Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PENGETUA

Puan hjh Rozita binti anjuh


PENGETUA smk bugaya
- SEMPENA LARIAN AMAL JOGATHON-
(08 FEBRUARI 2020)

Terima Kasih Pengerusi Majlis.

Yang Berbahagia,

Yang Berusaha,

Yang Dihormati

Pengerusi PIBG SMK Bugaya

Yang Dihormati
Tuan Haji Zaini bin Mat
Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Hjh Rusnah binti Hj Apdal


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Rabbana bin Hj Kaluang


Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Masni binti Hj Ullong


Penolong Kanan Pra U
Encik Yousof bin Mohammad
Penolong Kanan Petang

Barisan Guru, Ahli-Ahli PIBG, Para Ibu Bapa dan para pelajar yang saya kasihi
sekalian.

Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan


selamat datang dan terima kasih atas kesudian __________________________
meluangkan masa untuk hadir dan merasmikan program Larian Amal Jogathon
SMK Bugaya kali pertama ini.

Indah permatang, di hujung pekan,


Mengusik rawan, mata berlinang,
Selamat datang kami ucapkan,
Budi tuan, sentiasa dikenang.

Saya bagi pihak seluruh warga SMK Bugaya juga mengucapkan selamat datang
kepada semua tetamu yang hadir bersama-sama meraikan dan memeriahkan
Larian Amal Jogathon pada tahun ini. Terima kasih saya ucapkan kepada guru-
guru yang telah bertungkus-lumus bermula dengan acara merentas pantai dan
program IM1S. Hakikatnya, apa jua program yang dijalankan memerlukan
pengorbanan masa dan tenaga. Dalam masa yang sama, pihak sekolah tidak
pernah mengabaikan kepentingan akademik.

Sesungguhnya kepentingan sukan sama utama dengan kepentingan akademik.


Kepada para pelajar tahniah saya ucapkan atas kegigihan mengambil bahagian
demi semangat berpasukan. Saya yakin semangat ini jika dipindahkan ke dalam
bilik darjah akan memberikan impak yang tinggi kepada pencapaian akademik
para pelajar.

Hadirin yang  dihormati,

Pihak sekolah sentiasa mendukung hasrat KPM dengan sentiasa


responsif terhadap keperluan pelajar ke arah pemupukan dan membina bakat
bagi murid yang berkecenderungan memilih kerjaya mereka dalam apa jua
bidang sukan. Dasar 1 Murid 1Sukan yang diperkenalkan mewajibkan setiap
murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini
menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat
untuk melahirkan insan yang seimbang. Justeru dengan dasar ini, setiap murid
akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah
sepanjang tahun.

Kejohanan sukan yang djalankan merupakan agenda besar dalam


kalendar sekolah. Kepada para pelajar yang terserlah kecemerlangannnya
dalam bidang sukan diharapkan boleh menjadi atlet berpotensi untuk
diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi bagi mewakili daerah, negeri dan
negara.

 Sidang hadirin yang dihormati,

Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan murid-


murid yang cergas fizikal dan mental. Menerusi latihan yang konsisten dan
seimbang daripada pelbagai aspek yang merangkumi minda, fizikal, otot, saraf
dan emosi, sukan juga mampu membentuk seorang murid yang cergas, patuh
dengan aturan dan secara tidak langsung  membentuk seorang atlet yang 
berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai  jati diri yang
kental serta mempunyai daya kepimpinan.

Hadirin yang dihormati,

Dasar 1 Murid 1 Sukan merupakan satu langkah yang tepat untuk


mencapai matlamat tersebut. Dasar  yang mewajibkan setiap murid yang sihat
mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah bukan sahaja
mampu mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah dan mengeratkan
perpaduan warga sekolah serta masyarakat setempat,  malahan, pendekatan ini
akan menjadi pemangkin ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kejohanan  ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi


sesuatu acara, perkara yang lebih penting ialah kejohanan ini memberikan
pendidikan secara tidak langsung kepada murid-murid dan atlet bahawa
kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang rapi
dan pengorbanan. Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui
perjuangan yang berterusan. Kejohanan ini juga adalah landasan ke arah
perpaduan, menjalin sifat hormat-menghormati dan semangat kerjasama yang
tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah untuk membentuk sebuah masyarakat
dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan saling berkasih sayang.

  Saya merasakan  kejohanan ini merupakan medan terbaik untuk guru-


guru mencipta kreativiti memacu semangat pelajar, manakala para pelajar pula 
berpeluang mengerah kudrat melepaskan beban emosi dengan berlari sederas
yang mungkin, maka akan terciptalah momentum yang dapat menjana tenaga
dalaman seterusnya menjadi juara.
Kepada ibu bapa, saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan
memberikan sokongan kepada anak-anak  untuk bergiat cergas dalam aktiviti
kokurikulum kerana potensi dan penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum
akan membantu pelajar mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum.

Akhir kata, terima kasih kepada Tuan Hj.Bad Hamid Bin Hj.Musli yang
sudi hadir merasmikan kejohanan sukan kali ini, terima kasih kepada guru-guru,
terima kasih kepada ibu bapa yang menyokong anak-anak, para hadirin dan
terima kasih kepada para pelajar yang bersemangat mengambil bahagian.

Harum pesona, bunga kemboja,


Disusun dara, dari Mandilin;
Sukan menjana , semangat waja,
Sentiasa ceria, unggul disiplin.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai