Anda di halaman 1dari 4

1.

APA APLIKASI TIK TOK

Tik Tok adalah aplikasi media yang trending dan popular di kalangan generasi muda
sekarang. Ia dilabel sebagai platform video hiburan dengan nyanyian, sketsa, tarian
dan lawan. Itu adalah stereotaipnya. Hal ini bukanlah asing atau pelik.
Sememangnya ramai menggunakan Tik Tok untuk tujuan itu. Namun, keadaan
semakin berubah. Di seluruh dunia, kini Tik Tok juga dibanjiri dengan perkongsian
pendidikan, motivasi, keagamaan, kesihatan, politik dan pelbagai lagi.

Tik Tok berfungsi sebagai video pendek. Penggunaan aplikasi Tik Tok
sebagai satu ruang perkongsian pelbagai ilmu bukan sahaja memanfaatkan
golongan pelajar tetapi juga masyarakat umum yang berbilang kaum tanpa
mengira usia dan latar belakang.

Tambahan pula, setiap kandungan video menampilkan kaedah pembelajaran


ringkas yang kreatif, padat dengan fakta penting untuk dipelajari dan dihayati
sehingga menarik perhatian pengguna TikTok.

2. MENGAPA TIK TOK?

i. Cepat dan mudah.


ii. Menyeronokkan.
iii. Banyak kesan khas.
iv. Pegang telefon secara natural.
v. Banyak tersedia lagu dan muzik.
vi. Video berbentuk loop
3. LANGKAH MENGHASILKAN VIDEO MENGGUNAKAN APLIKASI TIK TOK

3.1. Sebelum bermula pastikan anda telah mempunyai bahan gambar yang
mahu digunakan dalam video. Pilih terlebih dahulu gambar-gambar
yang ingin digunakan.

3.2. Bagi yang pertama kali menggunakan aplikasi Tik Tok, muat turun
terlebih dulu aplikasi TikTok dari Google Play atau App Store. Buka
aplikasi Tik Tok dari telefon pintar anda. Kemudian teruskan daftar
akaun pengguna.

3.3. Anda sudah boleh mula membuat konten video dengan menekan
butang tambah seperti yang di tunjukkan :

Tekan butang tambah

3.4. Kemudian tekan pilihan ‘upload’ yang terletak di sebelah kanan butang
merah seperti yang ditunjukkan:

Pilih ‘upload’
3.5 Kemudian, klik pada gambar yang ingin dimasukkan dan terus tekan butang
‘next’, seperti ini:

Klik pada
gambar dan
tekan ‘next’

3.6 Sekarang, anda sebenarnya sudah ada video, terus tekan butang ‘next’, seperti
di bawah:

Tekan ‘next’

3.7 Masukkan tajuk dan keterangan video, seperti di bawah:

Letak tajuk dan


keterangan
3.8 Sekarang video anda sudah sedia untuk dikongsi bersama orang lain. Tekan
saja butang ‘post’, seperti di bawah.

Tekan ‘post’

Anda mungkin juga menyukai