Anda di halaman 1dari 15

SYARAT DAN PERATURAN UMUM PERTANDINGAN KEMAHIRAN

SUKAN PING PONG (SECARA DALAM TALIAN ) NEGERI SEMBILAN,


TAHUN 2021
--------------------------------------------------------------------------------------------------

1. NAMA PERTANDINGAN & TARIKH :

A. Pertandingan Kemahiran Asas – 5 Julai – 23 Julai 2021


Pukulan ke dinding ( 3 Minggu)

B. Pertandingan Kemahiran Ping Pong Akan dimaklumkan


Format MSSM 2021 kemudian

C. Pertandingan Kemahiran Servis Akan dimaklumkan


Pendek kemudian

2. KATEGORI:

2.1 Lelaki bawah 12 tahun


2.2 Perempuan bawah 12 tahun
2.3 Lelaki bawah 15 tahun
2.4 Perempuan bawah 15 tahun
2.5 Lelaki bawah 18 tahun
2.6 Perempuan bawah 18 tahun

3. PERINGKAT PERTANDINGAN:

3.1 Peringkat Daerah MSSD : Tiada had penyertaan bagi setiap sekolah.
3.2 Peringkat Negeri MSSNS : 5 Pemenang di peringkat MSSD akan
mewakili daerah ke peringkat negeri MSSNS.
3.3 Peringkat Kebangsaan MSSM: 5 Pemenang di peringkat MSSNS
dalam Pertandingan Kemahiran Format MSSM akan mewakili negeri
ke peringkat MSSM.

1
4. HADIAH DAN SIJIL:

4.1 MSSD : 3 hadiah utama, johan, naib johan, ketiga disediakan.


5 Sijil pemenang dari Johan hingga ke-5 disediakan.
4.2 MSSNS : 5 hadiah utama dari johan hingga ke-5 disediakan.
5 Sijil pemenang dari johan hingga ke-5 disediakan.

5. PERATURAN AM TEKNIKAL:

5.1 Penyertaan:
i Setiap peserta cuma boleh mengambil bahagian dalam satu
kategori sahaja.
ii Pelajar yang berumur 13 – 15 tahun hanya layak menyertai kategori
L & P bawah 15 tahun sahaja.
iii Setiap peserta cuma boleh menghantar satu rakaman video sahaja
untuk penyertaan.

5.2 Pendaftaran:
i Pertandingan pada semua peringkat ini dijalankan secara dalam
talian.
ii Peserta perlu menghantar video penyertaan (Format Video- 720p)
kepada PTPS Daerah (Pengerusi Teknik Pembangunan Ping Pong )
dengan Google Form yang disediakan di peringkat MSSD.

Pengerusi Teknik MSSD seperti di bawah:

Port En. Lau Ung Kiet SJK C BRADWAL KUALA LUKUT


Dickson
TEL : 011-11922813
Seremban 1 Pn. Yong Mong Tian SJK C CHUNG HUA
SEREMBAN

TEL: 019-6556577
Seremban 2 Pn. Lee Poh Ai SMK METHODIST ACS
SEREMBAN

TEL : 012-2987903
Jelebu Cik Chong Chee Jeat SJK C CHUN YIN , TITI

TEL: 012-2705569
Tampin Pn. Ong Soo Ching SJK C KG BARU TAMPIN

TEL: 017-3190939

2
Rembau En. Khairul Azua bin Abu Zarin SMA REMBAU

TEL: 013-2300903
Jempol En. M. Ramesh A/L Muniandy SMK DATUK MANSOR BAHAU

TEL: 012-6874719
Kuala Pilah En. Mohd Firdaus bin Akop SK INAS KUALA PILAH

TEL: 012-6057860

iii Dalam google form tersebut, rakaman video dimuat naik dalam
borang tersebut.
iv Video tidak boleh diedit dengan cara apa pun sahaja.
v Di peringkat MSSNS, Google Sheet akan disediakan untuk
pendaftaran.
vi Setiap peserta WAJIB mengisikan skor akhir dalam borang google.

