Anda di halaman 1dari 1

PENULISAN REFLEKTIF EDUP3133

SOALAN: CARI ARTIKEL/ JURNAL TENTANG ISU DAN CABARAN TEKNOLOGI UNTUK
PELAJAR BERLAINAN KEBOLEHAN DAN PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS.
PENULISAN HENDAKLAH DALAM 150 PATAH PERKATAAN.

JAWAPAN:
Melalui perkembangan zaman yang semakin maju kini, para pereka telah berjaya
menghasilkan beberapa alat teknologi yang berguna khususnya golongan para pelajar yang
berkeupayaan khas. Menurut Wei & Alias (2023), penggunaan alat ini banyak membantu
mereka dalam menjalani kehidupan seharian mereka tanpa perlu meminta bantuan orang
lain. Walaubagaimanapun, masih terdapat lagi isu dan cabaran yang berbangkit bagi para
pelajar yang berkeperluan khas ini. Antara isu yang sering dibangkitkan adalah isu
kekurangan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang mana ianya memerlukan kreativiti yang
tinggi serta gaya yang tersendiri untuk mempelbagaikan corak pembelajaran yang diberikan
agar kelihatan lebih menarik dan mudah untuk difahami. Antara contoh penyediaan BBM
yang acap kali digunakan sewaktu mengajar pelajar yang mempunyai masalah
pembelajaran adalah melalui pembelajaran yang berasaskan komunikasi visual (visual aid).
Komunikasi secara visual ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka dengan dijadikan
sebagai pengantar idea dan maklumat dalam bentuk yang dapat dibaca atau dipandang.

Selain itu, isu berkaitan dengan ketiadaan atau kekurangan kemudahan yang lengkap dan
kemahiran ICT di sekolah telah mengakibatkan para guru sukar untuk mempelbagaikan
BBM mereka. Kemudahan ICT ini perlu ditekankan di setiap sekolah kerana ianya dapat
memastikan objektif pembelajaran dan penyampaian dua hala ini berjaya dicapai. Contoh
proses PdP melalui pengantaraan teknologi seperti Zoom, Google Meet dan Microsoft
Teams memerlukan kemudahan seperti komputer riba, LCD dan jaringan internet yang
mantap bagi memastikan setiap pelajar suka dan gembira untuk menghadiri ke sekolah
meskipun di dalam talian.

Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan isu dan cabaran yang telah dibangkitkan ini,
pihak sekolah, para guru, ibubapa dan pelajar yang berkeperluan khas itu sendiri perlulah
mencari inisiatif bagi memastikan proses PdP tersebut mudah untuk dilaksanakan dan
penagajaran yang diajari dapat difahami dengan baik. Setiap pihak mempunyai masalah
mereka yang tersendiri, oleh itu mereka haruslah bekerjasama dalam memastikan proses
PdP tersebut mempunyai kualiti yang tinggi dan pendidikan serta masa depan anak-anak
berkebolehan khas ini lebih terjamin.

Anda mungkin juga menyukai