Anda di halaman 1dari 1

Tugasan 2 : Model dan Permodelan (24/8/2021)

1. Bina satu model Kitar Air menggunakan sumber yang diberikan.

i. Isikan bikar 1000 ml (atau balang kaca) dengan tanah (lebih kurang
1/10 daripada isi padu bikar).
ii. Tanam tanaman kecil (rumput) di dalam bikar.
iii. Letakkan piring petri kecil (atau bekas plastik kecil) di atas tanah dan
isikan dengan air secukupnya untuk mengisi piring petri.
iv. Letakkan pembungkus plastik pada keseluruhan mulut bikar dan
ketatkan dengan gelang getah.
v. Letakkan bikar di tempat yang panas dibawah sinaran matahari.
vi. Sekiranya cuaca tidak mengizinkan atau matahari tidak terik dan
aktiviti terpaksa dilakukan di dalam kelas, maka isikan piring petri kecil
dengan air panas. Tutup semula mulut bikar dengan pembungkus
plastik.

3. Perhatikan apa yang berlaku dan catat pemerhatian anda.

4. Penyiasatan lanjut: Letakkan ketulan ais dalam piring petri dan letakkan di atas
permukaan pembungkus plastik.

5. Perhatikan permukaan bawah pembungkus plastik dan catat pemerhatian anda.

6. Bincangkan dapatan aktiviti anda melalui media yang sesuai (contoh:poster/power


point/video pendek)

Anda mungkin juga menyukai