Anda di halaman 1dari 9

BAHAGIAN A : OBJEKTIF

( 20 markah )

A. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan pilihan A, B, C dan D. Pilih


jawapan yang paling tepat bagi setiap soalan.

1. Manakah antara yang berikut menyebabkan berlaku gangguan ketika di dalam


bengkel ?

A. Menyimpan alatan di tempat yang dikhaskan.


B. Membawa masuk beg ke dalam bengkel.
C. Membuka dan menutup tingkap.
D. Menutup suis lampu sebelum keluar dari bengkel.

2. Penyataan manakah antara yang berikut dapat mengelakkan pakaian terkena kotoran
ketika melakukan aktiviti di dalam bengkel?

A. Memakai apron.
B. Melipat lengan baju.
C. Memakai pakaian seragam sekolah.
D. Memakai kasut yang tertutup.

3. Antara yang berikut, yang manakah TIDAK boleh dibawa masuk oleh murid ke
dalam bengkel RBT?

A. Apron.
B. Kasut.
C. Beg.
D. Tudung.

4. Maksud warna hijau pada simbol dan tanda keselamatan adalah …..

A. Potensi bahaya.
B. Zon aman.
C. Informasi umum.
D. Wajib dipatuhi.
5. Apakah kesalahan yang dilakukan oleh murid di atas?

A. Tidak mengemaskan apron yang dipakainya.


B. Memakai kasut bertutup yang murah.
C. Tidak melipat lengan bajunya.
D. Tidak memasukkan tali leher ke dalam apron.

6. Apakah tujuan murid-murid perlu mematuhi peraturan keselamatan ketika di bengkel?

A. Supaya murid-murid dapat melakukan aktiviti dengan tenang.


B. Supaya dapat mengelakkan diri daripada berlaku kemalangan.
C. Supaya dapat menjadikan keadaan bengkel lebih ceria.
D. Supaya bengkel menjadi lebih kemas dan teratur.

7. Apakah langkah yang perlu dilakukan jika berlaku kecemasan di bengkel?

A. Mengubati mangsa.
B. Memanggil ambulans.
C. Meminta bantuan rakan.
D. Melaporkan kepada guru.

8. Mengapakah tingkap dan pintu perlu dibuka semasa di dalam bengkel?

A. Supaya keadaan bengkel lebih kemas.


B. Supaya keselamatan murid-murid lebih terjamin.
C. Supaya dapat cahaya dan pengudaraan yang mencukupi.
D. Supaya murid-murid lain dapat melihat kerja yang dilakukan.

9. Yang manakah tidak perlu ada dalam peti pertolongan cemas?

A. Plaster
B. Gunting
C. Ubat luka
D. Ubat batuk

10. Parameswary berambut panjang. Apakah yang harus dilakukannya sebelum masuk ke
dalam bengkel?

A. Memotong rambutnya
B. Membasuh rambutnya
C. Membersihkan rambutnya
D. Mengikat rambutnya

11. Di manakah tempat yang sesuai untuk menyimpan bahan yang mudah terbakar?

A. Diletakkan dia atas meja.


B. Disimpan di dalam rak khas.
C. Disimpan di tempat yang panas.
D. Disimpan di tempat yang tersorok.

12. Mengapakah reka bentuk penting dalam kehidupan kita ?

A. Banyak mempunyai pilihan produk.


B. Membuat corak.
C. Mudah memasak.
D. Dapat melihat pelbagai bentuk asas

13. Manakah antara yang berikut bukan kerjaya yang berkaitan dengan reka bentuk ?

A. Arkitek
B. Cef
C. Pembeli
D. Pelukis Pelan

14. Reka bentuk bermaksud corak atau _____________ sesuatu produk yang direka.

A. rupa
B. nilai
C. bentuk
D. saiz

15. Kasar , licin, kesat, halus dan lembut


Elemen reka bentuk di atas adalah ………..

A. rupa
B. ruang
C. warna
D. tekstur

16. Apakah maksud apresiasi reka bentuk ?

A. Pengenalan kepada reka bentuk.


B. Penggunaan hasil reka bentuk.
C. Penghasilan reka bentuk yang dirancang.
D. Penghargaan terhadap reka bentuk yang telah dihasilkan.

17.

Apakah nama garisan di atas?

A. Garisan zig zag


B. Garisan berlingkar
C. Garisan putus-putus
D. Garisan beralun

18. Antara yang berikut, manakah elemen garisan yang betul ?

I. Garisan licin
II. Garisan berlingkar
III. Garisan lembut
IV. Garisan zig zag

A. I dan II C. II dan IV
B. II dan III D. III dan IV

19. Antara yang berikut, yang manakah teknologi peralatan konvensional?

A. Pemutar skru tangan


B. Gergaji elektrik
C. Periuk bertekanan tinggi
D. Mesin pengisar

20. Berikut adalah kepentingan teknologi moden dalam kehidupan manusia kecuali…..

A. Manusia menjadi malas bekerja


B. Menjimatkan masa dan tenaga
C. Memupuk nilai kreatif dan inovatif
D. Komunikasi menjadi cepat dan berkesan.

BAHAGIAN B : SUBJEKTIF

( 30 markah )

A. Isi tempat kosong yang sesuai mengenai peraturan kesleamtan bengkel di bawah
ini. ( 5 markah )

beg peralatan cahaya

keselamatan guru

1. Murid- murid dilarang masuk ke dalam bengkel tanpa kebenaran

___________________________.

2. Murid-murid dilarang membawa _____________ ke dalam bengkel.


3. Pastikan pintu dan tingkap bengkel terbuka supaya bengkel mempunyai

______________ dan udara yang baik.

4. Minta kebenaran guru sebelum menggunakan _______________ dan bahan di dalam

bengkel.

5. Patuhi semua tanda ______________ di dalam bengkel.

B. Tandakan ( / ) pada amalan yang betul di dalam bengkel dan ( X ) pada amalan
yang salah. ( 5 markah )

1. Bermain dan bergurau di dalam bengkel.

2. Beratur di luar bengkel dengan arahan guru.

3. Membawa beg masuk ke dalam bengkel.

4. Menggunakan alatan tanpa pengetahuan guru.

5. Bekerja di dalam bengkel tanpa membuka tingkat dan pintu.

C. Lakarkan garisan – garisan di bawah. ( 4 markah )

Garisan Zig Zag Garisan halus


Garisan putus-putus Garisan beralun

D. Nyatakan elemen dalam reka bentuk berdasarkan pernyataan yang diberi.

( 6 markah )

Elemen Garisan Elemen Ruang Elemen Rupa

Elemen Tekstur Elemen Warna Elemen Saiz

Dibuat dalam pelbagai bentuk


Permukaan yang mempunyai
seperti lurus, beralun, zig zag dan
garisan luar sebagai sempadan.
lain-lain lagi.

1. 2.
Menunjukkan perbezaan antara dua Tempat yang mempunyai Kawasan
benda seperti besar dan kecil. lapang atau sempit.

3. 4.

Mempunyai rona dan mampu Permukaan yang boleh dilihat atau

menimbulkan suasana indah, terang disentuh seperti licin, kasar, lembut

atau gelap. dan sebagainya.

5. 6.

Sistem yang digunakan untuk menghantar


maklumat dari satu tempat ke tempat yang lain
dengan cepat.

Penciptaan dan penggunaan alatan gabungan


mesin ringkas dan mesin kompleks.

Penggunaan kemahiran reka bentuk dan


pengaplikasian teknologi untuk mengatasi
masalah kesihatan manusia.

Teknologi ini lebih tertumpu kepada kenderaan


yang selamat dan mesra alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai