Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

Program CSR pengenalan asas sukan Memanah Musketeers


Archery Consultant 2023

TARIKH:

FEB 2023

TEMPAT:

Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah

ANJURAN:

Musketeers Archery Consultant


1.0 PENDAHULUAN

Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah diiktiraf secara global sebagai salah satu
usaha bagi syarikat korporat untuk menyumbang kepada pembangunan. Justeru itu berbagai
elemen pembangunan yang melibatkan masyarakat telah digabungkan dalam perlaksanaan
inisitif ini bagi membantu meningkatkan ilmu, kemahiran serta hubungan baik dalam komuniti
yang mana merupakan faktor penting dalam konteks pembangunan komuniti.

Kertas kerja ini meneliti sejauhmana program CSR yang dipilih iaitu program pengenalan asas
sukan memanah Musketeers Archery Consultant 2023 di beberapa buah sekolah yang telah
terpilih mampu untuk membangunkan modal sosial dalam komuniti bagi membantu
pembangunan komuniti tersebut. Sebanyak 12 buah sekolah telah dipilih bagi tujuan CSR ini.
Hubungan dan kerjasama ini menggambarkan pembentukan modal sosial dalam kalangan
komuniti hasil penglibatan mereka dengan projek CSR program pengenalan asas sukan memanah
Musketeers Archery Consultant 2023 .

2.0 PENGENALAN

Kelab Memanah Musketeers Archery Consultant merupakan salah satu Kelab memanah
yang aktif dalan menyediakan program latihan memanah yang sistematik serta mencari pelapis
bagi pemanah-pemanah negara yang sedia ada, maka program ini dianjurkan agar tertubuhnya
Kelab Memanah Sekolah Kebangsaan Seri Saujana dan terus berkembang dalam melahirkan atlet
pelajar yang seimbang dari segi pelajaran dan kokurikulum. Sehubungan dengan itu, ia juga dapat
melahirkan pelajar cergas fizikal dan cerdas mental serta lebih fokus.

3.0 NAMA AKTIVITI

Program CSR Asas Sukan Memanah Musketeers Archery Consultant 2023


4.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada para pelajar untuk berani mencuba dan mencungkil bakat-
bakat didalam sukan ini yang boleh diketengahkan di peringkat pertandingan
Antarabangsa.
3.2 Mencungkil bakat-bakat baru untuk kejohanan memanah pada tahun-tahun akan
datang.
3.3 Memberi peluang berinteraksi dan bersosial dalam sesama ahli kelab
3.4 Menjalinkan hubungan persahabatan dan silaturrahim sesama warga Sekolah
Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah.
3.5 Meningkatkan pemahaman tentang pekara asas memanah dikalangan atlet Sekolah
Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah.

5.0 TARIKH
Feb 2023

6.0 TEMPAT
Padang Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah

7.0 PESERTA
Warga Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah

8.0 SASARAN
Para pelajar Atlet yang berminat dan berbakat dalam sukan memanah.

9.0 BILANGAN PELAJAR


15 Orang

10.0 PENGANJUR
Musketeers Archery Consultant

11.0 YURAN PENYERTAAN


Percuma

12.0 ATURCARA
Sila rujuk Lampiran A
13.0 PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar program CSR asas sukan Memanah Musketeers Archery Consultant
2023 yang dijalankan ini akan mendapat sokongan dari semua pihak dalam mencapai matlamat
yang telah digariskan. Semoga usaha yang murni ini akan dilimpahi oleh Allah dengan petunjuk
hidayah dan juga keberkatan, dan dipermudahkan bagi kita dalam melaksanakannya. Segala
kerjasama yang diberikan oleh semua pihak sama ada secara langsung ataupun tidak, didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

Mohamad Azwannizal B Mohd Yusof


Perancang Program CSR asas sukan Memanah Musketeers Archery Consultant 2023
Ketua Jurulatih Musketeers Archery Consultant

LAMPIRAN A

ATUR CARA Program CSR asas sukan Memanah Musketeers Archery Consultant 2023 di Sekolah
Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah

TARIKH MASA AKTIVIT


09.00 – 9.15 am Pendaftaran
09.15 – 09.30 am Pengenalan jurulatih memanah
FEB 2023 Pengenalan Asas memanah (Teori)
09.30 – 10.30 am
Image Training (Tarik getah)
10.30 – 12.00 am Praktikal Sukan Memanah
12.00 pm Bersurai
Senarai Nama Pelajar yang terpilih menyertai Program CSR asas sukan Memanah
Musketeers Archery Consultant 2023

NO NAMA KELAS/TINGKATAN NO TELEFON

10

11

12

13

14

15

Anda mungkin juga menyukai