Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS KOTA BHARU, 16109 PENGKALAN CHEPA
KELANTAN DARUL NAIM

PIMK3013

PENGAJIAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH

Nama : MUHAMMAD ASYRAF FIKRI BIN MUHAMAT

No. K/P : 020925-03-1027

Angka Giliran : 2020082310167

Program : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

Ambilan : JUN 2021

Unit : PIM4

Nama Pensyarah : MUHAMAD KUSHAIRI BIN JUSOH

Tarikh Hantar : 1 OGOS 2021

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap
satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:_______ asyraf _______Tarikh : _____31/7/2021___

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________ asyraf__________Tarikh : _____31/7/2021____


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS KOTA BHARU.

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS


Nama: MUHAMMAD ASYRAF FIKRI BIN Angka Giliran: 2020082310167
MUHAMAT
Kod: PIMK3013 Nama Kursus: PENGAJIAN KURIKULUM PENDIDIKAN
ISLAM SEKOLAH RENDAH
Pensyarah: MUHAMAD KUSHAIRI BIN JUSOH
Tarikh Hantar: 1 OGOS 2021 Tarikh Terima diisi oleh Pensyarah:

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya’

Tanda tangan Pelajar:_______asyraf ________ Tarikh:___31/7/2021______

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus


Pemeriksa Moderator (Jika berkaitan)

Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: asyraf Tarikh: 31/7/2021

2
ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN HALAMAN

PENGHARGAAN....................................................................................................................................... 4
1.0 PENGENALAN .............................................................................................................................. 5
2.0 ASPEK KESEDIAAN GURU DALAM MENANGANI ISU-ISU PENDIDIKAN ISLAM
PADA DEKAD INI ...................................................................................................................................... 6
3.0 RUMUSAN ................................................................................................................................... 8
RUJUKAN ................................................................................................................................................. 9

3
PENGHARGAAN

َّ ‫ٱلرحۡ َم ٰـ ِن‬
‫ٱلرحِ يم‬ َّ ِ‫ِ ِبسۡ ِم ٱهلل‬

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Segala puji bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
S.A.W. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaanNya dapat saya
menyiapkan tugasan kerja kursus PIMK3013 dengan jayanya. Tanpa keredaan-Nya tidak
mampu saya menyiapkan tugasan ini.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah saya
iaitu MUHAMAD KUSHAIRI BIN JUSOH bagi mata pelajaran PENGAJIAN KURIKULUM PENDIDIKAN
ISLAM SEKOLAH RENDAH (PIMK3013) kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya iaitu
Wan Saibah Binti Wan Ismail dan Muhamat Bin Samat yang telah banyak membantu saya
menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan
sokongan moral sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada sahabat-sahabat sekolaborasi yang
banyak membantu saya menyempurnakan tugasan ini. Terima kasih juga kepada semua
rakan seperjuangan saya yang lain. Mereka juga telah banyak membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya lontarkan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung sepanjang kerja kursus ini berjalan.

Sekian, terima kasih.

4
1.0 PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia telah mengalami gelombang baru iaitu Pendidikan Abad ke-21
(PAK21) dan Revolusi Industri 4.0 (RI 4.0) yang lebih mencabar untuk para guru dalam
mengajar anak-anak yang akan menjadi pemuda harapan. Pendidikan era baru ini telah
menjadi norma baharu bagi rakyat Malaysia kerana untuk membantu kerajaan dalam
memulihkan semula negara daripada pandemic COVID -19 yang telah menular di
Malaysia pada awal March 2020. Aplikasi teknologi moden, digital, penyebaran maklumat
serta pengenalan kepada komunikasi moden menjadi cabaran baru bagi bakal guru dan
guru yang sedia ada. Namun perkara ini telah dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis
Riwayat Tarmizi iaitu “Suasana suatu zaman yang masanya menjadi singkat, jarak sudah
menjadi dekat dan komunikasi pula menjadi lebih rapat” bangsa (Fatin Izati, 2021).
Perubahan ini menyebabkan banyak masalah baru di Institut Pendidikan Agama Islam di
sekolah Agama Negeri, Sekolah Agama Rakyat, Pondok, Tahfiz dan KAFA.

