Anda di halaman 1dari 11

PROPOSAL PENGURUSAN PROGRAM

AKADEMIK TAHFIZ DESARIA SESI 2023/2024

Disediakan oleh,

TENAGA PENGAJAR TAHFIZ DESARIA: -

1) USTAZ MUHAMMAD HAFIF AL-BUKHARI BIN MOHD SALLEH


2) USTAZ HABIBUR RAHMAN BIN IBRAHIM
3) USTAZ MUHAMMAD RAHIMI ASNAWI BIN MAHMOOD

TARIKH: 17 MEI 2023

KERTAS CADANGAN PENGURUSAN


PROGRAM AKADEMIK TAHFIZ DESARIA SESI 2023/2024

1.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk menerangkan dengan lebih lanjut tentang program
akademik Tahfiz Desaria yang akan bermula Jun 2023.

2.0 OBJEKTIF
i. Membudayakan hafazan Al-Quran di kalangan khususnya kariah Taman Desaria.
ii. Melahirkan pelajar yang celik Al-Quran.
iii. Melahirkan pelajar yang boleh menghafaz Al-Quran di usia muda.
iv. Memakmurkan masjid dengan program keilmuan dari golongan muda.

3.0 KOMPONEN PENGAJIAN DAN SILIBUS


i. Komponen Pengajian
a. Bacaan kelas Nazirah
b. Hafazan Al-Quran 1 muka surat / 1 ½ muka surat / 2 muka surat / 2 ½ muka surat
/ 3 muka surat sehari.
c. Kelas tajwid
d. Kelas berkitab (kitab turath/kitab-kitab fardhu ain/dll)
e. Kelas bahasa Arab
f. Kuliah pada hujung minggu selepas subuh.

ii. Silibus Pengajian


Silibus pengajian adalah al-Quran

4.0 KOKURIKULUM
Keseimbangan dalam sistem pendidikan amat penting, justeru beberapa aktiviti ko-
kurikulum diperkenalkan meliputi: -
i. Persatuan Silat
ii. Qasidah
iii. Sukan dan Permainan Yang Membina Syahsiah Islamiah (Futsal,

Untuk memantapkan iman dan amal, pelajar-pelajar dikehendaki menyertai program


tarbiah sebagai bekalan rohani dan juga persediaan diri untuk terjun ke dalam masyarakat
kelak.

Di antara program-program tersebut ialah:

i. Sembahyang berjemaah
ii. Jemputan tahlil dan doa selamat
iii. Bacaan ta'lim
iv. Kuliah dan tazkirah
v. Qiamullail
vi. Puasa sunat (khamis)
vii. Imam Terawih
viii. Qasidah
ix. Usrah
x. Rehlah / Mukhayyam / Lawatan sambil belajar
xi. Pertandingan Tahfiz Al-Quran

5.0 PAKAIAN SERAGAM


Pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam Tahfiz Desaria semasa waktu rasmi madrasah
iaitu: -
i. Jubah putih, kopiah putih dan serban putih
ii. Ridak dan stokin
Pada waktu-waktu lain, pelajar dibenarkan memakai mana-mana pakaian yang sopan,
menutup aurat dan mengikut kesesuaian sebagai contohnya jubah atau baju melayu untuk
sembahyang lima waktu atau menghadiri kelas tahfiz Al-Quran.

6.0 KONSEP PENGAJARAN


Guru memastikan semua pelajar duduk di dalam bulatan. Warna hijau adalah guru yang
mengajar. Di dalam kumpulan tersebut. Guru memulakan dengan set Induksi.

i. Memberi salam
ii. Membaca Mathurat
iii. Membaca surah-surah harian
a. Isnin: Ad-Dukhan
b. Selasa: Al-Hasyr & Ar-Rahman
c. Rabu: Al-Waqiah & Luqman
d. Khamis: As-Sajdah
e. Jumaat: Al-Kahfi
f. Sabtu: Al-Insan
iv. Menasyidkan Asmaul Husna
v. Bacaan Ikrar Pelajar
vi. Membaca Doa Penerang Hati dan Doa Menghafaz Al-Quran
vii. Mulakan kelas
viii. Perhatian bahasa sistem pengajian adalah (1 to 1) iaitu guru akan mengajar atau
mendengarkan hafazan seorang demi seorang. Berdasarkan kebijaksanaan guru untuk
membuat pembahagian masa dan muka surat. Contoh:

