Anda di halaman 1dari 1

Bahagian E

Arahan: Jawab semua soalan dengan mengisi jawapan pada ruangan yang
disediakan.

1. Berikan definisi Dokumen Sumber.


Dokumen sumber merupakan dokumen asas yang digunakan untuk merekod urus niaga
dalam perakaunan. Ia menyediakan maklumat ringkas tentang urus niaga untuk tujuan
pencatatan. Secara ringkasnya, dokumen sumber perniagaan seperti bil tunai, resit, invois dan
nota adalah merupakan sumber penting maklumat untuk perakaunan.

2. Berikan empat (4) jenis Dokumen Sumber.

Bil tunai
Resit
Maklumat Debit
Maklumat Kredit

3. Nyatakan Jenis Dokumen Bukan Sumber.


i. Penyata Akaun

 Penyata yang dikeluarkan oleh pembekal kepada pelanggannya sebagai peringatan tentang jualan,
bayaran dan baki yang belum dijelaskan.
 Dalam penyata akaun, nombor invois yang masih tertunggak dinyatakan bersama-sama jumlah
bakinya. Syarat pembayaran juga dinyatakan dengan jelas.
 Pada kelazimannya, jika semua invois telah dijelaskan, maka penyata akaun tidak akan
dikeluarkan kepada pelanggan.

ii. Penyata Bank

 Penyata bulanan yang menyenaraikan semua urus niaga yang dibuat melalui bank.
 Dikeluarkan oleh pihak bank kepada pemegang akaun.
 Maklumat yang terkandung dalam Penyata Bank adalah seperti baki awal tunai di bank, senarai
urus niaga yang akaun didebitkan, senarai urus niaga yang akaun dikreditkan dan baki tunai di
bank pada akhir bulan.
 Setelah menerima Penyata Bank, peniaga perlu menyemak semua urus niaga dalam Penyata Bank
dengan catatan akaun bank dalam Buku Tunai.
 Baki akhir Buku Tunai hendaklah sama dengan baki akhir Penyata Bank.
 Sekiranya baki akhir Buku Tunai tidak sama dengan baki akhir Penyata Bank, maka baki-baki ini
perlu diselaraskan dengan menyediakan Penyata Penyesuaian Bank.

Anda mungkin juga menyukai