Dalam keadaan sebegini, guru-guru memainkan peranan yang penting dalam


meneruskan Pendidikan bagi mengekalkan dan memajukan prestasi Pendidikan di
negara kita. Guru-guru Pendidikan Islam perlu bekerja lebih keras daripada sebelum ini
kerana guru perlu menyesuaikan diri dengan proses pengajaran dan pembelajaran di
rumah (PDPR) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) Ketika pandemic
COVID – 19. Hal ini menyebabkan guru Pendidikan Islam perlu lebih bersedia daripada
pelbagai aspek untuk mengajar subjek mata pelajaran Pendidikan islam bagi
menngekalkan prestasi kecemerlangan walaupun dalam era pandemic COVID – 19.

5
2.0 ASPEK KESEDIAAN GURU DALAM MENANGANI ISU-ISU PENDIDIKAN ISLAM
PADA DEKAD INI

Pada era norma baharu ini, guru perlu lebih bersedia dengan pelbagai aspek dari segi
fizikal, mental, emosi dan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana profesion guru akan mudah
menerima tekanan dan jika seorang guru itu gagal mengawal tekanannya, ia akan
merosakkan hubungan antara pelajar dengan guru dan juga mutu pengajaran dan
pembelajaran. Antara aspek kesediaan guru Pendidikan Islam dalam menangani isu-isu
Pendidikan Islam pada masa kini adalah aspek fizikal. Hal ini kerana jika seorang guru
Pendidikan Islam mengalami stress dan depression semasa proses pengajarannya,
tambah lagi dengan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian yang
menyebabkan ramai guru yang tidak mahir menggunakan teknologi untuk mengajar anak
muridnya (PERSEDIAAN SEBAGAI SEORANG GURU: PERSEDIAAN SEBAGAI
SEORANG GURU, n.d.). Oleh yang demikian, guru perlu menjaga kesihatannya agar
dapat mengelakkan gejala stress dan depression berlaku. Sebagai contoh guru perlu tidur
secukupnya sekurang-kurangnya 5 – 6 jam sehari serta mengamalkan pemakanan yang
sihat. Hal ini kerana terdapat banyak gangguan pengajaran semasa PDPR iaitu
pencapaian internet yang kurang di Kawasan perumahan, kurang mahir dalam
menggunakan teknologi, dan lain-lain. Hal ini boleh menyebabkan guru Pendidikan
Agama Islam di sekolah Agama negeri, Sekolah Agama Rakyat dan sebagainya terpaksa
mempelajari teknologi moden untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam. Hal ini
boleh menyebabkan timbulnya pemikiran yang serabut dan meningkatkan tekanan darah,
secara umumnya akan menyebabkan gejala stress. Jelaslah bahawa seorang guru
Pendidikan Islam perlulah bersedia dari segi aspek fizikal agar perjalanan pdpr berjalan
dengan lancar tanpa gangguan kesihatan.

Selain itu, aspek kesediaan yang kedua yang perlu ada dalam diri guru Pendidikan
Islam ialah aspek mental. Hal ini kerana guru Pendidikan Islam perlu mengetahui kaedah
pengajaran dan pembelajaran khususnya yang berkait dengan bidang
teknologi.(PERSEDIAAN SEBAGAI SEORANG GURU: PERSEDIAAN SEBAGAI
SEORANG GURU, n.d.) Hal ini juga kerana guru pada zaman era moden ini perlu
mengetahui serba sedikit tentang teknologi agar tidak terdapat jurang digital yang terlalu
jauh. Tambahan lagi dengan kesan pandemic Covid – 19 ini yang menyebabkan sektor
Pendidikan ditutup, ini bermaksud semua sekolah agama negeri, sekolah agama rakyat,
tahfiz, dan pondok serta seluruh sekolah di Malaysia ditutup agar membantu kerajaan

6
dalam menghadapi pandemic ini. Oleh sebab kesan daripada penutupan sekolah dan
institut Pendidikan , pembelajaran terpaksa dilakukan secara pembelajaran digital
(Mohamed, 2020). Hal ini menyebabkan kementerian pelajaran Malaysia
memperkenalkan pembelajaran dan pengajaran di rumah (PDPR) dan menggunakan
pelbagai medium dan salah satunya ialah menggunakan pelantar Google Classroom (Su
dan Mohd, 2020). Justeru itu, terdapat ramai guru Pendidikan Islam tidak mahir dalam
menggunakan pelantar Google Classroom, dan ini menyebabkan masalah besar lagi
apabila guru tersebut tidak mempunyai sebarang alatan teknologi untuk mengajar seperti
laptop (Saidin & Husnin, 2021). Hal ini kerana ada guru Pendidikan Islam yang mengajar
pelajar di Kawasan pedalaman dan tiada kemudahan teknologi, dan menyebabkan
pengajaran dan pembelajaran menjadi rumit, dan hasil pembelajaran daripada mata
pelajaran Pendidikan Islam tidak tercapai malah menyebabkan kegagalan dan
kemerosotan berlaku untuk subjek Pendidikan Islam. Jelaslah bahawa pengetahuan dari
segi mental iaitu pengetahuan dari segi IT perlu ada dalam diri seorang guru agar tidak
berlaku permasalahan yang menyebabkan pengajaran dan pembelajaran terganggu.