4 jam = 60 minit x 4 jam = 240 minit. Setiap guru mengajar 8 orang pelajar. Maka setiap
seorang mendapat 30 minit.

ix. Khusus untuk kelas Nazirah, guru meminta pelajar Al-Quran membuat bacaan sendiri
iaitu melancarkan terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya 2 mukasurat untuk sehari dan
bergantung kepada tahap kelancaran pelajar.
x. Khusus kelas hafazan pula, guru meminta untuk membaca sebanyak 40 kali sebelum
mula menghafaz. Sekurang-kurangya 1 muka surat sehari dan bergantung tahap
kecepatan pelajar dalam menghafal.
xi. Guru harus menggunakan kebijaksanaan untuk menentukan giliran pelajar dan
memastikan pelajar tidak termenung, bercakap, bermain atau membuat bising.
xii. Guru juga boleh meminta pelajar lain lain ataupun pelajar yang lebih senior membantu
rakan pelajar yang lain, seperti menyemak bacaan Al-Quran dan menyemak hafazan
pelajar sebelum tiba giliran untuk berdepan dengan guru.
xiii. Guru wajib merekod setiap pencapain pelajar di dalam buku rekod harian.
7.0 SISTEM REKOD
Rekod merupakan perkara penting dalam melihat pencapaian setiap pelajar. Oleh itu guru
wajib merekod pencapaian pelajar di dalam buku rekod harian.

Setiap pelajar telah disediakan buku rekod pencapaian, pelajar hanya perlu mengisi tarikh,
hari dan jumlah bacaan ataupun hafalan yang dihantar setiap hari.

8.0 SISTEM UJIAN


Pelajar perlu mengambil ujian 2 kali setahun. Ujian terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

i. Ujian bacaan
ii. Ujian bertulis
iii. Ujian hafazan

9.0 SISTEM DISIPLIN & PEMBENTUKAN AKHLAK

Mengawal pelajar dan menjaga disiplin mereka adalah sesuatu yang agak sukar jika guru
tidak dapat menangani dengan baik. Di dalam sistem pendidikan agama, satu perkara yang
penting juga adalah pembentukan akhlak. Orang yang belajar agama, tetapi tidak berakhlak
adalah sesuatu yang janggal dan pelik. Namun terdapat sebahagian sekolah hanya mengajar
matapelajaran agama tetapi tidak membentuk akhlak pelajar. Hal ini kerana apa yang diajar
tidak dipindahkan kepada pelajar menjadi amalan serta guru tidak berupaya mendidik
pelajar agar mengubah tingkahlaku mereka kepada lebih baik. Akhlak merupakan sesuatu
perkara yang subjektif namun ia boleh diuukur. Kaedah untuk mengukur akhlak pelajar
dengan mengajar mereka perihal adab-adab. Pelajar yang tidak tahu adab adalah pelajar
yang tidak berakhlak. Oleh itu tugas guru memastikan pelajar sentiasa beradab dan
berakhalak mulia.
Contoh:
i. Guru memastikan pelajar masuk ke kelas dengan memberi salam dan bersalaman
ii. Guru memastikan pelajar tidak menjerit dengan kuat
iii. Guru memastikan pelajar tidak mengejek rakan-rakan
iv. Guru memastikan pelajar menjaga kebersihan kelas dan asrama
v. Guru memastikan pelajar menghormati orang yang lebih tua
vi. Guru memastikan pelajar menghormati tetamu yang hadir
vii. Guru memastikan pelajar menghormati ibu bapa dan guru
viii. Guru memastikaqn pelajar mengucapkan perkataan yang baik-baik sahaja.

