Anda di halaman 1dari 24

PANDUAN PENGGUNA

SISTEM PENDAFTARAN PERMOHONAN JAWATAN


DI PORTAL KERJAYA
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA


JABATAN PENGURUSAN INSAN
MENARA HASIL, ARAS 9, PERSIARAN RIMBA PERMAI CYBER 8
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
PANDUAN PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN PERMOHONAN
JAWATAN DI PORTAL KERJAYA LHDNM

Kandungan
1.0 Pendaftaran ……………………………………………………………………………………………………………………..02
2.0 Lupa Kata Laluan ………………………………………….…………………………………………………………………..03
3.0 Log Masuk ……………………………………………………………………………………………………………………..…04
4.0 Halaman Utama ..…………………………………………………………………………………………………..…………05
5.0 Kemas Kini Maklumat ……………………….……………………………………………..………………………………06
5.1 Maklumat Peribadi ..…………………………………………………………………………..…..………………06
5.2 Maklumat Akademik ………………………………………………………………………………..…….….……07
a) PT3/ PMR/ SRP ………..……………………………………….………………..……………………………07
b) SPM/ SPMV/ SPVM ..…………..……………………………….…….………………………….…………08
c) SVM ……………………………………………………………………………………………….……….……….09
d) Peperiksaan Ulangan (Sijil Pelajaran Malaysia) ……………………………………….….……10
e) STPM …………………………..……………………..………………………………………………….……..…11
f) STAM …………………………………………………………………………….…………………………...……12
g) SKM …………………………………………………………………..………………………………...….………13
h) Sijil Matrikulasi KPM ……………………………………………………………………………….…....…14
i) Institusi Pengajian Tinggi ……………………………………………….…………………………..……15
j) Badan Profesional/ Ikhtisas …………………..………………..……………...…………………..….16
5.3 Maklumat Pekerjaan …….………………………………………………………………………..………………16
a) Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat
b) Maklumat Pengalaman Bekerja
5.4 Maklumat Selain Akademik ………………..…………………………………………………………..…..…18
a) Maklumat Bahasa……………………………………………….....………………..………………………18
b) Maklumat Persatuan/ Kelab …………….………………………………………………………………19
c) Maklumat Sukan ……………………………………………………………………………………..………20
d) Maklumat Penerima Bantuan ……………………………………….….………………………..……20
e) Maklumat Kelainan Upaya ………………………………….……………………………………………21
6.0 Permohonan Jawatan ……………………………………………………………………………………….…..…………21
6.1 Permohonan Jawatan ……………………………………………………………..……..………………...……21
6.2 Perakuan Pemohon ………………………………………………………..………………………………..….…22
6.3 Semakan Status Permohonan ………………………………………………………………….………..……23
6.4 Sejarah Temu Duga …………………………………………………………………………………..….…..……23

1
PANDUAN PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN PERMOHONAN
JAWATAN DI PORTAL KERJAYA LHDNM

1.0 PENDAFTARAN

1.1 Pendaftaran ID Pengguna boleh dilaksanakan sekali sahaja.


1.2 Untuk mendaftar, sila klik Daftar/ Log Masuk.

1.3 Kemudian, klik pautan “Pendaftaran Pengguna” untuk ke halaman Pendaftaran Akaun.

2
PANDUAN PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN PERMOHONAN
JAWATAN DI PORTAL KERJAYA LHDNM

1.4 Skrin Pendaftaran Akaun akan dipaparkan seperti di atas:


a) Isi Maklumat Pemohon. Pastikan semua medan bertanda (*) diisi.
b) Sila lengkapkan bahagian Soalan Keselamatan. Pemohon perlu mengingati jawapan
untuk soalan keselamatan bagi tujuan penetapan semula kata laluan (reset).
c) Masukkan kata laluan dan kod keselamatan.
d) Pemohon perlu menanda di kotak persetujuan sebelum menghantar pendaftaran
tersebut.
e) Kemudian, klik “Daftar”.

