Anda di halaman 1dari 1

To:

Subjek: Permohonan Dana atau Sumbangan Sempena Minggu Keusahawanan dan


Inovasi Sesi 2021/2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Exco Pembangunan Keusahawanan Persatuan Mahasiswa


Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (PMFEP) bersama Kelab Keusahawanan dan Inovasi FEP
akan menganjurkan Minggu Keusahawanan dan Inovasi. Program ini berteraskan ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang merangkumi aspek keusahawanan. Berikut merupakan
perincian program tersebut:

Tarikh: 6 Disember - 18 Disember 2021


Platform: Dalam Talian

Tujuan pihak kami menghubungi pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan adalah
kerana pihak kami ingin memohon dana atau sumbangan yang akan digunakan untuk
menampung perbelanjaan dan kelangsungan program kami.

Oleh itu, bersama e-mel ini saya sertakan Jemputan Penajaan, surat permohonan dana dan
surat kelulusan program untuk rujukan pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, saya boleh dihubungi melalui maklumat di
bawah. Segala kerjasama dari pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan amatlah
dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Nur Syafiqah binti Zaidi

Ketua Exco Pemasaran dan Penajaan


Minggu Keusahawanan dan Inovasi
Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Sesi 2021/2022
M: +6018-217 3694
Emel: penjanaanmki.fepukm@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai