Anda di halaman 1dari 25

PERMAINAN PETANQUE

AKTIVITI KELAB PETANQUE SMK HOSBA


 Petanque adalah sejenis sukan yang menggunakan “boule” atau bola yang diperbuat
daripada logam dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu.
 Bola akan dibaling mengikut cara-caranya untuk menghampiri sasaran yang berupa
sebiji guli bagi membolehkan pemain mendapatkan mata permainan.
 Mata penamat bagi permainan petanque adalah 13 mata.
 Permainan petanque ini boleh dimainkan antara tiga pemain lawan dua pemain dan
satu pemain lawan satu pemain.
 Perkataan “Petanque” adalah kacukan daripada perkataan Perancis “Pieds Tanques”
yang membawa maksud kedua-dua kaki terikat yang menggambarkan keadaan bila
mana seseorang yang bermain petanque tidak boleh mengangkat kaki semasa
melakukan balingan.
 Pada hari ini , kita akan belajar tentang :
• Sejarah sukan petanque
• Asal usul sukan petanque
• Bagaimana sukan petanque dijalankan
• Jenis peralatan yang digunakan
 Petanque adalah sukan yang telah berkembang selama berabad-abad dan
petanque ini dimainkan dalam pelbagai cara dan gaya.
 Sejarah permainan petanque dikesan kewujudannya semenjak tahun 9000
sebelum Masihi apabila satu set bola dan jek ditemui di Turki.
 Satu set bola juga ditemui di makam orang-orang Mesir,dipercayai berusia
sekitar tahun 7000 sebelum Masihi.
 Pada zaman purba,sukan ini dimainkan oleh orang-orang Rom dan Greek.
 Dipercayai juga bahawa orang-orang Rom merupakan orang pertama yang
membawa permainan petanque ini ke Marseiles kira-kira 2600 tahun dahulu.
 Pada zaman pertengahan,permainan petanque ini sangat popular
sehingga ia dilarang dari dimainkan.
 Pada kurun ke-17,para bangsawan Perancis telah menjadikan sukan ini
kepunyaan mereka sahaja dan Raja Louis XIV telah meletakkan peraturan
permainan ini kepada 14 mata.
 Sewaktu perang,tentera Napolean Bonaparte menggunakan peluru
meriam sebagai bola permainan.
 Dikhabarkan juga bahawa Sir Francis Drake telah menamatkan permainan
bola ini sebelum beliau bersiap-siaga menewaskan bala tentera Sepanyol.
 Sejarah moden permainan petanque moden pula bermula di Clotat,Perancis
pada tahun 1910 apabial seorang lelaki cacat yang baru sembuh dari
kemalangan sewaktu menyaksikan sukan ini telah mengambil salah satu bola
tersebut dan membalingkannya dengan tepat sekali pada kedudukan berdiri.
 Pada akhir dekad,petanque ini juga dimainkan di Eropah Timur dan Asia
seperti Thailand, Malaysia, Vietnam, Kemboja, Laos,Jepun dan Singapura.
 International Petanque Federation atau Federation Internationale de
Petanque et Jeu Provencal telah ditubuhkan pada tahun 1958 di Marseille.
 Persatuan ini mempunyai ahli seramai 600,000 ahli dari 52 buah negara.
Kejohanan Petanque Dunia yang pertama telah dianjurkan pada tahun 1959.
 Sukan Petanque diperkenalkan di Negara Malaysai
pada tahun 1987 oleh Kementerian Belia dan Sukan.
 Pada pertengahan tahun 1989, YM Profesor Diraja
Ungku Abdul Aziz Yang Dipertua ANGKASA telah
memperkenalkan sukan ini kepada koperasi di
Malaysia.
 Permainan petanque ini telah diiktiraf oleh Kementerian
Belia dan Suka sebagai satu acara sukan baru.
1. Mengadakan demonstrasi permainan petanque di seluruh
Negara dari semasa ke semasa
2. Mengadakan kursus khas permainan dan peraturan-
peraturan petanque. Kursus ini dibiayai sepenuhnya oleh
ANGKASA
3. Menganjurkan kejohanan petanque antara koperasi
peringkat negeri dan peringkat kebangsaan sempena
perayaan Hari Koperasi Antarabangsa setiap tahun
4. Mengambil bahagian dalam pertandingan petanque
antarabangsa.
BOULES BEG

JACK

PITA PENGUKUR KAIN ATAU TUALA KECIL


 Berbentuk bulat dan diperbuat daripada logam serta
berongga di bahagian dalamnya.
 Mempunyai garis pusat antara 70.5mm hingga 80mm.
 Beratnya antara 650 gram hingga 800 gram.
 Boule ini mempunyai jenama tertentu,angka penunjuk
berat dan nombor siri tertera padanya.
 Boule yang diguna dalam pertandingan mestilah yang
telah diluluskan oleh badan antarabangsa ( FIPJP ) atau
persekutuan petanque kebangsaan ( PPM)
 Berbentuk bulat tetapi diperbuat
daripada kayu keras.
 Mempunyai garis pusat antara 25mm
hingga 35mm.
 Boleh diwarnakan tetapi warnanya
mestilah boleh dilihat dengan jelas di atas
permukaan gelanggang
 Meliputi alat-alat seperti "tape
measure","telescopic
measure","caliper", dan "tape
gauge".
 Digunakan untuk mengukur jarak
boule yang terdekat dengan
kedudukan bola jack
 Digunakan untuk membersihkan
boule semasa pertandingan.
 Mestilah bersesuaian dengan saiz
boule
 Dijadikan sebagai tempat menyimpan
boule.
TEMPAT BERMAIN SUPPOSE JACK

PILIH PASUKAN MEMBUANG BOULES

PILIH BOULES MEMENANGI PUSINGAN

TENTUKAN GILIRAN MEMENANGI


PERMAINAN
• Dimainkan di luar rumah atau
mana-mana permukaan yang
rata dan terbuka.
• Contohnya halaman rumah,
taman, padang, tempat letak
kereta yang berbatu dan lain-
lain permukaan keras seperti
konkrit atau asfalt atau sangat
lembut seperti pasir halus.
• Pasukan perlu dibahagikan
kepada dua pasukan
• Anda boleh bermain secara
single dengan seseorang
pemain pada setiap sisi @
• Doubles dengan dua pemain
pada setiap sisi @
• Triples dengan tiga pemain
pada setiap sisi
• Kedua-dua pasukan digalakkan untuk
memilih boules mereka.
• Boules setiap pasukan haruslah
mempunyai corak groove yang dapat
membezakan boules pasukan lawan.
• Mudah mengenalpasti boules sendiri
apabila mengira mata
• Apabila bermain secara singles atau
doubles, setiap pemain akan Singles
menggunakan tiga boules dan triples boules
setiap pemain menggunakan dua boules dan
doubles
boules
• Giliran untuk bermain
boleh ditentukan
dengan cara
melambungkan duit
syiling untuk melihat
pihak mana yang
pertama memulakan
permainan.
• Pasukan yang menang lambungan syiling
memilih lokasi permulaan dan kemudian
memilih salah seorang pemain mereka untuk
membuang bicu.
• Lokasi permulaan ditandakan dengan
bulatan yang berukuran 14 hingga 20 inci
diameter dan sekurang-kurangnya tiga kaki
dari sebarang halangan.
• Bulatan boleh dilukis dengan kapur,terukir
dengan kotoran dengan kayu,atau dibuat
dari sekeping tali atau apa sahaja yang JACK
berfungsi.
• Apabila bulatan dilukis,pemain kemudian GELUNG
berdiri dengan kedua-dua kaki di dalam
gelung dan melemparkan jack.
• Semua boules hendaklah dibuang dari dalam bulatan permulaan
dan dengan kedua-dua kaki di atas atas tanah.
• Pemain yang pertama memulakan permainan akan cuba
membaling boule untuk dekat dengan bola jack.
• Pemain perlu kekal di dalam bulatan sehingga boule telah
mendarat.
• Kemudian,seorang pemain dari pasukan lawan akan melangkah
ke dalam bulatan dan cuba untuk mendaratkan boulenya lebih
dekat dengan jack walaupun ianya bermakna boleh berlanggar
dengan boule pihak lawannya ataupun pemain boleh
membuang boule pihak lawan yang dekat dengan jack dengan
balingan yang kuat.
• Boule yang dekat dengan jack dikatakan memegang mata dan
kedudukan yang kukuh .
• Setelah salah satu pasukan telah habis boule atau telah dapat mendekatkan
boulenya dengan jack,pihak lawan atau pasukan dapat membuang boule
dan mata akan dikira.
• Pasukan yang mempunyai boule yang paling dekat dengan jack akan
memenangi pusingan.
• Selain itu,mereka juga menerima mata untuk setiap boule yang lebih dekat
dengan jack berbanding boule pihak lawan.
• Hanya satu pasukan yang akan mendapat skor setiap pusingan.
• Pasukan pertama yang mendapat 13 mata akan menang permainan.Tidak
ada lagi pusingan yang akan dimainkan jika salah satu pasukan telah
mendapat 13 mata.
KELAB PETANQUE

SMK HOSBA

Anda mungkin juga menyukai