2.0 LUPA KATA LALUAN

2.1 Jika lupa kata laluan, klik pautan Lupa Kata Laluan.

3
PANDUAN PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN PERMOHONAN
JAWATAN DI PORTAL KERJAYA LHDNM

2.2 Skrin Lupa Kata Laluan akan dipaparkan seperti di atas:


a) Isi Maklumat Pemohon. Pastikan semua maklumat dilengkapkan sama seperti
maklumat yang telah diisi semasa Pendaftaran. Pastikan semua medan bertanda
(*) diisi.
b) Isi maklumat Soalan Keselamatan.
c) Masukkan kata laluan baharu dan kod keselamatan.
d) Kemudian, klik “Set Semula Kata Laluan”.

3.0 LOG MASUK

3.1 Skrin Log Masuk Pengguna akan dipaparkan seperti skrin di atas.
a) Sila masukkan ID Pengguna dengan mengisi 12 digit No. Kad Pengenalan pemohon
(tanpa dash (-)).
b) Kemudian, klik “Semak”.

4
PANDUAN PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN PERMOHONAN
JAWATAN DI PORTAL KERJAYA LHDNM

3.2 Skrin Log Masuk Pengguna seterusnya akan dipaparkan seperti di atas:
a) Sila masukkan password (kata laluan). Pastikan yang kata laluan tersebut adalah
seperti yang telah didaftarkan sebelum ini.
b) Masukkan kod keselamatan mengikut abjad/ nombor yang dipaparkan dalam imej
di atas medan Kod Keselamatan.
c) Kemudian, klik “Log Masuk”.

4.0 HALAMAN UTAMA

4.1 Skrin Halaman Utama akan memaparkan tiga (3) bahagian seperti berikut:
a) Maklumat Asas;
b) Soalan Keselamatan;
c) 3 Jawatan Terakhir Dipohon.

4.2 Skrin ini bagi tujuan dilihat (view) sahaja oleh pemohon. Tiada keperluan untuk
meminda atau mengemas kini maklumat pada skrin ini.

5
PANDUAN PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN PERMOHONAN
JAWATAN DI PORTAL KERJAYA LHDNM

5.0 KEMAS KINI MAKLUMAT

5.1 Maklumat Peribadi

a) Klik pada pautan Maklumat Peribadi.


b) Skrin seperti di bawah akan dipaparkan dengan maklumat-maklumat tertentu
telah dimasukkan secara automatik berdasarkan maklumat yang telah dikunci
masuk semasa proses “Pendaftaran Akaun”.

6
PANDUAN PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN PERMOHONAN
JAWATAN DI PORTAL KERJAYA LHDNM

c) Skrin Maklumat Peribadi akan dipaparkan seperti di atas:


i. Sila isi semua Maklumat Peribadi di ruang yang disediakan.
ii. Klik “Simpan” setelah semua maklumat lengkap dikunci masuk.

d) Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan (*).

5.2 Maklumat Akademik

Klik pada pautan Maklumat Akademik dan skrin seperti di bawah akan dipaparkan:

a) Peperiksaan Tingkatan 3 PT3/ PMR/ SRP

7
PANDUAN PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN PERMOHONAN
JAWATAN DI PORTAL KERJAYA LHDNM

i. Skrin keputusan peperiksaan PT3/ PMR/ SRP akan dipaparkan seperti di atas:
1. Sila pilih Tahun;
2. Klik “Tambah”;
3. Sila pilih Mata Pelajaran;
4. Sila pilih Gred pencapaian;
5. Kemudian, klik “Simpan” setelah maklumat lengkap dikunci masuk.

ii. Senarai Mata Pelajaran dan Gred akan dipaparkan di dalam jadual selepas
maklumat yang dikemas kini disimpan.

b) Peperiksaan Tingkatan 5 SPM/ SPMV/ SPVM

8
PANDUAN PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN PERMOHONAN
JAWATAN DI PORTAL KERJAYA LHDNM

i. Skrin peperiksaan SPM/ SPMV/ SPVM akan dipaparkan seperti di atas:


