Anda di halaman 1dari 5

KPT(Bs)Mtr.Pind.

1/2009

PERJANJIAN PROGRAM ASASI IPTA PERJANJIAN ini dibuat pada haribulan .. tahun ANTARA ............................................................................................. No. K/P ......................
(Nama Pelajar Huruf Besar seperti di Kad Pengenalan) (No. K/P Pelajar)

yang beralamat di..


(Alamat Tetap Pelajar) ................. dan

yang dilahirkan pada ...


(Tarikh Lahir Pelajar)

(kemudian daripada ini dipanggil 'PELAJAR') sebagai pihak yang pertama DENGAN KERAJAAN MALAYSIA (kemudian daripada ini disebut sebagai 'KERAJAAN') sebagai pihak yang kedua, DAN ...... No. K/P ..... yang beralamat
(Nama Penjamin Huruf Besar seperti di Kad Pengenalan) (No. K/P Penjamin)

di ...
(Alamat Tetap Penjamin)

.. (kemudian daripada ini dipanggil 'PENJAMIN') sebagai pihak yang ketiga.

BAHAWASANYA KERAJAAN bersetuju untuk membayar kepada PELAJAR amaun yang dinyatakan dalam perenggan 2(a) Perjanjian ini semasa dan selagi PELAJAR mengikuti Program Asasi . (kemudian daripada ini
(Nama program)

dipanggil 'PROGRAM') di ..(kemudian


(Nama Institusi Pengajian)

daripada ini dipanggil 'INSTITUSI PENGAJIAN') dan PELAJAR dengan ini telah bersetuju mengikuti PROGRAM ini sehingga tamat. DAN BAHAWASANYA PENJAMIN ini telah bersetuju menjamin pelaksanaan kewajipan-kewajipan dan tanggungjawab PELAJAR di bawah Perjanjian ini. MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut:1. PELAJAR dengan kelulusan dan persetujuan PENJAMIN dengan ini bersetuju akan memulai dan dengan sesungguhnya meneruskan PROGRAM dan menduduki semua ujian dan peperiksaan yang disyaratkan dalam PROGRAMnya di INSTITUSI PENGAJIAN seperti yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran yang disebutkan di Fasal 10 Perjanjian ini dan bahawa dia hendaklah menyempumakan PROGRAM tersebut dalam sesuatu tempoh yang ditetapkan dalam Surat Tawaran dan tertakluk kepada terma-terma di dalam Perjanjian ini. Sebagai balasan bagi hal-hal yang tersebut di atas, maka KERAJAAN dengan ini bersetuju(a) akan membayar belanja meliputi yuran pengajian dan yuran penginapan/asrama sebanyak RM 1420.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Empat Ratus Dua Puluh) setahun, kecuali yuran peperiksaan dan pembayaran lain yang perlu dibayar oleh PELAJAR. Bayaran yuran pengajian serta bayaran penginapan/asrama akan diuruskan melalui INSTITUSI PENGAJIAN berkenaan yang akan membuat pemotongan yang sewajarnya mengikut peraturan INSTITUSI PENGAJIAN. akan membayar jumlah elaun wang saku sebanyak RM 1250.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Dua Ratus Lima Puluh sahaja) sesemester atau sejumlah yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh KERAJAAN bagi PELAJAR yang layak. (Sekiranya PELAJAR ini gagal menamatkan PROGRAM dalam tempoh yang ditetapkan di atas apa-apa sebab sekalipun,

2.

