Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AJK HADIAH DAN CENDERAMATA

PAMERAN PERSATUAN MATEMATIK SEMPENA HARI KOKURIKULUM


PERINGKAT IPG KAMPUS DARULAMAN 2013

Pada 7 Oktober 2013 hingga 9 Oktober 2013, seramai 21 orang guru pelatih
Semester 6 Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(PISMP) bagi kelas Matematik-
Pendidikan Rendah telah melibatkan diri dalam program pameran Persatuan Matematik
sempena Hari Kokurikulum Peringkat IPG Kampus Darulaman 2013. Oleh itu, kami,
Bazlin Shafik bin Bakri dan Nur Diyana binti Zali dilantik dan diberi tanggungjawab
dalam Ahli Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata.

Sebagai AJK Hadiah dan Cenderamata, kami dipertanggungjawabkan untuk


menyediakan hadiah dan cenderamata sempena pameran matematik. Cenderamata
akan diberikan kepada setiap pengunjung dan pelawat yang mengunjung tapak
pameran kami. Manakala, hadiah akan diberikan untuk pengunjung yang menyertai dan
memenangi pertandingan yang diadakan. Pemilihan untuk hadiah dan cenderamata
dibincangkan dalam mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa yang lain di dalam
mesyuarat iaitu pada 1 Oktober 2013. Kami sepakat untuk memilih penanda buku
sebagai cenderamata dan kole seramik serta gula-gula sebagai hadiah. Hadiah akan
diberi mengikut pertandingan yang berlangsung seperti pertandingan Sudoku, kiub
rubik, “Cup Song Challenge”, anggar biji guli, “magic square” dan tangram.

Bagi menjimatkan kos, kami membuat sendiri penanda buku tersebut. Kami telah
menyediakan lebih 100 penanda buku untuk diedarkan kepada pengunjung dan
pelawat. Manakala bilangan hadiah yang disediakan mengikut bilangan pertandingan
yang dipertandingkan. Untuk setiap pertandingan, kami hanya menyediakan satu
hadiah iaitu untuk johan sahaja.

Pada hari pameran, kami selaku AJK Hadiah dan Cenderamata berperanan
mengedarkan dan memberi cenderamata kepada setiap pelawat. Kami juga sentiasa
memastikan bilangan penanda buku mencukupi untuk diedarkan kepada pengunjung.
Selain itu, kami juga mendapatkan maklumat berkenaan pemenang untuk setiap
pertandingan. Setelah maklumat pemenang diperoleh, AJK Hadiah dan Cenderamata
menyerahkan hadiah kepada ahli persatuan yang bertugas dalam setiap pertandingan.
Hadiah disampaikan dalam sesi penyampaian hadiah. Pengerusi induk, iaitu Ibrahim
bin Halim bertindak untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Setelah pameran tamat, AJK Hadiah dan Cenderamata melakukan post mortem
terhadap bidang tugas yang dijalankan. Kami dapati berlaku lebihan cederamata iaitu
penanda buku. Namun begitu, ia tidak begitu memberi impak yang negatif kerana
bilangan penanda buku yang lebih tidak terlalu banyak iaitu sepuluh keping. Bagi
hadiah pula, kami dapat menyediakan hadiah yang mencukupi dan memberi kepuasan
kepada para pemenang. Justeru itu, kami sangat berpuas hati dengan tugas yang kami
jalankan kerana kami dapat menyediakan hadiah dan cenderamata dengan kos
perbelanjaan yang optimum.

Tugas akhir AJK Hadiah dan Cenderamata ialah menyediakan laporan bertulis
berkaitan tugas yang dilaksanakan bagi melaporkan tindakan tugasan sebelum,
semasa dan selepas pameran.

Kesimpulannya, AJK Hadiah dan Cenderamata telah menjalankan tugas dengan


lancar dan juga menimba banyak ilmu dalam sepanjang program ini. Semuanya
menjadi panduan kami dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru dalam
menerima pelbagai jenis tugasan yang telah diamanahkan bagi menguruskan sesuatu
organisasi kelak.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, 10 Oktober 2013

............................................

(NUR DIYANA BINTI ZALI)


Ajk Hadiah Dan Cenderamata,
Pameran Matematik Sempena Hari Kokurikulum Peringkat Ipg Kampus Darulaman
2013

Anda mungkin juga menyukai