Anda di halaman 1dari 3

1/9/23, 9:51 AM Bahasa Melayu Tingkatan 1 - Bandingan Semacam

NAME : 
CLASS : 
Bahasa Melayu Tingkatan 1 - Bandingan Semacam
20 Questions DATE  : 

1. Air kopi yang tidak dicampur gula itu ________________.

A manis seperti madu B masin seperti garam

C masam macam cuka D pahit seperti hempedu

2. Para pekerja di pejabat itu menerima pujian daripada majikan mereka kerana
______________________.

A takut seperti tikus B zalim seperti Firaun

C rajin seperti semut D tua seperti lengkuas

3. Orang tua yang _________________ itu tidak mendengar apa-apa yang dikatakan oleh anaknya.

A panas seperti api B pucat seperti mayat

C pekak seperti badak D malas seperti keldai

4. Ibu _______________ kerana adik telah memecahkan pasu bunga kesayangannya.

A licin seperti belut B garang macam harimau

C masam seperti cuka D tajam macam pisau

5. Wajah Wani ________________ apabila terlihat suatu lembaga yang menakutkan di belakang
rumahnya.

A pucat seperti mayat B masam seperti cuka

C sejuk seperti air batu D garang macam harimau

6. Azli dan adik-adiknya sangat suka mandi air perigi di belakang rumah nenek kerana airnya
_______________.

A wangi seperti bunga B hitam seperti arang

C sejuk seperti air batu D tenang seperti tasik

https://quizizz.com/print/quiz/605337a1368036001eb44f2d 1/3
1/9/23, 9:51 AM Bahasa Melayu Tingkatan 1 - Bandingan Semacam

7. Aznan mendapat johan dalam acara larian 200 meter.

A berani seperti singa B pantas seperti kilat

C garang seperti harimau D lambat seperti kura-kura

8. Ladang teh yang _________________ di Tanah Tinggi Cameron merupakan ladang teh terbesar
di Malaysia.

A manis macam madu B mahal macam emas

C merah macam darah D luas macam lautan

9. Minyak wangi yang baru dibeli itu _________________.

A merah seperti darah B harum macam bunga

C pedas macam cili D masin seperti garam

10. Sejak terlantar di hospital selama dua bulan, badan Zairul ____________________.

A besar macam gajah B berat macam batu

C putih seperti kapas D kurus seperti lidi

11. Anissa cantik seperti _______________. Dia merupakan wanita yang paling menawan di
sekolah.

A bidadari B matahari

C bintang D bunga

12. Suasana dalam kelas itu _______________ seperti pasar kerana tidak ada guru di dalam kelas.

A kotor B senyap

C bising D busuk

13. Helmi tidak dapat mengangkat beg yang ___________________ itu.

A besar macam gajah B putih macam kapas

C ringan seperti kapas D berat seperti batu

https://quizizz.com/print/quiz/605337a1368036001eb44f2d 2/3
1/9/23, 9:51 AM Bahasa Melayu Tingkatan 1 - Bandingan Semacam

14. Abang saya seorang yang ________________. Dia telah mendapat markah penuh dalam ujian
peperiksaan Bahasa Melayu.

A berani macam Sang Kancil B pintar macam Sang Kancil

C pintar macam harimau D pintar macam lembu

15. Mei Ling berjalan _______________ kerana kakinya terseliuh.

A besar macam gajah B lambat seperti kura-kura

C laju seperti kilat D licin seperti belut

16. Kuah kari yang dimasak oleh ibu itu masin seperti _________________.

A cuka B madu

C gula D garam

17. Roti yang dibuat oleh kakak keras seperti ________________.

A gajah B kapas

C batu D arang

18. Ayah seorang yang ______________ kerana dia tidak pernah berat-sebelah.

A angkuh seperti merak B adil seperti hakim

C garang macam harimau D rajin seperti semut

19. Kulitnya ___________________ kerana selalu bekerja di bawah matahari.

A nipis macam kertas B putih seperti kapas

C bersinar macam bintang D hitam seperti arang

20. Kata-katanya yang __________________ memang menyakitkan hati saya.

A panas seperti api B tajam seperti pisau

C lambat seperti kura-kura D bising seperti pasar

https://quizizz.com/print/quiz/605337a1368036001eb44f2d 3/3

Anda mungkin juga menyukai