Anda di halaman 1dari 15

(PPM/BM.

1/99-Pin-3)

PERJANJIAN PENGAMBILAN DAN PEMBIAYAAN

PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PERJANJIAN ini dibuat pada .........................................................haribulan............................

tahun ....................................................................................... ( ............................... ) ANTARA


KHAIRUNNISA BINTI KHIRUL ANUAR No. K/P 010201010694

yang beralamat di 10-7, JALAN ABDULLAH 86800 MERSING JOHOR

dan yang dilahirkan pada 01/02/2001 ( kemudian daripada ini dipanggil ‘PELAJAR’ )

sebagai pihak yang pertama DENGAN KERAJAAN MALAYSIA diwakili oleh Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia beralamat di Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 6-7, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya,
( kemudian daripada ini dipanggil ‘KERAJAAN’) sebagai pihak yang kedua, DAN

............................................................................... No.K/P...........................................................
(Nama Penjamin/Ibubapa) (No.K/P Penjamin/Ibubapa)

yang beralamat di .............................................................................................................................


(Alamat tetap Penjamin/Ibubapa)

...........................................................................................................................................................

dan dilahirkan pada ..........................................(kemudian daripada ini dipanggil ‘PENJAMIN,) sebagai pihak
yang ketiga adalah MENYAKSIKAN seperti berikut:

BAHAWASANYA KERAJAAN telah bersetuju mengadakan suatu Program Matrikulasi (kemudian


daripada ini dipanggil PROGRAM’) bagi PELAJAR ini dan PELAJAR ini telah bersetuju mengikuti
program ini sehingga tamat. DAN BAHAWASANYA PENJAMIN ini telah bersetuju menjamin
penyempurnaan kewajipan-kewajipan PELAJAR ini.
…...…..
t.t Ringkas
Pelajar

…...….
t.t Ringkas
Penjamin

1
MAKA OLEH YANG DEMIKIAN

1. PELAJAR dengan kelulusan dan persetujuan PENJAMIN dengan ini bersetuju akan memulai dan
dengan sesungguhnya meneruskan Program Matrikulasi dan menduduki semua ujian dan peperiksaan
yang disyaratkan dalam kursusnya di mana-mana kolej atau institut yang diluluskan oleh
KERAJAAN dan bahawa ia hendaklah menyempurnakan kursus tersebut dalam sesuatu tempoh yang
ditetapkan oleh KERAJAAN.

2. Sebagai balasan bagi hal-hal yang tersebut di atas, maka KERAJAAN dengan ini bersetuju:
(a)
membayar belanja pengajian dan penginapan/ asrama sepanjang pengajian PELAJAR. Semua
elaun/ pembiayaan akan diuruskan oleh Bahagian/ Institusi Pengajian berkenaan yang akan
membuat pembayaran / pemotongan yang sewajarnya mengikut peraturan Institusi;
(b)
akan membayar atau membayar balik atau dengan jalan lain menanggung belanja, sebagaimana
yang ditetapkan oleh KERAJAAN atau oleh wakilnya, akan tambang kapal terbang kelas
ekonomi, sekali sahaja pada awal dan akhir pengajian iaitu dari lapangan terbang terdekat dengan
Institusi Pengajian ke lapangan terbang terdekat dengan tempat tinggal dan sebaliknya, bagi
PELAJAR dari Semenanjung yang mengikuti Program Matrikulasi di Sabah dan Sarawak, atau
dari Sabah atau Sarawak yang mengikuti Program Matrikulasi di Semenanjung.

3. (a) Dengan ini dipersetujui dan diakui bahawa jika sekiranya pada bila-bila masa dalam masa
Perjanjian ini masih berkuat kuasa, PENJAMIN itu mati atau tidak lagi bermastautin di Malaysia
ataupun berada di luar Malaysia selama lebih daripada dua belas bulan kalendar berturut-turut
ataupun menjadi bankrap atau menerima suatu perintah pentadbiran pemakan gaji, maka bagi
tiap-tiap hal yang demikian itu, PELAJAR ini atau PENJAMIN yang masih ada, hendaklah
mendapatkan seorang mengikut mana yang berkenaan untuk menggantikan PENJAMIN yang
mula-mula tersebut itu; dan tiada seorang jua boleh menggantikan PENJAMIN itu melainkan
orang itu boleh diterima oleh KERAJAAN dan ia bersetuju menjadi seorang PENJAMIN
mengikut syarat-syarat Perjanjian ini.

(b) Jika sekiranya tiadalah seorang jua seperti yang tersebut di atas didapati dapat
menggantikan PENJAMIN yang tersebut dalam perenggan kecil (a) maka KERAJAAN
boleh menurut pilihan, pada bila-bila masa, menamatkan Perjanjian ini dan kemudiannya
PELAJAR ini tidaklah lagi mempunyai tuntutan-tuntutan atas apa-apa faedah di bawah
Perjanjian ini.
…...….…
t.t Ringka

…...….…..

2
4 Selanjutnya dipersetujui dan diakui bahawa semasa dalam tempoh kursusnya, PELAJAR:

(a) hendaklah tertakluk dan menunjukkan dan mencapai kejayaan yang memuaskan dalam
kursusnya; PELAJAR yang gagal dalam peperiksaan atau tidak memperoleh syarat
minimum yang ditetapkan akan diberhentikan daripada pengajian;

(b) hendaklah mematuhi apa-apa peraturan dan tatatertib yang berkuatkuasa dari
semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh KERAJAAN dan/ atau institut
berkenaan, dalam mana-mana kegiatan kolej atau institut tersebut yang ia
dikehendaki menghadirinya atau di tempat lain di bawah arahan kolej atau
institut tersebut yang kursus itu mungkin dijalankan;

(c) hendaklah berpakaian kemas sesuai dengan panduan peraturan tatatertib yang
ditetapkan dan tidak memakai pakaian yang mencolok mata atau sebarang yang
menutup muka semasa menghadiri syarahan, kuliah, tutorial, latihan amali, gerak
kerja kokurikulum dan sebagainya;

(d) tidak boleh melakukan perbuatan salah laku dalam apa cara jua pun yang pada
pendapat KERAJAAN mungkin menjatuhkan nama baiknya atau nama baik
KERAJAAN;

(e) tidak boleh menduduki peperiksaan selain peperiksaan yang bersabit dengan kursusnya
atau peperiksaan lain yang dipersetujui secara bertulis oleh Bahagian;

(f) tidak boleh menerima apa-apa pekerjaan atau menjalankan sebarang pekerjaan sama ada
yang berpendapatan atau tidak, kecuali dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan
KERAJAAN secara bertulis;

(g) hendaklah menjelaskan yuran (selain yuran pengajian dan yuran penginapan) yang
dikenakan oleh Institusi Pengajian dan KERAJAAN. (PELAJAR yang gagal menjelaskan
yuran sepenuhnya yang ditetapkan tidak dibenarkan mengambil peperiksaan);

(h) hendaklah tinggal di asrama seperti yang telah ditetapkan. PELAJAR juga tertakluk
kepada peraturan yang ditetapkan oleh Institusi Pengajian. Tindakan tatatertib boleh
dikenakan terhadap PELAJAR yang melanggar peraturan;

(i) hendaklah menghadiri kuliah, tutoran, amali dan semua aktiviti rasmi;

(j) tidak boleh mengikuti sebarang tawaran pengajian atau kursus lain tanpa persetujuan bertulis
daripada KERAJAAN.
…...….…
t.t Ringka

…...….…

3
5. Seterusnya dipersetujui dan diakui bahawa pada bila-bila masa dalam masa Perjanjian ini berkuat
kuasa, iaitu dalam tempoh kursusnya dan kemudian daripadanya sehingga tamat tempoh
pengajiannya di bawah Fasal 1 Perjanjian ini PELAJAR TIDAK BOLEH :

(a) Mengambil apa jua bahagian dalam sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-
mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan
atau tunjuk perasaan yang pada pendapat KERAJAAN adalah memudaratkan
kepentingan KERAJAAN MALAYSIA atau sesuatu institut pendidikan;

