Anda di halaman 1dari 1

Latihan Simpulan Bahasa.

1. Zahin hanya duduk di tepi padang melihat kawan-kawannya bermain bola


sepak sahaja kerana dia _________________.
2. Halim ______________ pada pagi itu kerana dia sudah lewat ke sekolah.
3. Anis menjadi ________________ ibu dan bapanya kerana dia seorang
sahaja anak perempuan dalam keluarganya.
4. Setelah pulang daripada latihan badminton, Zaki ______________ kerana
terlalu penat.
5. Pemuda yang ______________ itu telah berjaya ditangkap oleh polis
dalam kejadian pecah rumah di kawasan perumahan Sentosa.
6. Puan Rani sentiasa _____________ tentang kesihatan anak-anaknya
dengan memastikan mereka makan sarapan pagi setiap hari.
7. Dia terpaksa _____________ untuk pulang ke rumah kerana tayar
keretanya sudah pancit di tempat kerjanya.
8. Salmi ________________untuk menjawab soalan Matematik yang susah
itu.
9. Sani membatalkan niatnya untuk membeli makanan di pasar malam
apabila melihat pengunjung-pengunjung _______________sesama
sendiri.
10.Sikapnya yang rajin dan amanah tidak hairanlah dia menjadi
____________ majikannya.

Anda mungkin juga menyukai