Anda di halaman 1dari 1

LATIHAN OLE-OLE GEOGRAFI 2022

Bahagian B

Soalan 1 berdasarkan petikan dibawah.

Malaysia, kehadiran pelancong asing dari negara ASEAN asal dari tahun 2010 hingga 2014.
Kehadiran pelancong dicatatkan tertinggi dari negara ASEAN adalah pada tahun 2014 iatu seramai
18 juta orang. Bilangan ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2012 iaitu sebanyak 15 Juta
orang. Pada tahun 2013, kehadiran pelancong dari negara ASEAN berjumlah 16 juta orang. Jumlah
kehadiran terendah dicatatkan pada tahun 2010 iaitu seramai 13 Juta orang pelancong. Pada tahun
2011, jumlah kehadiran pelancong dari negara ASEAN ke Malaysia ialah 13 juta orang.

(Disesuaikan daripada Petunjuk Ekonomi EPU, Jabatan Perdana Menteri)

1 a. Berdasarkan petikan diatas, bina sebuah jadual untuk menunjukkan kehadiran


pelancong dari negara ASEAN dari tahun 2010 hingga tahun 2014.
(6 Markah)

b. Merujuk kepada jadual 1 (a) bina graf bar yang sesuai untuk menunjukkan kehadiran
pelancong dari negara ASEAN ke Malaysia pada tahun 2010 hingga 2014. Dengan
menggunakan skala 1 cm mewakili 1 juta orang pelancong, bina graf anda selengkapnya.
(8 Markah)

c. Tafsirkan graf 1 (b) bagi menunjukkan pola perubahan kehadiran pelancong dari
negara ASEAN ke Malaysia dari tahun 2010 hingga 2014.
(6 Markah)

Anda mungkin juga menyukai