Anda di halaman 1dari 13

SULIT

NAMA :

TINGKATAN :

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN UNIVERSITI 2


JOHOR BAHRU

UJIAN KURIKULUM 1 TAHUN 2022


SAINS 1511
Tingkatan Lima
Mei
1½ jam

BAHAGIAN A – JAWAB SEMUA SOALAN (30 markah)

1. Alat-alat berikut merupakan alat perlindungan diri yang patut digunakan semasa
menjalankan eksperimen di makmal kecuali

A. topeng muka.
B. kot makmal.
C. kasut getah.
D. dosimeter.

2. Rajah di bawah menunjukkan sebuah kebuk wasap.

Fungsi kebuk wasap adalah

A. untuk mengalirkan udara yang dicemari dengan wap-wap berbahaya ke luar.


B. untuk memanaskan bahan kimia.
C. untuk menyimpan bahan kimia.
D. untuk mengeringkan spesimen.

[Lihat halaman sebelah


1511 @ 2022 Hak Cipta SMK Taman Universiti 2 SULIT
SULIT
2

3. Seorang pelajar menjalankan eksperimen yang berkaitan dengan mikrobiologi. Antara yang
berikut, yang manakah sesuai digunakan untuk melindungi dirinya?

A. Gogal

B. Kebuk wasap
C. Pembilas mata
D. Kabinet aliran laminar

4. Antara berikut, yang manakah adalah cara pengendalian sisa biologi yang betul?
A. Buang sisa biologi ke dalam singki

B. Dedahkan sisa biologi kepada cahaya matahari


C. Masukkan sisa biologi ke dalam beg plastik biobahaya sebelum dilupus
D. Isikan botol penuh dengan sisa biologi dan simpan di bilik penyimpanan barang

5. Encik Azman telah menjalankan audit alat pemadam api di sebuah sekolah. Perkara yang
manakah tidak perlu diaudit?

A. Tarikh luput

B. Tarikh pembelian
C. Jenis pemadam api
D. Lokasi pemadam api

6. Antara berikut, yang manakah padanan manakah yang betul?

Jenis pemadam api Jenis kebakaran


A. Air Minyak
B. Buih Elektrik
C. Serbuk kering Logam
D. Karbon dioksida Kertas

7. Bilakah seseorang memerlukan CPR?

A. Apabila tiada degupan jantung

B. Apabila muntah berdarah


C. Apabila hidung berdarah
D. Apabila tercekik
8. Bagaimanakah anda membuka laluan saluran pernafasan mangsa yang tidak sedarkan diri?

[Lihat halaman sebelah


1511 @ 2022 Hak Cipta SMK Taman Universiti 2 SULIT
SULIT
3

A. Tujah rahang

B. Tolakkan dagu ke atas


C. Dongakkan kepala dan tujahkan rahang
D. Dongakkan kepala dan angkat dagu ke atas

9. Rajah di bawah menunjukkan cara yang betul untuk memberikan tekanan dada bagi
meneruskan fungsi jantung.

Apakah kesan memberikan tekanan melebihi 6 cm pada dada mangsa?

A. Jantung dapat mengepam dengan lebih baik

B. Pendarahan dalaman
C. Patah tulang rusuk
D. Mangsa pengsan

10. CPR penting untuk

A. membantu mangsa tercekik.


B. mengubati serangan jantung.
C. mengelakkan serangan jantung.
D. membantu memulihkan peredaran darah.

11. Berikut merupakan cara-cara memeriksa sama ada mangsa bernafas atau tidak kecuali

A. perhatikan dada mangsa sama ada turun atau naik.


B. rasa hembusan nafas mangsa pada pipi anda.
C. dengar hembusan nafas mangsa.
D. lihat pergerakan badan mangsa.

12. Anda menghadapi seorang dewasa yang tidak sedarkan diri dan tidak bernafas. Apakah
yang perlu anda lakukan terlebih dahulu?