5.3 Pakaian & Peralatan


i Peserta WAJIB memakai pakaian sukan yang bersesuaian.
ii Bola – bola ping pong, warna bola ping pong bebas.
iii Raket / Bet – Raket ping pong atau peralatan yang boleh
menggantikan raket. Misalnya papan, kad board dll.
iv Dinding – dinding rumah, dinding papan ataupun digantikan
dengan meja ping pong yang ditegakkan.

5.4 Hal-hal yang tidak diperuntukkan


i Mana-mana perkara yang tidak dinyatakan di atas pihak pengelola
akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pembangunan Ping Pong
MSSNS.
ii Keputusan JK Pembangunan Ping Pong MSSD dan MSSNS yang
diputuskan adalah MUKTAMAD.
iii Peserta-peserta diingatkan sentiasa mematuhi SOP yang telah
ditetapkan oleh MKN dan KPM.

3
PERTANDINGAN KEMAHIRAN ASAS – PUKULAN KE DINDING
SYARAT DAN PERATURAN PERMAINAN

--------------------------------------------------------------------------------------------------

KEMAHIRAN ASAS : PUKULAN KE DINDING

KATEGORI L&P 12

SYARAT & PERATURAN:

1. Peserta dikehendaki membuat garisan penanda pada lantai dengan


pita pelekat atau kayu dengan jarak SATU METER antara dinding
dengan kedudukan peserta.

2. Peserta dibenarkan berdiri / mencangkung / duduk di atas lantai


mengikut kreativi masing-masing.

3. Peserta bebas membuat pukulan secara forehand, backhand atau


kedua-duanya.

4. Peserta dikehendaki berada di belakang penanda semasa


membuat pukulan. Anggota badan tidak boleh melepasi garisan
penanda semasa membuat pukulan kecuali tangan yang memukul
bola.

5. Urutan satu pukulan yang lengkap bermula dari pukulan dari raket
ke dinding, dari dinding ke lantai dan melantun balik, lepas itu
peserta memukul. Ini adalah satu pukulan yang lengkap dan diberi
SATU MATA.

6. Sekiranya bola melantun dan melepasi garisan penanda, pukulan


tersebut adalah gagal dan tidak diberi mata.

7. Sekiranya bola tercicir atau gagal semasa peserta beraksi, kiraan


BOLEH DISAMBUNG setelah pukulan seterusnya.

8. Masa yang ditetapkan untuk membuat pukulan adalah selama 2


Minit.

9. Pemenang diputuskan berdasarkan bilangan pukulan lengkap


yang TERBANYAK dibuat dalam masa 2 minit.

4
10. Sekiranya jumlah pukulan adalah sama, kemahiran dan kreativiti
semasa memukul bola akan diambil kira.

11. Peserta WAJIB menulis skor akhir berdasarkan bilangan pukulan


yang lengkap telah dibuat.

12. Rakaman video yang disertakan merupakan eviden bahan


sokongan kepada bilangan pukulan lengkap yang dibuat.

Gambarajah 1. Pukulan ke dinding L&P bawah 12 tahun

Satu meter

5
PERTANDINGAN KEMAHIRAN ASAS – PUKULAN KE DINDING
SYARAT DAN PERATURAN PERMAINAN

--------------------------------------------------------------------------------------------------

KEMAHIRAN ASAS : PUKULAN KE DINDING

KATEGORI L&P 15

SYARAT & PERATURAN:

1. Peserta dikehendaki membuat garisan penanda pada lantai dengan


pita pelekat atau kayu dengan jarak SATU METER antara dinding
dengan kedudukan peserta.
Dan satu setiga (prisma dibuat dengan manila kad) yang berukuran
15 cm tinggi dan panjang 63 cm di lokasi 70 cm dari dinding.

2. Peserta WAJIB duduk bersila di atas lantai semasa melakukan


pukulan.

3. Peserta bebas membuat pukulan secara forehand, backhand atau


kedua-duanya.