(b)

maka pelanjutan atau tambahan masa berkursus dan pembayaran elaun adalah bergantung kepada budi bicara dan kelulusan KERAJAAN); (c) akan membayar atau membayar balik atau dengan jalan lain menanggung belanja, sebagaimana yang ditetapkan oleh KERAJAAN atau oleh wakilnya, akan tambang kapal terbang kelas ekonomi, sekali sahaja pada awal dan akhir PROGRAM iaitu dari lapangan terbang terdekat dengan INSTITUSI PENGAJIAN ke lapangan terbang terdekat dengan tempat tinggal dan sebaliknya, bagi PELAJAR dari Semenanjung yang mengikuti PROGRAM di Sabah dan Sarawak, atau dari Sabah atau Sarawak yang mengikuti PROGRAM di Semenanjung. Dengan ini dipersetujui dan diakui bahawa jika sekiranya pada bila-bila masa dalam masa Perjanjian ini masih berkuat kuasa, PENJAMIN itu mati atau tidak lagi bermastautin di Malaysia ataupun berada di luar Malaysia selama lebih daripada dua belas bulan kalendar berturut-turut ataupun menjadi bangkrap atau menerima suatu perintah pentadbiran pemakan gaji, maka bagi tiap-tiap hal yang demikian itu, PELAJAR ini hendaklah mendapatkan seorang mengikut mana yang berkenaan untuk menggantikan PENJAMIN itu, dan tiada seorang jua boleh menggantikan PENJAMIN itu melainkan orang itu boleh diterima oleh KERAJAAN dan dia bersetuju menjadi seorang PENJAMIN mengikut syarat-syarat Perjanjian ini. Jika sekiranya tiadalah seorang jua seperti yang tersebut di atas didapati dapat menggantikan PENJAMIN yang tersebut dalam perenggan kecil (a) maka KERAJAAN boleh menurut pilihan, pada bila-bila masa, menamatkan Perjanjian ini dan dengan itu PELAJAR tidaklah lagi mempunyai tuntutan-tuntutan apa-apa ke atas apa-apa faedah di bawah Perjanjian ini.

3.

(a)

(b)

4.

Adalah selanjutnya dipersetujui dan diakui bahawa semasa dalam tempoh PROGRAMnya, PELAJAR: (a) hendaklah tertakluk dan menunjukkan dan mencapai kejayaan yang memuaskan dalam PROGRAMnya; hendaklah mematuhi apa-apa peraturan dan tatatertib yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh KERAJAAN danJatau INSTITUSI PENGAJIAN berkenaan, dalam mana-mana kegiatan INSTITUSI PENGAJIAN tersebut yang ia dikehendaki menghadirinya atau di tempat lain di bawah arahan INSTITUSI PENGAJIAN yang PROGRAM itu mungkin dijalankan; hendaklah berpakaian kemas sesuai dengan panduan peraturan tatatertib yang ditetapkan dan tidak memakai pakaian yang menjolok mata atau sebarang yang menutup muka semasa menghadiri syarahan, kuliah, tutorial, latihan amali, gerak kerja kokurikulum dan sebagainya; tidak boleh melakukan perbuatan salah laku dalam apa jua pun yang pada pendapat KERAJAAN mungkin menjatuhkan nama baiknya atau nama baik INSTITUSI PENGAJIAN; tidak boleh menduduki peperiksaan selain peperiksaan yang bersabit dengan PROGRAMnya atau peperiksaan lain yang dipersetujui secara bertulis oleh KERAJAAN; tidak boleh menerima apa-apa pekerjaan atau menjalankan sebarang pekerjaan sama ada yang berpendapatan atau tidak, kecuali dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan KERAJAAN secara bertulis. hendaklah menjelaskan lain-lain yuran (selain yuran pengajian dan yuran penginapan dengan amaun yang telah dipersetujui dalam Perjanjian ini) sekiranya disyaratkan oleh INSTITUSI PENGAJIAN. Hendaklah menghadiri syarahan, kuliah, tutorial, latihan amali, gerak kerja kokurikulum dan semua aktiviti rasmi.

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

(h)

(i)

Tidak boleh mengikuti sebarang tawaran pengajian atau kursus lain tanpa persetujuan bertulis daripada KERAJAAN. Tidak boleh menerima sebarang bentuk biasiswa atau pinjaman pelajaran selain daripada yang disediakan di dalam Perjanjian ini.

