucing rumput

1. Ibu saya bekerja sebagai seorang ________ di sekolah.

2. Encik Tan membeli sebuah __________ baharu.

3. Ayah sedang memotong __________ yang panjang di belakang rumah.

4. Ahmad memelihara seekor ___________ yang sangat comel.

5. Encik Wong sedang menanam sayur-sayuran di _______.

1
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Unit 2: Hubungan Erat

Bahagian A: Pilih jawapan yang betul.

1. Anak perempuan __________ seorang doktor.

A. Hospital Aminah C. Si Comel

B. Kampung Aminah D. Pak Halim

2. Doktor Nizam sedang merawat adik Hanif di __________.

A. Cameron Highlands C. Hospital Aminah

B. Proton Wira D. Kampung Mesra

3. Kereta __________ ayah Hanif berwarna merah.

A. Proton Wira C. Pak Halim

B. Upin dan Ipin D. Si Comel

4. Ayah membawa Hanif sekeluarga bercuti di __________ .

A. Si Comel C. Taman Indah

B. Proton Wira D. Cameron Highlands

5. Haiwan kesayangan Hanif bernama __________ .

A. Proton Wira C. Si Comel

B. Kampung Mesra D. Pak Halim

Bahagian B: Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

memancing dusun bercuti basikal mendirikan

1. Ibu menghadiahi Beego sebuah __________ kerana dia mendapat tempat pertama

dalam peperiksaan.

2. Ali dan adiknya memetik buah rambutan di __________ datuk pada masa cuti.

3. Hanif gemar __________ ikan sambil berbual-bual dengan datuknya.

4. Hanif dan sepupunya bekerjasama __________ khemah.

5. Hanif gembira __________ bersama-sama keluarga pak ciknya di Sarawak.

2
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Unit 3: Keluarga Prihatin

Bahagian A: Bulatkan jawapan yang betul.

1. Puan Julia seorang doktor. __________ bertugas di Hospital Seri Manjung.

A. Saya B. Dia C. Beliau

2. Saya suka bermain catur dengan kakak. __________ bermain dengan gembiranya.

A. Kami B. Kamu C. Kita

3. Ravin berkawan baik dengan Adam. __________ selalu bermain bola

bersama-sama pada hujung minggu.

A. Saya B. Kami C. Mereka

4. Anita membaca se__________ majalah sambil menunggu ayahnya.

A. kaki B. naskhah C. potong

5. Kakak membeli se__________ baju kurung yang cantik sempena hari raya.

A. buah B. ulas C. pasang

Bahagian B(i): Berikan respons yang sesuai terhadap soalan berikutnya.

1. Ibu : Jia Mei, tolong potong buah mangga itu.

Jia Mei : __________________________________________________

2. Ibu : Aini, tolong ajar adik membuat latihan ini.

Aini : __________________________________________________

Bahagian B(ii): Bina ayat berpandukan perkataan dan gambar yang berikutnya.

1. mengajar ________________________________________

________________________________________

2. menjahit ________________________________________

________________________________________

3. menyaksikan ________________________________________

________________________________________
3
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Unit 4: Amalan Pemakanan Sihat

Bahagian A: Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Walaupun kotak itu ________ tetapi berat.

A. kecil B. besar

2. Siva kuat makan tetapi badannya tetap ________.

A. gemuk B. kurus

3. Saudara-mara yang tinggal _______ turut menghadiri majlis perkahwinan abang.

A. jauh B. rapat

4. Cikgu Lim yang bersuara ________ itu merupakan guru disiplin sekolah saya.

A. lantang B. lembut

5. Nenek suka tinggal di kampung kerana udara di situ bersih dan ________.

A. panas B. nyaman

Bahagian B: Isikan tempat kosong dengan kata kerja aktif transitif yang sesuai.

mengikat menutup menyapu membaiki memetik

1. Mariah dan Shee __________ sampah di dalam kelas.

2. Kamala __________ kacang panjang di halaman rumahnya.

3. Razi sedang __________ tali kasutnya dengan kemas.

4. Kakak ___________ makanan di atas meja dengan tudung saji.

5. Bakrul __________ basikalnya yang rosak.

4
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Unit 5: Utamakan Kebersihan

Bahagian A: Pilih kata adjektif yang paling sesuai bagi ayat-ayat di bawah.