4. Peserta dikehendaki berada di belakang penanda semasa


membuat pukulan. Anggota badan tidak boleh melepasi garisan
penanda semasa membuat pukulan kecuali tangan yang memukul
bola.

5. Urutan satu pukulan yang lengkap bermula dari pukulan dari raket
ke dinding, dari dinding ke lantai dan melantun balik, lepas itu
peserta memukul. Ini adalah satu pukulan yang lengkap dan diberi
SATU MATA.

6. Sekiranya bola melantun dan melepasi garisan penanda atau


tersangkut pada prisma segitiga, pukulan tersebut adalah gagal
dan tidak diberi mata.

7. Sekiranya bola tercicir atau gagal semasa peserta beraksi, kiraan


BOLEH DISAMBUNG setelah pukulan seterusnya.

8. Masa yang ditetapkan untuk membuat pukulan adalah selama 2


Minit.

6
9. Pemenang diputuskan berdasarkan bilangan pukulan lengkap
yang TERBANYAK dibuat dalam masa 2 minit.

10. Sekiranya jumlah pukulan adalah sama, kemahiran dan kreativiti


semasa memukul bola akan diambil kira.

11. Peserta WAJIB menulis skor akhir berdasarkan bilangan pukulan


yang lengkap telah dibuat.

12. Rakaman video yang disertakan merupakan eviden bahan


sokongan kepada bilangan pukulan lengkap yang dibuat.

Gambarajah 2. Pukulan ke dinding L&P bawah 15 tahun

70 CM

SATU METER

7
PERTANDINGAN KEMAHIRAN ASAS – PUKULAN KE DINDING
SYARAT DAN PERATURAN PERMAINAN

--------------------------------------------------------------------------------------------------

KEMAHIRAN ASAS : PUKULAN KE DINDING

KATEGORI L&P 18

SYARAT & PERATURAN:

1. Peserta dikehendaki membuat garisan penanda pada lantai dengan


pita pelekat atau kayu dengan jarak 1.5 METER (150 cm) antara
dinding dengan kedudukan peserta.

2. Peserta bebas berdiri / mencangkung / duduk bersila di atas lantai


semasa melakukan pukulan.

3. Peserta bebas membuat pukulan secara forehand, backhand atau


kedua-duanya.

4. Peserta dikehendaki berada di belakang penanda semasa


membuat pukulan. Anggota badan tidak boleh melepasi garisan
penanda semasa membuat pukulan kecuali tangan yang memukul
bola.

5. Urutan satu pukulan yang lengkap bermula dari pukulan dari raket
ke dinding, dan balik ke raket peserta. Ini adalah satu pukulan yang
lengkap dan diberi SATU MATA.

6. Sekiranya bola tercicir atau gagal semasa peserta beraksi, kiraan


TIDAK BOLEH DISAMBUNG, pengiraan baru perlu dibuat setelah
peserta memulakan satu pukulan yang baru.

7. Masa yang ditetapkan untuk membuat pukulan adalah selama 2


Minit.

8. Andaikan dalam masa 2 minit, peserta telah membuat banyak kali


pukulan yang baru setelah gagal. Peserta boleh mengambil
bilangan pukulan yang TERBANYAK yang dibuat sebagai skor
akhirnya.

8
9. Pemenang diputuskan berdasarkan bilangan pukulan lengkap
TERBANYAK yang dibuat dalam masa 2 minit.

10. Sekiranya jumlah pukulan adalah sama, kemahiran dan kreativiti


semasa memukul bola akan diambil kira.

11. Peserta WAJIB menulis skor akhir berdasarkan bilangan pukulan


yang lengkap telah dibuat.

12. Rakaman video yang disertakan merupakan eviden bahan


sokongan kepada bilangan pukulan lengkap yang dibuat.

