Anda di halaman 1dari 21

Isi Kandungan

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Kata Aluan Guru Besar SK Taman Palma 2

2 Kata Aluan Yang Dipertua PIBG 3

3 Aturcara Majlis Perasmian 4

4 Notis Mesyuarat Agung Kali ke-12 5

5 Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2022 6

6 Senarai AJK Pelaksana 7-10

Laporan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Taman


7
Palma Kali ke -11/2021 11-12

8 Minit Mesyuarat Agung Kali ke-11/2021 13-15

9 Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2021 16-18

10 Membahaskan Usul 19-20

11 Kejayaan-kejayaan Sekolah 2021/2022 21

12 Aktiviti-aktiviti PIBG SK Taman Palma 2020/2022 22

1
Kata Aluan
Guru Besar SK Taman
Palma
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

S yukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya dapat kita


bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali ke12 ini. Saya
ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah
kepada semua guru, staf sokongan dan semua AJK PIBG SK Taman
Palma yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan majlis
kita pada hari ini.

Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang
dapat menghadirkan diri pada hari ini. Kami amat berterima kasih
terhadap komitmen yang diberikan oleh ibu bapa kepada pihak
sekolah terutama dalam setiap usaha yang dilakukan untuk
meningkatkan pencapaian murid-murid sekolah. Kami para pendidik
amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh semua ibu bapa
dan berharap setiap usaha yang dilakukan ianya akan membantu
murid-murid sekolah ini untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

Akhir kata, saya berharap kerjasama dan pemuafakatan antara warga SK Taman
Palma dan ibu bapa akan terus berkekalan dan seterusnya dapat merealisasikan misi dan visi
sekolah yang kita harapkan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

(KAMAL BIN ABDUL SAMAD)


Guru Besar,
SK Taman Palma

Kata Aluan
Yang Dipertua 2PIBG SK Taman
Palma
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera,

S yukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan


izin-Nya, dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Mesyuarat
Agung PIBG kali ke -12 ini. Saya selaku Yang DiPertua PIBG SK
Taman Palma, mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan-
tuan dan puan-puan kerana sudi hadir pada hari ini. Saya juga
ingin mengucapkan terima kasih kepada Penasihat PIBG, Encik
Kamal Bin Abdul Samad, penolong-penolong kanan, guru-guru,
warga SK Taman Palma dan semua AJK PIBG yang begitu
komited dalam menjayakan Mesyuarat Agung kali ke-12 ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa yang


prihatin dan komitmen yang diberikan terhadap aktiviti yang telah
dianjurkan oleh PIBG dan pihak sekolah ini. Tanpa sokongan dan
kerjasama tuan-tuan dan puan-puan, segala program yang dirancang oleh pihak sekolah
dengan kerjasama PIBG mungkin agak sukar dilaksanakan dengan jayanya.

Akhir kata, saya amat berharap agar segala sokongan dan kerjasama daripada tuan-
tuan dan puan-puan akan berterusan terutamanya dalam meningkatkan kecemerlangan
akademik dan juga sahsiah anak-anak kita.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

(AZHAR BIN HAJI ALI)


Yang Dipertua PIBG,
SK Taman Palma

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN

8.00 pagi : Pendaftaran


: Ketibaan Tetamu Kehormat
: Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Perak
8.30.00 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
: Bacaan Doa
3
: Ucapan Yang Dipertua PIBG
En. Azhar Bin Haji Ali

: Ucapan Guru Besar SK Taman Palma


En. Kamal Bin Abdul Salam
Guru Besar SK Taman Palma

: Ucapan Perasmi
EN. MOHAMAD SOLLEHIN BIN MOHAMAD TAJIE
Ketua Pemuda UNNO Bahagian Bukit Gantang
: Penyampaian Cenderamata
: Jamuan Perasmi dan Jemputan

10.00 pagi : Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12 Tahun 2022 (Bermula)

1. Lantikan Pengerusi Mesyuarat Agung PIBG


2. Ucapan Penasihat PIBG
3. Mengesahkan Kehadiran Ahli Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12
4. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung
Kali ke-11/2021
5. Perkara Berbangkit
6. Membentangkan dan Menerima Penyata Kewangan PIBG Berakhir
31.12.2021
7. Membentangkan cadangan sumbangan PIBG 2022
8. Membentang dan Membahaskan Usul
9. Pembubaran AJK PIBG sesi 2020/2022
10. Pelantikan AJK PIBG sesi 2022/2024
11. Penyampaian Cenderamata kepada AJK PIBG 2020/2022
12. Ucapan Penangguhan
13. Majlis Bersurai

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-12

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PALMA
34600 KAMUNTING,
PERAK DARUL RIDZUAN.
TELEFON : 05-8911102
KOD SEKOLAH : ABA 6061 FAKS : 05-
8911115

PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”


4
Ruj. kami : PIBG PK 1137 (44)
Tarikh : 17 Mei 2022
Kepada :
Ibu Bapa / Penjaga Murid-Murid,
SK Taman Palma

Tuan / Puan,

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-12 SK TAMAN PALMA TAHUN
2022

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali Ke-12 SK Taman Palma
Tahun 2022 akan diadakan pada ketentuan berikut:

Tarikh : 25 Jun 2022 (Sabtu)


Masa : 8.00 Pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Seri Palma, SK Taman Palma

3. Bersama-sama ini disertakan slip jawapan dan usul untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Agung tersebut. Semua
usul hendaklah dikembalikan semula kepada Setiausaha PIBG/Guru Kelas selewat-lewatnya pada 27 Mei 2022
(Jumaat).