[Lihat halaman sebelah


1511 @ 2022 Hak Cipta SMK Taman Universiti 2 SULIT
SULIT
4

A Periksa respons mangsa


. Mulakan CPR dengan 30 mampatan dada
B.
C Berikan lima kali bantuan pernafasan awal
. Hubungi 999 meminta defibrilator luaran automatik (AED) dan ambulans.
D
.

13. Berikut merupakan keadaan individu yang memerlukan CPR kecuali

A. panahan petir.

B. renjatan elektrik.
C. serangan jantung.
D. demam panas berpanjangan.

14. Satu siri tujahan abdomen dipanggil

A. tercekik.
B. mampatan.
C. Heimlich Manoeuvre.
D. resusitasi kardiopulmonari.

15. Tanda untuk seseorang tercekik ialah

A. memegang leher dengan satu atau dua tangan.

B. melambai kedua-dua tangan di udara.


C. menggosok leher dengan tangan.
D. menutup kedua-dua mata.

16. Apabila melakukan tujahan abdomen, anda harus membuat genggaman tangan

A. di antara pusat dengan bawah rusuk mangsa.


B. di bawah pusat dan perut mangsa.
C. di atas pusat mangsa.
D. di belakang mangsa.

[Lihat halaman sebelah


1511 @ 2022 Hak Cipta SMK Taman Universiti 2 SULIT
SULIT
5

17. Apakah posisi yang sesuai untuk melakukan Heimlich Manoeurve ke atas mangsa yang
tercekik?

A. Duduk di atas kerusi


B. Bersandar pada dinding
C. Bongkokkan badan ke hadapan
D. Berdiri tegak dan pandang ke hadapan

18. Berikut merupakan cara-cara mengelakkan diri daripada tercekik kecuali

A. makan dan telan dengan cepat.


B. elakkan bercakap ketika makan.
C. potong makanan kepada saiz yang kecil.
D. simpan objek kecil jauh daripada kanak-kanak.

19. Apakah yang patut anda lakukan jika anda makan berseorangan dan tercekik?

A. Telefon ambulans
B. Tekan perut dengan bantal
C. Melakukan teknik menekan perut menggunakan kerusi
D. Jolokkan jari ke dalam mulut untuk mengeluarkan makanan

20. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai Heimlich Manoeurve?

A Teknik tekanan dada pada bahagian sternum


.
B Renjatan elektrik yang dialirkan kepada jantung
. Jari dijolok ke dalam mulut untuk mengeluarkan makanan
C Teknik menekan perut ini mengaplikasikan penolakan udara secara mengejut
.
D
.

21. Apakah kepentingan mengetahui suhu badan?

A. Untuk mengubat diri sendiri

B. Sebagai penilaian awal penyakit yang serius


C. Supaya kita boleh pindah ke tempat sejuk atau panas

[Lihat halaman sebelah


1511 @ 2022 Hak Cipta SMK Taman Universiti 2 SULIT
SULIT
6

D. Supaya kita boleh menentukan jenis pakaian yang sesuai

22. Doktor kanak-kanak tidak menggunakan termometer makmal semasa melakukan


pemeriksaan suhu badan kerana

A. harganya mahal.
B. batang termometer terlalu panjang.
C. ia diperbuat daripada plastik dan mengandungi merkuri.
D. tidak mempunyai bahagian pencerutan pada turus merkuri.

23. Semasa wabak, pihak berkuasa di lapangan terbang perlu menjalankan saringan suhu
badan penumpang yang tiba dari luar negara. Kaedah manakah adalah terbaik?

A. Menyentuh dahi

B. Gunakan termometer rektal


C. Gunakan termometer termal
D. Gunakan termometer makmal

24. Manakah faktor-faktor yang mempengaruhi kadar denyutan nadi?

P. Umur
Q. Cuaca
R. Jantina
S. Aktiviti fizikal

A. P, Q dan S
B. P, R dan S
C. P, Q dan R
D. P, Q, R dan S

25. Antara yang berikut, alat yang manakah dipadankan dengan kegunaan yang betul?

Alat Fungsi
A. Stetoskop Digunakan ketika dialisis
[Lihat halaman sebelah
1511 @ 2022 Hak Cipta SMK Taman Universiti 2 SULIT
SULIT
7

B. Dosimeter Menghasilkan imej organ


C. Sfigmomanometer Mengukur tekanan darah
D. Termometer rektal Mengukur suhu pada jarak jauh

26. Antara berikut bacaan manakah yang menunjukkan tekanan darah paling baik

A. 150/100 mmHg
B. 120/80 mmHg
C. 100/60 mmHg
D. 60/40 mmHg

27. Rajah di bawah menunjukkan bacaan tekanan darah bagi seorang dewasa.

135/86 mmHg

Antara yang berikut, yang manakah kategori tekanan darah bagi orang dewasa itu?

A. Normal
B. Berisiko
C. Tekanan darah tinggi peringkat 1
D. Tekanan darah tinggi peringkat 2

28. Apakah penyakit yang berisiko dihadapi oleh individu yang mempunyai Indeks Jisim Badan
melebihi julat normal?

W Osteroporosis
X Hipertiroidisme
Y Diabetes melitus
Z Tekanan darah tinggi

A. Y dan Z
B. X dan Z
C. W dan Z
D. W, Y dan Z

[Lihat halaman sebelah


1511 @ 2022 Hak Cipta SMK Taman Universiti 2 SULIT
SULIT
8

29. Hitung BMI bagi seorang lelaki yang mempunyai berat badan 73 kg dan ketinggian 1.73 m.

A. 24.4 kg m-2
B. 25.4 kg m-2
C. 27.5 kg m-2
D. 28.4 kg m-2

30. Jika BMI anda ialah 28.0 kg m-2, apakah kategori BMI anda?

A. Obesiti

B. Jisim badan unggul


C. Kurang jisim badan
D. Berlebihan jisim badan

NAMA : ....................................................... TINGKATAN : 4 ........................


Lorekkan jawapan bagi semua soalan yang diberikan dalam ruang yang disediakan
1 =A= =B= =C= =D=
2 =A= =B= =C= =D=
3 =A= =B= =C= =D=
4 =A= =B= =C= =D=
5 =A= =B= =C= =D=
6 =A= =B= =C= =D=

[Lihat halaman sebelah


1511 @ 2022 Hak Cipta SMK Taman Universiti 2 SULIT
SULIT
9

7 =A= =B= =C= =D=


8 =A= =B= =C= =D=
9 =A= =B= =C= =D=
10 =A= =B= =C= =D=
11 =A= =B= =C= =D=
12 =A= =B= =C= =D=
13 =A= =B= =C= =D=
14 =A= =B= =C= =D=
15 =A= =B= =C= =D=
16 =A= =B= =C= =D=
17 =A= =B= =C= =D=
18 =A= =B= =C= =D=
19 =A= =B= =C= =D=
20 =A= =B= =C= =D=
21 =A= =B= =C= =D=
22 =A= =B= =C= =D=
23 =A= =B= =C= =D=
24 =A= =B= =C= =D=
25 =A= =B= =C= =D=
26 =A= =B= =C= =D=
27 =A= =B= =C= =D=
28 =A= =B= =C= =D=
29 =A= =B= =C= =D=
30 =A= =B= =C= =D=
BAHAGIAN B – JAWAB SEMUA SOALAN SOALAN (20 markah)

1 Rajah 1 menunjukkan satu keratan akhbar mengenai suatu kemalangan yang berlaku di sebuah
makmal sains.

Dua Murid Dicemari Merkuri, Termometer Pecah di Makmal Sains


Khamis, 28 Julai 2020

Kepala Batas: Dua murid lelaki dikuarantin selepas tercemar dengan merkuri daripada sebuah
termometer yang jatuh dan pecah di makmal sains Sekolah Kebangsaan Pokok Sena. Kedua-dua
[Lihat halaman sebelah
1511 @ 2022 Hak Cipta SMK Taman Universiti 2 SULIT
SULIT
10

murid itu didakwa terpegang merkuri selepas termometer tersebut pecah dan mereka dihantar ke
Hospital Kepala Batas untuk pemeriksaan lanjut.