1. Rumahnya _____________ di pedalaman Sabah.

A. jauh B. hampir C. nyaris D. dekat

2. Kedai Kok Ming paling ___________ dengan sekolah.

A. jauh B. hampir C. nyaris D. dekat

3. Mereka __________ cedera dalam kemalangan itu.

A. jauh B. hampir C. nyaris D. dekat

4. Mereka duduk ________ dengan tingkap.

A. jauh B. hampir C. nyaris D. dekat

5. Helmi menyampaikan salam buat kerluarga yang _________ di mata.

A. jauh B. hampir C. nyaris D. dekat

Bahagian B: Tukar ayat aktif kepada ayat pasif.

1. Ali menyapu lantai.

_________________________________________________

2. Nenek membuang sampah di tong sampah.

_________________________________________________

3. Kakak membasuh kain.

_________________________________________________

4. Saya memberus gigi.

_________________________________________________

5. Aku menendang bola.

__________________________________________________

5
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Unit 6: Sihat dan Cergas

Bahagian A: Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Yen Ni berenang pada hari _______.

A. Isnin B. Rabu C. Jumaat D. Sabtu

2. Ibu Varuni menemani ________ bermain di Taman Rekreasi Indah.

A. abang B. kakak C. adik D. sepupu

3. Karnival Warga Sihat akan diadakan di _________.

A. Taman Permai C. Padang Besar Taman Permai

B. Taman Rekreasi Indah D. Pantai Indah

4. “Suku Suku Separuh” adalah tentang _______.

A. pemakanan sihat C. suku kaum

B. pemakanan separuh D. suku pertama

5. Makanan yang berkarbohidrat adalah seperti nasi, mi dan ________.

A. epal B. gula C. roti D. ikan

Bahagian B: Gariskan jawapan yang betul.

1. Hanif mendaki bukit yang (panjang, tinggi) itu bersama-sama datuknya.

2. Emak menyediakan masakan yang (lazat, wangi) untuk keluarganya.

3. Ikan dan (sayur, daging) merupakan sumber protein yang penting.

4. Amalan “Suku Suku Separuh” dapat mencegah penyakit (kronik, kulit).

5. Aktiviti beriadah dapat menyihatkan badan dan merehatkan (keletihan, minda).

6
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Unit 7: Fikirkan Keselamatan

Bahagian A: Isikan tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.

1. Kamu mahu makan nasi lemak __________ nasi goreng? (lalu / atau)

2. Mei Ling membuka kasutnya ________ masuk ke dalam rumah. (dan / lalu)

3. Ai Poh tidak datang ke sekolah __________ demam. (kerana / sambil)

4. Ibu membeli sayur-sayuran _________ ikan di pasar tani. (sambil / dan)

5. Kakak membaca buku __________ minum air teh. (atau / sambil)

Bahagian B: Isikan tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai.

kepada ke untuk oleh dari

1. Hadiah ini __________ Cikgu Taufiq.

2. Brian baru pulang _________ Jepun pada minggu lepas.

3. Kuih karipap ini dibuat ___________ ibu saya.

4. Wei Sheng membaling bola itu ___________ Wee Han.

5. Kelly mahu pergi __________ rumah Cheng Lin pada hari Ahad nanti.

7
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Unit 8: Pastikan Murid Selamat

Bahagian A: Pilih kata tanya yang sesuai berdasarkan jawapan yang diberi.

1. _____________ kah caranya kita menggunakan alat pemadam api itu?

A. Apa B. Siapa C. Berapa D. Bagaimana

2. Kucing yang comel itu dibela oleh ___________________?

A. apa B. siapa C. di mana D. mengapa

3. ___________ kah makanan kegemaran kamu?

A. Bila B. Apa C. Berapa D. Bagaimana

4. Buku saya kamu letak ______________________?

A. di mana B. apa C. mengapa D. siapa

5. ______________ orangkah murid yang tidak hadir pada hari ini ?

A. Siapa B. Berapa C. Bagaimana D. Bila

Bahagian B: Pilih dan isi tempat kosong dengan kata arah yang sesuai.

bawah antara dalam tepi atas

1. Semua buku cerita itu telah disusun dengan rapinya oleh kakak di

__________ meja.

2. Budak yang malas itu cuba menyembunyikan dirinya di __________

meja kerana enggan menyiapkan kerja sekolah.

3. Wei Na duduk di____________ dua orang abangnya semasa mereka

sedang membaca buku di perpustakaan.