4. Sukacita diingatkan bahawa, usul dan cadangan yang diterima hanya akan dibincangkan jika tuan/puan hadir
dalam Mesyuarat Agung tersebut. Usul yang berbentuk bagi membantu meningkatkan kecemerlangan murid dan sekolah
amat digalakkan. Kerjasama dan kehadiran tuan/puan ke majlis ini amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian, untuk makluman.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(AZHAR BIN HAJI ALI)


Yang Dipertua PIBG,
SK Taman Palma
------------------------------------------------------------------POTONG DI SINI --------------------------------------
Setiausaha PIBG
SK Taman Palma Tarikh:

Tuan,

Usul-usul yang ingin dikemukakan ialah :

__________________________________________________________________________________________________
Sila nyatakan kehadiran tuan/puan ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 12 Tahun 2022. * HADIR / TIDAK HADIR *.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

................................................
Nama Ibu Bapa/Penjaga:
Alamat:
Nama Anak & Kelas
AHLI JAWATANKUASA PIBG 2020/2022

PENASIHAT

5
Encik Kamaruddin Bin Hamid (Guru Besar)
Puan Azizon Binti Noruddin (PK Pentadbiran)
Puan Nurul Faiza Binti Melan (PK Hal Ehwal Murid)
Puan Noradyani Binti Jusoh (PK Kokurikulum)
Encik Muhamat Rusli Bin Mat Isa (PK Petang)
Cik Su’aidah Binti Samsudin (PK Pendidikan Khas)

YANG DIPERTUA PIBG


Encik Azhar Bin Haji Ali

NAIB YANG DIPERTUA PIBG


Encik Muhammad Subhi Bin Yusof

SETIAUSAHA
Puan Siti Aishah Binti Md Zain (GURU)

PENOLONG SETIAUSAHA
Puan Norizam Binti Mamat (GURU)

BENDAHARI
Puan Noor Suhana Binti Yatim (GURU)

AHLI JAWATANKUASA
1. Encik Rozainizam Bin Ramli (Ibu Bapa)
2. Encik Mohamad Zuzainizal Bin Mohamad Ishak (Ibu Bapa)
3. Encik Muhamad Faizal Bin Saini (Ibu Bapa)
4. Puan Juraini Binti Hussain (Ibu Bapa)
5. Puan Anita Binti Mat Yusoff (Ibu Bapa)
6. Puan Jusniza Binti Johari (Ibu Bapa)
7. Encik Khairul Hisam Bin Khairudin (Guru)
8. Encik Azril Ezanie Bin Mohd Noor (Guru)
9. Puan Nasibah Binti Omar Zuhdi (Guru Penyelaras Sarana)

JURUAUDIT
1. Puan Zuleha Binti Ariffin (Ibu Bapa)
2. Puan Rushini A/P Raja (Guru)

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-12/2022
SK TAMAN PALMA

TARIKH : 25 JUN 2022 (SABTU)


TEMPAT : DEWAN SERI PALMA
MASA : 8.00 PAGI

PENASIHAT : EN. KAMAL BIN ABDUL SALAM (GURU BESAR)


6
PENGERUSI 1 : PN. AZIZON BT. NORUDDIN (PEN. KANAN PENTADBIRAN)
PENGERUSI 2 : EN. AZHAR BIN HAJI ALI (YANG DIPERTUA PIBG)
TIM. PENGERUSI : EN. MUHAMMAD SUBHI BIN YUSOF (NAIB YANG DIPERTUA PIBG)
: EN. MUHAMAT RUSLI BIN MAT ISA (PEN. KANAN PETANG)
NAIB PENGERUSI 1 : PN. NURUL FAIZA BT MELAN (PEN. KANAN HEM)
NAIB PENGERUSI 2 : PN. NORADYANI BT JUSOH (PEN. KANAN KOKURIKULUM)
NAIB PENGERUSI 3 : CIK SU’ AIDAH BT SAMSUDIN (PEN. KANAN PEND. KHAS)
SETIAUSAHA : PN. SITI AISHAH BT MD ZAIN
NAIB SETIAUSAHA : PN. NORIZAM BT MAMAT
BENDAHARI : PN. NOOR SUHANA BT YATIM

AJK SENARAI TUGAS

1. Penyambut Tetamu

Penyelaras : Pn. Azizon Binti Noruddin  Menyambut kedatangan VIP lebih awal
 Mendapatkan buku program untuk VIP
En. Kamal Bin Abdul Salam  Mengiringi dan meraikan VIP
Pn. Nurul Faiza Binti Melan  Menyediakan buku pelawat untuk
Pn. Noradyani Binti Jusoh ditandatangani VIP
En. Mohamat Rusli Bin Mat Isa  Memastikan penyediaan air mineral untuk VIP
Cik Su’aidah Binti Samsudin  Meraikan kedatangan ibu bapa
En. Azhar Bin Haji Ali (YDP)  Bantuan pengawas sebagai petunjuk arah
En.Muhammad Subhi Bin Yusof (NYDP)

 Menempah 1 kain rentang (dewan)


2. Kain Rentang/Banner
 Menggantungkan kain rentang dan menyimpan
kain rentang selepas satu minggu Mesyuarat
Penyelaras : En. Mohd Azril Ezanie Bin
Agung PIBG
Mohd Noor  Menyerahkan banner kepada AJK persiapan
pentas
En. Mohamad Zuzainizal Bin Mohamad Ishak
 Membuat hebahan megikut kreativiti JK
En. Khairul Hasni Bin Samsudin

3. Pendaftaran / Cabutan nombor bertuah  Menyediakan borang pendaftaran kehadiran ibu


bapa dan guru
Penyelaras : Pn. Norzaida Binti Abdul  Menyediakan meja pendaftaran
Hamid
 Mengendalikan proses perdaftaran semasa
Mesyuarat Agung PIBG
Pn. Hasnizawati Binti Hassan
 Mendapatkan buku program dan mengedarkan
Pn. Zalina Binti Zambri
kepada hadirin dan mengumpul nombor
cabutan bertuah
 Menyerahkan senarai nama kehadiran ibu bapa
dan guru kepada SU PIBG
 Bekerjasama dengan AJK Makanan