(b) menyediakan atau mengedarkan dengan apa-apa cara atau mengambil apa jua bahagian
dalam menyediakan atau mengedarkan suatu penghasutan atau tunjuk perasaan di
mana-mana tempat oleh pertubuhan, badan atau kumpulan orang iaitu penghasutan atau
tunjuk perasaan yang pada pendapat KERAJAAN adalah memudaratkan kepentingan
KERAJAAN MALAYSIA atau sesuatu institut pendidikan;

(c) menyedia, mencetak, membahagi-bahagi atau mengedar atau menayang atau


mengambil dengan apa-apa bahan yang pada pendapat KERAJAAN adalah
memudaratkan kepentingan KERAJAAN MALAYSIA atau sesuatu institut
pendidikan;

(d) membuat apa-apa kenyataan di sesuatu perhimpunan apa-apa kumpulan orang di


mana-mana tempat yang pada pendapat KERAJAAN adalah memudaratkan
kepentingan KERAJAAN MALAYSIA atau sesuatu institut pendidikan;

(e) mengambil bahagian dalam kegiatan yang difikirkan oleh KERAJAAN tidak selaras
dengan kepentingan PELAJAR atau kepentingan KERAJAAN MALAYSIA, dan
apabila PELAJAR diberitahu oleh KERAJAAN bahawa apa-apa kegiatan yang
diceburi oleh PELAJAR tidak selaras dengan kepentingan PELAJAR atau
kepentingan negara, maka PELAJAR hendaklah berhenti dengan serta-merta
daripada mengambil bahagian selanjutnya;

(f) memegang apa-apa jawatan di dalam apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang
tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada KERAJAAN dan
KERAJAAN, mengikut budi bicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak memberi
kelulusan itu;

(g) menjadi ahli atau mengambil bahagian dalam kegiatan pertubuhan, badan atau
kumpulan yang tujuan atau kegiatan itu pada pendapat KERAJAAN boleh ditafsirkan
sebagai bercorak politik tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada
KERAJAAN, dan KERAJAAN mengikut budi bicara mutlaknya, boleh memberi atau
tidak memberi kelulusan itu;

(h) berkahwin semasa tempoh pengajiannya, (PELAJAR yang berkahwin sebelum mendaftar
bagi kursus ini, secara automatik tidak layak mengikuti kursus ini dan akan
diberhentikan).
…...….…
t.t Ringka

…...….…

4
6. (a) Jika PELAJAR melakukan pelanggaran terhadap mana-mana had atau syarat dalam Fasal
4 dan 5 Perjanjian ini, KERAJAAN boleh mengikut budi bicara mutlaknya,
menamatkan Perjanjian ini dan dengan itu, tanpa menyentuh hak-hak KERAJAAN di
bawah Perjanjian ini, PELAJAR tidaklah lagi mempunyai apa-apa tuntutan ke atas apa-
apa faedah di bawah Perjanjian ini.

(b) Penamatan Perjanjian ini menurut perenggan (a) ini adalah muktamad.

7. Seterusnya dipersetujui dan diakui bahawa jika PELAJAR :

(a) meninggalkan kursusnya sebelum sempurnanya kursus ini tanpa persetujuan KERAJAAN secara
bertulis; atau

(b) menyebabkan Perjanjian ini ditamatkan mengikut Fasal 3 Perjanjian ini; atau

(c) dibuang dari kolej atau institut oleh KERAJAAN atas sebab kelakuan dan tatatertib,
kegiatan atau enggan atau oleh sebab salah lakunya sendiri menjadikan dirinya tidak
sesuai meneruskan pengajian selama tempoh yang dinyatakan dalam Fasal 1 Perjanjian
ini; atau

(d) dibuang daripada kursus kerana salah laku, kecuaian atau tidak mengendahkan
kewajipan-kewajipan dalam tempoh yang dinyatakan dalam Fasal 1 Perjanjian
ini; atau

(e) pada bila-bila masa berkuatkuasanya Perjanjian ini didapati telah diterima mengikut kursus ini
dengan memberi
keterangan-keterangan yang salah, mengemukakan dokumen palsu, menyembunyikan
hal-hal dan butir-butir keterangan atau dengan melakukan tipu daya dalam apa cara
jua; atau