(j)

5.

Seterusnya adalah dipersetujui dan diakui bahawa pada bila-bila masa dalam tempoh Perjanjian ini berkuat kuasa, iaitu dalam tempoh PROGRAMnya di bawah Fasal l Perjanjian ini PELAJAR TlDAK BOLEH: (a) mengambil apa jua bahagian dalam sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana - mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang pada pendapat KERAJAAN adalah memudaratkan kepentingan KERAJAAN, Malaysia atau sesuatu INSTITUSI PENGAJIAN; menyediakan atau mengedarkan dengan apa-apa cara atau mengambil apa jua bahagian dalam menyediakan atau mengedarkan sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang pada pendapat KERAJAAN adalah memudaratkan kepentingan Malaysia, KERAJAAN atau sesuatu INSTITUSI PENGAJIAN; menyedia, mencetak, membahagi-bahagi atau mengedar atau mengambil bahagian denganapaapa cara dalam menyedia, mencetak, membahagi-bahagi atau mengedarka apa-apa dokumen atau lain-lain bahan yang pada pendapat KERAJAAN adalah memudaratkan kepentingan Malaysia atau KERAJAAN atau sesuatu INSTITUSI PENGAJIAN; membuat apa-apa kenyataan di sesuatu perhimpunan apa-apa kumpulan orang di mana-mana tempat yang pada pendapat KERAJAAN adalah memudaratkan kepentingan Malaysia atau KERAJAAN atau sesuatu INSTITUSI PENGAJIAN. mengambil bahagian dalam kegiatan yang difikirkan oleh KERAJAAN tidak selaras dengan kepentingan PELAJAR atau kepentingan KERAJAAN, dan apabila PELAJAR diberitahu oleh KERAJAAN bahawa apa-apa kegiatan yang diceburi oleh PELAJAR tidak selaras dengan kepentingan PELAJAR atau kepentingan KERAJAAN, maka PELAJAR hendaklah berhenti dengan serta-merta daripada mengambil bahagian selanjutnya; memegang apa-apa jawatan di dalam apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada KERAJAAN dan KERAJAAN, mengikut budi bicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak memberi kelulusan itu; dan menjadi ahli atau mengambil bahagian dalam kegiatan pertubuhan, badan atau kumpulan yang tujuan atau kegitan itu pada pendapat KERAJAAN boleh ditafsirkan sebagai bercorak politik tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada KERAJAAN, dan KERAJAAN mengikut budi bicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak memberi kelulusan itu. Jika PELAJAR melakukan pelanggaran terhadap mana-mana had atau syarat dalam Fasal4 dan 5 Perjanjian ini, KERAJAAN boleh mengikut budi bicara mutlaknya, menamatkan Perjanjian ini dan dengan itu, tanpa menyentuh hak-hak KERAJAAN di bawah Perjanjian ini, PELAJAR tidaklah lagi mempunyai apa-apa tuntutan ke atas apa-apa faedah di bawah Perjanjian ini. Penamatan perjanjian ini menurut perenggan (a) ini adalah muktamad.

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

6.

(a)

(b) 7.

Seterusnya dipersetujui dan diakui bahawa jika PELAJAR, (a) meninggalkan PROGRAM sebelum sempumanya PROGRAM atau menukar PROGRAM ini tanpa persetujuan KERAJAAN secara bertulis; atau menyebabkan Perjanjian ini ditamatkan mengikut Fasal 3 Perjanjian ini; atau

(b)

