Anda di halaman 1dari 2

UNIT PENGAJARAN MODEL ASSURE

Nama Guru:

Mata Pelajaran:

Tajuk:

Berikut adalah Panduan menyediakan unit pengajaran berasaskan model


ASSURE:
A – Menganalisis Pelajar
1. Ciri-ciri umum pelajar – umur, tahap/tahun, latar belakang sosio-ekonomi dsb

2. Pengetahuan/Pengalaman Sedia Ada

 Gunakan KWL – untuk mengetahui harapan, sikap pelajar


a. Apa yang pelajar tahu
b. Apa yang pelajar ingin tahu
c. Apa yang pelajar akan pelajari

3. Stail Pembelajaran – bagaimana berinteraksi dan bertindak balas


a. Visual?
b. Auditori?
c. Kinestatik?

 Gaya Pembelajaran Pelajar – contoh: model Dunn dan Dunn, Model Multiple
Intelligence

S – Menyatakan Objektif
 Ia merupakan tahap yang minimum tentang apakah yang sepatutnya dipelajari oleh
pelajar daripada pengajaran yang dijalankan. Ia juga harus difokuskan kepada
apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari.

 Kepentingan objektif ialah:


• Menentukan tujuan pengajaran
• Panduan untuk penilaian pengajaran
• Garis panduan bagaimana hendak mengajar
• Menentukan skop pengajaran
• Untuk pelajar mengetahui apa yang akan mereka pelajari

S – Memilih Media, Bahan, dan Kaedah


 Keberkesanan pengajaran bergantung kepada pemilihan kaedah, media dan bahan.

Contoh: senaraikan kaedah, media dan bahan yang dipilih:


Memilih kaedah:
Dalam satu pengajaran, mungkin memerlukan beberapa kaedah yang berbeza. Ia berkait
rapat dengan objektif, kandungan pelajaran dan kumpulan sasaran. Contohnya, Kaedah
simulasi dan tunjukcara sesuai untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar yang belum

1 of 2
menguasai sesuatu kemahiran. Manakala pelajar yang memiliki gaya pembelajaran
kinestatik dapat belajar dengan mudah melalui aktiviti kontekstual, bermain, simulasi,
berlakon dsb.

Memilih media:
• Sepadan dengan kurikulum
• Menarik minat dan mencetus motivasi pelajar
• Menggalakkan penglibatan pelajar
• Terdapat bukti keberkesanannya
• Mempunyai buku panduan

Memilih bahan sumber:


Bahan sumber yang digunakan sesuai dengan objektif pengajaran.

U – Penggunaan Media, Bahan, dan Kaedah


Rancang bagaimana media hendak digunakan. Sediakan kemudahan untuk persembahan.
Rancangkan aktiviti-aktiviti yang menarik minat serta yang memberi motivasi kepada murid-
murid. Adakan aktiviti susulan bagi tujuan pengayaan.
 Menyenaraikan semua kaedah, media, dan bahan yang digunakan

R – Penglibatan Aktif Pelajar


Penglibatan pelajar melalui perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa,
simulasi dsb
• bersoal jawab dengan murid
• membahagi murid-murid kepada kumpulan
• Guru akan membimbing murid yang lemah/tahap kecerdasan

E – Menilai dan Menyemak


 2 jenis penilaian:
• Penilaian pembelajaran
• Penilaian pengajaran

 Menilai
o aspek pencapaian murid
o pembelajaran yang dihasilkan
o keberkesanan media dah kaedah
o persembahan guru
o persembahan murid

Contoh:
1. Nyatakan lembaran-lembaran kerja yang perlu dilengkapkan oleh pelajar sebagai
salah satu bukti pencapaian hasil pembelajaran.
2. Pemerhatian tingkahlaku dan pencapaian pelajar digunakan untuk menilai
keberkesanan media yang digunakan.

2 of 2

Anda mungkin juga menyukai