Di samping itu, aspek kesediaan guru yang terakhir yang perlu ada dalam diri guru
Pendidikan Islam bagi menangani isu-isu semasa ialah aspek emosi. Hal ini kerana guru
hendaklah berkemahiran dalam mengawal emosinya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Guru juga dilarang untuk mencampuradukkan urusan peribadi
dengan urusan pekerjaan, ini kerana akan menimbulkan salah faham antara guru dan
pelajar dan boleh merosakkan hubungan tersebut (PERSEDIAAN SEBAGAI SEORANG
GURU: PERSEDIAAN SEBAGAI SEORANG GURU, n.d.). Tambahan lagi dengan
persekitaran kita pada masa ini yang mana guru perlu mengajar secara atas talian. Dan
terdapat juga isu murid yang tidak mahir dalam menggunakan komputer atau
pembelajaran secara atas talian, dan juga kadang-kadang mereka tidak berkemampuan
untuk menyediakan peralatan seperti komputer dan internet bagi tujuan untuk
pembelajaran secara atas talian (Alruwais et al., 2018). Hal ini menyebabkan murid
tersebut tidak dapat menghadiri kelas atau kuliah di sekolah di Malaysia khususnya
sekolah beragama. Hal ini jua menyebabkan guru tidak dapat mengawal emosi celaru
kerana memikirkan sebab murid tidak menghadiri kelas serta diberi tekanan oleh pihak
atasan kerana murid tersebut. Oleh sebab itulah guru perlu mengawal emosinya dan
berfikir secara meluas serta mencari jalan penyelesaian yang sebaiknya. Oleh itu, guru
seharusnya mengambil beberapa minit sebelum masuk ke kelas untuk tenangkan diri agar
dirinya tidak berada dalam masalah dan sentiasa tenang semasa proses PDPR berlaku.

7
3.0 RUMUSAN

Kesediaan adalah satu aspek penting dalam menentukan kejayaan dan kegagalan
pelaksanaan perubahan kurikulum. Oleh itu, kesediaan guru perlu dititikberatkan dalam
pengajaran dan pembelajaran agar meningkatkan kualiti guru dan bukannya kuantiti guru.
Profesion perguruan ini merupakan suatu profesion yang bekerja dengan penuh amanah
dan bertanggungjawab dalam melahirkan insan seimbang, harmoni dan berpendidikan,
dan ini bertetapan dengan falsafah Pendidikan guru yang menginginkan Dugaan
menginginkan guru berkualiti dan kompeten dari segi peribadi, profesional, sosial,
menguasai ilmu pengetahuan, berkemahiran serta menghayati nilai-nilai keguruan.
dugaan dan cabaran dunia pendidikan datang silih berganti. Oleh itu, perlunya kepada
persediaan yang kukuh dalam kalangan pendidik agar dapat menangani segala isu yang
mendatang.

(1059pp)

8
RUJUKAN

Mohamed Nazul Ismail (2020). Cabaran Kepimpinan Dalam Pengurusan Pembelajaran Digital. Jurnal
Refleksi kepimpinan Jilid III.

PERSEDIAAN SEBAGAI SEORANG GURU: PERSEDIAAN SEBAGAI SEORANG GURU.


(n.d.). Retrieved August 8, 2021, from
https://aziraharifinofficial.blogspot.com/2020/11/persediaan-sebagai-seorang-guru.html

Saidin, N. D., & Husnin, H. (2021). Google Classrrom Sebagai Pelantar M-Pembelajaran :
Tahap Pengetahuan Dan Tahap Kesediaan Guru-Guru Sekolah Menengah Luar
Bandar ( Google Classroom As An M-Learning Platform : Level Of Knowledge And
Level Of Readiness Of Rural Secondary School Teachers ). Journal Dunia Pendidikan,
3(2), 278–292. http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Su Wan Jen dan Mohd Effendi @Ewan Mohd Matore (2020). Keberkesanan Penggunaan Google
Classroom dalam Pendidikan: Sorotan Literatur Bersistematik. Jurnal Dunia Pendidikan, Vol 2,
No 4, 39-53.

Anda mungkin juga menyukai