1. Sila pilih Tahun;
2. Klik “Tambah”;
3. Sila pilih Mata Pelajaran;
4. Sila pilih Gred;
5. Kemudian, klik “Simpan” setelah maklumat lengkap dikunci masuk.
ii. Senarai Mata Pelajaran dan Gred akan dipaparkan di dalam jadual selepas
maklumat yang dikemas kini disimpan.

c) Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

i. Skrin keputusan SVM akan dipaparkan seperti di atas:


1. Sila pilih Tahun, Nama Sijil dan isi Nama Kolej/ Vokasional.
2. Sila isi gred bagi mata pelajaran Bahasa Melayu SVM, gred PNGKA dan
PNGKV di ruang yang disediakan.
3. Kemudian, klik “Simpan” setelah maklumat lengkap dikunci masuk.
ii. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan asterisk
(*).

9
PANDUAN PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN PERMOHONAN
JAWATAN DI PORTAL KERJAYA LHDNM

d) Peperiksaan Ulangan (Sijil Pelajaran Malaysia)

i. Skrin Peperiksaan Ulangan (Sijil Pelajaran Malaysia) akan dipaparkan seperti


di atas:
1. Sila pilih Tahun;
2. Klik “Tambah”;
3. Sila pilih Mata Pelajaran;
4. Sila pilih Gred;
5. Kemudian, klik “Simpan” setelah maklumat lengkap dikunci masuk.
ii. Senarai Mata Pelajaran dan Gred akan dipaparkan di dalam jadual selepas
maklumat yang dikemas kini disimpan.

10
PANDUAN PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN PERMOHONAN
JAWATAN DI PORTAL KERJAYA LHDNM

e) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

i. Skrin keputusan peperiksaan STPM akan dipaparkan seperti di atas:


1. Sila pilih Tahun;
2. Klik “Tambah”;
3. Sila pilih Mata Pelajaran dan Gred;
4. Klik Simpan;
5. Isi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK);
6. Kemudian, klik “Simpan” setelah maklumat lengkap dikunci masuk.
ii. Senarai mata pelajaran dan gred akan dipaparkan di dalam jadual selepas
maklumat yang dikemas kini disimpan.

11
PANDUAN PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN PERMOHONAN
JAWATAN DI PORTAL KERJAYA LHDNM

f) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

i. Skrin Keputusan Peperiksaan STAM akan dipaparkan seperti di atas:


1. Sila pilih Tahun.
2. Klik butang “Tambah”.
3. Sila pilih Mata Pelajaran yang berkaitan.
4. Sila pilih/ kunci masuk Gred pencapaian.
5. Kemudian, klik “Simpan” setelah maklumat lengkap dikunci masuk.
ii. Senarai Mata Pelajaran dan Gred akan dipaparkan di dalam jadual selepas
maklumat yang dikemas kini disimpan.

12
PANDUAN PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN PERMOHONAN
JAWATAN DI PORTAL KERJAYA LHDNM

g) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/ Sijil Kompetenan

i. Skrin keputusan SKM/ Sijil Kompetenan akan dipaparkan seperti di atas:


1. Klik “Tambah”.
2. Sila pilih Tahun, Jenis Sijil, Nama Sijil dan isi Nama Institut/ Kolej
Kemahiran Awam.
3. Kemudian, klik “Simpan” setelah maklumat lengkap dikunci masuk.
ii. Senarai Sijil Kemahiran akan dipaparkan di dalam jadual selepas maklumat
yang dikemas kini disimpan.

13
PANDUAN PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN PERMOHONAN
JAWATAN DI PORTAL KERJAYA LHDNM

h) Sijil Matrikulasi KPM

i. Skrin keputusan Sijil Matrikulasi KPM akan dipaparkan seperti di atas:


1. Klik “Tambah”.
2. Sila isi Tahun Mula, Tahun Tamat, CGPA, pilih Jurusan dan Kolej
Pengajian.
3. Kemudian, klik “Simpan” setelah maklumat lengkap dikunci masuk.

ii. Maklumat Sijil Matrikulasi akan dipaparkan di dalam jadual selepas


maklumat yang dikemas kini disimpan.

14
PANDUAN PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN PERMOHONAN
JAWATAN DI PORTAL KERJAYA LHDNM

i) Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

i. Skrin keputusan Institusi Pengajian Tinggi akan dipaparkan seperti di atas:


1. Klik “Tambah”.
2. Sila lengkapkan maklumat tahun graduasi, CGPA, peringkat pengajian,
peringkat kelulusan, institusi mengeluarkan sijil, pengkhususan, institusi
francais luar negara, nama sijil/ diploma/ ijazah, tarikh kelulusan dan
biasiswa pengajian.
3. Kemudian, klik “Simpan” setelah maklumat lengkap dikunci masuk.
ii. Senarai keputusan Institusi Pengajian Tinggi akan dipaparkan di dalam jadual
selepas maklumat yang dikemas kini disimpan.

15
PANDUAN PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN PERMOHONAN
JAWATAN DI PORTAL KERJAYA LHDNM

j) Kelayakan Badan-badan Profesional/ Ikhtisas

i. Skrin kelayakan daripada badan-badan profesional/ ikhtisas akan


dipaparkan seperti di atas:
1. Klik “Tambah”
2. Sila isi No. Keahlian, Tarikh Keahlian, dan Nama Sijil Profesional/Ikhtisas.
3. Klik “Simpan” setelah maklumat lengkap dikunci masuk.
ii. Senarai Kelayakan Profesional/ Ikhtisas akan dipaparkan di dalam jadual
selepas maklumat yang dikemas kini disimpan.

5.3 Maklumat Pekerjaan

a) Sistem akan menyemak maklumat No. Kad Pengenalan pemohon sama ada calon
tersebut adalah pegawai dalaman LHDNM atau merupakan individu selain
pegawai LHDNM secara automatik.
b) Sekiranya, pemohon merupakan calon individu selain pegawai LHDNM, Skrin
Maklumat Pengalaman Bekerja akan dipaparkan seperti di bawah:

16
PANDUAN PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN PERMOHONAN
JAWATAN DI PORTAL KERJAYA LHDNM

1. Klik “Tambah”.
2. Sila lengkapkan maklumat majikan, tarikh mula, tarikh akhir, jawatan, taraf
jawatan dan gaji.
3. Klik “Simpan” setelah maklumat lengkap dikunci masuk.
4. Senarai Pengalaman Bekerja Pemohon akan dipaparkan di dalam jadual
selepas maklumat yang dikemas kini disimpan.

c) Manakala, sekiranya pemohon adalah pegawai dalaman LHDNM, skrin Maklumat


Pegawai Sedang Berkhidmat dan Maklumat Pengalaman Bekerja akan dipapar
secara automatik di halaman seperti di bawah.

17
PANDUAN PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN PERMOHONAN
JAWATAN DI PORTAL KERJAYA LHDNM

5.4 Maklumat Selain Akademik

a) Maklumat Bahasa

18
PANDUAN PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN PERMOHONAN
JAWATAN DI PORTAL KERJAYA LHDNM

a) Skrin Maklumat Bahasa akan dipaparkan seperti di atas:


1. Klik “Tambah”.
2. Sila isi Bahasa, Penguasaan Bahasa dan Tahap.
3. Kemudian, klik “Simpan” setelah maklumat lengkap dikunci masuk.
b) Senarai Maklumat Bahasa dan Penguasaan Bahasa akan dipaparkan di dalam
jadual selepas maklumat yang dikemas kini disimpan.

b) Maklumat Persatuan/ Kelab

a) Skrin Maklumat Persatuan/ Kelab akan dipaparkan seperti di atas:


1. Klik “Tambah”.
2. Sila isi Persatuan/ Kelab, Peringkat dan Tahun.
3. Kemudian, klik “Simpan” setelah maklumat lengkap dikunci masuk.
b) Senarai Maklumat Persatuan/ Kelab akan dipaparkan di dalam jadual selepas
maklumat yang dikemas kini disimpan.

c) Maklumat Sukan

19
PANDUAN PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN PERMOHONAN
JAWATAN DI PORTAL KERJAYA LHDNM

a) Skrin bagi penglibatan Maklumat Sukan akan dipaparkan seperti di atas:


1. Klik “Tambah”.
2. Sila isi Sukan, Peringkat dan Tahun.
3. Kemuadian, klik “Simpan” setelah maklumat lengkap dikunci masuk.
b) Senarai Maklumat Persatuan/ Kelab akan dipaparkan di dalam jadual selepas
maklumat yang dikemas kini disimpan.

d) Maklumat Penerima Bantuan

a) Skrin Maklumat Penerima Bantuan akan dipaparkan seperti di atas:


1. Klik “Tambah”
2. Sila isi No Pendaftaran, pilih Jenis Bantuan dan isi Tahun.
3. Klik “Simpan” setelah maklumat lengkap dikunci masuk.
b) Senarai Maklumat Penerima Bantuan akan dipaparkan di dalam jadual
selepas maklumat yang dikemas kini disimpan.

20
PANDUAN PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN PERMOHONAN
JAWATAN DI PORTAL KERJAYA LHDNM

e) Maklumat Kelainan Upaya

a) Skrin Maklumat Kelainan Upaya akan dipaparkan seperti di atas:


1. Klik “Tambah”.
2. Sila isi No Pendaftaran dan pilih Jenis Kelainan Upaya.
3. Klik “Simpan” setelah maklumat lengkap dikunci masuk.
b) Senarai Maklumat Kurang Upaya akan dipaparkan di dalam jadual selepas
maklumat yang dikemas kini disimpan.

6.0 PERMOHONAN JAWATAN

6.1 Permohonan Jawatan

21
PANDUAN PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN PERMOHONAN
JAWATAN DI PORTAL KERJAYA LHDNM

a) Skrin Permohonan Jawatan akan dipaparkan seperti di atas. Untuk memohon,


pemohon perlu:
1. Klik “Tambah”.
2. Sila pilih jawatan yang hendak dipohon. Senarai jawatan yang boleh dipohon
boleh dipilih daripada senarai drop down list, namun tertakluk kepada
Maklumat Kelayakan Akademik yang telah diisi oleh pemohon.
3. Kemudian, klik “Simpan” setelah maklumat lengkap dikunci masuk.
b) Senarai jawatan yang dimohon akan dipaparkan di dalam jadual selepas maklumat
yang dikemas kini disimpan.
c) Pemohon dihadkan untuk mengisi sebanyak lapan (8) permohonan jawatan
sahaja.

6.2 Perakuan Pemohon

a) Klik pada pautan Pengakuan Pemohon dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

1. Sila klik pada petak “Saya Setuju” dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak
yang berkenaan.

22
PANDUAN PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN PERMOHONAN
JAWATAN DI PORTAL KERJAYA LHDNM

2. Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang


diisi sila klik pada butang “Hantar”. Kecuaian pemohon meninggalkan
langkah menekan butang “Hantar”akan menyebabkan permohonan
pemohon tidak akan diproses.

6.3 Semakan Status Permohonan

a) Klik pada pautan Status Permohonan dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

b) Sebarang maklumat/ status berkaitan permohonan jawatan pemohon akan


dipaparkan di halaman ini.

6.4 Sejarah Temu Duga

a) Klik pada pautan Sejarah Temu Duga dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

b) Sebarang maklumat berkaitan sesi temu duga melibatkan pemohon akan


dipaparkan di halaman ini.

23

Anda mungkin juga menyukai