4. Anjing itu duduk di _____________ sofa sementara menunggu

kepulangan tuannya.

5. Adik menyimpan patungnya di _______________ kotak sebelum dia

pergi ke sekolah pagi tadi .

8
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Unit 9: Berhemah di Jalan Raya

Bahagian A: Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

Pada hari Isnin yang lalu, Ming Jun dalam perjalanan ke sekolah bersama ayahnya.
Mereka ke sekolah dengan menaiki kereta.
Ayah Ming Jun memandu kereta dengan berhati–hati kerana keadaan jalan raya
pada hari itu sedikit sibuk. Ming Jun meminta ayahnya memandu kereta dengan laju
supaya Ming Jun tidak lewat sampai di sekolah. Namun, ayahnya tetap berhemah dan
tidak terburu–buru.
Ketika mereka berada di selekoh tajam, tiba–tiba ada sebuah lori dengan muatan
berat memotong kereta ayah Ming Jun dengan laju sekali. Ming Jun dan ayahnya berasa
sangat terkejut. Namun begitu, ayah Ming Jun tetap meneruskan pemanduan dengan
berhemah.
Apabila mereka hendak sampai di kawasan sekolah, mereka melihat ramai orang
sedang berkumpul. Rupa–rupanya, lori dengan muatan berat yang memotong kereta
mereka tadi telah terbabas ke bahu jalan.
Ming Jun bersyukur kerana ayahnya memandu kereta dengan berhemah dan
mereka dapat tiba di sekolah dengan selamatnya.

1. Siapakah yang dalam perjalanan ke sekolah bersama ayahnya?

A. Ming Jun C. Ming Jun dan adiknya

B. Adik Ming Jun D. Jung Min

2. Mengapakah ayah Ming Jun memandu kereta dengan berhati–hati?

A. Memastikan Ming Jun tidak lewat sampai di sekolah.

B. Keadaan jalan raya pada hari itu sedikit sibuk.

C. Bilangan kereta di jalan raya sedikit.

D. Keretanya mengalami kerosakan.

3. Apakah jenis kenderaan yang memotong kereta ayah Ming Jun di kawasan selekoh

tajam?

A. Sebuah motosikal C. Sebuah bas

B. Sebuah kereta D. Sebuah lori

9
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

4. Apakah yang berlaku berdekatan dengan kawasan sekolah?

A. Sebuah kereta merempuh bahagian bahu jalan.

B. Sebuah lori dengan muatan berat terbabas ke bahu jalan.

C. Sebuah bas dengan penumpang yang ramai terbabas ke bahu jalan.

D. Sebuah motosikal merempuh bahagian bahu jalan.

5. Bagaimanakah keadaan Ming Jun dan ayahnya semasa tiba di sekolah?

A. Mereka tiba dengan terburu – buru.

B. Mereka tiba dengan ketakutan.

C. Mereka tiba dengan selamatnya.

D. Mereka tiba dengan perasaan terkejut.

Bahagian B: Isi tempat kosong dengan kata seru yang betul.

Wah Aduh Oh Cis Nah

1. _________________, sakitnya kakiku ini terlanggar kaki meja!

2. _________________, kamu menggunakan pensel saya sampai rosak jadinya!

3. _________________, cantiknya hiasan dalaman rumah kamu!

4. _________________, mudah sahaja cara pengiraan soalan Matematik ini!

5. _________________, ambil semula hadiah pemberian kamu ini!

10
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Unit 10: Rakan Karib

Bahagian A: Pilih jawapan yang betul

1. Jia Ming memang suka makan bubur nasi.

A. tidak B. bukan

2. Leela dan keluarganya pulang ke kampung tetapi bercuti ke Kuching.

A. tidak B. bukan

3. Murid yang berambut panjang itu Amira,rakan baik saya.

A. tidak B. bukan

4. Susan boleh makan nasi goreng ini kerana pedas.

A. tidak B. bukan

5. Mi goreng itu dibubuh sos cili sos tomato.

A. tidak B. bukan

Bahagian B: Isi tempat kosong dengan kata ganda yang betul.

Kawan-kawan anai-anai papan-papan Rumah-rumah jemput-jemput

1. _____________________ yang dibina di kawasan perumahan itu

begitu indah.

2. Rumah papan itu roboh akibat kerosakan daripada __

______________.

3. Emak menyediakan dan air teh untuk

minum petang.

4. Kita perlu mematuhi arahan yang ternyata pada

______________ tanda.

5. Meng Leong membawa hadiah semasa

menghadiri majlis hari jadinya.

11
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Unit 11: Hidup Bermasyarakat

Bahagian A: Jawab semua soalan.

1. Setiap petang, Rasimi akan ______________ layang-layang di taman permainan.

A. berlari B. bermain

2. Mereka berasa terhibur apabila __________ burung berkicauan pada waktu

pagi.

A. mendengar B. berterbangan

3. Hanif meng__________kan makanan untuk tetamu yang datang ke rumahnya

pada petang itu.

A. hidang B. sampai

4. Sampah itu di_________ sebelum di________ ke dalam tong sampah.

A. kumpul……simpan B. kutip…….. buang

5. Ravin sering __________ taman mini yang ada di rumah mereka.

A. membantu B. membersihkan

12
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Bahagian B(i): Tulis dialog yang sesuai.

1.

Jawapan: ____________________________________________________

____________________________________________________

2.

Jawapan: ____________________________________________________

____________________________________________________

Bahagian B(ii): Isikan jawapan yang sesuai pada pantun empat kerat di bawah.

telaga tangga masa

Buah jambu di bawah (1)____________, Tanam keledek tumbuh melata,

Buah kelapa dihujung desa, Tumbuh subur di tepi (3)________,

Kasih ibu membawa ke syurga, Kasih anak bersengkang mata,

Kasih bapa sepanjang (2)_______ . Sanggup berkorban jiwa dan raga.

13
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Unit 12: Kejayaan Milik Kita

Bahagian A: Pilih jawapan yang betul.

1. Pokok kaktus merupakan _______________ di gurun.

A. tumbuhan C. tumbuhi

B. tumbuhkan D. penumbuh

2. “Tolong _______________ secawan air kopi,” pinta ayah.

A. bancuhkan B. bancuhi C. bancuhan D. pembancuh

3. Tali ___________________ adik Aiman telah putus.

A. buaikan C. terbuai

B. buaian D. membuai

4. Doktor Ahmad memberi __________________ kepada pesakitnya.

A. terawat C. rawatan

B. rawatkan D. rawati

5. _______________ jawapan yang betul pada kertas soalan.

A. Tandai B. Ditandai C. Tandaan D. Tandakan

Bahagian B: Garis perkataan yang berimbuhan akhiran -an.

1. Hasil tanaman Pak Zaid dijual di pasar tani.

2. Murid-murid Tahun Tiga Juara sentiasa mematuhi arahan guru.

3. Berenang merupakan aktiviti senaman yang baik.

4. Agar-agar masakan kakak telah dituang ke dalam acuan.

5. Anyaman tikar dan bakul orang-orang kampung itu sungguh unik.

14
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Unit 13: Raikan Tetamu

Bahagian A: Pilih kata ganda yang betul.

1. _____________ Encik Shamsumi sangat baik dan mesra.

A. Orang-orang B. Gula-gula C. Jiran-jiran D. Bunga-bunga

2. Kita mesti membaca dengan teliti pada ____________tanda yang terdapat di zoo

sebagai panduan.

A. layang-layang B. papan-papan C. murid-murid D. ikan-ikan

3. Kegunaan ____________ adalah untuk menahan bumbung rumah.

A. kekuda B. dedaun C. kekisi D. bebola

4. Puan Ling memasukkan ___________epal yang telah dibeli ke dalam beg hijau.

A. tin-tin B. buah-buah C. daun-daun D. cawan-cawan

5. Ukiran corak pada _____________ tingkap rumah pusaka itu sangat cantik.

A. dedaun B. kekuda C bebola D. kekisi

Bahagian B: Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.

istimewa cantik mesra popular manis

1. Yen Ni dan ibunya melayan Rasimi dengan _____________ .

2. Bunga malai ___________ dalam kalangan masyarakat India.

3. Kunjungan ke tempat-tempat menarik di Sarawak telah meninggalkan kenangan

yang ____________ kepada Kakak Anis.

4. Bagi masyarakat Cina, teh ialah minuman ____________ semasa melayan tetamu.

5. Pemandangan di Sarawak sangat ____________.

15
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Unit 14: Kesenian Bangsa

Bahagian A: Bulatkan kata ganda berentak yang betul.