Gambarajah 3. Pukulan Ke Dinding L&P bawah 18 tahun

1.5 meter

9
PERTANDINGAN KEMAHIRAN PING PONG FORMAT MSSM 2021
SYARAT DAN PERATURAN PERMAINAN

--------------------------------------------------------------------------------------------------

KATEGORI L&P 12, 15, 18

SYARAT & PERATURAN:

1. Peraturan Umum

1.1 Lelaki dan perempuan bawah 18 dan 15 tahun


a) Membuat pukulan ‘forehand’ dan ‘backhand’ secara berselang seli selama 3
minit
b) Membuat 20 kali servis pendek.
c) Membuat 10 kali servis bersasaran.

1.2 Lelaki dan perempuan bawah 12 tahun


a) Membuat pukulan ‘forehand’ dan ‘backhand’ secara berselang seli selama 2
minit
b) Membuat 20 kali servis pendek.
c) Membuat 10 kali servis bersasaran.

2. Skor untuk permainan:

2.1 Kemahiran pukulan ‘forehand’ & ‘backhand’ secara berselang seli


a) Semua pukulan mesti dibuat di belakang garisan hujung (end line).
b) Pukulan ‘forehand’ diikuti ‘backhand’ atau sebaliknya yang berterusan akan
dikira 1 pukulan lengkap.
c) Setiap pukulan lengkap dikira 1 mata.
d) Pukulan ‘forehand’ yang gagal diikuti dengan pukulan ‘backhand’ atau
sebaliknya tidak akan diambil kira.
e) Pukulan dimulakan dari ‘forehand’.
f) Sekiranya pukulan dimulakan dengan ‘forehand’, maka permulaan kitaran
seterusnya mestilah ‘forehand’. Begitu juga dengan sebaliknya.
g) Skor mata mengambil kira bilangan pukulan lengkap dalam tempoh 3 minit
(bawah 18 dan 15 tahun) atau 2 minit (bawah 12 tahun)
h) Peserta dibenarkan mendapatkan khidmat rakan/guru/jurulatih ataupun mesin
sebagai ‘feeder’.

10
2.2 Kemahiran servis pendek (had masa maksima 2 minit)
a) Servis mesti dibuat mengikut peraturan dan undang-undang ITTF.
b) Sebanyak 20 kali servis di buat secara berterusan.
c) 1 mata - servis yang sah, bola melantun sekurang-kurangnya 2 kali di meja
lawan. Rujuk rajah di bawah

d) 2 mata - servis (side spin) yang sah, bola melantun sekurang-kurangnya 2 kali
di meja lawan, belok hampir 90o dan keluar melalui garisan sisi (side line).
(Rujuk rajah di bawah).

11
e) 3 mata – servis (back spin) yang sah, bola melantun sekali di meja pihak
lawan dan kembali ke meja sendiri. Rujuk rajah dibawah.

f) Servis yang tidak sah (fault service) dan gagal akan ditolak 1 mata.
g) (Jumlah mata servis yang sah) – (Jumlah mata servis yang tidak sah atau
gagal) = Jumlah Skor

2.3 Kemahiran servis bersasaran (had masa maksima 2 minit)


a) 5 biji bola sasaran (bola ping pong 40mm) disusun di hujung meja
lawan.( Rujuk rajah di bawah)

b) Peserta dibenarkan membuat 10 kali servis untuk menjatuhkan 5 biji bola.


(bola boleh dikekalkan di atas permukaan menggunakan gelang getah)
c) Servis mesti dibuat mengikut peraturan dan undang-undang ITTF.
d) 10 kali servis mesti dilakukan secara berterusan.
e) Bola sasar mesti dijatuhkan daripada lantunan pertama servis yang sah.
f) Setiap bola yang dijatuhkan dikira 5 mata.
g) Bola yang berjaya dijatuhkan tidak boleh di letak kembali.
h) Baki bola servis yang tinggal selepas semua bola sasar dijatuhkan akan diberi
5 mata setiap satu bola.

