Anda di halaman 1dari 1

Wanita kena cerai boleh ambil barang miliknya

APAKAH hukumnya seorang wanita yang diceraikan suami, datang menceroboh rumah bekas
suami (ketika tiada orang di rumah) untuk mengambil barang-barang berharga yang
didakwa miliknya? Adakah wanita itu masih mempunyai hak ke atas barang-barang di
dalam rumah bekas suaminya?

Am,
Pulau Pinang

JAWAPAN

Seorang wanita yang diceraikan masih ada hak untuk tinggal dalam rumah suaminya
dalam tempoh eddah. Selepas tamat eddah, jika pasangan itu masih tidak rujuk atau
bercerai dengan talak tiga, baru dia perlu keluar dari rumah suaminya.

Jika masih ada barang-barang miliknya dalam rumah bekas suami, wanita berkenaan
masih ada hak atas barangan berkenaan, tetapi dia tiada hak untuk menceroboh.
Mintalah izin supaya perpisahan mereka dalam keadaan makruf atau baik.

Dalam hal ini suami juga wajar meneliti ayat 20 Surah an-Nisa yang menganjurkan
suami supaya tidak mengambil barang yang diberikan atau diguna isteri sepanjang
tempoh perkahwinan mereka. Berikan barang-barang itu kepada isteri sebagai kenang-
kenangan supaya keperitan perceraian tidak terlalu dirasai.

Anda mungkin juga menyukai