Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2023

Program : Program Ijazah


Sarjana Muda Perguruan Nama Pelajar :
dengan Kepujian (PISMP)
: Semester 1 / Tahun 2
Kod Kursus : EDUP3123 Semester /Tahun
: Jun 2021/2026
Ambilan

Nama Kursus : PEDAGOGI


: BM, MUZIK, RBT, BnK
Kumpulan

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


28.8.2023 12.9.2023
Persembahan
13.9.2023 24.10.2023
Penulisan

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menganalisis dengan kritis konsep pedagogi pendidikan, model pengajaran dan


hubungannya dengan pengurusan kurikulum dalam ruang pembelajaran (C4, HP2,
KKG2, KKG6)

2. Mengaplikasikan kemahiran mengajar yang sesuai berasaskan kapasiti pedagogi


pembelajaran bermakna dalam pengajaran (A2, P3, HP3, HP5, KMK5)

3. Merangka pelan pembelajaran bermakna yang mengaplikasikan konsep-konsep dan


model pembelajaran bermakna dengan menggunakan pendekatan, strategi, kaedah
dan aktiviti yang bersesuaian (C6, A4, HP2, HP5, KKG5, KKG10, KMK8)

Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran kursus 2 dan 3.

Objektif Pentaksiran Berterusan:

Pelajar akan dapat:


1. Mempersembahkan satu sesi pengajaran mikro kemahiran mengajar yang sesuai
berasaskan kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna dalam pengajaran (A2, P3,
HP3, HP5, KMK5).

2. Menyediakan pelan pembelajaran bermakna yang mengaplikasikan konsep-konsep


dan model pembelajaran bermakna dengan menggunakan pendekatan, strategi,
kaedah dan aktiviti yang bersesuaian bagi menjana pembelajaran yang menarik dan
bermakna (C6, A4, HP2, HP5, KKG5, KKG10, KMK8).
Stimulus:

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke 4, pedagogi bermaksud satu kajian tentang kaedah dan prinsip
pengajaran. Ia juga adalah satu kajian pengajaran dalam pendidikan formal yang melibatkan
proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, dan interaksi di antara guru dan
pelajar. Pedagogi juga merupakan mata pelajaran wajib yang perlu diambil bagi sesiapa yang
mengambil kursus pendidikan untuk menjadi guru. Ilmu pedagogi adalah sangat penting untuk
menjadi sorang guru yang berjaya. Guru yang hebat dalam membuat perancangan pengajaran
yang baik dapat mengintegrasi sumber teknologi pendidikan dan pedagogi teras pembelajaran
bermakna.

BIG IDEA : Integrasi Sumber Teknologi Pendidikan dan Pedagogi Teras Pembelajaran
Bermakna.

EQ : Bagaimana kemahiran pedagogi dapat disepadukan melalui pemanfaatan digital.

Pelajar dikehendaki melaksana tugasan berikut:

Tugasan 1: Persembahan (individu)

Tugasan 1
Latihan Pengajaran mikro adalah suatu teknik pengajaran yang dijalankan dalam masa 30 minit
untuk mengaplikasi sesuatu kemahiran pengajaran pedagogi yang bermakna.

Persembahan sesi pengajaran mikro anda secara dalam talian menggunakan aplikasi yang
sesuai. Berdasarkan pengalaman anda, bina satu rancangan pengajaran harian (RPH) yang
lengkap bagi subjek major dengan mengaplikasikan pendekatan, strategi, kaedah serta aktiviti
yang sesuai mengikut format Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna dan merujuk DSKP
tahun pilihan anda.

Tugasan ini berkongsi idea utama dengan kursus BMMB3233 SINTAKSIS BAHASA MELAYU,
EDUP3133 TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJAN dan RBTS3302
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI. Pembelajaran
Bermakna (KPPB) akan dilaksanakan mengikut kesesuaian Idea Utama.

Tugasan 2: Penulisan (Individu)

Anda perlu menyediakan satu rangka penulisan proses KMR sehingga terjana pelan pembelajaran
bermakna yang lengkap dengan mengaplikasikan strategi, kaedah dan teknik pengajaran masa
kini bagi murid sekolah rendah mengikut subjek major anda.

Memberi justifikasi dan contoh bagi setiap cadangan langkah yang boleh dilaksanakan di bilik
darjah.

Huraian mesti disokong dengan sumber rujukan dan bukti yang sesuai.

Arahan Pelaksanaan Tugasan 2:


1. Tugasan ini adalah tugasan individu.
2. Namun, anda boleh mengumpul maklumat atau data secara kolaboratif.
3. Format penulisan bercetak adalah seperti berikut:
- Font Arial
- Saiz huruf 11 point
- Langkau 1.5 baris
4. Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali.
5. Bilangan perkataan: 1400 patah perkataan tidak termasuk lampiran.
6. Muka depan tugasan MESTI dimuat turun daripada http://www.items-ipgm.edu.my.
7. Lampirkan Borang Maklum Balas Kerja Kursus yang lengkap diisi butiran peribadi selepas
muka depan.
8 Lampirkan senarai rujukan untuk tugasan yang dilaksanakan. Cara menulis rujukan perlu
mengikut Publication Manual of American Psychological Association (APA) edisi 7.
9. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
10 Penulisan Akademik akan dinilai berdasarkan kriteria yang ditetapkan dalam Rubrik
Pemarkahan Holistik yang disediakan.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus (Panduan/Arahan Am)


1. Laporan hendaklah diserahkan pada tarikh yang ditetapkan.
2. Kulit hadapan laporan hendaklah mengandungi butiran berikut:
i. Nama Pelajar
ii. Angka Giliran
iii. Nombor Kad Pengenalan
iv. Kumpulan/Unit
v. Kod dan Nama Kursus
vi. Tajuk Penyelidikan
vii. Nama Penyelia
viii. Tarikh Hantar

Disediakan oleh: Disemak oleh:

...................................................... .................................................
( Dr Yeap Teik Wei ) ( )
Penyelaras Kursus EDUP3123 Pakar Bidang (SME) EDUP3123
Jabatan Ilmu Pendidikan. Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGK Perlis IPG Kampus Perlis

Disahkan oleh: Verifikasi oleh:

......................................... .....................................
(Dr Jauriah Binti Md Azali) ( )
Ketua Jabatan Pemeriksa Dalam
Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Perlis
IPG Kampus Perlis

Anda mungkin juga menyukai