4. Pengacara Majlis  Menyediakan teks pengacara majlis


 Mendapatkan maklumat program daripada SU
En. Nuur Heikal Bin Ah Kabr
PIBG
Pn. Nor Amalina Binti Mohamad Arshad
 Mengacarakan majlis pada Mesyuarat Agung
PIBG

5. Bacaan Doa  Menyediakan teks doa


 Memimpin bacaan doa

7
En. Mohd Firdaus Bin Che Hussin

6. Tempat Letak Kereta dan Disiplin

Penyelaras : En. Rozainizam Bin Ramli


 Menentukan kawasan tempat letak kereta
(AJK PIBG)
 Memastikan susunan kenderaan kemas dan
teratur
En. Muhamad Faizal Bin Saini (AJK PIBG)
 Memastikan keadaan trafik baik
Pengawal keselamatan sekolah

7. Kutipan Derma / Pengiraan Undi


 Menyediakan tabung derma dan mengira
jumlah kutipan
Penyelaras : Pn. Siti Mariani Binti Dunia
 Mengira jumlah bilangan undi ketika perlantikan
AJK baru
Pn. Fazila Binti Abdul Majid

8. Jamuan Ibu Bapa / Guru

Penyelaras : Cik Hani Fazlin Binti Haji


Mohd Fikri  Menentukan menu untuk jamuan ibu bapa dan
guru
Pn. Anita Binti Mat Yusoff (AJK PIBG)  Menempah makanan ibu bapa dan guru
Pn. Zuleha Binti Ariffin - AJK PIBG  Mengurus jamuan ibu bapa dan guru
Pn. Jusniza Binti Johari - AJK PIBG  Memastikan kebersihan sebelum dan selepas
Pn. Juraini Binti Hussain - AJK PIBG
majlis
Pn. Nasibah Binti Omar Zuhdi
 (anggaran perbelanjaan bincang dengan guru
Pn. Salamiah Binti Saaid
besar dan bendahari)
Pn. Anisah Binti Abu Bakar
Pn. Raisah Binti Haji Ahmad
Pn. Siti Balkis Bt Suhait

 Menentukan dan menempah menu untuk


9. Jamuan VIP / AJK PIBG
jamuan VIP / AJK PIBG
 Mengurus jamuan VIP/ AJK PIBG
Penyelaras : Cik Siti Hajar Binti Jamaluddin
 Memastikan meja dikemas kembali selepas
Pn. Noor Aini Binti Salleh majlis.
Pn. Hajijah Binti Upawi
Pn. Wahidah Binti Yahya

 Memastikan kerusi untuk VIP, meja


hadiah/hamper dan meja untuk mesyuarat
10. Persiapan Meja Hadiah / Meja disediakan ditempat yang sesuai lengkap
Mesyuarat / Kerusi Tetamu dengan perhiasan yang sesuai
 Menyediakan rostrum, dan meja pengerusi
Penyelaras : En. Mohd Zulkifli Bin Jusuh majlis di lokasi yang sesuai

En. Mohd Badiuzaman Bin Yop


Cik Robiah Binti Awang
Pn. Nursaidinatul Azlin Binti Mohamed Ashari
Semua pekerja swasta sekolah

8
 Memastikan dewan bersih (menghubungi
11. Persiapan Kerusi Ibu Bapa / Kebersihan pekerja swasta agar membersihakan dewan
sebelum Mesyuarat Agung PIBG)
Penyelaras : En. Khairul Hisam Bin  Jumlah kerusi mengikut anggaran kehadiran
Khairudin dengan mengambil kira kehadiran sepasang ibu
bapa
 Menyediakan bakul sampah di setiap penjuru
En. Suresh Lim Keng Leong dewan
En. Abdul Rany Bin Mahzan  Memastikan keadaan lokasi seperti asal
Semua pekerja swasta sekolah selepas majlis berlangsung

12. Persiapan Pentas / backdrop


 Menghias dan menceriakan pentas
Penyelaras : Pn. Azlina Binti Yusof
Memastikan pentas dikemas kembali selepas
Pn. Nazariah Binti Ibrahim majlis
Pn. Sharipah Binti Shaary
Cik Stella Sahaya Mary A/P Thamburaj
Pn. Normaiza Binti Mohamad

 Mengambil foto-foto dan membuat rakaman


13. Jurufoto / video
menarik sepanjang majlis berlangsung
 Memastikan mengambil gambar yang
Pn. Zatil Azura Binti Zulkaeli
bersesuaian untuk laporan dan majalah sekolah
Pn. Ermawani Binti Shafie

 Memastikan mengambil gambar yang


14. Dokumentasi / Laporan bersesuaian untuk laporan
 Menyediakan laporan lengkap
Pn. Rushini A/P Raja  Membuat tiga salinan (guru besar, SU PIBG
Pn. Norsyafiqah Binti Zulkifli dan pejabat)

15. Pencatat Ucapan dan Minit Mesyuarat


PIBG  Mencatat minit mengikut bahagian seperti
contoh bahan yang diberi oleh SU PIBG
Pn. Fatim Idayu Binti Arman Ishak Teoh
 Menyerahkan minit yang telah bertulis tangan
Pn. Noramizah Binti Zakaria @ Malik
yang mudah dibaca dan sempurna kepada SU
Pn. Nurulliza Binti Yeop Ahmad
PIBG dalam tempoh seminggu selepas
Pn. Zuraiha Binti Mustapa
Mesyuarat Agung PIBG

16. Siaraya  Menentukan lokasi untuk peralatan audio-visual


 Menyediakan peralatan ICT untuk kegunaan
En. Azlan Zawawi Bin Abdul Wahab Mesyuarat Agung PIBG
En. Mohd Noor Effendi Bin Md Yusoff  Mengawal selia peralatan sepanjang majlis
berlangsung
 Memastikan peralatan tersebut berfungsi
dengan baik
 Memastikan alatan disimpan semula selepas
majlis

9
 Membanyakkan buku program mengikut
17. Buku Program anggaran kehadiran ibu bapa, guru dan tetamu
 Mengedarkan buku program kepada AJK
Pn. Siti Aishah Binti Md Zain Pendaftaran

18. Hamper Cabutan Bertuah / Cenderamata


Perasmi dan AJK PIBG

Penyelaras Hamper : Pn. Norizam Bt Mamat

Pn. Rahimah Binti Mohd Yunus


Pn. Najihah Binti Abdul Rahim  Memastikan Hadiah cabutan bertuah dan
Pn. Noor azian Binti Nopiah cenderamata AJK PIBG sesi 2020 / 2022
Pn. Zainab Binti Abd Wahab mencukupi.
Pn. Sabariah Binti Awang  Menyediakan nombor cabutan bertuah untuk
dilekatkan pada buku program dan hadiah
 Mengedarkan hadiah kepada penerima
Penyelaras Cenderahati perasmi / AJK
PIBG : Pn. Mageswari A/P Nagaraja

Pn. Noor Suhana Binti Yatim


Pn.Tengku Noorzarina Binti Tengku Hassan

19. Kompang Untuk Sambutan

 Melatih murid kompang untuk sambutan


En. Mohamad Zamri Bin Mohamad Nafis perasmi
Pn. Norazmira Binti Abu Bakar

LAPORAN MAJLIS PERASMIAN


MESYUARAT AGUNG PIBG
SK TAMAN PALMA
KALI KE-11/2021

HARI : SABTU
TARIKH : 10 APRIL 2021
10
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : Secara Dalam Talian di Tempat Masing-masing
PAUTAN : Microsoft Team

1.0 Ucapan Pengerusi Majlis


1.1 Kata-kata aluan dan ucapan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dan guru-
guru ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-11/2021 secara dalam talian.
1.2 Mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian En. Muhammad Subhi Bin Yusof
Naib Yang Dipertua PIBG SK Taman Palma kerana sudi hadir ke Mesyuarat Agong
PIBG Kali ke 11 pada tahun ini.

2.0 Ucapan Naib Yang Dipertua PIBG ( En. Muhammad Subhi Bin Yusof )
2.1 ucapan alu-aluan kepada pentadbir sekolah, guru-guru, AJK PIBG dan para
hadirin.
2.2 Beliau memanjatkan kesyukuran kerana segala perancangan dan usaha yang jitu,
Mesyuarat Agong PIBG kali ke-11 dapat dilaksanakan secara dalam talian pada
hari ini. Beliau juga mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua ibu
bapa yang dapat menghadirkan diri secara atas talian untuk menjayakan
mesyuarat ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi
merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam
bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid.
2.3 Dalam usia sekolah yang mencecah 11 tahun, banyak kejayaan yang telah dicapai
oleh pihak sekolah atas kesungguhan guru-guru dan kerjasama daripada pihak
ibu bapa.
2.4 Dengan perkembangan semasa yang kita sedia maklum, PIBG menghadapi
pelbagai cabaran untuk membantu pihak sekolah dalam semua aspek khasnya
dalam kemajuan dan kecemerlangan anak-anak dari semasa ke semasa. Tanpa
kesepakatan dan kerjasama yang jitu maka amat sukar bagi kita untuk mencapai
kejayaan yang diharapkan. Hasrat ini lebih mudah dicapai apabila semua pihak
termasuk ibu bapa dan ahli komuniti bersatu dan menyokong satu matlamat iaitu
membantu murid untuk berjaya. Oleh itu,peranan ibu bapa dalam membantu
anak-anak di rumah tidak dapat dinafikan.
2.5 Beliau mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG dalam membantu sekolah
mencapai hala tuju dan kecemerlangan. Akhir kata semoga Allah memberkati
kerjasama semua pihak dalam menjalankan tanggungjawab.

Tindakan : Makluman

3.0 Ucapan Penasihat PIBG (Guru Besar – En. Kamaruddin Bin Hamid)
3.1 Ucapan salam dan alu-aluan kepada En. Muhammad Subhi Bin Yusof, NYDP PIBG,
Barisan Pentadbir, guru-guru serta ibu bapa yang berada dalam talian sekalian.
3.2 Beliau mengucapkan syukur dan terima kasih atas kerjasama semua pihak yang
mengikuti Mesyuarat Agong PIBG Kali ke 11 dalam norma baharu yang diadakan
secara dalam talian. Beliau berharap mesyuarat ini akan berjalan dengan lancar.
3.3 Beliau juga berharap semua pihak dapat menerima situasi yang baru ini dan
sama-sama membantu pihak sekolah ke arah kecemerlangan murid-murid SK
Taman Palma.