1. Anis membuat ___________ tradisional Melayu.

A. mundar-mandir C. kuih-muih

B. rempah-ratus D. gunung-ganang

2. Hanif melukis_________.

A. mundar-mandir C. kuih-muih

B. rempah-ratus D. gunung-ganang

3. Pelakon tersebut ____________ di atas pentas.

A. mundar-mandir C. kuih-muih

B. rempah-ratus D. gunung-ganang

4. Ibu memasak kari ayam dengan menggunakan ______________ asli.

A. mundar-mandir C. kuih-muih

B. rempah-ratus D. kayu-kayan

5. ________________ yang bermutu tinggi dihias dengan corak ukiran.

A. mundar-mandir C. kuih-muih

B. rempah-ratus D. kayu-kayan

Bahagian B: Isikan tempat kosong dengan kata ganda berentak berdasarkan gambar.

1 2 3 4 5

16
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Unit 15: Pelihara Warisan

Bahagian A: Isi tempat kosong dengan jawapan paling sesuai.

1. ____________ perhatian murid-murid.

A. Sila B. Jangan C. Minta D. Harap

2. ____________ bising ketika guru sedang mengajar.

A. Sila B. Minta C. Tolong D. Jangan

3. _____________ tonton video ini dengan teliti.

A. Minta B. Sila C. Harap D. Jangan

4. ____________ hantar tugasan ini dengan segera.

A. Tolong B. Jangan C. Sila D. Minta

5. _____________ kamu dapat memberikan kerjasama.

A. Tolong B. Harap C. Minta D. Sila

Bahagian B: Tulis betul bagi ayat yang betul dan salah bagi ayat yang salah.

1. Di mana mereka bermain permainan itu?

2. Permainan itu bermanfaat kepada masyarakat Bajau mengapa?

3. Bilakah permainan itu dimainkan?

4. Mereka bermain permainan itu di mana?

5. Siapa yang bermain permainan itu?

17
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Unit 16: Berbudi kepada Alam

Bahagian A(i): Pilih ayat tunggal yang betul.

1. A. Ming Jun dan ayahnya sedang membuat baja kompos.

B. Mereka menjalankan projek ini untuk memelihara sumber alam.

C. Sekolah saya sangat bersih.

D. Ani dan Ahmad membuat kraf tangan daripada kotak.

2. A. Hanif mempelajari cara membuat baja kompos.

B. Ming Jun dan rakan-rakannya membuat layang-layang.

C. Mereka suka menanam sayur dan pokok bunga pada masa lapang.

D. Ani menyiram tapak semaian selepas membubuh biji benih.

3. A. Encik Ali memberitahu Ming Jun dan adiknya cara menjimatkan air.

B. Pencemaran perlu dielakkan supaya alam kita terpelihara.

C. Ali dan Ming Jun berbual-bual tentang projek kolam ikan sekolah.

D. Persekitaran sekolah Yen Ni sangat cantik.

Bahagian A(ii): Pilih ayat tanya yang betul.

4. Ming Jun dan kawannya sedang berbincang tentang projek tadahan air hujan.

A. Ming Jun dan kawannya sedang berbincang di mana?

B. Ming Jun dan kawannya sedang berbincang apa?

C. Adakah Ming Jun dan kawan sedang berbincang?

D. Mengapa Ming Jun dan kawannya sedang berbincang?

5. Air longkang itu sangat kotor.

A. Air longkang itu sangat kotor?

B. Apa yang ada dalam longkang?

C. Di mana longkang itu terletak?

D. Air longkang itu bagaimana?

18
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Bahagian B: Baca ayat-ayat di bawah. Kemudian, tulis ayat yang diimlakkan.

Hanif dan Ravin menyertai Kempen Jom Menanam Pokok. Kempen ini bertujuan untuk

mendidik masyarakat tentang kepentingan menghijaukan bumi. Setiap orang

diberikan sebatang pokok untuk ditanam. Setelah pokok ditanam, pokok itu

diletakkan baja dan disiram. Pokok-pokok yang telah ditanam perlu dijaga sehingga

besar. Hanif dan Ravin berpendapat bahawa aktiviti ini amat berfaedah.

1. ____________________________________________________________

____________________________________________________________

2. ____________________________________________________________

____________________________________________________________

3. ____________________________________________________________

____________________________________________________________

4. ____________________________________________________________

____________________________________________________________

5. ____________________________________________________________

____________________________________________________________

19
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Unit 17: Indah dan Damai

Bahagian A: Jawab soalan-soalan yang berikutnya.

1. Di manakah Sang Kodok tinggal?

A. Di tepi pantai C. Di tepi sebuah tasik

B. Di dalam gua D. Di tepi air terjun

2. Mengapakah muka Sang Kodok basah?

A. Sang Kodok mandi dalam tasik C. Sang Kodok terjatuh dalam tasik

B. Terpercik air tasik yang jernih D. Sang Kodok berenang dalam tasik

3. Bagaimanakah kita mencintai taman?

A. Janganlah kita mengotorkan taman dengan membuang sampah sesuka hati.

B. Kita boleh membuang sampah merata tempat semasa bersiar-siar di taman.

C. Kita tidak perlu mematuhi peraturan di taman.

D. Kita boleh memetik bunga yang cantik di taman.

4. Rasimi dan keluarganya berkunjung ke mana?

A. Zoo Negara C. Hutan Simpan Kota Damansara

B. Taman Negara D. Gunung Jerai

5. Mengapakah Rasimi dan keluarganya berkunjung ke Hutan Simpan Kota

Damansara?

A. Menyertai perkhemahan C. Mencari haiwan liar

B. Melancong D. Beriadah

20
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Bahagian B: Gabungkan dua ayat tunggal di bawah menjadi ayat majmuk.

1. Azmi membaca surat khabar.

Azmi menonton televisyen. (sambil)

____________________________________________________________

____________________________________________________________

2. Siti menaiki bas.

Choon Keat menaiki bas. (dan)

____________________________________________________________

____________________________________________________________

3. Keisha tidak hadir ke sekolah.

Keisha sakit perut. (kerana)

____________________________________________________________

____________________________________________________________

4. Soon Teck balik dari sekolah.

Soon Teck mandi. (lalu)

____________________________________________________________

____________________________________________________________

5. Rina boleh memilih baju.

Rina boleh memilih kasut. (atau)

____________________________________________________________

____________________________________________________________

21
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Unit 18: Sejahterakan Bumi

Bahagian A: Pilih jawapan yang betul.

1. Suara penyanyi itu sungguh _______.

A. merdu B. enak C. sedap D. cantik

2. Bau sampah yang ______ mencemarkan udara di kawasan perumahan itu.

A. wangi B. harum C. busuk D. hancing

3. Salman seorang murid yang rajin, _____ adiknya malas.

A. ke B. pada C. lalu D. tetapi

4. Encik Tan selalu _______ jirannya menyiram pokok bunga apabila mereka tidak

ada di rumah.

A. memanggil B. membantu C. memukul D. memasak

5. Kita haruslah rajin membaca buku _____ menjadi murid yang cemerlang.

A. supaya B. sambil C. kerana D. dan

Bahagian B: Lengkapkan ayat di bawah dengan kata tanya yang betul.

Mengapakah Bagaimanakah Adakah

apa Siapakah

1. _________________ nama ibu bapa kamu?

2. _________________ kamu tidak datang ke sekolah?

3. _________________ kamu akan menyaksikan perlawanan bola keranjang itu?

4. Ini kereta _________________?

5. _________________ cara untuk membuat kuih bakul ini?

22
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Unit 19: Faedah Bertani

Bahagian A: Pilih jawapan yang sesuai.

1. Juanis memberi _________________ kepada ayahnya untuk membuat tapak

semaian pokok di kawasan lapang itu.

A. penat B. cadangan C. tumbuh D. matang

2. Pak Jamal ____________________ tanah untuk menanam sayur.

A. membuang B. menjual C. menggemburkan D. menanam

3. Buah pokok pinang bujur seperti ____________________ .

A. telur B. batu C. kerusi D. kotak

4. "Tolong _______________kan kawasan kotor di halaman rumah," kata ayah

kepada abang.

A. bersih B. petik C. taman D. beli

5. Pokok bunga di taman mini ibu dijaga ________________________________ .

A. bagai murai dicabut ekor C. bagai kaca terhempas ke batu

B. bagai ayam berak kapur D. bagai menatang minyak yang penuh

Bahagian B(i): Garis jawapan yang sesuai.

