Anda di halaman 1dari 2

Muhammad Faris Daniel bin Abdullah

Ketua kelas 3 Farabi


MRSM Balik Pulau
Jalan Pondok Upeh
11000 Balik Pulau, Pulau Pinang

Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik


MRSM Balik Pulau
Jalan Pondok Upeh
11000 Balik Pulau, Pulau Pinang

Puan,

PEMOHONAN KEBENARAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR DAN PERANTI ELEKTRONIK UNTUK


MELAKSANAKAN PROGRAM UNITED NATION GENERAL ASSEMBLY (UNGA) MRSM BALIK PULAU
2022/2023

Sukacitanya perkata atas dirujuk.

2.Saya wakil kelas 3 Farabi, Muhammad Faris Daniel bin Abdullah memohon penggunaan telefon
pintar dan peranti elektronik untuk kelas 3 Farabi bertujuan untuk melaksanakan program maktab
iaitu UNGA

3. Berikut merupakan perincian dan senarai pelajar yang terlibat:

Tarikh: sehingga Program Unga selesai


Tempat:BP Got Talent & waktu lain adalah sekitar MRSM Balik Pulau
Masa: Waktu prep petang/malam, waktu selainnya adalah mengikut kesesuaian dan tidak
menggangu program maktab.
Pelajar yang terlibat:Semua pelajar kelas 3 Farabi

4. Pelajar berkenaan berjanji akan menggunakan telefon pintar dan peranti elektronik secara
berhemah dan jika pelajar melanggar peraturan dan menyalahgunakan kemudahan, pihak maktab
berhak untuk merampas telefon pintar dan peranti elektronik pelajar.

5. Besarlah harapan saya agar pihak Puan dapat meluluskan permohonan penggunaan telefon pintar
dan peranti elektronik untuk program maktab tersebut. Kerjasama di pihak Puan amatlah kami
hargai dan ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………….
(MUHAMMAD FARIS DANIEL BIN ABDULLAH)
Ketua kelas 3 Farabi
MRSM Balik Pulau

Anda mungkin juga menyukai