11
3.4 Keadaan ini juga memberi sebenarnya memberi kebaikan kepada kita semua
untuk mempelajari teknologi baru, bagaimana untuk mengendalikan mesyuarat ,
taklimat dan sebagainya dalm norma baharu.
3.5 Mesyuarat Agong PIBG pada tahun ini tidak dapat dijalankan secara bersemuka
adalah kerana pihak sekolah terikat dengan SOP yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
3.6 Untuk makluman ibu bapa, SOP untuk sekolah dan juga untuk awam tidak sama.
Pihak sekolah perlu mengikut SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. KPM juga membenarkan untuk mengadakan mesyuarat
secara bersemuka di luar kawasan sekolah seperti di dewan orang ramai atau
hotel. Namun begitu ,pihak sekolah dan juga AJK PIBG telah bersetuju memilih
untuk mengadakan mesyuarat secara dalam talian berdasarkan kekangan-
kekangan yang ada seperti kekangan masa dan kewangan. Semoga mesyuarat
dalam norma baharu ini menjadi proses pembelajaran yang baru kepada kita
semua.
3.7 Sepanjang tahun 2020, sebahagian besar murid-murid tidak dapat mengikuti
proses pembelajaran dengan berkesan. Ini disebabkan dengan masalah covid 19
yang melanda negara kita pada awal tahun 2020. Ramai murid yang ketinggalan
dalam pembelajaran.
3.8 Ini merupakan satu cabaran yang sangat besar kepada guru-guru apabila sekolah
dibuka pada tahun 2021.
3.9 Sehubungan itu, guru besar sangat berharap ibu bapa memberi perhatian yang
sepenuhnya kepada pembelajaran anak-anak ketika berada di rumah.
3.10 Guru besar juga merayu kepada ibu bapa berkaitan dengan penyuraian murid
ketika pulang daripada sekolah. Ibu bapa perlu ikut arahan yang diberikan oleh
pengawal keselamatan yang sedang bertugas pada masa itu. Pihak sekolah hanya
dapat membantu dalam kawasan sekolah. Pihak sekolah dengan Kerjasama AJK
PIBG dalam proses pembinaan pintu pagar yang ketiga untuk mengurangkan
kesesakan semasa murid pulang dari sekolah.
3.11 Selain itu, untuk pengetahuan ibu bapa, murid-murid kita juga ada mengikuti
pertandingan-pertandingan secara online yang dianjurkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Daerah
Pendidikan Larut Matang dan Selama. SK Taman Palma telah memenangi tempat
pertama dan ke empat dalam pertandingan Projek Fotografi Rahmah di peringkat
Negeri Perak. Selain itu, seorang guru SK Taman Palma telah mendapat Anugerah
Inovasi Peringkat Negeri Perak.
3.12 Akhir sekali, guru besar mengucapkan ribuan terima kasin kepada guru-guru
dan ibu bapa yang turut sama menyokong kejayaan murid-murid SK Taman
Palma. Pada Tahun 2021 ini, SK Taman Palma telah dipilih sebagai Sekolah
Program Transformasi- TS 25. Untuk itu, pihak sekolah memilih slogan “Biasakan
Yang Luar Biasa”
Tindakan : Makluman
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-11/2021

HARI : SABTU
TARIKH : 10 APRIL 2021

12
MASA : 9.30-1030 PAGI
TEMPAT : SECARA ATAS TALIAN DI TEMPAT MASING-MASING
PAUTAN : MIKROSOFT TEAM
KEHADIRAN : 246 ORANG
IBU BAPA : 181 ORANG
GURU : 63 ORANG

1.0 Ucapan Pengerusi Majlis Sementara – (En. Muhammad Subhi Bin Yusof)
1.1 Ucapan terima kasih dan tahniah di atas kehadiran ibu bapa dan guru-guru
secara atas talian kerana kehadiran ibu bapa dan guru-guru adalah penting untuk
kelancaran mesyuarat pada hari ini.
1.2 Beliau berharap sokongan ibu bapa kepada pihak sekolah dalam norma baru ini
akan berterusan bagi meningkatkan kecemerlangan anak-anak.

2.0 Ucapan Penasihat PIBG ( En. Kamaruddin Bin Hamid )


2.1 Ucapan terima kasih kepada NYDP PIBG, AJK PIBG dan semua ibu bapa yang
hadir dan berharap agar mesyuarat secara dalam talian ini dapat berjalan dengan
lancar.
2.2 Untuk makluman semua, pihak sekolah telah memaklumkan dan menghantar
surat kepada pihak PPD untuk melaksanakan Mesyuarat Agong PIBG Kali ke-11
secara dalam talian dengan sebab-sebab tertentu.
2.3 Beliau juga memaklumkan bahawa ada usul daripada AJK PIBG berkenaan
dengan kutipan sumbangan PIBG untuk tahun 2021. Pada tahun ini, kutipan akan
dibuat dengan melaksanakan potongan berdasarkan kepada perkembangan
semasa. Beliau berharap semua keluarga dapat memberikan sumbangan PIBG
bagi tahun 2021 untuk kelancaran aktiviti sekolah yang akan dilaksanakan. Pada
tahun 2020 kita menghadapi masalah kewangan PIBG kerana sebahagian besar
ibu bapa tidak menjelaskan sumbangan PIBG. Keadaan ini memberi kesan kepada
PIBG itu sendiri.
2.4 Pada tahun ini, pihak sekolah juga telah mula membuat perbelanjaan berkaitan
dengan pengurusan untuk murid-murid. Untuk makluman semua pihak sekolah
akan menjalankan aktiviti seperti biasa. Contohnya Peperiksaan Pertengahan
Tahun akan dilaksanakan pada bulan Mei untuk tahun 4, 5 dan 6. Pihak sekolah
juga melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang berfokus kepada
Pentaksiran Bilik darjah, melibatkan murid tahun 1 hingga tahun 6.
2.5 Berkaitan dengan Pendidikan Jasmani, ia dilaksanakan seperti biasa tetapi secara
norma baharu dengan menjaga penjarakan antara murid. Ini adalah satu cabaran
kepada guru-guru Pendidikan Jasmani untuk menangani bagaimana cara untuk
mengawal pergerakan murid-murid.
2.6 Aktiviti-aktiviti dan pertandingan-pertandingan di peringkat Zon, daerah dan
negeri, hampir semuanya dilaksanakan secara atas talian. Ada juga pertandingan
yang melibatkan hasil kreatif murid seperti inovasi dan sebagainya.
2.7 Guru Besar berharap pihak sekolah dan PIBG dapat bekerjasama untuk mencipta
pelbagai lagi kejayaan pada masa akan datang.