1. Pokok bunga di halaman rumah Imran ( tumbuh , berdiri ) cantik.

2. Ibu Selvam ( mengambil , membubuh ) baja pada pokok bunga.

3. Juanis ( membaca , membantu ) maklumat tentang pokok limau kasturi.

4. Ayah dan Pak Hamid bersama-sama mengusahakan kebun sayur. Mereka bagai

( aur dengan tebing , embun di hujung rumput ) semasa bekerja di kebun mereka.

Bahagian B(ii): Pilih dan tuliskan jawapan yang sesuai.

bagai tikus jatuh ke beras bagai isi dengan kuku

5. Puan Suria dan Puan Chai jiran sekampung. Hubungan mereka _______________

___________________________________________________________ .

23
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Unit 20: Haiwan yang Berfaedah

Bahagian A: Bulatkan jawapan yang betul.

1. Kambing biri-biri mempunyai ____________ yang tebal.

A. bebola B. bebulu C. pepatung D. rerama

2. Rasimi memberikan gandum dan__________ kepada burung merpatinya.

A. sawi B. buah oren C. beras D. ikan

3. _________________ suka menyelam di Pulau Mabul.

A. Orang-orang C. Biri-biri

B. Pelancong-pelancong D. Jejari-jejari

3. Pak Hassan memakai ___________ semasa membersihkan lantai reban itiknya.

A. kasut sekolah B. kasut plastik C. selipar D. kasut getah

5. Ibu memasukkan sambal ikan bilis garing ke dalam ______________ untuk dijual.

A. bekas-bekas

B. bahan-bahan

C. ikan-ikan

D. pelanggan-pelanggan

24
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Bahagian B: Baca petikan dibawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Itik Telur

Pak Cik Ramesh ialah bapa saudara Ravin. Beliau menternak itik telur. Beliau dibantu

oleh keluarganya dan Ravin pada hari minggu.

Setiap pagi, Pak Cik Ramesh memakai kasut getah, sarung tangan dan

penutup hidung sebelum bekerja.

Isteri Pak Cik Ramesh membawa penyapu lidi untuk membersihkan lantai

reban. Dia juga mengutip telur lalu memasukkan telur ke dalam bakul rotan.

Tugas Ravin pula mengambil telur di dalam bakul lalu disusun pada sarang

telur.

Akhir sekali, Pak Cik Ramesh akan menukar air di dalam bekas air kemudian

beliau mencuci lantai reban dengan menggunakan paip getah.

1. Perkataan menternak di dalam petikan boleh digantikan dengan _____________.

2. Bapa saudara Ravin ialah _________________________________________.

3. Pak Cik Ramesh memakai __________________, ___________________ dan

_____________________ sebelum bekerja.

4. Tugas isteri Pak Cik Ramesh ialah mencuci lantai reban dan _________________

___________________________________________________________.

5. Tugas Ravin ialah ______________________________________________.

25
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Unit 21: Sumber Rezeki

Bahagian A: Pilih soalan berdasarkan jawapan yang diberi.

1. Pak Cik Lim menjual hasil tanamannya di pasar.

A. Di manakah Pak Cik Lim menjual hasil tanamannya?

B. Mengapakah Pak Cik Lim menjual hasil tanamannya?

2. Ibu akan pergi ke pasar raya pagi esok.

A. Bilakah ibu akan pergi ke pasar raya?

B. Siapakah yang pergi ke pasar raya?

3. Datuk yang menanam anak pokok ini.

A. Bilakah datuk menanam anak pokok ini?

B. Siapakah yang menanam anak pokok ini?

4. Pekebun itu sedang menanam sayur.

A. Apakah yang dilakukan oleh pekebun itu?

B. Bagaimanakah pekebun itu menanam sayur?

5. Ai Ling menangis kerana dia lapar.

A. Bilakah Ai Ling menangis?

B. Mengapakah Ai Ling menangis?

26
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Bahagian B: Edit dan murnikan teks dari aspek ejaan. Kemudian, tulis semula teks.

Pak abu seorang pekebun. Beliau tinggal di kampong merbau. Pak Abu rajin

membaja dan menyiram sayor-sayorannya. Isteri dan anak-anak Pak Abu turut

membantunya mencabut rumput. Sayur-sayuran Pak Abu segan dan harganya murah.

Banyak orang suka memberi sayur daripada Pak Abu.

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

27
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Unit 22: Anak yang Taat

Bahagian A: Pilih jawapan yang betul.