(c) (d)

dibuang dari INSTITUSI PENGAJIAN oleh pihak berkuasa INSTITUSI PENGAJIAN; atau dibuang daripada PROGRAM kerana salah laku, kecuaian atau tidak mengendahkan kewajipan-kewajipan dalam tempoh yang dinyatakan dalam Fasal 1 Perjanjian ini; atau pada bila-bila masa berkuatkuasanya Perjanjian ini didapati telah diterima mengikut PROGRAM ini dengan memberi keterangan-keterangan yang salah, mengemukakan dokumen palsu, menyembunyikan hal-hal dan butir-butir keterangan atau dengan me1akukan tipu daya dalan apa cara jua; atau menimbulkan masalah kes tatatertib di bawah Akta 174 atau pelanggaran Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2009 [Akta A1342] atau yang melibatkan kes-kes mahkamah akan ditahan elaun wang saku mereka sehingga selesai proses perbicaraan. telah melanggar syarat-syarat Perjanjian yang menyebabkan Perjanjian ini ditamatkan oleh KERAJAAN di bawah Fasal 6 Perjanjian ini; menerima biasiswa atau Pinjaman pelajaran dari mana-mana pihak selain daripada yang di sediakan dalam Perjanjian ini.

(e)

(f)

(g)

(h)

maka dalam mana-mana hal yang demikian itu, PELAJAR dan PENJAMIN hedaklah bersama-sama dan masing-masing bertanggungjawab bagi pihak diri mereka, waris-waris, wasi-wasi, penerimapenerima serah hak mereka, membayar ganti rugi kepada KERAJAAN, apabila diminta dalam tempoh enam puluh hari sejumlah wang bersamaan dengan jumlah wang yang telah dibayar kepada PELAJAR berdasarkan Perjanjian ini atau sejumlah wang yang ditetapkan oleh KERAJAAN. 8. Dengan ini dipersetujui dan diakui walau apapun syarat yang tersebut di atas, KERAJAAN boleh dengan memberi notis bertulis tidak kurang daripada sebulan kapada PELAJAR ini dan menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa dan tanpa memberi apa-apa sebab dengan ini segala faedah dan tanggungan PELAJAR dan PENJAMIN di bawah Perjanjian ini adalah terhenti. Duti setem yang kena dibayar kepada Perjanjian ini hendaklah ditanggung dan dibayar oleh PELAJAR.

9.

10. Adalah dengan ini diakui dan dipersetujui bahawa Surat Tawaran Kementerian Pengajian Tinggi Rujukan Nombor KPT(Bs)Mtr. ........................................................................ bertarikh .. .... hendaklah dibaca bersama dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini.

PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut dalam Perjanjian ini telah MEMBACA DAN MEMAHAMI dengan menurunkan tandatangan serta meteri mereka pada haribulan yang mula-mula tertulis di atas. KERAJAAN MALAYSIA Ditandatangan Oleh di hadapan Nama Saksi No. K/P Saksi Pekerjaan Saksi Alamat Tetap Saksi Tandatangan Saksi :
(Tandatangan Pegawai Yang Diberi Kuasa)

: .
(Nama Penuh Pegawai dengan Huruf Besar seperti di Kad Pengenalan)

: : : .... : .......................................................................................................................................... : .. Cop Jawatan & Jabatan:

PELAJAR Ditandatangan Oleh di hadapan Nama Saksi No. K/P Saksi Pekerjaan Saksi Alamat Tetap Saksi Tandatangan Saksi : ...
(Tandatangan Pelajar)

: PELAJAR tersebut
(Nama Penuh Pelajar dengan Huruf Besar seperti di Kad Pengenalan)

: ..
(Nama Penuh Saksi dengan Huruf Besar seperti di Kad Pengenalan)

: .. : .. : .. : ..Cop Jawatan & Jabatan:

PENJAMIN Ditandatangan Oleh di hadapan Nama Saksi No. K/P Saksi Pekerjaan Saksi Alamat Tetap Saksi Tandatangan Saksi : ..
(Tandatangan Penjamin)

: PENJAMIN tersebut
(Nama Penuh Penjamin dengan Huruf Besar seperti di Kad Pengenalan)

: ..
(Nama Penuh Saksi dengan Huruf Besar seperti di Kad Pengenalan)

: : : : Cop Jawatan & Jabatan:

Anda mungkin juga menyukai