Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PENGHARGAAN AMAR 2023

ANJURAN ANGKATAN MAHASISWA ANTIRASUAH

TEKS UCAPAN PERASMI

ENCIK RAJAN A/L Munusamy

Penasihat Angkatan Mahasiswa Antirasuah

6/5/2023(Sabtu)

ATAS TALIAN
Terima kasih Pengerusi Majlis

Salam Sejahtera dan Selamat Malam diucapkan kepada

 Saudari Siti Nur Az Lyana Binti Nor Azhar


Yang Dipertua Angkatan Mahasiswa Antirasuah

 Saudari Siti Sabrinah BintiZainuddin


 Pengarah Majlis penghargaan
AMAR 2023

 Ahli jawatankuasa Majlis penghargaan AMAR 2023


 Serta, barisan ahli AMAR sesi 2021/2022

1. Segala syukur kepada Tuhan kerana kita dapat


bersama-sama dalam Majlis Penghargaan AMAR 2023 ini. Terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada pihak
jawatankuasa penganjur iaitu Angkatan Mahasiswa Antirasuah telah menjemput saya sebagai
perasmi dan berusaha merealisasikan Majlis Penghargaan AMAR 2023 ini dengan
jayanya.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

2. Buat pengetahuan semua, Majlis Penghargaan AMAR 2023 merupakan program


tahunan yang diadakan di bawah kelolaan Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR). Tema yang
dikedepankan pada tahun ini, “Be Bold, Be Brave, Be You" adalah bagi mengeratkan hubungan
silaturrahim antara semua ahli dan barisan organisasi AMAR bagi Sesi 2022/2023 dan
menghargai jasa barisan organisasi AMAR Sesi 2021/2022. Tujuan program ini dianjurkan juga
adalah sebagai bentuk penghargaan kepada barisan sesi lepas. Kejayaan dan pencapaian
mereka memerlukan usaha yang gigih dan ketekunan yang tinggi. Kejayaan mereka bukan
hanya memberikan inspirasi kepada orang lain, tetapi ia juga mendorong kita semua untuk
berusaha lebih gigih lagi.

3. Seperti yang telah dimaklumkan kepada saya, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah
dijalankan sepanjang sesi lepas. Antaranya ialah Pertandingan Poster Infografik Integriti dan
Antirasuah, Webinar Integriti Mahasiswa dan Kursus Pengurusan Organisasi. Melalui aktiviti
seperti itu, banyak objektif yamg telah tercapai.
5. Akhir kata, tahniah dan terima kasih saya ucapkan sekali lagi kepada pihak penganjur, Angkatan
Mahasiswa Antirasuah UKM d a n B a r i s a n a h l i A M A R s e s i l e p a s kerana telah
membawa nama AMAR dan menghidupkan kelab ini.
6. Oleh itu, saya berharap agar ahli AMAR sentiasa memberikan sokongan penuh terhadap program
yang bakal dianjurkan oleh AMAR pada masa akan datang. Saya juga berharap semoga ahli AMAR
dapat memainkan peranan penting sebagai ejen dalam memerangi rasuah dalam kalangan mahasiswa
di UKM mahupun ketika sudah melangkah ke alam pekerjaan. Dengan itu, saya merasmikan MAJLIS
PENGHARGAAN AMAR 2023.

Anda mungkin juga menyukai