Anda di halaman 1dari 4

SYAIR NASIHAT

Dengar sahabat syairku ini,


Syair nasihat seikhlas hati,
Ceritanya tentang hidup kita ini,
Banyak cabaran harus hadapi.
Selama hidup hendaklah setia,
Supaya orang sentiasa percaya,
Buat baik sesama manusia,
Jahat durhaka jauhkan saja.
Bila berkawan jangan bergaduh,
Tiada guna bermusuh-musuh,
Jauhi sekali bersikap angkuh,
Tersisih hidup semakin keruh.
Walaupun kaya jangan menghina,
Kaya dan miskin sama sahaja,
Yang hina jangan ditambah hina,
Kerana hidup seperti roda.
TENTANG MENGHORMATI GURU
Wahai anakanda dengarlah amanat
Terhadap gurumu hendaklah hormat
Ilmunya banyak memberi manfaat
Menyelamatkan hidup dunai akhirat
Kepada guru hendaklah sopan
Tunjuk ajarnya anakanda dengarkan
Penat letihnya jangan dilupakan
Supaya hidupmu dirahmati tuhan
Kepada gurumu janganlah derhaka
Janganlah pula berburuk sangka
Tunjuk ajarnya anakanda jaga
Supaya manfaatnya dapat dirasa
Kepada gurumu eloklah perangai
Apabila disuruhnya jangnlah lalai
Tunjuk ajarnya selalu dipakai
Supaya hasratmu cepat tercapai
SYAIR KAWAN SETIA
Bijaklah bijak mencari kawan
Mencari kawan sebagai teman
Harta dan rupa bukan ukuran
Kawan setia penyuluh kegelapan
Jika kita mencari kawan
Haruslah pandai buat pilihan
Andai tersilap langkah tujuan
Segeralah pulang ke pangkal jalan
Pabila ramai kawan dan rakan
Nasihat keluarga jangan dilupakan
Banyak sudah cerita tauladan
Kerana kawan merana badan
Sebagai kawan saling ingatkan
Sikap yang buruk mesti dijauhkan
Hindari dadah perosak badan
Itulah sumpah kawan setia
SYAIR KETAATAN TERHADAP IBU BAPA
Wahai anakanda kekasih bonda
Jangan durhaka kepada ibu bapa
Segala ajarannya janganlah lupa
Supaya kelak hidup sentosa
Wahai anakanda cahaya mata
Taat setialah kepada ibu bapa
Jangan sekali kita durhaka
Supaya jauh seksa neraka
Wahai anakanda tambatan jiwa
Peliharalah akan ayah dan bonda
Supaya hidup mendapat pahala
Bertukar alam jiwa sentosa

Anda mungkin juga menyukai