Rajah 1
(a) Mengapakah merkuri digunakan dalam termometer?

_________________________________________________________________________
[1 markah]

(b) Jika anda merupakan salah seorang murid yang berada di kawasan kemalangan tersebut,
apakah tindakan pertama anda?

_________________________________________________________________________
[1 markah]

(c) Berikan tiga tindakan yang tidak boleh dilakukan semasa menguruskan tumpahan
merkuri.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

[3 markah]

2 Satu eksperimen dijalankan untuk mengkaji kadar denyutan nadi dua kumpulan murid yang
berlainan. Kadar denyutan nadi dua kumpulan murid tersebut ditunjukkan dalam Jadual 2.

Aktiviti Kadar denyutan nadi (bpm)


fizikal Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Bacaan
purata
Berlari
selama 10 147 150 141 164
minit

Duduk
[Lihat halaman sebelah
1511 @ 2022 Hak Cipta SMK Taman Universiti 2 SULIT
SULIT
11

selama 10 125 112 118 121


minit
Jadual 2

(a) Nyatakan pemboleh ubah dalam eksperimen ini

(i) Pemboleh ubah dimanipulasikan


____________________________________________________________

(ii) Pemboleh ubah bergerak balas


__________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Lengkapkan Jadual 2 dengan menghitung bacaan purata kadar denyutan nadi setiap
kumpulan.
[2 markah]

(c) Nyatakan satu faktor lain selain aktiviti fizikal yang boleh mempengaruhi kadar denyutan
nadi.

[1 markah]

3 Rajah 3 menunjukkan keadaan sebatang sungai yang dicemari dengan sisa buangan makmal.

[Lihat halaman sebelah


1511 @ 2022 Hak Cipta SMK Taman Universiti 2 SULIT
SULIT
12

Rajah 3
a) Antara bahan-bahan kimia yang boleh dibuang ke dalam sinki ialah bahan-bahan yang
mempunyai nilai pH antara 5 hingga 9.

(i) Beri dua contoh sisa bahan kimia yang tidak boleh dibuang ke dalam sinki.

____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
[2 markah]

(ii) Nyatakan dua kesan pelupusan sisa kimia yang tidak wajar kepada alam sekitar.

____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
[2 markah]

b) Cadangkan satu cara untuk melupuskan bahan-bahan kimia tanpa menjejaskan alam sekitar.

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[1 markah]

4 Rajah 4 menunjukkan Nadia cuba menyelamatkan seorang lelaki yang lemas di kolam renang.

[Lihat halaman sebelah


1511 @ 2022 Hak Cipta SMK Taman Universiti 2 SULIT
SULIT
13

Rajah 4

a) Apakah langkah pertama Nadia?

_________________________________________________________________________
[1 markah]

b) Pada pendapat anda, jika Nadia membiarkan sahaja mangsa tanpa membantunya, apakah yang
mungkin akan berlaku kepada mangsa?

_________________________________________________________________________
[1 markah]
c) Bulatkan cara memberi tekanan dada yang betul kepada mangsa.
30 kali tekanan dada, 20 kali tekanan dada, 10 kali tekanan dada,
2 kali hembusan 1 kali hembusan 2 kali hembusan

[1 markah]

d) Wajarkan langkah meletakkan mangsa dalam posisi pemulihan jika mangsa sudah dapat
bernafas secara normal.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

[2 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

______________________ ______________________ ___________________


_
(SHAHIZAR BIN MD (AMINUDDIN HASSAN) (TEY SU LEE)
SALLEH)
[Lihat halaman sebelah
1511 @Guru Sains
2022 Hak Cipta SMK Taman Universiti 2 Ketua Panitia Sains Ketua Bidang Sains &
SULIT
SMK Taman Universiti 2 SMK Taman Universiti 2 Matematik
SMK Taman Universiti 2

Anda mungkin juga menyukai