Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

SAMBUTAN MAAL HIJRAH


1443H / 2021

Tarikh : 13 Ogos 2021


Tempat: Kediaman Masing-masing

Dianjurkan Oleh :

PERSATUAN AGAMA ISLAM


ANJURAN BERSAMA
UNIT BINA INSAN & PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
KERTAS KERJA SAMBUTAN MAAL HIJRAH (1443H)
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJNG BATU
26680 PEKAN, PAHANG.

1. PENGENALAN

Kita bakal menyambut kedatangan bulan Muharam tidak lama lagi. Semestinya bulan
yang mulia ini akan mengingatkan kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari kota
Mekah ke kota Madinah.
Sehingga ada orang yang beranggapan bahawa penghijrahan baginda berlaku
pada Muharam kerana sambutan hijrah diadakan saban tahun pada Muharam. Ini
sebenarnya tidak benar.
Sejarah mencatatkan Nabi SAW mengarahkan para sahabat baginda di Mekah
berhijrah ke bumi Madinah. Gesaan meninggalkan kota Mekah berlaku setelah selesai
perjanjian al-Aqabah kali yang kedua. Ia berlaku pada malam 12 Zulhijah tahun 13
Kenabian.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya saya telah
diperlihatkan (oleh Allah SWT di dalam mimpi saya) akan negeri hijrah anda semua
yang mempunyai pohon-pohon kurma yang berada di antara dua kawasan berbatu
hitam. (Riwayat Bukhari)
Maka para sahabat Nabi SAW di Mekah mula meninggalkan kota Mekah selepas
arahan ini. Dapatlah dibuat kesimpulan bahawa penghijrahan para sahabat berlaku
antara pertengahan Zulhijah Tahun 13 Kenabian dengan Rabiulawal tahun 14
Kenabian.
Hijrah pada bahasa ialah berpindah. Pada istilah ialah perpindahan Rasulullah
s.a.w dari kota Mekah ke kota Madinah. Dalam konteks hari ini, hijrah bermaksud
berubah kepada sikap yang lebih positif, peningkatan ilmu pengetahuan, penguasaan
ekonomi di kalangan umat Islam, penguasaan sains dan teknologi serta memperbaiki
pandangan bukan Islam terhadap Islam.
Justeru itu, adalah amat penting sambutan ini diadakan diperingkat sekolah bagi
mendedahkan dan membuka minda murid tentang betapa pentingnya hijrah pada umat
Islam.

2. MATLAMAT DAN OBJEKTIF

2.1 Mendedahkan kepada murid peristiwa yang membawa kepada penghijrahan.


2.2 Mendedahkan dan membuka minda murid betapa perlunya hijrah dan kebaikan
dari peristiwa hijrah itu.
2.3 Menanam rasa sayang dan cinta kepada Rasulullah.
2.4 Mengenang kembali peristiwa hijrah di zaman Rasulullah.
3. SASARAN
- Seluruh warga SK Tanjung Batu yang beragama Islam

4. TARIH/ HARI/ MASA

Tarikh : 13 Ogos 2021


Hari : Jumaat
Masa : 7.30 pagi

5. TEMPAT

- Rumah masing-masing

6. ANJURAN

- Persatuan Agama Islam, Unit Bina Insan & Panitia Pendidikan Islam

7. JAWATANKUASA INDUK SAMBUTAN MAAL HIJRAH

Penasihat : En. Saizilaruni bin Mohd Sidek

Pengerusi : Pn. Norhidawati binti Ramli

Naib Pengerusi : En. Zulkarnain bin Mohd Arshad

: Pn. Nurzulhudda binti Abd Rahim

Penyelaras : En. Mohd Tarmizi bin Che Abdul Rani

Setiausaha : En. Mohd Tarmizi bin Che Abdul Rani

Bendahari : Pn. Faridah binti Ahmad


8. Jawatankuasa Kerja Sambutan Maal Hijrah

8.1 Pengisian Sambutan : a) Bacaan Yasin


- En. Khairuddin bin Zakaria

b) Tayangan Video (Tahap 1&2)


- En. Mohd Tarmizi bin Che Abdul Rani

c) Kuiz (Tahap 1)
- Pn. Rosmidah Nuruhuda binti Ishak

d) Melukis Poster (Tahap 2)


- Pn. Rafidah binti Mohd Khadli

8.2 Hakim Lukisan Poster :


i. Pn. Norazmaria binti Mohd Zubir
ii. Pn. Norzurainy binti Awi
iii. En. Muhamad Zulhusni bin Mohd Nor
iv. Pn. Rabbiyatul Adawiyah binti Pairon
v. En. Ibrahim bin Husin
vi. Pn. Zurina binti Mat Abu

8.3 Sijil :
i. Pn. Rafidah binti Mohd Khadli
ii. Pn. Fairos Jannatul Naimah binti Jaafar
iii. Cik Shafira binti Sabri
iv. En. Azhar bin Ahmad
v. Pn. Nor Anisah binti Yusof

8.4 Poster dan Promosi :


i. Pn. Faridah binti Ahmad
ii. Pn. Rosmaria binti Ab Rahman
iii. Pn. Rohaya binti Abd Noh
iv. En. Mohd Rostam bin Abd Razak

8.5 Hadiah :
i. Cik Liza binti Mohamed
ii. Pn. Hanizah binti Hanafi
iii. Pn. Khotibah binti Ahmad Mohtasar
iv. Pn. Nurul Nadiah binti Azmi
v. Pn. Che Rosnimaliza binti Che Roslan
9. Tentatif

7.30 pagi : Bacaan surah Yasin


(warga SKTB & murid tahap 2)

10.00 pagi : Tayangan video dan kuiz (murid tahap 1)*

10.30 pagi : Tayangan video dan makluman pertandingan melukis poster


Maal Hijrah (murid tahap 2)*
- penghantaran lukisan poster : sebelum/ pada 17/8/2021
(Selasa)

* Dijalankan pada waktu rehat

10. SUMBER KEWANGAN

- Peruntukan Kegiatan Pendidikan Islam

11. ANGGARAN PERBELANJAAN

i. Hadiah Pertandingan

RM 5 x 12 orang = RM 60
12. PENUTUP

Diharap program seperti ini dapat memberi manfaat kepada semua murid dan guru
serta mencapai objektifnya. Kerjasama yang padu daripada seluruh warga SK Tanjung
Batu amat dihargai agar sambutan ini berjalan lancar dan mendapat manfaatnya.

Disediakan oleh, Disemak oleh.

………………………………………………. ……………………………….............
(MOHD TARMIZI BIN CHE ABDUL RANI) (PN. NORHIDAWATI BINTI RAMLI)
Setiausaha Sambutan Maal Hijrah GPK Kokurikulum
SK Tanjung Batu SK Tanjung Batu

Disahkan oleh,

……………………………………………
(EN. SAIZILARUNI BIN MOHD SIDEK)
Guru Besar
SK Tanjung Batu

Anda mungkin juga menyukai