Anda di halaman 1dari 5

Tajuk : Projek Terarium Standard Pembelajaran : 1.2.

3 Tumbuh-tumbuhan (Bahagian tumbuhan-

batang,ranting,akar,daun)

Bahan bahan : satu bekas / botol ( 2liter) bersama dengan penutupnya Pokok kecil ( anak pokok ) Batu-batu kecil (dalam satu lapisan paling bawah 1-2 inci) Tanah 3 in 1 Gunting tajam Sudu plastik / pencedok tanah Kertas untuk dijadikan alas ketulan arang Lumut 100ml air

Langkah langkah : 1. Potong separuh botol (2liter) 4-6 inci dari bawah botol. Tebuk lubang menggunakan gunting untuk memulakan potongan botol tadi. / guna bekas yang sudah ada penutup yang lebar.

2. Pertama sekali, letakkan 1 inci batu-batu kecil. Ini adalah lapisan saliran yang memerangkap lebihan lembapan. 3. Tambahkan satu lapisan nipis ketulan arang. Ini mengelakkan bau daripada mengewap. 4. Tambahkan satu lapisan lumut. Ini adalah untuk memastikan tanah daripada

meresap ke lapisan saliran. 5. Tambahkan 3-4 inci tanah 3 in 6. Pilih pokok yang dikehendaki. Keluarkan daripada pasu / dan pisahkan besar. 7. Gunakan pencedok membuat sudu tanah lubang untuk plastik / dari pokok yang 1.

untuk kecil meletakkan anak

ditengah-tengah pokok tadi. 8. Tanam pokok

tadi

dengan

berhati-hati.

Buatkan lubang kecil ditengah-tengah dan tanamkan pokok tadi ke dalam lubang itu. Pastikan semua akar berada di dalam lubang / tanah. 9. Penuhkan tanah di sekeliling akar pokok, tekan perlahan-lahan di sekitar kawasan pokok. Tambahkan tanah jika perlu. Berikan ruang untuk pokok membesar antara pokok-pokok tadi. 10. Selepas ditanam, tambahkan air untuk melembapkan tanah tetapi tidak

11. terlalu basah. 12. Tutupkan bahagian atas botol / penutup bekas. Jika terlalu ketat, buatkan celahan kecil untuk memuatkannya dan berhati-hati. 13. Tutup botol dengan penutup botol / tutup bekas dengan penutup bekas tadi.

Cadangan : kumpulkan semua bahan-bahan yang diperlukan sebelum memulakan projek terrarium ini. Apabila memilih pokok, pilih yang sama tinggi dan saiz. Jauhkan daripada terkena cahaya matahari secara terus. Ini boleh

mengakibatkan suhu daripada persekitaran tertutup akan meningkat mendadak dan bekas / botol akan berkabut. Cara terbaik adalah menyembur air dan bukannya menuang terus ke dalam bekas itu. Tutupkan bekas itu dan periksa setiap hari untuk beberapa hari yang pertama. Jika tanah hampir kering, tambahkan sedikit air, jika ianya hampir terlalu lembap dan bekas menjadi berkabut, bukakan penutup sekejap untuk proses pengewapan.

Tips dalam pembelajaran : Terrarium adalah suatu persekitaran tersendiri. Apabila hidupan dalam bekas dapat menyesuaikan diri dengan keadaan bertutup itu, hidupan / tumbuhan tidak lagi perlukan sumber dari luar kecuali sedikit cahaya secara tidak langsung. Tumbuhan itu juga tidak memerlukan air untuk jangka masa yang lama. Lembapan dalam persekitaran terrarium mengewap daripada tanah dan daun tumbuhan. Ia meluwap pada dinding terrarium. Ini dapat dipastikan apabila terdapat titisan air yang menunjukkan cara tumbuhan memndapatkan sumber air. Pengewapan air jatuh dan melembapkan kembali tanah. Selagi penutup masih ditutup, proses ini akan berterusan sehingga beberapa bulan. Pada permulaan hari, bekas terrarium akan berkabut, kemudian pada hari ketiga, titisan air mula terbentuk dan kelihatan pada dinding terrarium.

Kemahiran proses sains : Pemerhatian : memerhatikan pokok. Menyentuh tanah dan tumbuhan.

Komunikasi : senyap ( menunjukkan cara menggali lubang secara tunjuk cara) Percakapan : berbincang secara verbal apabila membeli anak pokok, belajar tentang perbezaan jenis pokok dan memberi arahan. Bergambar : membaca buku dan membuat carian di dalam internet tentang tumbesaran pokok.

Perbandingan : Mengukur di mana perlu dipotong, jumlah batu yang diperlukan. Perbandingan kuantiti ( berapa banyak biji atau anak pokok yang ditanam).

Anda mungkin juga menyukai