9.0 MENU MAKAN PELAJAR TAHFIZ DESARIA

Minggu 1

Hari Sarapan Makan Tengah Hari Makan Malam


Waktu (8.30 Am) (2.00 Pm) (6.30 Pm)
Nasi Daging Asam
Ahad Nasi Goreng Nasi Ayam Kicap
Pedas

Isnin Nasi Lemak Nasi Ayam Sup Nasi Ayam Rendang

Selasa Mee Goreng Nasi Ayam Kari Nasi Ayam Kurma

Nasi Ayam Goreng


Rabu Sandwich Sardin Nasi Ayam Paprika
Berempah

Khamis Roti Wrap - Nasi Ayam Butter Milk

Nasi Daging
Jumaat Koko Krunch Nasi Tomyam
Blackpaper
Sabtu Kuew Teow Nasi Ayam Berlada Nasi Ayam Halia

Minggu 2

Hari Sarapan Makan Tengah Hari Makan Malam


Waktu (8.30 Am) (2.00 Pm) (6.30 Pm)
Nasi Ayam Goreng
Ahad Burger Ayam Kari Ayam
Berempah

Isnin Nasi Lemak Nasi Daging Kurma Nasi Ayam Rendang

Selasa Maggi Goreng Nasi Keli Sambal Nasi Ayam Kunyit

Rabu Nasi Lemak Nasi Ayam Kicap Nasi Ayam Korea

Khamis Spaghetti Carbonara Nasi Ayam

Nasi Ayam Goreng


Jumaat Roti Wrap Nasi Ayam Kurma
Kuah Kari
Nasi Ikan Kembung
Sabtu Bihun Singapore Nasi Ayam Asam Pedas
Goreng Sup Sayur

Minggu 3

Hari Sarapan Makan Tengah Hari Makan Malam


Waktu (8.30 Am) (2.00 Pm) (6.30 Pm)
Nasi Ayam Masak
Ahad Mee Goreng Nasi Ayam Kicap
Lemka
Nasi Ayam Goreng
Isnin Nasi Lemak Nasi Kari Ayam
Berempah
Roti Telur Hancur Nasi Ikan Keli Goreng
Selasa Nasi Ayam Berlada
Dan Sosej Sambal
Rabu Spaghetti Bolognese Nasi Ayam Asam Pedas Nasi Ayam Kicap

Nasi Goreng Chicken


Khamis Nasi Goreng
Chop

Jumaat Sandwich Sardine Nasi Kari Daging Nasi Ayam Butter

Sabtu Mee Goreng Basah Nasi Ayama Berlada Nasi Ayam Black Paper

Minggu 4

Hari Sarapan Makan Tengah Hari Makan Malam


Waktu (8.30 Am) (2.00 Pm) (6.30 Pm)

Ahad Nasi Lemak Nasi Lauk Ikan Nasi Ayam Kunyit

Isnin Nasi Lemak Nasi Tomato Nasi Ayam Kicap

Selasa Kuew Teow Goreng Nasi Ayam Goreng Nasi Ayam

Cokodok / Kuih
Rabu Nasi Ayam Berempah Nasi Ayam Merah
Muih

Khamis Roti Canai Nasi Ayam Buttermilk

Jumaat Mee Goreng Nasi Lauk Ikan Nasi Minyak

Sabtu Kuih Muih Nasi Lauk Ayam Kunyit Nasi Daging Blackpaper
10.0 JADUAL HARIAN PELAJAR TAHFIZ

MASA
ISNIN – KHAMIS JUMAAT SABTU - AHAD
HARI
BANGUN TIDUR | MANDI | BANGUN TIDUR | MANDI |
4.30 AM – 5.30 AM BANGUN TIDUR | MANDI | KHIDMAT DIRI
KHIDMAT DIRI KHIDMAT DIRI
TAHAJUD | TAUBAT | HAJAT | TAHAJUD | TAUBAT | HAJAT |
5.30 AM – 5.45 AM TAHAJUD | TAUBAT | HAJAT | WITIR
WITIR WITIR
SUBUH | MA’THURAT | SURAH HARIAN | ISNIN: SUBUH | MA’THURAT | SURAH SOLAT SUBUH | MA’THURAT |
SUBUH – 7.00 AM
ASMAUL-HUSNA | IKRAR PELAJAR HARIAN SURAH HARIAN

7.00 AM – 8.30 AM KELAS KITAB MUDIR | TASMI’ (BARU)| DHUHA KELAS KITAB MUDIR | DHUHA KULIAH SUBUH | DHUHA

8.30 AM – 9.00 AM SARAPAN SARAPAN SARAPAN

BERJOGGING | BERSUKAN | MANDI


9.00 AM – 11.00 AM TASMI’ (BARU) SILAT
| TIDUR SEBELUM JUMAAT
ISNIN & SELASA: KELAS ARAB (USTAZ RAHIMI)
11.00 AM – 12.00 PM RABU: FARDHU AIN (USTAZ HABIB) KHIDMAT DIRI SEBELUM JUMAAT MANDI | KHIDMAT DIRI
KHAMIS: FARDHU AIN/TAJWID/QASIDAH (USTAZ HAFIF)

12.00 PM - ZOHOR KHIDMAT DIRI | QAILULLAH BACAAN AL-KAHFI QAILULLAH

ZOHOR -
ZOHOR SOLAT JUMAAT ZOHOR
2.00 PM
TASMI' BARU / MURAJAAH
2.00 – 2.30 PM TASMI' BARU / MURAJAAH (ULANGAN)
(ULANGAN)
MAKAN TENGAH HARI | AKTIVITI
2.30 PM – 3.00 PM MAKAN TENGAH HARI MAKAN TENGAH HARI
BEBAS

3.00 PM - ASAR MURAJAAH (ULANGAN) MURAJAAH (ULANGAN)

ASAR – 6.30 PM ASAR | RIADAH ASAR | RIADAH ASAR | RIADAH

MANDI | KHIDMAT DIRI | MAKAN MANDI | KHIDMAT DIRI | MAKAN


6.30 PM - MAGHRIB MANDI | KHIDMAT DIRI | MAKAN MALAM
MALAM MALAM
MAGHRIB | KELAS HAFAZ | ISYA’ | MAGHRIB | KELAS HAFAZ | ISYA’ |
MAGHRIB | KELAS HAFAZ | ISYA’ | BACAAN AYAT 33 |
MAGHRIB – 10.15 PM BACAAN AYAT 33 | AL-KAHFI | AL- BACAAN AYAT 33 | AL-KAHFI | AL-
AL-KAHFI | AL-MULK
MULK MULK
KHIDMAT DIRI | TUTUP LAMPU KHIDMAT DIRI | TUTUP LAMPU
10.45 PM – 4.30 PM KHIDMAT DIRI | TUTUP LAMPU ASRAMA | TIDUR
ASRAMA | TIDUR ASRAMA | TIDUR
11.0 SISTEM KERJASAMA

Diharapkan semua kakitangan sentiasa bekerjasama dalam menjalankan setiap


tanggungjawab dan mematuhi sistem yang diwujudkan. Hal ini bagi menjamin Pusat Tahfiz
Desaria dapat diurus dan dijaga dengan lebih baik.

Kakitangan tidak boleh berasa tidak puas hatu jika kerja dilakukan lebih dari orang lain.
Semua kerja hendaklah diserahkan Kembali kepada Allah SWT. Hanya Allah sahaja yang
dapat membalasnya. Jika terdapat sebarang ketidakpuasan hati maka semua diminta
dibawa ke meja perbincangan masalah yang wujud dapat diselesaikan dengan segera dan
baik.

12.0 PENUTUP
Semoga dengan usaha murni ini akan mendapat balasan dan rahmat dari Allah SWT dan
program seperti ini bakal melahirkan generasi celik Al-Quran, cinta ilmu dan patuh kepada
ajaran Islam

Anda mungkin juga menyukai