3.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-10/2020

13
3.1 Setiausaha PIBG, Pn. Siti Aishah Binti Md Zain membentangkan Minit Mesyuarat
Agung PIBG Kali Ke-10/2020 yang bertarikh pada 22 Februari 2020.
3.2 Beliau meminta pada hadirin menyemak Minit Mesyuarat Agong yang telah
dipaparkan seterusnya memohon hadirin untuk menerima dan mengesahkan
minit mesyuarat agung tersebut.
3.3 Pn. Zuraini Binti Kamaruddin mencadangkan minit mesyuarat ini diterima dan
disahkan dan telah disokong oleh En. Osman Bin Yusof.

4.0 Perkara Berbangkit


4.1 Tiada

5.0 Membentangkan dan Menerima Penyata Kewangan PIBG Berakhir 31 Disember 2020
5.1 Bendahari PIBG, Pn. Suhana Binti Yatim membentangkan penyata kewangan
PIBG yang bermula pada 1 Januari 2020 dan berakhir pada 31 Disember 2020.
5.2 Beliau meminta para hadirin menyemak penyata kewangan PIBG yang
dipaparkan Seterusnya beliau meminta hadirin menerima dan mengesahkan
penyata kewangan tersebut.
5.3 En. Saiful Nizam mencadangkan penyata kewangan PIBG ini diterima dan
disahkan serta disokong oleh Pn. Sharifah Nazira Binti Syed Abdul Hamid.

6.0 Membentangkan Cadangan Sumbangan PIBG 2021

6.1 Usul AJK PIBG dibacakan dan dibentangkan.

Bil Perkara Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

1 Sumbangan PIBG
(Satu Keluarga RM20.00 RM20.00 RM20.00 RM20.00 RM20.00
sahaja) RM 20.00

2 Program
Peningkatan RM20.00 RM20.00 RM20.00 RM20.00 RM20.00
Akademik RM 20.00

3 Program
RM10.00 RM10.00 RM10.00 RM1000 RM10.00 RM10.00
Keceriaan

Jumlah RM50.00 RM50.00 RM50.00 RM50.00 RM50.00 RM 50.00

6.2 Pengerusi majlis membentangkan sumbangan PIBG 2021 untuk diterima dan
disokong. Para hadirin diminta menyemak cadangan sumbangan PIBG 2021 yang
dipaparkan.
6.3 Sumbangan PIBG 2021, dicadangkan untuk diterima oleh Pn. Nur Sabariah dan
disokong oleh En. Mohd Sabli Saiful serta diterima sebulat suara oleh semua ibu
bapa.

7.0 Membentangkan dan Membahaskan Usul-usul


14
7.1 Tiada usul yang diterima daripada ibu bapa / penjaga.

8.0 Hal-hal Lain


8.1 Guru Besar amat berharap ibu bapa dapat memberi sokongan dan kerjasama
dalam apa juga aktiviti dan program yang dirancang oleh pihak sekolah.
8.2 Beliau juga mengucapakan ribuan terima kasih kepada pihak ibu bapa atas
sokongan dan penerimaan cadangan sumbangan PIBG Tahun 2021.

Tindakan :
Makluman

9.0 Ucapan Penangguhan


9.1 En. Subhi mengucapkan syukur kerana Mesyuarat Agong PIBG Kali ke-11 telah
dapat dilaksanakan dengan jayanya.
9.2 Sakali lagi jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan
Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke-11 Tahun 2021 secara maya.
9.3 Segala perancangan dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya ibu bapa dapat
memberikan kerjasama untuk kebaikan anak-anak.
9.4 Program PIBG adalah program kita Bersama, maka penglibatan ibu bapa amatlah
diharapkan agar segala yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya.

Tindakan :
Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.

Pencatat :
1. Pn. Norhana Binti Mohd Ridzuan
2. Pn. Robiah Binti Awang
3. Pn. Zalina Binti Zambri

Disediakan oleh: Disemak oleh:

Siti Aishah Binti Md Zain Muhammad Subhi Bin Yusof


Setiausaha PIBG Naib Yang DiPertua PIBG
SK Taman Palma SK Taman Palma

MEMBAHASKAN USUL

USUL JAWATANKUASA PIBG

15
1. Sumbangan PIBG 2022

Bil Perkara Pra Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

1. Sumbangan
PIBG (Satu RM20.00 RM20.00 RM20.00 RM20.00 RM20.00 RM20.00 RM20.00
Keluarga
sahaja)

2. Program
Peningkatan - RM30.00 RM30.00 RM30.00 RM50.00 RM50.00 RM50.00
Akademik

3. Program
RM15.00 RM15.00 RM15.00 RM15.00 RM15.00 RM15.00 RM15.00
Keceriaan

4. Bayaran Literasi
RM5.00 RM5.00 RM5.00 RM5.00 RM5.00 RM5.00
Komputer -

Jumlah RM35.00 RM70.00 RM70.00 RM70.00 RM90.00 RM90.00 RM90.00

Guru Besar mencadangkan ibu bapa pra sekolah juga terlibat sama dalam kutipan
sumbangan PIBG sekolah.

USUL IBU BAPA

1. Usul daripada Pn. Norzahafima Bt Ahmad Nazar :

i) Sediakan kotak khas untuk setiap murid menyimpan buku-buku disekolah. Murid hanya
perlu membawa pulang buku yang ada kerja rumah sahaja.

2. Usul daripada Pn. Shahidatul Diana :

i) Murid tidak sempat menyalin tugasan yang dituliskan di papan putih. Mohon guru
hantar semula tugasan tersebut ke dalam WhatApps kelas supaya murid dapat siapkan
di rumah.

3. Usul daripada Pn. Zainuriza Bt Mohamad Zahari :

16
i) Mencadangkan waktu balik dari sekolah sama ada sesi pagi atau petang hendaklah
keluar melalui pintu pagar belakang. Ini kerana waktu balik dari sekolah adalah waktu
kemuncak bagi pengguna jalan raya yang lain juga. Ruangan untuk ibu bapa menunggu
anak-anak tidak mencukupi dan boleh mengakibatkan perkara yang tidak diingini
seperti berlakunya kemalangan.

4. Usul daripada Pn. Nor Hasnita Bt Mohamad Junus :

i) Mempertingkatkan keselamatan murid-murid di sekolah.

5. Usul daripada Pn. Nur Hanim Bt Ruslan :

i) Mencadangkan penjaga trafik sewaktu murid-murid datang dan pulang dari sekolah.

6. Usul daripada En. Meor Sulaiman Bin Meor Razali :

i) Laptop yang diberikan oleh pihak sekolah tidak dapat digunakan sehingga sekarang
kerana tiada alamat e-mel dan password. Tidak dapat maklum balas daripada guru
kelas.

7. Usul daripada En. Baharuddin Bin Mat Isa :

i) Kes buli yang semakin meningkat dalam kalangan murid-murid di sekolah. Guru harus
mengambil tindakan terhadap murid yang mempunyai masalah disiplin.

8. Usul daripada En. Shahidan Bin Ramli :

i) Kawalan trafik yang teratur ketika waktu hujan untuk mengurangkan kesesakan lalu
lintas semasa murid pulang dari sekolah.

9. Usul daripada Pn. Ani Norhidayah Bt Idris :

i) Parking kereta di simpang jalan masuk ke sekolah mengganggu kereta lain untuk masuk.
ii) Mohon guru-guru membenarkan murid pulang tepat pada masanya kerana saya
bekerja,masa untuk mengambil anak terhad.

MESYUARAT-MESYUARAT SEPANJANG SESI 2020/2022

BIL TARIKH / HARI MASA TEMPAT MESYUARAT

17
1. 10 Mac 2020 / Selasa 2.30 petang Bilik Mesyuarat AJK PIBG Bil.1/2020
Mesyuarat
2. 30 Jun 2020 / Selasa 9.00 petang Bilik Mesyuarat AJK PIBG Bil.2/2020
Mesyuarat
3. 26 Mac 2021 / Jumaat 3.00 petang Bilik Mesyuarat AJK PIBG Bil.1/2021
Mesyuarat
4. 19 November 2021 / Selasa 2.30 petang Bilik Mesyuarat AJK PIBG Bil.2/2021
Mesyuarat
5. 13 Mei 2022 / Jumaat 3.30 petang Bilik Mesyuarat AJK PIBG Bil.1/2022
Mesyuarat
6. 14 Jun 2022 / Selasa 3.00 petang Bilik Mesyuarat AJK PIBG Bil.2/2022
Mesyuarat

KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG SESI 2020-2022

BIL NAMA JAWATAN 1 2 3 4 5 6 JUM


1. En. Azhar B. Haji Ali YDP PIBG / / 0 / / / 5
2. En. Muhammad Subhi B. Yusof NYDP PIBG / / / / 0 / 5
3. Pn. Siti Aishah Bt Md Zain Setiausaha / / / / / / 6
4. Pn. Norizam Bt Mamat P. Setiausaha / / / / / / 6
5. Pn. Noor Suhana Binti Yatim Bendahari / / / / / / 6
6. En. Muhamad Faizal B. Saini AJK Ibu Bapa 0 0 0 0 0 0 0
7. En. Rozainizam B. Ramli AJK Ibu Bapa 0 0 / / 0 / 3
8. En. Mohamad Zuzainizal B. Mohamad AJK Ibu Bapa / 0 0 0 / 0 2
Ishak
9. Pn. Jusniza Bt Johari AJK Ibu Bapa / / / / / / 6
10. Pn. Anita Bt. Mat Yusoff AJK Ibu Bapa / / / / 0 / 5
11. Pn. Juraini Bt. Hussain AJK Ibu Bapa / / / / / / 6
13. En. Khairul Hisam B. Khairudin AJK Guru 0 / / / / 0 4
14. En Mohd Azril Ezanie B. Mohd Noor AJK Guru 0 / / 0 / / 4
15. En. Fatahul Rashid B. Badiozaman AJK Guru 0 / 0 0 1
16. Pn. Rosyidah Binti Salleh AJK Guru / / 2
17. Pn. Nasibah Bt Omar Zuhdi Penyelaras Sarana 0 / / / 0 / 4
18. Pn. Zuleha Bt Ariffin Juru Audit(Ibu Bapa) / / / / 0 0 4
19. Pn. Rushini A/P Raja Juru Audit (Guru) 0 / / 0 0 / 3

Pn. Rosyidah Binti Salleh – Bertukar ke SK Convent Kota


En. Fatahul Rashid Bin Badiozaman - Bersara

AHLI JAWATANKUASA PIBG 2022/2024


PENASIHAT
18
Encik Kamal Bin Abdul Samad (Guru Besar)
Puan Azizon Binti Noruddin (PK Pentadbiran)
Puan Nurul Faiza Binti Melan (PK Hal Ehwal Murid)
Puan Noradyani binti Jusoh (PK Kokurikulum)
Encik Muhamat Rusli Bin Mat Isa (PK Petang)
Puan Su’aidah Binti Samsudin (PK Pendidikan Khas)