1. Anis dan ibunya pergi ______ di pasar raya .

A. mundar-mandir B. mandi-manda C. membeli-belah D. lalu-lalang

2. Kita hendaklah ______ nasihat ibu bapa.

A. menjaga B. mendengar C. meminta D. mengemas

3. Sebagai anak yang baik, kita mestilah sentiasa ______ ibu bapa.

A. mentaati B. menasihati C. rindu D. suka

4. Keadaan di pantai menjadi _______ kerana banyak orang di sana.

A. kacau-bilau B. mandi-manda C. mundar-mandir D. hiruk-pikuk

5. Anis ______ luka burung tekukur itu.

A. menyapu B. membalut C. mengemas D. membina

Bahagian B: Isi tempat kosong dengan kata ganda berentak yang sesuai.

gunung-ganang mandi-manda riuh-rendah


mundar-mandir batu-batan

1. Abang dan kawan-kawannya _________________ di tepi pantai.

2. Suasana di pasar malam itu ______________ kerana terdapat banyak pengunjung.

3. Di kawasan ________________ itu terdapat air terjun.

4. Pengawas peperiksaan ______________ di dewan peperiksaan.

5. Di permukaan bumi terdapat ______________ yang unik.

28
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Unit 23 : Murid yang baik

Bahagian A: Pilih jawapan yang betul bagi soalan-soalan berikut.

1. Murid-murid ________ untuk membeli makanan dan minuman di kantin sekolah.

A. beratur B. berhimpun C. bermain D. bersorak

2. Anand __________ buku cerita yang dipinjam di kaunter perpustakaan sekolah.

A. memulangkan B. membeli C. mematuhi D. menjual

3. Ming Jun memastikan suis kipas angin ________ sebelum meninggalkan kelas.

A. dibuka B. ditutup C. dipasang D. disambut

4. Pilih ayat perintah yang betul.

A. Siapakah nama ibu kamu?

B. Bau minyak wangi itu sangat harum.

C. Oh, rupa-rupanya kamu yang mengambil kasut saya!

D. Minta semua peserta berkumpul di dewan sekarang.

5. Pilih ayat tanya yang paling sesuai.

Perhimpunan di sekolah saya diadakan pada setiap hari Isnin.

A. Siapakah yang menghadiri perhimpunan di sekolah?

B. Mengapakah perhimpunan sekolah diadakan?

C. Bilakah perhimpunan di sekolah kamu diadakan?

D. Bagaimanakah cara perhimpunan di sekolah diadakan?

29
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Bahagian B: Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

pengawas tertib amalan bertemu peraturan

1. Ravin mengamalkan ______________ menabung sejak kecil lagi.

2. Murid-murid beratur dengan ____________nya semasa masuk ke makmal sains.

3. Pengguna jalan raya mesti mematuhi _____________ jalan raya.

4. Anis ______________ dengan Yen Ni di perpustakaan sekolah semalam.

5. Guan Hong terpilih sebagai ketua ______________ di sekolahnya.

30
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

Unit 24: Tanggungjawab Kita

Bahagian A: Jawab soalan-soalan berikut.

1. Murid –murid beratur ____________ masuk ke bilik seni.

A. sebelum B. selepas C. setelah D. sebagai

2. Lee Yin membantu ibunya __________ pinggan mangkuk selepas makan malam.

A. menyidai B. mengelap C. mencuci D. menyapu

3. Kita mestilah __________ gigi dua kali sehari.

A. membasuh B. menggosok C. memakai D. mengguna

4. Murid-murid __________ pakaian sukan semasa Pendidikan Jasmani.

A. melihat B. membina C. memakai D. mengguna

5. Beng Hock menolong ibunya menjual _________ di pasar malam.

A. batu-bata B. sampah-sarap C. rumput-rampai D. kuih-muih

Bahagian B: Tandakan ( √ ) pada pernyataan yang baik dan ( x ) pada pernyataan yang

tidak baik.

1. Murid-murid beratur sebelum masuk ke makmal sains. ( )

2. Chong Han bermain di dalam kelas. ( )

3. Beng Seng tidak pernah lewat ke sekolah. ( )

4. Abang merawat binatang yang cedera. ( )

5. Yi Yi mencuri duit ibunya untuk membeli buku cerita. ( )

31
MODUL CELIK BAHASA TAHUN 3

MUTIARA KATA

Usaha tangga kejayaan.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,

Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

32

Anda mungkin juga menyukai