(f) menimbulkan masalah kes tatatertib di bawah Akta 174 atau yang melibatkan kes-kes mahkamah;
atau

(g) telah melanggar syarat-syarat perjanjian yang menyebabkan Perjanjian ini


ditamatkan oleh KERAJAAN di bawah Fasal 6 Perjanjian ini;

maka dalam mana-mana hal yang demikian itu, PELAJAR dan PENJAMIN hendaklah
bersama-sama dan masing-masing bertanggungjawab bagi pihak diri mereka, waris-waris, wasi-
wasi, penerima-penerima serah hak mereka, membayar ganti rugi kepada KERAJAAN,
sejumlah wang yang ditetapkan oleh KERAJAAN.
…...….…
t.t Ringka

…...….…

5
8. Dengan ini dipersetujui dan diakui walau apapun syarat yang tersebut di atas, KERAJAAN boleh
menamatkan Perjanjian ini pada
bila-bila masa dengan memberi notis bertulis tidak kurang daripada sebulan kepada PELAJAR
ini dan kemudiannya segala faedah dan tanggungan PELAJAR dan PENJAMIN DI BAWAH
Perjanjian ini adalah terhenti.

9. Dengan ini diakui dan dipersetujui bahawa Surat Tawaran Bahagian Matrikulasi Kementerian
Pendidikan Malaysia Rujukan Nombor KPM.BM.S.800-1/3/2(17428) bertarikh .........................
dan Syarat Tawaran Program Matrikulasi hendaklah dibaca bersama dan menjadi sebahagian
daripada Perjanjian ini. Sekiranya terdapat percanggahan antara Surat Tawaran dan Syarat
Tawaran Program Matrikulasi dengan Perjanjian ini, maka Perjanjian ini hendaklah terpakai.

PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut dalam Perjanjian ini telah
MEMBACA DAN MEMAHAMI
dengan menurunkan tandatangan serta meteri mereka pada haribulan yang mula-mula tertulis di atas.

Ditandatangani .........................................................................................................................oleh
(Tandatangan Pelajar)
KHAIRUNNISA BINTI KHIRUL ANUAR PELAJAR tersebut di hadapan

Nama Saksi ..............................................................................................................................


(Huruf Besar)
No. K/P Saksi ..........................................................................................................................

Pekerjaan Saksi ........................................................................................................................

Alamat Tetap Saksi ..................................................................................................................

..................................................................................................................................................

Tandatangan Saksi ...................................................................................................................


Cap Jawatan & Jabatan:

…...….…
t.t Ringka

…...….…

6
PENJAMIN

Ditandatangani ......................................................................................................................................... oleh


(Tandatangan Penjamin)

............................................................................................................PENJAMIN TERSEBUT di hadapan


(
N
a
m
a

P
e
n
j
a
m
i
n

d
e
n
g
a
n

H
u
r
u
f

B
e
s
a
r
)
Nama Saksi ..............................................................................................................................................
(Huruf Besar)
No.K/P Saksi ...........................................................................................................................................
Pekerjaan Saksi ........................................................................................................................................
Alamat Tetap Saksi ..................................................................................................................................

.................................................................................................
................................................................. Tandatangan
Saksi .......................................................................Cap
Jawatan & Jabatan

SILA KOSONGKAN RUANGAN INI


(Ruangan ini akan diisi oleh Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan
Malaysia/Bahagian Matrikulasi sahaja) Ditandatangani bagi pihak KERAJAAN
MALAYSIA oleh:

........................................................................................ Cap Jawatan & Jabatan:


(Tandatangan)
........................................................................................
(
N
a
m
a

d
e
n
g
a
n

H
u
r
u
f

B
e
s
a
r
)
d
i

h
a
d
a
p
a
n
Nama Saksi Kerajaan ...............................................................................................................................
No. K/P .....................................................................................................................................................
Pekerjaan Saksi Kerajaan .........................................................................................................................
Alamat Saksi Kerajaan .............................................................................................................................
...................................................................................................................................................................
Tandatangan Saksi Kerajaan ........................................................Cap Jawatan & Jabatan:

…...….…..
t.t Ringkas Pe

…...….…..

Anda mungkin juga menyukai