Anda di halaman 1dari 2

Selamat pagi guru-guru dan rakan-rakan yang

dikasihi. Pagi ini, saya akan membaca sebuah cerita


yang bertajuk “Balasan Si Pemalas”.

Di sebatang pokok yang rendang, tinggal


seekor burung dan seekor tupai yang bersahabat
baik. Burung bernama Pit manakala tupai bernama
Tupi. Pit sangat malas tetapi Tupi sangat rajin.

Pada suatu hari, tupai mengajak burung


menanam jagung sebelum musim hujan tiba. “Eh,
malasnya aku! Kau saja yang pergi tanam, “tolak
burung itu.

Tiga bulan kemudian, musim menuai tiba.


“Pit, mari kita pergi petik jagung-jagung kita di
ladang,” ajak Tupi. Tetapi, sekali lagi Pit
menjawab, “Eh, aku malas! Kau saja yang petik.”

Oleh kerana Tupi sangat rajin, maka ia pun


menuai sendiri semua jagung di ladang.
Kemudian, Tupi memberi separuh daripada jagung
kepada Pit.”Pit, cepat ambil jagung kamu. Sebentar
lagi, hujan lebat akan turun,” kata Tupi.”Eh,
malasnya aku sekarang! Nanti saja aku ambil,”
jawab Pit. Tupi pun membawa hasil jagungnya ke
rumah.

Tidak lama kemudian, hujan lebat pun turun.


Maka hanya dalam sekejap sahaja, air hujan pun
menghanyutkan semua jagung milik Pit. “ Aku
tidak patut malas!”Pit menangis dengan
sedihnya.

Kawan-kawan, pengajaran dari cerita ini ialah


kita janganlah bersikap malas. Kita akan banyak
kehilangan kerana kemalasan. Sampai di sini sahaja
cerita saya. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai