Anda di halaman 1dari 9

UCAPAN PERASMIAN PEMBUKAAN

YB DATO' MOHAMMAD YUSOF BIN HJ APDAL

TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

MERANGKAP AHLI PARLIMEN P.188 LAHAD DATU

SEMPENA

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KARNIVAL


SUKAN VOKTEK

KOLEJ VOKASIONAL ZON SABAH DAN WILAYAH


PERSEKUTUAN LABUAN KALI KE-23

19 OGOS 2023

DEWAN PALMA, KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU

1
Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.

YANG BERUSAHA
TUAN AHMAD FAKHRURAZI BIN HAJI
HAMZAH
PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL LAHAD
DATU MERANGKAP PENGERUSI KARNIVAL
VOKTEK KALI KE-23 TAHUN 2023
YANG DIHORMATI
ENCIK SYABANA @AWANG BIN NEKHAN
YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN
GURU (PIBG)
KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU/ BERSAMA
ISTERI
YANG DIHORMATI
SUPRITENDEN AZMIR BIN ABDUL RAZAK
TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH LAHAD
DATU
YANG DIHORMATI
ENCIK PRAISLY BIN ANTHONIUS BALA
PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN
PERSEKITARAN
MEWAKILI MAJLIS DAERAH LAHAD DATU

2
YANG DIHORMATI
ENCIK MOHD TAIB BIN EKONG
NAIB YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU
BAPA DAN GURU (PIBG)
KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU

WAKIL-WAKIL PENGARAH KOLEJ


VOKASIONAL
ZON SABAH DAN WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN

TIMBALAN-TIMBALAN PENGARAH KOLEJ


VOKASIONAL
BARISAN KETUA UNIT SUKAN DAN
KOKURIKULUM (KUSK) ZON SABAH DAN
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
KONTINJEN-KONTINJEN MEWAKILI KOLEJ
VOKASIONAL ZON SABAH DAN WILAYAH
PERSEKUTUAN LABUAN

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


KARNIVAL VOKTEK ZON SABAH DAN
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN KOLEJ
VOKASIONAL LAHAD DATU

WAKIL-WAKIL JABATAN DAN AGENSI,


TETAMU-TETAMU JEMPUTAN
SETERUSNYA HADIRIN DAN HADIRAT YANG
BERADA DI DALAM DAN JUGA DI LUAR
DEWAN.
3
Terima Kasih kepada Saudara/Saudari Pengacara
Majlis

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati,

1.Alhamdulillah, bersyukur ke-hadrat Allah


S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan
inayahNya dapat kita bersama-sama
berkumpul pada hari ini.bagi meraikan
Karnival Sukan VOKTEK Kolej Vokasional Zon
Sabah Dan Wilayah Persekutuan Labuan Kali
Ke-23. Terlebih dahulu, izinkan saya untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua yang telah menyertai majlis perasmian
karnival sukan ini. Hari ini adalah satu hari
yang istimewa dimana

kita berkumpul untuk meraikan semangat


kesukanan dan kebersamaan.

4
2.Tahniah diucapkan kepada seluruh warga
Kolej Vokasional Lahad Datu termasuklah AJK
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru kerana
bertungkus lumus merealisasikan karnival
sukan ini. Saya juga ingin mengucapkan
terima kasih khusus kepada pihak penganjur
karnival ini iaitu Kolej Vokasional Lahad Datu
kerana sudi menjemput saya hadir untuk
merasmikan karnival sukan VOKTEK yang
cukup meriah pada hari ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

3.Sukan bukan sahaja membawa manfaat


kepada kesihatan fizikal kita, tetapi juga
mengajarkan kita nilai-nilai penting dalam
kehidupan seperti kerjasama, ketekunan, dan

semangat berpasukan. Dengan kemodenan


teknologi pada masa kini, semangat sukan

5
dapat menjadi inspirasi dan motivasi bagi kita
semua untuk bersukan demi kesihatan.

4.Sukan bukan sahaja tentang menang atau


kalah, tetapi ia adalah tentang memberi yang
terbaik, menyahut cabaran, dan menjunjung
tinggi semangat sportsmanship. Saya ingin
mengambil peluang ini untuk mengucapkan
tahniah kepada semua atlet yang telah
berusaha keras dan bekerja
dengan tekun untuk mencapai tahap
kecemerlangan dalam bidang masing-masing.

5.Majlis perasmian sukan ini juga menjadi


platform yang baik untuk memperkukuhkan
ikatan dan hubungan di antara kita semua.
Melalui persaingan yang sihat dan rasa
hormat

6
terhadap satu sama lain, kita boleh
mengeratkan lagi tali persaudaraan dan
persahabatan.

6.Saya juga mengharapkan tuan-tuan dan puan-


puan dapat memberikan sokongan kepada
anak-anak untuk bergiat cergas dalam aktiviti
kokurikulum kerana potensi dan penglibatan
pelajar dalam bidang kokurikulum akan
membantu pelajar mencipta kecemerlangan
dalam bidang kurikulum. Momentum seperti
inilah yang kita perlukan agar anak-anak kita
sentiasa cerdas dan cergas sama ada di
sekolah mahupun di rumah. Maka akan
lahirlah pelajar minda kelas pertama yang
senantiasa kita harapkan.

Hadirin sekalian,

7
7.Sebelum saya akhiri, saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dalam menganjurkan majlis sukan ini,
termasuk pihak penyelenggara, sukarelawan,
penaja, dan semua yang telah memberikan
sokongan dan dorongan. Mari kita menjalani
hari ini dengan semangat yang tinggi dan
penuh kegembiraan. Saya mengharapkan
agar semua peserta menikmati setiap detik
permainan dan menjadikan pengalaman ini
sebagai satu kenangan yang bermakna.

8.Selamat bermain kepada semua peserta.


Marilah kita mulakan majlis perasmian sukan
ini dengan penuh semangat dan kegembiraan!
Ayuh semua, marilah kita bersukan untuk
kesihatan, bersukanlah demi perpaduan,
kesejahteraan dan keharmonian kita bersama.

8
9.Akhir kata, dengan lafaz Bismillah-ir-Rahman-ir-
Rahim saya merasmikan Karnival Sukan
VOKTEK Kolej Vokasional Zon Sabah Dan
Wilayah Persekutuan Labuan Kali Ke-23 Tahun
2023.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai