Anda di halaman 1dari 1

KOLEJ VOKASIONAL SEPANG

43800 DENGKIL
SELANGOR DARUL EHSAN

KV OJT 04
Ruj. Kami : KVS-500/8/9/06/OJT23/(DKB-02)
Tarikh : 21 Mac 2023
TATACARA SDN. BHD.
No. 8, Jalan Kedah P15, Presint 15
62050 Putrajaya
W.P. Putrajaya

Y. Bhg Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

MEMOHON KEBENARAN MENEMPATKAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL SEPANG BAGI OJT

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pembawa surat ini adalah seorang
pelajar Kolej Vokasional Sepang.

Nama : ISKANDAR MIRZA BIN ZAINI


No. K/P : 031212-10-0161
No. Kad Matrik : 05293
Program : TEKNOLOGI MAKLUMAT

2. Beliau dikehendaki menjalani OJT selama tempoh 5 bulan sebagai salah satu syarat wajib bagi
penganugerahan Diploma Vokasional Malaysia. Untuk makluman pihak tuan, pelajar kami dilindungi
dengan insurans kemalangan diri sepanjang tempoh latihan.

3. Sehubungan itu, pihak kolej memohon kebenaran pihak Y. Bhg Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan
untuk menimbangkan permohonan pelajar ini untuk menjalani OJT di organisasi Y. Bhg Datuk/ Dato’/ Datin/
Tuan/ Puan bermula 1 Mei 2023 hingga 15 September 2023.

4. Sekiranya pihak Y. Bhg Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan bersetuju menerima pelajar
berkenaan, mohon untuk mengisi dan mengembalikan Borang Jawapan (KVOJT 05) yang dilampirkan
selewat-lewatnya SATU (1) BULAN dari tarikh surat ini diterima. Sekiranya pihak kami tidak menerima
jawapan permohonan pelajar ini daripada pihak Y. Bhg Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, maka permohonan
ini adalah dianggap TIDAK BERJAYA. Sekiranya permohonan ini diterima, surat penempatan rasmi
akan dihantar sebelum pelajar melapor diri di firma Y. Bhg Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan bagi tujuan
pengesahan.

5. Sekiranya pihak Y. Bhg Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan mempunyai sebarang pertanyaan boleh
hubungi Pn. Hazwani Fadhilah binti Sulaiman di talian 03-89255255/019-3382309 atau email
kuplikvs1@gmail.com.

Segala perhatian dan kerjasama pihak Y. Bhg Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(SUPIAN BIN ABDUL KADIR)


Pengarah
Kolej Vokasional Sepang

s.k : 1. Fail Kursus

Anda mungkin juga menyukai