Anda di halaman 1dari 5

1.

Doa ditimpa musibah

‫ف ِِل َخ ْ ًْيا ِمْن َها‬ ِ ‫ وأ‬،‫صي ب ِِت‬


ِ ِ ِ ِِ
ُ ،‫إِ اَّن اّلِل َوإِ اَّن إِلَْيه َراجعُو َن‬
ْ َ َ ْ ‫الله ام أْ ُجْرِِن ِِف ُم‬
ْ ‫َخل‬
Maksudnya: sesungguhnya kita milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kita
kembali. Ya Allah berilah pahala atas musibahku dan gantilah untukku yang lebih baik
(dari musibah ini).

Fadilat: siapa baca doa ni, Allah pasti ganti untuknya yang lebih baik (Hadis sahih
riwayat Muslim, no 918)

Nota: nabi SAW ziarah jenazah Abu Salamah yang gugur dalam perang dan mengajar
doa ini kepada Ummu Salamah, isteri sahabat yang wafat itu. Ummu Salamah
membacanya tetapi berkata bahawa tiada siapa yang boleh ganti tempat suaminya
yang dikasihi. Lepas beberapa tempoh masa, nabi SAW utus seorang sahabat
meminang Ummu Salamah. Lepas bernikah dengan nabi SAW, Ummu Salamah sedar
bahawa Allah SWT gantikan untuknya suami yang paling mulia di atas muka bumi.

2. Doa melihat orang lain ditimpa musibah

ِ ْ َ ََ‫ضلَِِن علَى َكثِ ٍْي ِِمان خل‬ ِ ِ ِ ِِ ْ


‫ض ًيَل‬ َ َ ْ َ ‫ َوفَ ا‬،‫اْلَ ْم ُد اّلِل الاذي َعافَ ِاِن ِماا ابْتَ ََل َك بِه‬
Maksudnya: segala puji bagi Allah yg menyelamatkanku dari apa yang menimpamu,
dan (segala puji bagi Allah) yang melebihkanku (banyak kelebihan) berbanding
makhluk lain yang Dia cipta.

Fadilat: siapa baca doa ni dia pasti selamat dari musibah yang dilihatnya. (HR Tirmizi,
sahih, no 3432)

3. Doa keluar rumah

ِ‫ ََل حوَل وََل قُ اوةَ إِاَل ِِب اّلِل‬،ِ‫اّلِل‬ ‫ى‬‫ل‬ ‫ع‬ ‫ت‬ ‫ل‬ ‫ا‬
‫ك‬‫و‬ ِ‫اّلِل‬ ِ ِ
َ ْ َ ‫ا‬ َ َ ُ ْ َ ‫ب ْسم ا‬
َ
Fadilat: sesiapa yang membacanya akan mendapat petunjuk, dicukupkan
keperluannya dan dipelihara dari syaitan. (HR Abu Daud, sahih, no 5095)

Nota: sedutan daripada hadis di atas, seseorang yang yang membaca doa ini malaikat
berkata kepadanya: “wahai hamba Allah engkau telah mendapat petunjuk,
dicukupkan urusanmu serta dilindungi daripada segala musuh”. Syaitan pula
menjauhinya. Ia ditegur oleh syaitan lain: “tidak mungkin kamu ganggu seseorang
yang telah diberi petunjuk, dicukupkan urusannya dan dilindungi”

Dalam hadis lain baginda SAW juga membaca doa di bawah apabila keluar rumah;

ِ ِ ‫ك أَ ْن أ‬
ْ ‫ أ َْو أ‬،‫ أ َْو أُظْلَ َم‬،‫ أ َْو أَظْل َم‬،‫ أ َْو أ َُزال‬،‫ أ َْو أَ ِزال‬،‫ُض ال‬
،‫َج َه َل‬ َ ‫ أ َْو أ‬،‫َض ال‬ َ ِ‫اللا ُه ام أَعُوذُ ب‬
‫أ َْو ُُْي َه َل َعلَ اي‬
Maksudnya: ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari sesat atau disesatkan,
menyeleweng atau diselewengkan, menzalimi atau dizalimi, atau membodohkan atau
dibodohkan. (nabi sallallahu ‘alaihi wasallam keluar rumah memandang ke langit
sambil membaca doa ini – HR Abu Daud, sahih, no 5094)

Nota: Ummu Salamah berkata nabi SAW tidak pernah keluar rumah sekali pun kecuali
menghadap wajah baginda ke langit dan membaca doa di atas.

4. Doa masuk rumah

،‫اّلِلِ َخَر ْجنَا‬


‫ َوبِ ْس ِم ا‬،‫اّلِلِ َو ََلْنَا‬
‫ بِ ْس ِم ا‬،‫ َو َخ ْ َْي الْ َم ْخَرِج‬،‫ك َخ ْ َْي الْ َم ْو ََِل‬ ْ ‫اللا ُه ام إِِِِن أ‬
َ ُ‫َسأَل‬
‫اّلِلِ َربِِنَا َ َواك ْلنَا‬
‫َو َعلَى ا‬
Maksudnya: Ya Allah sesungguhnya aku memohon pada-Mu sebaik-baik tempat
masuk dan tempat keluar. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah
kami keluar dan kepada Allah tuhan kami, kami berserah (kemudian hendaklah
seorang itu memberi salam kepada keluarganya – HR Abu Daud, hasan, no 5096)

Fadilat: syaitan akan berkata sesama mereka “tiada tempat bermalam dan tiada
makanan (untuk kita)” apabila orang masuk rumah atau makan lalu menyebut nama
Allah (sekurang-kurangnya baca bismillah) / membaca doa masuk rumah di atas.
5. doa naik kenderaan

‫ َوإِ اَّن إِ ََ َربِِنَا‬،‫َن‬ِ ِ ِ ْ ‫ و‬،ِ‫اّلِل‬ ِ


َ ‫ ُسْب َحا َن الاذي َس اخَر لَنَا َه َذا َوَما ُكناا لَهُ ُم ْق ِرِن‬،‫اْلَ ْم ُد اّلِل‬ َ ‫ب ْس ِم ا‬
‫ت ِنَْ ِسي فَا ْغ ِْْر‬ ُ ‫ك اللا ُه ام إِِِِن ظَلَ ْم‬ َ َ‫ ُسْب َحاِن‬،3x ُ‫اّلِلُ أَ ْك َب‬ ‫ ا‬،3x ِ‫اْلَ ْم ُد ِاّلِل‬
ْ ،‫لَ ُمن َقلِبُو َن‬
‫ت‬َ ْ‫وب إَِلا أَِن‬
َ ُ‫الذِن‬ُّ ‫ فَِإِناهُ َلَ يَ ْغ ِْر‬،‫ِِل‬
ُ

Maksudnya: bismillah, walhamdulillah, maha suci Tuhan yang memudahkan


kenderaan ini untuk kami sedangkan kami tidak mampu menguasainya, dan
sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Alhamdulillah 3x, Allahu
akbar 3x, maha suci Mu wahai Allah sesungguhnya aku telah berdosa, maka ampunilah
aku. Sesungguhnya tiada siapa yang mengampuni dosa kecuali-Mu. (selesai berdoa
nabi SAW senyum kerana Allah menyukai hamba yang mengakui dosanya dan
memohon keampunan daripada Allah SWT- HR Abu Daud, sahih, no 2602)

6. doa sebelum salam (hujung tasyahhud akhir)

‫ َوِم ْن فِْت نَ ِة الْ َم ْحيَا‬،‫اب الْ َق ِْب‬


ِ ‫ وِمن َع َذ‬،‫اب جهنام‬
ْ َ َ َ َ ‫ك م ْن َع َذ‬
ِ ِ َ ِ‫الله ام إِِِن أَعوذُ ب‬
ُ ِ ُ
ِ ‫ َوِم ْن َشِِر فِْت نَ ِة الْ َم ِس‬،‫ات‬
‫يح ال اد اج ِال‬ ِ ‫والْمم‬
ََ َ
Maksudnya: ya Allah sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari azab jahannam, azab
kubur, musibah di dunia dan selepas mati, serta dari kejahatan dugaan dajjal (nabi
SAW anjurkan membacanya di hujung tasyuhhud akhir, diikuti dengan doa apa saja
yang dihajati – HR Muslim, no 588)

Nota: waktu di hujung tahiyyat/tasyahhud akhir sebelum salam adalah antara waktu
yang mustajab berdoa. Antara doa yang kerap dibaca oleh nabi SAW adalah doa di
atas. Dianjurkan juga membaca doa-doa lain yang meliputi hajat dunia atau akhirat.

7. doa masuk pasar

ِ ‫ََل إِلَهَ إِاَل ا‬


ُ ‫ك َولَهُ اْلَ ْم ُد ُُْييِي َوُُي‬
‫ َوُه َو َح ٌّي ََل‬،‫يت‬ َ ‫اّلِلُ َو ْح َدهُ ََل َش ِر‬
ُ ‫ لَهُ امل ْل‬،ُ‫يك لَه‬
ُ
ٍ
‫ بِيَ ِدهِ اخلَْْيُ َوُه َو َعلَى ُك ِِل َش ْيء قَدير‬،‫وت‬
ِ
ُ ُ‫َُي‬
Maksudnya: tiada tuhan yang selayaknya disembah kecuali Allah satu-satunya, tiada
sekutu baginya, baginya kekuasaan dan baginya pujian, Dia menghidupkan dan
mematikan, Dia sentiasa hidup dan tidak mati, pada tangan-Nya kebaikan, dan Dia
berkuasa ke atas setiap sesuatu (HR Tirmizi, hasan, no 3428)

Fadilat: Allah menulis untuknya sejuta pahala, memadam sejuta dosanya dan
mengangkat kedudukannya sejuta darjat.

8. doa apabila berasa sakit

7x ‫ُح ِاذ ُر‬ ِ ِ ِِ ِ ِ


َ ‫ أَعُوذُ ِِبهلل َوقُ ْد َرَه م ْن َشِِر َما أَج ُد َوأ‬،3x ‫ب ْس ِم هللا‬
Maksudnya: bismillah 3x, aku berlindung kepada Allah dan kekuasaannya daripada
keburukan (penyakit) yang aku temui dan aku berhati-hati (dimulai dengan meletak
tangan kanan di tempat yang sakit, lalu membaca bismillah 3 kali dan doa ini 7 kali –
HR Muslim, no 2202)

Nota: doa di atas adalah dalil seseorang itu boleh mengubat dirinya, bukan terus
mencari bomoh dan dukun. Selepas mencari Allah meminta kesembuhan, barulah
insan dibolehkan ikhtiar dengan berjumpa doktor.

9. doa ketika gembira dan berduka

‫ات‬ ِ ‫اْلم ُد ِاّلِلِ الا ِذي بِنِعمتِ ِه َتِ ُّم ال ا‬


semasa gembira - ُ َ‫صاْل‬ َْ ْ َْ (segala puji bagi Allah yang
sempurna kebaikan2 dengan nikmat-Nya).

semasa berduka - ‫اْلَ ْم ُد ِاّلِلِ َعلَى ُك ِِل َح ٍال‬


ْ (segala puji bagi Allah atas setiap keadaan
– HR Hakim, sahih, no 1840)
10. doa untuk mereka yang kita hina/umpat

‫ك يَ ْوَم الْ ِقيَ َام ِة‬


َ ‫ك لَهُ قُ ْربَةً إِلَْي‬
ِ ِ
ْ َ‫اللا ُه ام فَأَُُّيَا ُم ْؤم ٍن َسبَ ْب تُهُ ف‬
َ ‫اج َع ْل َذل‬
Maksudnya: ya Allah mana-mana mukmin yang telah aku hina, maka jadikanlah
penghinaan itu amalan yang mendekatkan dia (menghapuskan dosanya) kepada-Mu
di hari kiamat (HR Bukhari, no 6361)

Nota: doa ini adalah ganti kepada permohonan maaf kepada mereka yang kita zalimi,
aibkan atau umpat apabila mereka gagal ditemui/dihubungi. Boleh juga membacanya
untuk mereka yang kita umpat/caci dan masih berada bersama kita jika dibimbangi
hubungan akan renggang jika kita menceritakannya kepada mereka. Doa ini bukan
modal untuk membolehkan kita mengumpat dengan alasan kita akan membacanya
selepas mengumpat. Tetapi ia adalah solusi bagi mereka yang telah bertaubat dan
mempunyai dosa sesama manusia.

Anda mungkin juga menyukai