12
3. Kemenangan.
a) Kemenangan ditentukan dengan skor akhir tertinggi.
b) Skor akhir = skor kemahiran 1 + skor kemahiran 2 + skor kemahiran 3.
c) Sekiranya lebih dari seorang memperolehi skor akhir yang sama, skor dari
kemahiran 1 akan diutamakan. Sekiranya skor ini juga sama, maka skor
kemahiran 2 menjadi penentu.
d) Sekiranya berlaku persamaan skor di perkara c), maka tempoh masa terpendek
untuk melakukan kemahiran 2 akan menjadi pemenang. Andai masih berlaku
persamaan, maka tempoh masa terpendek untuk melakukan kemahiran 3 akan
jadi penentu.

4. Rakaman video
4.1 Rakaman mesti berterusan tanpa disunting mengikut urutan seperti di
perkara 3 di atas.
4.2 Alat perakam mesti statik (tidak bergerak).
4.3 ‘Layout’ rakaman dalam bentuk landskap.
4.4 Rakaman mesti memperlihatkan keseluruhan permukaan meja termasuk
peserta.
4.5 Rakaman mesti memperlihatkan keseluruhan servis dengan jelas.

CAMERA

4.6 Hanya 2 orang pembantu sahaja dibenarkan untuk membantu mengutip


bola, menyusun bola, menjadi feeder dan lain-lain tugas yang perlu.
4.7 Masa selama 1 minit dibenarkan di antara kemahiran untuk mengutip dan
menyusun bola. Rakaman tidak boleh dihentikan.
4.8 Panjang video tidak boleh lebih dari 10 minit untuk semua kategori umur.
4.9 Rakaman dalam format mp4.
4.10 Rakaman dimuat naik ke Google Drive yang akan ditentukan.
4.11 Rakaman dinamakan dengan ID Bestari.

13
4.12 Hak cipta rakaman untuk penyertaan menjadi milik Kementerian
Pendidikan Malaysia. Penggunaan semula rakaman di dalam mana-mana
platform perlu mendapat kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia.

PERTANDINGAN SERVIS PENDEK


SYARAT DAN PERATURAN PERMAINAN

--------------------------------------------------------------------------------------------------

KATEGORI L&P 12, 15, 18

SYARAT & PERATURAN:

Peraturan Umum

1. Bagi pertandingan Servis Pendek, ia merupakan satu bahagian


kemahiran yang dalam pertandingan Kemahiran ping pong format
MSSM.

2. Untuk bahagian pertandingan ini, kami akan merujuk kepada skor


akhir peserta dalam kemahiran servis pendek yang telah
dikumpulkan.

3. Syarat dan peraturan untuk servis pendek adalah merujuk kepada


peraturan kemahiran servis pendek.

4. Sekiranya berlaku persamaan skor, maka tempoh masa terpendek


untuk melakukan ke semua servis akan menjadi pemenang.

14
BORANG SKOR
DAERAH/ MSSN : ___________________________________________
NAMA PESERTA : ___________________________________________
ID DELIMA : ___________________________________________
KATEGORI : 18L 18P 15L 15P 12L 12P
KEMAHIRAN :

1. PERTANDINGAN KEMAHIRAN FORMAT MSSM 2021


A) PUKULAN ‘FOREHAND’ & ‘BACKHAND’ SECARA BERSELANG SELI
Bilangan pukulan lengkap dalam tempoh 3 / 2 minit =

B) MEMBUAT 20 KALI ‘SHORT SERVICE’ @ ‘REVERSE SERVICE’

B.1 Bilangan servis 1 mata = _______

B.2 Bilangan servis 2 mata = _______

B.3 Bilangan servis 3 mata = _______

B.4 Bilangan servis tidak sah / gagal = _______

Skor (B.1 + B.2 + B.3 – B.4) =

C) MEMBUAT 10 KALI ‘SERVIS BERSASAR


C.1 Bilangan bola dijatuhkan = _______

C.2 Baki bola servis = _______

Skor (C.1 + C.2) =

JUMLAH MATA YANG DIPEROLEHI (A + B+ C) =

15

Anda mungkin juga menyukai