Anda di halaman 1dari 2

HARI : RABU

TARIKH : 28 DISEMBER 2022


MASA : 10 PAGI
TEMPAT : TELEGRAM CHANNEL (MENTORSHIP BOOTCAMP 3.0)

AGENDA :
: PERKONGSIAN TIPS PEMASARAN
: PERKONGSIAN TIPS KESEDARAN DIRI

1. Tuan Nik berkongsi berkaitan tips pemasaran seperti berikut :-

a) Membuat hebahan dan posting di mana-mana platform seperti di What’sApp,


Facebook, Instagram dan Twitter pada waktu pagi dan tengah hari.

b) Setiap posting perlu terperinci seperti nama produk, produk yang akan
diperoleh, fungsi produk.

c) Kongsikan pengalaman, testimoni atau sebarang penceritaan berkaitan


dengan produk tersebut.

d) Wujudkan ‘senarai menunggu’ bagi memudahkan kerja-kerja hebahan.

e) Hubungi sekurang-kurangnya seorang pelanggan sehari dan bertanyakan


tentang maklum balas mereka selepas pemakaian produk Charms.

2. Tuan Nik membahaskan tentang tips kesedaran diri seperti berikut :-

a) Perlunya ihsan, izin dan kebenaran dalam kehidupan. Haruslah sentiasa


bertaubat dan meminta ampun daripada Allah bertujuan untuk membersihkan
hati serta mendapatkan ketenangan jiwa.

b) Sentiasa memaafkan orang lain tanpa mengira jenis dosa yang telah
dilakukan kerana ianya dapat mendamaikan jiwa.

c) Buang ego dalam diri dan sentiasa memohon ampun dan maaf daripada
orang lain.

d) Buang dan jauhi semua unsur-unsur negatif dalam kehidupan. Setiap ujian
dan cabaran yang datang adalah untuk membentuk diri.
Disediakan oleh,

…………………..
(Nurmiza Izzati Binti Burhanudin)
Secretariat Mentorship

Anda mungkin juga menyukai