Anda di halaman 1dari 4

AEDES TIADA DENGGI TIADA

(Semua)
Nngggg…….. (bunyi nyamuk)

(Solo)
Aduh!!!!!!!
Pap!!!!!!!!
Gatalnya!!!!!!!!

(Semua)
Nnggg……… (bunyi nyamuk)

(Solo)
Darah, tangisan, keperitan, kematian!
Ayah!!!!!! (bunyi tangisan))
Ibu!!!!!!!! (bunyi tangisan)

(Solo)
Tidak! Sekejap! Apa?!
Saya tak boleh mati!
Saya tak nak mati!
Tidak! Bukan sekarang!
Kenapa?! Kenapa saya?! Keenapaaaa!!!!!!!!!!

(Semua)
Nngggg……. (bunyi nyamuk)
Tuan-tuan dan puan-puan,

(Lelaki)
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;

(Perempuan)
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

(Solo)
Salam sejahtera kami ucapkan kepada semua,
Terima kasih kerana…
Meminjamkan telinga, mata dan masa anda yang berharga,
Kami Kelab Doktor Muda SK Kampong Bahagia,
Dengan ini mempersembahkan,
Bicara Berirama kami,

(Semua)
Yang bertajuk, Aedes Tiada, Denggi Tiada

[L a g u ] - Semua
Aedes kan menyerang siapa sahaja, 
Aedes tak mengira mangsanya, 
Aedes kan menjadi dewasa,
Dalam tempoh seminggu sahaja.

(Solo)
Kawan-kawan, tahu tak pasal denggi?
Denggi? Apa tu? Eerrmmmm……….

(Perempuan)
Demam denggi penyakit yang berbahaya,
Tiada ubat, tiada vaksin yang boleh mengawalnya,

(Lelaki)
Jikalau terkena sengsaralah jiwa,
Sekiranya terlambat, maut la jawabnya.
Nngggg…….. (bunyi nyamuk)
 
(Solo)
Macam mana nak tahu orang tu demam denggi? Eerrmmmm……..

(Solo)
 Ada apa-apa petanda ke? Eerrrmmmm………
 
(Solo)
Hmm…
Mari kita lihat
Ramai orang,
Terutama,Kanak-kanak dan remaja,
Tidak akan mengalami sebarang petanda atau gejala ketika permulaan denggi,
Tetapi……,

(Solo)
Kalau demam semakin teruk,
Untuk 4 hingga 7 hari?????
Bahaya……kena buat pemeriksaan tu…….
(Solo)
Ketika permulaan jangkitan,

(Solo)
Kita akan merasakan sakit di bahagian sendi,
Berasa loya dan gatal-gatal,
Jangan buang masa!
Dan segera berjumpa doktor!
Tindakan harus diambil,
Untuk mengurangkan bilangan kes denggi,
Semuanya bermula dari..Rumah, Sekolah,

(Semua)
Sekolahku Sejahtera, Sekolahku Sejahtera

(Solo)
Masyarakat turut perlu main peranan,
Dan pihak berkuasa harus menjalankan tugas mereka juga.

(Perempuan)
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya,

(Lelaki)
Mencegah lebih baik daripada mengubati,

(Solo)
Ingat! Kebersihan itu sebahagian daripada iman,
Ini adalah pesanan ikhlas,
Daripada kami kepada kamu, kamu dan kamu,
Itulah moto kami

(Semua)
Daripada murid…..kepada murid……untuk murid,
Sekian terima……..
 
(Solo)
Eh, eh, kawan-kawan, kita nyanyilah dulu,

(Semua)
Jom , kita nyanyi sama-sama!!!!
(Lagu) - Semua
Berwaspada kita sebelum terkena,
Cari dan musnahkan tempat pembiakan,
Cegah dan mengawal tanggungjawab semua,
Hidup tanpa aedes kan lebih sempurna,
Lebih ceria 
Aedes Tiada Denggi Tiada

(Lelaki)
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan; 

(Perempuan)
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

(Semua)
Nnggg…….. (bunyi nyamuk)
Pap…..!!!!!!

(Solo)
Aduh, mati jua aku akhirnya…….!!!!!!

Tunduk kepala ramai-ramai


Sekian wabilahi taufik walhidayah,
wassalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai