Anda di halaman 1dari 1

TRENDING

SELEBRITI
Bunga dirisik keluarga Amzar

PENDIDIKAN

Guru perlu berubah


mengikut peredaran zaman
Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak
meor.ahmad@bh.com.my
March 14, 2018 @ 2:48pm

RODIAH (enam dari kanan) beramah mesra bersama peserta


selepas majlis perasmian Bengkel ADD BH-NST 2018 di Kolej
Universiti Linton, Mantin. - Foto Adzlan Sidek

MANTIN: Warga pendidik harus komited dan efektif


terhadap perubahan arus dunia pendidikan yang kini
bergerak dengan pantas.

Pegawai Pendidikan Daerah Seremban, Rodiah Mohd


Jan, berkata guru juga disarankan untuk tidak berada
di takuk lama, sebaliknya perlu mengikut peredaran
zaman bagi persediaan pelajar pada masa depan.

"Dunia menuntut warga pendidik untuk berubah


sebagai persediaan pelajar bagi menyesuaikan diri
untuk kerjaya pada masa depan yang kita sendiri
tidak tahu apakah pekerjaan ketika itu.

"Dengan adanya Bengkel Akhbar Dalam Darjah (ADD)


ini, guru seharusnya mengambil peluang menambah
ilmu pengetahuan dan menyampaikan kembali
kepada pelajar di sekolah masing-masing," katanya
ketika berucap pada majlis perasmian Bengkel ADD
BH-NST 2018, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor Kolej


Universiti Linton, Prof Dr Khairul Baharein, Ketua
Bahagian Kandungan Vertikal Pendidikan NSTP,
Fadzlena Jafar dan Pengurus Kanan Jabatan Jualan
Akhbar dan Pengedaran The New Straits Times Press
(M) Berhad (NSTP), Zattul Iffah Mohd Zaidi.

Seramai 350 guru sekitar daerah Seremban, Negeri


Sembilan, hadir mengikuti bengkel anjuran NSTP
yang dikendalikan empat guru cemerlang bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan
Matematik.

Sementara itu, guru Bahasa Inggeris Sekolah


Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban Jaya, L
Srivani menyifatkan konsep ADD menjadikan semua
pelajar boleh mengambil bahagian dalam aktiviti yang
dianjurkan, selain dapat memberikan ilmu baharu
yang tiada dalam buku teks.

"Pelajar yang lemah juga dapat menyelesaikan


tugasan diberikan sekiranya konsep ADD ini
digunakan dalam kelas.

"Selain itu, pelajar juga dapat mengetahui isu semasa


sama ada dalam dan luar negara, sekali gus
mengetahui info terkini yang terdapat dalam akhbar
BH," katanya.

Guru Matematik Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai


Machang, Mohd Azman Kamari, berkata bengkel ADD
dapat menambah ilmu pengetahuan selain
menjadikan dirinya lebih kreatif.

"Saya pertama kali mengajar kelas Tahun Enam dan


konsep ADD boleh membantu saya dalam pengajaran
mengenai teknik yang lebih mudah dan berkesan,"
katanya.

BERITA MULTIMEDIA
BHPLUS Foto

Nasional BHTV

Kes
LANGGAN
Politik
Akhbar Digital
Pendidikan
Akhbar BH
Wilayah
PERKHIDMATAN
SUKAN Iklan Web

DUNIA 1Klassi`eds

NSTP KLiK
HIBURAN

BISNES

RENCANA

WANITA

HUJUNG MINGGU

2023 © BH, New Straits Times Press (M) Bhd. A part of Media
Prima Group

Redaksi Disclaimer Notis Perlindungan Data Peribadi

Anda mungkin juga menyukai