YANG DIPERTUA PIBG

_______________________________________ (AJK IBU BAPA PIBG)

NAIB YANG DIPERTUA PIBG

_______________________________________ (AJK IBU BAPA PIBG)

SETIAUSAHA
_______________________________________ (GURU)

PENOLONG SETIAUSAHA
_______________________________________ (GURU)

BENDAHARI
________________________________________ (GURU)

AHLI JAWATANKUASA
1. ________________________________________ (AJK IBU BAPA PIBG)
2. ________________________________________ (AJK IBU BAPA PIBG)
3. ________________________________________ (AJK IBU BAPA PIBG)
4. ________________________________________ (AJK IBU BAPA PIBG)
5. ________________________________________ (AJK IBU BAPA PIBG)
6. ________________________________________ (AJK IBU BAPA PIBG)
7. ________________________________________(AJK GURU PIBG)
8. ________________________________________(AJK GURU PIBG)
9. ________________________________________(AJK GURU PIBG)
10. ________________________________________(AJK GURU PIBG)
11. ________________________________________(GURU PENYELARAS SARANA)

JURUAUDIT

1. _______________________________________ (IBU BAPA PIBG)


2. _______________________________________ (GURU)

KEJAYAAN-KEJAYAAN SEKOLAH 2020

BIL PERKARA KEJAYAAN


1. KUIZ ONLINE PBB PERINGKAT DAERAH-PENYERTAAN 56 ORANG MURID
PERINGKAT NEGERI- PENYERTAAN 26 ORANG MURID
PERINGKAT KEBANGSAAN-PENYERTAAN 17 ORANG MURID
2. PROJEK FOTOGRAFI RAHMAH PERINGKAT NEGERI-PENYERTAAN 2 ORANG MURID
(JOHAN DAN TEMPAT KE-4)

19
3. KEJOHANAN CATUR ONLINE PERINGKAT KEBANGSAAN-TEMPAT KE 19
4. KUIZ BSN PERINGKAT KEBANGSAAN-PENYERTAAN 7 ORANG MURID
5. MTQ SR LMS (HAFAZAN AL- PERINGKAT ZON KAMUNTING-TEMPAT KE-3
QURAN)

KEJAYAAN-KEJAYAAN SEKOLAH 2021

BIL PERKARA KEJAYAAN


1. KARNIVAL SEJARAH – KATEGORI PERINGKAT ZON – TEMPAT KE-3
MONTAJ
2. PERTANDINGAN SKETCH BAHASA PERINGKAT ZON – TEMPAT PERTAMA
INGGERIS
3. KARNIVAL SEJARAH – KATEGORI PERINGKAT DAERAH LMS – SAGUHATI
MONTAJ
4. PERTANDINGAN PEMBANGUNAN PERINGKAT KEBANGSAAN-PENYERTAAN 7 ORANG
PROGRAM ADAB DAN NILAI SECARA MURID
DALAM TALIAN
5. CABARAN SIBER TKRS/KRS – PERINGKAT DAERAH LMS – SIJIL PENYERTAAN
PERTANDINGAN AZAN DAN NYANYIAN
PATRIOTIK
6. E-KUIZ DOKTOR MUDA PERINGKAT DAERAH LMS – TEMPAT KE-3
7. PERTANDINGAN KESIHATAN PERINGKAT DAERAH LMS – SIJIL PENYERTAAN
PERGIGIAN KELAB DOKTOR MUDA –
BUKU SKRAP
8. SUKAN STACKING KATEGORI AUTISME PERINGKAT DAERAH LMS – JOHAN
(LELAKI)

9. SUKAN STACKING KATEGORI (BP) PERINGKAT DAERAH LMS – JOHAN


PEREMPUAN

10. SUKAN STACKING KATEGORI (BP) PERINGKAT DAERAH LMS – NAIB JOHAN
LELAKI
11. PERTANDINGAN HEPILI IMFRee PERINGKAT LMS

TAHAP 1 : JOHAN & NAIB JOHAN

TAHAP 2 : NAIB JOHAN & KE-3


12. KEM BINA JUARA SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI PERAK – SIJIL PENYERTAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
– KATEGORI JAWI (KHAT)
13. KEJOHANAN CATUR ATAS TALIAN PERINGKAT KEBANGSAAN – SIJIL PENYERTAAN
PIALA YB HAJI ZOLKAFLY BIN HAJI
HARUN

(EXCO KERAJAAN NEGERI PERAK)

AKTIVITI-AKTIVITI AJK PIBG SEPANJANG TAHUN 2020-2022

BIL AKTIVITI

20
1. Mesyuarat AJK PIBG Bil.1/2020 - 10 Mac 2020 ( Selasa )

2. Mesyuarat AJK PIBG Bil.2/2020 - 30 Jun 2020 / Selasa

3. Mesyuarat AJK PIBG Bil.1/2021 - 26 Mac 2021 / Jumaat

4. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-11 / 2021 - 10 April 2021 / Sabtu

5. Mesyuarat AJK PIBG Bil.2/2021 - 19 November 2021 / Selasa

6. Mesyuarat AJK PIBG Bil.1/2022 - 13 Mei 2022 / Jumaat

7. Mesyuarat AJK PIBG Bil.2/2022 - 14 Jun 2022 / Selasa

8. Membuat jalur kuning ( lintasan belang )di laluan balik murid

9. Memasang khemah tempat murid menunggu semasa pulang dari sekolah

10. Membuat pintu pagar kedua untuk laluan murid

11. Mengecat tiang khemah tempat murid menunggu

12. Mengecat pemegang tangga sekolah

13. Gotong royong mengecat pra sekolah

14. Projek Bumi Hijau

15. Program gotong royong penilaian pusat sumber bersama AJK PIBG

16. Majlis Iftar dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama AJK PIBG

21

Anda mungkin juga menyukai